JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
MOHAMMAD HAKIMI BIN IBRAHIM
(03DET17F2032)
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
DXN PHARMACEUTICAL
KG, PADANG PANJANG
JALAN BUKIT WANG JITRA,
KEDAH DARUL AMAN.
JUN 2020
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
MOHAMMAD HAKIMI BIN IBRAHIM
(03DET17F2032)
DI
DXN PHARMACEUTICAL KG, PADANG PANJANG
JALAN BUKIT WANG 06000 JITRA,KEDAH.
Laporan Akhir Latihan Industri ini Dikemukakan Kepada
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industri dan Penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Elektrik
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
JUN 2020
PENGESAHAN PELAJAR
‘saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’
Tandatangan : .............................................................
Nama pelajar : MOHAMMAD HAKIMI BIN IBRAHIM
No. Pendaftaran : 03DET17F2032
Tarikh : 17 JULAI 2020
PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, laporan akhir
latihan industri ini dapat disempurnakan dengan keizinan-Nya.Seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak politeknik, saya telah sempurnakan program latihan
industri ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester
(5 bulan) bermula 17 Julai 2020 sehingga 27 November 2020 bagi sesi Jun
2020.
Saya Mohammad Hakimi Bin Ibrahim (03DET17F2032) dari Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Jitra Kedah yang mengikuti kursus
Diploma Kejuruteraan Elektrik telah menyelesaikan program latihan industri
di DXN Pharmaceutical Sdn Bhd dengan jayanya. Banyak pengalaman dan
pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu)
berada di syarikat ini.Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan
kepada pihak DXN Pharmaceutical Sdn Bhd terutama kepada Puan
Norsharidah Binti Abd Hamid selaku Penyelia di DXN Pharmaceutical Sdn
Bhd kerana sudi menerima saya menjalani program latihan industri di sini.
Terima kasih diucapkan kepada kakitangan di DXN Pharmaceutical Sdn
Bhd serta staf-staf di sini yang sudah menganggap saya sebagai rakan sekerja
dan banyak membantu saya dalam mejayakan program latihan industri
ini.Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan dan akan
digunakan pada masa akan datang.Akhir kata, jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan
laporan saya ini.
4
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Judul
Pengesahan Pelajar
Resume
Penghargaan
Isi Kandungan
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan 8
1.2 Objektif Latihan Industri 9-11
1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri 12
1.4 Kepentingan Latihan Industri 13
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
2.1 Pengenalan Organisasi 14
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 16
2.3 Hala Tuju Organisasi 17
2.4 Misi Organisasi 17
2.5 Visi Organisasi 17
2.6 Organisasi 17
2.6.1 Lembaga Pengarah 17-19
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 20
3.1 Pengenalan 21-25
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
5
11
11
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 26
4.1 Keselamatan 27
4.2 Punca-Punca Kemalangan 27
28
4.2.1 Faktor Kemanusiaan 28-29
4.2.2 Faktor Tempat Kerja 29
4.2.3 Faktor Alatan atau Mesin 30
4.3 Dasar Keselamatan di DXN Pharmaceutical 30
4.4 Kesimpulan 31
4.5 Alatan Tangan 31
4.5.1 Alat Pemateri 32
4.5.2 Penyedut Bahan Pateri 33
4.5.3 Bahan Pateri 34
4.5.4 Penjalur Wayar 35
4.5.5 Pemotong Sisi 36
4.5.6 Pena Ujian 37
4.5.7 Playar Gabung 38
4.5.8 Playar Muncung Tirus 39
4.5.9 Pemutar Skru 40
4.5.10 Penukul 40
4.6 Pemasangan Tiga Fasa 40
4.6.1 Pengenalan 41
4.6.2 Sistem Bekalan Tiga Fasa 43
4.6.3 Litar Rujukan
4.6.4 Peranti Perlindungan 41
41
6
4.6.4.1 Pemutus Litar Teracu (MCCB) 43
4.6.4.2 Suis Utama (Main Switch) 44
4.6.4.3 Pemutus Litar Arus Baki (RCCB) 45
4.6.4.4 Pemutus Litar Kenit (MCB) 46
4.6.5 Litar Skematik 47
4.6.6 Rajah Pendawaian 48
4.6.7 Kesimpulan 49
4.7 Pemasangan Elektrik Satu Fasa 50
4.7.1 Pengenalan 50
4.7.2 Sistem Pendawaian 50
4.7.2.1 Bekalan ke Rumah 50
4.7.2.2 Litar Pengguna 51
4.7.3 Pendawaian Permukaan 52
4.7.3.1 Kebaikan Pendawaian Permukaan 53
4.7.3.2 Kelemahan Pendawaian Permukaan 53
4.7.4 Litar Skematik 53
4.7.5 Kesimpulan 55
BAB 5 KESIMPULAN 56-57
BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 58
RUJUKAN 59
LAMPIRAN 60-68
7
BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan
Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kokurikulum
pembelajaran di Politeknik.Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum
ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil dan Diploma Politeknik.
