The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Copy of BUKU PUISI CINTA KELPEN (2)_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suriani Oxley, 2024-04-24 05:12:54

Copy of BUKU PUISI CINTA KELPEN (2)_compressed

Copy of BUKU PUISI CINTA KELPEN (2)_compressed

K E L P E N B U K U E D I S I K H A S R A M A D A N 2 0 2 4 K E R J A S A M A K E L A B P E N D I D I K A N L A B U A N & S E K T O R S U M B E R T E K N O L O G I P E N D I D I K A N W P L A B U A N KOLEKSI PUISI CINTA


Cetakan Pertama, 2024 (C) HAK CIPTA, JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN , 2024 Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian dalam penerbitan ini yang boleh diterbit atau dipindah dalam apa jua cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuklah fotokopi, salinan semula atau dalam apa jua bentuk sistem storan atau capaian, tanpa keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta dan penerbit. ISBN Diterbitkan oleh : Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Peti Surat 80151, Jalan Bukit Besar, Kg. Sg. Lada, 87013 W.P Labuan. Email : [email protected]. dengan kerjasama Kelab Pendidikan Labuan (KELPEN) Dicetak oleh : PERUSAHAAN TUKANG BUKU KM 8, Jalan Puteri Bangi 2A/6 Bandar Puteri Bangi 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA T: 03-8928 9899 / E: [email protected] www.tukangbuku.com


Kata Alu-Aluan Suriani Alland Rice Oxley Pengerusi Kelab Pendidikan Labuan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Cinta KELPEN, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli Kelab Pendidikan Labuan (KELPEN) yang telah dengan sukacitanya menyertai aktiviti menulis puisi anjuran KELPEN. Kerjasama dan penyertaan anda telah memberikan warna dan keindahan kepada aktiviti penulisan karya kreatif ini. Setiap puisi yang anda hasilkan tidak hanya menyentuh hati, tetapi juga membawa satu pengalaman yang mendalam kepada para pembaca. Melalui kata-kata yang indah dan pemikiran yang mendalam, anda telah mengekspresikan perasaan dan cerita mengenai sebuah ‘CINTA’ yang menginspirasi. Kepada ahli KELPEN yang juga merupakan penulis puisi di buku ini, terimalah penghargaan kami yang tulus atas usaha dan dedikasi anda dalam membawa kehidupan kepada dunia puisi. Saya yakin bahawa karya-karya anda akan terus mempesonakan dan memberi inspirasi kepada banyak orang. Diruangan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan yang sentiasa memberikan sokongan beliau kepada penghasilan buku puisi ini. Tidak lupa juga kepada SSTP Labuan dan semua yang terlibat dalam penyelenggaraan penerbitan buku ini, terima kasih atas segala usaha anda. Semoga aktiviti-aktiviti mendatang akan terus memberi peluang kepada para ahli untuk berkarya dan berkongsi bakat penulisan mereka. Sekali lagi, terima kasih kepada semua penulis puisi yang turut serta. Kepada yang belum berkesempatan menyertai, mari kita terus berkongsi semangat kepenulisan dan keindahan kata-kata dalam penghasilan buku puisi siri yang kedua nanti, insyaAllah.


Tinta Bicara Tuan Haji Abidin Bin Haji Marjan Pengarah Jabatan Pendidikan W.P.Labuan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia Madani dan Salam Ramadan kepada semua warga Kelab Pendidikan Labuan (KELPEN), Dengan penuh kebanggaan dan kesyukuran, kita berkumpul di naskah kreatif ini untuk meraikan hasil kreativiti para penulis yang terdiri daripada ahli-ahli KELPEN yang telah menghasilkan bait-bait puisi mereka sendiri. Aktiviti menulis buku puisi ini adalah satu langkah berani dan bermakna dalam meneroka dunia kata-kata dan perasaan. Puisi, sebagai ungkapan seni dan emosi, mempunyai kekuatan untuk menggerakkan jiwa dan mencipta perubahan. Melalui puisi yang dihasilkan oleh para penulis, kita dapat merasai keindahan bahasa serta mendalami makna yang tersembunyi di sebalik setiap baris. Inisiatif KELPEN dalam menghasilkan buku puisi ini menunjukkan komitmen KELPEN dalam memupuk bakat-bakat kreatif dikalangan ahli. Semangat dan usaha yang diberikan oleh setiap penulis adalah satu penghargaan kepada nilai seni dan keunggulan akademik. Syabas saya ucapkan kepada KELPEN! Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua penulis yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Keberanian dan ketekunan yang anda tunjukkan dalam menyusun kata-kata menjadi puisi adalah satu pencapaian yang patut dipuji. Akhir kata, harapan saya agar buku puisi ‘Cinta’ yang dihasilkan oleh KELPEN dengan kerjasama SSTP ini akan terus menjadi sumber inspirasi dan penghayatan bagi ahli-ahli KELPEN. Kepada semua penulis, teruskan perjalanan kreatif anda dan teruslah mengukir nama dalam dunia seni. Terima kasih. K.M.N, B.S.K


