ART DRAWING HTP HOUSE-TREE-PERSON Manual dan Interpretasi Psikologi MOHD RADHI BIN ABU SHAHIM, K.B, P.A PM DR MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP
BORANG SENARAI SEMAK ART DRAWING-HOUSE TREE PERSON (AD-HTP) BENTUK UMUM (B) (B1) Saiz (1) (a) terlalu besar (b) terlalu kecil (c) lelaki lukis gambar perempuan lebih besar (B2) Perincian (1) (a) kurang perincian (b) memperincikan (B3) Bentuk Lakaran (1) (a) mendatar & melintang (b) menegak (c) melengkung (d) terlalu lurus seperti guna pembaris (e) berubah-ubah & beralun-alun (f) teguh & tidak berubah (g) bolak-balik & kabur (h) tidak putus-putus (i) melengkung & tidak seragam (j) panjang (k) pendek & tidak bersambung (l) sangat pendek, bulat-bulat & tidak lengkap (B4) Bayangan (2) (a) digelapkan @ dilorekkan (b) digelapkan pada kawasan-kawasan tertentu (c) bayang-bayang berselerak (B5) Tahap tekanan (3) (a) terlalu kuat (b) lemah atau halus (B6) Kedudukan (3) (a) ditengah-tengah (b) atas (c) bawah (d) tepi @ hujung kertas (e) menghala sebelah kiri (f) menghala sebelah kanan (g) atas sebelah kiri (h) atas sebelah kanan (i) terbalik (j) bertentangan (B7) Dipadam (4) (a) banyak kali dipadam (b) padam bahagian tertentu (c) padam dan lukis dengan lebih baik (B8) Keganjilan (4) (a) herot berot/ ganjil (b) bahagian tertentu tiada @ diherot-berot (B9) Perspektif (5) (a) jarak Jauh-jauh (b) pandangan sisi (c) pandangan atas (Bird’s eye view) (d)pandangan bawah (Worm’s eye view) (B10) Warna (5) (a) Hitam (b) Biru (c) Coklat (d) Hijau (e) Oren (f ) Unggu (h) Merah jambu (i) Merah (j)Kuning (k)Putih (B11) Jantina pertama (6) (a) berlainan (b) sama jantina RUMAH (R) (R1) Saiz (6) (a) terlalu besar (b) terlalu kecil (R2) Serombong asap (6) (a) terlalu besar (b) tiada (c) asap sedikit (d) asap terlalu banyak (e) asap dari kanan ke kiri (f) asap dari kiri ke kanan (g) asap kedua-dua arah (h) ada lubang (i) sisi tepi (R3) Bumbung (7) (a) ada garisan bersilang (b) terlalu besar (c) ada pintu (d) tidak ada (R4) Tingkap (8) (a) tiada (b) banyak (c) ada langsir (d) terlalu kecil (e) lebar (f) bentuk separa bulatan @ bulatan penuh (g) ada bidai atau langsir (h) ukiran bintang (i) kaca berwarna (j) bentuk segitiga (R5) Pintu (8) (a) tiada (b) banyak, besar & terbuka (c) sangat kecil, dikunci & ada penghadang (d) pintu di bilik tidur @ di bilik mandi (e) berganda (f) tiada tombol (g) lubang pada pintu (h) terdapat dinding pada pintu @ tersembunyi (i) pendek & kecil (j) tanda “X” disekeliling pintu (R6) Dinding (9) (a) kukuh dan kuat (b) halus dan nipis (c) mendatar & melintang (d) terlalu menegak (e) rapuh & tak kukuh (R7) Laluan pejalan kaki(10) (a) ada tembok (b) ada (c) terlalu panjang luas, terbuka & sambung dgn rumah (d) ada pagar
BORANG SENARAI SEMAK ART DRAWING-HOUSE TREE PERSON (AD-HTP) (R8) Bidai/langsir (10) (a) tertutup (R9) Bilik (10) (a) bilik mandi (b) bilik tidur (c) ruang makan @ dapur (d) ruang tamu (e) bilik rekreasi (f) bilik kerja (g) tidak terdapat bili (R10) Perspektif (11) (a) ada penghadang, longkang dan saluran air (b) ada tempat pembakaran (c) ada dapur untuk melebur logam (d) ada tandas luar atau sisi rumah lain (e) penekanan pada lukisan tandas (f) jauh dan pandangan dari atas (bird’s eye view) (g) pada sudut pandangan dari bawah (worm’s eye view) (h) kedudukan rumah dekat (i) kedudukan rumah terbalik (j) kedudukan di bawah kertas (j) kedudukan di atas (k) sudut penjuru kertas POKOK (P) (P1) Saiz (12) (a) kecil (b) besar (P2) Kualiti Garisan (12) (a) kuat (b) halus (P3) Lokasi (12) (a) kiri (b) kanan (c) atas (d) bawah (e) pinggir penjuru (f) tengah-tengah (g) menyerong (h) atas bukit (P4) Kulit kayu atau pokok (13) (a) rosak atau rapuh (b) terang dan garang (c) terperinci dan halus (P5) Dahan dan ranting(13) (a) tiada (b) tersusun, seimbang & kukuh (c) simetri (d) rosak, terpotong & mati (e) tidak seimbang @ rosak (f) melentur ke bawah (g) menuju ke atas (h) baru nak tumbuh (i) terlalu kecil (j) terlalu besar (k) bentuk bulatan (l) mendatar @ melintang (m) terpisah-pisah (n) rosak (o) bercabang & ke atas (p) nipis dari batang pokok yang besar (q) dahan besar pokok kecil (r) melengkung ke dalam (s) baru nak tumbuh dari pokok mati (t) berayun/ada buaian (u) ada rumah (v) ada daun pada dahan (w) tajam & runcing (x) ada anak pokok (y) arah dituju (P6) Batang pokok (15) (a) besar dan kukuh (b) kecil dan kurus (c) digelapkan (d) lemah & tak bermaya (e) berparut & berlubang (f) kecil & nipis (g) ditiup angin (h) garis-garis kabur & kurang jelas (i) semakin kecil di atas (i) semakin besar di atas (j) ada dahan di bawah batang (k) ada dahan kecil atas batang (l) tiada (P7) Buah (16) (a) ada (b) gugur (P8) Daun (16) (a) besar (b) tajam (c) tapak tangan (d) berguguran (P9) Akar (16) (a) tidak bermaya (b) tajam (c) menuju penjuru (d) penekanan (P10) Perspektif (17) (a) ada binatang (b) lubang kunci (c) pokok kelapa (d) pokok epal ORANG (O) (O1) Bahagian Kepala(17) (a) telalu besar (b) terlalu kecil (c) pandang belakang (d) kepala sahaja (O2) Rambut atau bulu(18) (a) penekanan rambut @ bulu dibahagian muka, kepala, dada & janggut (b) gaya & menawan (c) botak (d) ada ‘Side-Burn’ (e) tidak kemas (f) digelapkan (g) pakai topi @ penutup kepala (O3) Raut wajah (18) (a) muka kosong (b) samar-samar & kabur
BORANG SENARAI SEMAK ART DRAWING-HOUSE TREE PERSON (AD-HTP) (c) berlebihan (d) benjolan pada dahi (e) senyum (O4)Mata (19) (a) terlalu besar (b) kecil dan tertutup (c) ruang anak mata dengan anak mata kecil (d) anak mata berada ditengah-tengah (e) tiada anak mata (f) juling (g) digelapkan (h) tiada (i) satu mata (j) ada kelopak (k) titik sahaja (O5) Bulu kening / mata(20) (a) tersusun rapi (b) lebat & tidak tersusun (c) terangkat (d) berkerut (e) condong ke hidung (f) ada bulu mata (O6) Hidung (21) (a) luar biasa besar (b) terlalu kecil (c) tiada (d) orang dewasa lukis gambar hidung bulat @ segitiga (e) tajam (f) ada lubang (g) kabur @ digelapkan (h) dekat dengan mulut (O7) Mulut (21) (a) besar & terbuka (b) tiada & terlalu kecil (c) bentuk bibir (d) garisan lurus (e) (slash line) (f) tunjuk gigi (g) badut tersenyum (h) ada sesuatu pada mulut (i) jelir lidah (O8) Telinga (22) (a) terlalu besar (b) tiada (c) herot-berot (d) seperti keldai (e) digelapkan (f) pakai subang (O9) Dagu (23) (a) tidak normal @ menonjol (O10) Misai dan janggut(23) (a) ada misai dan janggut (O11) Leher atau tengkuk(23) (a) ada halkum (b) terlalu panjang (c) terlalu pendek & kecil (d) tiada (e) ada hiasan (f) pendek dan lebar (g) garisan lurus (h) terpisah dengan badan (i) terpisah dengan kepala (j) tiada garisan leher (O12) Bahu & buah dada(24) (a) besar & lebar (b) terlalu kecil (c) segi empat sama (d) imej lelaki sasa (e) buah dada yang luar biasa besar (f) tiada (g) mengendur (h) tak sama bentuk (O13) Bentuk badan (25) (a) pecah-pecah & terasing (b) segiempat (c) bulat (d) terlalu besar (e) terlalu kecil (f) angular figures (g) tiada (h) langsing (i) terlalu panjang (j) terlalu pendek (k) terlalu lebar (O14) Tangan (26) (a) satu lengan (b) salah satu disembunyikan (c) rapat disisi (d) longlai di sisi (e) bercekak pinggang (f) menghala ke belakang (g) berpeluk tubuh (h) panjang dan kuat (i) pendek, kecil & tidak bermaya (j) bersilang dan berotot (k) tiada (l) tiada pada jantina yang berlawanan (m) terentang (n) besar dan lebar (o) kecil (p) kabur dan tidak jelas (q) membonjol (r) menyeluk saku (s) pegang senapang (t) digelapkan (u) gigit kuku (v) bersilang ke depan (w) depan badan (x) bentuk ganjil (y) tutup kemaluan (O15) Tapak tangan dan jari (28) (a) tiada (b) satu tangan sahaja (c) sembunyi/seluk saku (d) terlalu besar (e) terlalu kecil (f) bulat (g) mencengkam seperti penumbuk (h) ibu jari yang tertonjol keluar (i) besar tanpa tangan (j) panjang-panjang (k) tajam & tirus (l) digelapkan (m) lebih lima jari (n) memegang objek (o) ganjil (O16) Pinggang (29) (a) tiada (b) kabur dan rapuh.
