The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Liyana Abdullah, 2025-12-10 02:27:02

AMANAT ULUNG NC 2021

AMANAT ULUNG NC 2021

Amanat Ulung Naib Canselor


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia2021Amanat Ulung Naib Canselor


Hak Cipta © 2021 UPNMUniversiti Pertahanan Nasional MalaysiaCetakan Pertama 2021Semua hak cipta adalah terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, diedarkan, atau dihantar dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau lain-lain kaedah elektronik atau mekanikal, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit UPNM, kecuali dalam hal petikan ringkas yang terkandung dalam ulasan kritikal dan kegunaan lain tertentu bukan komersial yang dibenarkan oleh undangundang hak cipta. Penafian ini memaklumkan bahawa pandangan, pemikiran dan pendapat yang dinyatakan dalam buku ini adalah milik penulis/penulis bersama semata-mata. Penerbit UPNM tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam pandangan, pemikiran dan pendapat penulis/penulis bersama.Penerbit UPNM adalah ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanMENJULANG KEWAJIPAN MARUAH DAN INTEGRITI Amanat Ulung Naib Canselor / Disusun oleh: Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi, Rafizul Rozlee, Siti Norhadar Taharuddin.ISBN 978-967-2414-35-31. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 2. Universities and colleges--Malaysia.3. Military education--Malaysia.4. Education, Higher--Malaysia.5. Government publications--Malaysia. 6. Speeches, addresses, etc.I. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi, 1980-. II. Rafizul Rozlee, 1984-. III. Siti Norhadar Taharuddin, 1982-. IV. Judul.378.595Reka Bentuk oleh:Penerbit UPNMPenyelaras Penerbitan: Siti Norhadar TaharuddinDiterbitkan oleh:Penerbit UPNMUniversiti Pertahanan Nasional MalaysiaKem Sg. Besi57000 Kuala LumpurTel: +603-90513400Faks: +603-90513091Dicetak di Malaysia oleh:Reka Cetak Sdn Bhd (810382 U)No. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16,Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.www.rekacetak.com


Prakata vi Latar Belakang UPNM viiiVisi, Moto xFalsafah, Misi dan Objektif xiNaib Canselor - Naib Canselor UPNM (2007 - Kini) xii Menjulang Kewajipan, Maruah dan Integriti 1Cabaran 2021 4Amanat Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2021: “Menginspirasi Minda, Mendakap Kehebatan” 6Teras Strategik UPNM: Menjulang Kewajipan, Maruah dan Integriti 10Teras Strategik 1: Memperkasa Tadbir Urus 11Teras Strategik 2: Membudaya Prinsip Keberhasilan 15Teras Strategik 3: Menjulang Kecemerlangan 18Sub-Teras Pertama: Pengukuhan Kualiti AkademikSub-Teras Kedua: Memacu Kolaborasi Serta Penyelidikan dan InovasiSub-Teras Ketiga: Pemerkasaan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence - CoE)Sub-Teras Keempat: Kemampanan Kewangan UniversitiSub-Teras Kelima: Pemerkasaan Pembangunan PelajarSub-Teras Keenam: Kelestarian Kesejahteraan WargaSub-Teras Ketujuh: Memangkin Kecemerlangan SukanSub-Teras Kelapan: Memperhebat Khidmat KomunitiTeras Strategik 4: Memperkukuh Nilai dan Budaya Universiti 32Kepimpinan Teras Pemangkin Kejayaan 37Kesimpulan 40KANDUNGAN


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas izin dan inayahNya, maka penerbitan buku Amanat Ulung Naib Canselor Tahun 2021 ini berjaya direalisasikan. Pertamanya, saya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada saya untuk meneruskan teraju kepimpinan selaku Naib Canselor keenam UPNM. Saya menginsafi kepercayaan tersebut sebagai satu amanah besar dan saya bertekad untuk mencurahkan iltizam jitu dalam memimpin universiti yang kita cintai ini sebaik-baiknya dengan segala usaha dan komitmen.Landskap pengajian tinggi yang bersifat dinamik menuntut universiti untuk terus tekal dalam mendepani cabaran dan seterusnya memastikan relevansi sebagai sebuah gedung ilmu yang sentiasa lestari dengan bidang tujahan yang dipertanggungjawabkan. Sebagai warga UPNM, kita bersyukur dan berbangga dengan pelbagai siri kecemerlangan yang berjaya dicapai sejak universiti ini ditubuhkan. Untuk itu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi LEFTENAN JENERAL DATO’ HASAGAYA BIN ABDULLAHNaib CanselorUniversiti Pertahanan Nasional MalaysiaPRAKATAvi | Amanat Ulung Naib Canselor