BIL ISI KANDUNGAN TAJUK PUISI MUKA SURAT 01 Teraduk Rindu 02 Kalut Berkasih 03 Sepertiga Malam 04 Dini Hari 05 Cinta Damai 9 06 Isteri 10 07 Doa Buat Anakku 11 08 Sebuah Rasa 12 09 Galau 13 10 Indah Dalam Kesyukuran 14 15 16 17 NAMA PENULIS Arif Haji Tamri Arif Haji Tamri Arif Haji Tamri Arif Haji Tamri Arif Haji Tamri Arif Haji Tamri Aspalila Binti Rais Norhayati Haji Yahya Norhayati Haji Yahya 11 Rutin 18 12 Perjalanan 19 20 Norhayati Haji Yahya Norhayati Haji Yahya Norhayati Haji Yahya


BIL ISI KANDUNGAN TAJUK PUISI MUKA SURAT 13 Penghujung Sebuah Cinta 14 Terima Kasih Isteriku 15 Allah Kekuatanku 16 Coklat Cinta 17 Cinta ‘Nasi Briyani’ 21 18 Cinta ‘Air Batu Campur’ 22 19 Bertemu Yang Dirindu 23 20 Yang Tidak Terungkap 24 21 Cinta Kasih Luhur 25 22 Cinta Ramadan 26 27 28 29 NAMA PENULIS Yahya bin Ahmad Puteh Erwin bin Saringat Malai Hasnah binti Malai Ahmad Suriani Alland Oxley Suriani Alland Oxley Suriani Alland Oxley Amiah binti Bua Amiah binti Bua Amiah binti Bua 23 Cinta Agung Bonda 30 24 Kasih Ayahanda 31 32 Mohd Daud bin Abdullah Mohd Daud bin Abdullah Mohd Daud bin Abdullah


BIL ISI KANDUNGAN TAJUK PUISI MUKA SURAT 25 Jiwa Yang Terhempas 26 Cinta Hanya Pada Yang Satu 27 Belangkasuka 28 Cinta Yang Tertinggal 29 Cinta Dalam Diam 33 30 Puisi Bunga Lavenda 34 31 Rindu Kasih Adindaku 35 32 Cinta Di Depan Mata 36 33 Pengalaman Penuh Bermakna 37 34 Aku Beruntung 38 39 40 41 NAMA PENULIS Airol Azmi bin Abd. Ghani Airol Azmi bin Abd. Ghani Airol Azmi bin Abd. Ghani Airol Azmi bin Abd. Ghani Airol Azmi bin Abd. Ghani Hanijah binti Meskan Maslika binti Ramli @ Yusof Anwar bin Ibrahim Anwar bin Ibrahim 35 Cinta Abadi 42 36 Dia Seri Nara Jiwa 43 44 Anwar bin Ibrahim Nur Izzatie Nadia Subri Dayangku Maswati binti Awangku Ibrahim


BIL ISI KANDUNGAN TAJUK PUISI MUKA SURAT 37 Erti Perjuangan Hidup 38 Rindu Ini 39 Wahai Sahabat 40 Cinta Seorang Guru 41 Sepenuh Jiwa 45 42 Tawar Dalam Senyuman 46 43 Perjuangan Dalam Diam 47 44 Ramadan Istimewa 48 45 Jangan Menangis 49 50 51 52 53 NAMA PENULIS Zailiana Zainol Zailiana Zainol Zailiana Zainol Juraidah binti Aman Juraidah binti Aman Mohd Reno bin Mohd Idris Helne Asmat Norizan binti Tawang Mohammad Halfae bin Mohammed Zaini


Terciduk Rindu Ratap tangis henti tawa Bak sembilu menusuk kalbu Ronta jasad rintih jiwa Semerbak rindu yang serbu Bak sembilu menusuk kalbu Diwaktu bersama dahulu Rintih dendam sebalik kelambu Ratah sedari hilir ke hulu Ronta jasad rintih jiwa Semerbak rindu yang serbu Kala rindu terbalas tawa Manis senyummu semanis tebu Manis senyummu semanis tebu Kala rindu terbalas tawa Sendu lenyap dibalik abu Santap bersama hingga sendawa Bahagia rasa jasad dan nyawa Diwaktu bersama dahulu Kala rindu terbalas tawa Terciduk rindu gurindam lalu Maghrib, CgArif 23 Febuari 2024 9


Akal fikiran terjah dimensi, Merindu kasih bila berjauh, Kalut hidup kurang beraksi, Bilakan berlabuh kapal bersauh. Kalut hidup kurang beraksi, Berkasih sayang impian perindu, Bila si dia tiada di sisi, Hanya doa kiriman syahdu. Berkasih sayang impian perindu, Akal fikiran terjah dimensi, Merindu dendam jiwa nan sendu, Bila si dia tiada di sisi. Berbulan lama tak terhitung, Merindu dendam jiwa nan sendu, Bersua wajah kiranya untung, Menambat luka hati nan rindu Bilakan berlabuh kapal bersauh, Berbulan lama tak terhitung, Merindu kasih bila berjauh, Hanya padaNYA perindu bergantung. Larut Malam, Cg Arif 23 Feb 2024 Kalut Berkasih 10


Tersentak terjaga dari mimpi, Langkah longlai menyuci diri, Di sepertiga malam nan sepi, Suasana syahdu tika bersendiri. Dendangan syahdu memuji Mu, Di sepertiga malam nan sepi, Sujud pasrah berserah pada Mu, Luah segala malu diketepi. Suasana syahdu bila bersendiri, Sujud pasrah berserah pada Mu, Kesempatan taubat penuh disedari, Harap ampunan serah tak jemu. Kesempatan taubat penuh disedari, Dendangam syahdu memuji Mu, Dugaan tika diri menyendiri, Bersujud diriku mohon redha Mu, Tak terasa air mata di pipi, Tasbih, tahmid, takbir tak henti, Di sepertiga malam nan sepi, Semoga dipermudah hingga akhirat nanti. Sebelum Subuh, Cg Arif 23 Febuari 2024 11 Sepertiga Malam


