SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KLUANG,
JALAN 4, TAMAN INTAN,
86000 KLUANG,
JOHOR.
EMAIL: [email protected]
TEL.: 077766061
PIMBGesyAuagruantg
KALI KE- 22
Dirasmikan oleh:
JaA&miudailnfitriAS SHEPIKEHGATWUAAINKAHDAIJDIASEARBAAHRKULDUDANINGBIN ISNIN
28 MEI 2022
8.00 PAGI
DEWAN SRI INTAN SRAB
KLUANG
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. ATURCARA MAJLIS 1
2. MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE- 21 2 - 10
3. PENYATA KEWANGAN 11 - 18
4. PEMBENTANGAN USUL 2022 19 - 22
8.00 PAGI : PENDAFTARAN
8.30 PAGI : MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUNAN
10.30 PAGI : BACAAN DOA
10.35 PAGI : UCAPAN YDP PIBG
10.45 PAGI : UCAPAN PERASMI;
10.55 PAGI AS SHEIKH TUAN HAJI SABARUDDIN BIN ISNIN
: TAYANGAN MONTAJ
11.00 PAGI : CABUTAN BERTUAH
11.15 PAGI : ANUGERAH UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS
(UKDK) 2021
11.30 PAGI : JAMUAN AIDILFITRI
: PERSEMBAHAN MURID
: CABUTAN BERTUAH
: PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BUSANA
AIDILFITRI TERCANTIK
12.30 TENGAHARI: BERSURAI
1
Tarikh : 14 April 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Aplikasi atas talian (Google Meet)
Kehadiran : 202 orang
Pengerusi Mesyuarat : Tn. Salehuddin bin Said
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Ibu bapa, Ahli
Jawatankuasa dan guru-guru dapat mengikuti Mesyuarat
Agung Kali ke 21 secara atas talian.
1.2 Mengucapkan tahniah kepada SRAB Kluang yang telah
meraih banyak kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan
secara atas talian.dalam situasi penularan pendemik Covid hari
ini.
1.3 Memaklumkan Minit Mesyuarat Agung dan Laporan
Kewangan dapat di akses pada pautan yang telah disediakan
menerusi aplikasi yang diberi.
Tindakan: Makluman
2
2. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG
LALU
2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke 20. Meminta ibu bapa menyemak buku program digital yang
telah dihantar menerusi talian.
Cadang disahkan – Encik Azam Nazri bin Ridzuan
Sokong disahkan – Encik Mohd Suhail bin Hassan
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA
KEWANGAN
4.1 Puan Asmah Laili binti Sa’don (Bendahari) membentangkan
penyata kewangan bermula 1 Januari dan berakhir 31 Disember
2020.
Cadang Disahkan – Encik Muaz bin Mokhtar
Sokong Disahkan – Encik Tengku Ismariza bin Tengku Ismail
4.2 Encik Zulkarnain meminta penjelasan berkaitan bayaran projek
mengecat bangunan yang mempunyai nilai debit dan kredit pada
waktu yang sama dan penyata kewangan yang bertarikh 24
Februari 2021.
(i) Bendahari menjelaskan bayaran mengecat bangunan sekolah
berlaku kesilapan dari pihak bank dan menyebabkan pembayaran
dibuat dua kali. Manakala pada tarikh 24 Februari jumlah
pengeluaran agak besar kerana membiayai program dua dalam satu
anjuran PIBG iaitu Hari Anugerah SDEA, UPKK dan Mesyuarat
PIBG.
ii) Encik Zulkarnain mencadangkan puan bendahari dapat membuat
catatan sebagai makluman supaya tidak berlaku kekeliruan..
4.3 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Puan Asmah Laili
binti Sa’don yang cemerlang dalam melaksanakan tugasnya sebagai
Bendahari PIBG. 3 Tindakan: Makluman
5. PEMBENTANGAN DAN PEMBAHASAN USUL
5.1 USUL DARIPADA ENCIK MUHAMAD NAZROL HISHAM
BIN JAMANI
Usul 1
Cikgu fokus kepada target soalan UPSR supaya murid lebih fokus.
Usul 2
Gunakan teknik pembelajaran yang mudah difahami dan
menyeronokkan.
Mencadangkan sasaran untuk UPSR mendapat tempat yang terbaik.
Maklum Balas: Pn. Hjh. Rositah (Guru Besar) menyatakan usaha
yang berterusan untuk mendapatkan kecemerlangan anak didik Srab
sentiasa dilaksanakan. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran secara
atas talian dan pendekatakan PAK-21 juga direalisasikan dalam dan
luar talian. Pematuhan S.O.P juga diterapkan semasa mengajar.
Pihak sekolah berusaha keras memastikan pdpc dapat menarik
perhatian anak murid. Bantuan dan bimbingan ibu bapa juga perlu
bekerjasama untuk memantau anak-anak melaksanakan latihan yang
diberi oleh guru.
