PELAJARAN 2
AL-SUNNAH
Penyuluh
Jiwa
Ha dis
UNIT LARANGAN RASUAH
1
Baca dan fahami.
.َوالْ ُم ْرت َ ِشي ال َّرا ِشي ﷺ الل ِه َر ُسو ُل لَ َع َن :َقا َل الل ِه بْ ِن َع ْم ٍرو َع ْن َعبْ ِد
)َدا ُو َد َوال ِّت ْر ِم ِذ ُّي ( َر َوا ُه أَبُو
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi dan
penerima rasuah.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH
44 2.1.1
Ha
Baca dan fahami. dis
PENGERTIAN RASUAH
Pemberian sama ada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan
untuk memperoleh sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain.
CONTOH PERBUATAN RASUAH
Murid A berjanji memberikan wang sebanyak RM10.00 kepada
rakan sekelasnya jika memilihnya sebagai jawatankuasa
perwakilan pelajar.
Seorang peniaga menghadiahkan seutas rantai emas kepada
pegawai yang meluluskan tendernya.
Rahmat membelanja rakannya, Khairi, seorang pengawas
sekolah supaya tidak mencatat namanya dalam rekod disiplin
kerana merokok.
INFO ILMU
NAMA LAIN BAGI RASUAH
Duit kopi. Duit pelincir.
2.1.2 45
2.1.3
Ha dis KESAN BURUK
RASUAH
UNIT
2
Baca dan fikirkan.
Rasuah merupakan perbuatan yang
diharamkan oleh Allah SWT dan
membawa kesan buruk kepada diri,
masyarakat dan negara.
Antara keburukan rasuah termasuklah:
• Melahirkan individu yang
mementingkan diri.
• Menjadikan seseorang itu hidup
tanpa berlandaskan syariat.
• Melahirkan masyarakat yang tiada
kepakaran dan kemahiran.
• Mewujudkan masyarakat yang
tidak mempedulikan perpaduan.
• Meruntuhkan keadilan dalam
sesebuah negara.
• Imej negara tercalar.
INFO ILMU
FAKTOR YANG MENYEBABKAN GEJALA RASUAH
Kurang kefahaman Ingin hidup mewah
tentang agama dan moral. dan tamak.
Kurang penyeliaan dan pemantauan Ingin memudahkan urusan
terhadap golongan pekerja. tanpa tatacara yang betul.
46 2.1.4
Ha
dis
Baca dan hayati.
PENGAJARAN HADIS
1. Kita mestilah menjauhi perbuatan rasuah kerana perbuatan itu
dilaknat oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
2. Kita hendaklah mendalami ilmu agama agar tidak terjebak
dalam gejala rasuah.
3. Kita mestilah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang rasuah
bagi mempertahankan perpaduan.
4. Kita wajib melaporkan gejala rasuah kepada pihak berkuasa
agar tidak berlakunya perbuatan menzalimi orang lain.
5. Kita mestilah bekerjasama dengan pihak berwajib untuk
membanteras rasuah agar negara sentiasa aman dan stabil.
INFO ILMU
KEPENTINGAN MENJAUHI RASUAH
Hidup diberkati dan diredai Allah Melahirkan golongan yang
SWT kerana mentaati perintah-Nya. berkemahiran tinggi.
Memperoleh rezeki
secara halal.
2.1.5 47
Ha dis
AKTIVITI
1. Kongsikan hadis dan terjemahannya dalam media sosial seperti Facebook,
Instagram dan sebagainya.
2. Aktiviti berkumpulan.
i. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
ii. Setiap kumpulan hendaklah membincangkan contoh gejala rasuah masa
kini.
iii. Hasil perbincangan hendaklah dibentangkan di hadapan kelas.
Ali telah ditahan oleh pegawai Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana
didapati memberikan suapan kepada seorang
pegawai Syarikat XYZ untuk memperoleh tender
membangunkan kawasan perumahan.
Berdasarkan situasi di atas, wajarkah perkara seperti ini berlaku
dalam masyarakat? Nyatakan pendapat anda.
48
Ha
dis
PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian rasuah.
2. Tandakan () bagi pernyataan yang betul atau () bagi pernyataan yang salah.
Bil. Pernyataan Tanda () atau ()
1. Gejala rasuah merupakan faktor yang boleh meruntuhkan
masyarakat dan negara.
2. Hanya pemberi rasuah yang dianggap bersalah di sisi
undang-undang.
3. Amalan rasuah ialah dosa kecil dan tidak dianggap
perbuatan keji di sisi Islam.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
4. ditubuhkan untuk menangani permasalahan rasuah yang
berlaku dalam negara.
3. Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan di bawah.
melaporkan manfaat pemberi keadilan tamak
i. Orang yang melakukan rasuah sama ada ____ atau penerima akan dilaknat oleh
Allah SWT dan Rasul-Nya.
ii. Rasuah tidak mendatangkan ____ bahkan memberikan impak yang negatif dalam
kehidupan manusia.
iii. Sikap ingin hidup mewah dan ____ menyebabkan golongan ini membelakangkan
syariat Islam.
iv. Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita mestilah ____ kepada
pihak berwajib sekiranya mengetahui gejala rasuah berlaku.
v. Antara kesan buruk rasuah termasuklah meruntuhkan ____ dalam sesebuah
negara.
2.1.6 49
NOTA ULANG KAJI
Unit Maksud
1 Pemberian sama ada dalam
bentuk harta atau manfaat
tertentu yang bertujuan untuk
memperoleh sesuatu yang
bukan haknya, atau menzalimi
hak pihak lain.
Contoh RASUAH Kesan Buruk Rasuah
Seorang kontraktor • Melahirkan individu yang
menghadiahkan seutas jam
tangan kepada seorang pegawai mementingkan diri.
kerajaan kerana telah meluluskan • Meruntuhkan keadilan dalam
projek kepada syarikat
sesebuah negara.
miliknya.
