AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 1Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.Yang Berbahagia Profesor Dato’ Technologist Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi,Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),Yang Berbahagia Lt Kol Profesor Technologist Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),Yang Berbahagia Profesor Technologist Dr. Haji Azizi bin Miskon,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Universiti,Komandan, Akademi Latihan Ketenteraan, Pegawai-pegawai Kanan Universiti,Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan,Barisan Profesor Emeritus, Profesor, serta Profesor Madya yang bijaksana,Para Pensyarah dan Pentadbir Universiti,Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, para mahasiswa, serta para hadirin yang dihormati sekalian.Alhamdulillah, puji dan syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana atas limpahan nikmat dan rahmat kurniaan-Nya kita semua dapat berkumpul pada hari ini bersempena dengan Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2023.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 2Sama-samalah kita mengangkat doa mudah-mudahan majlis hari ini diiringi sinar hikmah dan kita semua dikurniakan pedoman untuk terus kekal dengan semangat kecemerlangan.Warga UPNM yang saya kasihi sekalian,Dalam majlis amanat pada tahun ini, saya mengangkat tema, “Amanah Dijunjung, Ilmu Disanjung.” Menerusi pengisian amanat ini, saya ingin mengajak semua untuk melakukan refleksi kendiri serta memperbaharui azam dan tekad demi mengotakan amanah mulia yang kita kongsi bersama. Izinkan saya berkongsi maksud petikan ayat suci al-Quran daripada Surah al-Anfal ayat 27, yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”Sesuai dengan maksud ayat suci tersebut, amanah kita selaku warga sebuah gapura ilmu pengetahuan bukanlah calang-calang. Ia membawa satu gagasan suci demi menyediakan putera puteri terbaik, membawa sinar harapan menuntun masa depan gemilang negara.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 3John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris pernah berkata:“Education begins the gentleman, but reading, good company, and reflection, must finish him.”
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 4Ilmu adalah teras perkhidmatan kita. Ilmu kontemporari serta ilmu kehidupan mencakupi nilai, adab dan etika adalah kunci utama untuk membuka pintu setiap mahasiswa ke dunia realiti yang penuh cabaran. Oleh itu, dalam melaksanakan amanah ilmu, kita dituntut untuk menjejak segala peluang, kemungkinan, serta cabaran dalam segenap spektrum pendidikan tinggi. Kita landaskan ia melalui dua tunjang iaitu: tuntutan persekitaran strategik semasa, serta memandang kepada aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Negara.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 5Usaha melahirkan mahasiswa yang mampu berfungsi sebagai ahli masyarakat madani memacu keberadaan Malaysia yang berdaya saing perlu diperhebatkan. Sudah tentu, segala inisiatif perlu bersifat kolektif pelaksanaannya dan mandiri serta unik dalam kerangka bidang tujahan kita.Warga UPNM yang saya kasihi sekalian,Sebagai pembuka, marilah sama-sama kita meninjau semula keberadaan kita sepanjang tahun yang lalu. Pada awal tahun 2022, saya telah menzahirkan amanat yang membawa tema, “Menjulang Tekad, Mendepani Cabaran.” Berdasarkan tema ini, enam (6) Teras Strategik telah dibina sebagai penggerak utama UPNM ke arah kecemerlangan.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 6Alhamdulillah, berkat usaha gigih semua, kita telah berjaya meningkatkan pencapaian sebagaimana yang dipaparkan dalam montaj sebentar tadi. Oleh itu, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga. Daripada barisan pengurusan, staf dan sehinggalah seluruh mahasiswa yang begitu komited dalam menjayakan peranan masing-masing sehingga kita berjaya merangkul pelbagai pencapaian dan kejayaan.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 7
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 8Sebagai tambahan juga, pencapaian terbaharu ialah UPNM telah berjaya mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPT iaitu 100% pengisian MyPortfolio dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).SYABAS KEPADA SELURUH WARGAMudah-mudahan momentum kejayaan pada tahun lalu dapat diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Tahniah saya ucapkan. Mari kita berikan tepukan gemuruh kepada semua.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 9Para hadirin sekalian,Aspirasi nasional dan konsep Malaysia Madani dijadikan rujukan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka untuk memperkukuh lapan (8) keperluan negara. Dalam konteks KPT, peranannya jelas untuk memperkukuh institusi dan pendidikan.Pada tanggal 30 Januari 2023 yang lalu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023. Perutusan beliau yang begitu komprehensif telah menzahirkan 11 azam dan tekad.Intipatinya menjurus kepada usaha m e n g e m b a l i k a n kepercayaan rakyat kepada pendidikan tinggi negara di samping memenuhi aspirasi nasional untuk menjadikan Malaysia negara madani. Kesemua teras ini diolah melalui penjajaran dan pemetaaan kepada 11 azam dan tekad Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi yang membawa aspirasinya seiring Harapan dan Masa Depan Pendidikan Tinggi.
