OC TOB ER 2 0 3 0 AHMAD LUQMAN BIN AMINUDIN & SITI ZULAIKHA BINTI MOHD YUSOF
Frederick froebel (froebelian) Model froebel Maria montessori Model montessori Jean piaget Loris malaguzzi Model reggio emilia Ibnu Khaldun Model Head start ISI KANDUNGAN
FREDERICK FROEBEL (FROEBELIAN)
LATAR BELAKANG Nama sebenar Friedrick Wilhem Frobel dan dikenali sebagai Froebel. Lahir pada 21 April 1782 di Oberweibach, Jerman Beliau kehilangan ibunya ketika berumur 9 bulan dan tidak pernah berasa gembira sewaktu kecil Beliau meninggal pada 21 Jun 1852, Mariental, Jerman Seorang tokoh pendidikan Jerman Mengasas sekolah taman kanak-kanak pada tahun 1837 yang diberi nama kindergarten, Kinder bermaksud kanak-kanak, garten bermaksud taman Membangunkan permainan pendidikan yang dikenali sebagai “Froebel Gifts” Beliau juga membentuk kurikulum dan kaedah pengajaran awal kanak-kanak Digelar sebagai “father of the kindergarten” atau bapa kindergarten
PANDANGAN FROEBEL Kindergarten perlu dipenuhi dengan keindahan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak Keadaan persekitaran yang luas dan kelengkapan seperti kerusi dan meja mestilah mengikut kesesuai supaya kanak-kanak selesa Terdapat pemandangan, bunyi-bunyian dan alat permainan. Kesemua objek mestilah berwarna-warni, dan mempunyai pelbagain saiz serta bentuk yang mudah Mengawal dan menjaga kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan alam semula jadi Pendapat Froebel bahawa pendidikan merupakan pembinaan watak dan peribadi kanakkanak Pendidikan haruslah berdasarkan keupayaan dan keperluan kanak-kanak Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan, maka mereka perlu diberikan kebebasan Jadi menurut Froebel, permainan adalah metode yang paling sesuai dan penting untuk memupuk perkembangan mental, fizikal, sosial dan perwatakan serta peribadi kanak-kanak
MODEL FROEBEL
Kanak-kanak belajar dalam suasana dan keadaan yang terancang dan berkembang melalui bermain sambil belajar Kanak-kanak seperti biji benih, ibu bapa dan dan guru merupakan tukang kebun dan kindergarten atau pusat pendidikan awal kanak-kanak adalah taman pembelajaran kanak-kanak MATLAMAT
MODEL PEMBELAJARAN FROEBELIAN MAIN DAN KANAK-KANAK Belajar melalui bermain. Permainan dapat membantu kanak-kanak berfikir serta memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan dan kefahaman. Dapat membentuk peribadi dan perwatakan disebabkan oleh pengaruh pembelajaran dan persekitaran kanak-kanak. Alat, bahan atau objek pembelajaran kanak-kanak dipilih mengikut kesesuaian, keselamatan dan keperluan mereka. Memahami tentang diri serta kemampuan masing-masing melalui aktiviti belajar sambil bermain yang dijalankan.
