Management is doing things right;leadership is doing the right things.Peter Drucker dan Warren G. BennisAmanat Ulung Naib Canselor | 35
PERKASADAN KEMUDITRANSFORMASIPEMUDAHCARAKOMUNIKASIDUA HALAKERAP TURUNPADANGSELESAIKANISU DI PERINGKATJABATANINTELLECTUALDISCOURSE36 | Amanat Ulung Naib Canselor
Dalam mendukung teras strategik yang telah digariskan, maka elemen kepimpinan amat penting sebagai ‘ejen pemacu’ ke arah mencapai matlamat yang dihasratkan. Seperti yang dinukilkan oleh Peter Drucker dan Warren G. Bennis;“Management is doing things right; leadership is doing the right things.”Para pemimpin di UPNM perlu terus memperkasa dan mengemudi transformasi, seterusnya memangkin penghasilan kejayaan. Dalam hal yang sama, para pemimpin hendaklah lebih kerap turun padang untuk mengetahui, memudah cara, dan menyelesaikan apa sahaja isu di peringkat jabatan masing-masing. KEPIMPINAN TERASPEMANGKIN KEJAYAANWadah komunikasi dua hala perlu diperkasa sebagai medium untuk staf dan pihak pengurusan dalam mengutarakan pendapat, pandangan serta idea yang bernas demi kebaikan UPNM. Intellectual discourse dalam suasana dan platform yang bersesuaian juga hendaklah diadakan dengan lebih kerap bagi membincang dan menyelesaikan apa sahaja isu secara kolektif.Persekitaran semasa memerlukan pemimpin yang dinamik dan bermotivasi tinggi bagi mendepani cabaran yang jauh lebih kompleks. Untuk itu, setiap warga hendaklah menempuhnya bersama-sama melalui penyatuan kekuatan minda dan kebijaksanaan dalam merencana strategi serta kaedah terbaik demi mencapai objektif teras strategik UPNM.Amanat Ulung Naib Canselor | 37
38 | Amanat Ulung Naib Canselor
Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang di bawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).Abdullah bin Umar R.A., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:[Riwayat Muslim]BUDAYA BERPASUKANSEAMLESSEFFORTAmanat Ulung Naib Canselor | 39
KESIMPULANOleh itu, intipati semua teras strategik yang telah digariskan perlu diterjemahkan menerusi tindakan yang sistematik, mengikut keutamaan dan hendaklah menerapkan prinsip 5S sebagaimana yang dizahirkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi iaitu Speed, Synergy, Solidarity, Strategic, dan Standard. Dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan, setiap warga UPNM disarankan untuk merenungi sebuah hadis, daripada Abdullah bin Umar R.A. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:Maksudnya: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang di bawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” (Riwayat Muslim)Dalam melunasi amanah suci yang dijunjung, setiap warga di universiti ini dituntut untuk terus berganding bahu, membulatkan tekad iltizam, dan merapatkan ukhuwah permuafakatan agar kesatuan yang kuat dapat mengukuhkan usaha meneruskan kesinambungan kecemerlangan UPNM.Semoga segala usaha demi mengukuhkan keberadaan universiti dan ‘Menjulang Kewajipan, Maruah dan Integriti’ sebagai sebuah institusi ilmu yang disegani akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.PRINSIP 5SYB MENTERI PENGAJIAN TINGGISPEED SYNERGY SOLIDARITY STRATEGIC STANDARDPERKASADAN KEMUDITRANSFORMASIPEMUDAHCARAKOMUNIKASIDUA HALAKERAP TURUNPADANGSELESAIKANISU DI PERINGKATJABATANINTELECTUALDISCOURSE40 | Amanat Ulung Naib Canselor
Seluruh warga terus komited untuk memastikan budaya kerjasama berpasukan dan seamless effort terus subur dalam merencanakan segala perancangan stategik UPNM. Seluruh warga turut melafazkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Tuanku Canselor.Amanat Ulung Naib Canselor | 41
MENJULANG KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITIBerganding Bahu,Membulatkan Tekad Iltizam,Merapatkan Ukhuwah Permuafakatan42 | Amanat Ulung Naib Canselor
Universiti Pertahanan Nasional MalaysiaKem Perdana Sungai Besi57000 Kuala [email protected] KEWAJIPANMARUAH DAN INTEGRITIISBN 978-967-2414-35-39 789672 414353