Dini Hari Teriak! Gara cinta dan merindu, Gejolak hasrat rentap lalui jasad yang jitu, Dicegah ditegah pemikiran waras nan sendu, Dikuat minda putus restu. Atas batu, tepi pantai, ombak menderu, Ada cahaya beriring bayang, Bayang dahului cahaya tanpa diseru, Kenang diri sayang di sayang. Waras tentu hidup, Tanpa waras nafsu penentu, Terpedaya hidupkan redup, Arah kepadaNYA yang satu. Terpulang pilihan penentu Telah ada hala tuju Baik dan tidak sudah tentu Tiada pilihan tak setuju Para utusan dah tunjuk hala tuju Baik dan tidak sudah tentu Syurga balasan seluruhnya setuju Marilah berdoa pada yang satu. Dhuha, Cg Arif 24 Februari 2024 12


Zionis Israel tak seru damai, Rombak rosak di sana sini, Ajak imbal adil tak semai, Hamas wira juang berseni. Rombak rosak di sana sini, Dijajah digusur Aqsa pertiwi, Merdeka dilantar berita terkini, Dunia sepi lupa ukhrawi. Ajak imbal adil tak semai, Diangkat dijulang akal demokrasi, Benarkan menang ikut yang ramai, Undang-undang akal kelakkan basi. Cinta negara Dunia layani, Damai jauh tak bersama mereka, Hamas wira juang berani, Pertahan pertiwi kekal merdeka. Undang-undang akal kelakkan basi, Dalam hati Hamas disanjungi, Walau jauh di mata hati terisi, Hanya Qunut Nazilah mengiringi. Semua arah hingga tenggara, Jauh tak bersama mereka, Dari Sungai Hingga Senggara, Doa kami Palestin kelak Merdeka. Asar, Cg Arif 24 Februari 2024 CINTA DAMAI 13


Isteri Santunan dalam kedamaian Melentur jiwa nan lara Mendakap satu perjuangan Teguhmu berdiri walau badai melanda Dakap sayangmu tiada terperi Dari hujung perjuangan mu Hingga ke akhir nyawamu Setiamu hingga ke syurga Princesclove by Cg Arif 06 Mac 2024 14


DOA BUAT Anakku Anakku, Doaku padamu Cahaya akhirat mengiringimu Nikmat dunia sentiasa bersamamu Anakku Doaku setiap hari Agar dikau sentiasa dilindungi Diberkati dan dirahmati Anakku Ingatlah pesanku Walau dimana keberadaanmu Ibu sentiasa menyintaimu AS 15 MAC 2024 15


SEBUAH RASA Sakit yang tidak pernah terluah tangis yang menjadi racun Kecelaruan minda Dan hati yang galau… Sebuah rasa yang sukar diungkap Rindu yang tersayat Kasih yang tidak terucap Dekat tapi jauh Dan sebuah rasa yang entah apa…. Sebuah rasa yang indah pada masanya Sebuah rasa yang menyakitkan pada waktunya Sebuah rasa yang menjadi rahsia Rasa yang dimiliki oleh hati. NHY79 16


GALAU Keliru dengan perasaan yang hadir tanpa di pinta rasa rindu yang singgah cuma rasa sayang yang bergetaran hati sarat menanggung segalanya Lalu cuba berbicara sendiri adakah keliru ini wajar di olah atau biar ia hilang begitu saja mana mungkin perasaan ini bisa sirna jika hati terusan mendamba tanpa kompromi rasa dan jiwa rindu pamit tanpa bicara NHY79 17


Indah dalam kesyukuran Lama aku terleka dengan kehidupan Taksub dengan milik yang bukan aku Sombong dengan kepunyaan aku Sedangkan sebenarnya semua bukan milikku Lalu apabila aku disapa dengan ujian Kembali terduduk terimbas penyesalan yang tak sudah Menangis di kain sejadah Meratap dan menyesali perbuatan Mengikis dosa yang keterlaluan Hanya pada DIA aku bermohon Sungguh aku bersyukur segala yang kumiliki Semua yang melengkapi hidup yang sementara Tangis dan tawa yang bersilih ganti Mewarna indah sela nafas yang dipinjam Terima kasih Tuhanku untuk semuanya. - NHY79 18


R U T I N Dia menjadikan hidupnya dan Hidupku satu rutin Pengulangan yg menjadi kebiasaan Sehingga aku terlalu biasa Sehingga aku terbiasa Sehingga menjadi kebiasaanku Rutin itu menjadi dekat denganku Saat dia semakin menjauh Tanpa ku pinta Tanpa sedar aku sudah terbiasa Terbiasa dengan kehadirannya Pagi petang siang dan malam Rutin itu membinasakanku Saat dia pergi Dan aku sudah terbiasa dengan Kebiasaan itu. NHY79 19