Kemahiran bersosial dan kepentingan emosi perlu diterapkan serta pupuk dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi. Termasuklah kemahiran menarik perhatian, memberi, berkongsi, bertanya dan memberi idea. Kemahiran sosial merupakan tingkah laku yang prihatin untuk melakukan hubungan interpersonal yang efektif. Cara untuk mengembangkan kemahiran sosial dan kanak-kanak adalah dengan melakukan pembelajaran sambil bermain serta kerja dalam kumpulan. ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI
ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL Froebel berpandangan bahawa permainan yang melibatkan aktiviti fizikal adalah berkai dengan aspek motor kasar dan motor halus serta keselamatan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak menyertai aktiviti yang dilakukan Bergerak dengan aktif Kanak-kanak dapat mengawal tubuh dan mengimbangi pergerakan Contoh: Berlari, bergayut PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KASAR PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR HALUS Melibatkan hanya otot kecil Membantu perkembangan asas kanak-kanak Seperti otot mata dan otot jari Contoh: Menulis, menjahit, mengguli permainan doh
Pusat pendidikan awal kanak-kanak yang dihias dan menggunakan cat yang berwarna-warni, bunyi-bunyian, percahayaan yang baik dan alat atau objek permainan sebagai bahan pembelajaran Memberi penekanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan konsep bermain sambil belajar Mempersiapkan aktiviti untuk murid Mencorakkan pengalaman serta memupuk disiplin murid Penekanan kaedah bermain sambil belajar PSIKOLOGI Peranan Guru Metodologi pengajaran SUMBANGAN FROEBELIAN
SUMBANGAN Bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu Oleh itu, semua kerja-kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri bermain. Froebel menerima prinsip yang dikemukakan oleh Pestalozzi mengenai penggunaan alat/objek dalam pengajaran yang mengatakan bahawa semua pendidikan bermula dengan persepsi deria dan objek boleh guna untuk menimbulkan minat dalam pembelajaran Gift dan bahan-bahan dalam bentuk yang terdapat di alam semula jadi Membantu kanak-kanak meneroka dan memahami hubungan dengan alam semesta
IMPLIKASI FROEBELIAN DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Bangunan tadika atau institusi Pendidikan awal kanak-kanak yang dihias ceria dan selamat untuk kanak-kanak Bermain sambil belajar dilaksanakan dalam proses PdP bersama kanak-kanak Penerapan disiplin dan nilai murni yang dipupuk dalam kalangan murid Penggunaan bahan bantu mengajar dalam PdP yang boleh menarik minat murid untuk belajar Mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih terancang dan sistematik
maria montessori maria montessori Next
Nama: Maria Telca Artemisia Montessori Tarikh lahir: 31 Ogos 1870 Tempat lahir: Chiaravalle (Ancona), Itali Meninggal dunia pada 6 Mei 1952 (81 tahun) di Noorwijik, Netherlands Tempat pengajian: University of Rome La Sapienza Medical School dan merupakan siswazah wanita pertama yang menerima ijazah dari sekolah Perubatan Beliau merupakan seorang pendidik berbangsa Itali, saintis pakar perubatan, ahli falsafah, penyokong gerakan kewanitaan (feminist) dan merupakan pendidik awal kanak-kanak Beliau juga merupakan ahli kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan tertarik untuk mengajar kanak-kanak terencat akal dan yang tidak mampu belajar (uneducable) di ROM. MARIA MONTESSORI LATAR BELAKANG
PANDANGAN MONTESSORI perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh jenis interaksi mereka terhadap persekitaran kanak-kanak mempunyai potensi dan keinginan untuk berkembang termasuklah mempunyai keinginan untuk berdikari memfokuskan kepada prinsip “persekitaran yang dipersiapkan” kanak-kanak hendaklah diberi kebebasan dalam proses pembelajaran supaya mereka boleh meneroka dengan sendirinya.
