The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Liyana Abdullah, 2025-12-10 02:25:54

AMANAT ULUNG NC 2023

AMANAT ULUNG NC 2023

AMANAT NAIB CANSELOR 2023 50gantung sepenuhnya kepada geran Kerajaan.Alhamdulillah, sepanjang tahun 2022, UPNM mampu menterjemah pelan strategik kewangan bagi mengukuhkan penjanaan pendapatan. Peranan dan prestasi UPNMHSB sebagai anak syarikat amat memberangsangkan dan wajar dibanggakan. Salah satu kejayaan besar UPNMHSB ialah memperoleh kutipan daripada penjualan nombor pendaftaran Kenderaan Khas UPNM (UT) sebanyak RM2.65 juta


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 51Pendapatan UPNMHSB turut meningkat ekoran daripada peningkatan permintaan terhadap program kepimpinan dan team building di Pusat Kepimpinan dan Latihan, Kem Kongkoi. Justeru, dalam meningkatkan kemandirian kewangan pada tahun 2023, UPNM akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 52


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 53Inisiatif Pertama: Mempelbagaikan Punca Pendapatan (Diversification of Income)Pada tahun ini, UPNM akan terus melaksanakan usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan melalui program-program baharu. UPNM juga akan terus memperkasakan UPNMHSB melalui kolaborasi strategik untuk pengkomersilan dan perniagaan serta meneroka aktiviti perniagaan yang baharu meliputi perundingan kontrak bekalan, binaan dan kontrak bermasa.


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 54Kita yakin prestasi positif yang dipamerkan akan dapat dikekalkan bagi membantu UPNM dalam program-program berkepentingan bersama. Di samping itu, Universiti akan turut meraih pelbagai dana daripada pihak luar melalui sumbangan, derma, zakat, wakaf dan lain-lain bentuk bantuan, khusus untuk menyediakan khidmat kebajikan kepada mahasiswa yang berkeperluan.Inisiatif Kedua: Mengoptimumkan PenjimatanPenekanan terhadap penjimatan dan pengurangan kos juga mampu menyumbang kepada kemampanan kewangan Universiti. Dalam hal ini, UPNM akan terus melaksanakan mekanisme yang boleh meningkatkan keberkesanan sumber kewangan melalui perbelanjaan secara berhemah dan mengawal kos operasi.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 55Oleh itu, Jawatankuasa Penjimatan Universiti akan bersidang secara berpenggal bagi menilai keberkesananan strategi kewangan yang diguna pakai supaya mampu memberi sinergi yang positif kepada kemampanan kewangan Universiti.Para hadirin sekalian,Teras Keenam: Memperkasakan Jaringan Industri, Komuniti dan Per-


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 56hubungan KorporatPemerkasaan Jaringan Industri, Komuniti dan Perhubungan Korporat akan terus diperhebat menerusi pelbagai dimensi termasuk kerangka strategik di persada nasional dan antarabangsa. Beberapa inisiatif akan diimplimentasikan.Inisiatif Pertama: Memperkasakan Jaringan Industri dan Kolaborasi StrategikKita melihat kolaborasi strategik antara UPNM dengan KEMENTAH dan ATM telah banyak memberi faedah besar kepada Universiti. Projeksi ini akan terus dimanfaatkan melalui program Offset dalam pembangunan modal insan khususnya program pasca siswazah. UPNM dijangka akan terus menikmati faedahfaedah Industrial Collaboration Programme (ICP) dalam penyelidikan, latihan, akademik dan kursus-kursus pendek menerusi perantaraan Kerajaan kepada Kerajaan atau secara domestik.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 57Peranan UPNM terus dilihat relevan pada peringkat antarabangsa. Pada tahun ini, UPNM telah diberi penghormatan sebagai Pengerusi ASEAN Regional Forum Head of Defence Universities / Colleges / Institutions Meeting (ARF HDUCIM) Ke-25 yang akan melibatkan penyertaan 27 buah negara ASEAN dan rakan-rakan strategiknya.


