The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haslina Hassan, 2021-09-01 01:20:28

buku teks p.islam t5 mpak

buku teks p.islam t5 mpak

Keywords: PENDIDIKAN ISLAM T5

FIQ AH

LAMAN KREATIF
PERTANDINGAN REKA PETA INFO GRAFIK

1. Lakukan aktiviti secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan peta info grafik berkaitan dengan tajuk

perkahwinan dalam Islam.
3. Guru akan membuat penilaian untuk menentukan pemenang.

93

FIQ AH

LAMAN NURANI
DOA UNTUK PENGANTIN

‫بَا َر َك الل ُه لَ َك‬
‫َو َبا َر َك َعلَيْ َك‬
.‫َو َ َج َع بَيْ َن ُك َما ِف َخ ْ ٍي‬

Maksudnya:
Semoga Allah SWT memberkatimu dan memberkati ke atasmu dan mengumpulkan

kalian berdua dalam kebaikan.

‫‏‬:‫قَا َل‬ ‫تَ َز َّو َج‬ ‫إِ َذا‬ ‫ال ِإن ْ َسا َن‬ َ‫َر َّفأ‬ ‫ِإ َذا‬ ‫َكا َن‬ ‫ﷺ‬ ‫ال ّنَ ِب َّي‬ ‫أَ َّن‬ ،‫ُه َريْ َر َة‬ َ ‫َع ْن‬
‫أبِي‬
.‫بَا َر َك الل ُه لَ َك َو َبا َر َك َعلَيْ َك َو َج َم َع بَيْ َن ُك َما فِي َخيْ ٍ‏ر‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW apabila mengucapkan
tahniah kepada pengantin, Baginda mengucapkan: “Semoga Allah SWT
memberkatimu dan memberkati ke atasmu dan mengumpulkan kalian
berdua dalam kebaikan.”

(Riwayat Abu Daud)

94

FIQ

unit TALAK JALAN PENYELESAIAN AH
4 TERAKHIR

Baca dan fahami.

MAKSUD TALAK
Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak,
cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.

HUKUM TALAK

Ulama telah memperincikan hukum talak adalah seperti yang berikut:

Hukum Keterangan
Harus
(hukum asal) Apabila kategori talak bukan sunni atau bid‘i.

Wajib Apabila seseorang tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberikan
nafkah atau melakukan kezaliman sehingga mengancam keselamatan.
Sunat Apabila isteri memiliki akhlak yang buruk dan tiada cara dapat membaikinya.
Talak yang dilafazkan pada waktu yang diharamkan (isteri dalam haid dan
Haram nifas) atau bertujuan menganiayainya.
Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah.
Makruh

DALIL TALAK

‫ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ‬

…‫ﲖ ﲗﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ‬

Maksudnya:

Talak itu dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya
itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara
yang baik … .

(Surah al-Baqarah 2:229)

4.4.1 95

FIQ AH

Baca dan fahami.

MAKSUD IDAH HUKUM IDAH
Tempoh larangan berkahwin yang patut Wajib
dipatuhi oleh isteri selepas bercerai atau

kematian suami.

DALIL IDAH

‫ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ‬

…‫ﱨﱩﱪﱫﱬﱭ‬

Maksudnya:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri
mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci (daripada haid) … .

(Surah al-Baqarah 2:228)

INFO ILMU

Wanita yang kematian suami wajib berkabung. Hal ini berdasarkan hadis daripada Ummu Habibah
r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
َّ ،‫َلَا ٍل‬ ‫ثَ َل ِث‬ ‫ُ ِت َّد‬ ‫أَ ْن‬ ْ ‫َوا ْلَ ْو ِم‬ ‫ن‬.ُ‫أََ ْلر َب ََع ِي َةُّلأَ ِْشل ُه ْم ٍر َرأَ َوٍة َعتُ ْْؤ ِمًشا‬
‫َز ْو ٍج‬ ‫َ َع‬ ‫ِإل‬ ‫َف ْو َق‬ ‫َم ِّي ٍت‬ ‫َ َع‬ ‫ال ِخ ِر‬ ‫بِالل ِه‬

Maksudnya:

“Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat berkabung atas kematian

seseorang melebihi tiga hari melainkan apabila kematian suaminya. Dia hendaklah berkabung selama

empat bulan dan 10 hari.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

96 4.4.1

FIQ

AH

Baca dan fahami.

MAKSUD RUJUK
Suami mengambil kembali isteri yang

telah diceraikan ke pangkuannya.

HUKUM RUJUK

Hukum rujuk adalah seperti yang berikut:

Hukum Keterangan
Harus
(hukum asal) Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Sekiranya talak raj‘i yang masih dalam idah.
Wajib Suami yang menceraikan salah seorang daripada isterinya dan dia belum
menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
Sunat Sekiranya mendatangkan kebaikan.
Makruh Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.
Haram Apabila rujuk akan menyebabkan kemudaratan kepada isteri tersebut.

DALIL RUJUK

‫ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ‬

…‫… ﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇ‬

Maksudnya:
… Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu
dalam masa idah mereka jika mereka (para suami) bertujuan hendak berdamai … .

(Surah al-Baqarah 2:228)

4.4.1 97

FIQ AH

Baca dan fahami.

RUKUN DAN SYARAT SAH TALAK SYARAT
• Berakal.
RUKUN • Baligh.
SUAMI • Tanpa paksaan.

SYARAT

RUKUN • Akad nikah yang sah.
ISTERI

RUKUN SYARAT
• Ucapan yang jelas menyatakan perceraiannya.
LAFAZ • Tanpa paksaan.
TALAK

INFO ILMU

CONTOH LAFAZ TALAK
Lafaz talak boleh berlaku secara sarih (jelas) dan juga kinayah (kiasan).

Lafaz sarih “Aku ceraikan engkau” atau “aku talakkan engkau.”

Lafaz kinayah “Kembalilah engkau semula ke rumah bapamu” atau
Lafaz taklik “kita sudah tiada apa-apa lagi selepas ini.”
“Sekiranya awak keluar dari rumah ini, saya ceraikan
awak dengan talak satu.”

98 4.4.2

4.4.3

FIQAH

Baca dan fahami. SYARAT
RUKUN DAN SYARAT SAH RUJUK

RUKUN • Islam.
SUAMI • Mukalaf (akil baligh).
• Kemahuan sendiri.

• Islam. SYARAT

RUKUN • Telah disetubuhi oleh suami sebelum diceraikan.
ISTERI • Bukan perceraian fasakh atau khuluk.
• Bukan talak tiga.
• Masih dalam tempoh idah.

RUKUN SYARAT
• Menggunakan lafaz rujuk “Aku rujuk engkau semula”.
LAFAZ • Tidak bertaklik “Aku rujuk kalau kamu setuju”.
RUJUK • Tidak ditentukan masa “Aku rujuk engkau selama setahun”.