Pengajaran Hadis Unit
• Kita mestilah menjauhi 2
perbuatan rasuah kerana
Kami perbuatan ini dilaknat oleh KATAKAN TIDAK
ANTIRasuah Allah SWT dan Rasul-Nya. KEPADA RASUAH
• Kita hendaklah mendalami
50 ilmu agama agar tidak
terjebak dalam
gejala rasuah.
RHBEAERNSSATMUIAKA-SAAHMNA
PELAJARAN 3
AKIDAH
Pemangkin
Hidup
AKIDAH DOSA BESAR
DAN DOSA KECIL
unit
1
Baca, fahami dan hayati.
MAKSUD DOSA Balasan buruk yang diberikan oleh Allah SWT
DALIL kepada manusia kerana mengingkari suruhan-Nya
atau melakukan larangan-Nya.
ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ
… … ﲼﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄﳅﳆ
Maksudnya:
… Hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan
janganlah pula kamu tolong-menolong dalam perkara yang mendatangkan dosa
dan permusuhan …
(Surah al-Ma’idah 5:2)
لاملْ ِ) ُّب:ا ْ(ِلرثْ ِوماهَف َقما َسل.ك ََسوأََكلْ ِر ُْهت َ َرت ُسأَ ْو ْنُل َيا ْلطل ِلِه َع َعﷺلَيْ َعِه ْانلا َّنلْا ِ ُِّبسَو:َ َُعح ْْنسا ُلن َّنا َّوا ْلُِلْ ِسقبْ َِونا ْ ِِلس ْث ْم ُمَعا َم َان ا َْح َلانْ َك َصِاف ِر ََّيص َقْدا َِرل
Maksudnya:
Daripada al-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari r.a., beliau berkata: “Aku pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW
bersabda: “Kebaikan ialah akhlak yang baik, manakala dosa ialah sesuatu yang
membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.”
(Riwayat Muslim)
52 3.1.1
AKI
DAH
Baca dan fahami.
PE MBDAOHSAAGIAN
DOSA KECIL DOSA BESAR
Kesalahan yang tidak Kesalahan yang dikenakan
diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia
hukuman yang tertentu dan amaran azab yang pedih
di dunia atau amaran
di akhirat.
azab di akhirat.
INFO ILMU
،قَلْ ِب ِه ِف نُ ْك َت ٌة َكنَ ْت َخ ِطيئَ ًة َأَ ْخ َطأ إ َذا الْ َعبْ َد إ َّن :ﷺ.َونََق َاز َلَع َر َُسص َوق ُلَل اْلتل َقِهلْ َب ُه:تَأَاِبَب ُه َو َاريْ ْسَر َت َة ْغ َقَفا ََرل َع ْن
َف ِإ ْن
Maksudnya:
Daripada Abi Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang Mukmin berbuat satu dosa, maka
diberikan satu titik hitam dalam hatinya. Jika ia bertaubat dan memohon keampunan, maka hatinya
kembali cerah.”
(Riwayat Ibnu Majah)
3.1.2 53
AKIDAH
Baca teks dengan telitinya.
CONTOH DOSA KECIL
Membuang masa.
Melihat aurat orang lain.
Hiburan yang berlebihan.
Bermain-main semasa solat.
Bermasam muka sesama rakan.
Melakukan hal yang tidak berfaedah.
Membiarkan (tidak mencegah) perbuatan
mengumpat yang dilakukan di hadapan kita.
CONTOH DOSA BESAR 3.1.3
Meninggalkan solat fardu.
Derhaka kepada ibu bapa.
Minum arak dan menagih dadah.
Menyekutukan Allah SWT (syirik).
Zina/liwat (homoseksual)/musahaqah (lesbian).
INFO ILMU
Dosa kecil boleh menjadi dosa besar sekiranya:
• Bangga melakukan dosa kecil.
• Berterusan melakukan dosa kecil.
• Menganggap bahawa dosa itu kecil di sisi Allah SWT.
• Menceritakan perlakuan dosa kepada orang lain.
• Melakukan dosa kecil dan perlakuan itu diikuti oleh orang lain.
• Sumbang saran:
Contoh dosa kecil dan dosa besar
yang lain.
54
AKI
DAH
Baca dan fikirkan.
FAKTOR DAN KESAN DOSA
Jahil perihal Susah
agama. menerima
teguran dan
Memandang nasihat.
ringan
Dimurkai oleh
terhadap azab Allah SWT.
Allah SWT.
Ingin FAKTOR DOSA KESAN Jiwa tidak
kebebasan tenang.
hidup tanpa
batasan
agama.
Bersikap Dibenci oleh
angkuh dan masyarakat.
sombong dengan
Terpengaruh Potensi
harta dan dengan tingkah diri tidak
pangkat. berkembang.
laku buruk
rakan.
INFO ILMU
Cara-cara menghindarkan diri daripada dosa:
• Menjaga solat lima waktu.
• Membanyakkan istighfar.
• Berdoa bersungguh-sungguh.
• Mendekatkan diri dengan al-Quran.
• Mendampingi sahabat yang soleh.
• Tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT.
• Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
3.1.4 55
3.1.5
AKIDAH
Baca dan hayati.
Taubat Penjenayah Menjadi Ulama
Al-Qa‘nabi dahulunya orang yang gemar melepak dan menghabiskan masa dengan
perkara yang tidak berfaedah. Bahkan beliau pernah mengugut untuk menikam Syu‘bah
bin al-Hajjaj, iaitu ulama terkenal dalam bidang hadis pada zaman itu.
Suatu hari, al-Qa‘nabi melihat seorang syeikh sedang berjalan di Basrah diikuti oleh
orang ramai. Beliau bertanya kepada orang ramai, “Siapakah syeikh yang kelihatan
masyhur itu?” Jawab mereka, “Itulah Syu‘bah bin al-Hajjaj.”