BORANG SENARAI SEMAK ART DRAWING-HOUSE TREE PERSON (AD-HTP) (c) ketat, tegang seperti memakai bengkung (d) betis @ pinggul yang besar (e) garisan tebal (f) garisan halus (017) Pinggul (30) (a) perincian (b) terdedah (O18) Kaki (30) (a) terlalu panjang (b) terlalu pendek (c) tiada kaki @ bahagian pinggang (d) bersilang (e) rapat (f) kangkang (g) bawah kertas (O19) Tapak dan jari kaki(31) (a) tiada (b) satu sahaja (c) terlalu lebar (d) terlalu kecil (e) tidak ada kaki @ tengah duduk (f) berotot dan besar (g) bersilang (h) perincian (i) disembunyikan (j) berdiri di atas hujung jari kaki (k) arah bertentangan (l) sentuh bawah halaman kertas (m) berkuku panjang (n) bentuk V (o) terdedah (p) tertutup (O20) Kemaluan (32) (a) perincian (O21) Kelangkang (32) (a) perincian (b) tiada (O22)Kriteria pakaian(32) (a) tidak berpakaian (b) terlalu tebal & besar (c) jalur mendatar (d) penekanan pada butang baju (e) ada poket dan kocek (f) kasut terlalu besar (g) kasut yang bercorak @ bertali (h) pakai kasut but tinggi (i) seluar lutsinar (j) seluar beterbangan (k) tali leher (l) tali leher kecil & tak menentu (m) tali leher panjang & menarik (n) tali leher dan ada sapu tangan di baju (o) pakai tali pinggang (O23) Perspektif (34) (a) jantina tidak jelas (b) kedudukan tak sekata (c) kedudukan serong, bersandar & terapungapung (d) kedudukan statik (e) sedang buat sesuatu (f) berputar (g) duduk (h) pergerakan ganas (O24) Jenis lukisan orang(35) (a) orang lidi (b) orang salji (c) gambar askar, pelaut dan sebagainya (d) melukis orang dengan menampakan organ dalaman KINETIK (K) – (35) (1) Pokok dilukis pertama (2) Rumah dilukis pertama (3) Orang dilukis pertama (4) Terdapat binatang di pokok (5) Terdapat burung atas pokok (6) Terdapat buah pada pokok dan buah kelihatan gugur (7) Terdapat orang di atas dahan pokok (8) Terdapat orang sedang berayun seperti buaian di dahan pokok (9) Pokok kelihatan bertiup condong ke arah rumah (10) Dahan-dahan dan pepohon daunan kelihatan menutupi rumah (11) Dahan-dahan dan pepohon daunan kelihatan menjauhi rumah (12) Dahan-dahan dan pepahon daunan kelihatan ke arah luar menuju sesuatu atau seseorang (13) Terdapat rumah di dahan pokok (14) Ada anak pokok atau bunga berhampiran dengan rumah (15) Kedudukan pokok diatas bukit (16) Pokok tumbuh atas rumah (17) Kelihatan orang sedang duduk di atas bumbung rumah (18) Kelihatan orang sedang berlindung di dalam rumah (19) Keadaan orang sedang memandang ke arah rumah atau sesuatu (20) Dipasangkan (dua atau lebih bentuk gambar seperti rumah, pokok dan orang) (21) Dipasangkan tiga bentuk gambar rumah, pokok dan orang rapatrapat atau dilukis sekali (22) Pandangan lukisan dari jarak jauh atau pandangan mata burung (23) Pemisahan & pembahagian pada gambaran lukisan (24) Membuat sisi atau garisan sempadan (25) Melukis seolah-olah gambar ditutupi atau membina dinding seperti orang sedang bermain tali skipping (26) Penambahan dan pembesaran lukisan
BORANG SENARAI SEMAK ART DRAWING-HOUSE TREE PERSON (AD-HTP) gambar bahagian atas lukisan (27) Penambahan dan pembesaran lukisan gambar bahagian bawah lukisan (28) Menutupi atau membina garisan bersilang pada bahagaian bawah lukisan (29) Melakar garisan sepanjang bahagian atas yang memperlihatkan awan & petir (30) Membuat garisan di bahagian bawah kertas (31) Membuat garisan bawah pada elemen gambar sama ada rumah, pokok dan orang. (32) Gambaran perasaan pada lukisan orang (33) Subjek atau objek yang berada pada kedudukan tengah lukisan. (34) Membawa watak diri sendiri dalam lukisan seperti polis, bomba atau pahlawan. (35) Objek atau subjek yang dilukis pada sudut atau sisi sempadan halaman kertas. (36) Objek atau subjek yang berada dibelakang lukisan atau dilukis di bahagian belakang kertas (37) Ada perkataaan pada lukisan (38) Lukisan abstrak (39) Perbandingan lukisan yang penuh dan kosong (40) Keadaan objek atau subjek dilukis secara berulang-ulang (41) Lukisan pada objek atau subjek yang kelihatan berputar (42) Subjek tertentu yang diangkat dalam gambar (43) Penambahan kepanjangan dan pembesaran sesuatu pada objek dalam lukisan SIMBOL-SIMBOL (S) – (40) (1) Angin (2) Antena atau Astro (3) Awan (4) Badut (5) Basikal (6) Bola (7) Bayang-bayang (8) Belon (9) Benda-benda bercahaya (10) Bertemakan air (11) Berus cat (12) Bintang (13) Bulan (14) Bulatan (15) Bunga (16) Burung (17) Butang (18) Dapur (19) Daun (20) Drum / Gendang (21) Bahan buangan & sampah (22) Gunung (23) Hujan (24) Jalan raya yang lurus (25) Katil (26) Kayu balak (27) Kereta api (28) Kucing (29) Kuda (30) Lampu (31) Layang-layang (32) Matahari (33) Mesin potong rumput (sesuatu seperti kapak dan benda-benda tajam) (34) Motosikal (35) Nombor atau bilangan sesuatu objek yang dilukis (36) Objek yang berbahaya (pisau, tukul, senapang dsb) (37) Papan tanda ‘berhenti’ (38) Palung (cribs) (39) Penyapu (40) Penyedut hampagas (vacum) (41) Pakaian renang (42) Pelangi (43) Peti ais (44) Rama-rama (45) Salji (46) Sawah padi (47) Selipar atau kasut yang tersusun (48) Sindrom lakaran ‘X’ (49) Simbol A (50) Tangga (51) Tenaga elektrik (52) Ular (53) Vacum
1 BENTUK UMUM (B) (B1) Saiz a. Terlalu besar - Kecenderungan untuk menjadi agresif atau ganas. - Suka untuk menojolkan diri, banyak berceloteh dan terlalu ramah. - Kemungkinan seorang yang sensitif , terlalu aktif dan emosi yang tidak stabil. - Berkeyakinan dan mempunyai harga diri yang tinggi. b. Terlalu kecil - Perasaan rendah diri dan kurang keyakinan. - Pemalu dan tidak gemar bersosial. - Rasa tidak selamat dan terancam. - Cenderung untuk menghadapi kemurungan. - Kurang semangat dan pesimistik. - Bersifat kebudak-budakan dan tidak matang. c. lelaki melukis gambar perempuan lebih besar dari lelaki - Individu dipengaruhi atau didominasi oleh watak ibu. - Kemungkinan menghadapi krisis identiti atau peranan jantina. (B2) Perincian a. Kurang perincian - Kurang semangat atau tenaga bertindak. - Berkaitan dengan personaliti suka mengasingkan diri dan tidak suka bergaul. - Berkemungkinan bosan dengan tugasan yang diberi. b. Memperincikan - Berkaitan dengan sifat seorang yang sangat teliti dan cerewet. - Seorang yang sangat berhati-hati dalam bertindak. - Mempunyai jiwa yang halus dan berseni. - Berkemungkinan mengalami penyakit obsesi-kompulsif. (B3) Bentuk Lakaran a. Mendatar dan melintang - Berkaitan dengan sifat lemah, ketakutan. - Berkecenderungan suka mempertahan diri apabila melakukan kesalahan. - Bersifat kewanitaan. b. Menegak - Berkaitan dengan sifat tegas, kuat keazaman. - Kemungkinan seorang yang sangat aktif. c. Melengkung - Menunjukkan seorang yang berpersonaliti sihat dan luwes (fleksible) dengan keadaan.
2 d. Terlalu lurus seperti menggunakan pembaris - Menunjukkan seorang yang bersonaliti tegas, rigid. - Cenderung untuk bersikap agresif. e. Berubah-ubah dan beralun-alun - Berkaitan dengan perasaan yang tidak stabil dan rasa tidak selamat. f. Teguh dan tidak berubah - Menunjukkan sikap yang tidak mudah berputus asa dan mempunyai impian yang tinggi. g. Berbolak-balik dan kabur - Perasaan yang tidak stabil, berbelah bahagi, dan rasa terancam. h. Tidak putus-putus - Menunjukkan individu seorang yang tegas. i. Melengkung dan Tidak seragam - Menunjukkan individu yang pasif dan kadang-kadang lembap. - Kemungkinan seorang yang sangat emosi dan suka bergantung pada orang lain. - Sikap yang mudah menyerah kalah. - Mempunyai sikap kelembutan. j. Panjang - Berkaitan dengan tingkah laku yang suka mengawal dan tidak suka sesuatu yang baru dalam hidup. k. Pendek dan tidak bersambung - Menunjukkan individu suka bertindak melulu dan tidak sesuai dengan keadaan (berlebihlebihan dan melampaui batas). - Individu mudah teransang. l. Sangat pendek, bulat-bulat dan tidak lengkap - Berkaitan dengan individu yang mengalami kebimbangan, kemurungan, mudah takut dan pemalu. (B4) Bayangan a. Terlalu digelapkan atau dilorekkan - Menunjukkan individu mengalami kebimbangan, konflik, kemurungan dan sedang terganggu fikirannya. b. Jika digelapkan pada kawasan-kawasan tertentu pada lukisan - Menggambarkan bahawa kawasan tersebut terdapat konflik atau kebimbangan. c. Bayang-bayang nampak berselerak dan tidak seragam - Terdapat konflik dan kebimbangan yang menganggu penyesuaian diri individu dalam kehidupan seharian.
3 (B5) Tahap tekanan a. Terlalu kuat - Berkecenderungan berperwatakan agresif dan bertindak ganas Individu yang sangat tertekan. - Keadaan kesihatan: kemungkinan menghadapi radang otak atau sawan (epilepsy). - Individu yang tegas, bersemangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. b. Lemah atau halus - Menunjukkan individu sukar untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan yang baru. - Seorang yang pemalu, pasif , rasa tidak selamat dan terancam. - Kurang semangat dan berkeadaan murung. (B6) Kedudukan a. Ditengah-tengah - Lukisan yang normal dan rasa selamat (hamper sama untuk semua peringkat umur). - Semua berkumpul ditengah-tengah menunjukkan rasa tidak selamat atau selesa, rigid terutama dalam perhunungan. b. Atas - Menunjukkan individu mempunyai keazaman yang tinggi dan optimis untuk mencapai matlamat hidup. - Kadang-kadang bersikap acuh tak acuh dan tidak mudah untuk didekati. - Berorientasi pencapaian. - Suka menyendiri. - Idealistik dan cuba lari dari realiti. c. Bawah - Menunjukkan rasa tidak selamat dan cekap. - Berkecenderungan untuk menjadi murung dan mudah berputus asa. - Suka bergantung dengan orang lain. - Inginkan sokongan. - Rasa tertindas untuk kekalkan integriti diri. d. Tepi @ Hujung - Individu memerlukan perlindungan dan sokongan kerana rasa diri terancam. - Berkaitan dengan sikap suka bergantung dengan orang lain. - Kemungkinan individu tidak suka kepada perkara-perkara baru dalam hidupnya. e. Menghala sebelah kiri - Berkaitan dengan sikap yang tidak matang dan suka bertindak melulu dan tidak sesuai. - Individu yang jujur dan sedikit beremosi. - Mudah bimbang. - Berpersonaliti ekstrovert. - Berpusat kendiri. - Terdapat lekatan masa lalu dan takut menghadapi masa hadapan.
4 f. Menghala sebelah kanan - Menunjukkan individu mempunyai perwatakan yang stabil dan boleh mengawal tingkah laku. - Menunjukkan kesedaran untuk mencapai kesempurnaan dalam diri dan kehidupan. - Berfikiran waras. - Berpersonaliti introvert. - Lebih mementingkan masa hadapan dan persekitran. - Ingin fikir masa depan untuk elak masa lalu. g. Atas sebelah kiri - Berkaitan dengan sikap tidak matang. - Mudah rasa ragu-ragu atau was-was. - Rasa terancam dan tidak konsisten dalam tindakan. h. Atas sebelah kanan - Menunjukkan individu ingin melupakan kenangan lalu yang tidak seronok. - Seorang yang sangat optimis tentang masa hadapan. i. Terbalik - Kecenderungan negatif dan agresif. j. Bertentangan - Dorongan permusuhan yang dipendam atau ditukar kepada yang boleh diterima. (B7) Dipadam a. Banyak kali padam - Berkaitan dengan sikap tidak pasti, ragu-ragu dan gelisah. - Individu mungkin menghadapi konflik, kebimbangan dan rasa tidak puas hati terhadap dirisendiri. b. Padam dibahagian-bahagian tertentu - Terdapat konflik dibahagian tersebut. c. Sekiranya padam dan lukis dengan lebih baik - Tidak menunjukkan adanya sebarang masalah. (B8) Keganjilan a. Herot-berot dan ganjil - Menunjukkan individu mempunyai konsep kendiri yang negatif. - Mengalami masalah mental. b. Bahagian-bahagian tertentu yang tidak dilukis atau diherot-berotkan. - Menunjukkan petanda terdapat konflik dan kebimbangan pada bahagian tersebut. - Petanda terdapat masalah psikologi pada individu. - Cenderung untuk pengabaian pada diri dan tidak saying pada diri.
5 (B9) Perspektif a. Jarak Jauh-jauh - Keinginan untuk menarik diri dari sosial. - Rasa disisihkan atau ditolak. b. Pandangan sisi - Mengelak dan enggan untuk berkomunikasi dengan orang lain. - Cuba elak dan lari dari tanggungjawab. - Kesukaran dalam perhubungan peribadi. c. Pandangan atas (Bird’s eye view) - Orang yang suka memikirkan perkara yang hebat-hebat . - Berkecenderungan bersifat membangga diri. - Wujud kemurungan dalam diri. d. Pandangan bawah (Worm’s eye view) - Rasa terpinggir dan tidak gembira. - Kecenderungan untuk mengasingkan diri. - Kurang untuk bersosial. (B10) Warna a. Hitam - Mengambarkan konotasi yang negatif. - Kebimbangan, kemurungan, rasa kekosongan dan ketakutan. b. Biru - Gambaran kepada awan dan laut. - Inginkan ketenangan dan keamanan. - Mudah terasa hati (sensitif). - Perlu lebih kawal emosi. c. Coklat - Berkaitan dengan unsur tanah dan bumi. - Memerlukan kestabilan dan keselamatan. - Kadang-kadang tindakan kurang matang. d. Hijau - Konotasi kepada keindahan tumbuh-tumbuhan yang menghijau sebagai tanda kesuburan dan kehidupan. - Keinginan untuk memulakan hidup baru. - Memerlukan kestabilan dan keselamatan. e. Oren / Jingga - Gabungan warna kuning dan merah. - Mengambarkan sikap yang keliru dan berbelah bahagi. f. Unggu - Gabungan warna biru dan merah. - Warna diraja. - Keinginan untuk lebih berasa dihargai, sokongan dan kuasa.
