1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan laporan tangkapan polis/ SPRM/ jabatan agama dan lain-lain (jika ada) 6 Salinan surat keputusan/sabitan daripada mahkamah 7 Salinan kertas pertuduhan (charge sheet) 8 Salinan borang ikat jamin (jika ada) 9 Salinan status rayuan pegawai 10 Salinan resit pembayaran denda (jika ada) 11 Salinan keputusan rayuan (jika ada) 12 Bagi pegawai gred 41 dan ke atas, laporan jenayah perlulah dihantar terus kepada Suruhanjaya yang melantik pegawai Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Jenayah di bawah Peraturan 45 36 BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB
1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan sehingga tarikh selepas pelaksanaan hukuman 5 Salinan dokumen Mesyuarat Lembaga Tatatertib (MLTT) 6 Salinan Catatan Minit Mesyuarat 7 Salinan Surat Tindakan Tatatertib 8 Salinan Akuan Penerimaan/Penghantaran Surat Tindakan Tatatertib 9 Salinan Surat Rayuan Pegawai 10 Salinan Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan pegawai Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Rayuan) 37 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Lain-lain) 1 Salinan Laporan Ketua Jabatan 2 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini dan disahkan 3 Salinan Kad Pengenalan pegawai yang disahkan 4 Salinan Curricular Vitae (CV) HRMIS/e-operasi pegawai yang disahkan 5 Salinan bukti kesalahan/ pelanggaran 6 Salinan Surat Tunjuk Sebab kepada pegawai 7 Salinan akuan penghantaran 8 Salinan penerimaan surat (jika ada) 9 Salinan surat penjelasan pegawai (jika ada) 10 Salinan Laporan Perubatan pegawai (jika ada) 11 Salinan Laporan Kaunseling pegawai (jika ada) 12 Salinan gambar bersaiz pasport; Salinan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun; Salinan senarai tugas pegawai; dan Salinan Curricular Vitae (CV) Bagi pegawai gred 48 dan ke atas, dokumen tambahan adalah seperti berikut: 38 BAB 3 SENARAI SEMAK DOKUMEN BUKTI MAKLUMAT SOKONGAN KES TATATERTIB
CONTOH KES TATATERTIB BAB 4
BAB 4 BIL. TARIKH MASA MASUK MASA KELUAR CATATAN 1. 22.03.20xx 7.00 pagi 4.00 petang Datang Lewat & Pulang Awal 2. 24.03.20xx 7.15 pagi 3.00 petang Datang Lewat & Pulang Awal 3. 27.03.20xx 7.10 pagi 3.30 petang Datang Lewat & Pulang Awal Kes Tatatertib: Tidak Hadir Bertugas (THB) & Dapat Dikesan Contoh Pertuduhan I Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxxxx, xxxxxx, xxxxx didapati datang lewat dan pulang awal mengikut waktu bekerja yang ditetapkan iaitu (nyatakan waktu bekerja pegawai) tanpa kebenaran Ketua Jabatan dan tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut CONTOH KES TATATERTIB Perbuatan tuan yang datang lewat dan pulang awal dari pejabat mengikut waktu bekerja yang telah ditetapkan tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah adalah bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan di dalam Perintah Am 5 Bab G, peraturan 5, berkenaan pematuhan waktu bekerja. Perbuatan tuan sedemikian boleh ditafsirkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 39
PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Contoh Pertuduhan II Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxxxx, xxxxxx, xxxxx didapati datang pejabat mengikut waktu bekerja yang ditetapkan iaitu pada jam xxxx, namun tuan tidak berada di lokasi pegawai bertugas selama beberapa jam tanpa kebenaran Ketua Jabatan dan tanpa sebab yang munasabah secara berturut-turut. Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Contoh Pertuduhan III Pertuduhan Pertama Bahawa puan, xxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxxxx, xxxxxx, Negeri xxxxx didapati gagal melapor diri dengan serta merta di Jabatan Pendidikan Negeri X setelah kembali ke Malaysia sebagaimana syarat-syarat yang terkandung di dalam surat kelulusan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan. Perbuatan puan sedemikian telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat Kelulusan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Di Bawah Peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun 2009 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri x bertarikh 28.04.20xx. Perbuatan puan juga boleh ditafsirkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 40 Pertuduhan Kedua Bahawa puan, xxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxxxx, xxxxxx, Negeri xxxxx didapati telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut: BULAN TARIKH JUMLAH HARI xx (sepanjang tempoh tidak melapor diri) xx Tahun 2014 Perbuatan tersebut membolehkan puan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
BAB 4 CONTOH KES TATATERTIB Peraturan Berkaitan Bagi Kes Tidak Hadir Bertugas Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Ceraian SR.5.1.4 - Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Kemudahan Cuti) Perintah Am Bab G - Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 - Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 berkenaan penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik (Thumbprint) Surat Pekeliling Am Bil. 11 1981 - Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) Di Pejabat-Pejabat Kerajaan Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Tidak Hadir Bertugas Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Tidak Hadir Bertugas) (m/s 16) 41 Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
Kes Tatatertib: Keluar Negara Tanpa Kebenaran Contoh Pertuduhan Bahawa puan, xxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xx yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan xxxxx, xxxxx, Negeri xxxx didapati telah membuat lawatan persendirian keluar negara iaitu ke Korea pada 07.02.20xx tanpa sebarang permohonan atau mendapat kebenaran Ketua Jabatan dan kelulusan daripada Pegawai Pelulus iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah xxxx, Negeri xx. Perbuatan puan adalah melanggar peruntukan di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang menetapkan pegawai awam yang hendak ke luar negara atas urusan persendirian hendaklah mendapat kelulusan Pegawai Pelulus. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu hendaklah dibaca bersama dengan Pindaan Surat Penurunan Kuasa Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meluluskan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Bagi Urusan Persendirian. No. rujukan: KPM.100-2/5/7 Jld. 293(88) bertarikh 30 November 2018 yang menyatakan Pegawai Pelulus bagi guru-guru sekolah adalah Pegawai Pendidikan Daerah. Perbuatan puan itu dan boleh disifatkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut berikut: Peraturan Berkaitan Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 Surat Penurunan Kuasa Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meluluskan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Bagi Urusan Persendirian. No. rujukan: KPM.100-2/5/7 Jld. 293(88) Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Keluar Negara Tanpa Kebenaran) (m/s 22) “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 42 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