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 58Bagi forum kali ini, UPNM bakal berkolaborasi dengan pihak General Sir John Kotelawala Defence University (KDU), Sri Lanka selaku Pengerusi Bersama. Forum ini bakal berlangsung pada bulan Ogos akan datang. Selaras dengan itu, kita perlu mengambil peluang penganjuran forum ini untuk meningkatkan projeksi imej UPNM serta meneroka peluang kolaborasi dengan negara-negara terlibat. Inisiatif Kedua: Memperkasakan Peranan Bahagian Perhubungan Korporat.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 59Bahagian Perhubungan Korporat perlu menggembleng usaha dalam melonjak penjenamaan UPNM pada peringkat yang lebih meluas. Hal ini penting bagi menjulang imej dan reputasi UPNM sebagai sebuah Universiti butik dan berprestij di Malaysia dan juga pada peringkat antarabangsa. Strategi penjenamaan yang disasar adalah dengan melaksanakan program berimpak tinggi bersama rakan strategik industri. Selanjutnya, UPNM perlu memperhebat lagi jaringan kolaborasi den-


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 60gan pihak media dan Unit Komunikasi Korporat pada peringkat KPT, KEMENTAH, ATM dan agensi-agensi yang berkepentingan di dalam dan luar negara. Inisiatif Ketiga: Memperkasakan Program Khidmat KomunitiKeterlihatan aktif UPNM dalam program bersifat khidmat komuniti hendaklah terus dipergiat. Oleh itu, kerangka sedia ada perlu diperluas dengan memfokuskan khidmat komuniti secara jangka panjang yang dapat membawa impak kepada komuniti. Keupayaan kita menyumbang dalam kerangka hubungan Universiti-Komuniti akan lebih terserlah selaras


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 61dengan aspirasi KPT sekali gus membina reputasi yang baik dalam kalangan masyarakat.


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 62Para hadirin sekalian,Teras yang terakhir adalah Teras Ketujuh: Pembangunan, Pendigitalan, Peningkatan Kualiti dan Pengurusan Risiko.Dalam memastikan kelestarian bagi Pembangunan Pendigitalan, Peningkatan Kualiti dan Pengurusan Risiko, maka Pejabat Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi akan berperanan sebagai ‘PEMANDU’ untuk memantau pelaksanaan perancangan strategik pada peringkat UPNM. Adalah amat mustahak untuk memastikan segala keputusan strategik telah melalui tapisan pengurusan risiko dan daftar risiko. Selain itu, UPNM akan terus memperkukuh usaha bagi mengekalkan kecemerlangan sistem pengurusan yang berkualiti.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 63Dalam melestarikan peranan Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi, tiga (3) inisiatif telah dikenal pasti.Inisiatif Pertama: Memperkasakan Agenda Pendigitalan


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 64Menerusi agenda pendigitalan, penggantian perkakasan usangdan penambahan Access Point Wi-Fi di kolej kediaman mahasiswa dan bangunan pentadbiran serta Konsep ‘Bring Your Own Device(BYOD),’ ‘Satu Pengguna Dua Peranti’ kepada UPNMNet terus diperkasakan.Dalam melonjakkan transformasi digital, inisiatif berterusan telah diambil bagi memperkukuh agenda pendigitalan sistem dalam pengurusan data, tadbir urus dan proses pengajaran dan pembelajaran. Infrastuktur digital akan terus dipertingkat


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 65secara transformatif melalui Agenda Kampus Pintar mengikut tahap teknologi semasa dan kemampuan kewangan. Inisiatif Kedua: Pembangunan Infrastruktur PelengkapKita berhasrat supaya UPNM bukan sahaja dikenali sebagai sebuah institusi ulung dalam bidang tujahannya tetapi juga sebagai universiti yang memiliki prasarana lengkap bertaraf tinggi dengan meningkatkan infrastruktur kondusif untuk warga kampus. Justeru, pada tahun ini, UPNM berhasrat untuk membangunkan Dewan


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 66Agong Tuanku Canselor dan bangunan pejabat pensyarah tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Dalam hal yang sama, usaha akan diteruskan untuk menaik taraf, memulih serta menyelenggara fasiliti dan peralatan sedia ada seperti keperluan di perpustakaan, asrama pelajar dan di makmal-makmal.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 67Inisiatif Ketiga: Memperkukuh Pengurusan Risiko


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 68Tidak dapat dinafikan persekitaran strategik dan cabaran masa hadapan sentiasa tidak menentu dan dinamik dalam arena pendidikan tinggi. Oleh yang demikian, aspek pengurusan risiko seperti komunikasi risiko dan krisis adalah kritikal serta perlu ditangani oleh seluruh warga UPNM dengan sebaik-baiknya kerana ia boleh mengundang risiko yang tidak dijangka.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 69Oleh itu, Pejabat Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi hendaklah mengukuhkan peranan dalam merangka rancangan tindakan yang lebih mampan dalam memastikan pengurusan risiko yang lebih mantap dan tersusun. Saya menyeru agar seluruh warga UPNM sentiasa cakna dan meningkatkan penglibatan menyeluruh dalam melaksanakan Pelan Pengurusan Risiko UPNM.