P E R J A L A N A N Dalam perjalanan sebuah kehidupan Melewati pelbagai keadaan Tertangkap pada keadaan yang tidak dirancang Bahagia dalam kebahagiaan mereka Dalam kehidupan sebuah persinggahan Senyuman hanyalah sebuah tabir Menutup pahit dan duka Merawat jiwa nan lara Mengizinkan tangis menukar rasa Mekar kesakitan seiring dengan harapan kebahagiaan Dalam sisa kehidupan yang berkembang indah Terungkap hikmah kesabaran Terjawab indah keyakinan Sebuah kehidupan milik insan yang berserah hanya padaNya. NHY79 20


PENGHUJUNG SEBUAH CINTA Sayang itu indah, lahir dari bibit rasa yang sukar dimengerti bukan sekadar pernyataan kata yang disusun menzahirkan makna. Cinta itu sifatnya kudus, Terlahir dari lubuk jiwa ketakwaan mengenal erti dan makna ketuhanan bertasbih di pagi dhuha berzikir di pintu barzakh mencari cinta hakiki. didiklah jiwa mencari cinta sejati Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang Di situlah penghujung sebuah cinta @yap2024r 21


Terima Kasih Isteri ku Di sepanj ang bul an Ramadan ini, Da l am kesejukan ma l am subuh yang dingin, Di ant a r a a roma rempah-rempah yang memika t, Daku melihat cahaya dimat amu yang memanc a r. Dengan langkah berha ti-ha ti, Dikau mendeka ti dapur dengan kerendahan ha ti, Sibuk mempersi apkan s ahur, Menyusun hidangan dengan kasih dan kehanga t an. Terima ka sih y ang tulus da ri ha ti, Bua t isteri ku y ang tersa yang, Ma s akan mu bukan hanya sekada r makanan, Tet api c int a yang terselip dal am seti ap hidangan. Bers ama -s ama kit a mengukir kenangan indah, Di bawah ba y ang-ba yang rahmat dari Sang Maha Penc ipt a , Terima kasih isteriku, Sa lam Ramadan da ri ku buat mu. 3rw1n 22


ALLAH KEKUATANKU Dalam lemahku, aku mengangkat tangan, Mengharap kasih-Mu, wahai Tuhan. Engkaulah kekuatanku di saat rapuh, Dalam redha-Mu, aku menemukan cahaya. Di tengah kesendirianku yang gelap, Ku pasrahkan segala pada-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih. Kaulah yang mengenal isi hatiku, Dalam dekat-Mu, aku menemukan ketenangan. Tiada yang mampu menggantikan kasih-Mu, Tiada yang mampu menyembuhkan luka hati selain Engkau. Dalam cinta-Mu, aku merasa sempurna, Dalam limpahan rahmat-Mu, Aku menemukan segala-galanya. Engkaulah yang menuntun langkahku di setiap jalan, Engkaulah yang menghiburku di setiap kesedihan. Dalam pelukan-Mu, Aku merasakan kehangatan, Dalam cinta-Mu, Aku menemukan segala kebenaran. Oh Tuhan, izinkanlah aku terus bersandar pada-Mu, Dalam setiap langkah, Dalam setiap hembusan nafas. Hanya pada-Mu, Wahai Pemilik segala-galanya, Aku menaruh harap dan menggantungkan segala rasa MHMA. 23


Coklat Cinta Cinta, Umpama sekeping coklat, ‘Sweety’ , ‘Creamy’ , ‘Velvety’ , Memberi sensasi menyenangkan, Membawa sentuhan memanjakan, Menghadirkan kebahagiaan ... yang memuaskan. Cinta, Seperti coklat yang manis, Tidak harus dimakan banyak, Jika berlebihan, kencing manislah jawabnya, Cinta yang berlebihan Mendatangkan kesakitan hati, Mengirimkan hati yang lara, Menyesakan dada! Biarlah cinta, Seperti coklat yang seimbang, Dinikmati dengan penuh rasa, Dan penuh penghargaan, Tidak terlalu banyak, Tak pula terlalu sedikit, Rasa coklat dapat dinikmati, Cinta tidak melukai diri. SURI 24


Cinta 'Nasi Briyani' Jun 26, 2022 Cerita bermula disini, 'The Choice' menjadi saksi, dari sepinggan nasi briyani, timbul rasa 'tersuka' dihati.. Dari briyani ke asam pedas, aduh!!..gelak ketawa jadi terbatas, meja sebelah memberi tanda 'awas' , namun, senyuman masih berbalas, tak menghalang 'suka' bergerak bebas.. Bertukar pula ke ikan Salmon, hanya dipinggan ditatap kosong, rasa 'suka' berlari-lari umpama maraton, bergerak ke seluruh lapisan ozon, bersinar hanya untuk difahami oleh seorang penonton.. Penonton yang tahu dia disukai dan menyukai.. kerana rasa 'suka' itu tidak dicari, Ia datang mencari takdirnya sendiri.. SURI 25


CINTA ‘AIR BATU CAMPUR’ Cinta itu ibarat ‘air batu campur’ , Nampak cantik, Terasa sedap, Kelihatan menarik, Indah belaka. Menyejukkan hati yang panas, Memaniskan jiwa yang tawar, Melawakan wajah yang muram, Memujuk hati untuk merasa… … ‘air batu campur’ ini setiap hari. Seperti ‘air batu campur’ , Ada kala, cinta itu, Rupanya hodoh, Rasanya pahit, Kelihatan suram, Nampak derita. Memanaskan hati yang damai, Memasamkan jiwa yang manis, Menyuramkan wajah yang indah, Menyakitkan hati untuk… … mengingatinya kembali. Apa kurangnya?, Dimana silapnya ‘air batu campur’ ini?, Alpa meletakkan agar agar kejujuran, Lupa mencampurkan jagung persefahaman, Alamak!..Tak ingat membubuh kacang keikhlasan. SURI 26