penghargaan kepada pimpinan yang terdahulu dan seluruh barisan pengurusan UPNM yang telah merintis usaha sehingga UPNM kini berada di landasan trajektori yang begitu kukuh dalam mendepani pelbagai cabaran semasa.Motto UPNM; KEWAJIPAN, MARUAH dan INTEGRITImembawa makna yang begitu besar dan menjadi asas kepada amanah kita di UPNM. Oleh itu, saya memilih MENJULANG KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITIsebagai judul buku ini untuk menunjukkan komitmen dan tanggungjawab yang dipikul oleh seluruh warga UPNM dalam melahirkan graduan bakal pemimpin masa hadapan. Aspirasi saya kini adalah untuk mencipta dan meneruskan usaha mewacana agenda kecemerlangan UPNM pada tahun-tahun mendatang. Aspirasi ini saya terjemahkan menerusi penjajaran empat teras strategik yang terkandung dalam Amanat Ulung 2021. Kesemua teras strategik ini dibina dan dihurai intisarinya berdasarkan penelitian rapi terhadap jangkaan senario semasa, pelan strategik sedia ada, rancangan pelaksanaan serta sasaran pencapaian yang merangkumi semua aspek dalam ekosistem UPNM. Seiring dengan itu, dalam merealisasikan teras strategik yang digariskan maka saya amat memerlukan seluruh warga UPNM untuk terus mengutarakan idea-idea konstruktif, pandangan bernas dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pihak pengurusan UPNM agar segala perancangan kita untuk memastikan kemajuan UPNM dapat dilaksanakan. Secara tuntasnya, segala pendekatan strategik yang kita laksanakan perlu selari dengan identiti unik yang dilakar menerusi bidang tujahan kita, falsafah kita, visi dan misi kita. Dengan izin Allah S.W.T., saya sepenuh hati meyakini bahawa gemblengan kekuatan dan semangat permuafakatan seluruh warga UPNM akan terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan wibawa dan prestij universiti yang kita cintai ini. Semoga buku ini menjadi sumber rujukan kepada seluruh warga UPNM dalam merekayasa rancangan tindakan yang jitu dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan UPNM.Sekian dan salam hormat.Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin AbdullahJanuari 2021Segala pendekatan strategik yang kita laksanakan perlu selari dengan identiti unik yang dilakar menerusi bidang tujahan kita, falsafah kita, visi dan misi kita. Amanat Ulung Naib Canselor | vii


ATMAAkademi Tentera Malaysia (ATMA) - 1 Jun 1995UPNMUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia - 10 November 2006LATAR BELAKANG UPNMviii | Amanat Ulung Naib Canselor


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan kesinambungan institusi pengajian ketenteraan yang bermatlamat menyediakan pendidikan dan latihan Pegawai Kadet ATM dalam usaha melahirkan “perwira negara.” Sejarah institusi ini bermula dengan Cawangan Kadet Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi pada 1 Januari 1966 dan diikuti dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada 1 Jun 1995 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia.Perintah Pemerbadanan yang diwartakan melalui Warta Kerajaan Jilid 50 Nombor 23 bertarikh 9 November 2006, subseksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, (P.U. (A) 400), memeterai penubuhan secara rasmi UPNM Fasal 2. (1) Perintah tersebut menyatakan bahawa UPNM:“sebagai suatu institusi pengajian tinggi yang mempunyai taraf universiti, sebagai suatu pertubuhan perbadanan, bagi maksud mengadakan, memajukan dan mengembangkan pengajian tinggi dalam bidang pertahanan dan ketenteraan seperti Sejarah Ketenteraan, Ekonomi Pertahanan, Komunikasi Ketenteraan, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Nautika dan Teknologi Maritim, Sains Penerbangan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Pertahanan, Bioteknologi Pertahanan dan Sains Persenjataan, Pengajian Keselamatan, Penyelesaian Konflik, Pengajian Strategik, Kepimpinan Ketenteraan, dan bidang pengajian lain yang perlu, serta juga mengadakan penyelidikan dan pengumpulan dan pemajuan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan dalam bidang pengajian pertahanan dan ketenteraan.”Oleh itu, Pelan Strategik UPNM telah digarap dengan berpandukan kepada mandat semasa yang diamanahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebuah “Universiti yang Berfokus” dalam pengajian pertahanan dan keselamatan. Beridentitikan Boutique University, UPNM membangun dengan moto Kewajipan, Maruah, Integriti. Ia beraspirasi untuk melahirkan modal insan Intellectual Leaders of Character dengan ciri holistik.Bagi memacu kejayaan di masa hadapan, UPNM bertekad untuk menjadi Leading Defence University in the Region dan berusaha untuk menawarkan program-program akademik dan ketenteraan bertaraf dunia yang berfokuskan pertahanan dan keselamatan. Kini, UPNM mempunyai empat buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan. UPNM juga mempunyai dua buah pusat yang menawarkan program akademik iaitu Pusat Asasi Pertahanan dan Pusat Bahasa serta sebuah akademi iaitu Akademi Kecergasan Pertahanan. Selain daripada program sarjana muda, UPNM juga menawarkan program doktor falsafah, sarjana, diploma dan Asasi.UPNM adalah sebuah universiti awam yang unik. Tenaga pengajarnya terdiri daripada gabungan akademia awam dan tentera / bekas tentera yang berpengalaman dan terlatih. Mahasiswanya juga terdiri dalam kalangan pelajar awam dan Pegawai Kadet (PK). Malahan pemegang taruhnya (stakeholder) juga terdiri daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.Amanat Ulung Naib Canselor | ix


MOTOKEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI(Duty, Honour, Integrity)VISIMenjadi Universiti Pertahanan primier di rantau ini untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu.x | Amanat Ulung Naib Canselor


UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga penyelidikan polisi.Sebagai sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf antarabangsa.Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang terpuji.Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi.Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Keselamatan.FALSAFAHMISIOBJEKTIFAmanat Ulung Naib Canselor | xi


Lt Jen Dato’ Ismail bin Samion(26 Januari 2007 – 31 Ogos 2008)Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin(1 September 2008 – 20 Mei 2010)Lt Jen Dato’ Seri Allatif bin Mohd Noor(21 Mei 2010 – 20 Mei 2013)NAIB CANSELOR -NAIB CANSELOR UPNM(2008 - Kini)xii | Amanat Ulung Naib Canselor


Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah(19 Disember 2020 – Kini)Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin(15 Jun 2013 – 30 April 2018)Lt Jen Datuk Hj Abdul Halim bin Hj Jalal(15 Mei 2018 – 18 Disember 2020)Amanat Ulung Naib Canselor | xiii


xiv | Amanat Ulung Naib Canselor


MENJULANG KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITITahun 2020 telah menyaksikan satu cabaran hebat yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Krisis penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia membawa kejutan hebat yang telah merubah kehidupan masyarakat dunia termasuk di Malaysia. Begitu juga dalam sektor pengajian tinggi, UPNM perlu memperkemas perancangan dan tindakan secara sistematik agar perkhidmatan dapat diteruskan walau pun dalam keadaan yang begitu mencabar. Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. atas kejayaan UPNM mengharungi tahun 2020 dengan cemerlang dan penuh bermakna. UPNM cemerlang dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA), Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability - GE), penerbitan berindeks Scopus dalam Defence Niche, dan UPNM turut berjaya memperoleh Audit Bersih dalam Audit Pengawasan oleh Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA). Di samping itu, UPNM terus meningkat cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta bidang sukan pelajar. Tidak ketinggalan, UPNM turut memberi sumbangan kepada pasukan barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19 melalui penghasilan produk berkaitan seperti set peralatan perlindungan diri.Amanat Ulung Naib Canselor | 1


PenubuhanPenarafan 3 untuk Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA)2 Malaysia Research Assessment(MyRA)Di kedudukan ke 98 dalam World Publication in Defence Niche (SCOPUS)Lengkuk pembelajaran dalam 10 tahun2006201320162 | Amanat Ulung Naib Canselor


201720202022Universiti Kelas Pertama:Kedudukan QS?Penarafan 5 untuk Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA)3 Malaysia Research Assessment(MyRA)Di kedudukan ke 26 dalam World Publication in Defence Niche (SCOPUS)Penarafan 5 untuk Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA)3 Malaysia Research Assessment (MyRA)Di kedudukan ke 18 dalam Publication in Defence Niche(SCOPUS)Penarafan 5 untuk Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA)4 Malaysia Research Assessment (MyRA)Di kedudukan ke 15 dalam World Publication in Defence Niche (SCOPUS)Dalam tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, seluruh warga UPNM dituntut untuk terus berganding bahu supaya pencapaian cemerlang institusi ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi menerusi pendekatan fokus yang lebih strategik. Dalam hal yang sama, penambahbaikan yang bersesuaian dalam segenap aspek perlu diteruskan agar momentum perencanaan kecemerlangan UPNM dapat terus diperhebatkan.Amanat Ulung Naib Canselor | 3


Memetik kata-kata Profesor Stephen J. Toope, Naib Canselor ke-346 University of Cambridge, dalam Syarahan Ulung beliau pada tahun 2017:“We are working not only for the benefit of students and scholars who are here today; in effect we are all trustees, nurturing the University on behalf of new generations that will be producing ideas and tackling problems that we cannot even begin to imagine.”Kata-kata beliau ini tepat membawa maksud landskap dunia pengajian tinggi yang begitu dinamik. Dunia pengajian tinggi di Malaysia berkembang melalui penubuhan universiti awam berdasarkan asas serta bidang tujahan mengikut keperluan. UPNM yang ditubuhkan kirakira 15 tahun yang lalu adalah atas keperluan mustahak dalam mengembangkan pengajian tinggi dalam bidang tujahan pertahanan dan keselamatan, sekaligus menyediakan graduan berpengetahuan dan berkualiti bagi keperluan ATM dan negara seperti yang termaktub dalam Warta Kerajaan: Perintah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Pemerbadanan) 2006.CABARAN 20214 | Amanat Ulung Naib Canselor


POSTUR STRATEGIKPelan StrategikKementerian Pengajian TinggiKementerian PertahananSelaku pewaris kepimpinan UPNM, seluruh warga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semangat penubuhan UPNM terus lestari agar dapat kekal relevan mengikut acuan tersendiri. Selain itu, adalah amat mustahak untuk UPNM memperkukuhkan Postur Strategik yang tekal menerusi penelitian terhadap jangkaan perubahan landskap pengajian tinggi yang bakal dihadapi dalam tempoh 10 tahun akan datang. Oleh itu, Postur Strategik UPNM akan diterjemahkan menerusi pemurnian semula Pelan Strategik yang mengambil kira komitmen pihak UPNM kepada keperluan dan hasrat pemegang taruh iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan. Ekosistem terbaik dan cekap dalam segenap aspek adalah mustahak sebagai kerangka utama yang akan menyokong usaha demi membangun serta menyuburkan bakat generasi pewaris negara.Amanat Ulung Naib Canselor | 5


Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menerusi Perutusan Tahun 2021 mengangkat tema “Menginspirasi Minda, Mendakap Kehebatan” yang dijajarkan dan dipandu menerusi ENAM FOKUS STRATEGIK iaitu:1. Memperkasa Agenda Pendigitalan Pendidikan.2. Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik.3. Memperkukuh Kebolehpasaran Graduan.4. Memacu Kesejahteraan Komuniti.5. Mempersada Kecemerlangan Institusi.6. Menyemarakkan Semangat #KPTPrihatin.AMANAT YANG BERHORMAT MENTERIPENGAJIAN TINGGI TAHUN 2021:“MENGINSPIRASI MINDA, MENDAKAP KEHEBATAN”6 | Amanat Ulung Naib Canselor