Latihan industri yang dijalani oleh pelajar adalah selama satu semester.
Pelbagai cabaran dan masalah yang akan dihadapi dalam menjalani
latihan industri.Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk memberi
bimbingan kepada pelajar supaya bersedia untuk menempuh segala
cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan.
Maka dengan ini diharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan
sebaik mungkin pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani
latihan industri demi pembangunan diri, masyarakat dan negara amnya.
8
1.2 Objektif Latihan Industri
Objektif sebenar latihan industri ialah untuk mendedahkan para pelajar
kepada situasi dan alam pekerjaan yang sebenar kerana semasa menjalani
latihan ini, para pelajar akan berinteraksi dengan para pekerja industri dan
secara tidak langsung dapat menunjukkan keyakinan apabila berhadapan
dengan masyarakat sekeliling.
Berinteraksi dengan orang lain yang belum kita kenal akan membantu
pelajar saling bertanya antara satu dengan yang lain seterusnya dapat
menjalinkan hubungan yang baik serta dapat memupuk budaya kerja yang
lebih efisien serta dapat meningkatkan progresif sasaran kerja.
Selain memberi pendedahan dunia pekerjaan kepada pelajar, hubungan
silaturahim dapat dieratkan antara pelajar dan pekerja.Oleh itu, pelajar juga
dapat merasa dan memahami masalah golongan pekerja lain.Dari aspek
lain pula, latihan ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara pekerja
dengan pelajar itu sendiri.
9
i. Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan sebenar
Para pelajar yang menjalani latihan industri, pastinya akan dilatih
mengenai kerja atau tugas yang bakal atau akan dihadapi.Oleh itu, ia
memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang bagaimana selok-
belok sesuatu pekerjaan dan cara mengendalikan sesuatu tugas
tersebut.
ii. Meluaskan pemahaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar
Latihan industri juga sebenarnya bertujuan untuk menambahkan
atau memajukan lagi pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar
kerana pendedahan yang dilalui sepanjang latihan industri.Secara
umumnya, pelajar boleh memerhatikan sendiri serta mempelajari
sendiri dengan kerja-kerja secara praktikal.Ia boleh meningkatkan
jumlah generasi atau pekerja mahir selari dengan kehendak negara.
iii. Memberi pengetahuan tentang etika daya kerja
Setiap organisasi atau firma menginginkan pekerjanya ada
kecekapan, keselamatan dan keberkesanan dalam melakukan kerja.
Maka dengan adanya latihan industri ini, para pelajar dapat
membiasakan diri dengan etika kerja seperti peraturan, tanggungjawab,
keselamatan, prosedur serta tindakan-tindakan yang wajar dalam
mengendalikan sesuatu tugas.Di samping itu, para pelajar juga dapat
mempelajari dan mengetahui bagaimana berhadapan dengan pihak
majikan terutamanya pengurus atasan serta ketua-ketua jabatan.
10
iv. Meluaskan cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja di
organisasi
Komunikasi serta pergaulan antara pekerja-pekerja organisasi
amatlah penting.Ia adalah satu platform pelajar dalam memahami lebih
dalam konsep organisasi atau selok-belok mengenai organisasi atau
firma.Perhubungan, pergaulan dan komunikasi antara pekerja
menggalakkan kita untuk berkongsi pengalaman serta permasalahan
yang dihadapi.
v. Menilai dan mengetahui kebolehan diri
Sepanjang tempoh latihan industri, pelajar dapat menilai dan
mengetahui setakat mana kebolehan dirinya di alam pekerjaan. Di situ
para pelajar boleh mengambil kesempatan mencurahkan segala bakat
dan buah fikiran yang berguna serta bagaimana ia dapat menyumbang
kepakaran atau pengetahuan kepada pihak majikan.