5.2 USUL DARIPADA PUAN NORLIANA BINTI MOHD NASIR
Usul 1
Adakan kelas tambahan untuk murid tahun 6
Maklum Balas: Pn. Hjh. Rositah menyatakan pihak sekolah telah siap
merangka kelas tambahan dan akan mula beroperasi selepas Hari
Raya Aidilfitri.
4
5.3 USUL DARIPADA ENCIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN AB
HAMID
Usul 1
Waktu pembelajaran dijalankan seperti biasa daripada jam 8 pagi
hingga 4.30 petang untuk mengelakkan anak- anak tertinggal silibus.
Maklum Balas:
-Tuan Pengerusi memaklumkan pembelajaran di Srab Kluang
bermula jam 7.30 hingga 1.30 petang adalah disebabkan pendemik
Covid 19 yang masih menular dan dilarang murid berada terlalu
lama di Sekolah. Kurikulum KPM tidak dikurangkan pihak sekolah
mengikut saranan daripada KPM.
-Pn. Hjh. Rositah menyatakan pendidikan agama juga telah disusun
supaya pembelajaran murid tidak tertinggal dan dapat mengikuti
standard Kurikulum Sekolah Agama Negeri Johor sepenuhnya.
5.4 USUL DARIPADA UMMI BAIHAQI
Usul 1
Mencadangkan anak-anak membawa bekas makanan yang kosong
dari rumah dan diletakkan dikantin untuk diisi oleh pihak kantin.
Maklum Balas:
Puan Norlaila binti Hj. Misni (Penolong Kanan HEM) menjelaskan
bahawa saranan KKM tidak praktikal dan menurutnya lebih baik
menggunakan bekas pakai buang.
5
5.5 USUL DARIPADA ENCIK ATTHAR
Usul 1
PDPR Subjek Kurikulum Agama sebelah petang adakah diteruskan
atau di batalkan.
Maklum Balas: Puan Nor Azlina binti Mohd Yasin (Penolong Kanan
Pentadbiran) menjelaskan masih diteruskan dan dijadikan sebagai
aktiviti pengukuhan dan latihan yang dibekalkan oleh guru subjek
semasa di dalam kelas.
5.6 USUL DARIPADA PUAN NORMAH MOHD KASIR
Usul 1
Mencadangkan pihak kantin dapat mengurangkan rasa pedas pada
makanan anak- anak.
Maklum Balas: Pn. Norlaila memaklumkan perkara tersebut
sebelumnya dan pihak kantin akur akan perkara tersebut.
5.7 USUL DARIPADA PUAN NURUL ASYIKIN BINTI
ZULKIFLI
Usul 1
Bagaimana cara pihak sekolah melakukan sanitasi dalam kelas.
Maklum Balas: Puan Norlaila binti Hj. Misni menjelaskan sanitasi
telah dilakukan oleh guru di dalam kelas pada setiap hari
persekolahan di kerusi dan meja murid 5 minit sebelum mereka
pulang.
Tindakan: Makluman
6
6. HAL- HAL LAIN
6.1 Pengerusi menyatakan bayaran yuran PIBG kekal RM60.00
perkeluarga seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung
sebelumnya.
6.2 Bendahari menjelaskan keuntungan jualan maqsaf dapat
menampung dua buah penghawa dingin, mesin pencetak dan
menampung sebahgian kos langsir bilik mesyuarat.
6.3 Tuan Pengerusi memaklumkan dana Dewan Terbuka Sekolah
masih kekurangan dan memohon jasa baik ibu bapa yang ada kenalan
dapat meyebar luaskan akaun Tabung Pembinaan Dewan Terbuka
sebagaimana yang tertera di pagar sekolah sangat dialu-alukan.
6.4 Bendahari menjelaskan akaun yuran makan adalah berbeza
dengan akaun Tabung Dana Dewan Terbuka dan berharap Ibu bapa
dapat memastikan tidak salah akaun semasa membuat pembayaran
secara atas talian .
Tindakan: Makluman
7
7. PEMBUBARAN JAWATANKUASA 2020
• Yang Dipertua - Tn. Salehuddin bin Said
• Naib Yang Dipertua - Encik Mohd Jamil bin Abdul Hamid
• Setiausaha - Puan Suraya binti Yunus
• Bendahari - Puan Asmah Laili binti Sa’don
• AJK (ibu bapa)
- Encik Mohd Qhorizam bin Md Zain
- Puan Azlina binti Miskam
- Puan Aryanti binti Abdullah
- Encik Mohd Yusof bin Keton
- Encik Mohd Elias bin Ali
• AJK (guru)
- Puan Suhaidah binti Salim
- Puan Rozalina binti Abd Rahman
- Puan Noraini binti Abas
- Cik Fatimatuzzahrak binti Hj. Thomin
• Pemeriksa Kira- kira
- Pn. Noor Asdiana binti Zainal
- Puan Rafiza binti Rejmi
7.1 Pengerusi mewakili Jawatankuasa PIBG sesi 2020 memohon
kemaafan sepanjang menjalankan tugas dan amanah yang diberi.
