The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1_ BUKU LOG ATAU FOLIO_ MPU3062_ CECILY NGU BING LIN_PISMP_ PAKK2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cecilyngu, 2021-09-11 12:19:03

TUGASAN 1_ BUKU LOG ATAU FOLIO_ MPU3062_ CECILY NGU BING LIN_PISMP_ PAKK2

TUGASAN 1_ BUKU LOG ATAU FOLIO_ MPU3062_ CECILY NGU BING LIN_PISMP_ PAKK2

BUKU LOG BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA

NAMA : CECILY NGU BING LIN

ANGKAH GILIRAN : 2020112350149

NO. KAD PENGENALAN : 011218-13-0144

UNIT : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

KOD KURSUS : MPU3062

NAMA KURSUS : KOKURIKULUM (UNIT BERUNIFORM)

TARIKH HANTAR : 09 SEPTEMBER 2021

1

BIODATA

NAMA : CECILY NGU BING LIN

NOMBOR KAD PENGENALAN : 011218-13-0144

ANGKA GILIRAN : 2020112350149
KUMPULAN : PISMP SEM 3

AMBILAN : JUN 2020

OPSYEN : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ALAMAT TEMPAT TINGGAL : SUNGAI BULAT, 96100 SARIKEI,
SARAWAK.

2

TUGASAN 1: BUKU LOG ATAU FOLIO (INDIVIDU) 5
PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPETINGAN UNIT BERUNIFORM 6
7-8
TOPIK: PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 9
Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKTAA 10-11
11
Ikrar BBSM 12
Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan 13
Cogan Kata Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 13-14
Lirik Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 15
Objektif Perlembagaan BSMM 16
Kandungan Perlembagaan BSMM 17
Lambang dan Ukuran Piawai BSMM 18-19
19
TOPIK: SEJARAH UNIT BERUNIFORM 20
Sejarah Pengasas 21
Sejarah Penubuhan BSMM 22
Sejarah Penubuhan di Malaysia 23-24
Tujuan Penubuhan 25
Istiadat-Istiadat Rasmi Pertubuhan 26
27
TOPIK: STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 28
Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
Struktur dan Organisasi Peringkat IPG 29-31
Stuktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan
Fungsi Majlis Tadbir 32
33
TOPIK: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 33
Pendaftaran Ahli dan Kumpulan 34-37
Kuasa Penganjur 38
Struktur Unit
Pengurusan Buku Log Atau Folio 39
Tanggungjawab Pemimpin
Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin 40
Takwin dan Rancangan Aktiviti 41
41
KEMAHIRAN PERKHEMAHAN 42-43
44
TOPIK: KRAF PERKHEMAHAN
Konsep Khemah dan Konsep Kraf Perkhemahan 3
Objektif Perkhemahan
Jenis-Jenis Khemah
Pengurusan dan Keselamatan Khemah

Penjagaan Khemah 44
Pengenalan Gejat Perkhemahan 45
Tujuan dan Faedah Membuat Gajet 46
Jenis-Jenis Gajet dan Kegunaannya 47-51
52
TOPIK: IKHTIAR HIDUP 53
Pengenalan Ikhtiar Hidup dan Prinsip-Prinsipnya 54
Masakan Solar / Rimba / Kelompok 55
Membuat Perangkap 56
57
TOPIK: SIMPULAN DAN IKATAN 58
Pengenalan Simpulan dan Ikatan 58
Langkah-Langkah Penjagaan Tali 59-60
Maksud Simpulan 61
Jenis Simpulan 61-62
Maksud Ikatan 63
Jenis-Jenis Ikatan 64
64
TOPIK: ASAS KAWAD KAKI 64
Pengenalan Asas Kawad Kaki 65-66
Objektif Kawad Kaki 67
Bahasa Hukuman 68
Kawad Statik dan Kawad Dinamik 68
69
TOPIK: ASAS PERTOLONGAN CEMAS 70
Definisi dan konsep Pertolongan Cemas 71
Tujuan dan Prinsip Pertolongan Cemas 72-73
Konsep Anduh 74-75
Jenis-Jenis Anduh 76
Konsep, Tujuan, Fungsi dan Peraturan Balutan 77
Merawat luka dan gigitan 78
Melecur, Pitam dan Patah 79
Kerancunan dan Terseliuh
Pemulihan Pernafasan 80-99
CPR Untuk Orang Awam
Video (CPR) 4

LAMPIRAN

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN
KEPENTINGAN UNITBERUNIFORM

 Perlembagaan Pertubuhan
 Sejarah Unit Beruniform
 Struktur dan Organisasi Pertubuhan
 Pengurusan dan Pentadbiran

5

TOPIK:
PERLEMBAGAAN

PERTUBUHAN

6

SENARAI JAWATANKUASA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
IPGKTAA

Pengerusi : HENG JING ZHE (Unit BM 4)
Timbalan Pengerusi : DARUSHINY A/P THIYAGARAJAN (Unit BM 2)
Setiausaha : MATHUMITA A/P BALASUBRAMANIAM (Unit BM 2)
Timbalan Setiausaha : MAK KAI WEN (Unit BM 1)
Bendahari : MUHAMMAD AIMAN BIN MAHAT (Unit BNK 1)
Timbalan Bendahari : MUHAMMAD ZAINUR FALLAH BIN JAFRI (Unit BNK 3)

Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK):

1. ELILLARASI A/P BALAKRISHNAN (Unit BM 6)
2. KHAIRUL HADI BIN MOHD NOR HASRI (Unit PAI 3)
3. MOHAMAD NOR IRFAN BIN MOHAMMAD NOR EFFENDI (Unit BM 4)
4. MUHAMMAD AIMAN SYAKIRIEN BIN MOHD ZAWAWI (Unit BM 5)

7

PENGERUSI:
 Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat

Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agong.
 Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
 Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.
 Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir.
 Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan.