6 g. Merah Jambu (pink) - Warna merah dan putih atau merah yang dipudarkan. - Keinginan untuk kelihatan lebih tenang. - Keinginan untuk nampak lebih sihat, menawan dan boleh kawal perasaan. h. Merah - Mengambarkan seorang yang sangat bersemangat, beremosi dan keghairahan. - Konotasi erotic dan keghairahan seks. i. Kuning - Biasanya warna pada matahari. - Keinginan untuk membebaskan diri dari bebanan dan menuju kebahagiaan. - Sikap mudah curiga dan bermusuhan. - Dari sudut budaya melambangkan kedaulatan dan keagamaan. j. Putih - Menunjukkan adanya perasaan terpendam. - Sikap anti-sosial dan bermusuhan. (B11) Jantina pertama yang dilukis a. Melukis gambar pertama adalah jantina yang berlainan dengan jantina individu - Menunjukkan individu seorang homoseksual dan mengalami keliru identiti dan peranan jantina. RUMAH (R) (R1) Saiz a. Terlalu besar - Menunjukkan keadaan rumah yang terlalu mengongkong. b. Terlalu kecil - Berkaitan dengan perasaan yang menolak dan menyingkirkan kehidupan rumah atau keluarga. (R2) Serombong asap Melambangkan tahap kemesraan, kuasa, kelakian dan kewanitaan a. Terlalu besar - Terlalu mengambil berat tentang kemesraan psikologi di rumah. - Mengambil berat tentang sifat-sifat kelakian (maskulin). - Terlalu memikirkan dan mengambil berat tentang kuasa dan aktiviti kreativiti. - Kecenderungan untuk menonjolkan diri - Exhibitionistic
7 b. Tiada serombong asap - Kemungkinan keadaan diri dan rumah pasif dan kurang kemesraan. - Tetapi tertakluk kepada budaya dan geografi individu. - Ketakutan dikasi (lelaki). c. Asap sedikit - Ada kemesraan dalam hubungan keluarga. - Kurang rasa kemesraan d. Asap terlalu banyak - Berkaitan dengan emosi yang tertekan. - kemarahan yang dipendam - Ada konflik. e. Asap dari kanan ke kiri - Kecewa dengan masa hadapan. f. Asap dari kiri ke kanan - Sedikit bimbang untuk berhadapan dengan realiti. g. Asap kedua-dua arah - Ada masalah mental yang serius. h. Ada lubang - Keliru peranan sesks. - Kebimbangan mati pucuk. - Ketakutan di kasi. i. Sisi tepi - Ada masalah mental (R3) Bumbung Daya imaginasi dan kreativiti a. Ada garisan bersilang - Wujud perasaan bersalah. - Tidak dapat mengawal fantasi. - Terlalu suka berangan-angan. b. Terlalu besar - Suka mengelamun dan berfantasi. - Cuba mengawal emosi. - Berpersonaliti introvert. c. Ada pintu - Cenderung melihat dunia persekitarannya dalam alam fantasi. d. Tiada bumbung - Rasa tersepit atau melalui kesempitan hidup. - Sikap terlalu rigi.
8 (R4) Tingkap a. Tiada - Suka mengasingkan diri dan berpersonaliti paranoid. b. Banyak - Sikap yang terbuka. - Mudah didampingi dan suka bergaul. c. Ada langsir - Mementingkan kecantikan dalam rumah. - Agak tidak selesa didampingi dan bergaul rapat dengan orang dan persekitarannya. - Enggan menonjolkan emosi yang sebenar. - Jika tertutup - dalam keadaan murung dan inginkan keriangan di luar rumah. d. Terlalu kecil - Berkaitan dengan sikap individu yang pemalu. - Secara psikologinya, individu tidak mudah untuk didampingi dan bergaul mesra. j. Lebar - Menunjukkan individu ingin jadi lebih terbuka. k. Bentuk separa bulatan atau bulatan penuh - Berkaitan dengan sikap yang lemah lembut dan bersifat kewanitaan. l. Terdapat ukiran bintang pada tingkap - Simbol kewanitaan m. Terdapat kaca berwarna - Berkaitan dengan individu yang sukakan keindahan dan kecantikan. n. Bentuk segitiga - Terlalu memikirkan tentang simbol seks wanita (R5) Pintu Simbol kepada perhubungan dengan dunia luar a. Tiada pintu - Tidak mudah untuk didampingi. b. Terlalu banyak, besar dan terbuka - Suka didampingi dan bersikap terbuka dengan dunia luar. - Cenderung untuk bergantung pada orang lain. - Keinginan untuk membina hubungan sosial. - Inginkan perhatian daripada orang sekitar. c. Terlalu kecil, dikunci dan ada penghadang - Enggan untuk di dampingi. - Bersikap mudah meragui orang lain. - Sangat pemalu dan tidak suka bersosial.
9 d. Ada pintu di bilik tidur atau di bilik mandi - Menunjukkan individu seorang yang suka diberi perhatian dan menonjolkan diri. e. Pintu beganda atau berpasangan - Kekerapan lukisan oleh orang dewasa yang inginkan pasangan dan teman hidup. f. Pintu tiada tombol - Tidak ingin dirinya diganggu dan suka bersendirian (privacy). g. Tedapat lubang pada pintu - Individu seorang yang sangat berhati-hati dan mudah berasa curiga dengan orang lain dan persekitarannya. h. Terdapat dinding pada pintu atau kelihatan tersembunyi - Sangat berhati-hati dalam memilih kawan dan mungkin mereka akan menguji dahulu baru timbul kepercayaan. i. Pendek dan kecil - Sikap yang berpura-pura dalam menerima orang lain. j. Ada tanda “X” disekeliling pintu - Perasaan yang berbelah bahagi, terutama perempuan yang mempunayai perasaan yang berbelah bahagi dengan aktiviti seks. k. Ada pintu di bahagian sisi - Mudah berputus asa. - Cuba lari dari perhubungan dalam rumah. - Keinginan untuk melarikan diri atau mengelak hubungan social. - Ada perhubungan peribadi yang lari dari kefitrahan dan norma sosial. (R6) Dinding Berkaitan dengan ego dan jati diri seseorang a. Kukuh dan kuat - Menunjukkan individu seorang yang sihat dan tegap. b. Halus dan nipis - Individu berpersonaliti lemah dan mudah dipengaruhi oleh orang lain. c. Mendatar dan melintang - Seorang yang praktikal dan realistik - Memerlukan untuk kesempurnaan d. Terlalu menegak - Berkaitan dengan hidup individu yang penuh dengan fantasi dan impian. e. Rapuh dan tidak kukuh - Menunjukkan personaliti yang tidak kukuh dan mudah rapuh.
10 (R7) Laluan pejalan kaki Simbol keterbukaan terhadap dunia luar a. Ada tembok disepanjang laluan pejalan kaki - Bersikap curiga untuk didampingi oleh orang lain. b. Ada laluan pejalan kaki - Mengalu-alukan kehadiran orang luar. c. Terlalu panjang - Sukar menerima kehadiran orang luar tetapi lama-kelamaan boleh menerima. - Kadang-kadang bersikap acuh tak acuh dengan perhubungan. d. Luas, terbuka dan menyambung dengan rumah - Menunjukkan individu mudah didekati, terbuka dan suka berterus terang. e. Ada pagar - Suka mempertahankan diri. - Wujud perasaan terancam dan tidak selamat. - Berkeinginan untuk menyendiri dan tidak suka diganggu. - Melindungi diri dari persekitaran yang kurang menyenangkan dan terancam. - Inginkan perlindungan dari ancaman persekitaran luar. (R8) Bidai atau langsir a. Tertutup - Tidak suka bergaul - Suka mengasingkan diri. (R9) Bilik * Umumnya terdapat unsur positif dan negatif dengan bilik-bilik tertentu. a. Bilik mandi - Personaliti kedekut dan lokek. - Mudah marah atau panas baran. - Suka kepada peraturan dan displin. - Sangat pembersih. b. Bilik tidur - Keadaan yang muram dan sunyi. - Teringat pada perhubungan seksual. - Tempat orang yang mengalami sakit. c. Ruang makan atau dapur - Suka makan. - Inginkan belaian dan kasih sayang. d. Ruang tamu - Menunjukkan tempat untuk bergaul dan bersosial.
11 e. Bilik Rekreasi - Tempat untuk bermain. f. Bilik kerja - Seseorang yang kuat bekerja. g. Tidak terdapat bilik - Menunjukkan perasaan yang tidak enak dan wujud permusuhan. (R10) Perspektif a. Ada longkang dan saluran air - Menunjukkan individu suka mempertahankan diri (Defensive). - Individu banyak kecurigaan dan berprasangka. b. Ada tempat pembakaran - Cuba menafikan realiti. - Simbol kemesraan. c. Ada dapur untuk melebur logam - Inginkan kemesraan. - Ada sifat permusuhan dalam rumah. d. Ada tandas luar atau sisi rumah lain - Tidak selesa dalam rumah. - Ada rasa pemberontakan dalam rumah. e. Penekanan pada lukisan tandas - Runsing dengan penyakit kencing dan buang air besar. f. Jauh dan pandangan dari atas (bird’s eye view) - Rasa penolakan atau ditolak oleh seseaorang di rumah. - Wujud perasaan kemurungan. - Sikap menentang amalan tradisi dan kuno yang diamalkan di rumah. g. Pada sudut pandangan dari bawah (worm’s eye view) - Perasaan ditolak atau diabaikan. h. Kedudukan rumah dekat. - Rasa kemesraan dan disambut. i. Kedudukan rumah terbalik. - Mengawal perasaan untuk memberontok. j. Kedudukan di bawah kertas - Inginkan keselamatan dan keselamatan. k. Kedudukan di atas - Cuba lari dari realiti yang huru-hara. l. Sudut penjuru kertas - Inginkan keselamatan.
12 POKOK (P) (P1) Saiz a. Kecil - Seorang yang berjimat cermat dan berhati-hati dengan wang dan masa. b. Besar - Seorang yang bermurah hati dan cenderung untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada yang anda mampu. (P2) Kualiti Garisan a. Kuat - Menunjukkan seorang yang agresif, positif, orang yang ingin jaminan dalam hidup. b. Halus - Menunjukkan seorang yang lemah lembut dan cenderung menjadi seorang yang pemalu. (P3) Lokasi a. Kiri - Cenderung bertingkah laku yang tidak bersesuaian dan tidak boleh kawal diri. - Sedang mencari kepuasan dari segi emosi. - Bimbang pada diri dan masa lampau. b. Kanan - Emosi yang stabil dan boleh mengawal diri. - Bimbang dengan masa hadapan. - Berfikiran waras dan rasional, serta bijak berfikir. c. Atas - Berusaha mencapai matlamat. - Kadang-kadang individu rasa tertekan. - Keinginan untuk menuju kebebasan dan berdikari d. Bawah - Seorang yang pemalu, rasa terancam dan menghadapi kemurungan. - Seorang yang praktikal dan boleh dipercayai. e. Pinggir penjuru - Menunjukkan individu menghadapi kemurungan. f. Tengah-tengah - Seorang yang rapi dan baik dalam perancangan. g. Menyerong - Berfikiran luas dan terbuka dengan idea-idea baru. h. Atas bukit - Suka bergantung terutama pada ibunya. - Berharap dapat menuju ke puncak kejayaan jika lukisan pokok besar dan kukuh.
13 (P4) Kulit kayu atau pokok a. Rosak atau rapuh - Rasa terhimpit dan kemungkinan ada sejarah yang menimbulkan perasaan marah yang meluap-luap. b. Terang dan garang - Wujud kebimbangan dalam diri. c. Terperinci dan halus - Berkaitan dengan personaliti ragu-ragu (kompulsif), terlalu berhati-hati dan rigid. (P5) Dahan dan ranting Tenaga untuk mencapai impian a. Tiada dahan - Mengalami impian yang tersekat - Kemurungan dan menjauhkan diri dari interaksi sosial. b. Tersususn, seimbang dan kukuh - Seorang yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. - Wujudnya perkembangan diri yang positif. c. Bentuk simetri (sama semua sisi) - Sikap yang terlalu berhati-hati yang perlu dikawal. d. Rosak, terpotong dan mati - Rasa kekosongan dan kehilangan. - Ada perasaan dan pengalaman trauma. e. Tidak seimbang atau rosak - Kuarang bersistematik dan tersusun. f. Melentur ke bawah - Terlalu memikirkan pengalaman lalu atau kekecewaan pada masa lampau. - Kurang bersemangat meneruskan hidup. g. Menuju ke atas - Mempunyai keazaman dan impian yang tinggi. - Mencari peluang-peluang untuk memperkembangkan hidup. h. Dahan yang baru nak tumbuh - Wujud semangat baru untuk meneruskan hidup yang lebih baik. - Wujud kepercayaan dan keyakinan dalam hidup. i. Terlalu kecil - Pasif dan kurang keyakinan. j. Terlalu besar - Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kepuasan dalam hidup.