INFO ILMU

Rujuk Suami mengambil kembali isteri yang telah diceraikan
ke pangkuannya.
Suami boleh merujuk semula isterinya yang diceraikan
dengan talak satu atau dua selagi dalam tempoh idah.
Kaifiat rujuk ialah suami melafazkan perkataan rujuk.
Sunat rujuk disaksikan oleh dua orang.

4.4.2 99
4.4.3

FIQ AH

Baca dan fahami.

TALAK BAHAGIAN TALAK
SUNNI • Suami menceraikan isteri ketika suci dan tidak disetubuhinya

ketika dalam tempoh suci.

TALAK • Suami menceraikan isteri ketika dalam haid, nifas atau ketika
BID‘I suci tetapi telah disetubuhinya.

TALAK • Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua.
RAJ‘I • Suami boleh merujuk kembali isterinya selagi dalam tempoh

idah.

TALAK • Suami menceraikan isteri dengan talak tiga atau kali ketiga.
BAIN • Suami tidak boleh merujuk kembali isterinya.
• Suami boleh berkahwin kembali sekiranya isterinya telah

berkahwin, disetubuhi, diceraikan dan tamat idah dengan
suami keduanya.

TALAK • Suami menceraikan isteri dengan syarat.
TAKLIK • Apabila syarat berlaku, maka jatuhlah talak.

100 4.4.4

FIQ

AH

Baca dan fahami.

BAHAGIAN IDAH DAN RUJUK

Idah Raj‘i Idah Bain
Idah yang membolehkan suami Idah yang tidak membolehkan bekas
merujuk kembali isterinya (talak satu suami merujuk kembali isterinya

atau dua). kecuali akad nikah yang baharu.

INFO ILMU

Tempoh idah dikategorikan berdasarkan status isteri
semasa perceraian hidup atau kematian suami.

Status Isteri IDAH

Hamil Perceraian Hidup Kematian Suami
Tidak Hamil
Putus Haid Hingga melahirkan anak Hingga melahirkan anak
Belum disetubuhi
Tiga kali suci Empat bulan sepuluh hari

Tiga bulan Empat bulan sepuluh hari

Tiada idah Empat bulan sepuluh hari

4.4.4 101

FIQ AH

Baca dan fahami.

KESAN TALAK DALAM MASYARAKAT ISLAM

Pasangan Anak-anak Masyarakat

Terputus ikatan Terpisah dengan Masyarakat
perkahwinan. ibu atau bapa. huru-hara.
Maruah diri Timbulnya gejala/
Hilang kasih sayang penyakit sosial.
terjejas. ibu atau bapa.
Terpisah dengan Tekanan

anak-anak. perasaan atau emosi.
Terputus Terpengaruh

silaturahim dengan dengan gejala sosial.
keluarga mentua.

Memberi HIKMAH
peluang TALAK
kepada
suami isteri Jalan Pengajaran Terlepas
menginsafi penyelesaian terhadap daripada dosa
kelemahan kegagalan kerana tidak
masing- kepada melaksanakan
masing. pasangan perkahwinan tanggungjawab.
yang tiada lalu.
persefahaman. Membuka
ruang

penghidupan
baharu.

• Sumbang saran:
Langkah-langkah memelihara perkahwinan

dengan kasih sayang.

102 4.4.5
4.4.6

kalaTnukurnadhasharayS2nalupmuKkalaTliladnadmukuh,duskaM1nalupmuK.narajalebmeprihkaadapsaleknapadahidlapmanemnadgnisamgnojhamsatreknaialehadapatkafsilunemnakalaggnitgnaynalupmukpaitesilhagnaroeS.iridnesnalupmukadapeknakropalemnadatkafnaktapadnemkutnunanialrebnalupmukekkaregrebnalupmukilhaaumeS.nalupmukamiLadapekdirumnalupmuknakigahaB .1IRELAGHAJALEJ

FIQ

AH

AKTIVITI

JELAJAH GALERI TALAK
Bahagikan murid kepada lima kumpulan. Semua ahli kumpulan bergerak ke arah kumpulan
berlainan untuk mendapatkan fakta dan melaporkan kepada kumpulan sendiri. Seorang
ahli setiap kumpulan yang tinggal akan menulis fakta pada helaian kertas mahjong masing-
masing dan menampal di hadapan kelas pada akhir sesi pembelajaran.

Kumpulan 1 Kumpulan 2
Maksud, hukum dan dalil talak Syarat sah dan rukun talak

Kumpulan 3
Syarat sah dan rukun rujuk

Kumpulan 4 Kumpulan 5
Pembahagian talak dan idah Kesan dan hikmah talak

PAK-21 Gallery Walk

Penceraian melalui SMS ialah perbuatan Talak
yang tidak sopan dan tidak beradab.
Melalui WhatsApp
(Mesyuarat Fatwa Negeri Selangor: Bil. 3, 2003)
atau SMS
Bincangkan kesan perceraian melalui
aplikasi media sosial kepada masyarakat Adakah Jatuh Talak?
Islam.

103

kalaTnukurnadhasharayS2nalupmuKkalaTliladnadmukuh,duskaM1nalupmuK.narajalebmeprihkaadapsaleknapadahidlapmanemnadgnisamgnojhamsatreknaialehadapatkafsilunemnakalaggnitgnaynalupmukpaitesilhagnaroeS.iridnesnalupmukadapeknakropalemnadatkafnaktapadnemkutnunanialrebnalupmukekkaregrebnalupmukilhaaumeS.nalupmukamiLadapekdirumnalupmuknakigahaB .1IRELAGHAJALEJ

FIQ AH

PENILAIAN ii. Nyatakan rukun-rukun talak.
1. Jawab soalan yang berikut.

i. Nyatakan maksud talak.

2. Padankan pernyataan di bawah dengan jenis talak yang betul.

Bil. Pernyataan Jenis Talak
Talak Bain
1. Hussin menceraikan isterinya ketika suci daripada Talak Raj‘i
haid dan tidak disetubuhinya dalam tempoh suci. Talak Sunni
Talak Bid‘i
2. Zainal melafazkan talak tiga kepada isterinya. Talak Taklik
Mereka tidak boleh rujuk semula.

3. Hafiz melafazkan talak satu kepada isterinya. Dia
masih boleh rujuk semula dalam tempoh idah.

4. Azmi mengatakan kepada isterinya: “Jika engkau
keluar rumah hari ini, maka engkau aku ceraikan.”

5. Basri menceraikan isterinya yang sedang haid.

…‫ﲖ ﲗﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ‬

Maksudnya:
Talak itu dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang
terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) dengan cara yang baik … .