Kes Tatatertib: Kebankrapan Contoh Pertuduhan Bahawa tuan, xxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxxx, xxxx, Negeri xxxx telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi xxxx pada 29.09.20xx yang dibuat melalui Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman atas permohonan Bank xxxx. Penghukuman bankrap ke atas tuan menyebabkan tuan berada dalam keterhutangan yang serius iaitu bertentangan dengan Peraturan 13(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Dengan itu, tuan boleh diertikan sebagai telah memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: Peraturan Berkaitan Kes Kebankrapan Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Kebankrapan Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kebankrapan) (m/s 20) 43 BAB 4 CONTOH KES TATATERTIB “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.” Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kes Tatatertib: Merotan/Mendenda/Menghukum Pelajar Contoh Pertuduhan Bahawa puan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) xxxxx, xxxxx, Negeri xxx didapati telah mendenda dan menghukum murid-murid secara keterlaluan dengan cara berlari keliling padang, ketuk ketampi, menjunjung kerusi dan buku iaitu hukuman yang mirip kepada penderaan. Perbuatan puan adalah tidak wajar kerana sekolah merupakan organisasi pembelajaran dan bercanggah dengan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2003 berkenaan Kuasa Guru Merotan Murid. Perbuatan puan juga boleh ditafsirkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah 4(2)(i), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: Peraturan Berkaitan Kes Merotan/Mendenda/Menghukum Pelajar Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2003 Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Merotan/Mendenda/Menghukum Pelajar Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Lain-lain) (m/s 32) “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 44 Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
Kes Tatatertib: Gangguan Seksual Contoh Pertuduhan Bahawa puan, xxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxx, xxxxxx, Negeri xxxxx telah didapati menjalinkan hubungan dengan pelajar lelaki tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxx, xxxxx, Negeri xxxxx iaitu xxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx). Perbuatan puan jelas bertentangan dengan etika pegawai awam dan nilai serta adab sopan dan boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: Peraturan Berkaitan Kes Gangguan Seksual Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan 4(A), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Gangguan Seksual Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Gangguan Seksual) (m/s 24) BAB 4 CONTOH KES TATATERTIB “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.” 45 Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kes Tatatertib: Imunisasi COVID-19 Contoh Pertuduhan Bahawa puan, xxxxxx (No. KP: xxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxx, xxxxxx, Negeri xxxx didapati gagal untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap walaupun telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar bahawa puan adalah layak untuk menerima imunisasi COVID-19 dan oleh itu telah melanggar arahan Kerajaan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021: Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Perbuatan puan tersebut boleh ditafsirkan sebagai melanggar peruntukan perenggan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut: Peraturan Berkaitan Kes Imunisasi COVID-19 Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2021 Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Imunisasi COVID-19 Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Imunisasi COVID-19) (m/s 25) “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 46 Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
Kes Tatatertib: Pernyataan Awam Contoh Pertuduhan Bahawa puan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxx, xxxx, Negeri xxxxx didapati telah mengadakan sesi Facebook Live untuk bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia khususnya subjek yang terlalu banyak menggunakan platform media sosial Facebook yang diakui milik puan dengan nama xxxxx pada 15.02.20xx dan pada minit 15:01 puan secara lisan telah menyatakan seperti berikut: … “(membuat apa-apa pernyataan awam)' Perbuatan puan tersebut boleh ditafsirkan telah melanggar Peraturan 19(1)(a/b/c), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang memperuntukkan seperti yang berikut: Peraturan Berkaitan Kes Pernyataan Awam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 2017 - Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Bagi Guru Dan Murid Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Pernyataan Awam Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Lain-lain) (m/s 32) BAB 4 CONTOH KES TATATERTIB “19.(1) Seseorang pegawai tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain – ... (a) ...; (b) ...; (c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan.” 47 Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kes Tatatertib: Penglibatan Dalam Politik Contoh Pertuduhan Bahawa tuan, xxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxx, xxxxxx, Negeri xxxx didapati telah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Parti xxxxxx Kawasan xxxxx Sesi 20xx sebelum mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik iaitu bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik. Perbuatan tuan adalah melanggar Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010, Peraturan 21(1) (f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: Peraturan Berkaitan Kes Penglibatan Dalam Politik Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Surat Pekeliling Am Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Penglibatan Dalam Politik Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Lain-lain) (m/s 32) “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 48 Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
BAB 4 Bil. Nama Klinik/ Hospital No. Siri Sijil Cuti Sakit Tarikh Cuti Sakit 1. Klinik Kesihatan xxxxx, xxxxx, Negeri xxxx xxxxxxx 02.01.20xx hingga 09.01.20xx 2. Klinik Kesihatan xxxxx, xxxxx, Negeri xxxx xxxxxxx 03.02.20xx hingga 07.02.20xx Kes Tatatertib: Pemalsuan/ Pemindaan Dokumen Contoh Pertuduhan I Pertuduhan Pertama Bahawa puan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) xxxxx, xxxxxx, Negeri xxxx didapati telah mengemukakan sijil cuti sakit palsu seperti butiran berikut: CONTOH KES TATATERTIB Pertuduhan Kedua Bahawa puan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) xxxxx, xxxxxx, Negeri xxxx didapati telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut: Perbuatan puan sedemikian boleh disifatkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. (g) tidak bertanggungjawab." BULAN TARIKH JUMLAH HARI xx (tarikh ketidakhadiran berdasarkan sijil cuti sakit palsu) xx Perbuatan tersebut membolehkan puan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 49