11
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Setelah selesai menjalankan laporan industri ini, para pelajar
diwajibkan menulis sebuah buku laporan latihan industri yang lengkap
dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak POLIMAS
tentang aktiviti yang dijalankan.Ini bertujuan bagi mendokumentasikan
aktiviti-aktiviti sepanjang latihan dijalankan. Diantara objektif laporan
ialah:
i. Membolehkan para pelajar merekodkan atau mendokumentasikan
segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri.
ii. Sebagai bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan
industri.
iii. Dapat menilai sejauh mana keupayaan pelajar menyiapkan sebuah
laporan yang lengkap.
iv. Untuk menilai tahap pengetahuan pelajar setelah menjalani latihan
indsutri.
v. Memudahkan pelajar memperoleh pekerjaan.
12
1.4 Kepentingan Latihan Industri
Latihan industri sangat penting bagi setiap pelajar kerana ia dapat
mempraktikkan pengetahuan yang telah dipelajari serta dapat menimba
ilmu pengetahuan baharu semasa mereka melakukan latihan industri.
Antara kepentingan latihan industri ialah:
i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman
dalam menghadapi suasana pekerjaan yang sebenar.
ii. Mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan sebenar
disamping mendidik pelajar untuk menjalankan sesuatu pekerjaan
dengan baik
iii. Mempelajari sesuatu yang baru, mungkin tidak dipelajari di dalam
kelas tetapi bertetapan dengan kursus yang diambil.
iv. Mendapat pengalaman bekerja dan dapat menentukan bidang
yang akan diceburi kelak.
v. Sebagai satu prasyarat untuk membolehkan pelajar lulus dalam
pengajiannya.
vi. Untuk memudahkan permohonan pekerjaan apabila tamat
pengajian kelak.
vii. Dapat membuka minda pelajar ke arah pembinaan atau
pembuatan peralatan elektrik dan elektronik yang lebih kreatif dan
inovatif.
13
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
2.1 Pengenalan Organisasi
i. Nama dan alamat pejabat berdaftar:
DXN Pharmaceutical
Kg, Padang Panjang
Jalan Bukit Wang Jitra,
Kedah Darul Aman.
ii. Nombor telefon:
Puan Norsharidah binti Abd Hamid
No. telefon: 012-5083069
iii. Nombor fax:
04-9173610
iv. Tahun penubuhan:
19 Februari 1993
v. Pengurus besar:
Datuk Dr. Lim Siow Jin
14
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi
DXN diasaskan oleh Datuk Dr. Lim Siow Jin yang merupakan
seorang graduan dari sebuah institusi berprestij iaitu Indian Institute of
Technology. Beliau sememangnya mempunyai minat yang mendalam
terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan
manusia. Minat ini telah mendorong beliau menerokai keajaiban
Ganoderma. Penemuan beliau ini telah menjurus kepada penerokaan
penuh potensi Ganoderma atau Lingzhi, yang turut dianggap sebagai
raja herba, untuk kesihatan dan kekayaan manusia, dengan penubuhan
DXN pada 1993.
Kegiatan perniagaan teras DXN termasuk penanaman, pengilangan
dan pemasaran makanan kesihatan. Beribu pejabat di Malaysia dengan
operasi di seluruh dunia, syarikat ini terkenal dengan perniagaan
Ganoderma. Barisan produknya merangkumi siri makanan kesihatan,
makanan dan minuman, produk penjagaan diri, produk penjagaan kulit
dan kosmetik, produk penjagaan rumah dan siri sistem rawatan air.
Sejak dari awal penubuhan pada tahun 1993, DXN berpegang teguh
pada konsep "Eka Naga", "Eka Dunia Eka Pasaran" dan "Eka Minda".
Dengan konsep yang mantap ini, DXN telah melalui pertumbuhan
berterusan selama bertahun-tahun. Pada 30 September 2003, DXN
Holdings Berhad telah disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa
Malaysia. Susulan perlaksanaan tawaran pengambilalihan oleh
pengasasnya, DXN secara rasmi dikeluarkan dari Bursa Malaysia pada
27hb Disember 2011.