Bertemu yang dirindu Tika wangian Ramadan kareem Mengetuk pintu 2024 Semerbaknya menusuk jiwa Bertemu yang dirindui Mendambakan damai dalam setiap doa Merintih sesal segala dosa Tika jutaan tangan menadah syukur ke langit Bulan mengeluh hiba Lantaran Gaza masih menangis Tidak terkira getir hidup mereka Ujian bertimpa-timpa Moga Jannah pengubat luka Duhai Ramadan tercinta Kemilau cahayamu merobek lara Menganyam harapan seribu makna Akan bertemu kah lagi kita? Ami Amiah 27


Yang tidak terungkap Tika senja yang merona Rasa itu sering singgah mengusik jiwa Lalu hati berbisik dalam getar Kenapa tidak bisa terungkap Kelam malam , bulan tetap bisu Angin berlalu sayu Kasih, rindu, keliru Bersatu Kemilau bintang hadir mendamaikan Namun jauh tak tergapaikan Pawana bungkam tanpa berita Hanya mata berbicara Katakanlah apa yang dilafazkan rerama kepada bunga Telah tertulis di lubuk jiwa sebuah nama Moga ada hadirku di ruang mimpimu Walau sedetik cuma AmiAmiah 28


Cinta Kasih Luhur Ma… Di hamparan malam yang sunyi Wajahmu menjenguk lenaku Lalu kenangan mengalun irama syahdu Ku rindu senyumanmu Ku dambakan sapa lembutmu Membawa sebak menusuk kalbu Ma.. Kasihmu tiada tara, cinta seluas semesta Tatkala waktumu pulang telah tiba Ku cium dahimu penuh hiba Tak ingin berpisah namun apakan daya Setiap titik air mata Mengalir di hatiku, sederas sungai mengalir Mengenang jerih payah pengorbananmu Menjadikan aku manusia Ma… Setiap detik, setiap nafas yang kuhela Ku temui kasih, pelukan mesra yang kini tiada lagi Hanya doa yang terus kuiringi Semoga rohmu tenang, di sisi Tuhan yang Maha Esa Ami Amiah 29


Cinta Ramadan Duhai Ramadan, kau adalah rahmat, Mengajar erti cinta yang tidak terbatas Di antara berjuta bintang, dirimu bersinar, Sesuci Ramadan, di hati terasa hadir dan nyata, Cinta yang tulus, tidak lekang dek waktu Seperti sinar rembulan, memancar kegelapan, Cinta kita bersinar, mengukir cerita abadi. Di dalam puasa yang sabar, Kita mengukuh ukhwah, Menyulam kasih dalam setiap tarawih Di antara bait-bait yang kudus terucap, Cinta kita mekar, mengalir tanpa henti. Dalam tiap sujud dan ruku yang khusyuk, Kita rasakan semakin dekat pada-Nya. Cinta Ramadan, melingkupi jiwa nurani Umpama titisan embun pagi, Menyegarkan batin yang lelah. Biarlah cinta Ramadan kekal mengalir, Bersama langkah kdalam ketaatan. Biarlah hati kita bersinar cahaya-Nya, Cinta yang suci, Abadi dalam kesucian. MDA 30


Di dalam dadaku terbit cinta agung Dari tangan lembut, sang bonda tercinta Pelukan hangatnya memeluk erat Tiada bandingnya dalam dunia Cinta yang tiada lekang oleh waktu Seperti matahari menyinari bumi Kasih ibu tiada tara Menyinari langkah-langkahku Dalam setiap senyuman dan pelukan Bonda melambangkan kasih yang suci Setia dan tulus tanpa batas Menuntun langkah, membimbing hati Oh, betapa besar cinta bonda Di dalam relung hati yang paling dalam Terukir abadi dalam kenangan Cinta agung bonda selamanya MDA Cinta agung Bonda 31


Kasih Ayahanda Dari langit biru, sinar kasih menyinari Dalam belaian hangat, di pelukan ayah Setia dan teguh, tiada ragu Cinta yang tak terukur dalam kata-kata Dalam langkahnya, petunjuk yang jelas Menyongsong dunia dengan penuh keyakinan Bimbingan lembut, dorongan yang kuat Dalam setiap langkah, kasihnya hadir Tangannya mengukir kisah kehidupan Melalui kerja keras dan pengorbanan Menjadi pelindung, menjadi teladan Dalam lelah, namun tak pernah menyerah Oh, betapa dalamnya kasihnya ayah Dalam setiap doa yang terucap Mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya Kasih yang abadi, takkan pernah pudar MDA 32