Contoh Pertuduhan II Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) xxxxx, xxxxxx, Negeri xxxx didapati telah memalsukan dokumen Penyata Gaji dan maklumat pegawai yang tidak wujud di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) xxxxx, xxxxx, Negeri xxxxx dalam Sistem HRMIS seperti butiran berikut Bil. Nama No. Kad Pengenalan 1. xxxxxxxxxxxx xxxxxx-xx-xxxx 2. xxxxxxxxxxxx xxxxxx-xx-xxxx Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan yang sama seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah. (g) tidak bertanggungjawab." Contoh Pertuduhan III Bahawa puan, xxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) xxxxxx, xxxxx, Negeri xxxx telah mewujudkan salinan pendua Borang Akuan Penerimaan/ Penolakan Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 20xx, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) xxxxxx, xxxxx, Negeri xxxx dan telah menandatangani sendiri di ruang tandatangan penerimaan wang tersebut bagi pihak ibu bapa yang tidak hadir semasa majlis penyerahan diadakan. Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan yang sama seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah. (g) tidak bertanggungjawab." 50 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Contoh Pertuduhan IV Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) xxxxx, xxxxxx, Negeri xxxx didapati telah mengemukakan sijil cuti sakit yang dipinda butir matannya seperti berikut:
BAB 4 CONTOH KES TATATERTIB Peraturan Berkaitan Kes Pemalsuan/ Pemindaan Dokumen Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Pemalsuan/ Pemindaan Dokumen Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Pemalsuan/ Pemindaan Dokumen) (m/s 19) Bil. Nama Klinik No. Siri Sijil Cuti Sakit Tarikh Cuti Sakit Tarikh Cuti Sakit Dipinda 1. xxxxxxxxxxxx Perbuatan tuan sedemikian boleh disifatkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab." Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) xxxxx, xxxxxx, Negeri xxxx didapati telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut: BULAN TARIKH JUMLAH HARI xx (tarikh ketidakhadiran berdasarkan sijil cuti sakit dipinda) xx Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 43 51 Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kes Tatatertib: Dadah (Tatatertib Am) Contoh Pertuduhan Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan GredXX yang bertugas di Sekolah Kebangsaan xxx, Daerah xxx, Negeri xxx didapati telah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 21.07.20xx kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis Amphethamine dan Methamphetamine serta telah disahkan oleh Dr. xxxxx, Pegawai Perubatan Kerajaan Hospital xxx, Daerah xxx, Negeri xxx sebagai penagih dadah mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Tuan telah dikenakan perintah oleh Mahkamah Majistret xxx, Negeri xxx pada 20.09.20xx untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) xxx, Negeri xxx selama tempoh dua (2) tahun bermula 29.10.20xx seterusnya setelah tamat menjalani rawatan di Pusat Pemulihan, tuan adalah diwajibkan untuk melapor diri di pejabat AADK daerah xxxxx untuk menjalani pengawasan serta mengikuti program rawatan dan pemulihan selama tempoh dua (2) tahun di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta terikat dengan syarat-syarat pengawasan. Perbuatan tuan tersebut adalah melanggar peraturan 7.(2) yang berbunyi seperti berikut: Peraturan Berkaitan Kes Dadah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12) Bukti yang diperlukan Bagi Kes Dadah Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib [Kes Dadah dibawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983)] (m/s 23) “7(2) Jika seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui seseorang bahawa sesorang pegawai menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja." 52
Kes Tatatertib: Melanggar Tatacara Kewangan Contoh Pertuduhan I Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx (KUP) yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) xxx, xxx, Negeri xxx didapati tidak mengakaunkan RM1,900.00 ke dalam akaun bank sekolah pada tahun 20xx dan hanya mengakaunkan wang tersebut pada 22.09.20xx dan 08.10.20xx. Perbuatan tuan telah melanggar Perkara 4.2, Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah 2012 dan boleh ditafsirkan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut: Bahawa tuan, xxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxx, xxxxx, Negeri xxxxx didapati telah menggunakan wang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) xxxxx, xxxxx, Negeri xxxxxx sebanyak RM112,941.25 untuk kepentingan peribadi semasa memegang jawatan sebagai Bendahari PIBG SMK xxxx mulai 28.01.20xx hingga 22.03.20xx. Perbuatan tuan sedemikian boleh disifatkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d) dan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: BAB 4 CONTOH KES TATATERTIB “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” Contoh Pertuduhan II “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; dan (f) tidak jujur atau tidak amanah.” Contoh Pertuduhan III Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxx, xxxxx, Negeri xxxxx didapati telah membuat pengeluaran wang bantuan kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) melebihi RM10,000 pada tarikh xx.xx.xxx di bank xxxxx cawangan xxxx, negeri xxxx tanpa mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP137). Perbuatan tuan sedemikian adalah melanggar Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2021 dan boleh disifatkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 53