14 k. Bentuk bulatan - Buntu dan tidak tahu arah matlamat hidup yang ingin dituju. l. Mendatar atau melintang - Ingin mencari tempat bergantung dan perlindungan untuk meneruskan kehidupan dan terus subur. m. Terpisah-pisah - Menemui jalan buntu untuk mencari penyelesaian dalam kehidupannya. - Kemungkinan juga terlalu banyak pilihan tetapi buntu memilih laluan yang terbaik. n. Kelihatan rosak - Rasa kekecewaan dan putus asa dalam mencari matlamat dan makna hidup. o. Bercabang dan menuju ke atas - Individu yang mempunyai perancangan hidup yang jelas dan dapat mencapai impiannya. p. Nipis dari batang pokok yang besar - Tidak berkeupayaan mendapat kepuasan dalam hidup. q. Bercabang –cabang - Keinginan yang kuat untuk mencari kepuasan hidup dalam persekitarannya. - Bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam hidup. r. Dahan besar pada pokok yang kecil - Berusaha gigih untuk mencapai impian. s. Melengkung kedalam - Mementingkan diri sendiri. - Berkecenderungan Obsesif-Compulsif. t. Dahan yang baru tumbuh dari batang yang reput atau mati. - Keinginan untuk bangkit kembali. u. Kelihatan seseorang berayun (buaian) di dahan pokok - Menunjukkan individu dalam keadaan rungsing dan tertekan kerana memberi lebih perhatian kepada seseorang dan sesuatu perkara dalam kehidupannya. v. Terdapat rumah di dahan pokok - Berkaitan dengan sesorang yang ingin mencari perlindungan dari persekitaran yang bahaya dan berasa terancam dengan dunia luar. w. Terdapat daun pada dahan - Meggambarkan sikap kebergantungan dan ingin dipelihara, dilindungi dan dijaga. x. Berbentuk tajam-tajam seperti jari runcing - Suka bermusuhan dan agresif. y. Melukis anak pokok pada dahan - Menunjukkan sikap tidak matang dan agresif.
15 z. Arah yang dituju - Menghala ke kanan : mencari kepuasan emosi dan sangat beremosi - Menghala ke kiri : mencari kepuasan intelektual dan suka pendam emosi. (P6) Batang pokok Melambangkan konsep dan harga diri seseorang a. Besar dan kukuh - Mempunyai semangat, tenaga dan keghairahan yang tinggi. - Mempunyai kekuatan dan boleh berhadapan dengan cabaran. b. Kecil dan kurus - Menunjukkan konsep, dan keyakinan diri rendah. c. Digelapkan - Kebimbangan hidup yang merebak dalam fikiran. d. Lemah dan tidak bermaya - Bersikap pasif dan kurang bersemangat. e. Berparut dan berlubang - Adanya pengalaman trauma dalam hidup. f. Terlalu kecil - Rasa tidak selamat, terancam dan tidak menentu. g. Bagai ditiup angin - Menghadapi tekanan dalam hidup. h. Garis-garis yang kabur dan kurang jelas - Mengalami krisis identiti. - Mengalami emosi yang tidak stabil. i. Semakin kecil di atas - Pemikiran buntu, rasa terhimpit, kemurungan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. j. Semakin besar di atas - Kehidupan yang mula ceria dan bahagia setelah mencapai usia tua dan berumur. k. Ada dahan di bawah batang - Berpersonaliti tidak matang, selalu dalam keadaan murung dan tidak dapat melihat masa depan yang cerah. l. Ada dahan kecil atas batang pokok - Berkaitan dengan individu yang mempunyai impian tetapi kurang usaha atau terdapat pelbagai rintangan untuk merealisasikan impian tersebut.
16 m. Tiada batang - Menunjukkan individu tersangat murung, berputus harap dan tidak berminat untuk meneruskan hidup. (P7) Buah - Terdapatnya buah pada pokok menunjukkan individu inginkan sokongan dan galakan dalam hidup. - Keinginan rasa dilindungi dan dipelihara atau tempat bergatung. - Menunjukkan ada kenangan pada umur seperti terdapat pada bilangan buah. - Sekiranya terdapat buah yang gugur : menunjukkan perasaan individu yang jauh dari rahmat dan rasa berdosa. (P8) Daun a. Besar - Berkaitan dengan rasa kebergantungan dan inginkan pemuliharaan dari seseorang. b. Tajam - Berkaitan dengan individu yang rasa di abaikan atau anak terbiar. c. Bentuk tapak tangan - Berkaitan dengan sifat individu yang penyayang dan mudah membantu orang lain. d. Berguguran - Hilang keupayaan untuk memenuhi tuntutan sosial. (P9) Akar a. Penafsiran umum - Akar melambangkan adanya sesuatu yang tidak matang dan ada perkara lalu yang tidak selesai yang menjadi kebimbangan dalam kehidupan hariannya (unfinished business). b. Tidak bermaya dan mati - Wujud kebimbangan yang keterlaluan pada masa lampau atau zaman kanak-kanak. c. Tajam - Menunjukkan seseorang yang sedang memendam perasaan pada tempat dan seseorang. d. Menuju ke penjuru - Rasa diri terancam dan tidak selamat. - Berkeinginan untuk lebih stabil dalam hidup. - Menghadapi kekecewaan dalam hidup. e. Penekanan lukisan pada akar - Berkaitan dengan keadaan individu yang bimbang dengan pengalaman masa lalu yang akan memberi kesan pada dirinya pada masa sekarang dan akan datang.
17 (P10) Perspektif a. Ada binatang - Berkemungkinan menyembunyikan sejarah hitam dalam hidup. - Menunjukkan sikap suka bergantung dan mengharap seseorang untuk wujudkan kemesraan. - Kemungkinan melindungi kewujudan sesuatu dalam rahim (sekiranya ada haiwan tebuk lubang di pokok). b. Bentuk lubang kunci - Suka mengasingkan diri dan bersikap suka menentang. c. Pokok kelapa - Individu yang suka dan ingin memberi sumbangan dalam hidupnya. d. Pokok epal - Kemungkinan wujud perasaan bersalah dalam diri. - Mempunyai pengalaman pahit atau trauma seperti dirogol. - Berkeinginan tempat bergantung dan dijaga. - Kanak-kanak : suka bergantung dan inginkan sokongan. - Wanita : inginkan anak dan sedang mengandung / sikap terlalu berhati-hati. ORANG (O) (O1) Bahagian Kepala Pusat kepada konsep kendiri, dominasi atau perhubungan sosial dan melambangkan daya kecerdasan dan intelektual seseorang a. Terlalu besar - Menunjukkan daya inpirasi dan intelektual yang tinggi. - Mempunyai keazaman dan harga diri yang tinggi. - Kemungkinan terdapat kebimbangan terhadap penyakit di bahagian kepala (penyakit otak, sakit kepala atau yang berkaitan dengan bahagian kepala). - Wujud perasaan tidak puas hati dengan susuk tubuh. - Kecenderungan untuk menjadi terlalu ramah dan kadang-kadang berkelakuan agresif. - Terdapat masalah pembelajaran atau yang berkaitan dengan proses intelektual. - Individu yang mempunyai tanda-tanda seperti suka berprasangka buruk pada orang lain (paranoid), kagum pada diri (narcasistic), inginkan kesempurnaan (perfectionist) cenderung melukis gambar kepala lebih besar daripada badan. - Lukisan kepala yang terlalu besar pada jantina lain seperti lelaki melukis gambar perempuan berkepala besar atau sebaliknya menunjukkan tanggapan individu tersebut lebih berintelektual dan mempunyai kuasa atau autoriti sosial. b. Terlalu kecil - Berkaitan dengan rasa kekurangan pada diri dari segi pemikiran, sosial dan dorongan seks (impotensi). - Rasa rendah diri dan rasa terancam. c. Pandang belakang - Cenderung untuk berprasangka buruk (Paranoid) dan mengalami sakit mental. d. Kepala tanpa badan
18 - Mengalami masalah mental (O2) Rambut atau bulu Rambut dan bulu sama ada dibahagian kepala, dada, mulut dan dagu biasanya menunjukkan usaha dan perhatian individu untuk menuju kedewasaan dan kematangan seksual. a. Penekanan rambut atau bulu di bahagian muka, kepala, dada dan janggut - Menunjukkan individu terlalu mengambil berat tentang penampilan kelakian, ingin nampak lebih matang dan dewasa. - Terlalu bimbang dengan tenaga dan dorongan seksual. - Bersikap mudah marah, agresif dan bertindak ganas. b. Ada gaya pada dandanan rambut dan kelihatan menawan - Berkecenderungan untuk berasa kagum dengan keadaan diri (narsarsistic) - Ada kecenderungan ke arah penyimpangan seksual terutama pada wanita. - Gemar untuk menarik perhatian dan menonjolkan diri. c. Botak - Mempunyai tenaga fizikal yang lemah. - Kurang aktif. - Bimbang dengan sifat kelakian dan kewanitaan. - Merupakan tanda-tanda pesakit yang mengalami penyakit mental (skizofrenia). d. Ada ‘Side-Burn’ - Terutama pada lelaki yang mementingkan kepada paras rupa dan penampilan. e. Tidak kemas - Individu yang tidak rapi atau kemas. - Tidak jaga penampilan diri. - Wujud kecenderungan bersifat suka menentang dan memberontak. - Kemungkinan ada menderita akibat penyakit. f. Digelapkan - Kemungkinan terdapat konflik dalam diri tentang sifat kelakian atau seksual. - Berkecenderungan terlibat dengan tingkah laku penyimpangan seksual. g. Memakai topi atau penutup kepala (lelaki) - Bimbang dengan peranan kelakian dan dorongan seksual. - Kemungkinan ingin menyembunyikan penyakit kelamin seperti mati pucuk atau yang berkaitan dengannya. (O3) Raut wajah Pusat kepada komunikasi, ekspresi penampilan dan keyakinan seseorang. a. Muka kosong - Tidak berminat dan cuba mengelak diri dari hubungan atau masalah sosial. - Ketidakpuasan dalam hubungan dengan kenalan dan persekitaran. - Mempunyai personaliti yang sangat berhati-hati, bersangka buruk dan pemalu. - Kemungkinan terdapat masalah atau penyakit di bahagian muka. b. Samar-samar dan kabur
19 - Kecenderungan untuk mengasingkan dan penarikan diri dari hubungan sosial. - Berkaitan dengan sifat yang terlalu pemalu terutama dalam perhubungan sosial. c. Berlebihan pada raut wajah - Individu menunjukkan sikap yang terlalu menitiberatkan penampilan diri. - Kurang ketegasan diri, agresif, inginkan pengaruh dan dominasi sosial. - Kemungkinan rasa kekurangan pada diri dan digantikan dengan kecenderungan untuk mempengaruhi dan agresif dalam hubungan sosial. d. Benjolan pada dahi - Mengambarkan keupayaan intelektual. e. Raut wajah senyum - Seorang yang peramah dan suka bergaul. - Berperwatakan ceria. (O4) Mata Tingkap kepada jiwa atau emosi seseorang a. Terlalu besar - Menunjukkan individu suka berasa curiga (paranoid). - Sangat sensitif terhadap kritikan dan pandangan sosial. - Kemungkinan mengalami kebimbangan terutama pandangan kelihatan sayu dan suram. - Menunjukkan individu suka bergaul, terlalu peramah dan bersosial. - Berpersonaliti ekstrovert. - Cenderung untuk bertingkah laku ganas terutama lukisan mata gelap dengan pandangan mata mengancam dan menusuk. - Perempuan biasanya melukis mata besar berbanding lelaki. - Jika lelaki melukis mata yang besar dan mempunyai bulu mata menunjukkan kecenderungan homoseksual. - Mata yang besar dengan pandangan yang mengancam menggambarkan individu suka berprasangka buruk dan bermusuhan. b. Terlalu kecil dan tertutup - Berpersonaliti introvert (pemalu dan tidak suka bergaul). - Gemar bermuhasabah dan merenung diri. c. Ruang anak mata dengan anak mata yang kecil - Menunjukkan rasa ingin tahu yang kuat terhadap sesuatu pandangan. - Kemungkinan wujud rasa bersalah dengan perbuatan suka mengintai. d. Anak mata berada ditengah-tengah - Menunjukkan kebimbangan yang berlebihan dalam perhubungan terutama orang yang rapat dan signifikan dengannya. e. Tiada anak mata - Berpesonaliti introvert (tidak berminat dengan pergaulan dan persekitarannya). - Berpersonaliti kabur dan sukar dimengertikan. - Tidak suka berkomunikasi. - Rasa kekosongan dalam diri.
20 f. Kelihatan juling - Keliru dengan keadaan dan identiti diri. g. Digelapkan - Wujud perasaan bersalah dari perbuatan mata. - Kebimbangan dan tertekan. - Bersikap curiga, berhati-hati dan reaksi prasangka buruk (paranoid). h. Tiada mata - Sangat takut untuk bersosial dan penarikan diri dari bergaul. - Kemungkinan suka mengendap dan tonton pronografi i. Satu mata - Wujud kecenderungan untuk menarik diri dari pergaulan kerana timbul perasaan pertentangan dan berbelah bahagi dengan hubungan sosial. J. Ada kelopak mata - Sangat berhati-hati, rumit dan terperinci. - Implikasi mengalami kecelaruan obsesi-kompulsif atau kecenderungan untuk menonjolkan diri. K. Dilukis dengan satu titik sahaja - Sukar untuk terima dan meluahkan emosi secara terbuka. (O5) Bulu kening dan bulu mata a. Tersusun rapi - Individu suka kepada kekemasan dan penampilan diri. - Mencerminkan sikap yang kritikal. - Lelaki : cenderung berperwatakan lembut. b. Lebat dan tidak tersusun - Kurang perhatian terhadap kekemasan diri. - Lebih suka kepada kehidupan yang sederhana. - Tidak gemar barang-barang yang nampak canggih dan mahal. - Personaliti primitive, kasar, pemarah, suka kebebasan, bersantai, suka melepaskan perasaan. c. Terangkat - Berkaitan dengan sikap yang suka menghina, bangga diri, meluat dan membenci. - Suka merungut - Kemungkinan perasaan ingin tahu atau ada tanda tanya. d. Berkerut - Suka bermusuhan dan pendendam e. Condong ke arah hidung - Condong ke arah hidung yang menampakkan kerisauan. - Menunjukkan sikap suka bermusuhan.
