BIODATA DIRI
Nama : Ren Syera A. Emeh E-mel :
No. KP : 030624-12-0244 864-27-ren@epembelajaran
No. Matrik : P21014648 .edu.my
Angka Giliran : Bilangan Anak Dalam Keluarga :
2021012310047 Empat
Kaum : Dusun Anak Yang Ke Berapa : Kedua
Agama : Kristian Tarikh Lahir : 24 Jun 2003
Jantina : Perempuan Alamat : Kampung Kebuh
No. Telefon : 01151163780 Baru, Peti Surat 1271,
89308 Ranau, Sabah.
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN I - SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU ………………………………….1
● Sistem Tulisan Pallawa ………………………………………………………………………………………………..2-3
● Sistem Tulisan Kawi ……………………………………………………………………………………………………4-5
● Sistem Tulisan Jawi …………………………………………………………………………………………………….6-7
● Sistem Ejaan Za’ba ………………………………………………………………………………………………………….8
● Sistem Ejaan Rumi Kongres …………………………………………………………………………………………….9
● Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu ……………………………………………………………………………..10
BAHAGIAN II - SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA …………………………………………………………………………………………………………...11-15
● Peranan Pejabat Karang-Mengarang ………………………………………………………………………..16-17
● Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa ………………………………………………...18
● Peranan ASAS 50 …………………………………………………………………………………………………..19-20
ISI KANDUNGAN
● Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan ……………………………………………………………………….21
➔ Laporan Barnes (1951) ………………………………………………………………………………….21-22
➔ Laporan Fenn-Wu (1951) ……………………………………………………………………………...23-24
➔ Ordinan Pelajaran (1952) ……………………………………………………………………………….25-26
➔ Laporan Razak (1956) …………………………………………………………………………………...27-28
● Pengenalan Bahasa Melayu Moden ………………………………………………………………………………..29
➔ Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) …………………………………………………….29-31
➔ Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan ………………………………………………...32-35
BAHAGIAN III - CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU …………………………………..36-37
● Pendidikan …………………………………………………………………………………………………………………...38
● Ekonomi ……………………………………………………………………………………………………………………...39
● Pentadbiran Kerajaan ……………………………………………………………………………………………...40-42
ISI KANDUNGAN
● Kerancuan Bahasa di Media Sosial …………………………………………………………………………...43-45
● Percampuran Kod …………………………………………………...………………………………………………46-47
● Slanga …………………………………………………………………………………………………………………...48-49
Rumusan Bahagian I, II dan III ………………………………………………………………………………………………..50
Sumber Rujukan …………………………………………………………………………………………………………………….51
1
BAHAGIAN I
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN
DALAM BAHASA MELAYU
2
SISTEM TULISAN PALLAWA
Tulisan Pallawa merupakan sistem tulisan terawal yang digunakan di Kepulauan Melayu.
Tulisan ini pada mulanya bertapak di Pulau Jawa dan digunakan dalam penulisan bahasa
Sanskrit. Pada ketika itu, bahasa Sanskrit merupakan bahasa pentadbiran dan ilmu
pengetahuan. Malah, tulisan ini juga yang sebenarnya merupakan bahasa Hindu hanya
digunakan dalam golongan istana sahaja disebabkan oleh adanya kemudahan asas untuk
mengajar orang menulis dan membaca. Tulisan Pallawa juga merupakan sistem tulisan yang
paling awal digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno. Penggunaan tulisan Pallawa dapat
dibuktikan dengan yupa, iaitu tiang batu persembahan yang ditemukan di daerah Muara
Kaman, di antara pertemuan Sungai Mahakam dan Kedang Kepala oleh pekerja topografi
Belanda sekitar tahun 1879. Tulisan yang ditulis pada yupa tersebut ialah bahasa Sanskrit
dalam huruf Pallava. Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta
3
SISTEM TULISAN PALLAWA
4
SISTEM TULISAN KAWI
Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan yang wujud selepas Pallawa yang dipercayai turunan
daripada sistem Pali. Perkataan Kawi diambil daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair atau
penyajak. Tulisan yang dikatakan berasal daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh
orang-orang India dari Coromandel ini digunakan dalam penulisan bahasa Kawi yang dituturkan oleh
orang Jawa ketika itu. Pada peringkat awal wujudnya tulisan Kawi, tulisan ini ditulis pada daun lontar
dan kemudiannya diubah suai dan ditulis pada batu. Penggunaan tulisan Kawi dapat dibuktikan melalui
dua batu bersurat yang ditemukan di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara. Batu bersurat yang ditemukan
dikenali sebagai batu bersurat Joreng (1179M) dan batu bersurat Padang Lawas (1213M). Menurut
Nik Safiah (2010), sistem tulisan Kawi telah menyebabkan wujudnya pelbagai bahasa di
daerah-daerah seperti Batak, Rejang, Lampung dan Kerinci. Tulisan ini berdasarkan kajian dan
kepercayaan telah lenyap pada tahun 1400 Masihi selaras dengan keruntuhan kerajaan Majapahit.
