KAWAD
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan BSMM dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan
dan badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander).
Berkawad ialah berjalan dengan rentak kaki yang sama atau berbaris atau mengadakan
perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.
BAHASA HUKUMAN KAWAD:
a) Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad / kumpulan apa yang mereka akan buat
b) Harkat / Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh
skuad.
c) Perbuatan
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang amat
nyaring oleh komander / pemimpin kawad).
BAHASA HUKUMAN KAWAD TINDAKAN
Bergerak ke kanan bertiga-tiga Ingatan
Ke kanan Harkat / Amaran
Pusing Perbuatan
50
LATIHAN ASAS DALAM MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD
i) Masuk baris ii) Sedia
iii) Luruskan barisan iv) Paras
v) Senang diri vi) Rehatkan diri
vii) Keluar baris viii) Pusing ke kanan
viiii) Pusing ke kiri
LATIHAN ASAS DALAM MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD
a) Masuk baris h) Pusing ke kanan
b) Sedia i)Pusing ke kiri
c) Luruskan barisan j) Pusing/menghadap ke belakang
d) Paras k) Pusing/menghadap ke hadapan
e) Senang diri l) Kawad jalan kaki
f) Rehatkan diri m) Berhenti semasa berkawad/jalan kaki
g) Keluar baris n) Bersurai
51
KAWAD STATIK DAN DINAMIK
1)Masuk baris 2)Paraskan skuad 3)Luruskan barisan
4)Senang diri 5)Rehatkan diri 6)Sedia
7)Buka barisan 8)Tutup barisan 9)Pusing ke kanan
10)Pusing ke kiri 11)Pusing/menghadap ke belakang
12)Kawad jalan kaki 13)Berhenti semasa berkawad atau jalan kaki
14)Keluar baris 15)Skuad bersurai
52
PENGENDALIAN UJIAN
KECEKAPAN
LENCANA KECEKAPAN PBSMM UNTUK AHLI BELIA
1) PERSAHABATAN ANTARABANGSA
Ahli Belia Dikehendaki Lulus Mata Pelajaran Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
Untuk Mendapatkan Lencana Ini.
2) PERTOLONGAN CEMAS
Perkara Ini Termasuk Didalam Persijilan PBSMM . Ahli Belia Yang Telah Lulus Didalam
Latihan Praktikal Dan Lisan Pertolongan Cemas Asas Dan Rawatan Rumah/Pendidikan
Kesihatan Layak Memakai Lencana Ini
3) KAWAD KAKI
Ahli Belia Harus Menguasi Bahasa Hukum Kawat Sekurang – Kurangnya 25 Daripada 47
Hukum Kawat Yang Telah Dikenal Pasti
53
4) KEM KRAF
Ahli Belia Perlu Menghadiri Sekurang – Kurang 3 Kali Aktiviti Perkhemahan Dengan Bantuan
Guru Penasihat Belia.
5) CEGAH KEBAKARAN
Ahli Belia Perlu Lulus Ujian Mencegah Kebakaran ( Praktikal ) Yang Dikendalikan Oleh
Pegawai Dari Jabatan Bomba & Penyelamat Mengikut Tajuk Yang Diberikan Oleh PBSMM.
6) LENCANA SEKOLAH
Lulus Peperiksaan Pendidikan Pelang Merah dan Bulan Sabit Merah Lulus Peperiksaan
Pertolongan Cemas Asas Mendapat Keenam-enam Lencana Kecekapan Belia PBSMM.
7) LENCANA KEPIMPINAN
54
Ketua Utama Seksyen Unit Sekolah Layak Memakai Lencana Ini.
- Beliau Perlu Lulus 2 Kursus Bersijil,
i.e. Pertolongan Cemas Asas Dan Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
- Memiliki Kesemua Lencana Kecekapan Yang Tersebut Diatas.
8) KETUA UTAMA SEKSYEN
Mempunyai Kelulusan Seperti Berikut :
1.Lulus Sijil Pertolongan Cemas Asas
2.Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3.Memperolehi Keenam – enam Lencana Kecekapan
( Rujuk Kepada Buku Skim Lencana Kecekapan )
4. Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Unit Belia Sekolah Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 15 Tahun
55
9) KETUA SEKSYEN
Mempunyai Kelayakan Seperti Berikut :
1.Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
2.Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3.Memperolehi Sekurang – Kurang Lima Lencana Kecekapan
4.Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5.Menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Unit Belia Sekolah Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 14 Tahun
10) PENOLONG KETUA SEKSYEN
Mempunyai Kelayakan Seperti Berikut :
1. Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
2. Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3. Memperolehi Sekurang – Kurang Empat Lencana Kecekapan
4. Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5. Menjadi Ahli Yang Aktif Dalam Unit Sekolah Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 14 Tahun
56
11) PENOLONG KETUA SEKSYEN 1
Mempunyai Kelayakan Seperti Berikut :
1. Lulus Sijil Pertolongan Cemas Asas
2. Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3. Memperolehi Sekurang – Kurang Tiga Lencana Kecekapan
4. Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5. Menjadi Ahli Yang Aktif Dalam Unit Sekolah Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 14 Tahun
57
PERLEMBAGAAN BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA
Objektif Perlembagaan
Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang – undang.
Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan
diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan
belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit
Merah dan St. John Ambulans.
Antara fungsi perlembagaan atau undang – undang ialah sebagai panduan menggerakkan
persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak
jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam
menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang
– undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.
Objektif Perlembagaan PBSMM
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif PBSMM “Dalam masa aman atau
peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang
awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen
Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-
tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.” Perlembagaan
PBSMM.
Perlembagaan PBSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta
pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41,
Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan
(perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
58
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain
Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah :
i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan
cawangan
iv) Pendaftaran persatuan ·
v) Jawatankuasa kecil
59
Perlantikan Jawatankuasa
Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya berbeza cara
penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan
jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu :
i. Mesyuarat Agong
Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan
ahli menjadi Jawankuasa. Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja. Pemilihan dibuat secara
mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas.
ii) Perlantikan oleh penasihat
Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk
pasukan beruniform. Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada
kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Carta organisasi
untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui
mesyuarat agong. Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan.
Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut;
60
Bidang Tugas Jawatankuasa
Penasihat :
• Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan
aktiviti dan mentadbir persatuan.
Pengerusi :
• Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan
Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong.
• Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
• Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan
• Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir
• Medapat kelulusan daripada pengetua
• Tentukan langkah – langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu
• Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan
Naib Pengerusi :
• Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan.
• Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila
ketiadaan pengerusi.
• Menjalakan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.
Setiausaha :
• Menyimpan pendaftaran ahli.
• Membuat urusan surat – menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi
pendidikan atau ahli persatuan.
• Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat.
• Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan
kewangan persatuan.
• Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan.
• Merekod kegiatan gerak kerja kokurikulum.
Penolong Setiausaha :
• Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
• Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha
61
• Menjalankan tugas yang diarah oleh penasihat dari masa ke semasa
Bendahari :
• Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
• Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli
• Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.
• Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan.
Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan
persatuan.
Penolong Bendahari :
• Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
Ketua Patrol atau Ketua Biro :
• Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang
ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol.
• Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah
ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.
62
JURU PERTOLONGAN CEMAS
i. Tujuan pertolongan cemas:
a. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan
dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.
b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
c. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan
kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.
ii. Prinsip pertolongan cemas :
a) Menyelamatkan nyawa
b) Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
c) Mengurangkan kesakitan
d) Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
ANDUH DAN BALUTAN
Anduh besar
63
Anduh kecil
Anduh tiga segi
Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
1. Pembebatan (Dressing)
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan
kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
Tujuan:
• Mengurangkan kesakitan.
• Menggalakkan penyembuhan luka.
• Memperbaiki kosmetik kulit.
• Mengawal penyebaran mikroorganisme.
• Mengawal kontaminasi luka.
• Memberi tekanan pada tempat tercedera.
• Mengawal pendarahan.
• Mengawal kecederaan lanjut.
64
Pembebatan ada tiga jenis :
a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan
b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka
c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.
2. Pembalut atau balutan:
i. Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut
dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai
pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan
ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.
ii. Pembalut atau balutan ada dua jenis :
a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu ,
mengipas dan pengikat gelung cincin.
b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular
atau spiraI dan balutan padi.
65
iii. Tujuan dan Fungsi Pembalut:
a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
d) Mengurangkan kesakitan.
e) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.
c) Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
i. Bersihkan tangan terlebih dahulu.
ii. Digalakkan memakai sarung tangan.
iii. Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut
luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
iv. Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan
dan pembalutan.
v. Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
66
Merawat Luka dan Gigitan:
Merawat luka:
Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya
pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan
oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
Pendarahan ada tiga jenis :
Pendarahan luaran (external):
a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
b) Luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai
c) Luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul
d) Luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan
tembakan.
Pendarahan dalaman (internal):
a) perut – muntah berdarah
b) rahim – tumpah darah
c) tali usus – darah pada dubur
d) buah pinggang – kencing berdarah
e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah
f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
Pendarahan dalaman tanpa kesan:
a) limpa dan hati pecah
b) pendarahan dalam otak.