21 f. Ada bulu mata - Normal bagi perempuan tetapi jika lelaki yang melukis menunjukkan ada kecenderungan sebagai homoseksual. (O6) Hidung Konotasi kepada penampilan dan simbol seks. a. Terlalu besar - Berkaitan dengan sikap yang tidak matang. - Kebimbangan dari segi seksual seperti mati pucuk terutama lelaki yang meningkat usia. b. Terlalu kecil - Seorang yang pasif dan mengelak diri dari bergaul. c. Tiada - Pemalu, suka mengasingkan diri. - Berpersonaliti murung. d. Orang dewasa yang melukis gambar hidung bulat atau segitiga - Menunjukkan sikap yang tidak matang dan kebudak-budakkan sekiranya yang melukisnya adalah orang dewasa. e. Tajam - Cenderungan untuk menonjolkan diri dan bertindak luar kawalan. f. Ada lubang - Kecenderungan untuk bertindak ganas. - Kemungkinan mengalami penyakit athma. g. Kabur atau digelapkan - Ada kebimbangan seksual. h. Dekat dengan mulut - Wujud perasaan bersalah seperti melakukan onani atau seks oral. (O7) Mulut Organ yang menerima makanan dan subjek berkomunikasi. Mulut dilihat sebagai lambang kepada memenuhi keseronokan terutama makanan dan hubungan sosial. a. Terlalu besar - Berkaitan dengan sikap tidak matang dan keanak-anakan. - Bersikap primitif dan tidak suka kepada kekemasan. - Menunjukkan adanya masalah komunikasi. - Suka makan, ada simptom ganstrik, suka kata-kata kesat, mudah marah, kemurungan dan kesukaan seksual. - Berkecenderungan membuat sesuatu secara berlebihan. b. Terlalu kecil atau tiada - Tidak suka banyak cakap. - Mudah untuk bergantung dengan orang lain.
22 - Cenderung berkeadaan murung dan muram. - Kemungkinan ada masalah pernafasan atau athma. - Wujud perasaan bersalah dengan percakapan seperti fitnah atau terlanjur kata. - Berkecenderungan untuk mengalami kemurungan. c. Bentuk bibir (cupid bow) - Sekiranya dilukis oleh perempuan sebenarnya melambangkan remaja perempuan yang sudah matang dari segi seksual dan sudah ‘baligh’. - Jika lelaki ada sifat-sifat kewanitaan, suka melaram dan minat dalam menarik orang lain terhadap dirinya. d. Garisan lurus dan tidak senyum - Seorang yang serius dan rigid. - Kurang kemesraan dalam perhubungan sosial. - Menunjukkan individu menghadapi kemurungan. e. Garisan yang membengkok (slash line) - Personaliti verbal agresif seperti suka merungut dan mengkritik. - Suka bermusuhan. - Berkecenderungan bertingkah laku ganas dari segi seksual (sadistic). f. Tunjuk gigi - Sekiranya orang dewasa :- bersikap kebudak-budak, agresif dan cenderung bersifat sadistik. - Sekiranya terperinci :- Bersikap terlalu rumit dan terperinci. - Sekiranya bergigi tajam atau taring :- keadaan tertekan dan cenderung agresif. g. Mulut macam badut tersenyum - Inginkan perhatian yang adil. f. Terdapat penyedut minuman, cungkil gigi atau sesuatu pada mulut - Cuba mengadaptasi keupayaan untuk mencari kepuasan sendiri. - Berkecenderungan melakukan atau suka dengan seks oral. g. Menjelir lidah seperti mengejak - Suka wujud permusuhan (O8) Telinga Melambangkan reaksi kepada rangsangan emosi. a. Terlalu besar - Sensitif dengan kritikan dan pandangan sosial. - Bersikap paranoid dan terlalu curiga dengan dunia luar. - Mengalami audiotori halusinasi - Berkencenderungan sebagai homoseksual - Kemungkinan individu mengalami kurang pendengaran atau masalah di bahagian tersebut. b. Tiada telinga - Sesuatu yang normal jika tidak melukis gambar telinga. c. Herot-berot - Mempunyai masalah pendengaran seperti pekak.
23 d. Seperti keldai - Cenderung menghadapi kemurungan dan pelumpuhan mental. e. Digelapkan - Bersifat curiga, terlalu berhati-hati - Ada mengalami paranoid dan halusinasi. f. Memakai subang - Sekiranya perempuan:- terlalu mementingkan penampilan diri, menonjolkan diri dan menarik perhatian. - Sekiranya lelaki:- mengambarkan sikap suka menentang dan memberotak. (O9) Dagu Subjektifnya melambangkan ketegasan dan berani mengambil risiko. a. Ttidak normal atau kelihatan menonjol - Menunjukkan kekuatan dari segi semangat dan keazaman. - Berkaitan juga dengan rasa kekurangan dalam hubungan sosial dan seks. - Kecenderungan individu berkelakuan agresif dan mempengaruhi. - Takut mengambil tanggungjawab dan kecenderungan untuk menunjukkan kuasa. (O10) Misai dan janggut a. Penekanan pada gambar lukisan orang - Melambangkan kebimbangan dan menitikberatkan penampilan kelakian (masculine). - Berkeinginan nampak lebih dewasa dan matang dari segi seksual. - Berkemungkinan bimbang dengan tenaga seks dan kelakian. (O11) Leher atau tengkuk Terletak di antara kepala dan badan yang menghubungkan aktiviti mental dan reaksi fizikal. Leher dilambangkan sebagai perantaraan atau kawalan kepada tingkah laku. a. Ada halkum (adam’s apple) - Rasa bersalah. - Rasa kekurangan tenaga seksual. - Usaha seseorang ingin mencapai kedewasaan, kelakian dan kematangan seksual. - Simbol yang melambangkan kelakian. b. Terlalu panjang - Beretika, bijak dan rasional dalam tindakan. - Berkemungkinan suka bergantung dengan orang lain. - Suka ikut peraturan, rigid, mementingkan displin dan moral. - Kebimbangan tentang kawalan diri, sikap, perasaan dan emosi. c. Terlalu pendek dan kecil - Menunjukkan sikap degil dan keras kepala. - Kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
24 d. Tiada leher - Suka bertindak melulu dan tidak rasional. e. Ada hiasan - Suka menonjolkan diri dan sukakan perhatian. f. Pendek dan lebar - Seorang yang degil, tidak mudah terima keadaan baru (rigid). - Bersikap suka menguasai. g. Garisan lurus - Perasaan yang sangat tidak berkeupayaan untuk mengawal tingkah laku yang menyimpang. h. Terpisah dengan badan - Dapat mengawal pemikiran tetapi tidak mampu kawal tindakan. i. Terpisah dengan kepala - Tidak dapat mengawal tindakan dengan rasional. j. Tiada garisan leher - Individu mengalami perasaan bahawa tindakan yang menyimpang tanpa kawalan atau halangan dari akal yang rasional. - Rasa tindakan mengikut nafsu yang melulu. (O12) Bahu & Buah dada ekspresi perasaan, tenaga fizikal dan keupayaan seseorang untuk memikul tanggungjawab. a. Terlalu besar dan lebar - Berkeinginan untuk mendapatkan penghargaan dari segi kuasa. - Kecenderungan untuk bersikap agresif dan suka menonjolkan diri. - Suka mempertahan diri apabila berdepan dengan konflik. - Sekiranya perempuan melukis bahu lebar menunjukkan protes kelakian atau nak nampak lebih kelakian. - Sekiranya lelaki ada buah dada menunjukkan iindividu dominan dengan imej ibu. - Wujud perasaan tidak berkeupayaan memikul tanggungjawab. b. Terlalu kecil - Berkaitan dengan konsep dan harga diri yang rendah. - Pasif dan cenderung untuk mengelak dari pikul tanggungjawab. c. Bentuk segi empat sama - Berkecenderungan untuk bersifat permusuhan dan agresiif. - Sukar terima dan menyesuaikan diri dengan keadaan baru. d. Imej lelaki yang sasa - Berkaitan dengan sifat agresif. - Mempunyai sikap yang berbelah bahagi terhadap seks. e. Buah dada terlalu besar - Sekiranya lelaki:- menunjukkan emosi tidak matang , tidak stabil dan memerlukan sokongan dan bergantung terutama pada ibu.
25 - Sekiranya perempuan:- berkaitan dengan didominasi dengan watak ibu serta sikap suka menonjol dan kebanggan pada diri sendiri. - Biasanya dilukis oleh perempuan yang melambangkan kepada kebergantungan, daya tarikan, keupayaan dan kepuasan seksual. - Sekiranya kanak-kanak yang melukis:- mengambarkan kebergantungan, inginkan pemeliharaan, perlindungan dan sokongan. Sekiranya tidak dipenuhi, kanak-kanak rasa terabai dan membawa kepada tarikan seksual dan agresif. - Jika perempuan:- kesedaran akan kematangan diri, jika terlalu besar menunjukkan individu suka menonjolkan diri dari segi tarikan seksual. Jika buah dada dilukis terlalu kecil rasa rendah diri dengan identiti seksual. - Jika lelaki melukis gambar perempuan dengan buah dada mengambarkan individu suka kepada kehebatan seksual pada wanita dan cenderung bertingkah laku suka mengendap dan menonton pornografi. Jika kelihatan kecil seakan-akan memperkecilkan perempuan. f. Tiada bahu - Sikap yang keterlaluan dalam mengelak diri dari memikul tanggungjawab. - Rasa diri terlalu lemah dan kurang keupayaan diri. - Wujud kemungkinan mengalami pelumpuhan akal. g. Mengendur - Wujud perasaan tertekan dan murung berkaitan dengan tanggungjawab. h. Tidak sama bentuk - Wujud pertentangan untuk memikul peranan dan tanggungjawab. (O13) Bentuk badan dan batang tubuh Kekuatan perasaan dan pemikiran dalam menghadapi dunia realiti. a. pecah-pecah dan terasing - Menggambarkan personaliti yang tidak tersusun dan tidak menentu. b. Segiempat - Menunjujkan personaliti yang tidak matang atau sedang menghadapi kebimbangan. c. Bulat - Berkaitan denhan sikap pasif dan tidak aktif. - Berpersonaliti kebudak-budakkan. - Menunjukkan sifat kewanitaan. d. Terlalu besar - Menunjukkan symbol kepada dorongan perasaan yang tidak berpuas hati. e. Terlalu kecil - Berpenampilan pemalu dan rasa rendah diri. f. Angular figures - Berperwatakan kelakian (masculine) g. Tiada badan - Terlalu bimbang dengan susuk tubuh atau terdapat konflik pada tubuh.
26 h. Bentuk langsing - Tanda-tanda orang yang sangat takut pada kegemukan. - Jika lelaki : kecenderungan homoseksual. i. Terlalu panjang - Wujud perasaan terlalu lemah dengan keupayaan diri dengan mengimbangi dengan tindakan yang berlebihan terhadap keupayaan diri. j. Terlalu pendek - Akan bangkit apabila berhadapan dengan ancaman. k. Terlalu lebar - Wujud perasaan tidak berkeupayaan dan mengimbangi dengan tindakan untuk memiliki kuasa, kedudukan dan autoriti. (O14) Lengan Melambangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tugas dan peranan dalam perhubungan dan persekitarannya. a. Melukis satu lengan sahaja atau dari pandangan sisi - Terdapat konflik dalaman yang berkaitan dengan pertentangan dan perasaan berbelah bahagi terhadap peranan dengan persekitarannya. b. Salah satu lengan disembunyikan - Bersifat suka mengelak dari terlibat dengan persekitarannya. c. Rapat dengan badan - Berkaitan dengan sifat rigid iaitu sukar terima pandangan baru dan terdapat simptomsimptom was-was (kompulsif). - Individu berkecenderungan bersifat bangga diri, suka menunjuk, angkuh dan mudah tertekan. d. Longlai di sisi - Menunjukkan perwatakan yang tidak cekap dan berkesan. e. Bercekak pinggang - Menunjukkan sikap kekaguman pada diri sendiri (narsarsistik). - Bersikap suka mengarah dan memerintah (bossy). - Bersikap cerewet, meluat, suka mengancam dan agresif dalam mempertahankan diri. f. Menghala ke belakang atau disembunyikan - Sedang memendam perasaan dan perasaan trauma. - Keengganan berjumpa orang atau mendengar kritikan dan pandangan orang lain. - Sukar kawal kemarahan. - Mengelak diri dari terlibat dengan perhubungan social. - Timbul perasaan permusuhan sama ada dalam diri atau tindakan. - Berkemungkinan wujud perasaan bersalah seperti (beronani). g. Berpeluk tubuh - Menunjukkan sikap curiga, terlalu berhati-hati dan sikap permusuhan. - Berkaitan dengan sifat pasif, tidak tegas dan tidak berminat dengan hubungan sosial.