Menginspirasi Minda,Mendakap Kehebatan6 FOKUSSTRATEGIK KPTMemperkasa Agenda Pendigitalan PendidikanMemantapkan Jaringan Kolaborasi StrategikMemperkukuh Kebolehpasaran GraduanMemacu Kesejahteraan KomunitiMempersada Kecemerlangan InstitusiMenyemarakkan Semangat #KPTPrihatinAmanat Ulung Naib Canselor | 7


Amanat Ulung Naib CanselorMENJULANG KEWAJIPAN,MARUAH DAN INTEGRITI27 Januari 2021Bilik Mesyuarat Canselori (Dalam Talian)YBHG. LEFTENAN JENERAL DATO’ HASAGAYA BIN ABDULLAHNaib Canselor ke-68 | Amanat Ulung Naib Canselor


TERASSTRATEGIK4MEMPERKASA TADBIR URUSMEMBUDAYA PRINSIP KEBERHASILANMENJULANG KECEMERLANGANMEMPERKUKUH NILAI DAN BUDAYA UNIVERSITI4 TERAS STRATEGIKUNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIAAmanat Ulung Naib Canselor | 9


TERAS STRATEGIK UPNM: ‘MENJULANG KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI’Berdasarkan kepada fokus strategik tersebut, satu kerangka jitu telah dibina untuk memandu UPNM dalam menjayakan aspirasi serta agenda kecemerlangan berterusan.Selari dengan amanat oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, maka tema ‘Menjulang Kewajipan, Maruah dan Integriti’ diangkat sebagai tema Amanat Ulung Naib Canselor. Menerusinya, satu kerangka utama teras strategik telah digariskan dan akan dizahirkan kepada rancangan tindakan yang lebih terperinci menerusi penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk memastikan setiap teras dapat direalisasikan mulai tahun 2021. Kerangka utama ini mengandungi EMPAT TERAS STRATEGIK dengan intisari seperti berikut:4 TERASSTRATEGIKSelari dengan amanat oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi maka tema ‘Menjulang Kewajipan, Maruah dan Integriti’ diangkat sebagai tema Amanat Ulung Naib Canselor.Menerusinya, satu kerangka utama teras strategik telah digariskan dan akan dizahirkan kepada rancangan tindakan yang lebih terperinci menerusi penetapan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator - KPI) untuk memastikan setiap teras dapat direalisasikan mulai tahun 2021.Kerangka utama ini mengandungi EMPAT TERAS STRATEGIK utamaMemperkasaTadbir UrusMenjulangKecemerlanganMembudaya PrinsipKeberhasilanMemperkukuhNilai dan BudayaUniversitiAmanat Ulung Naib Canselor 10 |


Amanat Ulung Naib Canselor | 11


TERAS STRATEGIKTahun ini merupakan tahun ketiga UPNM menyandang status sebagai universiti berautonomi sejak tahun 2018. Oleh itu, pihak pengurusan UPNM komited untuk melihat dan menilai semula tahap tatakelola serta amalan tadbir urus yang dipraktikkan di universiti ini untuk mengekalkan kewibawaan UPNM dalam mendepani keluk perubahan semasa menerusi prinsip Good Governance.1MEMPERKASA TADBIR URUSAsas pentadbiran yang mengutamakan perkhidmatan berkualiti, berintegriti, beramanah, telus dan kompeten menerusi pematuhan kepada dasar dan peraturan dalam setiap aspek pentadbiran akan terus diperkasa. Atas dasar itu, pihak pengurusan UPNM komited untuk menghapuskan segala kerenah birokrasi dan red tapemenerusi penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan Amanat Ulung Naib Canselor 12 |


prinsip ‘pemudah cara.’ Untuk itu juga, penambahbaikan yang bersesuaian akan diteruskan termasuk melalui pelaksanaan pelan penstrukturan semula organisasi agar universiti ini sentiasa dinamik, terbuka, kejat dan berkeupayaan tinggi.Bagi maksud ini, pemantapan tadbir urus institusi menerusi pembangunan sistem berintegrasi Kampus Pintar yang menggabungkan aplikasi Sumber Manusia, Kewangan, Akademik, Penyelidikan, dan pengurusan pelajar serta alumni akan dimulakan pada tahun 2021. Ia juga merangkumi pembentukan modul dan pendekatan big data analyticsdalam proses membuat keputusan demi mewujudkan persekitaran organisasi berpengetahuan menerusi pewujudan Management Dashboard yang boleh dirujuk secara masa nyata (real-time) oleh pihak pengurusan.Dalam memantapkan tadbir urus juga, aspek pengurusan risiko terus diperkemas bagi menentukan tahap kesiagaan Universiti sentiasa berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang kemungkinan di semua peringkat bagi memastikan nama baik dan reputasi UPNM sentiasa Amanat Ulung Naib Canselor | 13


Budaya KREATIVITI dan INOVASI dalam usaha memperbaharui cara kerja yang lebih praktikal dan berkesan juga perlu terus disemarakkan menerusi penyediaan platform yang kondusif untuk menyokong inisiatif ini. Penekanan turut diberikan kepada staf akademia dan pentadbiran dalam aspek latihan kompetensi dan profesional supaya mereka berpeluang untuk mencapai potensi sebenar.terpelihara. UPNM hendaklah belajar daripada krisis penularan wabak COVID-19 yang berlaku tanpa dijangka dan mengambil langkah mitigasi yang sesuai untuk mengharungi apa jua cabaran. Dalam hal yang sama, TADBIR URUS YANG EFEKTIF dan EFISIENjuga terus menjadi keutamaan menerusi langkah penambahbaikan berdasarkan penemuan AUDIT sama ada di peringkat universiti mahu pun kementerian.Amanat Ulung Naib Canselor 14 |