Bahawa puan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred xxx yang bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxx, xxxxxx, Negeri xxxxx didapati telah mengunci masuk pembayaran perubahan emolumen di dalam Sistem Emolumen Berkomputer bagi pembayaran Elaun Tanggung Kerja tanpa dokumen iaitu Borang SG20 dan Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8) yang lengkap dan disahkan oleh Ketua Jabatan seperti butiran berikut: Contoh Pertuduhan IV “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” Perbuatan puan telah melanggar Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 16 Tahun 2014 berkaitan Pengurusan Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan dan boleh disifatkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: Bil. Perkara Tarikh Jumlah Telah Diterima (RM) Jumlah Patut Diterima (RM) Jumlah Tuntutan Palsu 1. Bayaran Elaun Tanggung Kerja November 20xx 2,299.22 2,279.85 19.37 2. Bayaran Elaun Tanggung Kerja Disember 20xx 22,992.20 0.00 22,992.20 Peraturan Berkaitan Kes Kewangan Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Kewangan Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Kewangan) (m/s 21) Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12) 54 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kes Tatatertib: Tidak Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Contoh Pertuduhan I Bahawa puan xxxxxxxxx (No.KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas di Sekolah xxxxx, Negeri xxxxx telah didapati tidak menyediakan dengan sempurna Rancangan Pengajaran Harian bagi Tahun 20xx. Perbuatan tersebut membolehkan puan dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 Tahun 1999 iaitu Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dan boleh disifatkan sebagai melanggar Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut : “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” Contoh Pertuduhan II Bahawa tuan xxxxxxx (No.KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas di Sekolah xxxxx, Negeri xxxxx telah didapati gagal mengemukakan e-RPH bagi tahun 20xx sepertimana yang dikehendaki oleh Pentadbir. Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 Tahun 1999 iaitu Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dan boleh disifatkan sebagai melanggar Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut : “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” Peraturan Berkaitan Kes Tidak Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 Tahun 1999 Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Bukti yang diperlukan Bagi Kes Tidak Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Lain-lain) (m/s 32) 55 BAB 4 CONTOH KES TATATERTIB Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12)
PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kes Tatatertib: Tidak Melaksanakan Sesi PdPC/PdPR Contoh Pertuduhan Bahawa tuan, xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxxx, xxxxxx, Negeri xxxxx didapati tidak melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan pada tarikh-tarikh seperti berikut: Peraturan Berkaitan Kes Tidak Melaksanakan PdPC/ PdPR Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Tindakan Ketua Jabatan/Penyelia Rujuk Carta Alir Pengurusan Kes-Kes Tindakan Tatatertib Am di bawah Peraturan 35, Peraturan 36 dan Peraturan 37 (m/s 12) Bukti yang diperlukan Bagi Kes Tidak Melaksanakan PdPC/ PdPR Sediakan dokumen yang diperlukan dengan merujuk kepada Senarai Semak Dokumen Bukti Maklumat Sokongan Kes Tatatertib (Lain-lain) (m/s 32) Perbuatan tuan tersebut telah gagal mematuhi Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang berkuat kuasa pada 02.02.2021 dan boleh ditafsirkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut: Tarikh Masa Subjek Kelas 13.06.20xx 10.15 pagi – 10.45 pagi PK 3J 14.06.20xx 11.45 pagi – 12.15 tengah hari BM 4F “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab. (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah." 56
KESILAPAN LAZIM DALAM PENGURUSAN KES TATATERTIB BAB 5
Kesalahan Lazim Pengurusan Tatatertib Tidak melaporkan/lewat melaporkan salahlaku tatater tib yang dilakukan oleh pegawai. Ketua Jabatan tidak member ikan komitmen dalam menguruskan tatater tib. Tidak membuat ulasan mengenai pegawai. Ulasan Ketua Jabatan tidak relevan dan boleh menimbulkan rasa prejudis atau bias terhadap pegawai. Hanya mengenakan potongan gaji terhadap pegawai yang tidak hadi r ber tugas tanpa sebarang tindakan tatater tib. Ketua Jabatan tidak ber tindak untuk menguat kuasakan hukuman kepada pegawai setelah surat hukuman diter ima. Tidak menyampaikan surat per tuduhan/hukuman kepada pegawai. Ketua Jabatan kurang pengetahuan tentang prosedur mengenai pengurusan tatater tib. Ketua Jabatan meletakkan orang bawahan untuk menguruskan sepenuhnya salahlaku tatater tib pegawai. Ketua Jabatan enggan melaporkan kerana bimbang ancaman dar ipada orang bawahan. Keper luan member i tumpuan kepada aspek-aspek lain didalam organisasi sehingga mengabaikan urusan tatater tib. Laporan tatater tib tidak lengkap mengikut format yang diselaraskan. Dokumen keterangan mengenai kes salahlaku pegawai tidak lengkap & tidak jelas. Buku Kenyataan Perkhidmatan pegawai tidak dikemaskini. Laporan penemuan adalah berdasarkan hearsay tanpa bukti kukuh seper ti gambar /tangkap layar /video/dokumen. Terdapat kesilapan maklumat pada buti ran pegawai. Proses urusan tatater tib tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana buti ran pegawai tidak lengkap/dikemaskini. Per tuduhan yang dikeluarkan tidak tepat berdasarkan peraturan sedia ada ber ikutan bukti yang tidak mencukupi. Ber laku element of condonation kerana ber laku kelewatan dalam pelaksanaan hukuman. Lebih ramai pegawai yang tidak ber integr iti kerana KJ atau Penyelia tidak member ikan komitmen dalam melaporkan kes tatater tib. Prosiding tatater tib yang dipanjangkan tanpa justifikasi kukuh menidakkan keadilan kepada pegawai dituduh. Sikap/Tingkah laku Dokumen/Kesalahan Teknikal Kesan dan Akibat BAB 5 KESILAPAN LAZIM DALAM PENGURUSAN KES TATATERTIB 57
CONTOH DOKUMEN PENGENDALIAN KES TATATERTIB BAB 6
CONTOH LAMPIRAN I BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35 DAN 36, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 Saya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2/ No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan pelanggaran tatatertib oleh xxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), xxxxxxxxxx Gred xxxx yang/ semasa bertugas di xxxxxx, xxxxxx, xxxxxx adalah dari jenis yang patut dikenakan: Hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan seterusnya memutuskan bahawa: Tidak Wujud suatu kesalahan tatatertib. Wujud suatu kesalahan tatatertib. ATAU; Hukuman buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Yang benar, ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No.2) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: 58
CONTOH LAMPIRAN I KEPUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB MENENTUKAN KES PRIMA FACIE Saya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2/ No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan pelanggaran tatatertib oleh xxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), xxxxxxxxxx Gred xxxx yang/ semasa bertugas di xxxxxx, xxxxxx, xxxxxx adalah dari jenis yang patut dikenakan: Ada prima facie dan surat pertuduhan dikeluarkan terhadap pegawai. Perlu maklumat lanjut dan dikembalikan kepada urus setia tatatertib. Yang benar, ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: 59 Tiada prima facie.