27 h. Panjang dan kuat - Berkaitan dengan tenaga yang kuat atau berusaha untuk mencapai kekuatan fizikal. - Mempunyai impian dan keazaman yang tinggi. - Seorang yang aktif bersukan dan beriadah. - Kadang-kadang bertindak secara berlebihan. i. Pendek, kecil dan tidak bermaya - Mengambarkan individu kurang keazaman dan mudah berputus asa. - Berasa kekurangan pada diri. j. Bersilang dan berotot - Sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan sosial seperti kuasa dan pengaruh. - Sekiranya lukisan dengan badan yang sasa, ianya berkaitan dengan personaliti agresif dan cenderung bertindak ganas. k. Tiada lengan - Kemungkinan menunjukkan rasa bersalah (perbuatan tangan). - Berada dalam kemurungan dan cenderung untuk mengasingkan diri. - Kurang keyakinan diri dalam perhubungan social atau produktiviti. - Petanda kepada kekecewaan yang teruk, berputus asa, kurang keyakinan diri dan menghadapi kemurungan. l. Tiada terdapat pada jantina yang berlawanan - Wujud perasaan ditolak oleh pasangan yang lain jantina (terutama ibu bapa). - Wujud perasaan bersalah. m. Terentang dan dilepaskan keluar - Menunjukkan sikap yang suka membantu dan berkasih sayang. - Kadang-kadang terlalu peramah dan suka kepada aktiviti sosial. n. Besar dan lebar - Memerlukan sokongan, perasaan kecewa. - Perasaan kekurangan pada diri dan kadang-kadang agresif. - Wujud perasaan bersalah pada penggunaan tangan. - Cenderung untuk terlalu mengawal dan menguasai. o. Kecil atau dilukis dengan garisan lurus sahaja - Menunjukkan rasa kecewa, rasa tidak selesa dan terancam. - Kurang keyakinan diri yang serius. p. Kabur dan tidak jelas - Menggambarkan perasaan kurang yakin terutama dalam situasi sosial umumnya pada sikap kurang keyakinan atau produktiviti. q. Membonjol atau bengkak - Kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. r. Menyeluk saku - Menyembunyikan kecenderungan melakukan perkara yang tidak baik seperti mencuri dan beronani.
28 s. Memegang senapang - Keadaan individu ingin menyembunyikan dan mengelak dari melakukan sesuatu. t. Digelapkan - Wujud perasaan bersalah yang ada pada perbuatan tangan atau aktiviti beronani. u. Menggigit kuku - Wujud perasaan bersalah membuat sesuatu perkara. v. Bersilang ke depan - Suka mempertahankan diri dengan menyekat diri dari berhubung dengan dunia persekitarannya. w. Depan badan - Perasaan terhimpit dengan situasi sekeliling. x. Bentuk ganjil - berkecederungan mengalami kemurungan dan pelumpuhan minda y. Tutup kemaluan - Sekiranya perempuan :- wujud perasaan bimbang dan rasa tidak selesa dengan perhubungan seks. - Sekiranya lelaki :- wujud kecenderungan melakukan auto-erotic (pornografi dan aktiviti beronani) (O15) Tapak tangan dan jari Keupayaan mengawal persekitaran a. Tiada - Sangat pasif, rasa kekurangan diri. - Jika dilukis pada jantina yang bertentangan: wujud perasaan menolakhubungan heteroseksual. - Rasa bersalah dengan perbuatan beronani (mastrubation) b. Hanya melukis satu tangan sahaja - Wujud perasaan pertentangan dan berbelah bahagi untuk mengawal keadaan. c. Disembunyikan atau menyeluk saku - Mengelak diri dan suka berahsia. d. Terlalu besar - Cuba mengawal persekitaran menjadi lebih aktif atau agresif. - Cenderung melakukan sesuatu dengan cara berlebihan. e. Terlalu kecil - Pasif, bersifat mengelak dan kurang keyakinan diri. f. Bulat tanpa jari - Rasa kekurangan diri dan berputus asa.
29 g. Mencengkam seperti penumbuk - Berkaitan dengan sifat agresif. - Individu cuba mengawal kemarahan atau tingkah laku menyimpang. - Menunjukkan sikap suka memberontak. h. Ibu jari yang tertonjol keluar - Memendam perasaan yang tidak enak seperti marah atau agresif. i. Jari yang besar tanpa tangan - Kecenderungan untuk bertindak ganas. - Berperwatakan tidak matang dan kebudak-budakan j. Panjang-panjang - Berkecenderungan untuk bersikap tidak matang dan membosankan. k. Tajam, tirus dan kuku yang panjang - Mengambarkan sikap permitif, agresif dan tidak matang. - Menunjukkan permusuhan dan perasaan dendam. - Cuba mengekspresi perasaan marah. l. Digelapkan - Wujud perasaan bersalah pada aktiviti tangan (mencuri @ beronani). m. Melukis lebih daripada lima jari - Individu seorang yang bersemangat dan agresif untuk capai impian. n. Memegang objek - Mengimbangi perasaan bimbang untuk mengawal, menyesuaikan dan menghadapi sesuatu keadaan. - Bergantung kepada objek yang dipegang. o. Memakai sarung tangan - Wujud perlakuan dan kawalan yang terpendam. - Tidak suka berinteraksi secara langsung. - Bersifat kebudak-budakan. - Pendam perasaan marah. p. Nampak ganjil dan herot-berot - Wujud perasaan bimbang dan kurang keyakinan diri dalam mengawal keadaan persekitarannya. - Cenderung mengalami kecelaruan minda. (O16) Bahagian Pinggang kawalan rasional, pengendalian konflik dan tarikan seksual a. Tiada pinggang - Lelaki dengan berpakaian jaket atau pakaian yang labuh sehingga bawah pinggang atau tidak terdapat garisan pemisah antara bahagian atas dan bawah seperti tali pinggang. - Wujud perasaan ganguan atau trauma dengan aktiviti seks. - Mengelak keperluan atau membendung tingkah laku seksual.
30 b. Kabur dan rapuh. - Mudah tertekan dan meradang apabila berhadapan dengan konflik. c. Ketat, tegang seperti memakai bengkung - Menggambarkan individu mudah marah dan meradang tak tentu hala. d. Betis atau pinggul yang besar - Terutama pada lukisan perempuan yang menunjukkan tarikan sosial atau seksual. e. Garisan tebal dan besar - Wujud kebimbangan dan mengambil langkah-langkah yang ketat untuk mengawal tingkah laku seksual. f. Garisan yang sangat halus - Rasa tidak mencukupi untuk kawal tingkah laku seksual. (O17) Bahagian pinggul atau punggung Biasanya jarang dilukis, sekiranya diberi penekanan pada lukisan atau lukisan ke arah belakang yang menunjukkan pinggul dan diberi penekanan garisan dan saiz, ia berkaitan dengan isu identiti jantina. a. Perincian - Sekiranya lelaki, wujud perasaan konflik dengan peranan jantina dan orientasi seksual seperti homoseksual atau transeksual. b. Terdedah - Tidak matang, suka menetang, dan keliru dengan identiti jantina. (O18) Kaki Perlambangan kepada perlakuan mendekati dan menjauhi dan tenaga penggerak untuk elak kebimbangan dan menuju keseronokkan. a. Terlalu panjang - Berkeinginan kuat dan berusaha untuk mencari kebebasan dalam hidup. b. Terlalu pendek - Menunjukkan keadaan yang tidak dapat bergerak dan rasa tersepit. c. Tiada kaki - Rasa tidak mampu untuk bergerak. d. Tiada bahagian kaki atau bahagian pinggang - Berkaitan dengan gangguan seks atau penyakit yang berkaitan bahagian pinggang hingga kaki. - Mengambarkan kecenderungan tertekan, kurang semangat, atau terlantar sakit. e. Bersilang - Menunjukkan sikap tidak berminat dengan aktiviti seks.
31 f. Rapat - Seorang yang sukar mengadaptasi sesuatu keadaan yang baru. - Petanda seorang yang ingin mengawal dan menyekat dari hubungan seksual. g. Terkangkang luas - Keinginan untuk keselamatan dan sikap suka menentang. h. Dilukis pada aras bawah kertas - Wujud perasaan tidak selamat dan terhimpit. (O19) Tapak kaki dan jari kaki Lambang kepada keupayaan mencapai keseimbangan dan kebebasan. a. Tiada tapak kaki atau tengah duduk - Wujud perasaan berputus asa, kelumpuhan, kemurungan dan menarik diri. - Mengambarkan perasaan terhimpit dan rasa dikongkong. - Bersikap pemalu, mudah putus asa dan kecewa. - Melambangkan individu yang sudah hilang harapan, terlantar sakit dan kemurungan. - Pernah diganggu secara seksual. - Terlalu inginkan kesempurnaan. b. Satu tapak kaki sahaja - Wujud perasaan tidak cekap, pemikiran tersekat untuk terus bergerak maju, dan kurang keyakinan diri untuk lebih berperanan. c. Terlalu Besar - Berkaitan dengan individu yang memerlukan perlindungan dan keselamatan diri (terancam). d. Terlalu kecil - Berkaitan dengan perasaan tidak selamat dan terhimpit. - Sikap bergantung pada orang lain. - Menunjukkan emosi yang tidak stabil. e. Berotot dan besar - Keliru dengan peranan jantina dan orientasi seksual. f. Bersilang - Menunjukkan sikap yang tidak matang, suka bermusuhan dan jika perempuan menggambarkan sikap yang tidak bermoral (sundal dan jalang). g. Penekanan pada lukisan tapak kaki - Berkaitan perasaan yang tidak puas dengan hubungan seks. - Kecenderungan untuk agresif dan bertindak ganas. - Kecenderungan obsesif-kompulsif. (OCD) h. Disembunyikan - Mengelak diri dari kesempitan hidup. i. Berdiri di atas hujung jari kaki - Terlalu berhati-hati untuk menuju kebasan dan berdikari.
32 j. Arah bertentangan - Sukar untuk buat keputusan. k. Sentuh bawah halaman kertas - Keinginan untuk sokongan dan keselamatan. l. Berkuku panjang - Sekiranya pada wanita menunjukan sifat agresif feminin. - Bersikap konservatif iaitu tidak suka pada perubahan yang mendadak. m. Bentuk V - Kemungkinan ada kemurungan. n. Terdedah - Gemar menonjolkan diri dan bersifat suka memberontak. - Bertindak luar kawalan. o. Tertutup - Suka simpan kemarahan (O20) Kemaluan - Jika dilukis oleh remaja menandakan perasaan ingin tahu dengan mendalam tentang seks. - Jika melukis kemaluan sama dengan jantina terutama lelaki wujud kecenderungan untuk mendedahkan kemaluan untuk merangsang keghairahan seks. - Jika melukis kemaluan yang lain jantina diri adalah berkaitan dengan individu yang suka mengendap dan menonton pornografi. - Wujud juga perasaan bimbang dengan identiti jantina. (O21) Kelangkang Bahagian yang terletaknya kemaluan atau organ kelamin d. Terdapat butang pada skirt atau garisan pada kelangkang seluar. - Wujud perasaan bimbang dan kekurangan keupayaan dari segi seksual. e. Tiada garisan kelangkang - Seperti melukis pakaian labuh tanpa garisan penyambung pada kawasan kelangkang. - Berkaitan perasaan bimbang dan cuba mengelak dari aktiviti seksual. (O22) Kriteria pakaian a. Tidak berpakaian / berbogel - Mengambarkan sikap individu yang tidak matang & berpusat diri (egosenstrik). - Berkaitan dengan sikap suka mengintai. - Suka menarik perhatian dan menonjolkan diri (ekstrovert). - Wujud perasaan bimbang terhadap tubuh badan. - Terlalu kagum dengan bentuk tubuh badan. - Mempunyai tenaga libido (seksual & keseronokan) dan keasyikan seksual yang tinggi. - Kadang-kadang lelaki yang melukis orang tidak berpakaian seorang yang berpersonaliti introvert.