(Surah al-Baqarah 2:229)
Berdasarkan ayat di atas, mengapakah Allah SWT memberikan ruang
kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk bercerai?

104

TADAPATON

NOTAPADAT

Unit 1

1 JUAL BELI

Maksud dan Hukum Rukun dan Syarat Hikmah

Pertukaran sesuatu Boleh bertukar barangan
barang dengan keperluan.
barang mengikut Mudah memiliki barangan
cara tertentu. keperluan dengan cara
yang halal.
Hukum Boleh membantu antara
Harus. satu sama lain.
NOTA ULANG KAJIPenjual dan PembeliBarang JualanMengelakkan kezaliman
• Mukalaf. • Bersih dan suci. dan penganiayaan
105 • Kemahuan sendiri. • Berfaedah. terhadap orang lain.
• Merdeka. • Milik penjual. Sumber pendapatan
• Islam (al-Quran). • Boleh diserahkan. yang halal dan berkat.
• Tahu jenis, kadar

dan sifat barang.

Harga Jualan Ijab dan Kabul
• Barangan suci. • Bersamaan ijab dan kabul.
• Harga/wang milik pembeli. • Tidak ditaklikkan.
• Boleh diserahkan. • Tidak dikaitkan dengan waktu.
• Tahu jenis mata wang.

Maksud dan Hukum Unit 2

2 PINJAMAN

Barang atau wang yang Tanggungjawab Peminjam
diberikan kepada seseorang
untuk sementara waktu dan 1. Meminjam dengan niat/tujuan yang baik.
perlu dikembalikan. 2. Merekodkan jumlah dan masa pinjaman.
3. Meminjam dari institusi yang dibenarkan syarak.
Hukum 4. Wang/barang yang dipinjam wajib dikembalikan.
1. Harus (beri pinjam). 5. Mengembalikan barang dalam keadaan baik.
2. Wajib (bayar semula).

Rukun dan Syarat Hikmah

Pemberi Pinjaman Peminjam Membantu orang yang memerlukan.
• Mukalaf. • Mukalaf.
• Tiada paksaan. • Boleh Memupuk semangat keprihatinan dan
• Berkuasa terhadap barang persaudaraan.
memulangkan
pinjaman. semula pinjaman. Memberikan peluang kepada golongan lain
untuk berjaya.
Barang/Wang Ijab dan Kabul
• Milik pemberi pinjaman. • Ijab dan kabul Merapatkan jurang perbezaan kaya dan miskin.
• Boleh digunakan/bermanfaat.
• Dibenarkan oleh syarak. daripada peminjam Keluar daripada belenggu kemiskinan.
• Tidak berkurangan/habis ketika dan pemberi
pinjaman.
diambil manfaatnya.

AH
106

FIQ

TADAPATON

NOTAPADAT

Unit 3

3 PERKAHWINAN
DALAM ISLAM

Maksud dan Hukum Hikmah

Akad yang menggunakan Adab Pergaulan dalam Islam Melahirkan zuriat atau
lafaz nikah atau lafaz-lafaz keturunan yang sah.
lain yang memberikan makna • Menutup aurat dengan sempurna. Memupuk kasih sayang
nikah, yang menghalalkan lelaki • Elak melihat aurat lelaki dan perempuan. suami isteri.
dan perempuan melakukan • Elak berdua-duaan lelaki dengan Mengelak perlakuan
persetubuhan. maksiat.
perempuan. Mententeramkan jiwa
Hukum • Elakkan melunakkan suara. dan perasaan.
Sunat. • Tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan. Menghubungkan
silaturahim.
Rukun dan Syarat

Bakal Suami Bakal Isteri Wali Saksi Ijab dan Kabul
• Islam. • Islam. • Islam. • Dilafazkan oleh wali dan bakal
• Islam. • Perempuan. • Lelaki. • Lelaki.
• Lelaki. • Bukan isteri orang. • Mukalaf (akil baligh). • Baligh. suami.
• Tidak beristeri • Bukan dalam idah • Bukan dalam ihram. • Adil. • Tidak diselangi diam yang lama.
• Bukan muflis. • Faham lafaz ijab • Lafaz difahami dan
empat. raj‘i. tidak menyalahi antara kedua-
• Bukan dalam • Bukan dalam ihram. dan kabul.
• Bukan mahram • Tidak buta, pekak duanya.
ihram. • Tidak dengan lafaz taklik dan
• Bukan mahram suami. dan bisu.
tempoh tertentu.
isteri.

FIQ

107
AH

Unit 4

4 TALAK, IDAH DAN RUJUK

Maksud dan Hukum Talak Maksud dan Hukum Idah Maksud dan Hukum Rujuk
Merungkaikan ikatan perkahwinan Tempoh masa larangan berkahwin Suami mengambil kembali isteri yang
dengan lafaz talak, cerai atau yang yang patut dipatuhi oleh isteri selepas telah diceraikan ke pangkuannya.
mengandungi makna kedua-duanya. bercerai atau kematian suami.
Hukum: Harus.
Hukum: Harus. Hukum: Wajib.

Rukun dan Syarat Talak Kesan Talak dalam Bahagian Rujuk Rukun dan Syarat Rujuk
Masyarakat Islam • Idah Raj‘i Suami
Suami • Terputus ikatan • Idah Bain • Islam.
• Berakal. • Mukalaf.
• Baligh. perkahwinan. Bahagian Talak • Tanpa paksaan.
• Tanpa paksaan. • Maruah diri terjejas. • Talak Raj‘i.
• Tekanan perasaan/emosi. • Talak Bain. Isteri
Isteri • Anak terpengaruh dengan • Talak Sunni. • Islam.
• Isteri yang sah. • Talak Bid‘i. • Telah disetubuhi.
gejala sosial. • Talak Taklik. • Bukan fasakh/khuluk/talak tiga.
Lafaz Talak • Anak terpisah daripada • Masih dalam tempoh idah.
• Ucapan yang jelas.
• Tanpa paksaan. ibu/bapa. Lafaz Rujuk
• Masyarakat huru-hara. • Lafaz rujuk.
• Tidak taklik.
Hikmah Talak • Tidak had masa.

• Jalan penyelesaian pasangan yang tiada persefahaman.
• Terlepas dosa kerana tidak melaksanakan tanggungjawab.
• Pengajaran terhadap kegagalan perkahwinan lalu.
• Membuka ruang penghidupan baharu.
• Suami isteri menginsafi kelemahan masing-masing.

AH
108

FIQ

PELAJARAN 5

TTEORKPOUHJI

Sanjungan
Ummah

SIR AH SAYIDINA ABDUL RAHMAN
BIN AUF R.A.
unit
1

Baca dan kenali.

