The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib KPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64030305, 2024-05-04 22:48:35

Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib KPM

Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib KPM

P A N D U A N P E N G U R U S A N K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A E D I S I T A H U N 2 0 2 3 U N I T I N T E G R I T I , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A


Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB Kementerian Pendidikan Malaysia


PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB Panduan Pengurusan Tindakan Tatater tib Cetakan Per tama Apr il 2023 © Hak Cipta Unit Integr iti Kementer ian Pendidikan Malaysia 2023 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin ber tulis dar ipada Ketua Unit Integr iti, Kementer ian Pendidikan Malaysia. Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi; Unit Integr iti Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 12, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbi ran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel : 03-8884 6000 Faks : 03-8884 7922 Emel : [email protected] tatater tib.integr [email protected] .my PENASIHAT KPKPj Muhamad Asri bin Dollah PENYUNTING Puan Shazana binti Zainal Abidin PENULIS Cik Siti Nuur Diyana binti Samar Cik Aina Nabilah binti Hasaza Encik Muhd Ezza Faiez bin Othman Puan Nur Shahirah binti Zulkifli Encik Kamal Khairi bin Mazlan REKA BENTUK KULIT DAN REKA LETAK HALAMAN Encik Kamal Khairi bin Mazlan


SEKAPUR SIRIH & SEULAS PINANG SEKAPUR SIRIH MENTERI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Integriti selaku urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif menterjemahkan penerbitan Buku Panduan Penyelarasan Pengurusan Tindakan Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai usaha memperkasa dan mengukuhkan kefahaman serta penyelarasan proses pelaporan pengurusan tatatertib di kementerian ini. Tatatertib merupakan satu set peraturan yang mesti dipatuhi, yang mana tujuan ia diwujudkan supaya disiplin penjawat awam sentiasa menjadi suri teladan dalam pembinaan integriti masyarakat. Oleh itu, keakuran warga Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dalam Perkhidmatan Awam adalah amat mustahak memandangkan warga pendidik di kementerian ini merupakan tenaga sumber manusia yang terbesar dalam sektor Perkhidmatan Awam di negara ini. ii


Inisiatif penerbitan buku ini diharap dapat menjadi satu panduan dan rujukan warga KPM dalam berdepan dengan cabaran yang besar dalam membentuk modal insan anak-anak bangsa harapan nusa. Ini selari dengan keutamaan Karamah Insaniah dalam pembudayaan integriti yang kukuh terutama dalam usaha pengawalan disiplin warga kementerian. Semoga kandungan yang terdapat dalam buku ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan pembentukan insaniah warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang disegani dan dihormati sepanjang zaman. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. iii PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DATO' INDERA NIK NASARUDIN BIN MOHD ZAWAWI SEULAS PINANG iv SEKAPUR SIRIH & SEULAS PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi serta setinggi ucapan tahniah kepada Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif yang telah diambil untuk menerbitkan “Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia” sebagai satu pandu arah dalam memastikan prosedur tindakan tatatertib yang diambil adalah selaras di semua peringkat dalam kementerian. Buku yang diterbitkan ini dirangka dengan teliti berlandaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 dan juga Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua Ketua Jabatan di Bahagian/Jabatan/Agensi/Institut Pendidikan di bawah kementerian dalam melaksanakan tugas sebagai penyelia. Buku ini boleh dianggap sebagai panduan praktikal kerana penjelasan dan penekanan intipati Peraturan 3C(1) dan 3C(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 diterjemahkan dalam satu proses cara kerja yang jelas.


Panduan ini penting untuk memaklumkan kepada warga kementerian bahawa tugas untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas mana-mana pegawai di bawah Kementerian ini tertakluk kepada bidang kuasa Ketua Jabatan. Oleh itu, setiap warga perlu cakna bahawa kegagalan dalam menjalankan tanggungjawab itu boleh disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas dan tidak bertanggungjawab serta boleh dikenakan tindakan tatatertib. Buku ini boleh disifatkan sebagai panduan inklusif buat masa sekarang kepada Ketua Jabatan yang bertanggungjawab memantau dan memastikan tata kelola kerajaan dalam semua aspek, termasuk kewangan, pentadbiran dan disiplin di dalam organisasi seliaannya. Melalui penerbitan buku “Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia” ini diharapkan tindakan tatatertib yang diambil lebih efektif, cepat dan tepat serta dapat memberi teladan kepada penjawat awam khususnya warga kementerian agar tidak melakukan sebarang pelanggaran tatatertib. Sekian, terima kasih. v PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan izinNya jua maka Unit Integriti berjaya menerbitkan “Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia”. Buku panduan ini diterbitkan rentetan keperluan kepada penyelarasan dalam pengendalian urusan tatatertib di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula daripada pelaporan daripada Ketua Jabatan sehingga kepada tatacara mengemukakan rayuan untuk dipanjangkan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang berkenaan. Buku ini telah diolah dan disusun inti patinya dengan hasrat agar ia mudah difahami di semua peringkat yang terlibat dalam urusan tatatertib. Melalui buku ini juga, telah dikenal pasti kesalahan lazim dalam pengurusan kes tatatertib di peringkat Ketua Jabatan sehingga urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib. Terbitnya buku ini diharapkan dapat memudahkan urusan urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib KPM agar lebih teratur dan selaras di semua peringkat lembaga. KETUA UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPKPj MUHAMAD ASRI BIN DOLLAH KATA PENGANTAR vi SEKAPUR SIRIH & SEULAS PINANG