TERDAPAT 3 TAHAP PERKEMBANGAN UTAMA: i) dari lahir hingga usia 6 tahun tempoh masa remaja kanak-kanak berfikir secara bawah sedar (unconscious mind) dan mudah mengingati (absorbent mind) tempoh masa kanak-kanak ii) dari usia 6 tahun hingga 12 tahun iii) dari usia 12 tahun hingga 18 tahun
MODEL MONTESSORI
minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. pendidikan sebagai satu proses yang berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan. segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya 1.Penggunaan sensori-deria
persekitaran yang lengkap dengan bahan adalah persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak dan akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya. pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanakkanak itu sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di mana kanakkanak belajar tanpa disedari. 2.Penerokaan kepada persekitaran
Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori,apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. setiap kanak-kanak yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada otak kanak- kanak tersebut. melalui aktiviti bermain, otak kanak-kanak akan dapat berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak-kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif. 3.Belajar melalui aktiviti bermain
kanak-kanak yang berusia enam tahun dan kebawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. Pada tahap ini,kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pengajaran. tempoh masasensitif, kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli pendidik awal kanak-kanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness). . 4.Tempoh sensitif
Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan sosial kepada diri kanak-kanak tersebut. teori interaksi ini juga dapat membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang penting bagi pembelajaran tidak formal kanak-kanak. kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai orang yang berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut, semakin banyak ilmu yang akandipelajarinya. 5.TEORI INTERAKSI
SUMBANGAN MODEL MONTESSORI TERHADAP PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK Penekanan masa untuk menguasai kemahiran asas (3M) iaitu membaca, menulis dan mengira Persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila meraka melakukannya Terdapat waktu untuk permainan luar di mana ditekankan pembelajaran secara penerokaan dan penjelajahan tentang persekitaran. Kanak-kanak meneroka alam di sekeliling dan dapat merasai pengalaman tersebut melalui bahan maujud. Kaedah mengajar yang berkaitan dengan kehidupan. Mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Bertujuan agar kanakkanak mendapat pengutamaan menggunakan deria dan cepat Suasana persekitaran pendidik mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak serta dilengkapi dengan tanaman
IMPLIKASI MODEL MONTESSORI TERHADAP AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) DI DALAM BILIK DARJAH pembelajaran secara individu atau kumpulan kecil aktiviti kendiri, pembelajaran langsung dan permainan kolaboratif penerokaan aktiviti sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan peraturan tadika sesi pembelajaran menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak
pIAGET jean pIAGET jean Next
Nama: JEAN WILLIAM FRITZ PIAGET Tarikh lahir: 9 Ogos 1896 di Neuchatel, Switzerland Meninggal dunia: 16 September 1980 di Geneva, Switzerland Pendidikan: - University of Neuchatel (1981) - University of Zurich & University of Geneva JEAN PIAGET LATAR BELAKANG
Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang muda iaitu 10tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke UniversitiNauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di UniversitiJeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist. " LATAR BELAKANG
Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abadke dua puluh. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangankanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskankepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
SUMBANGAN JEAN PIAGET Skema merupakan model tingkah laku yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan individu yang diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan seperti bahasa, pemikiran atau pandangan yang boleh mewakili tingkah laku adalah disebut skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya. Di dalam peringkat perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku mereka berubah dari semasa kesemasa. Contohnya, kanak-kanak memegang sesuatu benda adalah skema pegangannya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur maju apabila perubahan skema kanakkanak ini sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.. 1.Skema
SUMBANGAN JEAN PIAGET adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan mempengaruhi antara satu samalain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka. Sekiranya skema yang sedia ada telah digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu tidak perlu memperolehi pengalaman baru dan pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Oleh itu, perhubungan dalaman dan luaran individu dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasi keperluanalam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu dengan alam sekitarnya akan hilang. Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman. Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yangmengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri dalam alam sekitardan bukan seperti teori ransangan. 2.Adaptasi dan Keseimbangan
SUMBANGAN JEAN PIAGET Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi kepuasan kerana motivasi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkah lakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satu adalah asimilasi dan satu yang lain adalah akomodasi yang mana kedua-duanya saling berkait dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Secara keseluruhannya, Piaget mengatakan bahawa murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi maklumat baru dandengan proses asimilasi serta menukarnya kepada struktur kognitif dengan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuhkan. Bagi maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya, mereka menggunakan proses akomodasi dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif. Oleh itu, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan kepada tahap yanglebih tinggi 3.Asimilasi dan Akomodasi