JIWA YANG TERHEMPAS Di dalam kepekatan malam, jiwa yang resah berkelana, Mencari makna yang tersamar, Di Jagat raya yang luas. Dalam diamnya, ia bertanya-tanya, Mencari jawapan yang pasti, Namun takdir terus berputar, Seperti roda yang tak berhenti. Rindu akan kedamaian, jiwa merindukan cahaya, Namun kabut kelam menyelimuti, Menghalangi pandangan jelasnya. Dalam labirin pikiran, Ia tersesat tanpa arah, Mencuba melepaskan diri dari belenggu, Mencari kebebasan yang hakiki. Di tengah kehampaan, Ada serpihan harapan yang tersisa, Sebuah sinar kecil Yang mampu menerangi jalan gelapnya. Dengan langkah perlahan, Ia melangkah maju, Membawa api keberanian dalam hatinya yang rapuh. Kerana di setiap detik, Ada keajaiban yang menanti, Dan di setiap perjuangan, Ada kekuatan yang terpendam. Jiwa yang resah, Di dalam kegundahannya, Menemukan kedamaian, Ketika ia mengerti, Bahwa kehidupan adalah perjalanan, Bukan tujuan. A³G 33


Cinta Hanya Pada Yang Satu Di keheningan malam yang sunyi, Cinta hanya pada yang satu merasuk dalam dada, Seperti riak yang tenang di danau yang memantulkan bulan, Hanya padamu, Hatiku menyatu dalam irama yang damai. Tiada lagi ragu, Tiada lagi tanya, Cinta ini tumbuh, Tak terkira dalam pelukan yang hangat, Seperti bintang-bintang yang bertaut di langit luas, Kita berdua, Satu dalam perasaan yang suci. Di setiap hembusan angin yang lembut, Cinta kita tak pernah pudar, Sebab hanya padamu, Dalam dekap erat,Hidupku terpenuhi, Cinta hanya pada yang satu. Dalam pelukanmu, Aku temukan surga, Dalam matamu, Ku saksikan keindahan, Cinta ini takkan pernah terganti, Hanya padamu hatiku bertaut dalam cinta yang abadi. A³G 34


BELANGKASUKA Di tepian pantai yang sunyi, Terbaring sebatang pohon yang tak bernama, Di sana, tempat tersembunyi, Hiduplah makhluk bernama Belangkasuka. Dengan canggungnya ia berjalan, Di pasir putih yang memantulkan sinar mentari, Wajahnya penuh dengan kepolosan, Namun penuh juga dengan kelembutan hati. Belangkasuka, sang pencari cinta sejati, Menelusuri lautan dalam pencarian yang tak kunjung usai, Mencari belahan jiwanya yang terpendam, Di antara ombak yang membawa cerita. Dalam mata Belangkasuka, ada kerinduan yang mendalam, Kerinduan akan kehangatan pelukan, Dan di hatinya, terpatri sebuah harapan, Bahwa suatu hari, cintanya akan ditemukan. Meski terkadang dihempaskan gelombang kesendirian, Belangkasuka tetap tegar berdiri, Menyimpan dalam hati keyakinan yang teguh, Bahwa cinta sejati akan datang menjemputnya. Biarlah angin laut menyampaikan pesan cinta, Kepada yang jauh di ufuk sana, Bahwa di tepian pantai yang sunyi, Belangkasuka menunggu dengan setia, dalam kebahagiaan yang hakiki. A³G 35


CINTA YANG TERTINGGAL Di hening senja, cinta kita meredup, Janji-janji manis kini terhampar terbukti, Di hati ini hanya tersisa reruntuhan, Cinta yang ku kira abadi, kini terluka. Kau pergi tanpa kata, tanpa alasan, Tinggalkan aku dalam kegelapan malam, Hanya air mata yang menemani langkahku, Mengingat kisah kita yang kini berakhir. Kutemui dirimu dalam kenangan lalu, Saat cinta terasa begitu sempurna, Namun kini semua tinggal cerita lama, Cinta pasti berakhir, itulah kenyataan pahit. Hati ini terbelenggu dalam penantian, Mengharapkanmu kembali dalam pelukan, Namun rindu hanya menjadi saksi bisu, Akan kepergianmu yang tak terduga. Cinta yang dulu begitu indah dan murni, Kini hanya tinggal kenangan yang suram, Terjebak dalam waktu yang tak berbelas kasihan, Cinta pasti berakhir, itulah nyata. A³G 36


CINTA DALAM DIAM Di antara bisikan malam yang sunyi, Cinta kita tumbuh dalam diam yang hening, Tak terucap kata-kata, hanya getaran hati, Menyatu dalam kesunyian yang abadi. Mata yang bertatap dalam senyum lembut, Menyimpan rahasia cinta yang terpendam, Meski bibir tak berkata, namun hati berseru, Cinta dalam diam, tiada yang mengerti. Setiap sentuhan, setiap pandangan, Mengisyaratkan kehangatan yang tak terungkap, Seperti lagu yang hanya didengar oleh bintangbintang, Cinta kita berkembang dalam keheningan. Biarlah dunia tak tahu akan rahasia kita, Cinta ini terlalu indah untuk disuarakan, Biarkan cinta kita menjadi lagu yang tersembunyi, Dalam diam, kita bersama, untuk selamanya A³G 37


PUISI BUNGA LAVENDA Pagi yang berembun Mengembanglah bunga Lavenda Menari-nari di atas tangis embun Dalam gemerlapnya cahaya mentari Warna lembutmu menyapa hati Sejuk bagai embun di pagi hari Harummu menari di dalam angin Seolah mengusik memori yang terpendam Bunga Lavenda, cantikmu mencipta ilusi Menghiasi keindahan alam yang tersembunyi Seperti pesona yang tiada terkira Menyapa dalam heningnya dunia Namun kau punya rahsia yang tersimpan Di dalam kelopakmu tersusun rapi Mungkin cinta yang tiada terucap Atau harapan yang terlupakan Bunga Lavenda, Engkaulah puisi yang tersurat Di jurnal alam yang tak pernah habis Dengan kelembutanmu yang mengalir Menyiratkan makna yang tak terucap Hasil nukilan : Hanee 18 Mac 2024 38