Para hadirin sekalian,Bagi tahun 2023, kita telah merangka sebanyak tujuh (7) Teras Strategik untuk memandu hala tuju UPNM bagi mencapai aspirasi KPT. Teras Pertama: Memperkasakan Akademik, Pengantarabangsaan dan Pengajian Sepanjang Hayat
UPNM terus komited untuk meneroka ruang dan peluang bagi mengembangkan potensi untuk memantapkan agenda kecemerlangan akademik sekali gus meningkatkan daya saing pada peringkat nasional dan global. Penekanan diberikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran agar ia menjurus kepada pembentukan mahasiswa yang smart and sharp iaitu kepintaran mengurus manusia dan kebijakan mengurus teknologi.Dalam hal ini, kerangka strategik sedia ada akan dianalisis dan diberi nafas baharu. Untuk itu, fungsi teras tadbir urus akademik akan diperke-
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 12mas sebagai mekanisme utama dalam menjajar hala tuju yang ditetapkan. Oleh yang demikian, tiga (3) inisiatif digariskan sebagai agenda utama.Inisiatif Pertama: Memperkasakan Akademik dengan Memperluas Jaringan Akses kepada Pendidikan Dalam TalianSelaras dengan agenda ke arah pendigitalan UPNM, pemerkasaan infrastruktur sokongan pendigitalan untuk pembelajaran hibrid dan anjal dijadikan fokus penting pada tahun ini. Ekosistem pendigitalan yang kondusif amat penting sebagai sistem sokongan untuk memacu pembangunan Massive Open Online Courses (MOOCs) dan Micro-Credential. Justeru, ia akan meningkatkan akses kepada program akademik dan membuka potensi peningkatan enrolmen pelajar antarabangsa. Oleh itu, pada tahun ini, perolehan keperluan pendigitalan bagi menyokong strategi ini akan diberi keutamaan. Kelengkapan keseluruhan bilik kuliah akan ditambah baik dengan penyediaan keperluan peralatan asas yang lebih canggih. Dalam hal yang sama, kita akan memperkasakan pembangunan modul Online Distance Learning (ODL) meliputi program-program eksekutif mod separuh masa.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 13Inisiatif Kedua: Memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)Kita komited untuk mengangkat aspirasi negara dalam pendemokrasian pendidikan melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kita telah berjaya mendapatkan perakuan daripada MQA sebagai salah sebuah Pusat Penilaian APEL di Malaysia sejak Februari tahun lepas sekali gus telah membuka akses yang lebih luas kepada masyarakat untuk menyam-
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 14bung pengajian tinggi. Justeru, usaha promosi kemasukan secara laluan APEL.A dan APEL.Ckepada golongan sasar mesti diteruskan termasuklah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan organisasi yang dikenal pasti.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 15Dalam masa yang sama, Pusat Pengajian Sepanjang Hayat perlu memperkemas kerangka strategik yang lebih mampan agar agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui APEL dapat dikembangkan kepada agensi lain. Semua Fakulti dan Pusat Akademik juga perlu memainkan peranan proaktif untuk membantu Pusat Pengajian Sepanjang Hayat. Hal ini dilihat dalam aspek reka bentuk program yang relevan dengan keperluan masyarakat serta industri agar penawarannya dapat diperluas. Di samping itu, perkongsian pintar perlu diteroka oleh Pusat Pengajian Sepanjang Hayat bersama-sama pihak berkepentingan bagi memperluas lagi penglibatan. Antaranya, inisiatif kolaborasi dengan majikan untuk mengalakkan mereka menghantar pekerja mengikuti pengajian