Luka terbahagi:
i. Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau
tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
ii. Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam
tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.
67
Cara merawat luka terbuka:
i) Luka-luka kecil:
a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca
atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana
dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah
disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang
teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
iii) Merawat gigitan:
a) Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan
kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan
binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b) Tanda-tanda gigitan:
• Luka yang dalam di daging.
• Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
c) Kaedah rawatan:
68
• Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
• Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptik.
• Balut dengan pembalut steril.
• Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
d) Jika digigit anjing:
• Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
• Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
• Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
• Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.
69
Melecur, Pitam dan Patah:
i. Melecur dan terbakar:
a) Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang
serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b) Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia
atau arus elektrik.
c) Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d) Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.
e) Sebab-sebab terbakar atau melecur:
70
JENIS SEBAB-SEBAB
Panas kering
Bahan api atau api.
Panas lembab
Bahan kimia Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau
Radiasi puntung rokok.
Elektrik Geseran
Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau
alkali.
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
Kilat dan petir.
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan
dua tempat luka sahaja.
f. Tahap kecederaan:
(i) Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian
epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)
71
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan
kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
(iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.
Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap
awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
iii) Pengaliran keluar plasma.
iv) Renjatan.
72
h. Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan ‘3B’:
a. Burning stop – Padamkan.
b. Breathing maintain – Periksa pernafasan.
c. Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan ‘3C’:
a. Cool – Sejukkan.
b. Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
c. Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
a. Hentikan kebakaran - air.
b. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut
keadaan).
c. Tentukan ia bernafas.
d. Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama
20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
e. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
f. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya
tidak berlaku renjatan.
g. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
h. Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan
segera.
ii. Pitam
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang
singkat. Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak
berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan
terganggu
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga
menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
73
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia
menyedut larutan harum ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama
ada air, kopi atau teh panas.
iii. Patah:
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya
secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah
kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika
seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola
maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini
amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah
pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat .
d. Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah
dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa
pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat
untuk mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan,
tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan
pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di
bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah
pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
74
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang
banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.
Keracunan dan Terseliuh
i. Keracunan
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan
terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau
gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri.
c. Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran
terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan
mangsa tentang apa yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika
mangsa termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh
(mangsa mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan
pernafasan CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau
kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur
racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
75
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan
sabun dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata
dengan menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima
titis ubat mata bagi setiap mata.
ii. Terseliuh
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih.
Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh
mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus.
b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation)
dan terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan
terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada
ligamen.
c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh
pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen
tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i) Sakit-sakit.
(ii) Bengkak.
(iii) Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv) Pergerakan yang terhad.
f. Cara-cara merawat terseliuh:
(i) Hadkan pergerakan anggota.
(ii) Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera
dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
76
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(iii) Dapatkan bantuan perubatan.
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua ABC:
A - Saluran Udara (Airway): Pastikan saluran udara terbuka.
B - Pernafasan (Breathing): Bernafas untuk pesakit dengan
mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan darah.
C -Peredaran (Circulation): Mengedarkan atau melancarkan aliran
darah dengan memampatkan dada.
iii. Cara-caranya:
A- Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda
asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di
sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya
ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
B- Pernafasan:
77
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut
pesakit, picit hidungnya agar tertutup
dan hembus ke dalam mulutnya
dengan kuat supaya dadanya
mengembung. Jika pesakit adalah
seorang bayi atau kanak, letakkan
mulut anda di atas hidung dan
mulutnya semasa menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar
dengan teliti bunyi udara
hembus. Kemudian, ulang
tindakan menghembus. Jika tiada
pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang
pesakit serta lihat sama ada
lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang
pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan
tampar tulang kipas beberapa kali untuk
mengeluarkan sebarang benda asing daripada
tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan
putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam
beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam
sebelum sesorang pesakit itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam
posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.
C- Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung
mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran
dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung
belum berdenyut lakukan perkara ini:
a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul
tulang dada.
b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan
satu jari tangan kanan anda di atas rawan
dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi
proses ini (Tekan… Lepaskan… Tekan…
Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah
dengan menekan jantung mangsa dan
78
memaksa darah mengalir ke seluruh
badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
d) Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan
pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan
dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung
mangsa berdenyut secara normal.
CPR untuk Orang Awam
CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat
yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.
BILA CPR BOLEH DILAKUKAN ?
CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah ……..?