33 b. Terlalu tebal dan besar - Berkaitan dengan peraaan kurang yakin diri atau benci pada diri atau sifat-sifat fizikal. - Sekiranya menampakkan pakaian yang keterlaluan dengan disertakan perhiasan mengambarkan individu seorang yang terlalu kagum dengan pakaian dan penampilan luaran. c. Pakaian berjalur secara mendatar - Sukar kawal kelakuan. d. Penekanan butang pada pakaian - Berperwatakan tidak matang, kurang keyakinan dan rendah harga diri. - Menonjolakan sikap suka bergantung dengan orang lain. - Sekiranya terdapat butang pada bahagian tegah atau pusat adalah berkaitan dengan sikap suka bergantung terutama pada ibu. e. Ada poket dan kocek pada pakaian - Berkaitan dengan perwatakan kebudak-budakan dan tidak matang. - Sikap suka bergantung pada orang lain. - Menunjukkan kurang kasih sayang atau perhatian terutama dari ibu. - Jika poket kelihatan luar biasa besar menunjukkan bahawa individu berusaha untuk mendapatkan perhatian dan kebergantungan emosi dengan ibunya. - Kemungkinan terdapat konflik tentang peranan dan identiti jantina. - Sekiranya poket ada menyembunyikan sesuatu seperti pistol atau sesuatu barang terutama lelaki berkaitan dengan simbol kematangan dan individu ingin bebas dari kebergantungan dan kongkongan terutama daripada ibunya. - Lukisan yang berlebihan pada kocek menunjukkan kecenderungan individu mengalami penyakit jiwa. f. Kasut yang terlalu besar - Berkaitan dengan seseorang yang inginkan kestabilan dalam hidup. g. Kasut yang bercorak atau bertali - Terlalu obses dengan sesuatu perkara - Wujud kecenderungan sifat-sifat kewanitaan - Mengambarkan sikap sudah matang atau baligh terutama bagi wanita. h. Memakai kasut but tinggi - Keinginan untuk mendapat hak kebasan dan lebih berdikari. i. Seluar yang lutsinar - Kecenderungan homoseksual. j. Seluar beterbangan - Konflik berkaitan dengan seksual. k. tali leher - sekiranya lukisan mengenakan tali leher. Mengambarkan keadaan individu yang menitikberatkan formaliti dan kehormatan. - Tali leher yang terlalu besar mengambarkan perasaan bimbang dengan situasi formal dan kehormatan.
34 l. Tali leher yang kecil dan tidak menentu - Berperwatakan tidak menetu. - Tidak suka kepada keadaan formal. - Berasa bimbang dengan keupayaan tenaga seksual. m. Tali leher yang panjang dan menarik - Berkaitan dengan individu yang agresif terhadap seks. - Perasaan bimbang dan berusaha terhadap tenaga seksual seperti ‘mati pucuk’. - Lelaki yang berpersonaliti gay cenderung melukis tali leher secara berlebihan. - Tali leher yang panjang juga yang kadang-kadang berbentuk zakar mengambarkan individu yang cenderung kepada seksual ganas sebagai pampasan kepada penyakit mati pucuk. n. Tali leher dan terdapat sapu tangan di baju - Berkaitan dengan simbol seks terutama bagi lelaki yang merasakan dirinya tidak begitu berkuasa dari segi kelakian. - Sekiranya tali leher kelihatan terbang dan melayang keluar dari tubuh badan ini mengambarkan individu suka melakukan serangan seksual secara terang-terangan dan suka kepada fantasi dan keasyikan seksual yang keterlaluan. o. Pakai Tali pinggang - Individu cenderung menukar atau mengalihkan konflik dalaman diri dalam situasi yang estetik (keindahan dan ketenangan) dalam bentuk paparan diri. - Individu juga seorang yang boleh mengawal konflik dengan rasional. - Berkaitan dengan kawalan diri terhadap penyimpangan seksual. - Kecenderungan untuk suka bergantung pada orang lain. (O23) Perspektif a. Jantina tidak jelas - Kekeliruan identiti jantina. b. Kedudukan tidak seragam - Kekeliruan identiti jantina. c. Kedudukan serong, bersandar dan terapung-apung - Pasif - Sukar buat keputusan. - Rasa tidak selesa dan selamat. d. Kedudukan yang kaku dan statik - Pasif - Suka memendam perasaan. - Kurang mempamerkan emosi. e. Sedang buat sesuatu - Inginkan kebebasan. - Realistic dan praktikal. - Inginkan lebih kuasa. - Sukakan cabaran.
35 f. Berputar - Mengalami masalah mental. g. Duduk - Inginkan keselamatan dan ketenangan h. Pergerakan ganas - Kecenderungan bertingkah laku ganas. (O24) Jenis lukisan orang a. Orang lidi - Menunjukkan individu suka menyembunyikan sesuatu dan cuba mengelak diri. - Kecerdasan intelektual yang rendah. - Menunjukkan individu kurang untuk beri kerjasama. - Kecenderungan untuk berfikiran negetif. b. Badut, Ahli sihir dan Tentera - Kecenderungan suka menghukum dan bermusuhan. - Ada rintangan dalam menghadapi ujian terutama lukisan badut. c. Sedang memegang tongkat - Kemungkinan asyik dengan aktiviti seksual. - Lelaki (ada kecenderungan homoseksual). d. Koboi (Cowboy) - Ingin nampak lebih kejantanan (masculine). - Remaja : ada kecenderungan bertingkahlaku langsang. - Kanak-kanak : Normal. e. Orang salji - Menunjukkan individu mengalami penderitaan emosi dan kemurungan. - Berpersonaliti suka mengelak. f. Melukis orang dengan menampakkan organ dalaman - Menunjukkan individu ada masalah kesihatan pada organ-organ tersebut. - Sekiranya dewasa kemungkinan individu suka mengendap. - Mengalami masalah kesihatan mental. KINETIK (K) 1. Pokok dilukis pertama - Individu mementingkan semangat hidup dan perkembangan dalam hidup seperti mencapai impian hidup. - Menekankan tentang potensi dan bakat yang boleh digarap dan dikembangkan. - Individu yang rasa hidupnya telah hilang harapan dan ingin membunuh diri. 2. Rumah dilukis pertama - Menunjukkan individu selesa dengan situasi kehidupan di rumah dan keadaan keluarganya.
36 - Individu membesar dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. - Seseorang yang juga rasa hina dan benci situasi dan kehidupan di rumah dan berkeluarga. 3. Orang dilukis pertama - Menunjukkan individu seorang yang berpuas hati dan gembira dengan kehidupannya. - Menunjukkan kejayaan dalam diri atau benci dengan diri dan penyesalan. - Jika gambar orang itu bukan dirinya, menunjukkan bahawa individu terlalu memikirkan, obsesi dengan individu tersebut sama ada orang yang dirindui dan disayangi, ahli keluarga yang telah meningal dunia ataupun orang yang sangat dibenci. 4. Terdapat binatang di pokok - Menunjukkan individu ingin menyembunyikan sesuatu tingkah laku atas sebab keselamatan, contohnya rasa diri terperangakap dalam sebuah perkahwinan. 5. Terdapat burung di atas pokok - Sarang burung – Rasa inginkan tempat untuk bergantung dan berlindung dengan seseorang. - Burung pada dahan – Keinginan untuk bebas. 6. Terdapat buah pada pokok dan buah kelihatan gugur - Menunjukkan individu mengalami suatu perasaan yang amat tidak menyenangkan, rasa bersalah dan rasa jauh dari kenikmatan dan rahmat hidup. 7. Terdapat orang di atas dahan pokok - Biasanya ingin memisahkan diri daripada masalah yang berlaku dalam hidupnya seperti kuasa, kesihatan dan keluarga. 8. Terdapat orang sedang berayun seperi buaian di dahan pokok - Berkaitan dengan individu sedang menumpukan sepenuh tenaga terhadap sesuatu perkara dan aspek dalam hidupnya sehingga mendatangkan rasa tertekan pada individu tersebut. 9. Pokok kelihatan bertiup condong ke arah rumah - Keinginan yang kuat untuk perlindungan dan keselamatan di dalam rumah. - Terdapat pengalaman lampau yang trauma dalam hidup (Unfinished business). 10. Dahan-dahan dan pepohon daunan kelihatan menutupi rumah - Menunjukkan individu member sepenuh tenaga terhadap sesuatu perkara atau aspek dalam kehidupan untuk mendapat keseimbangan hidupnya, contohnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakitnya. 11. Dahan-dahan dan pepohon daunan kelihatan menjauhi rumah - Berusaha untuk memajukan diri disamping menolok keluarga dan nilai-nilai yang dipegang dalam kehidupan di rumah. 12. Dahan-dahan dan pepahon daunan kelihatan ke arah luar menuju sesuatu atau seseorang - Kecenderungan individu untuk bergantung pada seseorang. 13. Terdapat rumah di dahan pokok - Seseorang yang ingin mencari perlindungan dari persekitarannya yang terancam dan bahaya. 14. Ada anak pokok atau bunga berhampiran dengan rumah - Lelaki: Cuba pertahankan bahaya sekitar. - Perempuan: Suka kepada pengembaraan.
37 15. Kedudukan pokok diatas bukit - Sikap seseorang yang suka bergantung terutama pada ibunya - Berharap dapat menuju ke puncak kejayaan sekiranya lukisan pokok itu besar dan kukuh. 16. Pokok tumbuh di atas rumah - Sangat bergantung pada kehidupan keluarga atau rasa kehilangan tanpa keluarga. 16. Kelihatan orang sedang duduk di atas bumbung rumah - Individu yang sedang mengalami kemurungan yang memerlukan perhatian lebih daripada keluarganya. - Individu mungkin terlalu bergantung harap pada keluarga dan kemungkinan individu amat terasa kehilangan perhatian daripada keluarganya. 17. Kelihatan orang sedang berlindung di dalam rumah - Individu sedang mengalami trauma atau kenangan pahit dalam hidupnya yang masih tidak dapat dilupakan dan wujud perasaan takut atau fobia berada di luar. 18. Keadaan orang sedang memandang ke arah rumah atau sesuatu - Perasaan bimbang terhadap sesuatu atau kehidupan di rumah. - Individu yang masih teringatkan pengalaman lalu yang berlaku di rumah, dan rasa rindu pada suasana kehidupan di rumah pada masa lampau 19. Dipasangkan (dua atau lebih bentuk gambar seperti rumah, pokok dan orang) - Merupakan simbol dalam perhubungan yang mana kerap kali dilukis oleh individu yang mempunyai aspek-aspek kehidupan yang saling berpasangan dalam hidupnya yang mengganggu pertumbuhan seseorang, contohnya melibatkan kisah cinta tiga segi atau membuat pilihan mengahwini salah seorang teman hidup buat pasangan bercinta. 20. Dipasangkan tiga bentuk gambar rumah, pokok dan orang rapat-rapat atau dilukis sekali - Menggambarkan individu yang tersepit dalam kehidupan yang amat merumitkan yang membuatkan individu tertekan dan menghalang perkembangan hidup yang normal. - Kehidupan yang terlalu rumit yang memerlukan kehidupan dipermudahkan. 21. Pandangan lukisan dari jarak jauh atau pandangan mata burung - Menggambarkan individu sedang mengawal kebimbangan dalam kehidupannya dengan cuba menjauhkan diri. 22. Pemisahan dan pembahagian pada gambaran lukisan - Individu cenderung untuk mengasingkan diri secara fizikal dan perasaan daripada kehidupan sama ada dari aspek kehidupan, impian dan hubungan kekeluargaan. - Perasaaan enggan menerima dan tekut berhubungan dengan orang lain. - Menafiakan atau sukar menerima perasaan yang menyakitkan. - Ketidakupayaan untuk berkomunikasi secara terbuka. - Lelaki yang lebih muda cenderung untuk memisahkan lukisan berbanding yang lebih berusia. 23. Membuat sisi atau garisan sempadan - Mengelakkan diri dari melibatkan perhubungan secara langsung. - Individu mengelak diri dan mempertahankan kesilapan terhadap sesuatu isu dan perbincangan. - Mengelak perhubungan kemesraan yang lebih mendalam dengan seseorang.
38 24. Melukis seolah-olah gambar ditutupi atau membina dinding seperti orang sedang bermain tali skipping - Berkeinginan untuk mengasingkan diri atau menolak individu yang tidak disukai dalam hidupnya yang dianggap sebagai pesaing dan ancaman. 25. Penambahan dan pembesaran lukisan gambar bahagian atas lukisan - Terutama pada lukisan gambar pokok :- berkeinginan untuk dilihat sebagai berpengaruh dan berkuasa. - Dapat juga dilihat pada individu yang sering berfantasi dan berkeinginan dirinya dipuji dan tidak suka diperkecil-kecilkan. 26. Penambahan dan pembesaran lukisan gambar bahagian bawah lukisan - Berkaitan dengan individu yang ingin rasa kebersamaan dan rasa diterima oleh kelompok sosialnya. - Dapat juga dilihat pada lukisan individu yang cuba menyembunyikan sebahagian tubuh badannya. - Sering juga dikaitkan dengan perasaan bersalah dan perasaan rendah diri. 27. Menutupi atau membina garisan bersilang pada bahagaian bawah lukisan - Menunjukkan individu mempunyai keluarga yang tidak stabil dan menginginkan kestabilan. 28. Melakar garisan sepanjang bahagian atas yang memperlihatkan awan serta petir - Menandakan individu mengalami kebimbangan dan takut yang serius. - Emosinya terganggu. 29. Membuat garisan di bahagian bawah kertas - Menunjukkan perwatakan individu yang tertekan dan keluarganya yang tidak stabil. Individu memerlukan sokongan untuk kestabilan. - Emosinya terganggu. 30. Membuat garisan bawah pada elemen gambar sama ada rumah, pokok dan orang. - Menunjukkan cubaan untuk mendapatkan kestabilan dalam hidup. 31. Gambaran perasaan pada lukisan orang - Bermuka muram yang mengambarkan individu sedang bersedih, kecewa atau riaksi sedang marah, dendam dan meluat. - Untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi individu, adalah lebih baik sekiranya dibuat sesi penerokaan yang lebih mendalam atau refleksi perasaan. 32. Subjek atau objek yang berada pada kedudukan tengah lukisan - Merupakan sesuatu yang menjadi perhatian pada kehidupan individu. Penumpuan yang lebih pada sesuatu perkara tadi boleh membuatkan individu rasa bimbang mahupun wujud perasaan kesal. 33. Membawa watak diri sendiri dalam lukisan seperti polis, bomba atau pahlawan - Menggambarkan keadaan individu yang suka berfantasi dan cuba mengaitkan diri dan kehidupannya seakan-akan watak diri yang dilukis. 34. Objek atau subjek yang dilukis pada sudut atau sisi sempadan halaman kertas - Seseorang yang cuba untuk mengasingkan diri dan tidak ingin melibatkan diri dengan mendalam atau serius dalam sesuatu perkara.