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 16secara laluan APEL atas keperluan organisasi atau syarikat. Selanjutnya, bagi tahun 2023, fokus utama diletakkan untuk meningkatkan mekanisme Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan membangunkan APEL.Q bagi melengkapkan UPNM sebagai sebuah Pusat Penilaian APEL sepenuhnya. Inisiatif ini diyakini akan terus memangkin pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat sekali gus mengupayakan potensi untuk membina masyarakat berpengetahuan.Inisiatif Ketiga: Menggiatkan Jaringan Kolaborasi Strategik, Peringkat AntarabangsaIntegrasi pendidikan yang unik dalam bidang tujahan disulami pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa adalah produk berkualiti kita yang bersedia untuk ditawarkan pada peringkat yang lebih luas.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 17Oleh itu, kita komited untuk mengorak langkah dengan lebih strategik dan berfokus bagi menjalinkan kerjasama strategi pengantarabangsaan berimpak tinggi. Hal ini termasuk menggiatkan kerjasama untuk meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa. Bagi maksud tersebut, fungsi teras Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa akan diperkukuh dengan libat urus semua Fakulti dan Pusat Akademik di UPNM.Kehadiran staf antarabangsa berprestasi juga akan ditingkatkan dan pastinya dapat memperkukuh kualiti serta piawaian pendidikan Universiti. Dalam hal ini, Universiti akan mengambil beberapa langkah proaktif yang mampu memberi impak signifikan. Antaranya, melantik pakar bidang daripada dunia akademik atau korporat antarabangsa sebagai Profesor Pelawat. Kehadiran mereka bakal menawarkan sumber akademik dan kemahiran bernilai universal. Dengan itu, proses penciptaan ilmu akan dapat diperkaya sekali gus menyuntik ilmu segar yang dinamik daripada dunia luar kepada mahasiswa. Begitu juga aspek tadbir urus pelajar antarabangsa akan terus ditambah baik.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 18Selaras itu, UPNM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pelajar Antarabangsa sebagai rujukan kepada semua FPJB dalam merancang strategi serta inisiatif untuk memacu agenda pengantarabangsaan UPNM. Peranan Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa dalam usahasama dengan pelbagai agensi termasuk EMGS serta IPT akan diperkukuh.Hal ini dilaksanakan untuk memastikan urusan berkaitan pemasaran, promosi, serta perkhidmatan sokongan pelajar antarabangsa dapat
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 19diselaraskan. Sebagai permulaan, perbincangan dengan beberapa rakan strategik berpotensi dalam kalangan ejen pengambilan pelajar telah dilaksanakan. Ia adalah bagi maksud kolaborasi untuk meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa yang berkualiti.Usaha proaktif juga akan digiatkan bagi meluaskan rangkaian perkongsian bestari dengan rakan-rakan strategik terpilih. Ia termasuk kolaborasi pelaksanaan program mobiliti pelajar dan pertukaran pensyarah bersama universiti dan industri antarabangsa. Semua yang saya sebutkan dalam inisiatif ini bakal ditadbir oleh Jawatankuasa Pengantarabangsaan Universiti yang akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini hendaklah melaksanakan penilaian semula strategi sedia ada, memberi syor serta memantau pelaksanaan inisiatif yang ditetapkan.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 20Para hadirin sekalian,Teras Kedua: Memperkukuh Graduan Holistik dan Jaringan AlumniUPNM komited dalam meneruskan usaha untuk muncul sebagai pelantar berwibawa dalam melahirkan mahasiswa yang berintelek dan berkeperibadian tinggi. Alhamdulillah, segala perancangan kita dalam aspek ini dapat dilihat
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 21hasilnya melalui pencapaian dan kejayaan yang signifikan oleh mahasiswa melalui program-program pembangunan pelajar pada peringkat nasional dan antarabangsa. Untuk meneruskan momentum ini, Universiti melihat beberapa aspek penting yang akan menjadi inisiatif utama.Inisiatif Pertama: Pemerkasaan Mahasiswa Tonggak Pembangunan Graduan HolistikMahasiswa harus diberi lebih ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat dan potensi diri melalui pelbagai aktiviti di dalam serta luar kampus. Aktiviti ini termasuklah kepimpinan, keusahawanan, kesukarelawan, pengucapan awam, kebudayaan dan sukan. Kita percaya penglibatan aktif mahasiswa dalam kepelbagaian aktiviti ini mampu mendaya upaya kompetensi diri dalam aspek membentuk keperibadian dan daya kepimpinan.