Lalu beliau pun pergi berjumpa Syu‘bah bin al-Hajjaj dan meminta Syu‘bah membacakan
dan memperdengarkan hadis kepadanya. Syu‘bah enggan kerana al-Qa‘nabi bukan dalam
kalangan murid beliau dan kelihatan tidak bersungguh-sungguh. Oleh sebab berang dan
marah dengan keengganan Syu‘bah, maka beliau berkata, “Perdengarkan kepadaku satu
hadis atau aku tikam engkau dengan pisau ini!”
Setelah diugut oleh al-Qa‘nabi, Syu‘bah berkata, daripada Abi Mas‘ud al-Badri r.a.
berkata, Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
.ِإ َذا لَ ْم ت َ ْس َت ْ ِح َفا ْص َن ْع َما ِشئْ َت
Maksudnya:
“Jika engkau tidak malu, maka buatlah apa-apa yang engkau suka!”
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis itu seakan-akan menyindir diri al-Qa‘nabi yang ternyata tidak malu sehingga
sanggup mengugut ulama hadis seperti Syu‘bah di hadapan orang ramai. Beliau terus
mencampakkan pisaunya, pulang ke rumah lalu membuang semua minuman keras
miliknya. Selepas peristiwa itu, beliau berhijrah ke Madinah untuk berguru dengan
Imam Malik. Hadis tersebut menjadi penyebab baginya untuk bertaubat dan mengubah
tingkah laku.
• Galakkan murid sentiasa beristighfar
apabila melakukan kesilapan.
56 3.1.6
3.1.7
AKI
DAH
Baca dan praktikkan.
MAKSUD TAUBAT
Pembersihan dan penyucian hati daripada dosa atau
kembali mentaati Allah SWT setelah menyesal kerana
mengingkari perintah atau larangan-Nya.
SYARAT-SYARAT TAUBAT
1. Menyesal akan perbuatan yang dilakukan.
2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera.
3. Berazam tidak akan melakukannya lagi.
4. Memohon maaf dan mengembalikan hak orang lain.
INFO ILMU
Dilakukan dengan hati CARA BERTAUBAT Menjauhi sifat
yang ikhlas. Sentiasa beristighfar. mazmumah.
57
AKIDAH
AKTIVITI
Lakukan aktiviti di bawah secara berkumpulan. Kumpulan yang pertama berjaya
menyelesaikan cabaran dikira sebagai pemenang.
CABARAN MENGHADAPI GOLONGAN PENDOSA
Cabaran Situasi 1
bermula! Amir sengaja meninggalkan solat fardu setiap kali waktu solat.
Apakah hukumnya? Sebagai kawan, apakah yang anda akan
lakukan?
Situasi 2
Adakah tindakan tersebut wajar dilakukan? Mengapa?
Situasi 3
Suria suka mengambil makanan dan barangan di dalam lokar
kawan-kawannya tanpa pengetahuan mereka. Apakah hukumnya?
Apakah nasihat yang anda akan berikan kepada Suria?
Situasi 4
Sebagai anak, adakah anda akan melakukan perkara Alhamdulillah.
yang sama? Mengapa? Tahniah, anda
berjaya!
58
AKI
DAH
PENILAIAN
1. Apakah maksud dosa?
2. Tandakan K (dosa kecil) dan B (dosa besar) berdasarkan situasi yang berikut:
Bil. Pernyataan Tanda (K) atau (B)
1. Firdaus mengambil makanan yang banyak tetapi tidak
menghabiskannya.
2. Amran membentak apabila disuruh ibunya mengangkat
kain di ampaian.
3. Penumpang di dalam kenderaan itu membuang tisu
dari tingkap.
4. Fatin mengambil wang dari dompet rakannya tanpa
pengetahuan.
5. Samad meninggalkan solat fardu kerana percaya solat
tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.
Ali menyesali perbuatan dosanya yang lalu dan ingin bertaubat.
Sebagai pembimbing rakan sebaya, bagaimanakah anda dapat
membantu Ali supaya kembali taat kepada Allah SWT?
59
AKIDAH
LAMAN NURANI
NASYID ZIKIR TAUBAT
أَ ْسـتَ ْغ ِف ُر الل َه َر َّب الْبَ َرايَـا
Aku memohon ampun ya Allah
Tuhan yang Maha Penerima Taubat
أَ ْسـ َت ْغ ِف ُر الل َه ِم َن الْ َخ َطايَا
Aku memohon ampun ya Allah daripada segala dosa
َر ّبِـي ِز ْدنِ ْي ِعلْ ًما نَافِ ًعـا
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
َو َو ِّف ْق ِن ْي َع َمــ ًل َم ْق ُب ْو ًل
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
َو َو َه ْب ِل ْي ِر ْز ًقا َوا ِسـ ًعا
Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
(2X) َوتُ ْب َعلَ َّي تَ ْو َب ًة نَ ُص ْوحـ ًـا
Dan perkenankan taubatku sebagai taubat nasuha
أَ ْسـ َت ْغ ِف ُر الل َه َر َّب الْ َب َرايَـا
Aku memohon ampun ya Allah
Tuhan yang Maha Penerima Taubat
أَ ْسـتَ ْغ ِف ُر الل َه ِم َن الْ َخ َطايَا
Aku memohon ampun ya Allah daripada segala dosa
60
unit AHLI SUNNAH
2 WAL JAMAAH
Baca dan fahami.
MAKSUD Jemaah Islam yang beriltizam kepada al-Quran
AHLI SUNNAH dan sunah mengikut pemahaman yang diajar oleh
WAL JAMAAH Rasulullah SAW.
INFO ILMU
أَأُ ْو َّم ِثِنْت َت ْ َِي َع َو َثَسبَْ ِعلي ٍ َثن إِ ْح َدى ع،َ تَاْ ْفِيَ َت َقَو َسِبْت ِعايْ ََلن ُهوفِ ُدْر َق ًَة:ْىَقا َ َل َعَر ُسِإو ْحُل َدالى ِل َّأَ ْو ثِﷺن:َّن ََقصااَلَرَ ِبَو َت َُهف ََّرريْ َق َر َِةت ال،ِف َعْر ْقَن ًةأ
َو َت ْف َ ِت ُق .َو َسبْ ِعي َن ِف ْر َق ًة
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau
72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku
akan berpecah kepada 73 golongan.”