CONTOH BIL. KES: / 20XX KEPUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB MENENTUKAN WUJUD/TIDAK WUJUD ASAS YANG MUNASABAH UNTUK DIKENAKAN SURCAJ Saya selaku Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Pengurusan/Sokongan (No.2), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menimbangkan fakta dan keterangan kes untuk mengenakan surcaj ke atas tuan/puan xxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), xxxxxxxxxx Gred xxxx yang/ semasa bertugas di xxxxxx, xxxxxx, xxxxxx dan membuat keputusan seperti berikut: Wujud penentuan asas yang munasabah untuk dikenakan surcaj ke atas pegawai. Tidak wujud penentuan asas yang munasabah untuk dikenakan surcaj ke atas pegawai. Yang benar, ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Perlu maklumat lanjut dan dikembalikan kepada urus setia tatatertib. 60
BAB 6 Contoh Surat Pertuduhan P36 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CONTOH DOKUMEN PENGENDALIAN KES TATATERTIB SULIT Rujukan Kami: xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Tarikh: xxxxxx 20xxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx) xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX Melalui dan salinan: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX CONTOH Tuan/Puan, TINDAKAN TATATERTIB TIDAK DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Dimaklumkan bahawa satu laporan telah diterima oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan/puan, xxxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), xxxxxxxxxx Gred xxx yang/ semasa bertugas di xxxxxxxx, xxxxxxx telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan/puan. 2. Pengerusi Lembaga Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib tidak dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, atas pertuduhan berikut: Pertuduhan Bahawa tuan, Encik xxxxxxxxx (No. KP: xxxx-xx-xxxx), xxxxxxxx Gred xxx semasa bertugas di Bahagian xxxxxx, Kementerian Pendidikan Malaysia didapati telah didapati gagal mengurus dan mentadbir kontrak bagi memastikan kontraktor memenuhi abligasi kontrak atau sebahagiannya bagi Perjanjian Membekal Susu UHT Berperisa ke Sekolah-sekolah Rendah di bawah Program Susu 1 Malaysia pada tahun xxxx dan xxxx. Perbuatan tuan tersebut boleh ditafsirkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(j), PeraturanPeraturan yang sama seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (j) cuai dalam melaksanakan tugas.” Jika tuan didapati bersalah terhadap pertuduhan di atas, tuan boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang dinyatakan dalam Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. Mengikut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,tuan adalah dengan ini dikehendaki membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri tuan daripada pertuduhan tersebut. Representasi tuan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat ini dan dialamatkan kepada: 61
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam/Pendidikan Kumpulan Pengurusan/Sokongan (No.2) Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Integriti Aras 12, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P. PUTRAJAYA Melalui: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX CONTOH 5. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan itu, maka tuan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri dan perkara ini akan terus diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/Pengurusan (No.2), Kementerian Pendidikan Malaysia berasaskan kepada keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja. 6. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan kepada urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/Pengurusan (No.2), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Jabatan tuan. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Salinan kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA [Selaras dengan kehendak peruntukan Peraturan 3D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993] 62
BAB 6 Contoh Surat Pertuduhan P37 PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CONTOH DOKUMEN PENGENDALIAN KES TATATERTIB SULIT Rujukan Kami: xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Tarikh: xxxxxx 20xxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx) xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX Melalui dan salinan: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX CONTOH Tuan/Puan, TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Dimaklumkan bahawa satu laporan telah diterima oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan/puan, xxxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), xxxxxxxxxx Gred xxx yang/ semasa bertugas di xxxxxxxx, xxxxxxx telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan/puan. 2. Pengerusi Lembaga Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, atas pertuduhan berikut: Pertuduhan Bahawa tuan/puan, Encik/Cik xxxxxxxxx (No. KP: xxxx-xx-xxxx), xxxxxxxx Gred xxx semasa bertugas di Sekolah Kebangsaan xxxxxx, xxxxx, xxxxx didapati telah didapati gagal mengurus dan mentadbir kontrak bagi memastikan kontraktor memenuhi abligasi kontrak atau sebahagiannya bagi Perjanjian Membekal Susu UHT Berperisa ke Sekolah-sekolah Rendah di bawah Program Susu 1 Malaysia pada tahun xxxx dan xxxx. Perbuatan tuan tersebut boleh ditafsirkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(j), PeraturanPeraturan yang sama seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (j) cuai dalam melaksanakan tugas.” Jika tuan didapati bersalah terhadap pertuduhan di atas, tuan boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang dinyatakan dalam Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 3. Mengikut Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tuan adalah dengan ini dikehendaki membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri tuan daripada pertuduhan tersebut. Representasi tuan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat ini dan dialamatkan kepada: Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam/Pendidikan Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Integriti Aras 12, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P. PUTRAJAYA 63