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 22Pihak Universiti yakin bahawa entiti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)adalah wadah yang mampan dalam membangunkan keupayaan mahasiswa untuk mentadbir urus dan membina potensi sebagai bakal pemimpin masa hadapan.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 23Oleh itu, bagi tujuan pemerkasaan MPP, Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi membimbing dan menilai kesediaan kepimpinan mahasiswa untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar. Hal ini mencakupi bimbingan untuk melaksanakan tadbir urus aktiviti dan kewangan persatuan pelajar di bawah naungan mereka.UPNM akan terus mengekalkan acuan pembentukan mahasiswa holistik menerusi program, Leaders of Character. Bagi memastikan ia mampu dicapai oleh semua mahasiswa, satu kajian semula modul program Leaders of Character sedia ada akan dilaksanakan.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 24Selain itu, pemerkasaan Program Kesatria Al-Fateh dan pengukuhan kepimpinan organisasi pelajar serta pematuhan disiplin dan etika akan terus dilaksanakan. Usaha untuk memperkasa mahasiswa dalam bidang keusahawanan juga akan diteruskan dengan kerangka yang lebih tersusun dan bersifat inklusif. Hal ini sejajar dengan hasrat melahirkan mahasiswa bercirikan keusahawanan. Untuk itu, inisiatif baharu dalam aspek ini akan diperkasakan melalui pelbagai pendekatan dengan melihat kepada dimensi keusahawanan yang pelbagai.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 25Antaranya, STEMpreneur, sosialpreneur, agropreneur dan lain-lain. Bimbingan dan pendedahan kepada mahasiswa terhadap disiplin keusahawanan perlu diperkemas. Selanjutnya, dengan sinergi usaha tersebut kita menyasarkan peningkatan bilangan penyertaan mahasiswa dalam program keusahawanan syarikat pemula. Pihak Universiti juga komited dalam mewujudkan ekosistem kampus yang kondusif untuk aktiviti keusahawanan. Oleh itu, fasiliti dan ruang niaga mahasiswa di sekitar kampus akan ditambah. Dalam hal yang sama, Koperasi Siswa dan Alumni (KOSISWAL) akan diperkukuh pengurusannya dengan kerjasama Koperasi UPNM (KUPENA) dan rakan-rakan strategik lain. Usaha ini bagi membuka peluang dan galakan kepada seberapa ramai mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti keusahawanan.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 26Aktiviti kesukarelawan, sukan, kebudayaan dan pengucapan awam amat penting dalam membina sahsiah mahasiswa yang berpersonaliti unggul. Bagi maksud tersebut, Universiti merencana beberapa program dalam usaha memperkaya pengalaman mahasiswa dan membentuk kebolehan mereka dalam kemahiran serta atribut kendiri yang pelbagai.UPNM akan meneruskan kesesuaian Program Galakan Gap Year bagi memberi peluang kepada mahasiswa melaksanakan pelbagai aktiviti
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 27seperti kesukarelawan, kesukanan, keusahawanan dan khidmat negara. Pihak Universiti akan terus komited dalam menyediakan pelbagai bentuk program yang menjurus kepada pembentukan graduan holistik yang berupaya mendepani cabaran era globalisasi dengan ditunjangi daya intelek serta keperibadian yang jitu.Inisiatif Kedua: Pemerkasaan Kebajikan MahasiswaKebajikan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan Universiti bagi membolehkan mereka mengikuti pendidikan tinggi dengan selesa dan kondusif. Universiti sentiasa berusaha meluaskan bantuan kewangan pelajar bagi membantu sara hidup demi menjamin keselesaan sepanjang tempoh pengajian.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 28Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui pengumpulan dana bantuan atau biasiswa dengan kerjasama badan korporat, pusat zakat atau wakaf dan yayasan negeri. Selain itu, Universiti juga dalam usaha memperkasakan fasiliti dan kesejahteraan kediaman mahasiswa dengan penambahan penginapan di luar kampus melalui sewaan, atau wakaf bangunan dengan kerjasama Majlis
