46
PERCAMPURAN KOD
Definisi Percampuran Kod
➔ Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang
boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur
mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain. Fenomena ini
amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti
bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya.
Penggantian Konsonan [m], [n] ke [ng]
➔ Bahasa Melayu Baku : Dialek Terengganu
➔ Dalam : Dalang
➔ Ikan : Ikang
47
PERCAMPURAN KOD
Penghilangan Konsonan
➔ Bahasa Melayu Baku : Dialek Terengganu
➔ Sampai : Sapa
➔ Bantal : Bata
Konsonan [s], [f] di akhir diganti dengan [h]
➔ Bahasa Melayu Baku : Dialek Terengganu
➔ Panas : Panah
➔ Maaf : Maah
Penghilaangan diftong
➔ Bahasa Melayu Baku : Dialek Terengganu
➔ Kedai : Kedo
➔ Amboi : Ambo
48
SLANGA
Definisi bahasa slanga
➔ Bahasa slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai
standard dalam dialek atau bahasa.
Faktor penggunaan bahasa slanga
➔ Keinginan seseorang untuk meringkaskan perkataan dan rangkai kata yang digunakan dalam komunikasi seharian.
➔ Bertujuan untuk gurauan, slogan, identity kumpulan dan melahirkan perasaan.
➔ Untuk menimbulkan keakraban dan kemesraan dalam sesebuah kelompok masyarakat.
➔ Pengaruh akibat kelaziman dalam persekitaran keluarga dan masyarakat.
Bahasa slanga unthj memudahkan ekspresi
➔ Gabungan/ringkasan dua perkataan menjadi satu perkataan.
Contoh :-
➔ takpe (tidak apa)
49
SLANGA
Bahasa slanga daripada bahasa asing
➔ Diambil daripada bahasa asing tetapi dieja dalam bahasa Melayu. Melibatkan bahasa Inggeris, bahasa
Cina dan bahasa Arab.
➔ Contoh :-
➔ kiut – cute, otai – ketua
Cara mengatasi bahasa slanga
➔ Mengadakan lebih banyak bengkel tentang penggunaan bahasa.
➔ Media massa seperti tv, radio, facebook dan lain-lain memberikan pendedahan mengenai penggunaan
bahasa dalam kehidupan seharian.
Bahasa slanga harus dibendung supaya tidak terus menjadi kebiasaan dalam percakapan seharian supaya kesantunan
dan kesopanan dalam bahasa dapat dijamin.
50
RUMUSAN
Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mengalami banyak perkembangan dan perubahan dari zaman ke zaman
sehingga terbentuknya bahasa Melayu yang ada pada masa ini. Bahasa Melayu telah mengalami peralihan dan
pengembangan, khususnya dalam tulisan yang terdiri daripada sistem tulisan Pallawa, sistem tulisan Kawi, sistem
tulisan Jawi, sistem ejaan Za’ba, sistem ejaan Rumi Kongres dan pedoman ejaan Rumi bahasa Melayu. Selain itu, saya
dapat mengetahui tentang pihak-pihak yang telah berusaha memperkasakan bahasa Melayu semasa pramerdeka dan
pascamerdeka, iaitu melalui peranan Pejabat Karang-Mengarang, peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan
bahasa Melayu dan peranan ASAS 50. Saya juga telah mempelajari sistem pendidikan yang diguna pakai dalam
bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Antaranya, Laporan Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan
Pelajaran (1952) dan Laporan Razak (1956). Malah, bahasa Melayu masih tetap diperjuangkan hingga ke saat ini
dengan adanya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta kerjasama serantau dan pengantarabangsaan.
Walau bagaimanapun, setiap perjuangan dalam memajukan bahasa Melayu mempunyai cabaran dalam pelbagai aspek,
apatah lagi pada era globalisasi yang semakin mencabar ini. Oleh itu, semua pihak hendaklah menggembleng tenaga
untuk meledakkan darjat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Semua pihak terutamanya
para remaja, janganlah menjadi manusia yang khusyuk dalam menyelami sungai pemodenan sehingga melupakan
bahasa Melayu yang sebenarnya mampu untuk dibawa ke mata dunia. Berpijaklah di dunia yang nyata dengan
menjaga bahasa Melayu yang telah diperjuangkan suatu ketika dahulu supaya kekal nirmala dan “tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas”.
51
SUMBER RUJUKAN
Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2018, April 30). Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Muhammd Al Afzan.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html?
Muhammad Mu’az Sariff, Nurul Amira Johari & Siti Aida Murhazan. (n.d.). Tajuk 6 masa depan dan cabaran bahasa Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/155127869/Tajuk-6-Cabaran-Dan-Masa-Depan
Nur Syazwani Zain. (2021, Oktober 20). Sejarah perkembangan bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka. Anyflip.
https://anyflip.com/egftm/tuwl/basic
Siti Khadijah Sultan. (2018, Jun 26). Perkembangan bahasa Melayu moden : sumbangan pertubuhan. coretankdj.
http://coretansitikhadijahsultan.blogspot.com/2018/06/perkembangan-bahasa-melayu-moden.html
Siti Zuraini. (2016, Oktober 16). Cadangan-cadangan pendidikan. Pengajian Am (Sejarah).
http://group4kkbbsop2.blogspot.com/2016/10/cadangan-cadangan-pendidikan.html?m=1