15
DXN Holdings Berhad merupakan syarikat pemegang pelaburan dan
pengurusan bagi Kumpulan DXN. DXN sentiasa mengutamakan kualiti
dan ini telah membolehkan syarikat ini memenangi banyak penghargaan
dan pengiktirafan daripada pelbagai organisasi kesihatan dan
perniagaan. Selaras dengan dasar mantap dan perkembangan mampan,
DXN telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya dengan pesat, yang
merangkumi hartanah, teknologi maklumat dan lain-lain. Dalam
perniagaan teras, iaitu pemasaran rangkaian, perkembangan DXN yang
pesat di pasaran global diakui di peringkat antarabangsa dengan
peningkatan ahli di seluruh dunia dan peluasan tapak di lokasi strategik
penting. Dengan lebih daripada 10 juta pengedar berdaftar di seluruh
dunia, DXN mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam
produk Ganoderma.
Rajah 1
16
2.3 Hala Tuju Organisasi
Moto kami untuk Mempromosikan Kesihatan, Kekayaan dan Kebahagiaan.
2.4 Misi Organisasi
Untuk memberi inspirasi dan memperkasakan orang ke arah merealisasikan
impian dan pencapaian matlamat mereka melalui DXN.
2.5 Visi Organisasi
Kami berhasrat untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, produk yang
berkualiti dan pembelajaran serta latihan berterusan untuk rakan kongsi
(downline atau crossline) untuk menjalankan perniagaan DXN mereka.
2.6 ORGANISASI
2.6.1 Lembaga Pengarah
Dato Dr. Lim Siow Jin
Executive Chairman/CEO
Dato Dr. Lim Siow Jin adalah pengasas DXN. Dato´ Dr. Lim lulus
dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi pada tahun 1984 dari Institut
Teknologi India. Pada tahun 1997, Dato 'Dr. Lim dianugerahkan
Doktor Falsafah (PhD) dalam Perubatan Alternatif oleh Lembaga
Perubatan Alternatif India. Pada tahun 2002, Dato 'Dr. Lim
memperoleh Ijazah Doktor Sains (Perubatan Alternatif) yang
dianugerahkan oleh Lembaga Perubatan Alternatif India. Pencapaian
pentingnya yang lain termasuk Millennium Award of International
17
Association of Educators for World Peace; Albert Schweitzer Award
Yayasan Kehidupan Positif; dan Doktor Anugerah Milenium Baru
Institut Penyelidikan Ubat Alternatif, Kanada. Dato 'Dr. Lim
bertanggungjawab untuk menetapkan arahan untuk strategi
perniagaan, rancangan pemasaran dan penyelidikan dan
pengembangan (R&D) Kumpulan.
Lim Boon Yee
Managing Director
Lim Boon Yee lulus pada tahun 1990 dengan Ijazah Sarjana Muda
Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Perakaunan dan Perdagangan
Antarabangsa dari Universiti Soochow, Taiwan. Pada tahun 2001, dia
lulus dengan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti
Nasional Singapura. Beliau juga merupakan ahli Institut Pengurusan
Malaysia. Dia kini bertanggungjawab untuk pengurusan dan
pentadbiran Kumpulan.
Datin Leong Bee Ling
Non-Independent Non-Executive Director
Datin Leong Bee Ling adalah pasangan kepada Dato 'Dr. Lim. Dia
dilantik sebagai pengarah DXN Holdings Bhd. Sejak 1996.
Dato Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan
Badlishah
Independent Non-Executive Director
Dato´ Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan
Badlishah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif DXN
18
Holdings Bhd. Sejak tahun 2003. Beliau lulus pada tahun 1971 dari
Institut Teknologi Mara dengan diploma dalam Pengurusan Hotel.
Tengku Farith Rithauddeen
Independent Non-Executive Director
Tengku Farith Rithauddeen dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif
Bukan Bebas DXN Holdings Bhd. Sejak tahun 2003. Beliau menamatkan
pengajian pada tahun 1992 dengan gelar Sarjana Muda Ekonomi dalam
bidang Ekonomi dari Carleton University, Ottawa, Kanada.