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 29Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Inisiatif Ketiga: Memperkukuh Jaringan AlumniJaringan alumni akan terus diperkukuh agar Universiti mendapat manfaat dalam konteks pelbagai. Hal ini termasuk dalam aspek perkongsian pengalaman, tips kejayaan, serta sebagai sumber inspirasi dan suri teladan kepada mahasiswa.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 30Paling utama, strategi mampan perlu dilaksanakan agar dapat memangkin keterlihatan penglibatan aktif alumni kepada universiti serta sebagai penyumbang utama dalam usaha meningkatkan lagi peratusan kebolehpasaran graduan.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 31Pengukuhan jaringan alumni demi menggalakkan semangat menyumbang kepada alma mater akan terus diperkasa melalui Pembangunan Sistem Database Alumni UPNM yang akan dioptimumkan, dan Program Pengukuhan Jalinan Jawatankuasa Alumni-Mahasiswa akan terus ditingkatkan
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 32Para hadirin sekalian,Teras Ketiga: Meningkatkan Aktiviti Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 33Salah satu elemen penting bagi sebuah universiti adalah peranannya dalam aspek penyelidikan dan inovasi. Walau pun UPNM tidak tergolong dalam kumpulan universiti penyelidikan, kita mempunyai peranan penting bagi menyuburkan aktiviti penyelidikan khususnya yang berkaitan dengan bidang tujahan kita. Peranan ini akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berasaskan kepada penemuan ilmu terkini. Oleh itu, anjakan paradigma budaya penyelidikan dan inovasi perlu diberi keutamaan bagi mencapai matlamat ini. Bagi menzahirkan hal tersebut, empat (4) inisiatif akan dilaksanakan. Inisiatif Pertama: Mengetengahkan Kepakaran Bidang Tujahan Pertahanan dan KeselamatanKekuatan sumber intelektual UPNM perlu diketengah dan disebar luas melalui penulisan dalam pelbagai platform, jurnal akademik dan media demi memperkaya dan mempelbagaikan sumber kepakaran negara.Oleh itu, semua ahli akademik mestilah menghasilkan penulisan ilmiah berindeks SCOPUS sekurang-kurangnya tiga (3) penerbitan bagi seorang Profesor dan Felo Utama; dua (2) penerbitan bagi seorang Profesor
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 34Madya dan Felo Kanan; dan satu (1) penerbitan bagi ahli akademik lain sepanjang tahun 2023.Sasaran ini diharapkan dapat melonjakkan UPNM supaya berada sekurang-kurangnya pada kedudukan yang lebih baik daripada keseluruhan institusi bidang tujahan pertahanan dalam penarafan SCOPUS berbanding tempat ke-18 yang dicapai pada tahun lalu.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 35Bagi tujuan ini, dana pembiayaan penerbitan telah diperuntukkan di bawah pengurusan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi. Bagi memantau pencapaian penerbitan di Universiti, perkara ini hendaklah dilaporkan dalam setiap Mesyuarat Senat.Setiap ahli akademik bertaraf Profesor hendaklah mengetuai sekurang-kurangnya satu (1) Kumpulan Berkepentingan Khas atau Special Interest Group (SIG) dalam bidang kepakaran masing-masing agar keterampilan Universiti lebih terserlah.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 36Inisiatif Kedua: Mempelbagaikan Sumber Dana PenyelidikanDemi mengembangkan lagi aktiviti penyelidikan, usaha perlu ditingkatkan dan diperluas untuk mempelbagaikan sumber dana penyelidikan. Melalui strategi yang berfokus, bilangan penyelidik utama akan ditingkatkan kepada 50% berbanding 41% pencapaian semasa.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 37Justeru, semua ahli akademik aktif yang belum mempunyai geran penyelidikan mestilah memohon geran penyelidikan daripada pelbagai sumber luar. Perkara ini hendaklah dipantau rapi oleh semua Dekan dan Pengarah Pusat Akademik dan dijadikan salah satu asas pertimbangan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT)masing-masing. Seterusnya, pencapaian permohonan geran-geran ini akan dilaporkan dalam setiap Mesyuarat Senat.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 38Inisiatif Ketiga: Memacu Kolaborasi Penyelidikan dan InovasiDalam amanat saya pada tahun 2021 dan 2022, saya telah menekankan keperluan pelaksanaan penambahbaikan program industri angkat dan perancangan projek penyelidikan hendaklah disinergi berdasarkan keperluan sebenar pemegang taruh.