5
SISTEM TULISAN KAWI
6
SISTEM TULISAN JAWI
Tulisan Jawi berasal dari skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan
agama Islam. Skrip Arab tergolong dalam keluarga Semitik daripada cabang Semitik Utama yang menurunkan
keluarga kecil Aramaik dan seterusnya kepada Nabataen dan skrip Arab. Pada abad ke 7 Hijrah, kerajaan Pasai
dikatakan merupakan kerajaan pertama di kepulauan Melayu yang menjadikan agama Islam sebagai agama
rasminya. Raja kerajaan Pasai, iaitu Merah Silu memeluk Islam kemudian menggantikan namanya kepada Sultan
Malik al-Salleh yang wafat pada tahun 1297 Masihi bersamaan dengan 696 Hijarh yang tertulis pada batu
nisannya. Walau bagaimanapun, Islam dikatakan telah bertapak di Kelantan lebih awal dengan adanya penemuan
sekeping wang emas, iaitu al-Julus Keantan yang bertarikh 577 Hijarah dan terdapat tulisan yang bermaksud
‘menduduki Kelantan’. Pada akhir abad ke 8 Hijrah, seorang anak raja Palembang bernama Parameswara yang
memberikan dirinya kuasa ke atas Melaka, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah
pada 812 Hijrah. Di Pulau Jawa pada 803 Hijrah, seorang pendakwah yang juga dikenali sebagai seorang wali
bernama Maulana Malik Ibrahim mula mendakwah Islam. Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu banyak
mengubah masyarakat dalam pelbagai aspek seperti budaya.
7
SISTEM TULISAN JAWI
8
SISTEM EJAAN ZA’BA
Sistem ejaan Za’ba muncul ketika Pendeta Za’ba membuat perubahan kepada sistem Ejaan
Wilkinson. Sistem ini turut dikenali sebagai ejaan yang digunakan di sekolah di Tanah Melayu. Sistem
ejaan Za’ba daripada satu pandangan memperlihatkan kaedah penggunaan lambat huruf yang beraneka
ragam sehingga mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari
yang melibatkan tulisan Rumi. Penggunaan sistem ejaan za’ba menjadi semakin sukar dengan adanya
pengejaan kata yang masih merujuk kepada sistem ejaan Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan
yang lain yang digunakan dalam pelbagai jenis kamus seperti dwibahasa yang terbit serta tersebar sejak
tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistem yang ada dan cara penggunaan yang pelbagai
menyebabkan beberapa pihak tertentu terdorong untuk menampilkan beberapa sistem ejaan Rumi baru
dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan
Rumi yang kenali sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongress (1956) dan Ejaan Rumi
PBMUM (1959).
9
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Sistem ejaan rumi Kongres merupakan hasil daripada salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan
dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja
tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu, Sidang tersebut telah memutuskan 16 ketetapan tentang ejaan
bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan bagi tulisan Jawi. Salah satu prinsip
ejaan yang ditetapkan semasa sidang tersebut ialah penggunaan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu
melambangkan fonem dengan satu huruf sahaja. Kedua, perbezaan telah ditetapkan semula dari segi
keserasian vokal dalam suku kata awal dan akhir tertutup. Ketiga, tanda sempang dihapuskan
penggunaannya, kecuali kes-kes tertentu boleh menggunakan tanda sempang. Keempat, terdapat
pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan Kongres
menetapkan supaya perkataan dieja berdasarlam senutannya yang asal. Kelima, terdapat perubahan dalam
penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan penanda sama atau satu se-
dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.