(Riwayat Abu Daud)
3.2.1 61
AKIDAH
Baca dan fahami dialog.
Haziq dan Umar bertemu dengan Ustaz Firdaus sebelum memulakan kelas petang.
Mereka ingin mendapatkan penerangan tentang prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Assalamualaikum, ustaz. Bolehkah kami bertanya beberapa soalan?
Waalaikumussalam. Boleh, insya-Allah.
Ustaz, bagaimanakah cara kita hendak mengenali Ahli Sunnah wal Jamaah?
Ahli Sunnah wal Jamaah ialah orang yang berpegang teguh dengan al-Quran
dan hadis. Hal ini demikian kerana al-Quran dan hadis menjadi sumber pegangan
dalam kehidupan umat Islam.
Oh, begitu! Jadi berpegang teguh dengan al-Quran dan hadis itu merupakan
prinsip utama mereka. Betulkah begitu, ustaz? Adakah prinsip yang lain lagi?
Ya, Umar. Prinsip yang kedua adalah mengikut apa-apa sahaja yang dilakukan
oleh para sahabat, tabiin dan tabi‘ tabiin sebagaimana mereka mengikut
sunah Rasulullah SAW.
Selain itu apa lagi, ustaz?
Ketiga, sekiranya terdapat perselisihan pendapat dalam penentuan sesuatu
hukum, mereka akan merujuk kembali kepada al-Quran dan hadis. Prinsip
keempat pula, pendekatan mereka lebih lembut, iaitu tidak mencela atau
mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Jadi, ada empat sahajakah prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah, ustaz?
Ada lagi, yang kelima ialah mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti
yang sahih dan jelas. Prinsip ini adalah antara prinsip utama yang dipegang oleh
Ahli Sunnah wal Jamaah yang lebih mudah untuk kamu berdua fahami.
Oh, begitu. Terima kasih atas penerangan ustaz. Barulah kami faham.
Sama-sama.
INFO ILMU
Sahabat ISTILAH
Tabiin Orang yang hidup bersemuka secara langsung dan beriman kepada
Tabi‘ tabiin Rasulullah SAW semasa hayat baginda.
Seorang yang tidak sempat hidup pada zaman Rasulullah SAW tetapi
mereka hidup pada zaman sahabat Rasulullah SAW.
Golongan yang merupakan anak didik para tabiin.
62 3.2.2
AKI DAH
Baca dan fahami.
KEPENTINGAN BERPEGANG TEGUH
DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Hidup diredai oleh Allah SWT kerana berada pada jalan yang benar.
Contoh: Jiwa tenang, berakhlak mahmudah dan mudah melakukan ibadah.
Membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan penyelewengan.
Contoh: Tidak terjebak dengan ajaran Syiah dan Khawarij.
Membezakan akidah yang benar dan akidah yang salah.
Contoh: Tidak terlibat dengan kumpulan ajaran sesat.
INFO ILMU
Syiah ANTARA GOLONGAN YANG BERTENTANGAN DENGAN
AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Khawarij
Ajaran Golongan yang mendukung cita-cita Sayidina Ali r.a. sebagai khalifah Rasulullah
sesat SAW. Mereka berpendapat hanya Sayidina Ali r.a. yang layak dilantik menjadi
khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Golongan penyokong Sayidina Ali r.a. yang berjuang menentang Sayidina
Muawiyah r.a. tetapi tidak bersetuju dengan majlis Tahkim.
Sesuatu ilmu yang diajar dan disebarkan secara rahsia mahupun secara terang-
terangan kepada orang lain yang menyimpang daripada Ahli Sunnah wal Jamaah.
3.2.3 63
AKIDAH
Baca dan hayati.
CARA MENJAUHKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN
DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1 Menghindari golongan yang menolak al-Quran dan hadis
atau satu daripadanya.
2 Menolak pandangan yang mencela para sahabat
Rasulullah SAW.
3 Tidak berhujah atau memberikan pendapat semata-mata
menggunakan bukti akal.
4 Tidak mencela atau mengkafirkan orang yang berlainan
fahaman dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
INFO ILMU
TOKOH PELOPOR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Imam Abu Hassan Abu al-Hasan ‘Ali bin Isma‘il al-Asy‘ari. Lahir di Basrah pada tahun 260 H/874 M
al-Ashaari dan wafat pada tahun 324 H/936 M. Beliau berasal daripada keturunan
sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abu Musa al-Asy‘ari. Mengisytiharkan
Imam Abu Mansur keluar daripada aliran Muktazilah dan kembali kepada ajaran Ahli Sunnah wal
al-Maturidi Jamaah seperti yang telah diajarkan oleh para salafus soleh.
Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi. Beliau
lahir di daerah Maturid dan wafat di Samarkand pada tahun 333 H/944 M.
Seorang yang mengikut ajaran Abu Hanifah dan kebanyakan aliran yang
beliau bawa masih merupakan sebahagian daripada mazhab Abu Hanifah,
terutama dalam bidang akidah.
64 3.2.4
AKI
DAH
AKTIVITI
KAEDAH MENGHINDARKAN AJARAN SESAT
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai empat
orang ahli.
2. Setiap ahli kumpulan perlu berbincang untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah
menghindarkan ajaran sesat.
3. Hasil perbincangan akan dibentangkan di hadapan kelas dan dinilai oleh guru.
PAK-21 Rally Robin
65
AKIDAH
PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian Ahli Sunnah wal Jamaah.
2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
akidah amalan hadis
salafus soleh ajaran kekeliruan
i. Pegangan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah ialah al-Quran, ______ dan perkara
yang dibawa oleh ______.
ii. Antara kepentingan berpegang pada akidah Ahli Sunnah wal Jamaah termasuklah
membersihkan ______ daripada sebarang ______ dan penyelewengan.
3. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan () bagi pernyataan yang salah tentang
prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah.
Bil. Pernyataan Tanda () atau ()
1. Hanya menggunakan al-Quran dan menolak hadis.
2. Tidak mencela dan menghukum kafir terhadap orang
yang tidak sealiran dengannya.
3. Menolak pandangan para sahabat, tabiin dan tabi‘ tabiin
yang mengikut sunah Rasulullah SAW.
4. Kembali kepada al-Quran dan hadis apabila terdapat
perselisihan pendapat.
66
NOTA ULANG KAJI
Unit 1
MAKSUD DOSA
Balasan buruk yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia
kerana mengingkari suruhan-Nya atau melakukan larangan-Nya.
Dosa Kecil Dosa Besar
Kesalahan yang tidak diberikan Kesalahan yang dikenakan
hukuman tertentu di dunia
peruntukan hukuman yang dan amaran azab yang pedih
tertentu di dunia atau amaran
di akhirat.
azab di akhirat. • Menyekutukan Allah SWT.
• Derhaka kepada ibu bapa.
• Membazir. • Meninggalkan solat fardu.
• Hiburan yang berlebihan.
KESAN BURUK
• Tidak bertegur sapa sesama rakan. PERBUATAN DOSA
FAKTOR YANG MENYEBABKAN • Dimurkai dan dibenci oleh Allah SWT.
BERLAKUNYA DOSA
• Dibenci oleh masyarakat.
• Jahil perihal agama.
• Memandang ringan peringatan azab • Jiwa tidak tenang.
Allah SWT.
• Terpengaruh dengan tingkah laku
buruk rakan.
MAKSUD TAUBAT Pembersihan dan penyucian hati daripada dosa atau kembali
mentaati Allah SWT setelah menyesal kerana mengingkari
perintah atau larangan-Nya.
SYARAT-SYARAT Menyesal akan perbuatan yang dilakukan.
TAUBAT Berhenti melakukan maksiat dengan segera.
Berazam tidak akan melakukannya lagi.
Memohon maaf dan mengembalikan hak orang lain.
67
AKIDAH
Unit 2
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ)
MAKSUD ASWJ
Jemaah Islam yang beriltizam kepada al-Quran dan sunah mengikut
pemahaman yang diajar oleh Rasulullah SAW.
PRINSIP-PRINSIP ASWJ
1. Berpegang teguh kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.
2. Mengikut apa-apa yang dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan tabi‘
tabiin.
3. Sekiranya berlaku perselisihan pendapat dalam penentuan hukum,
mereka akan merujuk al-Quran dan hadis.
4. Pendekatan mereka lebih lembut dengan tidak mencela atau mengkafirkan
orang yang tidak sealiran dengan mereka.
5. Mereka tidak akan menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih dan
jelas.
KEPENTINGAN BERPEGANG DENGAN ASWJ
• Hidup diredai Allah SWT kerana berada pada jalan yang benar.
• Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan
penyelewengan.
• Dapat membezakan antara akidah yang benar dengan akidah yang salah.
CARA MENJAUHKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN ASWJ
• Menghindari golongan yang menolak al-Quran dan hadis atau satu
daripadanya.
• Menolak pandangan yang mencela para sahabat Rasulullah SAW.
• Tidak berhujah atau memberikan pendapat semata-mata menggunakan
bukti akal.
68
PELAJARAN 4
BERHSIDYAURPIAT
Jaminan Akhirat
FIQ AH KONSEP JUAL BELI
DALAM ISLAM
unit
1
Baca dan fahami.
MAKSUD JUAL BELI
Pertukaran sesuatu barang dengan
barang mengikut cara tertentu.
HUKUM
Jual beli adalah diharuskan dalam Islam.
DALIL JUAL BELI
ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ
… … ﱗﱘﱙﱚ ﱜﱛ
Maksudnya:
… Dan Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba … .
(Surah al-Baqarah 2:275)
INFO ILMU
RIBA:
Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan jual beli bertangguh,
hutang piutang, pinjaman, pertukaran bahan makanan tertentu yang sama
jenis dan juga mata wang.
Contoh: Meminjam daripada “along” sebanyak RM1000 dan membayar
semula sebanyak RM1500.
70 4.1.1
FIQ
AH
Baca dan fahami.
RUKUN DAN SYARAT SAH JUAL BELI
RUKUN SYARAT
• Mukalaf (akil baligh).
PENJUAL • Kemahuan sendiri.
DAN • Merdeka.
• Orang Islam (jual beli al-Quran dan hadis).
PEMBELI
RUKUN SYARAT
• Bersih dan suci.
BARANG • Berfaedah.
JUALAN • Milik sempurna penjual.
• Boleh diserahkan kepada pembeli ketika akad.
RUKUN • Kedua-duanya tahu jenis, kadar dan sifat barang.
HARGA SYARAT
• Barangan suci.
• Harga (wang) milik pembeli.
• Boleh diserahkan kepada penjual.
• Penjual dan pembeli tahu jenis mata wang.
RUKUN SYARAT
• Bersamaan ijab dan kabul walaupun berlainan lafaz.
IJAB • Tidak ditaklikkan.
DAN • Tidak dikaitkan dengan waktu.
KABUL
INFO ILMU 71
• Ijab dan kabul juga disebut akad jual beli.
• Maksud jual beli taklik ialah jual beli bersyarat.
• Contoh jual beli taklik: “Saya jual buku ini kepada awak sekiranya saya
lulus dalam ujian nanti.”
4.1.2
4.1.3
FIQ AH
Baca dan hayati.
HIKMAH JUAL BELI DALAM ISLAM
Boleh bertukar barangan keperluan.
Memudahkan seseorang memiliki barangan keperluan
dengan cara yang halal.
Membolehkan manusia saling membantu antara satu
sama lain.