Akhir kalam, saya mewakili seluruh warga kerja Unit Integriti ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih dan penghargaan atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh banyak pihak secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Semoga dengan adanya buku panduan ini, pengendalian dan pengurusan kes-kes tatatertib di KPM lebih teratur dan berkesan. Sekian, terima kasih. vii PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN Sekapur Sirih Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Seulas Pinang Ketua Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia BAB 1 Pendahuluan Tujuan Tafsiran Latarbelakang Peranan Ketua Jabatan/ Penyelia Lembaga Yang Ditaklukkan Mengikut Gred Pegawai di KPM BAB 2 Panduan Ketua Jabatan/ Penyelia Bagi Kesalahan Tatatertib Pengelasan Kesalahan/ Pelanggaran Penentuan Kes Tatatertib Am Tafsiran Kes Tatatertib Jenayah Carta Alir Pengurusan Kes Tindakan Tatatertib ;- - Tatatertib Am - Tatatertib Jenayah - Surcaj - Pewartaan ii-iii iv-v 15 16 17 18 19 20 21 BAB 3 Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib BAB 4 Contoh Kes Tatatertib 1 1-2 3-4 5-9 10-14 Kes Tidak Hadir Bertugas Kes Datang Lewat/ Pulang Awal/ Tidak Mengetik Perakam Waktu/ Ponteng Kerja Kes Pewartaan Kes Pemalsuan/ Pemindaan Dokumen Kes Kebankrapan Kes Kewangan Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran Kes Dadah dibawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983) Kes Gangguan Seksual Kes Imunisasi COVID-19 Kes Surcaj Kes Jenayah di bawah Peraturan 43 Kes Tatatertib Serius di bawah Peraturan 43 Kes Jenayah di bawah Peraturan 44 Kes Jenayah di bawah Peraturan 45 Rayuan Lain-lain Kes 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 Kes Tidak Hadir Bertugas (THB) & Dapat Dikesan Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran Kes Kebankrapan Kes Merotan/ Mendenda/ Menghukum Pelajar Kes Gangguan Seksual Kes Imunisasi COVID-19 Kes Pernyataan Awam Penglibatan Dalam Politik Pemalsuan/ Pemindaan Dokumen Kes Dadah (Tatatertib Am) Kes Pelanggaran Tatacara Kewangan Kes Tidak Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kes Tidak Menjalankan Sesi PdPC/ PdPR 39-41 42 43 44 45 46 47 48 49-51 52 53-54 55 56 22 23 BAB 5 Kesilapan Lazim dalam Pengurusan Kes Tatatertib 57 iv Kata Pengantar Ketua Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia vi-vii


BAB 6 Contoh Dokumen Pengendalian Kes Tatatertib Rujukan Dan Panduan Sedia Ada Contoh Kertas Pertimbangan P35 Contoh Kertas Pertimbangan P37 Contoh Kertas Pertimbangan P51 (Surcaj) Contoh Surat Pertuduhan P36 Contoh Surat Pertuduhan P37 Contoh Notis Pemakluman Niat Untuk Mengambil Tindakan Surcaj Contoh Surat Hukuman Contoh Perakuan Kes Tatatertib ke JPA/ SPA/ SPP 58 59 60 61-62 63-64 65-67 68-69 70-73 74-75


PENDAHULUAN BAB 1


BAB 1 PENDAHULUAN TUJUAN Ketua Jabatan/Penyelia menjalankan tugas pengawalan dan pengawasan tatakelakuan serta mengambil tindakan awalan terhadap salah laku anggota seliaan; Ketua Jabatan/Penyelia mengemukakan laporan salah laku anggota seliaan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib; dan Pihak Berkuasa Tatatertib di jabatan melaksanakan tindakan tatatertib supaya masalah tatakelakuan pegawai dapat diselesaikan atau diputuskan hukumannya. Panduan ini bertujuan untuk membantu: 1. 2. 3. TAFSIRAN Lembaga Tatatertib Keanggotaan Lembaga Tatater tib hendaklah terdi r i dar ipada seorang Pengerusi dan dua (2) ahli seper ti seper ti yang termaktub di dalam Jadual, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatater tib Perkhidmatan Awam 1993 (P.U.(A) 396) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatater tib Perkhidmatan Pendidikan 1994 (P.U.(A) 458) yang dibaca bersama Ceraian UP.7.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) - Peraturan Berkaitan Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatater tib. Ketua Jabatan Bermaksud seseorang pegawai yang ber tanggungjawab bagi sesuatu Kementer ian, Jabatan, Institusi, Agensi atau Unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Ter tinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diber i kuasa dengan sewajarnya secara ber tulis oleh pegawai yang ber tanggungjawab bagi Kementer ian, Jabatan, Institusi, Agensi atau Unit untuk ber tindak bagi pihaknya. Pegawai Bermaksud seorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan. Urus Setia Bermaksud pegawai yang mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Tatater tib di per ingkat kementer ian, jabatan dan agensi. 1


Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan di mana pegawai tersebut ialah seorang anggota mengikut peruntukan-peruntukan pada Bahagian X Per lembagaan Persekutuan, dan termasuklah seorang pegawai atau sesuatu lembaga pegawai dalam perkhidmatan awam yang boleh menjalankan fungsi Suruhanjaya berhubungan dengan pengawalan tatater tib menurut Fasal (5), (5), (6) atau (6) Perkara 144 Per lembagaan Persekutuan. Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) Lembaga Tatater tib yang mempunyai bidang kuasa dengan tujuan Buang Ker ja atau Turun Pangkat kepada pegawai dengan Gred 40 ke bawah di KPM. Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Lembaga Tatater tib yang mempunyai bidang kuasa bukan dengan tujuan Buang Ker ja atau Turun Pangkat kepada pegawai dengan Gred 40 ke bawah di KPM/ Jabatan Pendidikan Neger i. Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No. 2) Lembaga Tatater tib yang mempunyai bidang kuasa bukan dengan tujuan Buang Ker ja atau Turun Pangkat kepada pegawai dengan Gred 41 hingga 44 di KPM. Kertas Cadangan Melaporkan Kes Tatatertib Bagi Kumpulan Pengurusan Ker tas ini ber tujuan untuk melaporkan tatakelakuan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan yang telah melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatater tib) 1993 kepada Pihak Berkuasa Tatater tib di Kementer ian Pendidikan Malaysia. Kertas Pertimbangan Pengerusi Ker tas ini dikemukakan untuk per timbangan Pengerusi Lembaga Tatater tib bagi menentukan jenis pelanggaran tatater tib di bawah Peraturan 35 terhadap seseorang pegawai itu dan seterusnya menentukan wujud atau tidak wujud kesalahan seki ranya penentuan pelanggaran tatater tib adalah di bawah Peraturan 36. TAFSIRAN PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2


BAB 1 PENDAHULUAN Tugas menjalankan kawalan dan pengawasan tatater tib adalah menjadi tugas setiap pegawai ke atas pegawai bawahannya. Peranan ini adalah ber tujuan bagi memastikan keutuhan dan integr iti penjawat awam dapat ditingkatkan di samping memelihara dan menjaga imej perkhidmatan awam. Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatater tib) 1993 yang menyatakan seper ti ber ikut:- Pelaporan awal berkaitan kes tatakelakuan pegawai oleh Ketua Jabatan/ Penyelia adalah sangat penting bagi membolehkan tindakan tatater tib itu diambil ke atas pegawai yang telah melakukan pelanggaran. Pelaporan awal yang lengkap kepada Urus Setia Pihak Berkuasa Tatater tib menyumbang kepada pemprosesan tatater tib terhadap pegawai itu dapat dilaksanakan dengan cepat. Oleh itu adalah penting bagi Ketua Jabatan/ Penyelia mengetahui peranan mereka dalam pelaporan kes pelanggaran tatakelakuan staf dan kakitangan mereka. PERANAN KETUA JABATAN/PENYELIA 3 LATAR BELAKANG Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. 3c. (1) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3c. (2)


Tindakan awal per lu diambil oleh Ketua Jabatan/ Penyelia dengan memantau pegawai seliaan masing-masing. Teguran dan nasihat ber tulis per lu diber ikan kepada pegawai agar sentiasa mematuhi peraturan yang berkuat kuasa. Selain itu, Ketua Jabatan/ Penyelia juga boleh mengambil tindakan alternatif seper ti mengadakan sesi kaunseling kepada pegawai. Seki ranya pegawai tidak menunjukkan sebarang perubahan maka pelaporan per lu dibuat dengan kadar segera kepada Pihak Berkuasa Tatater tib. Oleh yang demikian, Panduan Pengurusan Tindakan Tatater tib di Kementer ian Pendidikan Malaysia Edisi Per tama diterbitkan sebagai rujukan di per ingkat Jabatan dan Institusi di bawah KPM. 4 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PERANAN KETUA JABATAN/PENYELIA Sekiranya pegawai melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Ketua Jabatan/Penyelia sewajarnya bertindak dengan cekap agar: Menjalankan pengawasan dan kawalan tatatertib ke atas pegawai. Membuat pelaporan beserta ulasan dan dokumen sokongan mengenai salahlaku pegawai. Memastikan surat pertuduhan/perakuan telah dihantar kepada pegawai. GAGAL GAGAL Peraturan 3c. 1 Peraturan 3c. 2 Tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap Ketua Jabatan/Penyelia 5 BAB 1 PENDAHULUAN