10
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baharu yang ilmiah, praktikal
dan sesuai untuk bahasa Melayu dan bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan tersebut telah dihadiri oleh JK
Bahasa dan Ejaan Melayu yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail, iaitu Pengarah Dewan Bahasa
dan Pelajar dengan sekumpulan Ahli Bahasa Komando Tertinggi Indonesia yang diketuai oleh Nyonya S.W
Ruddjlati Muljadi. Antara 5 perkara yang dipersetujui dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu ialah tentang pemakain
huruf, huruf terbahagi kepada dua jenis, iaitu vokal dan konsonan. Vokal terdiri daripada lima huruf dalam pola
keserasian dan 26 huruf konsonan. Selain itu, senarai gugus konsonan untuk mengeja kata atau istilah pinjaman
daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain serta senarai pola persukuan kata bahasa Melayu.
Seterusnya, penulisan nama khas seperti tempat, orang dan benda disesuaikan dengan pedoman ejaan baharu,
kecuali terdapat pertimbangan khusus untuk mengekalkannya. Di samping itu, cara untuk menulis huruf, iaitu
huruf besar dan huruf miring. Akhir sekali, perkara yang diambil perhatian ialah penulisan harus terdiri daripada
kata turunan, partikel, kata gandaan dan sebagainya. Setiap penulisan hendaklah mempunyai tanda baca agar
lebih menarik.
11
BAHAGIAN II
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA
12
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
● Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu masih digunakan untuk tujuan urusan rasmi di
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan di jabatan polis di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
● Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di negeri-negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa
Melayu dan lulus peperiksaan sebelum disahkan jawatan.
● Banyak pegawai Inggeris yang menguasai bahasa Melayu dengan baik, antaranya, R.O Winstedt, J.R
Wilkinson, W. Marsden, W.G Shellabear, J. Crawfurd, C.C Brown dan W.E Maxwell.
● Selepas Perang Dunia Kedua, kedudukan bahasa Melayu tergugat apabila British mengutamakan bahasa
Inggeris dengan menjadikannya bahasa penghantar di sekolah, kelulusannya menjadi asas untuk
mendapat kedudukan tinggi dan menjadi bahasa pentadbiran.
● Pegawai-pegawai British yang menguasai bahasa Melayu turut memberikan sumbangan tersendiri dalam
perkembangan bahasa Melayu pada zaman Pramerdeka ini. Mereka menghasilkan penulisan tentang
sistem bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu, sejarah, politik dan geografi.
● Tokoh bahasa Melayu Pramerdeka : William Marsden, R.J Wilkinson, Raja Ali Haji, Abdullah Abdul Kadir
Munsyi.
13
TOKOH BAHASA MELAYU PRA MERDEKA
William Marsden R.J Wilkinson Raja Ali Haji Abdullah Abdul Kadir
Munsyi
14
BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA
● Perkembangan bahasa Melayu moden bermula semenjak negara masih belum merdeka.
● Desakan untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu muncul dalam tiga Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu (1952, 1954 dan 1958).
● Laporan Razak (1956) turut mencadangkan supaya bahasa Melayu dijadikan mata.
● Pelajaran wajib di semua sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan.
● Pada zaman ini telah tergubal akta-akta yang menyentuh hal kedudukan bahasa Melayu, malah telah
ditubuhkan institusi yang bertanggungjawab untuk mengembangkan bahasa kebangsaan.
● Tokoh bahasa Melayu Pascamerdeka : Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar, Prof Emeritus Dato’
Nik Safiah binti Haji Abdul Karim, Dato’ Dr Hassan Ahmad
● Akta-Akta yang Berkaitan dengan Pelaksanaan Bahasa Melayu : Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Pindaan 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), Akta Hasutan 1970, Akta Pendidikan 1996.