Mengelakkan manusia melakukan kezaliman dan
penganiayaan terhadap orang lain.
Membolehkan manusia mencari sumber pendapatan yang
halal dan diberkati Allah SWT.
Melahirkan umat Islam yang berdaya saing dan
bertanggungjawab membangunkan ekonomi ummah.
72 4.1.4
FIQ
Perhatikan dan sebutkan dengan betulnya. AH
AMALI JUAL BELI DALAM ISLAM
Penjual
Pembeli
Wang Barang
Saya jual. Saya beli.
• Murid melakukan akad jual beli sama ada
melalui perkataan atau perbuatan.
4.1.5 73
FIQ AH
AKTIVITI
18RKMA3N5KA0EKD-KAAI BNAAJKU KEDAI KEK PENJARA KEDAI
DAN ROTI PENDINGIN HAWA
16
RM300 RM400
17 15
GERAI KAD PELUANG MILAEUNDIAAGAR
DAGING
RM450
19
BENGKEL $
KERETA
RM600
20
MULA KEDAI KEDAI BENGKEL
GAJI PENDINGIN HAWA BAJU SUKAN KERETA
RM1500 RM400 RM600 RM600
1 2 3 4
• Guru memuat turun bahan-bahan permainan
melalui kod QR yang disediakan.
74 4.1.5
DENDA PELUANG
5 14
PENJARA DENDA KEDAI
BUNGA HIASAN
6
RM350
13
KEDAI KEDAI
KEK DAN ROTI KEK DAN ROTI
RM300 RM300
7 12
75 8 PRAMK4A0IA0NKDEEDWAIASA KEDAI GERAI AYAM BMENOGTKOESLIRKMA4L0011
PENDINGIN HAWA
RM350 FIQ
RM400
10
9
AH
FIQ AH
PENILAIAN
1. Nyatakan maksud jual beli.
2. Lengkapkan carta di bawah.
Rukun Jual Beli
Penjual
3. Tandakan () atau () bagi pernyataan jual beli di bawah. () ()
Bil. Pernyataan
1. Salman membeli berus lukisan secara paksa.
2. Hashim menyerahkan resit kepada pelanggan selepas
menerima pembayaran.
3. Osman menjual kasut yang dicuri kepada Lokman.
4. Hussin menjual najis kambing untuk dijadikan baja.
Jual beli secara atas talian
Dewasa ini e-dagang telah menjadi budaya
dalam kalangan masyarakat.
Bagaimanakah anda memanfaatkan e-dagang
bagi mengembangkan ekonomi umat Islam?
76
FIQ
AH
LAMAN NURANI
ADAB PENIAGA MUSLIM
Dalam berniaga juga perlu ada adabnya. Yang berikut ialah adab-
adab berniaga dalam Islam.
1. Niat: Perkara paling asas dalam melakukan sesuatu. Niat
berniaga kerana Allah SWT.
2. Menjual dan menyediakan barangan halal: Peniaga Islam
dilarang menjual barang yang diharamkan atau menyediakan
perkhidmatan yang boleh dianggap syubhah agar perniagaan
diberkati Allah SWT.
3. Tidak memonopoli barangan: Antara tanggungjawab peniaga
terhadap pelanggan termasuklah tidak menyekat penjualan
barang keperluan asas. Perbuatan inilah yang dilarang oleh
syariat Islam, iaitu menyimpan barang dalam masa tertentu
untuk dijual apabila berlaku peningkatan harga.
4. Jujur: Setiap peniaga hendaklah jujur dalam perniagaan untuk
terus maju. Apabila berlaku ketidakjujuran antara peniaga
dengan pelanggan, kepercayaan pelanggan akan mula terhakis.
Keadaan ini boleh menjejaskan perniagaan mereka.
5. Menghindarkan riba: Peniaga dan pembeli hendaklah
menghindarkan amalan riba seperti terlibat dengan pinjaman
konvensional.
6. Menjaga segala perintah syarak: Kunci kejayaan kita di dunia
dengan mentaati perintah Allah SWT dan menjauhkan segala
larangan-Nya dalam setiap aspek kehidupan.
77
FIQ AH KONSEP PINJAMAN
DALAM ISLAM
unit
2
Baca, fahami dan teliti.
MAKSUD PINJAMAN
Barang atau wang yang diberikan kepada seseorang
untuk sementara waktu dan perlu dikembalikan.
HUKUM
Memberi pinjaman adalah diharuskan oleh syarak.
Peminjam wajib membayar balik atau memulangkan
semula pinjaman kepada pemberi pinjaman.
DALIL PINJAMAN
ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ
…ﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ
Maksudnya:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah SWT sebagai
pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah SWT melipatgandakan balasannya
dengan berganda-ganda banyaknya? … .
(Surah al-Baqarah 2:245)
INFO ILMU
Dalam Fiqh Islami, pinjaman barang dikenali dengan al-‘Ariah, manakala
pinjaman dalam bentuk wang dikenali dengan al-Qardu.
78 4.2.1
FIQ
AH
Baca dengan telitinya bersama-sama rakan.
RUKUN DAN SYARAT SAH PINJAMAN
RUKUN SYARAT
Pemberi • Mukalaf.
Pinjaman • Tiada paksaan.
• Berkuasa terhadap barang pinjaman.
Peminjam • Mukalaf.
• Boleh memulangkan semula pinjaman.
Barang atau • Milik pemberi pinjaman.
Wang • Boleh digunakan/bermanfaat.
• Dibenarkan oleh syarak.
Lafaz • Tidak berkurang/habis ketika diambil
Pinjaman
manfaatnya.
• Ijab dan kabul daripada peminjam
dan pemberi pinjaman.
INFO ILMU 79
Mukalaf ialah orang yang telah akil baligh dan diwajibkan mematuhi
hukum-hukum Islam.
4.2.2
4.2.3
FIQ AH
Baca dan hayati.
TANGGUNGJAWAB PEMINJAM
1 Meminjam dengan niat atau
tujuan yang baik.