Nama RIWAYAT HIDUP TOKOH
Gelaran • Abdul Rahman bin Auf bin Abdu Auf
• Abdul Kaabah dan Abdu ‘Amr (sebelum Islam)
Tarikh lahir • Abu Muhammad (setelah Islam)
• 580 Masihi, 10 tahun selepas Tahun Gajah

Tempat lahir • Makkah

Keturunan • Bani Zuhrah, Quraisy

Peribadi • Taat pada perintah Allah SWT.
• Pintar dalam perniagaan.
• Jutawan yang zuhud dan dermawan.
• Salah seorang daripada 10 orang sahabat yang

dijamin syurga.

Tarikh wafat • 32 Hijrah/654 Masihi (74 tahun)

Tempat wafat • Perkuburan Baqi', Madinah al-Munawwarah

110 5.2.1

SIR AH

Baca dan fahami.
JASA DAN SUMBANGAN SAYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A.

Tahukah kamu Sayidina
Abdul Rahman bin Auf digelar
“Saudagar kaya dijamin syurga”?

Kenapakah beliau
dijamin syurga, ustaz?

Beliau banyak menyumbang kepada Islam, antaranya termasuklah:
• Beliau menjadi antara penyumbang tetap dalam kebanyakan peperangan

bersama-sama Rasulullah SAW. Contohnya, beliau menyumbang sebanyak
200 uqiyah (8000 dirham) dalam Perang Tabuk.
• Menjual tanah miliknya dengan harga 40,000 dinar. Hasil jualan dibahagikan
kepada orang miskin dan para Ummahatul Mukminin (para isteri Nabi).
• Menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas ahli tentera Badar (100 orang).
• Menyumbang 500 ekor kuda perang dan 1500 unta tunggangan.
Beliau pernah dicadangkan oleh para sahabat
untuk mengimamkan solat subuh, kemudian
Rasulullah SAW turut solat di belakangnya.
Beliau juga menyertai beberapa peperangan
seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.

5.2.2 111

SIR AH

Baca dengan telitinya.

PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARIPADA KEUNGGULAN
SAYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A.

Umat Islam hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dengan
membanyakkan sedekah dan membantu golongan yang susah.

Kita perlulah berusaha dengan gigih dan berterusan untuk
mengembangkan ekonomi keluarga dan masyarakat.

Umat Islam hendaklah berniaga barangan yang halal dan dibenarkan
agama agar mendapat keberkatan rezeki.

Umat Islam hendaklah jujur dalam perniagaan tanpa menipu dan
mengurangkan sukatan serta timbangan.

112 5.2.3

SIR AH

AKTIVITI
1. Berdasarkan kursus kemahiran yang anda pelajari (elektrik, elektronik, seni kulinari,

kimpalan, automotif dan lain-lain), bentangkan sumbangan kepakaran yang anda
boleh berikan kepada pihak sekolah dan masyarakat.
2. Meja Bulat Sayidina Abdul Rahman bin Auf r.a..
i. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
ii. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas mahjong dan beberapa pen

penanda.
iii. Setiap kumpulan membuat perbincangan dan mengedarkan kertas mahjong untuk

ditulis oleh semua ahli kumpulan.
iv. Setelah selesai fakta ditulis, ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan

di hadapan kelas.

Kumpulan 1
RIWAYAT HIDUP

Kumpulan 4 Kumpulan 2
PEMERHATI/ JASA DAN
SUMBANGAN
PENILAI

Kumpulan 3
PENGAJARAN

PAK-21 Round Table

113

SIR AH SAYIDINA BILAL
BIN RABAH R.A.
unit
2

Baca dan kenali.

RIWAYAT HIDUP TOKOH

Nama • Bilal bin Rabah al-Habasyi

Gelaran • Muazzin al-Rasul (Juruazan Rasulullah SAW)
• Abu Abdillah

Tarikh lahir • 580 Masihi, 10 tahun selepas Tahun Gajah

Tempat lahir • Makkah

Peribadi • Golongan pertama memeluk Islam (bukan Quraisy).
• Salah seorang daripada 16 sahabat yang berhijrah

ke Habsyah.
• Sabar, tabah dan berani mempertahankan akidahnya

walaupun diseksa dengan kejam.
• Sahabat yang dijamin syurga.

Tarikh wafat • 634 Masihi

Tempat wafat • Madinah

114 5.2.1

SIR

AH

Baca, hayati dan fikirkan.

Pada suatu hari, berlaku peristiwa ketika matahari tegak
berdiri di tengah-tengah langit. Ketika itu, pasir Makkah juga
panas membakar kerana cuaca terlalu panas. Umaiyyah
bin Khalaf bersama-sama sekumpulan golongan musyrikin
menanggalkan pakaian Bilal. Mereka memakaikannya dengan
baju besi kemudian menjemurnya di bawah terik cahaya
matahari. Mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti
sambil memerintahkan Bilal mencaci Nabi Muhammad SAW.

Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang
mereka timpakan kepada Bilal, namun Bilal tetap dengan
pendiriannya. Beliau tidak menyebut apa-apa kecuali
perkataan: “Ahad! Ahad!” yang bermaksud: “Allah yang Maha
Esa! Allah yang Maha Esa!”

SUMBANGAN
SAYIDINA BILAL
BIN RABAH R.A.

Muazin pertama Membantu Rasulullah
pada zaman SAW mengembangkan
dakwah Islamiah dalam
Rasulullah SAW.
kalangan hamba.
5.2.2
Contoh teladan
terunggul dalam
mempertahankan
akidah tauhid.

115

SIR AH

Baca dan fahami.

Kita hendaklah Kita hendaklah
sabar dan tabah menggunakan potensi
tatkala menerima diri sepenuhnya untuk
ujian daripada
memperjuangkan
Allah SWT. syiar Islam.

Umat Islam hendaklah Kita hendaklah berani
sanggup berkorban mempertahankan akidah
daripada perkara-perkara
masa, tenaga dan fikiran yang boleh merosakkan
untuk mengembangkan
iman.
agama Islam.

PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARIPADA KEUNGGULAN
SAYIDINA BILAL BIN RABAH R.A.

INFO ILMU

10 SAHABAT TERAWAL MEMELUK ISLAM
(AL-SABIQUN AL-AWWALUN)

Khadijah binti Khuwailid r.a. Barkah binti Tha‘labah (Ummu Aiman) r.a.

Zaid bin Harithah r.a. Hamzah bin Abdul Mutalib r.a.

Ali bin Abi Talib r.a. Abbas bin Abdul Mutalib r.a.

Abu Bakar al-Siddiq (Abdullah bin Abi Quhafah) r.a. Abdullah bin Abdul Asad (Abu Salamah) r.a.