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 39Hal ini perlu disinergi dengan memberi lebih penekanan kepada kolaborasi penyelidikan yang mampu memberi nilai tambah dan komersil kepada pembangunan industri pertahanan negara. Justeru, Jawatankuasa Bersama antara Bahagian Penyelidikan dan Inovasi serta Bahagian Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat akan dibentuk agar keberkesanan kerjasama dan usaha ini dapat dipantau dan ditambah baik.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 40Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan hendaklah meningkatkan kerjasama dengan lebih rapat bersama UPNM Holdings Sdn. Bhd. (UPNMHSB) bagi memastikan aktiviti pengkomersilan harta intelek dapat ditingkatkan.Inisiatif Keempat: Pemerkasaan Pusat Kecemerlangan (CoE)UPNM akan terus komited untuk memastikan projeksi penglibatan dan pencapaian semua Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) agar lebih signifikan dan menyerlah.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 41Justeru, kesemua CoE perlu meningkatkan lagi kolaborasi serta perkhidmatan konsultasi penyelidikan dengan agensi dan industri luar yang berfokus kepada bidang tujahan Universiti. Pada tahun 2021, kita telah meletakkan sasaran agar satu CoE sedia ada mencapai kriteria untuk layak dinaik taraf sebagai Higher Institution Centre of Excellence(HiCoE) dalam tempoh lima (5) tahun akan datang. UPNM telah membuat projeksi dan ketetapan bahawa CDISS dan CODRAT hendaklah difokuskan ke arah pencapaian status HiCoE. Kedua-dua CoE ini perlu membentangkan pencapaian keseluruhan masing-masing berdasarkan kepada kriteria HiCoE yang telah ditetapkan oleh KPT. Selanjutnya, analisis menyeluruh perlu dilaksanakan agar kita dapat menetapkan strategi yang lebih holistik supaya perancangan ini dapat dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 42Bagi maksud tersebut juga, satu Jawatankuasa Penilaian CoE akan dibentukbagi meneliti segenap aspek berkaitan pencapaian CoE. Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan dapatan dan cadangan selepas tiga (3) bulan penubuhannya. Dalam usaha menjadi Pusat Penyelidikan yang berjaya, maka setiap CoE perlu meningkatkan aktiviti perundingan dan perolehan projek penyelidikan kontrak.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 43Setiap CoE juga hendaklah mengintegrasikan aktiviti penyelidikan. Hal ini bagi memastikan ia relevan dengan aktiviti akademik (pasca siswazah) agar tujahan penyelidikan Universiti menghala kepada penyelidikan penerobosan dan aplikasi khusus yang memenuhi keperluan pemegang taruh. Perkara ini perlu dicapai melalui pemerkasaan Jawatankuasa Pemandu CoEyang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Semua inisiatif ini juga merupakan pendekatan holistik yang diambil bagi membolehkan pencapaian kita dalam sistem penarafan MyRA dipertingkat lagi dengan lebih cemerlang.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 44Para hadirin sekalian,Teras Keempat: Memantapkan Tadbir Urus dan Pengurusan Sumber ManusiaBagi mendepani tahun 2023, semua faktor melibatkan pemerkasaan tadbir urus, pengurusan sumber manusia dan kesejahteraan warga kampus perlu diperkukuh melalui perancangan inisiatif yang berfokus.Inisiatif Pertama: Mengukuhkan Tadbir Urus bagi Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian PerkhidmatanInisiatif ini menuntut kepada perubahan dalam cara bekerja, berfikir, bertindak dan ketahanan warga kampus dalam mendepani perubahan semasa. Oleh yang demikian, Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) akan melihat tiga (3) perkara pada tahun ini.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 45Pertama, menyemak dan mengkaji semula dasar-dasar dalaman selaras dengan cabaran dan perubahan semasa.Kedua, menyemak dan mengkaji pelantikan, kedudukan dan peranan, jawatan-jawatan pentadbiran yang diwujudkan untuk diperkemas semula.