2 Merekodkan jumlah dan
masa pinjaman.
3 Meminjam dari institusi yang
dibenarkan syarak.
4 Wang/barang yang dipinjam
wajib dikembalikan.
5 Mengembalikan barang dalam
keadaan baik.
INFO ILMU
إِيَّا ُه يُ َو ّفِ َي ُه َ أَ ْن ُمْ ِم ٌع َو ُه َو َد ْينًا يَ ِدي ُن َر ُج ٍل َأ ُّي َما :َقا َل ﷺ َّ َع ْن َر ُسو ِل ال ِل، ُص َهيْ ِب ا ْلَ ْ ِي َع ْن
ل ) (أخرجه ابن ماجه.ال َل َّ َسا ِر ًقا لَ ِ َق
Maksudnya:
Daripada Suhaib al-Khair r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat
untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah SWT (pada hari kiamat) sebagai
pencuri.”
(Riwayat Ibnu Majah)
80 4.2.4
FIQ
AH
Baca dan fahami.
AMALI PINJAMAN DALAM ISLAM
Peminjam
Pemberi pinjaman
Barang pinjaman
Akad
Ijab : Pinjamkan saya buku ini selama
seminggu.
Kabul : Saya beri pinjam.
(Peminjam dan pemberi pinjaman menulis
perjanjian dengan menyatakan barang
atau wang, nilai barang atau wang, masa
pinjaman dan masa pemulangan (tempoh).
• Murid melakukan akad ketika melakukan
pinjaman sama ada wang atau barang.
81
FIQ AH
Perhatikan dan hayati.
HIKMAH PINJAMAN
Membantu orang yang memerlukan.
Memupuk semangat keprihatinan
dan persaudaraan.
Memberikan peluang kepada golongan
yang memerlukan untuk berjaya.
Merapatkan hubungan antara yang kaya
dengan yang miskin.
Keluar daripada belenggu kemiskinan.
Bank al-Falah
Perbankan Islam Anda
82 4.2.5
FIQ
AH
AKTIVITI
SIMULASI PINJAMAN
Arahan akitiviti:
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan melakukan situasi pinjaman yang berbeza.
3. Setiap kumpulan diperuntukkan masa untuk membuat simulasi.
4. Guru memberikan penilaian dan markah kepada setiap kumpulan berdasarkan
kreativiti yang dipamerkan.
KUMPULAN 1 (Stor Sukan) KUMPULAN 2 (Bilik Guru)
KUMPULAN 3 (Bilik SPBT) KUMPULAN 4 (Antara Rakan)
4.2.6 83
FIQ AH
PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian pinjaman.
2. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan () bagi pernyataan yang salah bagi
situasi di bawah.
Bil. Pernyataan ()/()
1. Zaidi meminjam RM1000 daripada ceti haram.
2. Husna memulangkan buku teks mengikut jadual.
3. Karim mengenakan bunga atau faedah kepada pinjaman Azrul.
4. Hasnah meminjam wang untuk membayar yuran asrama.
3. Jelaskan tanggungjawab peminjam.
a) ___________________________ c) ___________________________
b) ___________________________ d) ___________________________
Maksud hadis:
Daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata, Rasulullah SAW melaknat
penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi, dan Baginda
SAW bersabda: “Mereka semuanya adalah sama dalam melakukan dosa.”
(Riwayat Muslim)
Kemukakan pandangan anda terhadap aktiviti meminjam daripada “along”
dalam kalangan masyarakat.
84
FIQ
unit PERKAHWINAN DALAM AH
3 ISLAM
Baca dan fahami.
MAKSUD PERKAHWINAN
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau lafaz-lafaz lain yang
memberikan makna nikah, yang menghalalkan lelaki dan perempuan
melakukan persetubuhan.
INFO ILMU
CONTOH LAFAZ IJAB DAN KABUL PERKAHWINAN
Lafaz ijab “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku, (nama
Lafaz kabul penuh pengantin perempuan) dengan mas kahwin RM… tunai.”
“Aku terima nikah, (nama penuh pengantin perempuan) dengan
mas kahwin RM… tunai.”
4.3.1 85
FIQ AH
Baca dan fahami.
HUKUM PERKAHWINAN
Hukum perkahwinan adalah seperti yang berikut:
HUKUM KEADAAN
Sunat Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh
(hukum asal) badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus
ke arah zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangannya.
Wajib Orang yang berkemampuan untuk memberikan nafkah zahir dan batin,
sihat tubuh badan dan dikhuatiri terjerumus ke arah zina kerana tidak dapat
mengawal nafsu.
Harus Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak
dikhuatiri terjerumus dalam perzinaan.
Makruh Orang yang berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan
nafkah zahir.
Haram Orang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini
akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya.
DALIL PERKAHWINAN
ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ
…… ﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁ ﲃﲂﲄﲅﲆﲇﲈ
Maksudnya:
… Maka berkahwinlah dengan perempuan lain yang kamu senangi; dua, tiga atau
empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka (berkahwinlah)
dengan seorang sahaja …
(Surah al-Nisa’ 4:3)
86 4.3.1
FIQ
AH
Baca dan fahami.
RUKUN DAN SYARAT SAH PERKAHWINAN
RUKUN SYARAT
• Islam.
1 Bakal Suami • Lelaki.
• Tidak beristeri empat pada satu masa.
• Bukan dalam ihram haji atau umrah.
• Bukan mahram kepada isteri.
2 Bakal Isteri • Islam.
• Perempuan.
• Bukan isteri orang.
• Bukan dalam idah talak raj‘i ( ).
• Bukan dalam ihram haji atau umrah.
• Bukan mahram kepada suami.
3 Wali • Islam.
• Lelaki.
• Mukalaf (akil baligh).
• Bukan dalam ihram haji atau umrah.
• Bukan muflis.
4 Saksi • Islam.
• Lelaki.
• Baligh.
• Adil (tidak melakukan dosa besar).