SURAT TEGURAN KETUA SETIAUSAHA KEPADA KETUA JABATAN 6 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 1 7 PENDAHULUAN


8 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SURAT TEGURAN KETUA SETIAUSAHA KEPADA KETUA JABATAN


BAB 1 9 PENDAHULUAN SURAT TEGURAN KETUA SETIAUSAHA KEPADA KETUA JABATAN


SPP/ SPA KPM BPG/ BPLTV/ BPSBP/ JPN/ KPM Gred 40 kebawah Gred 41 - 44 Gred 48 keatas SEMUA GRED JPA LEMBAGA YANG DITAKLUKKAN MENGIKUT GRED PEGAWAI DI KPM Ringan (P36) Berat (P37) Rayuan GRED PEGAWAI Ringan (P36) Berat (P37) Ringan (P36) Berat (P37) *Pegawai yang bertugas di Kementerian & JPN bagi kedua-dua kategori kes berat dan ringan akan ditaklukkan ke KPM *Ringan (P36) Berat (P37) 10 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Pengelasan Pegawai/ Tempat Bertugas Bidang Tugas Keanggotaan Lembaga Tatatertib Baru Urus Setia Kumpulan Pengurusan Tertinggi & Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 dan yang setara dan ke atas yang bertugas di Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ institusi pendidikan di bawah KPM Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) Pengerusi : Ketua Setiausaha Negara Anggota : 1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2. Dua (2) orang pegawai yang dilantik oleh Perdana Menteri Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 - 44 yang bertugas di Ibu Pejabat KPM/ JPN/ PPD/ institusi pendidikan di bawah KPM Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) Pengerusi : Ketua Setiausaha Anggota : 1. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) 2. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia* Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Ibu Pejabat KPM/ JPN/ PPD/ institusi pendidikan di bawah KPM Tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Pengerusi : Ketua Setiausaha Anggota : 1. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) 2. Penasihat Undang-Undang Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Ibu Pejabat KPM Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Anggota : 1. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan* Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia 11 Pegawai Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam *dilantik oleh Ketua Setiausaha SENARAI KEANGGOTAAN LEMBAGA TATATERTIB (LTT) BAB 1 PENDAHULUAN


Pengelasan Pegawai/ Tempat Bertugas Bidang Tugas Keanggotaan Lembaga Tatatertib Baru Urus Setia Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh termasuklah sekolahsekolah berasrama penuh Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Anggota : 1. Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 2. Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Bahagian Profesionalisme Guru/ Institusi Pendidikan Guru Malaysia termasuklah Institut Pendidikan Guru Kampus Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah, Bahagian Profesionalisme Guru Anggota : 1. Timbalan Pengarah, Bahagian Profesionalisme Guru 2. Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Bahagian Profesionalism e Guru Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional termasuklah Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Anggota : 1. Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional 2. Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Bahagian Pendidikan dan Latihan Vokasional Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di JPN/ PPD/ sekolah Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri Anggota : 1. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri 2. Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Jabatan Pendidikan Negeri PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 12 *dilantik oleh Ketua Setiausaha


Pengelasan Pegawai/ Tempat Bertugas Bidang Tugas Keanggotaan Lembaga Tatatertib Baru Urus Setia Kumpulan Pengurusan Tertinggi & Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 dan yang setara dan ke atas yang bertugas di Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ institusi pendidikan di bawah KPM Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) Pengerusi : Ketua Setiausaha Negara Anggota : 1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2. Seseorang pegawai yang telah dilantik oleh Perdana Menteri Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 - 46 yang bertugas di Ibu Pejabat KPM/ JPN/ PPD/ institusi pendidikan di bawah KPM Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) Pengerusi : Ketua Setiausaha Anggota : 1. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 2. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia* Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Ibu Pejabat KPM/ JPN/ PPD/ institusi pendidikan di bawah KPM Tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) Pengerusi : Ketua Setiausaha Anggota : 1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Pendidikan 2. Penasihat Undang-Undang Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Ibu Pejabat KPM/ JPN Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Anggota : 1. Tmbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar & Kurikulum) 2. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia* Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia SENARAI KEANGGOTAAN LEMBAGA TATATERTIB (LTT) 13 *dilantik oleh Ketua Setiausaha BAB 1 PENDAHULUAN Pegawai Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan


Pengelasan Pegawai/ Tempat Bertugas Bidang Tugas Keanggotaan Lembaga Tatatertib Baru Urus Setia Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di sekolah-sekolah berasrama penuh Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Anggota : 1. Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 2. Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah, Bahagian Profesionalime Guru Anggota : 1. Timbalan Pengarah, Bahagian Profesionalisme Guru 2. Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Bahagian Profesionalisme Guru Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah, Bahagian Pendiidkan dan Latihan Teknikal Vokasional Anggota : 1. Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional 2. Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Bahagian Pendidikan dan Latihan Vokasional Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang bertugas di PPD/ sekolah Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri Anggota : 1. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri 2. Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Jabatan Pendidikan Negeri PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 14 *dilantik oleh Ketua Setiausaha