Bilal bin Rabah r.a. Ubay bin Ka‘ab r.a.

116 5.2.3

SIR AH

AKTIVITI
1. Deklamasi sajak Sayidina Bilal bin Rabah r.a..

i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii. Guru membekalkan sehelai kertas mahjong dan beberapa pen penanda pelbagai

warna.
iii. Setiap kumpulan menulis sajak pada kertas mahjong.
iv. Setelah sajak siap dikarang, ahli kumpulan akan membuat persembahan deklamasi

sajak di hadapan kelas.

2. Guru meminta murid melaungkan azan.

Bil. LAFAZ AZAN FASIH KURANG
FASIH
1. ‫ الل ُه أَ ْك َ ُب‬،‫ الل ُه أَ ْك َ ُب‬،‫ الل ُه أَ ْك َ ُب‬،‫الل ُه أَ ْك َ ُب‬

2. ‫الل ُه‬ َّ ‫إِلَ ٰ َه‬ ‫َل‬ ‫أَ ْن‬ ‫أَ ْش َه ُد‬ ،‫الل ُه‬ َّ ‫ِإلَ ٰ َه‬ ‫َل‬ ‫أَ ْن‬ ‫أَ ْش َه ُد‬
‫ِإل‬ ‫ِإل‬
3. ‫ أَ ْش َه ُد أَ َّن ُمَ َّم ًدا َر ُس ْو ُل الل ُه‬،‫أَ ْش َه ُد أَ َّن ُمَ َّم ًدا َر ُس ْو ُل الل ُه‬

4. ‫ َ َّح َ َع ال َّص َل ِة‬،‫َ َّح َ َع ال َّص َل ِة‬

5. ‫ َ َّح َ َع الْ َف َل ِح‬، ‫َ َّح َ َع الْ َف َل ِح‬
6. ‫ الل ُه أَ ْك َ ُب‬،‫الل ُه أَ ْك َ ُب‬

7. ‫الل ُه‬ َّ ‫ِإلَ ٰ َه‬ َ
‫ِإل‬ ‫ل‬

5.2.4 117

SIR AH

PENILAIAN
1. Nyatakan gelaran Sayidina Abdul Rahman bin Auf r.a. dan Sayidina Bilal bin Rabah r.a..

2. Pilih padanan jawapan yang betul. Sayidina Abdul Rahman
Antara golongan hamba yang bin Auf r.a.
memeluk Islam.
Seorang jutawan yang zuhud Sayidina Bilal
dan dermawan. bin Rabah r.a.

Muazin pertama dalam Islam.
Mengimamkan solat subuh
dengan dihadiri oleh Baginda

SAW.
Diseksa kerana menyatakan

keislamannya.
Salah seorang calon pengganti

khalifah.

Sayidina Abdul Rahman bin Auf r.a. dan Sayidina Bilal bin Rabah r.a.
merupakan contoh teladan yang perlu diikuti kerana sanggup berkorban
nyawa dan harta untuk agama Islam.
Bagaimanakah pengorbanan yang boleh anda lakukan terhadap agama
Islam? Huraikan.

118

NOTA ULANG KAJI

Unit 1
SAYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A.

RIWAYAT HIDUP SUMBANGAN PENGAJARAN

Nama Abdul Rahman • Beliau menjadi antara • Umat Islam hendaklah
bin Auf penyumbang tetap bersyukur kepada Allah
dalam kebanyakan SWT dengan banyak
bin Abdu Auf peperangan bersama- bersedekah dan
sama Rasulullah SAW. membantu golongan
Gelaran • Abdu Kaabah Contohnya, beliau yang susah.
menyumbang sebanyak
Tarikh dan Abdu ‘Amr 200 uqiyah (8000 • Kita perlulah berusaha
Lahir (sebelum Islam) dirham) dalam Perang dengan gigih dan
Tempat Tabuk. berterusan untuk
Lahir • Abu mengembangkan
• Menjual tanah miliknya ekonomi keluarga dan
Muhammad dengan harga 40,000 masyarakat.
(setelah Islam) dinar. Hasil jualan
580 Masihi, 10 dibahagikan kepada • Umat Islam hendaklah
tahun selepas orang miskin dan para berniaga barangan
Tahun Gajah Ummahatul Mukminin yang halal dan
(para isteri Nabi). dibenarkan agama agar
Makkah mendapat keberkatan
• Menyedekahkan 400 rezeki.
Keturunan Bani Zuhrah, dinar kepada setiap
Quraisy bekas ahli tentera Badar • Umat Islam hendaklah
(100 orang). jujur dalam perniagaan
Tarikh 32 Hijrah/654 tanpa menipu dan
Wafat Masihi (74 tahun) • Menyumbang 500 ekor mengurangkan sukatan
kuda perang dan 1500 dan timbangan.
Tempat Perkuburan unta tunggangan.
Wafat Baqi', Madinah
al-Munawwarah

PERIBADI JASA
• Taat pada perintah Allah • Dilantik oleh Nabi Muhammad

SWT. SAW untuk mengimamkan
• Pintar dalam perniagaan. solat subuh dengan dihadiri
• Jutawan yang zuhud dan oleh Baginda.
• Beliau juga menyertai
dermawan. beberapa peperangan
• Sahabat yang dijamin seperti Perang Badar, Uhud,
Khandak dan Tabuk.
syurga.
• Calon pengganti khalifah.

119

SIR AH

Unit 2
SAYIDINA BILAL BIN RABAH R.A.

RIWAYAT HIDUP PERIBADI
• Golongan pertama memeluk
Nama Bilal bin Rabah
al-Habasyi Islam (bukan Quraisy).
• Salah seorang daripada 16
• Muazzin al-Rasul
(Juruazan Rasulullah sahabat yang berhijrah
Gelaran SAW) ke Habsyah.
• Sabar, tabah dan berani
• Abu Abdillah mempertahankan akidahnya
walaupun diseksa dengan
Tarikh 580 Masihi, 10 tahun kejam.
Lahir selepas Tahun Gajah • Sahabat yang dijamin syurga.

Tempat Makkah PENGAJARAN
Lahir • Umat Islam hendaklah sanggup

Tarikh 634 Masihi berkorban masa, tenaga dan
Wafat fikiran untuk mengembangkan
agama Islam.
Tempat Madinah • Kita hendaklah sabar dan tabah
Wafat tatkala menerima ujian daripada
Allah SWT.
SUMBANGAN • Kita hendaklah menggunakan
• Muazin pertama zaman potensi diri sepenuhnya untuk
memperjuangkan syiar Islam.
Rasulullah SAW. • Kita hendaklah berani
• Contoh teladan terunggul mempertahankan akidah
daripada perkara-perkara
dalam mempertahankan yang boleh merosakkan
akidah tauhid. keimanan.
• Membantu Rasulullah SAW
mengembangkan dakwah
Islamiah dalam kalangan
hamba.