1. Tidak Sedarkan Diri
2. Tiada bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid
Langkah-langkah CPR
1. Penilaian-Tentukan mangsa tidak sedarkan diri.
2. Cuba dapatkan bantuan dan panggil ambulan.
3. Betulkan kedudukan mangsa.
4. Buka saluran pernafasan-Dongakkan kepala dan angkat dagu.
5.Penilaian Pernafasan-Tentukan mangsa tidak bernafas-Dengan bunyi pernafasan,rasa
haba panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa ,lihat pergerakan dadanya (5-10).
6.Beri 2 kali pernafasan (11/2-2 saat setiap hembusan).
7. Penilaian peredaran darah-Tentukan ketiadaan nadi karotik(5-10).
79
8. Jika tiada nadi,lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali tekanan keatas
tulang stermum sedalam 1 ½ -2 inchi mengikut kadar 80-100 kali tekanan seminit di
ikuti 2 hembusan pernafasan.
9. Berlakukan CPR sehingga:
a. Sehingga Ambulan sampai
b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil ahli dari penyelamat
c. Sehingga mangsa ada nafas dan nadi.
d. Sehingga penyelamat keletihan
10. Jika nadi ada,pastikan mangsa bernafas.Jika tiada bernafas-beri bantuan
pernafasan sekali hembusan setiap hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali
seminit.
11. Jika mangsa sudah mula bernafas-pastikan tahap kesedaran mangsa semula,jika
masih tidak sedar diri,letak mangsa dalam kedudukan kemulihan sehingga Bantu
perubatan tiba.Setiap 5 minit periksa nadi dan pernafasan.
80
PROTOKOL C.P.R 2000
• D - DANGER
• R - RESPOND
• A - AIRWAYS
• B - BREATHING
• C – CIRCULATION
PROTOKOL C.P.R 2010
• D - DANGER
• R - RESPOND
• C - CHEST COMPRESSION
• A – AIRWAYS
• B – BREATHING
81
CONTOH KERTAS KERJA PERKHEMAHAN
BSMM
SEKOLAH KEBANGSAAN MELEWAR INDAH,
SEREMBAN
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PASUKAN
BULAN SABIT MERAH PERINGKAT
SK MELEWAR INDAH, SEREMBAN
DISEDIAKAN OLEH:
NURSHAMIRA BINTI MOHD YUNUS
SETIAUSAHA BULAN SABIT MERAH
SK MELEWAR INDAH, SEREMBAN
82
1.0 PENGENALAN
Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah adalah suatu aktiviti yang selaras
dengan unit kokurikulum sekolah. Aktiviti-aktiviti sebegini dijalankan supaya dapat
melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malah, perkhemahan
unit beruniform ini juga merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat
berkesan. Menurut Hammerman (2001), menyatakan perkhemahan turut mewujudkan
perhubungan yang lebih erat di antara pelajar dan guru. Hal ini kerana, suasana program yang
membolehkan wujudnya interaksi di antara mereka. Program ini juga diharapkan dapat
mengimbangkan emosi, spiritual dan jasmani para pelajar sebelum mereka
melangkah ke alam yang lebih mencabar suatu hari nanti. Dalam program ini, para peserta
akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar ketahanan minda, emosi dan
kelasakan diri mereka. Melalui program seperti ini, diharapkan peserta dapat
mengimplementasikan kemahiran dan ilmu yang diperolehi apabila mereka memasuki ke era
yang lebih realistik bagi meneruskan kehidupan mereka bersama masyarakat dalam dunia
yang lebih mencabar ini. Mereka juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain di samping menonjolkan kemampuan mereka melalui perkhemahan ini.
2.0 RASIONAL
• Program ini bertujuan untuk membina keyakinan diri setiap pelajar di samping
mengamalkan semangat bekerjasama dalam kalangan mereka.
• Program ini adalah bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar dan kemahiran kepada
pelajar khususnya dalam pembinaan disiplin diri, kepimpinan dan mengukuhkan jati
diri dan sahsiah dalam kalangan peserta.
• Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menguji ketahanan lasak diri pelajar-
pelajar supaya ketahanan fizikal dan mental mereka sentiasa kental.
83
3.0 OBJEKTIF
• Memupuk dan membina sifat bekerjasama, bertanggungjawab, menghargai masa dan
menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan.
• Membentuk diri pelajar agar berdikari dan menyesuaikan diri dalam menghadapi
situasi yang lebih mencabar dalam kehidupan sebenar.
• Mengukuhkan lagi jati diri dan keyakinan diri pelajar supaya mereka tidak mudah
berputus asa semasa melakukan aktiviti-aktiviti lasak dan terus berusaha sedaya
mungkin.