• Memahami lafaz ijab dan kabul.
• Tidak buta, pekak dan bisu.
5 Akad • Dilafazkan oleh wali atau wakil.
• Ijab dan kabul dalam satu majlis.
Ijab • Lafaz jelas dan difahami.
• Tidak diselangi diam yang lama.
• Bukan lafaz kinayah.
Kabul • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakil.
• Tidak menyalahi ijab.
• Tidak diselangi diam yang lama.
• Tidak dengan lafaz taklik dan tempoh tertentu.
4.3.2 87
4.3.3
FIQ AH
Baca dan fahami.
HIKMAH PERKAHWINAN
1 Melahirkan zuriat atau keturunan yang sah.
2 Memupuk kasih sayang suami dan isteri.
3 Mengelak perlakuan maksiat.
4 Mententeramkan jiwa dan perasaan.
5 Menghubungkan silaturahim.
INFO ILMU
يَا َو ََمم ْعْن َلشَ َْمر،:نَا َوأََر ُسْح ْو َُصل ُانلللِ ِهلْ َف ْر ِﷺج،ََلفَإِنَنَّ ُِهج ُأَد َغَش ُّيْئًضا لَِفلْ َقبَا ََلص ِرل، َفلْﷺيَ َتَشَزَب َّاوبًاْج.َعِم ُكِمَف ّنَنِإْانَّ ُهَم ُكَلَع ُمهالا ِوَّنلْ ِببََجاِاّ َيءٌء َة:ياَلَع ْسَّشتَن َباِاطبْ ِْعِنب َف ََمَمعلَْْنسيْ ُعِاه ْوْبِسٍداتَل َقَاطَّاَصل ْو
Maksudnya:
Daripada Ibnu Mas‘ud r.a. berkata, kami anak-anak muda bersama-sama Rasulullah SAW tidak memiiki
harta, Rasulullah SAW bersabda kepada kami: “Wahai orang muda, sesiapa antara kamu yang mampu
berkahwin, berkahwinlah sebab dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan, dan
sesiapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu perisai baginya
(daripada melakukan maksiat).”
(Riwayat Muslim)
88 4.3.4
FIQ
AH
Baca dan fahami.
BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN
Menutup aurat
dengan sempurna.
ADAB Tidak bergaul bebas antara
PERGAULAN DALAM lelaki dengan perempuan.
ISLAM Elakkan melunakkan suara
antara lelaki dengan perempuan.
Elakkan berdua-duaan
lelaki dengan perempuan.
Menjaga pandangan daripada
melihat aurat.
INFO ILMU
َّر َ ُجل ِلَينْفِ ُظي ُرثَا ْول ٍَّرب ُج َُوال إِِحلَ ٍدى َو ََعلْو ُتَر ِْةف ا ِلض َّريُجاِلْل َم َوْرَأَ ُلة:َر ُِسض ْو َيلااللَّرل ِهُج ُل ِإﷺلَ َقىا َالل.اِإلَلَْع َم ْىْنرأَاأَُةلْبِ َِإملَيْرأَىِةَسفِِعَعيْ ْوي ٍدَرا ِةاللَّْثالْْوَُخم ِ ْْردبأَ ِرِةالِّْ ََووياَأَلِحَّنُي ِدْف
Maksudnya:
Daripada Abi Sa‘id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh seorang lelaki melihat
aurat lelaki yang lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan melihat aurat perempuan yang
lain. Tidak boleh seorang lelaki berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama,
demikian juga tidak boleh seorang perempuan berbaring dengan perempuan yang lain
di bawah selimut yang sama.”
(Riwayat Muslim)
4.3.5 89
FIQ AH
Baca dan fahami.
SIMULASI AKAD NIKAH
Pengantin Perempuan
Saksi 1
Pengantin Lelaki Wali
Saksi 2
Aku terima nikah, Aku nikahkan
Saleha dengan engkau dengan
anak perempuanku,
mas kahwin Saleha dengan
RM300 tunai. mas kahwin RM300
tunai.
Sah! Sah!
90
FIQ
AH
AKTIVITI
1. Kongsikan terjemahan Surah al-Nur ayat 30 dan 31 berkaitan batas-batas pergaulan
dalam Islam di laman sosial anda.
30. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa-apa yang mereka
kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala ke paras dada mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-
anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau
hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang perhiasan yang mereka
sembunyikan; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman
semoga kamu berjaya.
(Surah al-Nur 24:30–31)
2. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan menulis fakta
pada helaian kertas mahjong dan menampal di hadapan kelas. Ahli kumpulan
membentangkan hasil tugasan.
Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3
Syarat Bakal Suami Syarat Bakal Isteri Syarat Wali
Ramai remaja perempuan telah hamil luar nikah.
Hal ini berpunca daripada hubungan sosial tanpa
batasan sehingga berlakunya perbuatan zina.
Pada pandangan anda, apakah cara untuk
mengelakkan diri daripada terjerumus melakukan
perkara tersebut?
91
FIQ AH
PENILAIAN 2 Nyatakan rukun
1. Jawab soalan yang berikut. perkahwinan.
1 Nyatakan maksud
perkahwinan.
2. Nyatakan (Sah) atau (Tidak Sah) bagi situasi perkahwinan di bawah.
Bil. Pernyataan (Sah) / (Tidak Sah)
1. Salah seorang saksi nikah ialah peminum arak.
2. Sulaiman tidak menyebut nama bakal isteri ketika
melafazkan kabul.
Wali nikah menyebutkan lafaz: “Aku nikahkan
3. engkau dengan Siti Fatimah dengan mas kahwin
sebuah al-Quran.”
4. Hassan segera melafazkan lafaz kabul sejurus
tamat lafaz ijab nikah.
5. Suraya dinikahkan oleh walinya ketika idah
perceraiannya masih berbaki sehari.
Berdasarkan gambar, mengapakah Islam
menetapkan batas-batas dalam pergaulan
antara lelaki dengan perempuan?
92