The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

03DET17F2032- MOHAMMAD HAKIMI BIN IBRAHIM-LAPORAN AKHIR LI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jai09542, 2021-07-13 09:30:18

KIMI BIN IBRAHIM-LAPORAN AKHIR LI

03DET17F2032- MOHAMMAD HAKIMI BIN IBRAHIM-LAPORAN AKHIR LI

4.7.2.2 Litar Pengguna
i. Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus
disambung ke satu papan penyambung.
ii. Dipapan ini terdapat fius perkhimatan dan talian neutral.
iii. Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan
disambungkan ke meter kwj.
iv. Litar pengguna bermula dengan papan suis utama atau
pengasing berkadar 60, 80, dan 100A.
v. Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB atau RCCB).
vi. Diikuti dengan papan fius agihan ini terdapat 3 busbar
penyambungan iaitu wayar hidup, neutral dan bumi.

vii. Fius yang berkadar sama ada 5,15,30,45A atau 6,16 dan
32A ini akan disambung daripada busbar life ke litar akhir
yang bersesuaian.

viii. Busbar neutral dan busbar bumi akan disambung terus
pada litar akhir.

ix. Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu life, neutral dan
bumi.

51

Rajah 22

4.7.3 Pendawaian Permukaan
Terdapat beberapa jenis pendawaian domestik bergantung kepada
kesesuaian premis dan kehendak pengguna iaitu:
i. Sistem Pendawaian permukaan.
ii. Sistem pendawaian pembuluh.
 PVC
 Logam
iii. Sistem pendawaian tersembunyi.
iv. Sistem pendawaian salur.
v. Sistem pendawaian sesalur.
 PVC
 Logam

52

4.7.3.1 Kebaikan Pendawaian Permukaan
i. Kemas dan elok dipandang.
ii. Sesuai untuk pemasangan kecil.
iii. Pemasangan mudah dan cepat siap.
iv. Kerja penyelenggaran lebih mudah dilakukan.
v. Kos pendawaian yang paling jimat.

4.7.3.2 Kelemahan Pendawaian Permukaan
i. Terdedah kepada kerosakkan mekanikal.
ii. Tidak tahan suhu panas dan lembab.
iii. Sesuai hanya di tempat tertentu sahaja.
iv. Tempoh ketahanan tidak lama.

4.7.4 Litar Skematik

Rajah 23

53

Rajah 24

Rajah 25

4.7.5 Kesimpulan

54

Dalam melakukan pemasangan satu fasa setiap aspek haruslah
dititik beratkan bagi mengelakkan berlaku masalah litar pintas atau
kebocoran elektrik kerana ia merupakan perkara penting yang harus
dijaga oleh setiap pekerja.

BAB 5
55

KESIMPULAN

Sepanjang saya menjalankan latihan industri selama lima bulan di syarikat
DXN Pharmaceutical banyak pengalaman yang saya perolehi tidak kira sama
ada bidang elektrik dan elektronik.Saya banyak mempelajari perkara baru yang
diajar oleh penyelia syarikat.Saya juga berpeluang menjalankan kerja-kerja
antaranya seperti berikut:

i. Mengenal alatan dan komponen pendawaian.
ii. Pendawaian Lampu dan Kipas Syiling.
iii. Pendawaian Soket.
iv. Memasang bekalan 3 fasa.
v. Membuat pembumian.
vi. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi.
vii. Mempelajari barang-barang berkaitan elektrik dan elektronik.
viii. Membaiki barang-barang yang mengalami masalah.

Pada pendapat saya, pentingnya latihan industri kerana ia dapat
mendedahkan alam pekerjaan yang sebenar kepada saya dimana pendedahan
kepada perkara-perkara yang terkini.Di sini saya didedahkan dengan ilmu
pengetahuan, teknologi dan kemahiran dalam bidang elektrik dan elektronik.

56

Di samping itu, dengan adanya latihan ini juga saya dilatih untuk menjadi
seorang yang berdisiplin dan menepati masa bekerja.Kemahiran berkomunikasi
juga dapat dipraktikkan antara pelatih dengan kakitangan.Latihan ini juga dapat
mededahkan saya mengenai semangat kerja secara berpasukan dan bertukar-
tukar pendapat serta idea dengan kakitangan yang lain.

Walaupun pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh setiap pelatih sepanjang
menjalani latihan industri yang ianya berbeza antara satu sama lain, namun apa
yang penting individu tersebut mestilah bersikap positif dalam menghadapi
setiap situasi, supaya pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada
masa akan datang.

Melalui latihan industri ini jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai
sepanjang latihan dijalankan.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semua
pendedahan telah diberikan kepada saya sepanjang latihan ini sangat berguna
dan perlu dimanfaatkan di masa akan datang.Latihan sebegini juga akan
melahirkan seorang graduan yang berpengetahuan dan berkeperibadian yang
tinggi untuk merealisasikan Wawasan Negara menjelang tahun 2020.

Akhir sekali, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
dan kakitangan serta rakan-rakan pelatih di DXN Pharmaceutical kerana
memberi kerjasama serta tunjuk ajar sepanjang saya menjalani latihan industri.

57

BAB 6
KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang saya menjalani tempoh latihan banyak pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk memberi sedikit komen dan cadangan bagi menyempurnakan lagi
kemajuan firma ini. Antara cadangannya ialah:
i. Pihak politeknik hendaklah sentiasa berhubung dengan pihak firma bagi

mengetahui perkembangan pelajar.
ii. Pihak politeknik perlu mendedahkan kemahiran teknikal kepada pelajar

sebelum mereka menjalani latihan industri.
iii. Saya mencadangkan pihak firma perlu menambah pengambilan bilangan

pelajar industri.Ini dapat membantu pelajar dalam kerjasama dan
kemahiran yang mempelajari ilmu elektikal yang lebih mendalam secara
praktikal.
iv. Pihak syarikat perlu memberi jadual dan penerangan terperinci kepada
penuntut mengenai tugas-tugas yang bakal dilakukan terlebih awal
supaya penuntut dapat menilai sama ada syarikat tersebut sesuai untuk
dijadikan tempat latihan industri atau tidak.
Demikianlah komen dan cadangan saya, semoga cadangan yang
dikemukakan dapat diberi perhatian oleh pihak tertentu. Ini adalah untuk
kebaikan pelajar pada masa akan datang.

58

RUJUKAN
i. www.wikipedia.com
ii. https://www.dxn2u.com/
iii. www.electrical component.com
iv. en.wikipedia.org/wiki/Three-

phase_electric_power
v. www.electrical wiring.com
vi. www.allekabels.nl

59

LAMPIRAN
60

61

62

63

64

65

66

67

68


Click to View FlipBook Version