15
TOKOH BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA
Profesor Emeritus Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan
Dr. Asmah Haji Dato’ Nik Safiah Ahmad
Omar binti Haji Abdul
Karim
16
PERANAN PEJABAT KARANG-MENGARANG
● Pejabat Karang-Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
● Peranan Universiti Perguruan Sultan Idris : Memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan Kesusasteraan Melayu.
● Penubuh : O.T Dussek, Pendeta Za’ba
● Peranan :-
➔ Untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
➔ Untuk memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan.
➔ Membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam
bidang yang diceburi .
➔ Dapat mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan universiti.
➔ Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya.
➔ Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan.
17
PEJABAT KARANG-MENGARANG DI MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (MPSI)
Pejabat Karang-Mengarang di O.T Dussek Pendeta Za’ba
Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI)
PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR 18
PENGETAHUAN BAHASA
● Sebuah badan pembinaan dan perkembangan bahasa Melayu yang telah diasaskan sebelum Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.
● Peranan :-
➔ Mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu lebih mudah disebarkan kepada
orang ramai.
➔ Memelihara, memperlengkap dan memajukan bahasa Melayu.
➔ Memelihara tulisan jawi.
➔ Menyetarafkan ejaan dan perkataan.
➔ Mencipta perkataan baharu.
➔ Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan.
➔ Mengadakan perpustakaan.
➔ Memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan.
➔ Mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu.
➔ Memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.
19
PERANAN ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50)
● Terdiri daripada tokoh-tokoh Melayu, iaitu Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas,
Jimy Asmara, Masuri SN dan Asraf.
● Peranan :-
➔ Memperluas dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
➔ Melindungi hak ahli dan pengarang.
➔ Melahirkan pembaharuan dalam karya sastera.
➔ Ahli-ahli ASAS 50 bersepakat berjuang untuk meluaskan dan meninggikan status
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
➔ Mempelajari bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan, buku, rencana
pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu.
20
TOKOH ASAS 50
Usman Awang Keris Mas
Masuri SN
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN 21
LAPORAN BARNES (1951)
● Disediakan oleh L.J. Barnes (Pegarah Latihan Sosial di Universiti Oxford:
● Tujuan : Menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
● Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India sehingga terbentuknya Laporan Fenn-Wu
1951.
● Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.
● Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa penghantar, maka bahasa yang satu
lagi digunakan sebagai bahasa kedua.
● Jawatankuasa Barnes telah menggariskan Sekolah Melayu bertujuan untuk memupuk perkembangan
individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, mengalak,
merangsang serta membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya
dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau
negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kamu.
22
LAPORAN BARNES (1951)
● Cadangan Laporan Barnes 1951 :-
➔ Menubuhkan sekolah dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar.
➔ Sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan digantikan dengan Sekolah
Kebangsaan.
➔ Pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih
yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
➔ Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
➔ Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah
Melayu.
➔ Pada peringkat sekolah rendah, bahasa penghantar ialah bahasa Melayu.
➔ Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi, bahasa penghantar ialah bahasa
Inggeris.
23
LAPORAN FENN-WU (1951)
● Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu –
Negara China) dan Profesor Dr. Wu The Yao bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
● Tujuan : Mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950.
● Pandangan dan kajian dalam laporan ini akan diserap kemudian dalam Ordinan Pelajaran 1952.
● Diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950.
● Masyarakat Cina pada ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan untuk menghapuskan
bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
● Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan
sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman.
● Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar manakala bahasa lain
sebagai pilihan.
24
LAPORAN FENN-WU (1951)
● Cadangan Laporan Fenn-Wu 1951 :-
➔ Sekolah vernakular, iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah
Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa seperti
Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil serta bahasa
kebangsaan juga diadakan.
➔ Sekolah-sekolah aliran kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
➔ Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan
negara Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia.
25
ORDINAN PELAJARAN (1952)
● Ordinan Pelajaran 1952 juga dikenali sebagai Penyata Pelajaran 1952.
● Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah
Melayu/Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).
● Pada 21 November 1952, Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat
suara.
● Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E. E. C Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran
itu bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan “vernacular” moden
dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu.
● Matlamat :-
➔ Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap
individu.
➔ Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di
negara ini.
➔ Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.
