IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
MPU3062
FOLIO PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
SEMESTER 4
NAMA : NURSHAMIRA BINTI MOHD YUNUS
NO. KAD PENGENALAN: 020425-08-0332
ANGKA GILIRAN : 2021152340125
PROGRAM : PISMP
AMBILAN : JUN 2021
KURSUS : MPU3062
SENARAI SEMAK BUKU LOG : TROFIL (BULAN SABIT MERAH MALAYSIA)
PENSYARAH : DR. NOZIATI BINTI BORHAN
SENARAI SEMAK BUKU LOG : TROFIL (BULAN SABIT MERAH MALAYSIA)
BIL PERKARA CATATAN
1 Biodata pelajar
2 Kalendar perjumpaan
3 Sukatan BSSM
4 Sukatan Pelajaran BSSM Sekolah Rendah
5 Sejarah BSSM
6 • Sejarah Unit Beruniform
• Sejarah Penubuhan
7 Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia
• Sejarah penubuhan BSMM di Malaysia
• Tujuan penubuhan
Carta Organisasi :
• Carta Organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah IPG
Kampus Raja Melewar
• Unit Pelajar
• Peringkat Kebangsaan
• Organisasi BSSM
8 Persetiaan Bulan Sabit Merah Malaysia
9 Cogan kata
10 Bendera
• Bendera BSSM
11 Hormat Bulan Sabit Merah Malaysia
12 Istiadat-Istiadat Rasmi Pertubuhan
• Istiadat Perhimpunan
• Istiadat Penyampaian Lencana
13 Istiadat Bendera BSSM
• Adat Sebelum Menaikkan Bendera
• Adat Selepas Menaikkan Bendera
• Cara Melipat Bendera BSSM
• Penjagaan Bendera Dan Pelupusan Bendera
14 Ikatan dan Simpulan
• Lilit Pemati Biasa
• Buku Sila
• Tindih Kasih
• Bunga Geti
• Simpul Manuk
• Simpul Pulih
• Ikat Silang Tungku
• Ikat Seraya
• Simpul Abah-abah
1
• Lilit Balak
15 Perkhemahan
• Konsep Perkhemahan
• Pengurusan Dan Penjagaan Khemah
- Jenis-Jenis Khemah
- Pemilihan Khemah
- Pemilihan Tempat
- Aspek Keselamatan Perkhemahan
16 Gejet
• Gejet Perkhemahan
- Gajet Pintu Gerbang
- Gajet Pagar
- Gajet Rak Kasut
- Gajet Pangkin, Tempat Duduk Dan Meja
- Gajet Ampaian
• Gejet Dapur
- Gajet Rak Dapur Atau Tempat Memasak
- Gajet Rak Barangan Dapur
- Gajet Rak Menyimpan Makanan
- Gajet Tempat Buangan Sampah
17 Nyanyian
18 Kawad
• Bahasa Hukuman
• Kawad Statik Dan Dinamik
21 Pengendalian Ujian Kecekapan
• Lencana Kecekapan Pbsmm Untuk Ahli Belia
22 Perlembagaan Bulan Sabit Merah Malaysia
23 Juru Pertolongan Cemas
• Tujuan dan Prinsip
• Anduh dan Bulatan
• Merawat Luka dan Gigitan
• Melecur, Pitam dan Patah
• Keracunan dan Terseliuh
• Pemulihan Pernafasan
24 Contoh Kertas Kerja Perkhemahan BSSM
25 Pengurusan dan Pentadbiran
• Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)
• Kaedah Pendaftaran Unit
• Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak
• Borang-Borang Bsmm Mengenai Unit Kanak-Kanak
• Kad Pengenalan Ahli Kanak-Kanak
• Sijil Keahlian Kanak-Kanak
2
BIODATA DIRI
NAMA : NURSHAMIRA BINTI MOHD YUNUS
ANGKA GILIRAN : 2020152310157
NO KAD PENGENALAN : 020425-08-0332
UNIT : PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS / SEMESTER : PISMP - SEMESTER 1 TAHUN 2
AMBILAN : JUN 2020
ALAMAT E-MEL : [email protected]
ALAMAT RUMAH : NO 14,KAMPUNG CHANGKAT
BANJAR,32800,PARIT,PERAK
NO TELEFON : 0174259868
3
KALENDER PERJUMPAAN
4
SUKATAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
5
6
7
SUKATAN PELAJARAN BULAN
SABIT MERAH MALAYSIA
SEKOLAH RENDAH
8
SEJARAH BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
SEJARAH UNIT BERUNIFORM
Sejarah pengasas - Jean Henry Dunant
Beliau sangat dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Beliau telah dilahirkan pada 8 Mei
1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya seorang ahli perniagaan perbankan yang masyhur
dan mempunyai kehidupan mewah. Sementara ibunya pula merupakan yang sentiasa
mentaati agamanya dan memberi sepenuh kasih saying kepadanya. Beliau telah dididik
sebagai seorang yang mentaati agama serta berjaya menjadi seseorang yang berpengaruh
dikalangan komunitinya kerana mempunyai disiplin yang tinggi.