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) CONTOH “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan (No.1) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Salinan kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA [Selaras dengan kehendak peruntukan Peraturan 3D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993] 4. Sekiranya tuan/puan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan itu, maka tuan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri dan perkara ini akan terus diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/ Awam Kumpulan Sokongan (No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia berasaskan kepada keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja. 5. Sila tuan/puan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan kepada urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan (No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Jabatan tuan. Sekian. Melalui: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX 64
BAB 6 Contoh Notis Pemakluman Niat Untuk Mengambil Tindakan Surcaj PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CONTOH DOKUMEN PENGENDALIAN KES TATATERTIB SULIT Rujukan Kami: xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Tarikh: xxxxxx 20xxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx) xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX Melalui dan salinan: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX CONTO Tuan/Puan, H NOTIS MEMAKLUMKAN NIAT UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN SURCAJ BAWAH PERATURAN 51, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 Dengan ini dimaklumkan bahawa Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/Pengurusan (No.2), Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa ke atas tuan/puan telah menerima laporan bahawa tuan/puan telah berkelakuan dengan sedemikian rupa hingga membolehkan tindakan surcaj diambil terhadap tuan/puan. 2. Setelah menimbang segala maklumat dan bukti yang diterima, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/Pengurusan (No.2), Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat bahawa tuan/puan wajar dikenakan tindakan surcaj atas pertuduhan berikut: Pertuduhan Bahawa tuan/puan, xxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xx yang bertugas di xxxx, daerah xxx, negeri xxx telah didapati cuai sehingga menyebabkan kehilangan 1 unit LCD Projektor Geha Compact 285 bernilai RM10,437.00 milik kerajaan (Peralatan PPSMI) semasa tuan/puan meninggalkan LCD Projektor tersebut di rumah kediaman beralamat xxxxxx, daerah xxx, negeri xxx pada (tarikh) tanpa sebarang pengawasan. Dalam tempoh tuan/uan meninggalkan LCD Projektor tersebut, kediaman tuan/puan telah dipecah masuk dan LCD Projektor milik kerajaan disedari hilang pada jam 1.15 petang. Dengan itu, tuan/puan telah melanggar Seksyen 18 Akta Tatacara Kewangan 1957 yang berbunyi seperti berikut: “18. Jika didapati oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan yang tertentu, selepas berunding dengan pihak penguatkuasa kewangan, bahawa mana-mana orang yang sedang dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sebuah negara (c) sedang atau telah bertanggungjawab tentang apa-apa kekurangan dalam atau tentang kebinasaan, apa-apa wang awam, setem-setem, sekuriti-sekuriti, stor-stor atau lain-lain harta Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;” 65
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam/Pendidikan Kumpulan Pengurusan/Sokongan (No.2) Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Integriti Aras 12, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P. PUTRAJAYA Melalui: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX CONTOH 5. Sayugia diingatkan bahawa sekiranya Lembaga Tatatertib tidak menerima sebarang jawapan daripada tuan/puan dalam tempoh masa yang ditetapkan itu, maka tuan/puan dianggap memilih untuk tidak membela diri dan prosiding pertuduhan kes ini akan diteruskan tanpa sebarang notis lanjutan kepada tuan/puan serta seterusnya akan dipertimbangkan berasaskan kepada maklumat dan bukti yang ada pada Lembaga ini sahaja 6. Sila tuan/puan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang disertakan dan kembalikan ke Kementerian dengan segera. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8884 7924 Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Salinan kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA [Selaras dengan kehendak peruntukan Peraturan 3D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993] 66 3. Sila ambil perhatian bahawa jika tuan/puan didapati bersalah terhadap pertuduhan di atas, tuan/puan boleh dikenakan surcaj mengikut Peraturan 51, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Amaun surcaj yang boleh dikenakan ialah 100% atau sebahagian kecil darinya berasaskan nilai amaun barang yang hilang akibat kecuaian tuan/puan. 4. Selaras dengan prinsip ‘Hak Untuk Didengar’, tuan/puan adalah dengan ini diberi peluang untuk mengemukakan representasi secara bertulis dengan mengemukakan hujah-hujah pembelaan, bukti yang relevan dan alasan bagi membebaskan diri puan daripada pertuduhan tersebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat ini. Representasi atau hujah-hujah puan itu hendaklah dialamatkan kepada:
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) CONTOH “Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Kawalan dan Pemantauan Tingkat 4, Blok Selatan Kompleks Kementerian Kewangan 62592 W.P. PUTRAJAYA Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri xxx xxxxx xxxx xxxxxx (u.p.: Sektor Integriti) 67