26
ORDINAN PELAJARAN (1952)
● Dasar dan sistem yang diwujudkan untuk mencapai matlamat Ordinan 1952 :-
➔ Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis, iaitu sekolah
aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan bahasa wajib. Manakala, sekolah aliran
Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
➔ Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil
boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan
bahasa perantaraan masing-masing.
➔ Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara
yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini
akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan
dan kelayakan masing-masing.
● Cadangan Ordinan Pelajaran 1952 :-
➔ Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan.
➔ Sementara sekolah vernakular, iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem
persekolahan kebangsaan.
➔ Bahasa Tamil dan Bahasa Cina cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
Ordinan Pelajaran 1952 tidak terlaksana kerana berlaku darurat dan masalah kekurangan wang.
27
LAPORAN RAZAK (1956)
● 6 Mei 1956, Dato’ Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan merangka Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran
1956.
● Selain itu, mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai
Penyata Razak 1956.
● Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha
bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
● Matlamatnya adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.
● Laporan Razak merupakan tokoh ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan
Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India).
● Antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar bagi SRK.
28
LAPORAN RAZAK (1956)
● Antara bidang tugas jawatankuasa tersebut ialah :-
➔ Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang
bangsa.
➔ Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
➔ Menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain.
➔ Mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.
● Cadangan Penyata Razak 1956 :-
➔ Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar akan ditubuhkan untuk memberi peluang
kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina agar terus maju.
➔ Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, dan juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di
Tanah Melayu.
➔ Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan.
➔ Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
➔ Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan yang akan ditubuhkan.
➔ Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra
Universiti.
PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN 29
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
● Pengenalan Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
➔ Kerajaan Malaysia telah menubuhkan DBP pada tanggal 22 Jun 1956.
➔ Penubuhan DBP adalah bertujuan untuk mengembangkan bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan
ketika itu.
➔ Pada tahun 1959, DBP telah dinaik taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959.
● Peranan DBP :-
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi
➔ Dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk
membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan.
➔ Oleh hal yang demikian, pihak DBP telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi
memperkayakan bahasa kebangsaan kita, iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa
Melayu.
30
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
persuratan dalam bahasa kebangsaan
➔ Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang penting dalam industri pencetakan dan penerbitan buku-buku,
risalah-risalah, kamus-kamus serta pelbagai bentuk ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitam
yang terbesar di Malaysia.
➔ DBP bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini
bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting kerana memberi DBP memberi impak yang baik
dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan Negara.
Membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan
➔ Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah rendah, menengah
dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).
➔ Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk
mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan.
31
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
Untuk menggalakkan pengguna bahasa kebangsaan betul
➔ Tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan
betul. Majoriti daripada mereka menggunakan bahasa Melayu yang tidak betul.
➔ Contoh : Rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja
sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan
kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster
untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks.
➔ Oleh hal yang demikian, pihak DBP mewujudkan buku-buku, risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang
menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul dalam kalangan rakyat.
Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut
undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
➔ Pihak DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantau,
pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran bagi memperkembangkan bahasa Melayu.
➔ DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan
program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan proma, iklan, drama dan sitcom televisyen dan radio
yang bersangkutan dengan bahasa Melayu bagi memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.
KERJASAMA SERANTAU DAN 32
PENGANTARABANGSAAN
● Pengenalan :-
➔ Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa
memang telah ada dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu, sejak
zaman Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi dan memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu
dalam tempoh beberapa ratus tahun.
➔ Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi buana secara langsung berkaitan dengan
bidang pendidikan bahasa, khususnya strategi pengajaran bahasa Melayu kepada penutur
asing.
➔ Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa benar-benar menyerlah dalam zaman
bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya walaupun tidak
dominan seperti bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda.
KERJASAMA SERANTAU DAN 33
PENGANTARABANGSAAN
● Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu Di Beberapa Benua Negara
➔ Peringkat serantau dan antarbangsa yang dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh DBP semasa pimpinan Dato’
Haji A. Azizi Deraman, DBP Brunei di bawah pimpinan Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman dan Pusat Bahasa
Indonesia yang diketuai oleh Dr. Hassan Alwi.
➔ Pusat pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden, Belanda pada tahun 1876 dan sehingga kini
pusat itu telah diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat antarabangsa.