7.2 Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2020.
Tindakan: Makluman
8
7. PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2021
8.1 Lantikan YDP dan Ajk 2021 telah diundi dalam aplikasi Google
Form iaitu:-
YDP terdiri daripada : Tuan Salehuddin Bin Said
: En Zulkarnain Iskandar
En. Zulkarnain menolak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua kerana
komitmen yang tinggi pada tugas dan mencadangkan Encik Mohd
Jamil Bin Abdul Hamid kekal sebagai Naib Yang Dipertua.
• Yang Dipertua - Tn. Salehuddin bin Said
• Naib Yang Dipertua - Encik Mohd Jamil bin Abdul Hamid
• Setiausaha - Puan Suraya binti Yunus
• Bendahari - Puan Asmah Laili binti Sa’don
• AJK (ibu bapa)
- Dr. Shamsul bin Mohamad
- Encik Khaironi bin Mohd Tahir
- Puan Aida Hafizah binti Hamid
- Puan Nur Sheda binti Mohd Said
• AJK (guru)
- Encik Abdul Aziz bin Mohd Taha
- Puan Zuraidah binti Ab Latif@Latiff
- Puan Hazleyana binti Omar
- Puan Siti Azrani binti Sufaat
• Pemeriksa Kira- kira
- Puan Rafiza binti Rejmi
- Puan Tasrifah binti Aswoto
Tindakan: Makluman
9
9. UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Pengerusi mengucapkan Tahniah atas lantikan baru dan terima
kasih kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada barisan AJK
PIBG. In shaa Allah akan bermesyuarat selepas Syawal
Mengharapkan ibu bapa terus memberikan kepercayaan kepada
pihak sekolah untuk mendidik anak murid lillahi ta’ala seterusnya
memberikan komitmen yang baik untuk kejayaan anak-anak. Terima
kasih atas kerjasama AJK PIBG dari kalangan Ibu bapa dan guru
bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.
Mesyuarat ditangguhkan jam 11.09 pagi.
Disediakan oleh;
(SURAYA BINTI YUNUS)
Setiausaha PIBG,
SRAB Kluang
Disahkan oleh;
(SALEHUDDIN BIN SAID)
Yang Dipertua PIBG,
SRAB Kluang
10
11
12
13
14
15
16
17
18
BIL. 1
USUL DARIPADA PUAN NUR HAMIZAH SYAHIRAH BINTI
RUHAIZAT
Usul 1
Bayaran makanan waktu rehat dimasukkan sekali dalam makanan
tengahari kerana ada murid yang hilang duit di sekolah.
Usul 2
Kelas mengaji al- quran di masukkan ke dalam jadual.
BIL. 2
USUL DARIPADA PUAN NOR ADZHILA BINTI RASIDI
Usul 1
Mengaji al- quran.
19
BIL. 3
USUL DARIPADA ENCIK MOHD FIRDAUS
Usul 1
Makan 2 kali sehari.
Usul 2
Naikkan yuran makan sebanyak RM5.
BIL. 4
USUL DARIPADA PUAN NOORASHIKIN BTE ABDUL
RAHMAN
Usul 1
Mengadakan kotak simpanan buku utk setiap murid yang diletakkan
di dalam kelas bagi tujuan mengurangkan bebanan beg sekolah.
Usul 2
Pihak sekolah menyediakan kelas tambahan bagi murid-murid yang
perlukan perhatian khas dan kuran1g tumpuan di kelas.
20
BIL. 5
USUL DARIPADA PUAN AIDA SYAHIRA BT NORANI @
AZLIE
Usul 1
Mewujudkan locker yang boleh disewakan kepada ibubapa yang
berminat,agar murid dapat memanfaatkan locker tersebut untuk
penyimpanan persalinan baju waktu petang (demi menjaga
kebersihan) dan dapat menyimpan barang yang perlu agar murid
dapat meminimumkan bebanan beg.
Usul 2
Mewujudkan laluan ilmu (info-info tentang fakta sains,akhlak dan
tauhid bagi mendedahkan murid akan kebesaran Allah di sepanjang
laluan berbumbung).
21
BIL. 6
USUL DARIPADA ENCIK KHAIRONI BIN TAHIR
Usul 1
Kualiti makanan di kantin tidak memuaskan dan tidak mencukupi.
Usul 2
Pemakaian uniform sekolah adalah kurang disebabkan murid banyak
hari pakai baju kokurikulum.
BIL. 7
USUL DARIPADA ENCIK MOHD RAZIF BIN KAYAT
Usul 1
Menu sarapan pagi dan yuran bulanan bagi sarapan pagi.
BIL. 8
USUL DARIPADA ENCIK MOHD AZRI BIN ARIFIN
Usul 1
Bagaimana hendak memastikan buku yang ditinggalkan di kelas
berada pada keadaan selamat dan tidak hilang?
22
SETULUS BUDI SEUNTAI KASIH...
SETINGGI- TINGGI PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SRAB KLUANG
&
SELURUH WARGA SRAB KLUANG