Amanat Ulung Naib Canselor | 15


TERAS STRATEGIK2MEMBUDAYA PRINSIP KEBERHASILANMenerusi teras strategik ini, pemerkasaan terhadap budaya keberhasilan dalam setiap warga UPNM terus disinergikan dalam penyampaian perkhidmatan bagi memastikan prestasi kerja yang cemerlang dan bersistematik. Untuk itu, nilai keberhasilan setiap program dan aktiviti selanjutnya akan dijajarkan dengan lebih jelas melalui penetapan KPI yang memandu tugas hakiki dan tugas tambahan yang telah diamanahkan. Budaya keberhasilan adalah penanda aras kritikal yang kini imperatif dalam menganjak dimensi kualiti perkhidmatan ke tahap yang cemerlang, sekaligus memberi kelebihan kompetitif (competitive advantage) kepada organisasi. Dalam hal ini, terdapat keperluan untuk melihat semula rantaian keperluan yang menjadi pendokong utama di mana aspek keberhasilannya perlu diolah menerusi kerangka ‘model logik’ dalam mengukur kejayaan atau keberkesanan inisiatif atau program sokongan yang dilaksanakan di UPNM.Oleh itu, pembudayaan prinsip keberhasilan sebagai norma dalam tugasan setiap warga UPNM perlu diterapkan dengan lebih sistematik melalui strategi holistik yang didasari misi dan falsafah agar relevansi UPNM sentiasa terpelihara.Amanat Ulung Naib Canselor 16 |


Amanat Ulung Naib Canselor | 17


Amanat Ulung Naib Canselor 18 |


TERAS STRATEGIK3MENJULANG KECEMERLANGANTeras strategik ini membawa konotasi yang begitu signifikan kerana usaha membangunkan generasi masa hadapan yang holistik bergantung kepada persekitaran, sumber manusia, serta fasiliti yang berkualiti tinggi di dalam kampus UPNM. Dalam teras strategik ini, lapan sub-teras digariskan dan hendaklah d i p e r k u k u h k a n s e i r i n g d e n g a n perkembangan semasa, iaitu:Sub-Teras Pertama:Pengukuhan Kualiti AkademikREVOLUSI INDUSTRI 4.0 telah membuka domain baharu kepada penyedia pengajian tinggi di seluruh dunia, khususnya dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang kini menjadi semakin terbuka. Ini termasuklah pendekatan P E M B E L A JA R A N TERADUN HIBRID m e l a l u i penggunaan aplikasi dalam talian seperti sistem MOODLE, MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC), KELAS PINTAR dan lain-lain. Pembelajaran TeradunHibridPembelajaranBersemukaPembelajaranDalam TalianAmanat Ulung Naib Canselor | 19


MEMACU KOLABORASI SERTA PENYELIDIKAN DAN INOVASISUB-TERAS 2KOLABORASI PINTARJARINGAN INDUSTRIPAKAR RUJUKSUB-TERAS 1PENGUKUHANKUALITIAKADEMIKSCOPUSPROGRAM ADVOKASIILMUFASILITI DANSOLUSI ICTPEMBELAJARAN TERADUN HIBRID, MOODLE, MOOCCEO@FACULTYKEDUDUKANQS UNIVERSITIDUNIAPENGANTARABANGSAAN20 | Amanat Ulung Naib Canselor


Dalam konteks UPNM, ketersediaan fasiliti dan solusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pemangkin kepada PdP berasaskan teknologi baharu akan terus dipertingkat bagi mempermudahkan dan meningkatkan kualiti akademik. Untuk itu, blueprint ICT akan diperkasa bagi memenuhi keperluan ini. UPNM juga akan terus melihat dan melakukan penandaarasan berterusan terhadap best practices yang diamalkan oleh institusi terkemuka dunia sebagai panduan dalam menyediakan pendekatan terbaik dalam penyampaian PdP.Program-program advokasi ilmujuga akan terus disemarakkan dalam kerangka yang lebih luas untuk mengangkat KREDIBILITI PARA AKADEMIA UPNM di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Dengan cara ini, perkongsian kepakaran rentas disiplin akan dapat memberikan manfaat yang signifikan dan seterusnya UPNM dapat merealisasikan hasrat untuk melahirkan ikon akademik dalam bidang pertahanan dan keselamatan yang diakui kredibilitinya. Selain itu juga, penghasilan karya ilmiah dalam penerbitan berindeks Scopus, perkongsian kepakaran melalui pelbagai media massa, serta khidmat perundingan akan terus dipertingkat dan diperhebat. Dalam hal yang sama, program CEO@FACULTYterus diperkasa melalui pembaharuan yang lebih segar. Menerusi program ini, ilmu pengetahuan praktikal daripada para pemimpin industri seharusnya diambil dan ditimba sebanyak mungkin menerusi program mentorship kepada pelajar dan warga UPNM, terutamanya untuk mendapatkan nasihat serta pandangan tentang pembangunan kurikulum akademik bagi memastikan ia relevan dengan kehendak industri. Amanat Ulung Naib Canselor | 21