RINDU KASIH ADINDAKU Semi l ir dingin malam menyapa Menyingkap tirai kenangan suka duka Mengundang sesak siksa rasa Dalam perjuangan menghapus rindu nestapa Pantaskah aku rebah meratapi takdir Sedang pundakku kian sarat Ku gagahi bel ikatku menj inj it segala rasa yang tersisa Walau sunyi menyelubungi semangatku Hanyut di lautan rindu kasih yang kelam Longlai mendamba mimpi indah bersua Menekat sekurun doa Terusung debu -debu cinta kasih Setia bertaut di j iwa yang rapuh Walau nadi sudah terhenti denyutnya Saat takdir menaungi Kucuba untuk faham Kucuba berdamai dengan takdir Takkan kembara rindu ini ternoktah Biar berpaku nisan Barzakh membenam kasih suci Memoir kisah kita teguh berpaksi kalam Al lah Mekar kemboja mewangi pusara kasihku Damai lah bersemadi adindaku Kasih mu abadi selama pasti Moga bertemu nanti C I K G U M A S L I K A 2 0 M A C 2 0 2 4 39


CINTA DI DEPAN MATA Betullah bagai yang dikata, Tak kenal maka tak cinta, Sudah kenal baru tahu semua, Di sini rupanya lebih madu dan bunga, Betullah banyak udang banyak garamnya, Banyak orang banyak juga ragamnya, Setiap satu ada peranannya, Setiap satu ada tindak-tanduknya, Bagaimana kita tidak gembira, Saat jatuh seribu datang menyapa, Bantu mengesat air mata, Bantu mengangkat bebanan yang ada, Terasa diri begitu berharga, Asalnya memang seorang pendosa, Berteduh menumpang menunggu bicara, Setiap detik terasa sangat berharga. Kini rasa terjatuh cinta, Dengan apa yang ada di depan mata, Terima kasih budi dan jasa, Akan dikenang setiap masa. Terima kasih JPWPL. (Warib SPr- Mac 2024) 40


Pengalaman ini sungguh berharga, Setiap Detik penuh cerita, Setiap khabar penuh bicara, Setiap bait penuh fakta, Kini tiga bulan pertama, Banyak sudah yang mampu dicerita, Untuk anak sulung yang bakal tiba, Syukur rezeki ramadan kami bergema, Kali ini sungguh bermakna, Semakin ramai teman dan taulan, Berganding penuh segala rintangan, Demi keberkatan hasil pendapatan, Memang sudah tercatat bermakna, Walau banyak cabaran rintangan, Selain terik panas berpanjangan, Raya kelak tidak keseorangan, Manis ditelan pahit dijamah, Semua yang berlaku sekelip mata, Semoga penghujungnya ada sinarnya, Untuk kebaikan semua yang ada. Warib SPr (Mac 2024) PENGALAMAN PENUH BERMAKNA 41


AKU BERUNTUNG Tiada apa yang dapat dikata, Selain ucapan Syukur dengan kurniaan-Nya, Alhamdulillah pada Ilahi, Atas kurnia yang tidak terperi. Benarlah, jika diizinkan oleh-Nya, Pasti rezeki tak salah Alamat, Biar jemu menunggu biar penat, Kini rezeki datang di bulan Rahmat, Pasti ada tertanya-tanya, Apa sebenarnya ingin diutara, Kisahnya orang rumah muntah-muntah, Rupanya kini sudah berbadan dua, Sesungguhnya kami juga insan terpilih, Tidak semua akan memahami, Sudah lama khabarnya kami menanti, Ramai yang bertanya keruhkan hati, Mohon titipkan ucapan doa, Agar kami sentiasa Sejahtera, Dari hari khabarnya tiba, Hingga waktu sampai nanti. (Warib SPr, Mac 2024) 42


Dalam pelukan waktu yangtak terhingga, Kita berdansa diantara bintang-bintang. Kisah kitaterukir dalam cahaya malam, Sebagai bukticinta yangabadi dantak terhapus. Kitaadalah duajiwa yangterjalin, Seperti helai sutra yangtak terputus. Kita menari di tepialam semesta, Mengukir kenangan yangtak akan pudar. Biarlah waktu berlalu denganlembut, Namuncinta kitatetap abadi. Seperti bintang-bintang yang bersinar selamanya, Kitaakanterus bersama, dalam keabadian. Cinta Abadi Teja 43


44


ERTI PERJUANGAN HIDUP Wahai anakku, Dengarlah cerita ibu tentang erti perjuangan hidup kita Cukup hanya kamu sahaja memahami perjalanan hidup kita Kerna ibu perlu kamu tahu betapa hidup ini ada hitam dan putihnya Wahai anakku, Hiduplah dengan aman dan tenang Usah difikirkan tentang kalutnya dunia ini Usah diperosah apa yang yang sedang berlaku Biarkan ianya berlalu Yang baik jadikan panduan hidup Yang buruk jadikan sempadan diri Wahai anakku Dalam hidup ini orang kata penuh dengan warna-warna kehidupan Ada juga yang berkata hidup ni ada masa kelamnya Diri kita yang akan mencorakkan hidup kita anakku Baik buruknya hidup ini terletak pada diri kita sendiri. Wahai anakku Hiduplah bukan dengan menyanjung tanpa menilai sebaiknya Sebaliknya utamakan agama dalam hidup ini Memaafkan semua semoga hari-harimu akan sentiasa tenang Senyumlah anakku biarpun sepahit mana yang telah kau hadapi Mengadulah pada Tuhanmu Yang Satu Nukilan ZZ 03052023 45