Ooi Soo Kok
Independent Non-Executive Director
Mr. Ooi Soo Kok dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif DXN
Holdings Bhd. Sejak tahun 2003. Dia berkelayakan sebagai Akauntan
Awam Bertauliah (CPA) dari Persatuan Akauntan Awam Malaysia pada
tahun 1978 dan menjadi ahli Institut Malaysia Akauntan dan rakan
Institut Percukaian Malaysia.
Poo Ah An
Independent Non-Executive Director
Poo Ah An dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif DXN
Holdings Bhd. Sejak tahun 2003. Dia bergabung dengan Trek Systems
(M) Sdn. Bhd. Pada tahun 2003, anak syarikat Trek 2000 International
Ltd, yang merupakan syarikat awam yang tersenarai di Singapura,
sebagai Pengarah Eksekutif yang mengawasi operasi anak syarikatnya
di Malaysia.
19
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan
Ringkasan aktiviti latihan industri merupakan rumusan atau sinopsis
yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri dari minggu pertama
iaitu 17 Julai 2020 sehingga minggu terakhir 27 November 2020 di DXN
Pharmaceutical secara ringkas dan padat.Ringkasan ni perlu dilakukan
bertujuan memperingati segala aktiviti serta kerja yang telah dilakukan
oleh pelajar.Objektif ringkasan ini adalah untuk memudahkan pensyarah
mengenalpasti dan memahami kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar
semasa menjalankan latihan industri.
20
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
1. Bulan Pertama (17 JULAI 2020 - 31 JULAI 2020)
Minggu Pertama
Melapor diri di DXN Pharmaceutical Sdn Bhd
Pemasangan power supply.
Pemasangan hand dryer.
Penyelenggaraan auto gate.
Minggu Kedua
Penyelenggaraan switch board motor pump.
Overhaul unit penyaman udara.
Pemasangan wayar network.
Pemasangan soket.
Minggu Ketiga
Penyelenggaraan penyaman udara.
Mengecat besi penghadang.
Penyelenggaraan lampu kalimantang.
Menambah gas penyaman udara.
Minggu Keempat
Penyelenggaraan switch board blower.
Pemasangan cable underground.
Pemasangan papan agihan (DB)
21
2. Bulan Kedua (01 OGOS 2020 - 31 OGOS 2020)
Minggu Kelima
Pemasangan miniature circuit breakers (MCB).
Penyelenggaraan penyaman udara.
Pemasangan main switch.
Minggu Keenam
Pemasangan wayar telefon.
Pemasangan motor pump 10 hp.
Penyelenggaraan penyaman udara.
Minggu Ketujuh
Penyelenggaraan penyaman udara.
Penyelenggaraan Incubator.
Minggu Kelapan
Pemasangan soket 15 A.
Penyelenggaraan penyaman udara.
Penyelenggaraan switch board.
22
3. Bulan Ketiga (01 SEPTEMBER 2020 - 02 OKTOBER 2020)
Minggu Kesembilan
Pemasangan wayar network.
Pemasangan wayar telefon.
Menukar overload contactor.
Minggu Kesepuluh
Menukar motor Incubator.
Penyelenggaraan motor pump.
Menukar lampu kalimantang ke Led.
Minggu Kesebelas
Penyelenggaraan penyaman udara.
Pemasangan overhead cable.
Pemasangan wayar telefon.
Pemasangan wayar network.
Minggu Kedua belas
Pemasangan tirai plastik pvc.
Penyelenggaraan papan agihan (DB).
Pemasangan soket point 3Ø
23
4. Bulan Keempat (03 OKTOBER 2020 - 31 OKTOBER 2020)
Minggu Ketiga belas
Menukar lampu kalimantang ke Led.
Penyelenggaraan soket.
Pemasangan wayar telefonn.
Penyelenggaraan penyaman udara.
Minggu Keempat belas
Pemasangan soket 13 A.
Penyelenggaraan motor siren.
Penyelenggaraan papan agihan (DB).
Pemasangan wayar extension.
Minggu Kelima belas
Pemasangan DOL magnetic starter.
Penyelenggaraan penyaman udara.
Penyelenggaraan motor pump.
Pemasangan wayar extension.
Minggu Keenam belas
Penyelenggaraan lampu solar.
Pemasangan wayar siren.
Penyelenggaraan papan agihan (DB).
Membuat Rak fail.