Dalam aspek pengukuhan akademik, agenda pengantarabangsaan untuk mempersada UPNM di carta global prominence begitu penting dan bertepatan dalam persediaan UPNM untuk memasuki sistem penarafan Kedudukan QS Universiti Dunia pada tahun-tahun mendatang. Untuk itu, sinergi semua pihak akan diselaras untuk memastikan UPNM mencapai setiap indikator yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, UPNM telah memandang ke hadapan dan mengambil langkah mewujudkan rancangan tindakan untuk merapatkan jurang yang ada. Antaranya, keperluan untuk meningkatkan reputasi akademik, pengambilan pelajar antarabangsa, peningkatan penerbitan berindeks Scopus dan lain-lain. Berdasarkan itu juga, UPNM menetapkan untuk menyertai penilaian Kedudukan QS Universiti Dunia seawal tahun 2022 setelah semua perincian diteliti.Begitu juga, blueprint pembangunan infrastruktur Universiti terus diperkemas seiring dengan keperluan semasa dalam menyediakan persekitaran kondusif kepada pelajar dan staf.Sub-Teras Kedua: Memacu Kolaborasi Serta Penyelidikan dan InovasiUPNM mestilah memacu kerangka untuk membina wibawa sebagai pakar rujuk (subject matter expert)dalam penyelidikan dan pembangunan polisi serta dasar. Untuk itu, usaha membangunkan potensi para akademia terus disuburkan agar universiti ini dapat terus dilihat relevan dan diperakui dalam bidang tujahan yang dipertanggungjawabkan. Dalam aspek penyelidikan dan inovasi melalui bidang tujahan pertahanan dan keselamatan, kerangka keberhasilannya terus diperkukuh bagi membolehkan produk-produk yang berpotensi dibangun, dipaten dan dikomersialkan serta seterusnya dapat menjadi penyumbang pendapatan universiti. Oleh yang demikian, kerangka kerjasama dengan pihak pemegang taruh khususnya Kementerian Pertahanan dan rakan-rakan industri terus disinergikan terutamanya dalam fasa perancangan projek penyelidikan berdasarkan keperluan sebenar. Hal ini untuk memastikan lebih penekanan diberikan kepada penyelidikan yang mampu memberi nilai tambah dan komersial kepada pembangunan industri pertahanan negara secara umumnya.22 | Amanat Ulung Naib Canselor


KEMAMPANANKEWANGANUNIVERSITISUB-TERAS 4TABUNG WAKAFDAN ENDOWMENBAJET BERASASKANOUTCOMEPENGUKUHAN PERANANSYARIKAT INDUK UPNMMODEL KEWANGANSUB-TERAS 3PEMERKASAANPUSATKECEMERLANGAN(CoE)PELUANG KERJASAMADAN PEROLEHANGERAN PENYELIDIKANHIGHER INSTITUTIONCENTRES OFEXCELLENCE (HICoE)Amanat Ulung Naib Canselor | 23


Dalam hal yang sama, kolaborasi pintar dan jaringan KERJASAMA dengan RAKAN-RAKAN STRATEGIK termasuk pihak Universiti Awam, Universiti Swasta, Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara, agensi penyelidikan kerajaan seperti Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), serta industri pertahanan dari dalam dan luar negara akan diteruskan melalui pemeteraian MoU atau MoA. Paling utama, output atau hasil daripada penyelidikan mencapai matlamat sepunya, sekaligus memberi keyakinan kepada para rakan strategik untuk terus bekerjasama dalam lapangan penyelidikan lain. Begitu juga jaringan industri terus diperhebat menerusi perkongsian pintar dan program-program akademik melalui perolehan offsets daripada Industri Pertahanan Antarabangsa agar dapat memberi nilai tambah terutamanya dalam aspek pemindahan pengetahuan dan teknologi kepada para akademia UPNM.Sub-Teras Ketiga: Pemerkasaan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence - CoE)Sesuai dengan perkembangan serta peningkatan kapasiti semasa, CoE di UPNM akan terus diperkasa melalui penerokaan peluang-peluang kerjasama dan perolehan geran penyelidikan daripada pihak berkepentingan.Dengan itu juga, UPNM menetapkan sasaran agar satu CoE sedia ada dapat mencapai kriteria dan dinaik taraf sebagai HIGHER INSTITUTION CENTRES OF EXCELLENCE(HICOE) dalam tempoh LIMA TAHUN akan datang. Oleh yang demikian, kerangka bersesuaian yang efisien untuk menghubungkan CoE dengan pihak industri dan pemegang taruh akan dilihat semula agar peluang kerjasama berpotensi yang berimpak tinggi dapat dirintis.Sub-Teras Keempat: Kemampanan Kewangan Universiti24 | Amanat Ulung Naib Canselor