4.0 MATLAMAT
• Melalui program yang dirancang ini, diharapkan pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu
yang baharu dalam perkhemahan dari segi teknik dan peraturan perkhemahan.
• Di samping itu, diharapkan memupuk semangat kerjasama, hormat-menghormati,
bertolak ansur, menghargai alam sekitar dan berdisiplin.
• Pelajar juga dapat menimba pengalaman mereka dan kemahiran interpersonal dan
juga intrapersonal antara satu sama lain.
5.0 JANGKA MASA PERKHEMAHAN
Tarikh : 07 Januari 2022 hingga 09 Januari 2022
Hari : Jumaat – Ahad (3 hari 2 malam)
Tempat : Kem Desa Puteri Seremban.
84
6.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA 2022
JAWATANKUASA INDUK: : Encik Ammar Hakimi bin Asyraf
Penaung : Puan Nurul Amirah binti Zahir
Penasihat : Encik Syamim bin Yahya
Pengerusi : Puan Aishah binti Mat Yusuf
Penyelaras : Cik NurShamira Binti Mohd Yunus
Setiausaha : Puan Nur Nisa binti Suhaimi
Bendahari
6.1 PERINCIAN TUGASAN JAWATANKUASA PELAKSANA
Kem Komanden : Encik Afiq Haikal bin Nizam
Penolong Kem Komanden : Puan Irdina binti Zainal
JAWATANKUASA NAMA TUGASAN
1. Mengurus pendaftaran peserta di tapak
PENDAFTARAN / Encik Haziq Nazli bin Ahmad
URUS SETIA / Puan Hazwani binti Haikal perkhemahan.
SIJIL / 2. Membahagikan kumpulan untuk peserta
PEMBAHAGIAN
perkhemahan.
DAN PENGURUS 3. Menyediakan sijil penyertaan dan
KUMPULAN
menguruskan tempat.
GURU Encik Haikal bin Saiful Nizam
BERTUGAS / Puan Nurin binti Yasir 1. Mengurus keselamatan peserta, disiplin
Puan Adilah binti Yusof dan kecemasan peserta.
DISIPLIN /
KESELAMATAN 2. Menyediakan peti pertolongan cemas
yang lengkap.
DAN
KECEMASAN 1. Menguruskan urusan keagamaan dan
mengetahui solat dan juga slot moral
MAJLIS Ustaz Hadi Bin Sulaiman kepada pelajar beragama Islam dan
KEAGAMAAN / Puan Malini A/P Siva bukan Islam.
MORAL
85
PERALATAN Encik Shaiful Bin Khalid 1. Menguruskan semua peralatan
PERKHEMAHAN / Puan Hazirah binti Naim kelengkapan dan keperluan
Encik Kumar A/L Muthu perkhemahan.
PERSIAPAN
TEMPAT 2. Menyediakan tempat perkhemahan yang
sesuai dan tidak mendatangkan bahaya.
MAKANAN / Encik Amin bin Zakri
MINUMAN Puan Aisyah binti Khairul 1. Menguruskan pengagihan makanan dan
minuman kepada peserta
2. Menyediakan makanan dan minuman
kepada fasilitator dan mengira keperluan
makanan kepada semua.
Encik Syamim bin Yahya 1. Merancang aktiviti-aktiviti untuk peserta
Puan Nur Nisa binti Suhaimi
AKTIVITI sepanjang program.
PESERTA
2. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang lasak
dan mencabar.
• Pertandingan Masakan Rimba
• Pertandingan Malam
Kebudayaan
• Pertandingan Kawad Kaki
• Pertandingan Khemah Terbaik
• Pertandingan Kumpulan Terbaik
• Pertandingan Ikatan Tali dan
Flying Fox
Encik Zamruddin bin Yaakod 1. Menyediakan dokumentasi
Puan Nazwanie binti Shafiq
FOTOGRAFI / perkhemahan.
DOKUMENTASI
2. Merakam gambar-gambar daripada
permulaan perkhemahan sehingga akhir
untuk tujuan pendokumentasian.
Encik Ravi A/L Mogan 1. Menguruskan majlis penutupan pada
MAJLIS hari terakhir program.
PENUTUPAN
2. Memastikan kelancaran majlis
penutupan.
Encik Thaneshkumar A/L 1. Mengawal selia majlis penutupan.
Mugunthan
PENGACARA Puan Amirah binti Rasyid 2. Menyediakan teks pengacara majlis
MAJLIS
untuk majlis penutupan.
86
Ustaz Hadi Bin Sulaiman 1. Menyediakan teks bacaan doa untuk
BACAAN DOA majlis.