24
5. Bulan Kelima (01 NOVEMBER 2020- 27 NOVEMBER 2020)
Minggu Ketujuh belas
Penyelenggaraan penyaman udara.
.Pemasangan tiang wayar bekalan
Mengecat rak fail.
Minggu Kelapan belas
Pemasangan Hand dryer.
Pemasangan wayar bumi.
Pemasangan litar kuasa.
Minggu Kesembilan belas
Penyelenggaraan papan agihan (DB).
Penyelenggaraan penyaman udara.
Penyelenggaraan Genset (janakuasa).
Penyelenggaraan motor pump.
Minggu Kedua puluh
Penyelenggaraan penyaman udara.
Pemasanggan wayar telefon.
Penyelenggaraan mesin punch card.
Pemasangan isolator switch.
25
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Keselamatan
Keselamatan di tempat kerja adalah suatu perkara yang amat
penting bagi mengelakkan sesuatu kemalangan daripada berlaku
ketika kerja-kerja di dalam tempat kerja dijalankan.Ini adalah satu
cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kecacatan anggota
badan, kehilangan jiwa, kerosakan peralatan, kemusnahan harta
benda menyebabkan kekurangan produktiviti.
Kebanyakkan kerja kejuruteraan mempunyai banyak risiko
kemalangan berbanding kerja luar daripada bidang kejuruteraan.
Oleh itu, kita haruslah sentiasa mematuhi peraturan keselamatan
alatan tangan, persekitaran tempat kerja dan terutamanya
mematuhi peraturan pakaian keselamatan setiap kerja yang
dilakukan.
Keselamatan adalah perlu diutamakan sebelum, semasa, dan
selepas kerja dilakukan untuk memastikan hasil kerja yang
dilakukan adalah betul-betul cemerlang.Kita perlu berfikir sebelum
bertindak dan perlu memegang kuat pada ayat biar lambat
asalkan selamat.
26
4.2 Punca - Punca Kemalangan
Kemalangan lazimnya terjadi dalam tempat kerja kejuruteraan
adalah disebabkan oleh faktor-faktor kemanusiaan, persekitaran
tempat kerja dan peralatan atau mesin.
4.2.1 Faktor Kemanusiaan
Kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh sikap
manusia sendiri yang tidak mengambil berat tentang
peraturan keselamatan semasa melakukan kerja bengkel
dan kerja kejuruteraan yang lain.
Antara sikap yang boleh menyebabkan kemalangan
adalah bergurau senda ketika membuat kerja atau ketika
menggunakan perlatan tajam, kurang tumpuan terhadap
kerja yang sedang dilakukan.
Sikap manusia yang cuai dan ego ini tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan seperti memakai kasut
keselamatan, tidak memakai topi perlindungan, dan tidak
menepati cara pemakaian yang selamat ketika membuat
kerja.
27
4.2.2 Faktor Tempat Kerja
Kawasan dan persekitaran di tempat kerja juga faktor
yang mengundang kemalangan.Lantai yang licin kerana
minyak atau air boleh menyebabkan kemalangan seperti
terjatuh dan tergelincir.
Pencahayaan yang tidak sesuai atau tidak cukup di
tempat kerja juga faktor berlakunya kemalangan berat
seperti renjatan elektrik kerana tidak sedar akan
kewujudan pendawaian di persekitaran yang mempunyai
pencahayaan tidak sesuai.Tempat kerja atau ruangan
yang sempit juga faktor berlakunya kemalangan
terutamanya kemalangan jenis melibatkan rakan
sekerja.
4.2.3 Faktor Alatan Atau Mesin
Alat-alat dan mesin juga boleh menyebabkan
kemalangan berlaku di bengkel.Contohnya, alat atau
mesin yang tidak sesuai pada kerja yang dilakukan, alat
atau mesin yang rosak, alat atau mesin yang tidak
diperiksa atau diservis mengikut jadual yang ditetapkan.
Contoh alatan tangan yang boleh menyebabkan
kemalangan adalah tukul atau alatan yang lain
mempunyai hulu yang longgar dan licin.Mesin pula boleh
mengundang kemalangan jika bahagian tertentu tidak
dikunci ketat dan kemas. Litar elektrik yang rosak pada
28
mesin atau alat elektrik juga mendatangkan bahaya
renjatan elektrik dan boleh menyebabkan kebakaran.