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 46Ketiga, pelaksanaan semak dan imbang, bagi setiap tindakan, dan keputusan yang diambil pada setiap peringkat haruslah berpandukan bukti bersandarkan dasar serta disokong dengan maklumat yang sahih. Usaha dalam mempertingkat tadbir urus akan dilaksanakan secara berterusan bagi mengekalkan akauntabiliti, bersih, amanah dan integriti.Inisiatif Kedua: Mengenal pasti, Membangun Serta Mengekalkan BakatUPNM sentiasa melihat potensi staf dengan memfokuskan usaha untuk pengurusan pengekalan bakat dan kepimpinan yang berkualiti bagi semua lapisan staf. Pelan Pembangunan Kompetensi UPNM yang telah dibangunkan dan dirancang dengan rapi merupakan salah satu usaha untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan berprestasi tinggi serta mampu merapatkan jurang kompetensi sedia ada. Justeru, empat (4) pendekatan akan dilaksanakan.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 47Pertama, kerangka Siri Latihan Kepimpinan melibatkan semua skim perkhidmatan meliputi staf akademik dan bukan akademik.Kedua, kursus-kursus yang relevan dirangka mengikut keperluan generik dan fungsian yang diperlukan oleh Universiti.Ketiga, meneruskan usaha bagi meningkatkan kecemerlangan dan komunikasi efektif dalam kalangan staf bukan akademik. Untuk itu, siri Syarahan Ilmiah Staf akan diteruskan dan seterusnya diterjemahkan melalui penulisan dan diterbitkan sebagai sumber rujukan berterusan.Keempat, dalam memperkukuh bakat sedia ada di Universiti, Program Pemen-
AMANAT NAIB CANSELOR 2023 48toran Staf Bukan Akademik diperkenalkan bagi memperkasakan peranan dan ketokohan pegawai daripada pelbagai skim.UPNM telah membangunkan kerangka Model Pengurusan Bakat Secara Inklusif untuk dijadikan panduan dalam menawarkan pengurusan bakat terbaik serta menyediakan profil yang holistik kepada warga kampus. Dalam hal ini, perancangan rapi dalam menyediakan dan menggerakkan Pelan Penggantian Kepimpinan akan diberi perhatian khusus oleh Universiti bagi mengisi jawatan kepimpinan utama: jawatan strategik dan kritikal.Inisiatif Ketiga: Mengoptimumkan Pendigitalan Dalam Sistem Pengurusan dan Tadbir Urus Sumber Manusia UniversitiUPNM akan terus melaksanakan transformasi dan inovasi pengurusan untuk lebih ke hadapan dengan mempertingkat pendigitalan setiap proses kerja secara menyeluruh. Oleh itu, dua (2) proses pendigitalan akan terus diperkasakan.Pertama, melalui penggunaan Sistem iMAP, i-Profiling, i-TAC, i-Career, i-Perjawatan, dan juga i-JD bagi semua warga kampus dan sistem kawalanoleh Pejabat Pendaftar.Kedua, kawalan ke atas prestasi kehadiran staf ke pejabat melalui Sistem E-AT (Kehadiran) yang boleh diakses oleh semua warga kampus dan Ketua Jabatan.
AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 49Para hadirin sekalian,Teras Kelima: Memperkukuh Kemampanan Kewangan dan Penjanaan PendapatanUniversiti Awam (UA) perlu bergerak seiring dengan keperluan pendidikan tinggi negara khususnya dalam melestarikan kewangan yang mampan. Cabaran terbesar dalam aspek kewangan adalah untuk memastikan Universiti kekal relevan dan berdaya tahan tanpa perlu ber-