120

PELAJARAN 6

AKHLAK
MAHMUDAH

Peribadi
Indah

AD AB

unit ADAB TAWADUK
1

Baca dan hayati.

MAKSUD TAWADUK
Rendah diri, tidak angkuh serta patuh kepada perintah Allah SWT.

DALIL TAWADUK

‫ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ‬

‫ﳆﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒﳓﳔﳕﳖﳗﳘﳙ‬

‫ﳚ ﳛﳜﳝﳞﳟﳠﳡﳢﳣﳤ‬

Maksudnya:
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,
lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan
(berjalanlah dengan tenang dan merendah diri, jangan berjalan terlampau cepat dan
jangan pula terlalu lambat), juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-
buruk suara ialah suara keldai.

(Surah Luqman 31:18–19)

INFO ILMU

َّ ،‫بِ َع ْف ٍو‬ ‫َعبْ ًدا‬ َّ ‫ال ُل‬ ‫َزا َد‬ ‫َو َما‬ ،‫َما ٍل‬ ‫ِم ْن‬ ‫أ َمخارجَنهَقمَصسل ْمت) َص َدقَ ٌة‬:(‫ َل‬.َّ‫ل َق ُلا‬،‫ َع أََع َْحن ٌد َر ُِس ِلوَّ ِإِل َّالل َر ِل ََّف َع ُهﷺا‬،‫أَ َِوبَما ُهتَ َرَويْا َر َ َةض‬،‫َِعع ًّزْان‬
‫ِإل‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Allah

SWT pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada

balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah SWT, kecuali Allah SWT mengangkat darjatnya.”

(Riwayat Muslim)

122 6.1.1

6.1.2

AD

AB

Baca dengan telitinya bersama-sama rakan.

FAKTOR MENDORONG TAWADUK

Bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT.
Sentiasa berasa kerdil di hadapan Allah SWT.

Mengakui bahawa Allah SWT merupakan pemilik tunggal alam ini.
Meyakini kejayaan dan pencapaian adalah dengan izin daripada

Allah SWT.
Sentiasa menyedari bahawa manusia saling memerlukan antara

satu dengan yang lain.
Mengambil teladan daripada tokoh-tokoh ulung dalam sejarah

Islam.

6.1.3 123

AD AB

Baca dan hayati.

Mudah berkawan Sentiasa menerima
dan bergaul pendapat dan
dengan orang
menghargai sumbangan
yang lebih rendah orang lain.
kedudukan.

Mesra dan CIRI-CIRI Mengelakkan diri
ramah TAWADUK daripada disanjungi dan
dimuliakan orang lain.
menyantuni
golongan fakir

miskin.
Merendah diri
dengan kelebihan,
kedudukan dan

kejayaan.

INFO ILMU

“Tanda-tanda orang tawaduk, iaitu lebih senang tidak dikenali daripada menjadi orang terkenal,
bersedia menerima teguran yang baik daripada sesiapa pun sama ada daripada orang yang
terhormat mahupun daripada orang yang rendah kedudukannya, mencintai fakir miskin dan
tidak segan duduk bersama-sama mereka, bersedia mengurus dan menunaikan kepentingan
orang lain dengan sebaik mungkin, berterima kasih kepada orang yang telah melaksanakan
tanggungjawab kepadanya, sebaliknya memaafkan mereka yang tidak melaksanakannya.”

(Sayyid Abdullah bin Alawi al-Haddad, Risalah al-Mu‘awanah
wa al-Mudhaharah wa al-Muwazarah, hlm. 148–149)

124 6.1.4

AD

AB

AKTIVITI
JELAJAH GALERI TAWADUK

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan ditentukan tugasan.
2. Setiap ahli kumpulan mencatat atau melakar pada kertas mahjong.
3. Murid menampal hasil kerja pada dinding penjuru kelas.
4. Murid daripada kumpulan lain melihat hasil dapatan setiap kumpulan dan memberikan

komen terhadap hasil kerja tersebut.
5. Setiap murid perlu melaksanakan aktiviti secara harmoni dan beradab.
6. Guru memberikan ulasan pada akhir pembentangan.

Kumpulan 1 Kumpulan 2
Pengertian tawaduk Faktor mendorong

tawaduk

Kumpulan 3 Kumpulan 4
Kelebihan tawaduk Contoh tawaduk dalam

kalangan rakan

PAK-21 Gallery Walk

Setiap murid diminta berkongsi terjemahan ayat al-Quran
atau hadis berkaitan dengan sifat tawaduk pada status atau
paparan media sosial masing-masing.

6.1.5 125

AD AB

PENILAIAN
1. Nyatakan maksud tawaduk.

2. Tandakan () bagi perbuatan beradab dan () bagi perbuatan tidak beradab pada
pernyataan di bawah.

Bil. Pernyataan () ()

1. Naim meminta rakan memuji dirinya kerana
selalu berderma.

2. Amran sentiasa mendengar nasihat guru
dan rakan.

3. Rashidah bergaul dengan semua orang
tanpa mengira kedudukan.

4. Nabilah sering berbangga dengan pakaian
berjenama.

3. Sebagai seorang murid, senaraikan tindakan tawaduk yang perlu diamalkan terhadap
rakan dan guru.

Bil. RAKAN GURU

1.

2.

3.

4.

126

AD AB

LAMAN KREATIF
POSTER TAWADUK

Secara berkumpulan, sediakan sebuah poster berkaitan dengan sifat tawaduk dan
pamerkan di dalam kelas anda.

“ Ikutlah resminya padi,
Makin tunduk makin berisi,
Jadilah orang yang berilmu,
Makin berilmu makin merendah diri.”

TAWADUK

Sentiasa bersikap tenang, bersederhana
dan bersungguh-sungguh menjauhi
sikap takbur.

127

AD AB ADAB MENCARI
REZEKI YANG HALAL
unit
2

Baca dan hayati.

MAKSUD MENCARI REZEKI YANG HALAL
Usaha untuk mendapatkan sumber penghidupan

yang menepati kehendak Islam.