Menetapkan MatlamatMembangunkanPengukuranMengukur KemajuanMencapaiKejayaanPendekatan strategik dalam membentuk model kewangan yang inklusif akan disinergikan sebagai pemangkin kepada kemampanan kewangan universiti. Usaha ini bagi memastikan keupayaan daya saing dan daya tahan UPNM dalam pengurusan kewangan dapat dipertingkatkan bagi menampung keperluan mengurus Universiti. R a n c a n g a n i n i j u g a m e n g a m b i l k i r a usaha P E N JA N A A N P E N D A P A T A N DALAMAN b a g i memastikan sekurangkurangnya mencapai paras 25% daripada keperluan perbelanjaan mengurus Universiti. Hal ini termasuklah menerusi inisiatif pengukuhan peranan syarikat induk UPNM melalui model perniagaan baharu yang lebih seimbang.UPNM komited untuk terus memastikan STRATEGI PENGURUSAN KEWANGAN memenuhi prinsip perbelanjaan yang cermat dan cekap menerusi BAJET BERASASKAN OUTCOME (Outcome Based Budgeting) yang lebih kreatif. Hal ini untuk memastikan keutamaan kewangan tertumpu kepada perkara-perkara mustahak. Secara tuntasnya, UPNM harus menguruskan pendapatan dan perbelanjaan secara aktif dan responsif bagi membolehkan universiti dapat bertindak balas dengan cepat dan berkesan terhadap sebarang perubahan dalam persekitaran semasa.Oleh itu, universiti akan terus menggiatkan pemerkasaan TABUNG WAKAF PENDIDIKAN dan ENDOWMEN sebagai medium untuk membantu para pelajar menerusi kepelbagaian platform jalinan terutamanya kolaborasi dengan syarikat-syarikat korporat. Amanat Ulung Naib Canselor | 25


KELESTARIANKESEJAHTERAANWARGASUB-TERAS 6ASPEK KEBAJIKANPELAN LALUANKERJAYAPEMERKASAANPERKHIDMATANYAYASAN ZULFAQARSUB-TERAS 5PEMERKASAANPEMBANGUNANPELAJARPROGRAMAL-FATEH KEUSAHAWANANKEBOLEHPASARANGRADUANPENDEKATANHOLISTIKDIALOGAL-GHAZALIINTELLECTUALLEADERS OFCHARACTER26 | Amanat Ulung Naib Canselor


Sub-Teras Kelima: Pemerkasaan Pembangunan PelajarPencapaian pelajar pada masa kini diukur bukan sahaja menerusi outputkeputusan peperiksaan secara formal (explicit knowledge). Ia juga perlu mengambil kira pendekatan interaksi yang lebih holistik oleh para akademia dengan melihat kepada ‘impaknya’ (tacit knowledge) secara keseluruhan. Pemerkasaan pembangunan pelajar perlu menjurus kepada penilaian tentang kebolehan mengurus maklumat, kecekapan berfungsi dalam kumpulan dan komuniti, keberanian membuat keputusan, serta menggilap bakat personal dan kepimpinan yang pelbagai menerusi penerapan elemen industri, explorasi praktik lapangan atau khidmat komuniti. Dalam hal ini, UPNM telah melangkah ke hadapan dalam PEMBANGUNAN INTELEK, PEMBENTUKAN SAHSIAHdan KEPIMPINAN PELAJAR menerusi pengenalan enam atribut INTELLECTUAL LEADERS OF CHARACTER. Oleh itu, pelan tindakan untuk memastikan setiap graduan memenuhi atribut ini akan terus disinergikan menerusi program-program yang berfokus termasuklah DIALOG AL-GHAZALI dan PROGRAM AL-FATEH yang akan diperkukuh serta disegarkan pengisiannya. Hal ini selari dengan usaha untuk terus mengekalkan end-state melahirkan graduan holistik, seterusnya meningkatkan kecemerlangan UPNM dalam KEBOLEHPASARAN GRADUAN yang turut mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pengajian Tinggi menerusi program PENJANA KPT-CAP.Seiring dengan mandat Kementerian Pengajian Tinggi, PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN dalam kalangan pelajar menerusi program-program keusahawanan yang seimbang juga akan terus diperkasa. Ia merangkumi pewujudan ekosistem keusahawanan yang lebih kondusif agar usaha melahirkan graduan holistik dapat diperhebatkan.Pegawai BergraduatPegawai BertauliahKepimpinan KerohanianAhli SukanSeni MempertahankanDiriInsan BudimanAmanat Ulung Naib Canselor | 27


Sub-Teras Keenam: Kelestarian Kesejahteraan WargaUPNM amat bersyukur dan berterima kasih kepada para penyumbang daripada organisasi kerajaan, korporat mahu pun orang perseorangan yang terus menghulurkan pelbagai bentuk bantuan khususnya untuk para pelajar dan warga universiti yang berkeperluan. Dalam hal ini, pendekatan universiti adalah jelas, iaitu untuk memastikan aspek KEBAJIKAN PELAJAR dan STAFsentiasa terpelihara menerusi PEMERKASAAN PERKHIDMATAN. Perkara ini akan diteruskan melalui pelbagai platform sedia ada antaranya Foodbank Satria, sumbangan zakat, serta sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta. Begitu juga YAYASAN ZULFAQAR yang telah ditubuhkan baru-baru ini akan berperanan untuk membantu aspek pembangunan dan kebajikan pelajar.Aspek kebajikan terus menjadi keutamaan sebagai pemangkin semangat dan moral kepada seluruh warga UPNM untuk terus mencurahkan khidmat bakti terbaik kepada universiti. Ini termasuk usaha berterusan dalam menyediakan PERSEKITARAN KERJA yang KONDUSIF dan CERIA. Begitu juga, penambahbaikan pelan LALUAN KERJAYA YANG LEBIH JELAS, kemudahan penajaan untuk MELANJUTKAN PENGAJIAN, KURSUS-KURSUS KOMPETENSI dalam pelbagai pengkhususan serta perkhidmatanperkhidmatan yang memberi manfaat kepada warga UPNM akan diperkasa.28 | Amanat Ulung Naib Canselor