1.Pemikiran Kanak-kanak Berkembang Mengikut Tahap-tahap MODEL JEAN PIAGET Piaget (1983) percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembangmenurut tahap-tahap yang terus bertambah kompleks. Menurut teoriperkembangan Piaget (1983), setiap individu akan melewati serangkaianperubahan kualiti yang bersifat invarian, tetap, tidak melompat ataumundur. Perubahan kualitatif ini terjadi kerana tekanan biologi untukmenyesuaikan diri dengan lingkungan serta adanya pengorganisasianstruktur berfikir.Perkembangan kanak-kanak merupakan 2 faktor kepadapenemuan objektif pendidikan, kepada perancanagan kurikulum dankepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam pelbagaiperingkat perkembangan Perkembangan emosi, mental dan sosialmenjadi asas dimana ciri-ciri tingkah laku individu dibina
2.Kanak-kanak Memainkan Peranan Aktif Dalam Menyusun Pengetahuannya Mengenai Realiti Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidakpasif menerima informasi. Walaupun proses berfikir dalam konsepsikanak-kanak mengenai realiti telah dimodifikasi oleh pengalaman dengandunia sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalammenginterpretasikan informasi yang di perolehinya melalui pengalaman,serta dalam mengadaptasikannya pada pengetahuan dan konsepsi mengenai dunianya. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang,konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasanialah kemahiran paling asas dalam perkembangan kognitif iaitukemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkanobjek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti, ini diikuti dengankemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan
3.TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PADA SETIAP MASA MENURUT PIAGET
Peringkat Sensori Motor ( 0 – 2 tahun ) Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. selepas lahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objekobjek di dalam persekitarannya. Antara 6 hingga 7 bulan, bayi itu telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain dipersekitarannya. Di antara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunakan pelbagai skema. Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula bolehbelajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Bayi mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian.Dalam perkembangan deria motor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu padaumur yang tertentu.
a. Dari lahir sehingga satu bulan Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. gerakan pantulanyang wujud melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan,gerakan tangan, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan adalah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja b. Sebulan hingga empat bulan Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular, bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini, pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama, dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem deria mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Apabila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.
c. Empat hingga lapan bulan Di tahap ini, bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu mengerakkannya. d. Lapan hingga dua belas bulan Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada ditahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku.Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi
e. Dua belas hingga lapan belas bulan Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Pada tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian. f. Lapan belas bulan hingga dua tahun Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumah tangga.
Peringkat Pra Operasi ( 2 hingga 7 tahun ) Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep apabila mencapai umur 6 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh-contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan
Peringkat operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun ) Tahap ini bermula pada umur 7 tahun hingga 12 tahun. Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek konkrit seperti komputer, perabot dan benda-benda yang wujud. kanak-kanak dapat mengabadikan dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda. Seterusnya, menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakul daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenalpasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir daam perkembangan kognitif adalah meneliti danmengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.
Peringkat operasi formal ( selepas 12 tahun ) Tahap operasi formal bermula umur 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan simbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan reprentasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logik. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, kanak-kanak sudah mulai berfikir abstak dan pada masa yang sama, kanak-kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi. Di samping itu, pada tahap ini juga, remaja sudah mampu berfikir secara sistematik untuk menyelesaikan masalah.
ii. Perkembangan Masa Awal Kanak-kanak Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap praoperasional (preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7tahun. Pada tahap ini konsep yang stabil dibentuk, penalaran mental muncul,egosentisme mulai kuat dan kemudian melemah, serta terbentuknya keyakinan terhadap hal yang magis.Pemikiran praoperasional tidak lain adalah suatu masa tunggu yang singkat pada pemikiran operasional, sekalipaun label praoperasional menekankan bahwa pada tahap ini belum berpikir secara operasional. Dalam tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak terorganisasi secara baik. Pemikiran praoperasional adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada level pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkahlaku. Pemikiran praoperasional juga mencakaup transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju
iii. Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasional konkrit (concrete operational thought). Menurut Piaget (1983) operasi adalah hubungan-hubungan logis diantara konsep-konsep atau skema-skema, sedangkan operasikonkrit adalah aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau peristiwa-peristiwa nyata atau konkrit yang dapat diukur.Pada masa ini anak sudah mengembangkan pikiran logis, ia mulai mampu memahami operasi sejumlah konsep, dalam upaya memahami alam sekitarnya, mereka tidak lagi terlalu mengandalkan informasi yang bersumber dari pancaindra,hal ini karana ia mulai mempunyai kemampuan untuk membezakan apayang nampak oleh mata dengan kenyataan sesungguhnya, dan antara yangbersifat sementara dengan yang berasifat menetap. Anak-anak pada masa konkrit operasional ini telah mampu menyadarikonservasi, iaitu kemampuan anak untuk berhubung dengan sejumlah aspekyang berbeza secara serentak. Hal ini karena pada masa ini anak telahmengembangkan tiga macam proses yang disebut dengan operasi-operasi iaitunegasi, resiprokasi, dan identiti.