DALIL TUNTUTAN MENCARI REZEKI HALAL

‫ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ‬

… ‫ﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ‬

Maksudnya:
Wahai manusia! Makanlah daripada apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik …

(Surah al-Baqarah 2:168)

INFO ILMU

‫أَ ْن‬ ‫ِم ْن‬ ‫َ ُل‬ ‫َخ ْ ٌي‬ ِ‫َظ ْه ِره‬ ‫َ َع‬ ‫ُح ْز َم ًة‬ ‫أَ َح ُد ُك ْم‬ ‫َيْتَ ِط َب‬ ‫َ َل ْن‬ :‫ﷺ‬ َّ ‫ال ِل‬ ‫َقا َل َر ُسو ُل‬ :‫ي َ َعْس ْأَن َلأَ ِأَب َح ُهًد َاريْ َفَر ُي َة ْعقَ ِطا ََيلُه‬
.‫أَ ْو َي ْمنَ َع ُه‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang membawa

seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang

lain sama ada diberi ataupun tidak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

128 6.2.1

6.2.2

AD

AB

Baca dengan telitinya bersama-sama rakan.

Bekerja sebagai
ibadah.

Kerja ialah Bekerja dengan
amanah. bersungguh-sungguh.

CIRI-CIRI
IHSAN

Mematuhi Merendah diri dan
peraturan dan menghormati rakan
arahan majikan.
serta majikan.

INFO ILMU 129

‫َض َرى ِح ََمس ْمال ًلح ُاه‬:‫ا اَقاْق َتَل‬‫ َذأَا َّان ْش َرتَ َُرس ْوىَل َسالْمل ِهًحا إِ َذ‬ِ‫ِر ًحبْا ِ ِإن َذا َعبَبْا ِد َعا َلسل ِْمه ًحا إ‬.‫إِ َََععذابْ ْنًَقدا َ َجضَاسبِ ْىم‬

Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Allah
SWT memberkati seorang hamba yang ketika dia menjual dia
bertolak ansur (mempermudah), ketika dia membeli dia toleransi
dan ketika dia meminta untuk dibayar hutangnya dia bertolak ansur.”

(Riwayat al-Bukhari)

6.2.3

AD AB

Baca dan hayati.

Menghormati CIRI-CIRI PEKERJAAN HALAL
kepentingan Menjauhi
orang lain.
unsur riba, judi
dan penipuan.

Mengelakkan unsur Menepati al-Quran
haram dan keji. dan sunah.

INFO ILMU

Menurut Syed Othman al-Habshi, definisi ihsan terbahagi kepada tiga komponen utama,
iaitu:
• Tingkah laku yang betul, baik, kebajikan, berperikemanusiaan dan belas kasihan.
• Perasaan takut yang timbul dalam diri dan merasakan dirinya sentiasa diperhatikan

oleh Allah SWT sewaktu mendekatkan diri kepada-Nya (muraqabah).
• Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kaedah yang terbaik.

Sumbang saran:
• Contoh pekerjaan halal.
• Ciri-ciri pekerjaan tidak halal.

130 6.2.4

AD

AB

AKTIVITI

KERJA AMAL

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan ditetapkan tempat dan skop tugas.
3. Murid dalam kumpulan bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberikan

secara beradab.
4. Guru memberikan ulasan dan pujian.

Kumpulan 1 Kumpulan 2
Bengkel Surau

Kumpulan 3 Kumpulan 4
Bilik Guru Stor Sukan

Terdapat sebahagian pekerja yang melakukan kesalahan seperti
curi tulang semasa bekerja.
Berikan pandangan anda terhadap situasi tersebut.

6.2.5 131

AD AB

PENILAIAN
1. Nyatakan maksud mencari rezeki yang halal.

2. Tandakan () atau () bagi pernyataan di bawah. () ()
Bil. Pernyataan

1. Ahmad bekerja secara sambil lewa.

2. Razman menyiapkan tugasan mengikut waktu
yang ditetapkan.

3. Zulkifli bekerja di syarikat perjudian.

4. Zain sentiasa mengikut arahan majikan.

3. Senaraikan jenis pekerjaan mengikut kategori di bawah. HARAM
Bil. HALAL

1.

2.

3.

4.

Husni telah mendapat dua tawaran pekerjaan. Sebuah syarikat
minuman keras menawarkan jawatan sebagai eksekutif dengan gaji
yang tinggi. Sebuah syarikat tekstil pula menawarkan jawatan kerani
dengan gaji yang lebih rendah.
Pada pandangan anda, tawaran syarikat manakah yang sepatutnya
diterima oleh Husni?

132

AD

AB

LAMAN NURANI

DOA SOLAT DUHA

Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu ‫اَل ّلٰ ُه َّم ِإ َّن ال ُّض َحا َء ُض َحا ُؤ َك‬
ialah duha-Mu
‫َوا ْ َل َها َء َب َها ُؤ َك‬
Kecantikan itu ialah kecantikan-Mu
Keindahan itu ialah keindahan-Mu ‫َوا ْلَ َما َل َ َجالُ َك‬
‫َوالْ ُق َّو َة قُ َّوتُ َك‬
Kekuatan itu ialah kekuatan-Mu ‫َوالْ ُق ْد َر َة قُ ْد َرتُ َك‬
Kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu ‫َوالْ ِع ْص َم َة ِع ْص َم ُت َك‬
Perlindungan itu ialah perlindungan-Mu ‫اَللّٰ ُه َّم ِإ ْن َك َن ِر ْز ِ ْق ِف ال َّس َما ِء فَأَنْ ِز ْ ُل‬
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, ‫َوإِ ْن َك َن ِف اْل َأ ْر ِض َفأَ ْخ ِر ْج ُه‬
‫َوإِ ْن َك َن ُم ْع ِ ًسا فَيَ ِّ ْس ُه‬
turunkanlah ‫َوإِ ْن َك َن َح َرا ًما َف َط ِّه ْر ُه‬
Jika di bumi, keluarkanlah ‫َوإِ ْن َك َن بَ ِعيْ ًدا َف َق ِّربْ ُه‬
Jika sukar, permudahkanlah

Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu duha-Mu, keindahan-Mu, ‫ِبَ ِّق ُض َحائِ َك َو َب َهائِ َك َو َ َجالِ َك َوقُ َّوتِ َك‬
kecantikan-Mu, kekuatan-Mu, ‫َو ُق ْد َرتِ َك آتِ ِن َما آ َتيْ َت ِعبَا َد َك ال َّصا ِ ِل ْ َي‬

kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepadaku
sebagaimana Engkau limpahkan kepada

hamba-hamba-Mu yang soleh.