RINDU INI Rindu ini… Tiada penghujungnya tapi ada permulaannya Mulanya dari hati yang tulus dan ikhlas menyintainya Dari hati yang mula belajar tentang erit pasrah dan redha Rindu ini… Entahkan bila akan berakhir Atau adakah sentiasa berpaut di tangkai hati Adakah perlu diusir dari hati Atau dibiarkan ia terus bertahan disini Rindu ini… Adakah menjadi dosa kiranya ia diteruskan Adakah menjadi bebanan jiwa menanggungnya Adakah akan mematahkan setiap jiwa yang merasakannya Tatkala merasa kehilangan Rindu ini… Terlalu sukar untuk diungkapkan Terlalu rapuh untuk lenturkan Terlalu perit untuk dirasakan Diri ini hanya terlalu rindu Nukilan ZZ 28/10/2022 dan 11/10/2023 46


WAHAI SAHABAT Sahabat Coretanku hanya untuk mu sahabat dunia dan akhiratku Dahulu aku tidak tahu kau pernah wujud disampingku Anggapanku kamu hanya satu susuk yang biasa-biasa Sahaja Tidak pernah terlintas Allah menjentik aku pada kali ini Sahabat Entah bila jentikkan Allah ini menyedarkan aku Bahawa kau adalah sahabat yang Allah hadirkan buatku Kerana kau aku anggap bukan siapa-siapa Aku tidak sedar bahawa kau lebih dari anggapanku Keranamu sahabat aku sedar bahawa Allah Maha Penyayang Sahabat Hadirmu menyedarkan aku bahawa Allah terlalu sayang pada hamba-Nya Hadirmu tepat pada saat hidupku menjadi terlalu rapuh Terlalu pasrah hingga aku lupa bahawa ada Pelangi menanti di setiap hujan Kau hulurkan tangan ketika aku jatuh, kau berikan senyuman paling manis Senyuman indah yang membuat aku terlupa sebentar sakitnya kehidupan Nasihatmu, perhatianmu dan bimbinganmu Buatkan langkahku semakin hari semakin laju Menangis bersama, ketawa bersama, Biarpun jauh di mata tapi hati kita tetap dekat Bersahabat kerana Allah S.W.T. Berjalan la beriringan denganku sahabat Semoga Allah kekalkan persahabatan kita hingga ke Jannah Nukilan ZZ 47


CINTA SEORANG GURU Kecintaan pada langkahmu kecintaan pada pahalamu kecintaan pada amanahmu sehingga mendarah menusuk jiwa Jika hari ini langkahmu makin lemah Pandang hari hadapan disana sewaktu kita boleh menuai.. Doa kita selamat dari panas yang tidak pernah tertulis dimana-mana.... Jika hari ini apa yang kau muntahkan terhalang kerana kekuranganmu Maka tepis lah keegoanmu demi bangsamu demi anak-anak didikmu Jika hari ini apa yang di pertaruhkan masih kurang masinnya, kurang gulanya Jangan halang hati mu untuk merendah umpama padi tunduk ke bumi... Betulkan rasanya .... Agar bisa anak-anak merasai kenyamanan dari air tanganmu... Jika mendidik cita-citamu Suntik lah kecintaan pada jiwamu Agar bisa apa yang kau hidangkan Sentiasa membuka selera dan mengenyangkan J.A 48


Otak yang sentiasa berbicara Bila melihat anak-anaknya masih dalam keresahan Otak nya juga terus melihat Bila melihat anak-anaknya tiada rasa di hati Siapa yang berdosa…. Pasti tiada jawapan ..jika ada pun Umpama Bangau oh bangau…. Jika mengurat tapi tiada rasa sayang Jika mendekat hanya ingin wang disisip dimata Jika itu menjadi mahkota mu Maka terjadilah tiada rasa sentiasa tawar dan hambar Jika kau cinta pasti hatimu akan sentiasa resah, Sentiasa gelisah kerana makanan yang kita masakkan Tidak mampu untuk digigit apa lagi untuk ditelan.. Kau tidak akan sabar untuk mencari resepi yang lebih nyaman Belajar lah mencinta sepenuh jiwamu.. Jangan biar ragamu berbicara tanpa hati menjadi kekasih,,,, J.A Sepenuh Jiwa 49


Tawar dalam senyuman Dulu engkau datang bertandang, Bagaikan penglipur lara mencari tujuan Kini semua sudah senang-lenang, Sungguh tawar dalam senyuman Dulu, datang menyembah Tapi kini menyanggah Jangan menggigit tangan memberi, Terlena engkau dicaci maki Tawa palsu sembunyi dibalik pandangan Kata-katamu penuh kepuraan dan keegoan Mengatur langkah bagaikan pahlawan Rupanya gunting dalam lipatan Dulu, kini dan selamanya… . Mesti hati-hati jangan seperti lilin Jika mau terang, biar terang dengan betul Jangan jadi arang buat kotor. -Batozai50


Click to View FlipBook Version