➔ Malaysia telah memulakan langkah penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah dengan ditempatkan seseorang
yang bertaraf Profesor di Universiti Leiden. Penubuhan Kursi itu bukan sahaja diharap akan mempertimbangkan
kajian sastera Melayu di Eropah, bahkan turut mengembangkan bahasa, budaya Melayu dan promosi pengetahuan
pelbagai bidang tentang Malaysia khasnya dan Dunia Melayu atau rantau itu amnya.
➔ Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Melayu tekag ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand.
➔ Malaysia juga telah menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China.
Seorang professor telah ditempatkan di sana pada awal tahun 2008 yang lalu.
KERJASAMA SERANTAU DAN 34
PENGANTARABANGSAAN
● Kepentingan Penubuhan Kursi-Kursi
➔ Menjalin dan melestarikan persefahaman budaya serta mengakrabkan kerjasama
antara Dunia Melayu dengan rantau Eropah.
➔ Merangsangkan minat para pengkaji, sarjana, pakar dan cendekiawan yang
berminat dalam bidang sosiologi, antropologi, bahasa, sastera dan budaya
Melayu atau Dunia Melayu secara keseluruhannya.
➔ Senario ini akan turut mencetuskan iklim sosioekonomi dan sosiopolitik yang
lebih kondusif.
➔ Perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu ke peringkat antarabangsa
akan lebih jelas arahnya.
KERJASAMA SERANTAU DAN 35
PENGANTARABANGSAAN
● Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu Melalui Kerjasama Negara
➔ Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat munasabah dan forum-forum
kerjasama yang diwujudkan misalnya Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu
(MABM) dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS), Mesyuarat Kerjasama
Kebangsaan dan Persuratan (MEKKAP) kawasan segi tiga Asia Tenggara.
➔ Usaha-usaha memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa
telah pun dipergiatkan atau disokong oleh pelbgai institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) program seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi, disamping
program sastera atau Minggu Sastera di luar negara.
36
BAHAGIAN III
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA
MELAYU
37
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
● Perkembangan zaman kemerdekaan dan zaman moden telah memberi cabaran
kepada perkembangan bahasa Melayu.
● Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu pada suatu ketika
dahulu menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman empayar Sriwijaya pada abad
ke-7 masihi sehinggalah abad ke-19 masihi, iaitu apabila bahasa Melayu telah
menjadi Lingua Franca di rantau ini.
38
PENDIDIKAN
● Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
● Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
● Kajian oleh Juriah Long et al. (2002) mendapati beberapa kekangan ditemui dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya :-
➔ Tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa. Ini akan menjejaskan kualiti
pengajaran dan hasil pembelajaran murid.
➔ Guru bergantung pada buku teks.
➔ Kemahiran lisan, bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan bukannya secara penggabung jalinan atau penyerapan.
➔ Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza.
➔ Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza.
➔ Murid yang bersikap negatif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.
● Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta
➔ Apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.
➔ Oleh sebab Institusi Pendidikan Swasta (IPS) merupakan sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan maka IPS
mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa pengantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah
jenis kebangsaan atau memohon pengecualian mengikut Seksyen 17 Akta berkenaan.
➔ Kelonggaran IPS memilih bahasa pengantar mereka sendiri telah merendahkan martabat Bahasa Melayu sekaligus melemahkan
pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan.
39
EKONOMI
● Bahasa Melayu dalam Urusan Perniagaan
● Bahasa Melayu dalam Peluang Kerjaya
Bahasa Melayu dalam urusan perniagaan
➔ Dokumen perniagaan syarikat swasta masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
➔ Bahasa Inggeris mendominasi 100% industri perhotelan , syarikat jualan kereta, barangan elektrik dan
computer.
Bahasa Melayu dalam Peluang Pekerjaan
➔ Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru bahasa Melayu
dengan mengikuti kursus-kursus ikhtisas seperti PISMP / DPLI, Bachelor Pendidikan dan sebagainya.
➔ Graduan Bahasa Melayu boleh memilih bidang penulisan kreatif, pengacaraan, editor dan penterjemah.
