Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(4/6) Muka surat : 1 drpd 5
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
PROGRAM / INSTALLATION & TROUBLESHOOTING
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP / LEVEL 2 SEMESTER 1
NO DAN TAJUK UNIT CU:01 ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. AND
TITLE
KOD DAN NAMA DED/SED 2112 ELECTRONIC ENGINEERING DRAWING
SUBJEK/SUBJECT CODE AND
NAME
NO. DAN PENYATAAN 1. PRODUCE BLOCK DIAGRAM
AKTIVITI KERJA / WORK 2. PRODUCE SCHEMATIC DRAWING
ACTIVITIES NO. AND 3. PRODUCE ELECTRONIC SCHEMATIC DIAGRAM
STATEMENT 4. PRODUCE MECHANICAL DRAWING
KOD WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(4/6)
Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(4/6) Muka surat : 2 drpd 5
TAJUK : UNJURAN ORTOGRAFIK
TUJUAN : KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN KAEDAH
MENGHASILKAN LUKISAN KEJURUTERAAN DENGAN MENGGUNAKAN
PERALATAN MELUKIS SUPAYA LUKISAN YANG DIHASILKAN
MENGIKUT SPESIFIKASI PIAWAIAN YANG TELAH DITETAPKAN.
Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(4/6) Muka surat : 3 drpd 5
1. DEFINASI UNJURAN ORTOGRAFIK
Unjuran ortografik merupakan satu kaedah untuk menghasilkan bentuk objek yang
tepat, dalam dua atau lebih pandangan di atas satah-satah yang bersudut tepat di antara satu
sama lain. Objek yang hendaklah dipandang mestilah pada kedudukan sudut yang tepat
dengan permukaan objek,
Rajah 1 menunjukkan empat sukuan sudut-sudut yang masing-masing
menggambarkan sudut pertama, sudut kedua, sudut ketiga dan sudut keempat. Daripada
empat sudut tersebut, hanya dua sahaja yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu Sudut
Pertama dan Sudut Ketiga.
Satah Menegak
Sudut Pertama
Satah Mendatar
Sudut Ketiga Satah Menegak
Tambahan
Satah Menegak
Tambahan Satah Mendatar
Satah Menegak
Rajah 1 : Kedudukan Objek Dalam Sukuan Pertama Dan Ketiga
2. Unjuran ortografik sudut pertama
Unjuran ortografik sudut pertama merupakan kaedah yang mula sekali digunakan
dalam lukisan kejuruteraan di seluruhan negara di Eropah. Dalam unjuran sudut pertama,
objek diletakkan di dalam sukuan pertama, iaitu di antara sudut 0º sehingga 90º.
Objek itu diletakkan diantara tiga satah utama iaitu satah menegak, satah mendatar
dan satah menegak tambahan. Bila objek itu dipandang dari arah hadapan, ia dipanggil
pandangan hadapan. la dipanggil pandangan sisi jika dilihat dari arah sisi dan pandangan
atas (pelan) jika dilihat dari atas sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(4/6) Muka surat : 4 drpd 5
Apabila satah-satah tersebut dihamparkan, maka kedudukan unjuran pandangan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3. Simbol bagi unjuran sudut pertama seperti dalam Rajah 4.
Pelan
Pandangan Pandangan
Sisi Hadapan
Sisi
Hadapan Pelan
Rajah 2 : Kedudukan Satah
Sukuan Pertama Rajah 3 : Kedudukan Pandangan
Unjuran Sudut Pertama
Rajah 4 : Simbol Unjuran Rajah 5 : Simbol Unjuran
Sudut Pertama Sudut Ketiga
3. Unjuran sudut ketiga
Dalam unjuran ortografik sudut ketiga, objek diletakkan di dalam sukuan ketiga, iaitu di
antara sudut 180º hingga 270º. Dalam unjuran sudut ketiga, kita menganggap bahawa objek
itu diletakkan di dalam kotak kaca kerana kedudukan pandangan pelan dan sisi terletak
diantara si pemandang dengan objek. Ini ditunjukkan dalam Rajah 6.
Rajah 7 menunjukkan kedudukan pandangan unjuran sudut ketiga apabila satah-satah sukuan
ketiga dihamparkan. Manakala simbol bagi unjuran sudut ketiga seperti dalam Rajah 5.
Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM EE-021-2:2012/CU:01/KP(4/6) Muka surat : 5 drpd 5
Pelan
Pelan
Hadapan Sisi Pandangan Hadapan Pandangan Sisi
Rajah 6 : Kedudukan Satah Rajah 7 : Kedudukan Pandangan
Sukuan Ketiga Unjuran Sudut Ketiga
Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)