PANDUAN KETUA JABATAN/ PENYELIA BAGI KESALAHAN TATATERTIB BAB 2


PENGELASAN KESALAHAN/ PELANGGARAN Tatatertib Am Tindakan tatater tib bagi pegawai yang melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatater tib) 1993 termasuklah, dan tidak terhad kepada, mana-mana Pekeliling Perkhidmatan/ Pekeliling Perbendaharaan/ Surat Pekeliling Ikhtisas/ Surat Pekeliling Am yang berkuat kuasa semasa. Prosiding Jenayah Tindakan ke atas mana-mana kes sabitan mahkamah termasuklah mahkamah syar iah yang mempunyai bidang kuasa wibawa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan jenayah. Surcaj Pihak Berkuasa Tatater tib boleh mengenakan surcaj terhadap manamana pegawai mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 di bawah Peraturan 51, P.U.(A) 395/1993 . Tindakan surcaj bukanlah suatu hukuman tatater tib di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatater tib) 1993, P.U.(A) 395/1993. Pewartaan Ketidakhadi ran tanpa cuti dan tidak dapat dikesan di bawah Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatater tib) 1993. BAB 2 PANDUAN KETUA JABATAN/ PENYELIA BAGI KESALAHAN TATATERTIB A 15


PENENTUAN KES TATATERTIB AM Peraturan 35 (P.U.(A) 395/1993) Selepas mener ima sesuatu laporan pelanggaran tatater tib, Pengerusi Lembaga Tatater tib (LTT) yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang ker ja atau turun pangkat hendaklah menimbangkan laporan tersebut dan menentukan sama ada kesalahan yang diadukan itu adalah dar i jenis yang patut dikenakan sama ada hukuman buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 37 P.U.(A) 395/1993) atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36 P.U.(A) 395/1993). Peraturan 36 (P.U.(A) 395/1993) Mengikut Peraturan 36(1) P.U.(A) 395/1993 jika Pengerusi LTT menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dar i jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat dan setelah berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib, Pengerusi LTT hendaklah menghadapkan suatu per tuduhan kepada pegawai untuk membuat representasi pembelaan diri secara bertulis dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat pertuduhan diserahkan kepadanya. Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tersebut ser ta membuat keputusan dapatan salah dan/ atau hukuman ke atas pegawai. Peraturan 37 (P.U.(A) 395/1993) Jika ditentukan di bawah Peraturan 35 P.U.(A) 395/1993 bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dar i jenis yang patut dikenakan hukuman buang ker ja atau turun pangkat, Pengerusi LTT yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat yang kepadanya kes itu dirujukkan, hendaklah menimbang serta menentukan sama ada wujud suatu kes prima facie untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai. Jika Peraturan 37 P.U.(A) 395/1993 didapati wujud suatu kes pr ima facie, Pengerusi LTT itu hendaklah mengarahkan supaya suatu pertuduhan dihadapkan kepada pegawai untuk membuat representasi pembelaan diri secara bertulis dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu. Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tersebut ser ta membuat keputusan dapatan salah dan/atau hukuman ke atas pegawai. 16 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TAFSIRAN KES TATATERTIB JENAYAH Peraturan 43 (P.U.(A) 395/1993) Jika seseorang pegawai dikatakan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan jenayah atau suatu kesalahan tatater tib yang ser ius, dan Ketua Jabatan berpendapat bagi memudahkan penyiasatan, pegawai patut dihalang daripada hadir bertugas, Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat supaya pegawai itu ditahan kerja bagi suatu tempoh tidak melebihi dua bulan. Pegawai berhak mener ima emolumen sepenuhnya dalam tempoh penahanan ker janya. Peraturan 44 (P.U.(A) 395/1993) Mengikut Peraturan 44(1) P.U.(A) 395/1993, jika prosiding jenayah atau prosiding tindakan tatater tib dengan tujuan buang ker ja atau turun pangkat telah dimulakan terhadap pegawai itu, Pihak Berkuasa Tatater tib yang berkenaan boleh menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas. Pegawai berhak untuk menerima tidak kurang daripada setengah emolumennya sebagaimana yang difikirkan patut oleh PBT yang berkenaan. Peraturan 45 (P.U.(A) 395/1993) Pihak Berkuasa Tatater tib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang ker ja atau turun pangkat boleh menggantung seseorang pegawai daripada menjalankan tugas jika pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah; atau suatu perintah yang dinyatakan dalam Peraturan 32 P.U.(A) 395/1993 dibuat terhadap pegawai itu. Seseorang pegawai yang digantung ker ja tidak boleh dibenarkan menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar dalam tempoh tahan kerja dan sepanjang tempoh gantung kerja tersebut. 17 BAB 2 PANDUAN KETUA JABATAN/ PENYELIA BAGI KESALAHAN TATATERTIB