4.3 Dasar Keselamatan Di DXN Pharmaceutical
DXN Pharmaceutical bertanggungjawab dan berazam
untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan semua pekerja
termasuk kontraktor dan orang awam yang berurusan dengannya
di tempat kerja.Untuk mengelakkan daripada berlakunya
kecederaan ataupun penyakit yang boleh berpunca daripada
tugas di tempat kerja, pihak pengurusan telah melaksanakan
perkara-perkara berikut:
i. Memastikan sistem kerja yang selamat dan sihat serta
bersedia menambah baik sistem kerja mengikut keperluan
semasa.
ii. Memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
iii. Memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
disediakan dengan berkesan.
iv. Memastikan kehendak undang-undang dan kehendak lain
yang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja dipatuhi.
.
29
4.4 Kesimpulan
Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah
tanggungjawab setiap individu.Para pekerja haruslah bersiap
sedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan bahaya yang
mungkin berlaku ditempat kerja.
Justeru itu, bagi mengelakkan musibah yang tidak diingini
berlaku, setiap pekerja hendaklah memastikan persekitaran
tempat kerja selamat dari sebarang bahaya, memakai pakaian
yang telah ditetapkan seperti kasut bertutup, sarung tangan dan
topi keselamatan.
4.5 Alatan Tangan
Alatan tangan adalah sangat penting dalam melakukan pendawaian
elektrik.Alatan tangan digunakan untuk memudahkan kerja.Alatan tangan
juga boleh menggelakkan kemalangan berlaku dan perlu berada dalam
keadaan baik.
30
4.5.1 Alat Pemateri
Rajah 2
Kegunaan
Digunakan untuk mencairkan bahan pateri ketika kerja-kerja
pematerian dijalankan.
4.5.2 Penyedut Bahan Pateri
Rajah 3
Kegunaan
Digunakan untuk menyedut bahan pemateri ketika kerja-kerja
pembaikan atau pembetulan litar dijalankan.
31
4.5.3 Bahan Pateri
Rajah 4
Kegunaan
Sejenis aloi yang diperbuat dari campuran logam Timah dan
Plumbum.
Mudah cair apabila dipanaskan.
Bahan pateri yang cair mudah mencantumkan kaki komponen pada
bod litar.
Apabila sejuk, pateri akan mengeras dan melekatkan cantuman
secara kekal.
32
4.5.4 Penjalur Wayar
Rajah 5
Kegunaan
Terdapat pelbagai jenis penjalur wayar.Tetapi yang biasa digunakan
adalah jenis penjalur wayar mudah dan penjalur wayar spring.
Ciri-ciri yang kecil dan ringan membolehkan kerja-kerja yang
melibatkan proses penjalur berjalan lancar.
33
4.5.5 Pemotong sisi
Rajah 6
Kegunaan
Digunakan untuk memotong wayar.
Ia juga digunakan untuk memotong kaki komponen yang siap
dipateri.
34
4.5.6 Pena Ujian
Rajah 7
Kegunaan
Untuk mengesan kehadiran arus elektrik (arus AC sahaja) dengan
julat arus antara 100v-500v.
Untuk mengetat dan melonggarkan skru yang bersaiz kecil yang
terdapat dalam aliran elektronik.
35
4.5.7 Playar Gabung
Rajah 8
Kegunaan
Digunakan untuk kerja-kerja seperti memegang dawai, memintal,
memotong dawai dan kabel elektrik.
Juga digunakan untuk mengetat dan melonggarkan skru.
Playar gabung mempunyai dua rahang bergigi untuk mencengkam
dan memegang sesuatu barang.
36
4.5.8 Playar Muncung Tirus
Rajah 9
Kegunaan
Playar muncung tirus direka khas untuk melaksanakan kerja di ruang
yang sempit.
Digunakan untuk memegang benda yang kecil seperti komponen
elektronik dan memotong dawai halus.
Juga digunakan untuk membentuk (membengkok) kaki komponen
elektronik yang hendak dimasukkan pada papan litar khasnya
perintang.
37
4.5.9 Pemutar Skru
Rajah 10
Kegunaan
Terdapat dua jenis pemutar skru ialah pemutar bilah rata dan
pemutar skru jenis “Philips”.