Dari segi penglibatannya dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, beliau
merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai pergerakan amal dan keagamaan
menjadi menjadi ahli kepada League of Aims di Geneva, sebuah bandaraya kelahirannya.
Tujuan beliau menyertai aktiviti-aktiviti jasmani dan kerohanian sebegini adalah membantu
penduduk miskin dan orang-orang yang ditimpa kesusahan, musibah serta kesakitan. Selain
itu, beliau juga sering membantu banduan-banduan yang berada di penjara-penjara
berdekatan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik melalui pendekatan perubahan sikap
dan perangai. Apabila usianya mencapai 30 tahun, beliau telah menunjukkan minat kepada
organisasi Young Men’s Christian Association (YMCA) yang terletak di Switzerland, Belgium
dan Perancis. Beliau juga telah memberikan cadangan bahawa sesuatu organisasi seperti
YMCA tidak hanya menghadkan pergerakannya di benua Eropah sahaja seperti YMCA
England. Seterusnya pada tahun 1853, beliau telah menggabungkan beberapa kumpulan
pergerakan di Eropah menjadi sebuah organisasi yang besar. Hasilnya wujudlah sebuah
persidangan YMCA Sedunia diadakan di Paris 1855.
9
Pada tahun 1849, beliau mula menceburi bidang perniagaan sebagai seorang perantis
di sebuah bank di Geneva. Kemudiannya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan
sebagai Pengurus Besar di sebuah bank cawangan Colonies Suisses de Setif yang
beroperasi di Algeria. Selepas beberapa tahun, beliau telah membuat keputusan untuk
meletakkan jawatannya untuk memulakan perniagaan sendiri.
Pada masa itu Algeria merupakan tanah jajahan Perancis. Untuk mengembangkan
perniagaannya, beliau perlu berurusan dengan Maharaja Perancis pada waktu ituSepanjang
perjalanannya, beliau telah singgah di beberapa buah bandar di Itali seperti Castiglione delle
Pieve. Pada bulan Jun 1859, beliau telah tiba di Solferino dan sebuah pertempuran telah
meletus. Di sini, beliau telah menyaksikan sendri bagaimana medan peperangan telah
dipenuhi dengan askar-askar yang tercedera. Kedapatan juga mayat-mayat yang
bergelimpangan di merata-rata tempat. Ini adalah kerana pasukan perubatan di kedua-dua
belah pihak yang berperang itu tidak mempunyai anggota, kelengkapan dan kemudahan
perubatan untuk menangani situasi yang dashyat dan luar dugaan seperti ini. Disebabkan
beliau mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, beliau telah menangguhkan
perjalanan. Beliau bukan sahaja turut membantu askar-askar yang sakit dan cedera, malahan
beliau sendiri telah mengumpulkan orang kampung untuk memberikan rawatan di sebuah
gereja yang berdekatan dengan medan pertempuran. Peristiwa ini dengan mendadak telah
menukarkankan kerjaya perniagaan kepada seorang sukarelawan yang memberi
perkhidmatan untuk membantu mangsa-mangsa yang cedera dan menderita dalam
peperangan tanpa mengirakan pangkat dan negara asal mereka.