iv.Perkembangan Masa Remaja Ditinjau dari perspektif teori kognitif Piaget (1983), maka pemikiran masa remaja telah mencapai tahap pemikiran operasional formal (formal operational thought), iaitu suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12 tahun dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Pada tahap ini kanak- kanak sudah mulai berfikir abstrak dan hipotesis dan pada masa ini jugakanak- kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi, iaitu sesuatu yang abstrak. Di samping itu, pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik, mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik untuk memecahkan masalah.
Pembangunan Kemahiran Sosial: Interaksi sosial dilihat sebagai faktor penting dalam perkembangan kognitif anak-anak. Implikasinya adalah pendidik awal kanak-kanak harus memberikan peluang untuk berinteraksi dengan rakan sebaya, bekerja sama, dan belajar dari pengalaman sosial. Penyesuaian Pengajaran: Pendidik awal kanak-kanak dapat menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka berdasarkan tahap perkembangan kognitif anak-anak. Ini melibatkan pengenalan aktiviti dan bahan ajar yang sesuai dengan peringkat sensorimotor, preoperasional, konkrit operasional, dan formal operasional. Pentingnya Proses Pembelajaran yang Aktif: Teori Piaget menekankan keterlibatan aktif anak-anak dalam proses pembelajaran. Oleh karena itu, pendidik awal kanak-kanak perlu menciptakan persekitaran yang merangsang pertanyaan, eksperimen, dan refleksi agar anak-anak dapat aktif terlibat dalam pembelajaran mereka. IMPLIKASI JEAN PIAGET
Loris malaguzzi Loris malaguzzi Next
LORIS MALAGUZZI Lahir : 23 Februari 1920 , Correggio, Italy Meninggal : 30 Januari, 1994, Reggio Emilia, Italy Pengasas: Reggio Emilia Bangsa: Itali LATAR BELAKANG
SEJARAH Reggio Emilia Approach (REA) diasaskan oleh Loris Malaguzzi dan ibu bapa bandar Itali Utara selepas Perang Dunia II. Ibu bapa berpendapat bahawa dalam permulaan perkembangan anak mereka yang membentuk kanak-kanak menjadi individu dari situ penciptaan program dengan prinsip tanggungjawab, hormatmenghormati, dan kebersamaan melalui penyelidikan dalam persekitaran yang menyokong dan meningkatkan minat kanak-kanak. Pendekatan REA komited untuk"mewujudkan keadaan pembelajaran yang akan menggalakkan dan memudahkan kanak-kanak membina daya pemikiran mereka sendiri melalui penggabungan semua ekspresif, komunikatif, dan bahasa kognitif". Pendekatan reggio ini menarik perhatian dunia pendidikan awal kanak-kanak sejak 50 tahun lalu kerana ia dilihat sebagai sumber inspirasi dalam membantu para pendidik, ibu bapa dan anak-anak bekerjasama untuk membina dan menambah baik program pendidikan mereka sendiri.Pendekatan ini direka untuk semua kanak-kanak dari lahir hingga 6 tahun.
Latar Belakang Pada tahun 1963, rangkaian pertama prasekolah perbandaran telah ditubuhkan dan Loris Malaguzzi telah dilantik sebagai pengarah. Sehingga persaraannya pada tahun 1985,Malaguzzi sangat komited dengan tujuannya dan terus mengembangkan rangkaian prasekolah bersama dengan pusat untuk bayi dan kanak-kanak. Pendekatan Reggio Emilia masih mengulangi janji yang dia buat kepada para ibu pada kali pertama mereka memintanya untuk mengajar anak-anak mereka, "Saya akan belajar sambil kita meneruskan, dan anakanak akan mempelajari segala yang saya pelajari bekerja dengan mereka. "