ATLETBERPOTENSIDANCEMERLANGPERINGKATIPTPERKEMASSTRATEGI DANSISTEMSOKONGANKERANGKASUKANBERFOKUSPROGRAMSUKARELAWANBERIMPAK TINGGISERVICELEARNING MALAYSIAUNIVERSITY FORSOCIETY (SULAM)SUB-TERAS 8MEMPERHEBATKHIDMATKOMUNITISUB-TERAS 7MEMANGKINKECEMERLANGANSUKANATLETBERPOTENSIDANCEMERLANGPERINGKATIPTPERKEMASSTRATEGI DANSISTEMSOKONGANKERANGKASUKANBERFOKUSPROGRAMSUKARELAWANBERIMPAK TINGGISERVICELEARNING MALAYSIAUNIVERSITY FORSOCIETY (SULAM)SUB-TERAS 8MEMPERHEBATKHIDMATKOMUNITISUB-TERAS 7MEMANGKINKECEMERLANGANSUKANAmanat Ulung Naib Canselor | 29


Sub-Teras Ketujuh: Memangkin Kecemerlangan SukanUsaha demi memangkin dan meneruskan kecemerlangan dalam arena sukan pelajar turut menjadi keutamaan UPNM. Universiti ini memiliki ramai ATLET yang berpotensi besar untuk mengharumkan nama negara dan universiti di pentas kejohanan sukan peringkat tinggi. Buktinya, sudah ramai ATLET UPNM yang MEWAKILI NEGARA dan NEGERI serta berjaya merangkul pingat di kejohanan besar peringkat Institusi Pengajian Tinggi, nasional dan antarabangsa. Dalam arena sukan staf, satu kerangka yang lebih berfokus akan dibina bagi menentukan aktiviti sukan menjadi budaya sekaligus mencungkil bakat yang berpotensi untuk diketengahkan di pentas kejohanan sukan yang dipertandingkan. Oleh itu, UPNM akan memperkemaskan strategi dan sistem sokongan termasuklah menerusi program talent scouting, program kejurulatihan sukan yang sistematik, penyediaan fasiliti yang berkualiti, serta pendedahan di pelbagai kejohanan bagi meningkatkan prestasi atlet UPNM dari semasa ke semasa.30 | Amanat Ulung Naib Canselor


Sub-Teras Kelapan: Memperhebat Khidmat KomunitiSebagai menyahut amanat dan saranan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, UPNM sentiasa berusaha dan mengambil pendekatan strategik untuk memperkukuh serta mendaya upaya khidmat kepada masyarakat dengan lebih signifikan melalui kerangka yang berfokus dalam konteks keselamatan dan pertahanan.Usaha ini merangkumi sumbangan kepada masyarakat menerusi aktiviti penyelidikan dan inovasi, serta penglibatan para pelajar dalam program-program kesukarelawanan berimpak tinggi bagi mengangkat agenda Kementerian Pengajian Tinggi dalam program SERVICE LEARNING MALAYSIA - UNIVERSITY FOR SOCIETY(SULAM).Amanat Ulung Naib Canselor | 31


TERAS STRATEGIK 4MEMPERKUKUH NILAI DAN BUDAYA UNIVERSITISEMANGATKEKITAANBIG SOCIETYLIBAT URUSMENYELURUHBUDAYAAPRESIASIDISIPLIN,HORMATMENGHORMATIDAN KESETIAAN32 | Amanat Ulung Naib Canselor


Setiap warga mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan prestasi UPNM secara keseluruhan. Pembinaan pasukan yang kuat dan kukuh memerlukan penghayatan secara menyeluruh terhadap nilai, sikap dan perasaan SEMANGAT KEKITAANserta pemikiran positif kepada UPNM. Melalui teras ini, pelan strategik yang dirangka akan menggunakan pendekatan pengukuhan nilai dan budaya kerjasama menerusi LIBAT URUS secara menyeluruh melalui konsep BIG SOCIETY. Oleh itu, setiap warga dialu-alukan untuk memberi idea, dan pandangan bernas tentang bagaimana cara terbaik untuk UPNM mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam meraikan kegigihan warga yang TERAS STRATEGIK4MEMPERKUKUH NILAI DANBUDAYA UNIVERSITIAmanat Ulung Naib Canselor | 33


telah mencurahkan keringat dan bakti, BUDAYA APRESIASI atau penghargaan kepada staf juga akan terus dirancakkan. Setiap usaha oleh staf perlu dihargai selayaknya kerana ia adalah sebahagian daripada kunci kejayaan seluruh warga UPNM secara berpasukan. Dengan penghargaan ikhlas daripada universiti, semangat seluruh staf pasti akan terus bersemarak dan seterusnya melahirkan rasa tanggungjawab serta bangga untuk mencurahkan khidmat terbaik kepada UPNM. Apa jua kongkongan jeriji silo haruslah dihindarkan dan seluruh warga selayaknya dilayani sebagai kudrat sendi universiti yang saling memberi inspirasi. Oleh itu, semua warga perlu terus mengekalkan serta mengangkat tinggi nilai dan budaya universiti yang berteraskan disiplin, saling hormat menghormati, dan kesetiaan kepada universiti. Budaya sepunya ini perlu terus sebati dalam diri setiap warga UPNM yang mana telah terbukti dapat menyerlahkan lagi semangat solidariti serta ESPRIT DE CORPS seluruh warga.Semua warga perlu terus mengekalkan serta mengangkat tinggi nilai dan budaya Universiti yang berteraskan disiplin, saling hormat menghormati, dan kesetiaan kepada Universiti. 34 | Amanat Ulung Naib Canselor


Click to View FlipBook Version