40
PENTADBIRAN KERAJAAN
● Urusan rasmi dalam negara
● Urusan rasmi antarabangsa
● Pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam
● Perkhidmatan kaunter
● Maklum balas aduan di akhbar dan isu media massa
Urusan Rasmi Dalam Negara
Surat rasmi
➔ Surat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa Kebangsaan.
➔ Jika terima surat selain daripada bahasa kebangsaan, hendaklah dibalas beserta dengan dokumen lampiran dalam
bahasa Kebangsaan.
Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
➔ Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa Kebangsaan.
Dokumen Perjanjian
➔ Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa Kebangsaan.
➔ Dokumen tambahan boleh dilampirkan dalam bahasa Inggeris.
41
PENTADBIRAN KERAJAAN
Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
➔ Urusan surat mesyuarat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan.
Urusan rasmi antarabangsa
Surat rasmi antarabangsa
➔ Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan
bersertakan dengan lampiran dalam bahasa Inggeris.
Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
➔ Urusan surat mesyuarat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris.
➔ Terjemahan dalam bahasa Kebangsaan diperlukan tujuan rekod dan semakan.
Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
➔ Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris.
42
PENTADBIRAN KERAJAAN
Pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam
➔ Hendaklah dalam bahasa Kebangsaan.
Perkhidmatan kaunter
➔ Menggunakan bahasa Kebangsaan.
➔ Boleh menggunakan bahasa lain yang difahami oleh pelanggan.
Maklum balas aduan di akhbar dan isu media massa
➔ Sebarang isu atau maklum balas menggunakan bahasa Kebangsaan.
➔ Jika siaran dalam bahasa Inggeris perlu ada terjemahan dalam bahasa kebangsaan.
➔ Salah tafsir boleh dapat dielakkan.
43
KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Faktor-faktor Berlakunya Kerancuan Bahasa Melayu
● Pengaruh bahasa ibunda
● Pengaruh bahasa dialek/daerah
● Pengaruh bahasa asing
● Pengaruh teknologi
● Pengaruh majalah, cerpen dan novel
Pengaruh Bahasa Ibunda
➔ Kerancuan bahasa Melayu berlaku kerana terdapat pengaruh bahasa ibunda yang digunakan oleh murid-murid di
sekolah. Bagi murid Melayu, kesalahan tersebut kurang ketara berbanding murid bukan Melayu. Satu daripada
kesalahan umum murid bukan Melayu ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi e’ dan e semasa
membaca dan menulis.
Contoh :-
➔ Perang (warna) – perang (gaduh)
➔ Sepak (tampar) – Sepak (tending)
44
KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Pengaruh Bahasa Dialek/Daerah
➔ Bagi murid-murid, bahasa dialek/daerah ini sudah menjadi bahasa pertama yang mereka perolehi dari
rumah. Maka, dalam pertuturan seharian mereka akan menggunakan bahasa tersebut.
Contoh :-
➔ bahasa dialek Perak seperti wanita itu tidak perasan ada orang mengikutinya………
Pengaruh Bahasa Asing
➔ Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan faktor murid bertutur dan
menulis dalam bahasa Melayu yang salah penggunaannya. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan
istilah yang tidak tepat.
45
KERANCUAAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Pengaruh Teknologi
➔ Sekarang masyarakat mudah berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan sistem yang baik
seperti laman interaksi menggunakan media sosial seperti ‘facebook’, blog dan twitter atau menggunakan
telefon bimbit. Kebanyakan medium bahasa yang digunakan bercampur aduk antara bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Hal ini demikian telah menimbulkan kecelaruan atau kekeliruan serta kesalahan dalam
penggunaan bahasa Melayu.
Pengaruh Majalah, Cerpen dan Novel
➔ Selain daripada penggunaan teknologi, pengaruh bahan-bahan cetakan dan bacaan yang kadang-kadang
bersifat picisan juga telah berjaya mempengaruhi murid-murid menggunakan bahasa Melayu rancu.
Terdapat banyak kesalahan bahasa yang digunakan oleh penulis atau pengarang, untuk menjadikan bahasa
Melayu yang digunakan dalam majalah, novel dan cerpen semata-mata untuk melahirkan bahasa yang
digunakan menarik dan sesuai dengan bahan yang hendak ditulis namun mengenepikan penggunaan bahasa
Melayu yang betul.