Puan Huda binti Kamaruddin 2. Memimpin bacaan doa di awal majlis
BROSUR / BUKU Puan Hidayah binti Ramli bermula.
PROGRAM 1. Menyediakan buku program.
2. Mendapatkan maklumat berkaitan majlis
Encik Farid bin Gaafar
daripada AJK berkaitan.
BANTING 3. Mengagihkan buku program pada hari
PENUTUPAN
kejadian.
Cik Syafiqah binti Mad Din
HADIAH DAN Encik Amir bin Sabri 1. Menyediakan banting program
CENDERAMATA 2. Mendapatkan maklumat dan gambar
daripada AJK yang terlibat.
3. Meggantung banting untuk majlis
penutupan program.
1. Menempah dan menyediakan hadiah
dan cenderamata untuk majlis
penutupan dan penyampaian hadiah.
2. Menyusun hadiah mengikut keutamaan
dan kategori.
7.0 SASARAN
60 orang ahli Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia
87
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KOS JUMLAH CATATAN
1. Pengangkutan (Bas) RM 400 X 2 buah RM 800
2. Sewa Tapak Perkhemahan RM 450 X 3 hari RM 1350 Dibiayai oleh Pihak
3. Sewa Khemah RM 45 X 20 unit RM 900 Sekolah
JUMLAH RM 3,050
RM 2 X 60 orang
4. Makanan dan Minuman RM 4 X 60 orang RM 120
Jumaat RM 2 X 60 orang RM 240
1. Minum Petang
2. Makan Malam RM 2 X 60 orang RM 120
Sabtu RM 5 X 60 orang RM 300
1. Sarapan dan Minum RM 120
Pagi RM 5 X 60 orang RM 300
2. Makanan Tengahari
3. Minum Petang RM 3 X 60 orang RM 180
4. Makanan Malam RM 6 X 60 orang RM 360
Ahad
1. Sarapan dan Minum JUMLAH RM 1,740
Pagi
2. Makanan Tengahari RM 70 X 6 RM 420
Pertandingan RM 360
5. Hadiah RM 60 X 6 RM 300
Pertandingan RM 120
Tempat Pertama RM 50 X 6
Tempat Kedua Pertandingan
Tempat Ketiga RM 2 X 60 Orang
Sijil
JUMLAH RM 1,200
88
RM 2.50 X 5 gelung
Perbelanjaan - Perbelanjaan RM 30 X 2 unit
6. Lain RM 6 X 10 unit
1. Tali Rafia RM 4 X 12 biji RM 12.50
2. Kertas A4 RM 10 X 2 tin RM 60.00
RM 60.00
3. Ubat Nyamuk RM 1.50 X 5 gulung RM 48.00 Dibiayai oleh PIBG
4. Mentol RM 2 X 6 gulung RM 20.00 Sekolah
5. Biskut 4 segi RM 7.50
6. Kad Manila RM 2 X 10 biji RM 12.00
RM 7 X 8 kg
7. Kain (Bendera RM 25 X 1 Peti RM 20.00
RM 56.00
Kumpulan) RM 25.00
8. Pen Marker
9. Belerang RM 1 X 10 kotak RM 10.00
10. Peralatan Kecemasan RM 30.00
RM 15 X 2 paket RM 42.00
(First Aid) RM 3 X 14 tin RM 4.00
11. Mancis RM 4 X 1 papan RM 10.00
12. Beras RM 10 X 1 guni
13. Sardin RM 417
RM 6,407
14. Telur Ayam
15. Kentang
JUMLAH
JUMLAH
KESELURUHAN
9.0 TENTATIF PROGRAM
Jumaat (07 Januari 2022)
MASA PERKARA
3.00 p.m – 4.00 p.m Pendaftaran Peserta
4.00 p.m – 4.45 p.m Taklimat Perkhemahan Dan Majlis Perasmian
4.45 p.m – 5.30 p.m Mendirikan Khemah
5.30 p.m – 7.00 p.m Ice Breaking
7.00 p.m – 8.30 p.m Pengurusan Diri dan Solat Berjemaah
Makanan Malam
8.30 p.m – 9.30 p.m Mengenali Bulan Sabit Merah Malaysia / Hormat dan
Tepuk Bulan Sabit Merah Malaysia
9.30 p.m – 11.00 p.m Night Walk
11.00 p.m – 11.45 p.m Makan Malam dan Tidur
89
Sabtu (08 Januari 2022) PERKARA Khemah
Senamrobik dan Pengurusan Diri
MASA Solat Subuh dan Slot Moral
5.30 a.m – 7.30 a.m Sarapan Pagi
Pemeriksaan Khemah Bagi Pertandingan
7.30 a.m – 8.15 a.m Terbaik
Pertandingan Kawad Kaki Antara Kumpulan
8.15 a.m – 10.00 a.m Minum Pagi
10.00 a.m 10.30 a.m Pertandingan Ikatan Tali Dan Flying Fox
10.30 a.m – 1.30 p.m Makan Tengahari Dan Solat Zohor / Slot Moral
1.30 p.m – 2.30 p.m Pertandingan Masakan Rimba
2.30 p.m – 4.00 p.m Solat dan Minum Petang (‘Tea Break’)
4.00 p.m – 4.45 p.m Persediaan Malam Kebudayaan
4.45 p.m – 6.00 p.m Pengurusan Diri dan Solat Maghrib / Slot Moral
6.00 p.m – 8.00 p.m Makan Malam