133

AD AB

LAMAN KREATIF

BUKU SKRAP

1. Sediakan bahan-bahan 2. Tulis dan gunting 3. Tampal mengikut
buku skrap. kandungan buku skrap. kreativiti.

4. Hiaskan dan sedia untuk dibaca.

134

NOTA ULANG KAJI

DALIL TAWADUK

Unit 1 ‫ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ‬

ADAB ‫ﳆﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏ‬
TAWADUK
‫ﳐﳑﳒﳓﳔﳕﳖﳗﳘﳙ‬
MAKSUD TAWADUK
Rendah diri, tidak angkuh dan patuh ‫ﳚ ﳛﳜﳝﳞﳟﳠ ﳡ‬

kepada perintah Allah SWT. Maksudnya: ‫ﳢﳣﳤ‬

FAKTOR YANG MENDORONG Dan janganlah engkau memalingkan
TAWADUK mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan janganlah engkau
• Bersyukur dengan segala nikmat berjalan di bumi dengan berlagak
kurniaan Allah SWT. sombong, sesungguhnya Allah SWT
tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
• Sentiasa berasa kerdil di sombong takbur, lagi membanggakan
hadapan Allah SWT, pencipta diri. Dan sederhanakanlah langkahmu
dan pentadbir alam ini. semasa berjalan, juga rendahkanlah
suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk
• Sentiasa menyedari bahawa suara ialah suara keldai.
manusia saling memerlukan
antara satu sama lain. (Surah Luqman 31:18–19)

CIRI-CIRI TAWADUK
• Merendah diri dengan kelebihan,

kedudukan dan kejayaan.
• Mesra dan ramah menyantuni

golongan fakir dan miskin.
• Mudah berkawan dan bergaul

dengan orang yang lebih rendah
kedudukan.

135

AB
AD
MAKSUD MENCARI REZEKI DALIL TUNTUTAN MENCARI
Unit 2 YANG HALAL REZEKI HALAL

Usaha untuk mendapatkan ‫ﭷﭐﭸﭐﭹﭐﭺﭐﭻﭐ‬
sumber penghidupan yang
menepati kehendak Islam. ‫ﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼ‬

ADAB …‫ﲽ‬
MENCARI REZEKI
Maksudnya:
YANG HALAL Wahai manusia! Makanlah daripada
apa-apa yang ada di bumi yang halal
lagi baik …

(Surah al-Baqarah 2:168)

CIRI-CIRI IHSAN CIRI-CIRI PEKERJAAN HALAL
• Bekerja sebagai ibadah. • Menghormati kepentingan orang
• Bekerja dengan bersungguh-
lain.
sungguh. • Mengelakkan unsur haram dan
• Merendah diri dan menghormati
keji.
rakan serta majikan. • Menepati ajaran al-Quran dan
• Mematuhi peraturan dan arahan
sunah.
majikan. • Menjauhkan unsur riba, judi dan
• Kerja ialah amanah.
penipuan.

136

GLOSARI

akidah kepercayaan yang kukuh, simpulan yang kukuh.
al-Furqan namalainbagial-Quranyangmembawaertipembezaantarayanghakdengan

yang batil.
cemeti tali yang bertangkai untuk menyebat sesuatu.
curi tulang pemalas, ambil peluang untuk mengelak daipada melakukan kerja.
Habsyah Ethiopia, negara yang terletak di Afrika.
hadissegala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dari segi perkataannya,

perbuatannya dan diamnya (taqrir).
jahil tidakmengetahui(ajaranagamaIslam,sesuatuhaldanlain-lain),bodohataucetek

pengetahuan.
kalimah perkataan.
kiblat arah Kaabah. Titik arah solat bagi orang Islam.
kinayahcontohyangtersembunyipengertianataumaksudnyayangdapatdifahamitanpa

keterangan lain.
mahmudah akhlak baik.
makhraj tempat keluar huruf.
manfaat memberikan faedah.
mazmumah akhlak buruk.
monopoli penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu.
muazin juruazan.
mustajab diangkat dan diterima doa oleh Allah SWT.
salaf golonganumatIslamgenerasiterdahuluyanghidupdalamkurunpertamasehingga

kurun ketiga hijrah, atau sehingga kurun kelima hijrah.
sarih jelas, nyata atau terang (makna).
syubhah kesamaran (kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram).
taʻawuz meminta perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan.
tadarus pembacaan al-Quran secara berkumpulan.
taklik perjanjian (kahwin dan lain-lain) atau pengakuan gugurnya talak dengan janji.
tartil membaca al-Quran dengan jelas dan tidak terburu-buru.
wali orang(bapa,datuk,abang,bapasaudara,sepupulaki-laki)yangbolehmenikahkan

pengantin perempuan.
zalim tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
zuhud yangsolehhidupnyadantidakdikuasaiolehkemewahandankeseronokandunia.

137

RUJUKAN

Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam, 2009. Al-Sirah al-Nabawiyah li Ibni
Hisyam. Selangor: Al-Hidayah Publication.

Al-Imam al-Ghazali, 1983. Ihya’ Ulumiddin. Diterjemah oleh Dr. H. A. Malik Karim
Amrullah. Jakarta. (Teks asal dalam bahasa Arab).

Al-Quran al-Karim dengan Terjemahan, 2014. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Al-SyeikhMuhammadJamaluddinal-Qasimial-Dimasqi,2004.BimbinganMukmin.
Cetakan ketiga. Diterjemah oleh H. Moh Abdai Rathomy. Victoria Agencie.
(Teks asal dalam bahasa Arab).

Dr. Abdar Rahman Rafaat al-Basya, 1992. Suwar Min Hayat al-Sahabah. Jordan:
Dar al-Nafais.

Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan Dr. Ali al-Syarbaji, 2015. Al-Fiqh
al-Manhaji (Kekeluargaan Islam dalam Fiqh al-Syafi‘i). Diterjemah oleh Dr.
ZulkifliMohamadal-Bakri.Selangor:DarulSyakirEnterprise.(Teksasaldalam
bahasa Arab).

Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan Dr. Ali al-Syarbaji, 2015. Al-Fiqh
al-Manhaji (Mualamat dan Kewangan Islam dalam Fiqh al-Syafi‘i). Diterjemah
oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Selangor: Darul Syakir Enterprise. (Teks
asal dalam bahasa Arab).

Dr. Wahbah al-Zuhaili, 1996. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (Ahwal Syakhsiah).
Damsyik: Dar al-Fikr.

Dr. Wahbah al-Zuhaili, 1996. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (Al-Nazariat al-Fiqhiyyah
wa al-‘Uqud). Damsyik: Dar al-Fikr.

Jabatan Agama Islam Selangor.
https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah(dilayaripada21Februari

2020)
K. H. SirajuddinAbbas, 1996. I’tiqad Ahlussunnah Wal-jamaah. Kelantan: Pustaka

Aman Press Sdn. Bhd.
Mohd Aizam bin Mas‘od, 2013. Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di

Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa(dilayaripada23Februari2020).
SyahnazSulaiman,2018.JabatanKemajuanIslamMalaysia.“KonsepPinjaman

Menurut Perspektif Islam”.
http://e-mualamat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/kertas-ilmiah/391-konsep-

pinjaman-menurut-perspektif-islam (dilayari pada 19 Februari 2020).

138




Click to View FlipBook Version