The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatiyusof923, 2021-11-03 05:36:54

KERJA LAPANGAN-NUR IZZATI BT MOHD YUSOF

KERJA LAPANGAN

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
2021

KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI DI SEKITAR KG.

LUBUK PERONG, KEDAH.

NAMA NUR IZZATI BINTI MOHD YUSOF
TINGKATAN 2 HASANAH
NAMA GURU
PUAN ASIAH BINTI ASMUNI

1. PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat
ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan kerja lapangan ini dengan sempurna.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan
dan jutaan terima kasih kepada kakak saya kerana telah membantu
saya dalam kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung. Bantuan
tunjuk ajar dan dorongan ini telah membantu saya menjalankan kajian
ini dgn jayanya.

Sekalung penghargaan kepada rakan sekelas saya iaitu Nur Irdina
Sofiyah kerana membantu dalam menyediakan maklumat bagi
menyiapkan kerja lapangan ini. Tidak lupa juga kepada guru geografi
saya, Puan Asiah kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas
kepada saya bagi menjalankan kajian.

Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi
kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali,
terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu saya
dalam melaksanakan kajian ini.

2. OBJEKTIF KAJIAN

▪ Konsep alat telekomunikasi
▪ Melukis peta lakar tempat kajian
▪ Menjelaskan jenis alat-alat telekomunikasi yang digunakan

di Kawasan kajian
▪ Menghuraikan kesan negatif penggunaan alat

telekomunikasi di Kawasan kajian
▪ Cadangan cara penggunaan alat telekomunikasi secara

beretika.

3. PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “Kajian Penggunaan Sistem
Telekomunikasi di sekitar Kg. Lubuk Perong, Kuala Nerang, Kedah”
sebagai tajuk kerja lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan system
telekomunikasi dapat memberi banyak kemudahan kepada penduduk
setempat.

Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja lapangan ini
ialah selama 6 minggu bermula pada tengah bulan September hingga
akhir bulan Oktober. Pengumpulan data dan maklumat yang
diperlukan dalam kerja lapangan ini dilakukan pada waktu yang lapang
selepas waktu persekolahan. Manakala, penulisan laporan kerja
lapangan dilakukan di rumah pada waktu pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Geografi.

4. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah sekitar Kg. Lubuk Perong, Kuala
Nerang, Kedah. Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan
kajian saya. Antaranya ialah getah dan padi. Jarak kawasan kajian saya
adalah kira-kira 7km dari bandar Kuala Nerang.

Ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian saya adalah
sebuah masjid, petempatan oraKng ramai dan sekolah. Terdapat
jaringan jalan raya yang memudahkan perhubungan antara satu
destinasi ke destinasi yang lain.

PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN

5. KAEDAH KAJIAN

1. Pemerhatian : Saya telah membuat pemerhatian di Kawasan
kajian untuk mengenalpasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya di
Kawasan kajian.

2. Temubual : Saya telah menemubual 3 orang responden untuk
mendapat maklumat tentang tugasan ini.

3. Rujukan : Saya telah melayari beberapa laman web untuk
mendapat maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan
berdasarkan buku teks.

6. HASIL KAJIAN

APAKAH ITU TELEKOMUNIKASI?
Mengikut Buku Teks Geografi Tingkatan 2, telekomunikasi berasal
daripada perkataan Greek ‘Tele’ yang bermaksud ‘sangat jauh’
manakala komunikasi bermaksud proses untuk menghantar informasi
yang melibatkan masyarakat. Oleh itu, telekomunikasi bermaksud
suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh antara penyampai
dengan penerima.

Menurut Wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya merupakan
komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini
termasuklah komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon dan
komputer.

Contoh alat telekomunikasi adalah telegraf, telefon, mesin faks, telefon
bimbit, dan telefon pintar.

Kawasan kampung saya menggunakan alat telekomunikasi seperti
telefon dan telefon pintar kerana ia seiring dengan zaman teknologi
sekarang dan ianya juga mudah didapati berbanding alat
telekomunikasi yang lain.

Perkembangan dalam teknologi telekomunikasi menyebabkan rakyat
menggunakan alat telekomunikasi secara tidak berhemah.

JENIS-JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI :

1. TELEGRAF
Alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1897
untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu.

2. TELEFON
Telefon talian tetap mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun
1891 dan menjadi sangat penting kerana permintaan meningkat
dengan ketara.

3. MESIN FAKS
Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan
Salinan dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan
dengan rangkaian telefon.

4. MESIN TELEKS
Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang berfungsi
mengirim pesanan dalam bentuk teks.

5. TELEFON BIMBIT
Dikenali sebagai selular atau telefon tanpa wayar. Mula
diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.

6. TELEFON PINTAR
Merangkumi perisian computer seperti GPS, kamera digital,
Bluetooth, internet dan juga aplikasi-aplikasi media social seperti
Facebook, Instagram, twitter, tiktok, Whatsapp, Telegram dan
permainan maya.

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI
Penggunaan alat telekomunikasi yang tidak berhemah mendatangkan
kesan negative seperti :

-Maklumat berunsur negative seperti keganasan, hasutan dan khabar
angin sukar ditapis. Selain itu, isu pencerobohan dan pencurian
maklumat dalam system pangkalan data secara atas talian.

-Hilang fokus Ketika sesi pembelajaran
Hal ini akan menyebabkan prestasi pelajaran akan merosot kerana
tidak memberikan tumpuan Ketika guru mengajar.

-Meningkatkan kos hidup remaja
Sikap suka menggunakan telefon untuk berhubung tanpa mengira
keperluan sebenar menyebabkan bil telefon turut bertambah. Tanpa
disedari, mereka telah menghabiskan wang sehingga ratusan ringgit
setiap bulan.

7. RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti
telefon pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnya di Kawasan
kajian saya. Alat telekomuniksi ini mempunyai banyak kepentingan,
antaranya ialah mengeratkan silaturahim, mendapat maklumat dan isu
semasa hanya dihujung jari, menjimatkan tenaga dan kos operasi,
mewujudkan pembelajaran maya atau e-pembelajaran dan banyak lagi.

Seterusnya, perkembangan system telekomunikasi telah memberi
banyak kesan positif seperti e-perbankan. Walau bagaimanapun,
terdapat juga kesan negative seperti penyebaran maklumat berunsur
negative.

Sama-samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat
telekomunikasi dengan betul dan elakkan menyebar berita-berita atau
maklumat tidak tepat kepada orang ramai.

8. RUJUKAN

Buku : Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam dan Kang Chai
Yoeng, 2017. Geografi Tingkatan 2. Johor Bahru:
IMS Books Trading Sdn. Bhd.

Orang sumber: Encik Hadi bin Ahmad, Kg Padang, 06300 Kuala
Nerang, Kedah.

Internet:
1. Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2
[online.anyflip.com]
2. Youtube by Khalil Aha

9. LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version