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 70TEKAD DAN ILTIZAMPara hadirin sekalian,Saya menzahirkan harapan bahawa semua teras strategik yang saya tampilkan untuk tahun ini akan dapat direncana dan dilaksanakan menerusi pendekatan berstrategi dan berfokus. Kita perlu susun atur dan tertibkan setiap ruang perancangan. Justeru, pada tahun ini, kita mesti memacu anjakan berganda. Marilah kita bertekad dan beriltizam, berusaha dengan gigih, sentiasa yakin dengan amanah kita dalam membentuk bakat terbaik demi mem-


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 71perkukuh kecemerlangan UPNM yang pastinya akan menyumbang peranan signifikan dalam mengangkat kebitaraan pendidikan tinggi negara.Para hadirin sekalian,Paling penting, saya bersama-sama barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga UPNM melafazkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Tuanku Canselor.


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 72Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga saya zahirkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah serta semua Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Universiti.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 73


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 74Para hadirin sekalian,Kita mesti sentiasa ingat dan sematkan dalam sanubari bahawa baik buruk, jatuh bangun universiti ini adalah bergantung sepenuhnya kepada kita sendiri. UPNM adalah tempat kita mencurahkan khidmat bakti, tempat kita mencari rezeki. Oleh itu, sewajibnya kita sentiasa menunjukkan rasa sayang dan bangga kepada institusi ilmu ini dengan menjaga nama baik universiti pada sebilang masa.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 75Jangan sesekali kita membelakangkan universiti atau pemimpin dengan apa jua tindakan yang melanggar norma terutamanya yang bersifat kepentingan diri. Sebaliknya, kita mestilah sentiasa kekal dengan semangat bersatu hati serta bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh dan efektif.


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 76Sinergi ini mestilah kita pasakkan kepada perkongsian iltizam disulami keikhlasan, kesabaran, kecekalan, setiakawan serta perpaduan yang jitu. Kita mestilah saling hormat menghormati, mempercayai dan bekerjasama serta sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni berlandaskan moto UPNM iaitu, “Kewajipan, Maruah dan Integriti.”Untuk itu juga, lunas aturan dan sistem pengurusan yang tertib hendaklah sentiasa difahami, dihormati dan dipraktikkan oleh segenap warga. Kepada barisan kepimpinan, rapatkan saf dan kukuhkan segala kekuatan yang ada demi melunaskan amanah dengan semangat yang tinggi.Saya yakin, dengan segala kudrat dan buah fikiran sebagai satu pasukan yang efektif, kita akan berupaya muncul bukan sahaja sebagai gedung ilmu yang cemerlang, tetapi juga sebagai Universiti yang sinonim dengan pembentukan mahasiswa berdisiplin, berkeyakinan tinggi serta bersahsiah terpuji.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 77Untuk itu juga, kita mesti kekal fokus dan menjiwai peranan dalam melahirkan bakal pemimpin masa hadapan yang sedia berkorban jiwa raga demi memelihara kepentingan Negara Malaysia yang tercinta ini.Akhir kata, sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala mudah-mudahan segala usaha gigih kita demi mengotakan amanah suci akan diberi kemudahan oleh-Nya. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati kita semua dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati UPNM.


AMANAT NAIB CANSELOR 2023 78Sekianlah sahaja amanat saya. Saya sudahi dengan lafaz Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih. Alhamdulillah.


AMANAH DIJUNJUNG, ILMU DISANJUNG 79


UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)Kem Sungai Besi, 57000 Sungai Besi, Kuala LumpurEmel: [email protected]: 603-9051 3400Fax: 603-9051 3028


Click to View FlipBook Version