CARTA ALIR TATATERTIB AM Carta Alir Pengurusan Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 Periksa sama ada bukti-bukti mencukupi atau tidak YA TIDAK Penyediaan kertas penentuan dibawah Peraturan 35, P.U.(A)395/1993 Pertimbangan Pengerusi (LTT No. 2) Penyediaan kertas Wujud Satu Kesalahan Tatatertib di bawah Peraturan 36 dan Surat Pertuduhan Kesalahan diputuskan BERAT Kesalahan diputuskan RINGAN Penyediaan Kertas Prima Facie di bawah Peraturan 37 dan Surat Pertuduhan Ketua Jabatan menerima dan menyerahkan surat pertuduhan yang ditandatangani oleh Pengerusi LTT kepada pegawai Lembaga Tatatertib bersidang selepas menerima/tidak menerima representasi pegawai Keputusan Lembaga Tatatertib dimaklumkan kepada pegawai melalui Ketua Jabatan Perakuan dipulangkan semula Ketua Jabatan/Penyelia mengemukakan laporan/perakuan Rayuan dibuat oleh pegawai dalam tempoh 14 hari selepas menerima keputusan Pegawai mengemukakan representasi dalam tempoh 21 hari setelah menerima surat pertuduhan Tindakan Urus Setia Tindakan Lembaga Tatatertib Panduan Tindakan Ketua Jabatan Tindakan Pegawai SELESAI 18 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


CARTA ALIR TATATERTIB JENAYAH Carta Alir Pengurusan Kes Jenayah di bawah Peraturan 43/44/45 Ketua Jabatan mendapatkan butiran maklumat prosiding mahkamah dan melaporkan kepada JPN/Bahagian di KPM YA Perintah Tahan Kerja atau; Perintah Gantung Kerja atau; Menghentikan Perintah Tahan Kerja atau; Menghentikan Perintah Gantung Kerja atau; Penerusan Perintah Tahan Kerja atau; Penerusan Perintah Gantung Kerja Sediakan kertas: Lembaga Tatatertib bersidang Keputusan Lembaga dimaklumkan kepada Pegawai melalui Ketua Jabatan Periksa sama ada bukti-bukti mencukupi atau tidak TIDAK Perakuan dipulangkan semula SELESAI 19 BAB 2 PANDUAN KETUA JABATAN/ PENYELIA BAGI KESALAHAN TATATERTIB Tindakan Urus Setia Tindakan Lembaga Tatatertib Panduan Tindakan Ketua Jabatan Tindakan Pegawai


CARTA ALIR SURCAJ Carta Alir Pengurusan Kes Tindakan Surcaj di bawah Peraturan 51 Periksa sama ada bukti-bukti mencukupi atau tidak YA TIDAK Pertimbangan oleh Pengerusi LTT TIDAK WUJUD Prima Facie WUJUD Prima Facie Maklumkan kepada Ketua Jabatan SELESAI Perakuan dipulangkan semula kepada Jabatan pelapor Penyediaan kertas Prima Facie (Surcaj) di bawah Peraturan 51 Ketua Jabatan menerima dan menyerahkan notis memaklumkan niat mengambil tindakan surcaj kepada pegawai Lembaga Tatatertib bersidang selepas menerima/tidak menerima representasi pegawai Keputusan Lembaga Tatatertib dimaklumkan kepada pegawai melalui Ketua Jabatan Pegawai mengemukakan representasi dalam tempoh 21 hari setelah menerima notis tindakan surcaj Ketua Jabatan/Penyelia mengemukakan laporan/perakuan 20 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tindakan Urus Setia Tindakan Lembaga Tatatertib Panduan Tindakan Ketua Jabatan Tindakan Pegawai


CARTA ALIR PEWARTAAN Carta Alir Pengurusan Kes Pewartaan di bawah Peraturan 26 TIDAK Perakuan dipulangkan semula kepada Jabatan pelapor Cadangan pewartaan pegawai dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Tatatertib JPN/Bahagian membuat notis penyiaran dalam akhbar harian JPN/Bahagian membuat penyiaran dalam Warta Kerajaan JPN/Bahagian mengemukakan salinan notis di dalam akhbar dan notis di dalam Warta Kerajaan kepada Urus Setia PBT (Unit Integriti, KPM) Urus setia memanjangkan keputusan pewartaan kepada JPN/Bahagian Kehadiran Proses Tatatertib Am Pegawai hadir dalam tempoh 7 hari dari tarikh siaran notis Pegawai tidak hadir Periksa sama ada bukti-bukti mencukupi atau tidak YA Terima Perakuan SELESAI Ketua Jabatan/Penyelia mengemukakan laporan/perakuan 21 BAB 2 PANDUAN KETUA JABATAN/ PENYELIA BAGI KESALAHAN TATATERTIB Tindakan Urus Setia Tindakan Lembaga Tatatertib Panduan Tindakan Ketua Jabatan Tindakan Pegawai


SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB BAB 3


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Rekod Kehadiran pegawai yang disahkan 6 Salinan Kalendar Semakan Kehadiran pegawai yang disahkan 7 Salinan Kenyataan Cuti pegawai yang dikemas kini dan disahkan 8 Salinan Penyata Perubahan Pendapatan (Kew.8) yang disahkan 9 Salinan Surat Tunjuk Sebab kepada pegawai 10 Salinan akuan penghantaran/penerimaan surat (jika ada) 11 Salinan surat penjelasan pegawai (jika ada) 12 Salinan Laporan Perubatan pegawai (jika ada) 13 Salinan Laporan Kaunseling pegawai (jika ada) 14 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun dan; Salinan senarai tugas pegawai Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kes Tidak Hadir Bertugas) BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB 22


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Rekod Kehadiran pegawai yang disahkan 6 Salinan Kalendar Semakan Kehadiran pegawai yang disahkan 7 Salinan Buku Log Pergerakan (bagi kes ponteng kerja) 8 Salinan Kenyataan Cuti pegawai yang dikemas kini dan disahkan 9 Salinan Penyata Perubahan Pendapatan (Kew.8) yang disahkan 10 Salinan Surat Tunjuk Sebab kepada pegawai 11 Salinan akuan penghantaran/penerimaan surat (jika ada) 12 Salinan surat penjelasan pegawai (jika ada) 13 Salinan Laporan Perubatan pegawai (jika ada) 14 Salinan Laporan Kaunseling pegawai (jika ada) 15 Pengesahan waktu bertugas pegawai 15 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun dan; Salinan senarai tugas pegawai Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kes Datang Lewat/Pulang Awal/Tidak Mengetik Perakam Waktu/Ponteng Kerja) Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib 23


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Rekod Kehadiran pegawai yang disahkan 6 Salinan Kalendar Semakan Kehadiran pegawai yang disahkan 7 Salinan Kenyataan Cuti pegawai yang dikemas kini dan disahkan 8 Salinan Penyata Perubahan Pendapatan (Kew.8) yang disahkan 9 Salinan Surat Arahan Kembali Bertugas Salinan sampul surat yang dikembalikan tidak terserah (Pos berdaftar) Surat Kali Pertama (Alamat di HRMIS/e-operasi) 10 Salinan surat mengesan alamat terkini pegawai (Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan) 11 Salinan surat pergerakan keluar masuk negara pegawai melalui Jabatan Imigresen Malaysia 12 Salinan surat maklum balas daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen 13 Salinan Surat Arahan Kembali Bertugas Salinan sampul surat yang dikembalikan tidak terserah (Pos berdaftar) Surat Susulan (Alamat selain di HRMIS/e-operasi) 14 Salinan Laporan Perubatan pegawai (jika ada) 15 Salinan Laporan Kaunseling pegawai (jika ada) 16 Bagi pegawai gred 41 dan ke atas, laporan pewartaan perlulah dihantar terus kepada Suruhanjaya yang melantik pegawai (Kes Pewartaan) Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB 24


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Sijil Cuti Sakit yang dipalsukan/ dipinda butir matan 6 Salinan Rekod Kehadiran pegawai yang disahkan 7 Salinan Kalendar Semakan Kehadiran pegawai yang disahkan 8 Salinan Kenyataan Cuti pegawai yang dikemas kini dan disahkan 9 Salinan surat memohon pengesahan Sijil Cuti Sakit kepada hospital/ klinik berkenaan 10 Salinan surat pengesahan Sijil Cuti Sakit daripada hospital/ klinik berkenaan 11 Salinan Surat Tunjuk Sebab kepada pegawai 12 Salinan surat penjelasan pegawai (jika ada) 13 Salinan akuan penghantaran/penerimaan surat (jika ada) 14 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun dan; Salinan senarai tugas pegawai. Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kes Pemalsuan/ Pemindaan Dokumen) Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib 25


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Laporan Ketua Pengarah Insolvensi yang telah disahkan 6 Salinan Perintah Penerimaan dan Penghukuman oleh mahkamah yang telah disahkan 7 Salinan Persetujuan Sibankrap Kepada Permintaan 8 Salinan Penyata Hal Ehwal Kewangan yang telah disahkan (jika ada) 9 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun; dan Salinan senarai tugas pegawai. Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kes Kebankrapan) BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB 26


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/ e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan laporan jawatankuasa audit/ jawatankuasa siasatan yang lengkap 6 Salinan surat penjelasan pegawai terhadap laporan jawatankuasa audit/ jawatankuasa siasatan (jika ada) 7 Dokumen-dokumen sokongan seperti salinan resit pembayaran/ invois/ pesanan kerajaan (LO)/ Buku Tunai/ slip masuk (bank–in slip)/ penyata penyesuaian bank (berdasarkan kes demi kes) 8 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun dan; Salinan senarai tugas pegawai Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kes Kewangan) 27