Pertandingan Malam Kebudayaan
8.00 p.m 10.30 p.m Pertandingan Kumpulan Terbaik
10.30 p.m – 11.30 p.m Makan Malam dan Tidur
11.30 p.m – 12.30 p.m
Ahad (09 Januari 2022) PERKARA
MASA Pengurusan Diri Dan Solat Subuh / Slot Moral
Sarapan Pagi
5.30 a.m – 7.30 a.m Pembersihan Kawasan Perkhemahan Dan Menurunkan
7.30 a.m – 9.30 a.m Khemah
Mengemas Barang-Barang
9.30 a.m – 10.30 a.m Raptai Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan
10.30 a.m – 12.30 p.m Majlis Penutupan Perkhemahan Pasukan Bulan Sabit
12.30 p.m – 1.30 p.m Merah Malaysia Sk Melewar Indah
Sesi Penyampaian Cenderamata Dan Hadiah Kepada
1.30 p.m – 2.30 p.m Para Tetamu Jemputan Dan Peserta
Sesi Fotografi
Makan Tengahari Dan Bersurai
90
10.0 BORANG PENILAIAN PROJEK
AKTIVITI: Perkhemahan Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia Tahun 2022 Peringkat SK
Melewar Indah.
TARIKH: 07 Januari 2022 – 09 Januari 2022
TEMPAT: Kem Desa Puteri Seremban.
Sila tandakan penilaian terhadap aktiviti yang dijalankan mengikut skala yang diberi.
1 - Tidak Memuaskan
2 - Kurang Memuaskan
3 – Memuaskan
4 – Baik
5 - Sangat Baik
BIL AKTIVITI PENILAIAN 12345
1. Aktiviti Perkhemahan. 12345
2. Taklimat Perkhemahan. 12345
3. Makanan Dan Minuman Sepanjang Program Dijalankan. 12345
4. Tempat Perkhemahan. 12345
5. Pengangkutan Bas Pergi Dan Balik. 12345
6. Tarikh Perkhemahan Yang Sesuai. 12345
7. Aktiviti Ice Breaking. 12345
8. Aktiviti Night Walk. 12345
9. Pertandingan Masakan Rimba. 12345
10. Pertandingan Kawad Kaki. 12345
11. Pertandingan Ikatan Tali Dan Flying Fox.
91
12. Pertandingan Khemah Terbaik. 12345
13. Penglibatan Ahli Kumpulan Dalam Aktiviti. 12345
14. Penglibatan Guru Dalam Aktiviti-Aktiviti Perkhemahan. 12345
15. Pengetahuan Berkaitan Bulan Sabit Merah Malaysia 1 2 3 4 5
Sebelum Menyertai Perkhemahan Ini.
16. Majlis Perasmian Dan Penyampaian Hadiah Serta Sijil. 12345
92
11.0 PERATURAN SEMASA PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
2022
1. Peraturan-peraturan mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa jika difikirkan perlu.
2. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
3. Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis dari
ibu bapa atau penjaga.
4. Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang ditetapkan. Sebarang
permohonan untuk menetap diluar kawasan perkhemahan tidak akan dilayan.
5. Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh
digunakan sebagai senjata adalah dilarang.
6. Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang-barang kemas atau barang-
barang lain yang berharga, termasuk peralatan elektronik dan alat peranti.
7. Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan-kawasan larangan
yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana termasuklah
kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan perkhemahan
peserta berlainan jantina.
8. Semua peserta perlu peka dengan keperluan keselamatan sepanjang masa.
9. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah dan slot moral pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
10. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan. Sebarang
kehilangan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.
11. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
93
12. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
13. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeluar di luar kawasan khemah masing-masing
selepas pukul 12.00 tengah malam.