BAB 6 Contoh Surat Hukuman PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CONTOH DOKUMEN PENGENDALIAN KES TATATERTIB SULIT Rujukan Kami: xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Tarikh: (Bulan) xxxxxx (Tahun) 20xxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx) xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX Melalui dan salinan: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX CONTOH Tuan/Puan, TINDAKAN TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Pengurusan/Sokongan (No.2/No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuaratnya pada 10 November 2022 telah menimbang dengan teliti surat pertuduhan ke atas tuan/puan dan representasi bertulis tuan/puan bertarikh xxxxxx. Setelah menimbang fakta-fakta yang berkaitan, Lembaga Tatatertib mendapati tuan/puan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan yang dihadapkan. Seterusnya, Lembaga Tatatertib memutuskan tuan/puan bersalah dan dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman seperti berikut: Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F Lebuh Perdana Timur, Presint 1 62000 W.P. PUTRAJAYA atau Terhadap Pertuduhan (i) amaran mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 2. Berdasarkan Peraturan 13 dan 14(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 [P.U.(A)458], tuan/puan adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan tuan/puan dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh penerimaan keputusan Lembaga Tatatertib ini. Sekiranya tuan/puan hendak mengemukakan rayuan, sila pastikan tatacara yang berikut dipatuhi: (i) surat rayuan tuan hendaklah dialamatkan kepada: 68 Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.2) Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Aras 2, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P. PUTRAJAYA Melalui: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) CONTOH (ii) seterusnya, surat rayuan tersebut hendaklah DIKEMUKAKAN kepada Ketua Jabatan tuan/ puan sebelum tindakan selanjutnya oleh pihak Ketua Jabatan dapat diambil. Kegagalan puan mematuhi tatacara rayuan ini mungkin akan mencacatkan prosiding rayuan kelak. 3. Sila tuan/ puan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang disertakan dan kembalikan ke kementerian ini dengan segera. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03- 8884 7924. Sekian, "MALAYSIA MADANI" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2/ No.1) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Salinan kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA [Selaras dengan kehendak peruntukan Peraturan 3D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993] 69
BAB 6 CONTOH Contoh Perakuan Kes Tatatertib ke JPA/SPA/SPP PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CONTOH DOKUMEN PENGENDALIAN KES TATATERTIB SULIT Rujukan Kami: xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Tarikh: xxxxxx 20xxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx) xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX Melalui dan salinan: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx XXXXXXX Tuan/Puan, PERAKUAN TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP TUAN/PUAN xxxxx (NO. KP: XXXX-XX-XXXX), PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED XX, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN XXX, DAERAH, NEGERI Dengan hormatnya saya merujuk laporan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri XXX berkenaan dengan tatakelakuan Tuan/Puan xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxx yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxx, Daerah, Negeri kerana melanggar tatakelakuan yang membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap beliau. BUTIR PEGAWAI 2. Butir-butir mengenai pegawai adalah seperti berikut: i. Nama Pegawai : xxxxx ii. No. Kad Pengenalan : xxxxx-xx-xxxx iii. Tarikh Lahir/ Umur : xx.xx.xxxx / xx Tahun iv. Tarikh Mula Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam : xx.xx.xxxx v. Tarikh Disahkan Dalam Jawatan : xx.xx.xxxx vi. Tarikh Dimasukkan Ke Jawatan Berpencen : xx.xx.xxxx vii. Tarikh Dinaikkan Pangkat Ke Gred Sekarang : xx.xx.xxxx viii. Tarikh Bersara Wajib : xx.xx.xxxx 70
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) Tarikh Lembaga Tatatertib Kesalahan Hukuman xx.xx.xxxx Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/ Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2/ No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia xxxxx xxxxxxx xx.xx.xxxx Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/ Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2/ No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia xxxxx xxxxxxx xx.xx.xxxx Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/ Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2/ No.1), Kementerian Pendidikan Malaysia xxxxx xxxxxxx CONTOH ... Salinan kad pengenalan pegawai disertakan di Lampiran ‘A’. ... Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai berkenaan yang kemas kini disertakan di Lampiran ‘A1’. ... Salinan pengesahan alamat terkini pegawai disertakan di Lampiran ‘A2’. ... Salinan Ringkasan Perkhidmatan (Curriculum Vitae) pegawai disertakan di Lampiran ‘A3’. ... Salinan maklumat markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun disertakan di Lampiran ‘A4’. ix. Jawatan dan Gred Sekarang : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xx x. Tempat Bertugas Sekarang : Sekolah Kebangsaan xxxxx, xxxxx, Negeri xxx xi. Tempat Bertugas Semasa Kesalahan : Sekolah Kebangsaan xxxxx, xxxxx, Negeri xxx xii. Emolumen (01.04.2020) : RMxxxx.xx + RMxxx.xx (ITK) + RMxxx.xx (ITP) + RMxxx.xx(BSH) xiii. Rekod Tindakan Tatatertib : Ada/ Tiada LATARBELAKANG KES 3. Satu laporan telah diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri xxx bertarikh xxx mengenai tatakelakuan tuan/puan xxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx semasa bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxxx, xxxxx, xxxxxtelah didapati tidak mengambil sebarang tindakan ke atas salah laku pegawai seliaan tuan/puan yang datang lewat ke tempat kerja dan melakukan pekerjaan luar tanpa meminta kebenaran Ketua Jabatan. ... Salinan surat Jabatan Pendidikan Negeri xxx bertarikh xxxx disertakan di Lampiran ‘B’. ... Salinan surat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxxx, xxxxx bertarikh disertakan di Lampiran ‘B1’. ... Salinan rekod kehadiran dan kalendar semakan kehadiran pegawai disertakan di Lampiran ‘C’ dan ‘C1’. ... Salinan kenyataan cuti pegawai disertakan di Lampiran ‘D’. 71