Beliau telah berpendapat bahawa tragedy peperangan di Solferino ini perlu disebarkan
kepada lebih ramai orang. Justeru, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk
“Kenangan di Selferino “. Di dalam bukunya, beliau telah mencadangkan ditubuhkan
persatuan-persatuan yang mempunyai sukarelawan-sukarelawan perubatan terlatih patut
ditubuhkan di semua negara di dunia untuk menolong, menjaga dan meringankan penderitaan
askar-askar yang cedera dalam sewaktu peperangan. Ide-ideanya ini telah mendapat
sambutan dan sokongan ramai termasuk juga pihak berkuasa tentera. Untuk
mengembangkan lagi idenya dan mendapat sokongan, beliau telah menjelajah ke negara-
negara di seluruh Eropah bagi memberikan penerangan dan penjelasan lanjut kepada raja-
raja, pemerintah-pemerintah dan orang-orang yang berpengaruh dalam usahanya untuk
mencapai misi murni ini.
10
Atas usaha-usaha beliau yang berterusan tanpa mengenal penat lelah ini, cadangan-
cadangan yang diutarakan di dalam buku penulisan telah beliau mendapat sambutan serta
persetujuan daripada pihak-pihak berkuasa di pelbagai negara. Beliau telah semakin dikenali
dan diberi penghormatan yang sepatutnya oleh ramai orang yang berpengaruh. Pada
tahun1863 dan 1864, pelbagai pihak yang terlibat telah memberi sokongan dan beliau sudah
sampai ke kemuncak kegemilangannya dengan penubuhan jawatankuasa khas dan sebuah
konvensyen mengenai pengurangan penderitaan mangsa-mangsa peperangan telah
diadakan.
Namun kegemilangannya tidak kekal lama kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak
menghargainya jasa-jasa besarnya kepada nilai-nilai kemanusiaan. Pada tahun 1866 beliau
mula meninggalkan pergerakan yang diasaskan olehnya. Pada tahun 1867 perniagaannya
mengalami kemerosotan. Pada umur 39 tahun, beliau telah berhijrah keluar dari Geneva buat
selama-lamanya. Selepas itu selama 20 tahun, beliau telah ditimpa kemiskinan dan
kesengsaraan. Namun beliau masih dapat bertahan kerana mendapat bantuan sara hidup
keluarga dan sumbangan kawan-kawan. Kemudian beliau telah ditemui oleh seseorang yang
sangat mengenali beliau dan sekali sekala beliau telah dijemput untuk muncul dalam
beberapa majlis penghormatan oleh Persatuan Palang Merah di Eropah seperti Perancis, Itali
dan Jerman. Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkannya pingat
keamanan yang pertama dan dikongsi dengan Frederic Passy, tetapi beliau tidak dapat hadir
untuk menerimanya. Jean Henry Dunant telah meninggal dunia pada hari Ahad, bertarikh 30
Oktober 1910 di Heidden, sebuah perkampungan pergunungan yang tenang serta di kelilingi
para penduduk yang sangat mengaguminya.
Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah
Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan,
sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama
Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa
dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah
diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
11
SEJARAH PENUBUHAN
Jawatankuasa Berlima
Pada tahun 1863 sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam
Geneva telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri dari Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr.
Louis Appia, General Dufour Dan Henry Dunant.
Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima. Matlamat
jawatankuasa ini ialah untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan
mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku ‘Kenangan di Solferino’.
Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva
yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Diakhir konvensyen ini, para perwakilan
telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan untuk
merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah.
Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama, yang dihadiri oleh 16 buah
negara, telah memberi peruntukan seperti berikut:
• Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh
membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera dimasa peperangan.
• Ambulan, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan adalah dilindungi semasa
peperangan.
• Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan tangan dengan
lambang palang merah yang berlatar belakangkan putih.
1864 – Konvensyen Geneva Pertama
Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam
sejarah kemanusiaan bagi “memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di
medan perang”. Sebelum itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan undang-undang tidak
dapat dilaksanakan serentak kerana kedua-dua mempunyai tujuan yang dianggap pada masa
itu adalah bertentangan di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Pengasas Persatuan
Palang Merah, Jean Henry Dunant tetap berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh
digunakan semasa peperangan, dan ianya mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada
mangsa-mangsa yang tidak berdaya untuk melibatkan diri dalam peperangan.
12
Konvensyen-konvensyan Geneva
Seterusnya terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya. Ini merupakan usaha
berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki aspek-aspek
perlindungan yang digubal semasa Konvensyen Geneva Pertama. Juga adalah dirasai
bahawa terdapat keperluan untuk meluaskan lagi perlindungan tersebut kepada banyak lagi
kategori mangsa konflik bersenjata.
Konvensyen Geneva Pertama :
1864 - meluaskan perlindungan yang diberikan kepada ambulans dan hospital
kepada bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal.
Konvensyen Geneva Kedua :
1899 - memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan
yang karam di laut.
Konvensyen Geneva Ketiga :
1929 - memberi perlindungan kepada tawanan perang.
Konvensyen Geneva Keempat :
1949 - melindungi orang-orang awam di dalam tahanan musuh.
13
PENUBUHAN BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA
Sejarah penubuhan BSMM di Malaysia
1948 – Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan
Palang Merah British
1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang
1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor
1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang
1961– Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah di baca di Parlimen
1962 – 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah
Melayu ( Perbadaanan ) AKTA 1961 ( No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.
1963 – Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ( ICRC)
menerima mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah.
1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta Persatuan
Palang Merah Malaysia ( Akta No. 47 tahun 1965 )
1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan
kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975
( Akta 162 –membenarkan pertukaran nama dan lambang )
14
Tujuan penubuhan
Matlamat Pergerakan adalah
• memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia dimana sahaja.
• Melindungi nyawa dan kesihatan.
• Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-
ahli Pergerakan.
• Serta menentukan penghormatan diberi kepada manusia, Terutamanya di waktu konflik
bersenjata dan juga kecemasan.
• Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial.
• Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan
perlindungan dan pertolongannya.
Dalam mengejar matlamat ini Pergerakan akan sentiasa Berpandukan kepada Prinsip-Prinsip
Asasnya.
Peranan:
• Peranan-melindungi dan menolong orang-orang awam dan anggota- anggota tentera
yang cedera.
• membekalkan bantuan kecemasan
• menggalakkan penubuhan & pembangunan persatuan
• menjalankan kerja-kerja kemanusiaan
15
CARTA ORGANISASI
IPGK Raja Melewar
16
Unit pelajar
17
Peringkat Kebangsaan
18
Organisasi BSSM
19
PERSETIAAN BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
berikrar taat setia kepada
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agung
dan pemerintah-pemerintah di negara kami.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa patuh pada perlembagaan
dan undang-undang serta arahan persatuan
walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
kepada mereka yang sakit dan menderita
di waktu aman atau bencana
berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
1. Kemanusiaan
2. Kesaksamaan
3. Keberkecualian
4. Kebebasan
5. Khidmat Sukarela
6, Ketunggalan
7. Kesejagatan
20
COGAN KATA
“SEDIA BERKHIDMAT”
21
BENDERA
Bendera BSSM
22
HORMAT BSSM
23
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI
PERTUBUHAN
1) Istiadat Perhimpunan
• Masuk dalam barisan
• Melapor kekuatan pasukan
• Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah dan Negeri
• Bila lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai dan ahli berdiri tegak.
• Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik hormat.
• Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM
• Bacaan doa
• Ucapan pemimpin
• Bacaan ikrar
• Keluar baris
2) ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA
• Laung Agung dijalankan terlebih dahulu
• Pemeriksa bergerak ke bulatan di hadapan bendera.
• Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan)
• Taklimat pemeriksa tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima.
• Pemeriksa maju kea rah Ahli PBSM dan Ahli PBSM tabik hormat.
• Pemeriksa menyematkan lencana
• Pemeriksa bersalam dan ucapan “syabas”
• Ahli PBSM tabik hormat.
• Ahli PBSM balik ke sekawan masing-masing.
24
ISTIADAT BENDERA BSMM
ADAT SEBELUM MENAIKKAN BENDERA
• Sebelum menaikkan bendera BSMM ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi
memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh
atau melampai tidak tentu kibarannya.
• Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
• Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas
lengkap dengan Uniform BSMM.
• Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
• Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi
hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
25
ADAT SELEPAS MENAIKKAN BENDERA
• Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan.
• Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan
kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang.
• Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera
tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.
26
CARA MELIPAT BENDERA BSMM
1. Dua (2) orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik.
3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera).
4. Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zig-zag.
5. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke
dalam lipatan tersebut.
6. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.
27
PENJAGAAN BENDERA DAN PELUPUSAN
BENDERA
• Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya
tidak dilangkahi dan sebagainya.
• Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu.
• Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera
yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya
hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah dengan membakar bendera tersebut
secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
28
IKATAN DAN SIMPULAN
1. Lilit Pemati Biasa
Fungsi : Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak
terbuang.
Teknik :
a) Letakkan tali kecil
b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali
kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam
hujung kedua seperti dalam rajah.
c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil ke bawah.
d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.
2. Buku Sila
Fungsi ~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik :
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah
29
A
B
C
3. Tindih Kasih
Fungsi : ~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa.
Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.
4. Bunga Geti
Fungsi : ~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
30
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
seperti rajah di bawah.
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
5. Simpul Manuk
Fungsi : ~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan
silang gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.
31
6. Simpul Pulih
Fungsi : ~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa
memotongnya.
~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul pulih.
b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.
7. Ikat Silang Tungku
Fungsi : ~ Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz.
Teknik :
a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketiga-
tiga batang kayu berselang-selang.
b) Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.
c) Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu
tengah.
32
8. Ikat Seraya
Fungsi : ~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut
tepat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
9. Simpul Abah-abah
Fungsi : ~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.
33
Teknik :
a) Buat satu gelung seperti dalam rajah.
b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.
10. Lilit Balak
Fungsi : ~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.
34
PERKHEMAHAN
1.0 Konsep Perkhemahan
1.1 KRAF PERKHEMAHAN
1.1.1 Pengenalan:
i. Konsep Khemah
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan,
sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga
daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu
memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di
belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu,
berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan
diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mentaldan
fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang
terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi
kekurangan & ketidakselesaan.
ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau
perkhemahan.
35
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi
cabaran alam semula jadi dan habitatnya;
b. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan
ciptaan-Nya; dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan
fauna yang terdapat di muka bumi ini.
iii. Objektif
a. Menggalakkan ahli BSMM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;
b. Mendedahkan ahli BSMM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak
perkhemahan; dan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli BSMM tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang betul dan berkesan.
36
2.0 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang dan sering
dianjurkan oleh sekolah-sekolah. Perkhemahan melibatkan melibatkan beberapa aspek iaitu
perancangan, pengurusan dan penjagaan khemah. Tempat perkhemahan dan kemudahan
prasarana yang disediakan perlu dikenal pasti dahulu sebelum memulakan aktiviti
perkhemahan dan memastikan kesihatan fizikal dan mental berada di tahap optima sebelum
melakukan aktiviti perkhemahan.
Pengurusan Khemah Penjagaan Khemah
◆ Sentiasa melindungi
◆ Jangan menyimpan makanan di
pancang khemah dan
memastikan pancang/ tiang dalam khemah untuk
khemah berada dalam mengelakkan binatang mencari
keadaan baik.
dan merosakkan khemah anda.
◆ Letakkan sedikit pelincir ◆ Sentiasa membersihkan khemah
untuk memudahkan
memasukkan dan setiap kali selepas trip dan
mengeluarkan pancang/
tiang. memeriksa setiap kotoran dan sisa
◆ Letakkan pelincir pada sampah yang tertinggal.
zip untuk mengelakkan
zip daripada jem dan ◆ Pastikan khemah berada dalam
menyebabkan susah untuk keadaan kering.
dibuka.
◆ Sekiranya khemah berada dalam
keadaan basah, elakkan daripada
menekan, menarik atau apa cara
sekalipun untuk mengelakkan
daripada terkoyak.
◆ Jangan menggunakan bahan api
atau membuat pembakaran
terbuka berdekatan dengan
khemah.
◆ Menggunakan peralatan yang
berkuasa bateri di dalam khemah
untuk mengelakkan mudarat yang
berlaku.
37
2.1. JENIS-JENIS KHEMAH Keterangan
Jenis-jenis Khemah
Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Ia diperbuat
Dome Tent daripada bahan nilon (nylon) yang
ringan supaya mudah dibawa dan
Frame Tent dilipat. Sangat sesuai untuk outdoor
yang ramai ataupun sedikit. Kapasiti
bergantung pada saiz.
Khemah yang paling glamour. Ia
berbentuk gelembung dan
menggunakan bahan yang sesuai
serta fleksibel. Ianya ringan, mudah
dibawa dan sesuai digunakan untuk
perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
Khemah jenis besar ini biasa
digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian
barulah dipasang kanvas. Tidak
sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor.
Banyak terdapat waktu kenduri
kahwin dan sebagainya.
38
Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di
puncak khemah. Khemah jenis ini
A-Frame Tent agak kukuh kerana disokong oleh
Hoop tiang di tengah-tengahnya dan
ditambah dengan tali yang tegang di
sekeliling. Khemah jenis ini juga
sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis
‘dome’.
Bingkai berkaki 2 di bahagian luar
hujung khemah dan membentuk
khemah bersegi tiga. Khemah jenis ini
telah lama digunakan dan antara jenis
khemah terawal.
Menggunakan 1 hingga 3 gegelung
dan khemah akan menjadi bentuk
terbular. Dinding khemah berbentuk
melengkung membenarkan isi padu
yang lebih luas dengan permukaan
yang sama. Khemah jenis ini kukuh
dan kuat.
39
Khemah Avian Mempunyai satu atau dua pole tegak.
Wedge Flaysheet dibentangkan untuk
Pyramid menutupi bahagian dalam. Ia selalu
digunakan untuk perlindungan yang
cepat dan hanya untuk keadaan
cuaca yang elok.
Dua gegelung separa bulatan yang
disambungkan di tengah-tengahnya
dan membentuk khemah sama ada
bentuk petak atau bulat. Ia adalah
khemah yang sangat popular kerana
menggabungkan kekukuhan dan
kurang menggunakan material yang
berat.
Satu poles di tengah-tengah dan
flysheet ditarik dan dibentangkan di
sekeliling tiang membentuk poket
berbentuk pyramid. Ia jarang
digunakan untuk perkhemahan
kerana bentuknya tidak begitu sesuai.
40
2.1.1 PEMILIHAN KHEMAH
a. Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.
b. Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.
c. Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.
d. Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.
e. Ukuran
- Mengikut bilangan orang.
2.1.2 Pemilihan Tempat
Mengenal pasti lokasi perkhemahan:
• Keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan peserta
perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti tapak
perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah, permainan dan kawasan untuk
istirahat;
• Memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti;
• Memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai
sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Beruas dan sebagainya;
• Contoh tapak perkhemahan yang luas, selesa dan selamat
• Kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh mendatangkan
bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh, dan
seumpamanya;
• Kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah
serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan menimpa
khemah;
• Kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan;
• Kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air apabila hujan
• Kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orangorang jahat yang mungkin
boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;
• Menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluan-keperluan
lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan, seperti:
41
• surau
• tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan
• bekalan elektrik
• bekalan air bersih
• sistem komunikasi
• memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam keadaan boleh digunakan
dan menempah lokasi perkhemahan
2.2.2 Aspek Keselamatan Perkhemahan:
Semasa aktiviti perkhemahan, bagi memastikan keselamatan:
(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan
dilaksanakan ialah:
(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak
perkhemahan;
(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah:
• tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta
berkondisif;
• mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam;
• sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan
perkhemahan;
(b) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan
keutamaan, termasuklah:
• kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;
• jangkitan penyakit;
• keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan
• serangan binatang buas.
42
(c) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan
dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih
pada setiap malam;
(d) menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti
perkhemahan yang telah dirancangkan; dan
(e) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan
dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan
(f) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil
penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.
43
GAJET
Gajet merupakan perkakasan atau perlatan atau perabot, seperti pagar, pintu, kerusi, katil,
rak barang dan sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu
dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan kemas dan cantic serta
sesuai dengan situasi tempat.
GAJET PERKHEMAHAN
1. GAJET PINTU GERBANG
• Gajet pintu gerbang merupakan gajet yang paling penting dalam aktiviti perkhemahan.
Fungsi pintu gerbang ini selain menjadi pintu masuk ke kawasan perkhemahan ialah
berperanan sebagai pusat kawalan, di samping sebagai tempat untuk memasang
bendera Sekawan/Patrol.
• Gajet pintu gerbang merupakan gajet yang paling penting dalam aktiviti perkhemahan.
Fungsi pintu gerbang ini selain menjadi pintu masuk ke kawasan perkhemahan ialah
berperanan sebagai pusat kawalan, di samping sebagai tempat untuk memasang
bendera Sekawan/Patrol.
• Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu gerbang ialah :
- Batang kayu atau buluh pelbagai ukuran
- Tali sama ada rami,jut atau raffia.
- Cangkul, parang dan gergaji
- Tangga (jika ada)
44
2. GAJET PAGAR
• Gajet pagar dibina untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan Sekawan atau
Patrol. Gajet ini didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh yang dipacak
mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk
menjadi pagar.
• Pagar yang dibina tidak perlu terlalu tinggi. Ketinggian pagar yang dibina adalah
sekitar satu meter sahaja. Bagi memastikan pagar yang dibina kukuh, jarank
pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu
pancangan.
• Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan pelbaai corak
agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
3. GAJET RAK KASUT
• Gajet ini dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan
perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah.
• Gajet ini dibina dengan menggunakan beberapa batang buluh atau kayu berukuran
antara suku hingga satu meterdan diikat dengan tali menggunakan simpulan dan
ikatan yang sesuai.
4. GAJET PANGKIN, TEMPAT DUDUK DAN MEJA
• Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua ,
sebagai meja persidangan atau perbincangan Sekawan / Patrol.
• Gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan, iaitu
berdekatan dengan khemah dapur. Terdapat juga kumpulan yang membuat gajet
tersebut di bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah kumpulan.
45
5. GAJET AMPAIAN
• Gajet ini boleh dihasilkan dalam pelbagai bentu mengikut kreativiti masing-masing.
Namun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang didirikan tanpa berantung kepada
pokok atau batang-batang pokok yang hidup.
• Gajet ampaian digalakkan untuk didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan
yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin.
• Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ini ialah:
- Kayu atau buluh
- Kayu bercabang
- Kayu atau bulun pancang
- Tali atau dawai
46
GAJET DAPUR
1. GAJET RAK DAPUR ATAU TEMPAT MEMASAK
• Gajet ini boleh dibuat dengan seringkas yang mungkin kerana gajet ini boleh dibuat
tanpa bumbung atau dengan bumbung.
• Gajet dapur yang ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya digunakan
untuk memasak air. Manakala untuk memasak makanan pula, gajet yang paling
ringkas ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu atau tungku.
• Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ini ialah:
-Kayu bercabang
-Kayu lurus atau buluh
-Batu bata
-Dawai
-Tanah kering
-Kawasan berbukit
2. GAJET RAK BARANGAN DAPUR
• Saiz gajet ini agak besar dan agak rumit untuk membuatnya.
• Gajet atau rak ini digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang
dilengkapi dengan baldi air atau besen, tuala kecil, sabun dan air. Untuk
menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat secara bertingkat-tingkat.
47
3. GAJET RAK MENYIMPAN MAKANAN
• Gajet ini dibina berdasarkan keadaan persekitaran tapak perkhemahan. Sekiranya
terdapat pokok di kawasan perkhemahan kumpulan, maka gajet jenis gantung sesuai
digunakan. Sekiranya tiada pokok dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis
bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
• Gajet rak menyimpan makanan yang baik ialah yang dihasilkan bersama penutup
yang diperbuat daripada plastik atau dedaun kering yang dianyam.
• Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ini ialah:
- Kayu atau buluh
- Buluh yang dibelah dua atau empat
- Plastik atau dedaun kering yang bersesuaian
4. GAJET TEMPAT BUANGAN SAMPAH
• Gajet ini penting untuk dibina di tapak perkhemahan untuk menjaga kebersihan
kawasan khemah. Gajet ini boleh dibina dengan cara mengorek lubang di tanah.
• Pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang berdekatan dengan rak dapur dan
sentiasa ditutup untuk mengelakkan lalat dan serangga lain mengerumuni atau
berkumpul pada tempat buangan sampah tersebut.
48
NYANYIAN
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
49