14. Semasa perkhemahan, peserta hendaklah menjalinkan hubungan yang baik, kenal-
mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sebarang isu-isu
perkauman atau sensitif adalah dilarang sama sekali.
12.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya diharapkan bahawa, melalui program perkhemahan yang dirancang
ini dapat melahirkan insan yang jiwanya kental dan sentiasa bersemangat dalam menghadapi
sebarang bentuk cabaran dan halangan. Kesungguhan para pelajar melibatkan diri dalam
program seperti ini adalah sangat penting supaya kita dapat melahirkan insan yang
menyeluruh dan berkebolehan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia SK Melewar Indah kali ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah
kegemilangan. Semoga melalui perkhemahan ini, para pelajar dapat meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman mereka dalam aktiviti luar bilik darjah. Kerjasama
daripada semua pihak sangat dialu-alukan demi kejayaan program ini.
94
Disediakan Oleh:
………………………………………….
(NURSHAMIRA BINTI MOHD YUNUS)
SETIAUSAHA PASUKAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
SEKOLAH KEBANGSAAN MELEWAR INDAH, SEREMBAN.
Disemak Oleh:
……………………………………………
(ENCIK SYAMIM BIN YAHYA)
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
SEKOLAH KEBANGSAAN MELEWAR INDAH, SEREMBAN.
Diluluskan Oleh:
……………………………………………
(ENCIK AMMAR HAKIMI BIN ASYRAF)
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN MELEWAR INDAH, SEREMBAN.
95
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)
Penerimaan dan Yuran Keahlian
• Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) di daftarkan di Sekolah Rendah samada
sekolah tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah
Persendirian didalam negara Malaysia.
• Ahli Kanak-Kanak didalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6 di
kategorikan sebagai ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian Bulan Sabit
Merah (Sekolah Rendah) atau di panggil “Red Cross Link”
Kaedah Pendaftaran Unit
• Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu
Ringgit) setahun
• Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui Cabang/Cawangan/Ibu Pejabat
Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi sekurang-
kurangnya 12 orang ahli kanak-kanak.
• Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada
Ibubapa/Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak di
sekolah masing-masing. Borang pendaftaran Pasukan, Borang yang berkaitan dengan
keahlian ini hendaklah di penuhkan seperti di Lampiran.
Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak
• Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan
diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah di sahkan pendaftaran Unit melalui
Pejabat BSMM Cawangan/Cabang.
BORANG-BORANG BSMM MENGENAI UNIT KANAK-KANAK
• Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak hendaklah mengisikan Borang Pendaftaran Unit
(Lihat Lampiran) dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama Borang Keahlian
Tahunan kepada Cabang dan seterusnya kepada Cawangan untuk disahkan.
96
Kad Pengenalan Ahli Kanak-Kanak
Kaedah Pendaftaran Keahlian - Kad Pengenalan baru Unit KanakKanak BSMM di terangkan
di lampiran ………
Maklumat-maklumat mengenai BSMM boleh di perolehi melalui Pejabat BSMM Cabang /
Cawangan dengan menghubungi Pegawai Pentadbiran Pejabat BSMM masing-masing atau
layari email: [email protected] atau website: http:/www.redcrescent.org.my atau
email kepada Cabang / Cawangan masing-masing.
Sijil Keahlian Kanak-Kanak
Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang di daftarkan didalam
Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.
Serial No. Keahlian hendaklah di pantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang
diselaraskan bersama oleh Cabang.
Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 5 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan mendaftarkan diri di Pasukan
Belia Sekolah Menengah.
97
RUJUKAN
Chon Seong Hoo. 2018. Buku Panduan BSSM.
https://www.slideshare.net/chonseong138/buku-panduan-bsmm
Didik Tv. 2021. Kokurikulum (2021) | Bulan Sabit Merah Malaysia - Pertolongan Cemas
https://youtu.be/J2bcZCNz-Lw
Dr. Sajap Maswan. 2013. Jenis-jenis Ikatan.
https://www.slideshare.net/ummuleesya09/jenis-jenis-ikatan-knots-24587894
Ibn Abdullah. 2016. Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
https://www.slideshare.net/drhapizi/sejarah-bsmm-69819835
Jue Zubaydah . 2021. Pertolongan Cemas (PBSM)
https://anyflip.com/uvaod/ehcj/basic
Muhd Azizi. 2018. Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
https://youtu.be/2aUb2lOo0Lg
Norsyazwani Amin Jaya. 2020. Ikatan dan Simpulan.
https://youtu.be/xfXi4chgigg
NurulAin Omar. 2020. Nota Gajet Perkhemahan.
https://fliphtml5.com/xrcbk/evwd/basic
98