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) CONTOH 4. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxxx, xxxxxx telah mengeluarkan tiga (3) pucuk surat masing-masing bertarikh 09.03.20xx, 22.03.20xx dan 26.03.20xx yang mengarahkan pegawai kembali bertugas dengan serta merta dan memberikan sebab-sebab ketidakhadiran. ... Salinan surat arahan kembali bertugas dan tunjuk sebab bertarikh 09.03.20xx, 22.03.20xx dan 26.03.20xx disertakan di Lampiran ‘E’. ... Salinan kad akuan terima/ akuan penghantaran disertakan di Lampiran ‘F’. 5. Pegawai melalui surat bertarikh 05.04.20xx telah memberikan penjelasan seperti berikut: (i) memohon maaf atas kesilapan kelewatan hadir lambat ke sekolah atas masalah tidak dapat dielakkan; dan (ii) memohon maaf di atas kelewatan pada 09.11.20xx disebabkan menghantar anak ke Hospital xxxx kerana anaknya perlu membuat rawatan fisioterapi bagi masalah saraf kaki yang dialami mengikut jadual terancang oleh doktor pakar di waktu awal pagi. ... Salinan surat penjelasan pegawai bertarikh 05.04.20xx disertakan di Lampiran ‘G’. ULASAN KETUA JABATAN 6. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxx, xxxx, xxxxx selaku Ketua Jabatan (KJ) melalui suratnya bertarikh menyatakan bahawa: (i) kesalahan yang dilakukan oleh pegawai adalah berat; dan (ii) pegawai juga didapati telah melakukan kesalahan tidak melengkapkan dan menutup Buku Jadual Kedatangan Pelajar pada bulan Februari 20xx dan tidak menyediakan Kertas Ujian Bulanan xx tanpa sebab. ... Salinan ulasan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxx, xxxxx, xxxxx seperti di Lampiran ‘B1’. ULASAN KETUA SETIAUSAHA 7. Setelah meneliti kes pegawai, saya berpandangan bahawa: (i) pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh pegawai adalah sesuatu yang berat dan serius; (ii) pegawai sebagai penjawat awam yang tergolong dalam kategori pengurusan dan profesional sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada semua pihak lebih-lebih lagi memandangkan beliau merupakan seorang guru; (iii) perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah membolehkan tindakan tatatertib dikenakan terhadapnya selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan yang sama; dan (iv) bukti dan fakta kes jelas menunjukkan pegawai telah melakukan kesalahan dan ini mewajarkan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas pegawai. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat tindakan tatatertib wajar diambil dan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap pegawai. 8. Dengan yang demikian, kes tuan/puan xxxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xxxx yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxx, xxxxxx, xxxxxx dikemukakan untuk pertimbangan pihak YBhg. Datuk selanjutnya. 9. Sekiranya pihak YBhg. Datuk mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi xxxxxxx di talian 03-xxxxxxxx. Sekian. 72
SULIT xxx.xx.x.xxx-x/x/xx(x) CONTOH Salinan kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA [Selaras dengan kehendak peruntukan Peraturan 3D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993] 73 "MALAYSIA MADANI" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ………………………………………….... (xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan/Awam Kumpulan Sokongan/ Pengurusan (No.2/ No.1) Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh:
RUJUKAN
Senarai Rujukan dan Panduan Sedia Ada 1.Per lembagaan Persekutuan Perkara 132 (1)(c) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. 2.Akta Tatacara Kewangan 1957. 3.Akta 283 – Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. 4.Arahan Perbendaharaan. 5.Per intah Am Bab A, B, C, E, F dan G. 6.Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatater tib) 1993 7.Peraturan-Peraturan Lembaga Tatater tib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U. (A)396]. 8.Peraturan-Peraturan Lembaga Tatater tib Perkhidmatan Pendidikan 1994 [P.U. (A)458]. 9.Ceraian UP.7.1.1-Peraturan Berkaitan Pembentukan Dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatater tib 10.Ceraian UP.3.1.6-Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatater tib 11.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2018 – Gar is Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Ker ja. 12. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2019 - Pelaksanaan Waktu Beker ja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan. 13. Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 – Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) Di Pejabat-Pejabat Kerajaan. 14. Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 – Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elekt ronik Di Agensi-Agensi Kerajaan. 15. Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2012 – Peraturan Per jalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendi r ian. 16. Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2014 – Peraturan Per jalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendi r ian – Pindaan Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012. RUJUKAN 74
Senarai Rujukan dan Panduan Sedia Ada 17.https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/UP/Tatakelakuan-danPengurusan-Tatater tib-Pegawai-Awam/18/ 18.https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Waktu-beker ja/30/ 19.https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/2/ 20.https://ppp.t reasury.gov.my/ 21.https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/UP/Pemangkuan-dan-kenaikan- pangkat/117/ 22.https://docs.jpa.gov.my/ppsm/index.php/akta-per intah-am-peraturan 23.https://docs.jpa.gov.my/ppspp/ PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 75
T E R M A D A N R U J U K A N : H A K C I P T A T E R P E L I H A R A . T I D A K D I B E N A R K A N M E N G U L A N G M A N A - M A N A B A H A G I A N D A N I S I K A N D U N G A N D O K U M E N D A L A M A P A J U A Y A N G B E R T U J U A N M E N D A P A T K A N K E U N T U N G A N S E B E L U M M E M P E R O L E H I Z I N B E R T U L I S D A R I P A D A P E N G E L U A R . K E M P E N D I D I K A N W W W . M O E . G O V . M Y U N I T I N T E G R I T I K P M
Bil. Mukasurat Kesalahan Pembetulan RALAT PANDUAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA RALAT Beberapa kesalahan ejaan dan teknikal telah didapati didalam buku Panduan Pengurusan Tatater tib. PIhak kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf atas kesulitan yang ber laku. Ber ikut adalah buti ran mengenai ralat dan pembetulan untuk dijadikan rujukan: