PERJUANGAN DALAM DIAM Tidak semua resah boleh dijelaskan Tidak semua perasaan boleh diungkapkan Cukuplah difahami oleh sang bulan di kala malam Direnungkan dalam diam Disimpan dalam fikiran Dilewati sendirian Bukan dirahsiakan Tapi kerana tidak mampu dan tidak mungkin untuk diceritakan Semakin dicari, semakin lari Semakin disusuli, semakin dirindui Fahamilah... Dia tidak mengizinkan kita untuk memiliki Tetaplah berbahagia dengan cara sendiri Kerana itulah cara untuk mensyukuri nikmat yang diberi Berterima kasihlah pada diri sendiri Atas pencapaian yang sudah dikecapi Masih bertahan sampai saat ini Dan kerana telah berjuang sejauh ini Duhai hati dan semangat diri, bangkitlah Belajarlah untuk menghibur diri Tanpa berharap sesiapa untuk singgah Pengharapan yang tinggi hanya membuatmu lelah Sudahlah... Hapuskan air mata dan janganlah menyerah Kuburkan perasaan burukku sedalamnya dan senyumlah Belajarlah untuk memahami bahawa sesuatu yang terbaik untukmu tidak akan Allah izinkan pergi Kecuali diganti dengan sesuatu yang jauh lebih bererti L-Ny 51
RAMADAN ISTIMEWA Di Pulau Mutiara yang asing ini, Aku menyambut Ramadan, Dengan hati yang penuh kesyukuran, Meskipun jauh, Dari kampung halaman dan keluarga tercinta, Namun, aku tak sendiri, Aku dikelilingi teman-teman yang luar biasa, Kami duduk bersama, Saling berbagi cerita dan tawa, Meskipun berbeda bahasa dan budaya, Kami merayakan kebersamaan, Menjadikan Ramadan ini istimewa dan tak terlupakan. IZAN 52
Jangan Menangis Jangan berdiri di kuburku dan menangis, Aku tak berada di sana; Untuk beradu. Aku adalah ribuan angin yang berhembus, Aku adalah kilauan berlian di salju, Aku adalah matahari di angkasa yang luas, Aku adalah hujan gerimis di pagi hari. Saat kau terbangun di sunyi pagi, Aku ibarat burung yang terbang. Aku adalah bintang yang bersinar di waktu malam, Dalam kerinduanmu, Aku hadir dalam tiap hembusan angin. Aku adalah cahaya yang memandu di tengah kegelapan, Jangan berdiri di kuburku dan menangis, Aku tak berada di sana; Aku tak mati. H 53