Fungsi kedua-dua pemutar ini adalah sama iaitu melonggarkan dan
mengetatkan skru.
38
4.5.10 Penukul
Rajah 11
Kegunaan
Penukul ialah alat yang mempunyai besi dan mempunyai
batang pemegang yang diperbuat dari kayu atau besi.
Penukul digunakan untuk mengetuk paku dalam pendawaian
atau penyaman udara.
39
4.6 Pemasangan Tiga Fasa
4.6.1 Pengenalan
Bagi melengkapi sesuatu kerja supaya beroperasi dengan
sempurna, kita haruslah mengetahui jenis barang yang digunakan,
tatacaranya dan proses kerja yang dilakukan.Secara tidak
langsung, ia dapat membantu kita membuat pemasangan dengan
betul dan lebih baik.
4.6.2 Sistem Bekalan Tiga Fasa
i. Sistem bekalan AU tiga fasa biasanya dikendalikan dalam dua
bentuk sambungan iaitu Bintang dan Delta.
ii. Sambungan bintang mempunyai tiga talian fasa dan satu talian
neutral
iii. Sementara sambungan delta mempunyai tiga talian fasa dan
tanpa talian neutral.
iv. Motor tiga fasa adalah kendalian permulaan kendiri tetapi tidak
berlaku dalam motor satu fasa.
v. Motor tiga fasa mempunyai faktor kuasa dan kecekapan yang
lebih baik dan saiz yang lebih kecil, bagi keluaran yang sama
berbanding motor satu fasa.
40
4.6.3 Litar Rujukan
Litar Rujukan utama ialah cara penyusunan pemasangan alat-
alat kawalan dan perlindungan.
i. Ia bermula dari fius perkhimatan ke jangka kwj, ke suis
utama ke alat perlindungan arus lebihan ke RCCB dan
berakhir pada kotak agihan.
ii. Ciri-ciri keperluan IEE setiap litar.
Pengasingan dan perlindungan arus lebihan.
Perlindungan arus lebihan.
Perlindungan arus baki atau arus bocor kebumi.
Rajah 12
41
Rajah 13
42
4.6.4 Peranti Perlindungan
4.6.4.1 Pemutus Litar Teracu (MCCB)
Rajah 14
i. MCCB merupakan sebuah perkakas suis voltan rendah yang
baik.
ii. Penyambung dan pemutus litar.
43
4.6.4.2 Suis Utama (main Switch)
Rajah 15
i. Memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan
membuka dawai hidup dan neutral secara serentak
ii. Untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan
elektrik yang beterusan.
44
4.6.4.3 Pemutus Litar Arus Baki (RCCB)
Rajah 16
i. Mempunyai empat terminal masuk dan keluar bagi ketiga-tiga
pengalir fasa dan satu pengalir neutral.
ii. Digunakan untuk melindungi pengguna daripada renjatan
elektrik apabila berlaku kebocoran kebumi didalam sistem
bekalan pengguna.
iii. Berkendali apabila berlaku ketidak seimbangan arus .
45
4.6.4.4 Pemutus Litar Kenit (MCB)
Rajah 17
i. Merupakan sebuah perkakas suis voltan rendah baik.
46
4.6.5 Litar Skematik
Rajah 18
47
4.6.6 Rajah Pendawaian
Rajah 19
Rajah 20
48
Rajah 21
4.6.7 Kesimpulan
Dalam pendawaian tiga fasa beberapa aspek perlu diambil
perhatian.Kesimpulannya, ialah pemasangan yang betul supaya
tidak terdapat sebarang kebocoran atau masalah litar pintas.
Langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan semasa pendawaian
dilakukan.
49
4.7 Pemasangan Elektrik Satu Fasa
4.7.1 Pengenalan
Sistem Pendawaian elektrik terbahagia kepada dua bahagian iaitu:
Pendawaian satu fasa – biasa di kawasan kediaman.
Pendawaian 3 Fasa – kawasan industrial dan komersial.
4.7.2 Sistem Pendawaian
4.7.2.1 Bekalan ke Rumah
i. Bekalan eletrik yang diterima di rumah biasanya AC 1- fasa
240V, 50Hz.
ii. Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian
(sama ada R, Y atau B) dan neutral dari system 3 fasa dan
4 dawai (sambungan Y).
50