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan surat pengesahan pergerakan pegawai keluar masuk negara daripada Jabatan Imigresen Malaysia 6 Salinan surat tunjuk sebab kepada pegawai 7 Salinan akuan penghantaran surat tunjuk sebab 8 Salinan akuan penerimaan surat tunjuk sebab (jika ada) 9 Salinan surat penjelasan pegawai (jika ada) 10 Dokumen-dokumen sokongan seperti salinan pasport/ tiket penerbangan dan lain-lain (jika ada) 11 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun dan; Salinan senarai tugas pegawai Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran) BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB 28


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Surat Pengesahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 6 Salinan Borang Perakuan oleh Pegawai Perubatan [P.U.(A) 132/2007] 7 Salinan Borang Perakuan Tentang Penagihan Dadah (Borang 2) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 8 Salinan Borang Perintah Pengawasan (Borang 4) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 oleh mahkamah 9 Salinan Surat Pengesahan Pegawai Perubatan (jika tiada Borang 2) 10 Salinan laporan ujian air kencing oleh Jabatan Kimia 11 Salinan laporan tangkapan polis/ AADK (jika ada) 12 Salinan surat makluman mahkamah (jika ada) 13 Surat Tunjuk Sebab/ Akuan Terima/ Surat penjelasan pegawai/ Dokumen-dokumen (jika ada) 14 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun dan; Salinan senarai tugas pegawai Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib [Kes Dadah Am di bawah Peraturan 7, P.U.(A) 395] 29


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Laporan Jawatankuasa Siasatan yang lengkap 6 Salinan Laporan Kaunseling yang telah disahkan (jika ada) 7 Salinan laporan perubatan (jika ada) 8 Salinan aduan bertulis mangsa (bertarikh, bertandatangan dan bersaksi) yang telah disahkan 9 Salinan pengakuan pelaku (bertarikh, bertandatangan dan bersaksi) 10 Salinan pernyataan bertulis saksi (bertarikh, bertandatangan dan bersaksi) yang telah disahkan 11 Dokumen-dokumen sokongan seperti salinan tangkap layar melalui aplikasi sosial, gambar, e-mel, visual, audio dan lain-lain yang berkaitan 12 Salinan laporan siasatan polis (jika ada) 13 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun; Salinan senarai tugas pegawai; Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kes Gangguan Seksual) BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB 30


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Laporan/ Keputusan Jawatankuasa Penilaian Imunisasi COVID-19 6 Salinan Surat Arahan untuk Mendapatkan Imunisasi COVID-19 7 Salinan Bukti Pendaftaran Imunisasi COVID-19 (MySejahtera)/ Kad Vaksinasi/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19/ Sijil Pengecualian Vaksinasi COVID-19/ Sijil Digital Khas 8 Salinan Surat Arahan untuk Menghadiri Sesi Intervensi 9 Salinan Laporan Sesi Intervensi/ Kaunseling 10 Surat Penjelasan Pegawai (sekiranya ada) 11 Surat Akuan Penghantaran/ Akuan Terima 12 Dokumen-dokumen sokongan seperti salinan tangkap layar melalui aplikasi sosial, gambar, e-mel, visual, audio dan lain-lain yang berkaitan 13 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun dan; Salinan senarai tugas pegawai Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kes Imunisasi COVID-19) 31 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan Laporan Polis tentang kehilangan 6 Salinan Laporan Awal oleh Ketua Jabatan 7 Salinan Laporan Akhir oleh Jawatankuasa Penyiasat 8 Salinan surat Kementerian Kewangan 9 Salinan syor Pegawai Pengawal (KSU Kementerian) 10 Salinan Daftar Harta Modal (Kew. PA) 11 Salinan Pergerakan Harta Modal (jika ada) 12 Salinan Surat Kebenaran Membawa Keluar (jika ada) 13 Salinan Aku Janji Penerimaan dan Penggunaan Peralatan Aset (jika ada) 14 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun; Salinan senarai tugas pegawai; Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Surcaj 32 BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan laporan tangkapan polis/ SPRM/ jabatan agama 6 Salinan surat makluman daripada mahkamah 7 Salinan borang ikat jamin (jika ada) 8 Bagi pegawai gred 41 dan ke atas, laporan jenayah perlulah dihantar terus kepada Suruhanjaya yang melantik pegawai Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Jenayah di bawah Peraturan 43 33 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan makluman siasatan* dalaman (kes kewangan, gangguan seksual dan yang berkaitan) *keberadaan pegawai di premis boleh mengganggu proses siasatan 6 Bagi pegawai gred 41 dan ke atas, laporan kes tatatertib serius perlulah dihantar terus kepada Suruhanjaya yang melantik pegawai Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib Serius di bawah Peraturan 43 34 BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB


1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan laporan tangkapan polis/ SPRM/ jabatan agama dan lain-lain 6 Salinan surat prosiding daripada mahkamah (makluman/makluman sambung bicara/sabitan/rayuan) 7 Salinan kertas pertuduhan (charge sheet) 8 Salinan borang ikat jamin (jika ada) 9 Bagi pegawai gred 41 dan ke atas, laporan jenayah perlulah dihantar terus kepada Suruhanjaya yang melantik pegawai Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Jenayah di bawah Peraturan 44 35 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version