39 - suka mempertahankan diri dan suka menafikan sesuatu realiti yang trauma dalam kehidupannya dan ada kemungkinan individu cuba untuk melupakan kisah silamnya yang terlalu pahit untuk dikenang. 35. Objek atau subjek yang berada dibelakang lukisan atau dilukis di bahagian belakang kertas - Seseorang yang berhadapan dengan konflik terhadap apa-apa dan sesiapa yang diletakkan pada lukisan belakang kertas. 36. Ada perkataaan pada lukisan - Menifestasi komunikasi bukan lisan yang sedang menggambarkan keadaan emosi dan fikiran seseorang yang diluahkan melalui tulisan berbentuk perkataan. 37. Lukisan abstrak - Wujud kemungkinan individu ingin lari atau mengelak dari sesuatu isu, mungkin memerlukan usaha penerokaan yang mendalam minda bawah sedar agar lebih disedari. 38. Perbandingan lukisan yang penuh dan kosong - Lukisan yang dilukis dengan padat menggambarkan seseorang yang bertenaga dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan manakala - Lukisan yang nampak kosong adalah berkaitan dengan keadaan individu yang berasa kurang semangat dan mungkin mengalami penyakit yang serius dan berasa kabur terhadap masa depannya. 39. Keadaan objek atau subjek dilukis secara berulang-ulang - Berkaitan dengan masa atau keadaan yang penting, sama ada sudah berlalu, masa sekarang dan akan datang pada kehidupan seseorang. 40. Lukisan pada objek atau subjek yang kelihatan berputar - Menggambarkan diri individu ingin kelainan dalam hidupnya agar lebih mendapat perhatian daripada orang sekelilingnya. 41. Subjek tertentu yang diangkat dalam gambar - Menunjukkan individu tersebut di anggap sebagai dominan atau menguasai hidupnya. - Sekiranya gambar lukisan itu mewakili dirinya. Hal ini menunjukkan bahawa individu berusaha untuk mendapatkan pengaruh dan ingin di anggap lebih dominan dan dapat menguasai situasi hidupnya. 42. Penambahan kepanjangan dan pembesaran sesuatu pada objek dalam lukisan - Penambahan kepanjangan dan pembesaran boleh jadi pada lukisan tangan yang sedang memegang objek seperti sudu, buluh, kayu hoki atau sebagainya. Hal ini menggambarkan seseorang yang ingin memberi kawalan yang lebih besar terhadap sesuatu persekitarannya. - Situasi boleh jadi sama ada ingin memberi kawalan terhadap kejayaan mahupun kegagalan yang sedang dialami dalam kehidupannya.
40 SIMBOL-SIMBOL (S) 1. Angin - Simbol kepada perasaan tertekan. - Dari bawah ke atas : mengelak diri dari realiti dan masuk alam fantasi. - Dari atas ke bawah: mengelak fantasi dan ingin kembali kepada realiti. - Dari arah pokok kea rah subjek: kecenderungan untuk melihat kejayaan diri. - Bertiup ke arah subjek: keinginan untuk menafikan rasa tertekan dan masuk alam fantasi. - Bertiup ke semua arah: kegagalan kawal tekanan. 2. Antena atau Astro - Berkaitan dengan seseorang yang sukakan hiburan dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan di dalam rumah dan adakalanya menunjukkan keadaan rumah yang membosankan. 3. Awan - Kebimbangan yang sedang bermain di fikiran seseorang. - Bilangan awan berkaitan dengan bilangan keluarga atau berkaitan cinta tiga segi. 4. Badut - Menunjukkan perasaan runsing atau terancam terutama pada diri kanak-kanak. - Ada pengalaman kemurungan atau terdapat keluarga yang sakit. - Berkeinginan keluarga yang lebih bahagia dan ceria. 5. Bahan buangan / tong sampah / sisa kotoran - Berkaitan dengan keinginan individu untuk menolak keluar seseorang yang wujud dan menganggu kehidupannya. 6. Basikal - Sekiranya yang melukis adalah lelaki menunjukkan bahawa individu sedang berusaha mencapai tahap penampilan kelakian (maskulin). 7. Bola - Melambangkan simbol kepada persaingan, tenaga, semangat, ancaman dan cabaran. Biasanya lukisan bola boleh wujud dalam keadaan dipegang, ditendang atau dilantunkan. - Keadaan bola yang dibaling atau ditujukan pada seseorang adalah menggambarkan individu berkenaan ingin bersaing dan adakalanya juga wujud perasaan cemburu atau rasa terancam terhadap individu tersebut. - Sekiranya keadaan bola hanya dipegang atau keadaan bola kelihatan dilantus atas dan bawah menunjukkan bahawa individu ingin bersaing tetapi individu masih lagi tidak jelas apa yang ingin dilakukan atau individu masih tidak berani untuk bertindak. - Keadaan bola yang kelihatan terawang-awang dilangit pula menjelaskan bahawa individu sukakan cabaran dan ingin persaingan dalam persekitaran hidupnya. Keadaan bola sedang ditendang mengambarkan individu suka bermain, seorang yang bertenaga dan sukakan persaingan. - Bola yang hanya dipegang atau dilukis berada di atas kepala sebagai lambang yang menunjukkan individu terasa terancam dan cemburu terhadap seseorang dan ingin bersaing untuk mendapatkan perhatian orang yang penting dalam hidupnya. Sekiranya bola yang dipegang di atas kepala bukan dirinya tetapi ditujukan pada individu lain adalah menggambarkan individu ingin bermain atau bersaing dengan individu berkenaan tetapi hajatnya tertahan atas faktorfaktor tertentu.
41 - Kekuatan sesuatu persaingan, ancaman, tenaga dan cabaran pada simbol bola dapat ditentukan oleh struktur dan bentuk pada lukisannya seperti saiz, tahap tekanan mahupun digelapkan pada lukisan bola tersebut. 8. Bayang-bayang - Bayang-bayang mungkin dilukis pada rumah, pokok atau orang. - Bayang melambangkan perasaan kebimbangan terhadap gambaran yang dilukis. 9. Belon - Mengambarkan keinginan seseorang untuk berasa bebas, berpengaruh dan rasa dihormati. 10. Benda-benda bercahaya (api, matahari , lampu) - Menunjukkan individu berkeinginan untuk lebih disayangi dan kemesraan dalam hidup. 11. Bertemakan air (kolam renang, kolam hiasan, laut) - Berkemungkinan menghadapi kemurungan. 12. Berus cat - Biasanya berada di tangan. - Berkaitan dengan simbol rasa dihukum dan berasa diri lemah dan letih. 13. Bintang - menunjukkan individu rasa kehilangan dan kekurangan dari segi fizikal dan emosi. 14. Bulan - Berkaitan dengan kemurungan. 15. Bulatan - Lukisan bulatan yang dilakar pada objek biasanya menujukkan perasaan runsing. - Berkemungkinan individu mengalami penyakit skizofrenia. 16. Bunga - Individu sedang berusaha mencari kasih saying dan keindahan . - Lakaran bunga di bawah pinggang menunjukkan dirinya seorang bersifat kewanitaan. 17. Burung - Menunjukkan individu mencari kebebasan dan cuba melepaskan diri dari kongkongan. - Sarang burung pula berkaitan dengan kerinduan pada masa lampau untuk mendapat keselamatan di tempat tinggal. 18. Butang - Menunjukkan individu inginkan tempat untuk bergantung dan memerlukan perlindungan. - Menunjukkan sikap kebergantungan dan memerlukan perlindungan. 19. Dapur - Berkaitan dengan sikap suka makan dan memenuhi keperluan mulut. - Memerlukan perlindungan dan penjagaan. 20. Daun - Berkaitan dengan sikap inginkan tempat bergantung dan dilindungi terutama daripada ibu dan bapa.
42 - Sekelompok daun yang banyak menunjukkan kemesraan, penjagaan dan kasih sayang dari keluarga atau orang yang hamper dengannya. 21. Drum / Gendang - Simbol peraaan marah yang terpendam yang tidak dapat diluahkan sacara terbuka terutama bagi kanak-kanak. 22. Bahan buangan dan sampah - Terutama kanak-kanak yang berasa sedih dan terancam dengan kelahiran orang atau adik baru. - Menggambarkan perasaan cemburu dan bersaing. 23. Gunung - Sikap suka mempertahankan diri. - Inginkan sokongan. - Kebergantungan dengan ibu. 24. Hujan - Menunjukkan seseorang sedang mengalami kemurungan. 25. Jalan raya yang lurus - Mengambarkan individu ingin kembali bertaubat daripada sesuatu kesilapan yang pernah dilakukan atau kembali kep pangkal jalan. Wujud perasaan bersalah dan ingin kembali jalan yang benar. 26. Katil - Berkaitan dengan aktiviti seksual atau kemurungan. 27. Kayu balak - Berkaitan dengan sifat kelakian yang tinggi dan ingin menjadi lebih perkasa. 28. Kereta api - Simbol kepada keperluan untuk mendapat pengiktirafan sosial dari segi kuasa. 29. Kucing - Menunjukkan sifat berbelah bahagi terhadap watak ibu. - Konflik dengan ibu atau sifat kewanitaan. 30. Kuda - Biasanya dilukis oleh perempuan. 31. Lampu - Mengambil berat tentang cinta dan isu-isu kemesraan seksual. 32. Layang-layang - Menunjukkan individu ingin lari dari keluarga yang terlalu mengongkong. 33. Matahari - Simbol kepada autoriti seperti ibu atau ayah. - Menunjukkan individu memerlukan kasih sayang dan kemesraan. - Matahari kelihatan malap atau gelap melambangkan perasaan kemurungan. - Kecenderungan ke arah matahari menginginkan kemesraan dan penerimaan.
43 - Memandang ke arah matahari menunjukkan rasa ditolak atau tidak diterima dalam hidup. - Perempuan lukis matahari yang suka bergantung. 34. Mesin potong rumput ( sesuatu seperti kapak dan benda-benda tajam) - Simbol persaingan dan sedang bersaing terutama dengan seseorang yang dominan. - Berusaha untuk lebih rasa berpengaruh dan cuabaan untuk mengawal keadaan. 35. Motosikal - Berkaitan dengan pengaruh dan kuasa. 36. Nombor atau bilangan sesuatu objek yang dilukis - Memberi sesuatu makna yang boleh diterokai dengan lebih mendalam. - Kadang-kadang bilangan bunga melambangkan bilangan ahli dalam keluarga. 37. Objek yang tajam dan berbahaya (pisau, tukul, senapang dan sebagainya) - Menunjukkan sikap permusuhan dan agresif. 38. Papan tanda ‘berhenti’ atau ‘stop’ - Cubaan untuk kawal tingkah laku yang tidak bersesuaian. 39. Palung (cribs) - Menunjukkan perasaan cemburu terhadap kelahiran adik-beradik baru. 40. Penyapu - Menunjukkan individu mementingkan kebersihan. 41. Penyedut hampagas (vacum) - Simbol kekuasaan, mengawal apabila dilihat sebagai alat pembersihan. Gambar vacum yang sedang dipegang terutama ibu mengambarkan bahawa ibunya seorang yang suka mengawal dan bersikap suka mendesak. - Berkaitan dengan pengalaman zaman kanak-kanak seseorang yang kurang diberi kepuasan di bahagian mulut, kemiskinan serta mengalami kebuluran. 42. Pakaian renang - Selalunya dilukis oleh lelaki yang sedang mengalami kecenderungan kemurungan dan suka mengasingkan diri. - Seorang lelaki yang sedang melukis dirinya sedang memakai pakaian renang menunjukkan dirinya sedang runsing memikirkan pengharapan bapanya yang terlalu tinggi terhadap dirinya yang membuatkan dirinya semakin tertekan dan menjadi semakin lemah. 43. Pelangi - Lambang seseorang yang mengimpikan kehidupannya yang lebih ceria, harmoni dan dipenuh warna-warni. 44. Peti ais - Berkaitan dengan reaksi kemurungan dari perbuatan yang menyimpang dan tidak bermoral. 45. Rama-rama - Berkaitan dengan seseorang yang mencari cinta dan keindahan dalam hidup.