TIMBALAN PENGERUSI:
 Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan.
 Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan

pengerusi.

SETIAUSAHA:
 Menyimpan pendaftaran ahli.
 Membuat urusan surat-mesyuarat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan

atau ahli persatuan.
 Merekod kegiatan gerak kerja ko-kurikulum.
 Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyurat.
 Bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.

BENDAHARI:
 Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
 Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan.
 Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli.
 Mengurus dan metadbir pembelian dan kewangan persatuan.
 Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira persatuan.

8

IKRAR BBSM

Bahawa Kami,
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
Belia Persatuaan Bulan Sabit Merah Malaysia Dengan

Ini Berjanji,
Akan Taat Tuhan,
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Yang
Dipertuan Negeri Kami,
Berdasarkan Prinsip Rukun Negara,
Serta Akan Bersama-sama Mereka Di Seluruh Dunia,
Membantu Mereka Yang Sakit dan Menderita,
Berdasarkan Kepada Prinsip Palang Merah,

Bulan Sabit Merah Seperti Berikut:

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN

KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA

KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

9

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN BSMM
 Kemanusiaan
• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi
pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha
untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud.
• Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama
manusia.
• Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di
kalangan manusia.

 Kesaksamaan
• Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.
• Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-
kes kecemasan yang serius.

 Keberkecualian
• Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidakmenyebelahi
mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,
perkauman, agama atau ideologi.

 Kebebasan
• Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada
undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia
boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

10

 Khidmat Sukarela
• Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

 Ketunggalan
• Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara.
• Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

 Kesejagatan
• Gerakan Palang Merah & Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia.
• Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantumembantu di antara
satu sama lain.

COGAN KATA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

“Cergas Pada Masa Aman
dan Perang”

11

LIRIK LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah dan Bersemangat.

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah
dimainkan pada tahun 1975 dalam satu majlis sempena
penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah
Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysia Red Crescent Society).
Pada masa kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac
2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjemaan semula dan
dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian
Red Crescent) ataupun secara ringkasnya disebut BSMM.

12

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM

Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM:

Dalam masa aman atau peperangan,memberi bantuan sukarela kepada orang sakit
dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada
orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan,
mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala
kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah
menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM

Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan
No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-
peraturan (perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia:

Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain

Perkara-perkara lain yang boleh ditambah ke dalam perlembagaan ialah:

(i) Lencana / logo persatuan (ii) Cogan kata / moto (iii) Pendaftaran persatuan
(iv) Cogan kata / moto (v) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan,
cawangan, daerah dan negeri.

13

 Setiap persatuan yang ditubuhkan perlulah mempunyai perlembagaan
ataupun undang-undang.

 Berdasarkan Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan
di luar institusi pendidikan adalah wajid mendaftar secara rasmi dengan
pendaftar penubuhan parti politik serta persatuan belia.

 Terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parilmen
sepertinya Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, St. John Ambulans serta Persatuan Bulan Sabit Merah..

 Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan
menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia
menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta dijadikan
sebagai rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan
aktiviti persatuan.

 Pasukan beruniform adalah mempunyai peraturan atau undang-undang
tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.

14

LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau
pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan tiada sebarang
elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu.
Di bawah ini pula adalah ukuran piawan bagi bendera Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran 150 cm panjang
dan 100 cm lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang mempunyai
lambang hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.

UKURAN PIAWAN BENDERA BULAN SABIT MERAH (BSMM)

15

TOPIK:
SEJARAH UNIT
BERUNIFORM

16

SEJARAH PENGASAS

 Pengasas Persatuan Palang Merah Ialah seorang ahli perniagaan yang
bernama Jean Henry Dunant (tahun 1828 hingga tahun 1910).

 Beliau berasa sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan
tentera Austria di Solterino, Itali utara pada 24 Jun 1959 kerana lebih kurang
terdapat 40000 orang tentera dan orang awal cedera dan terkorban.

 Henry Dunart dalam perjalanan ke Algeria serta Afrika telah membantu mangsa
yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan.

 Maka, sebuah buku kenangan dan pengalamannya “A Memory Of Solferino”
telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah kerana
bahasa dan penceritaannya yang baik iaitu buku tersebut telah menyedarkan
ketua-ketua kerajaan di Eropah.

17

SEJARAH PENUBUHAN BSMM

 Idea penubuhan organisasi ini lahir dari[ada perasaan sedih
melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria

di Solferino, Itali utara pada 24 Jun 1959.
 Dalam perang tersebut, lebih 40000 tentera dan orang awal cedera dan

terkorban. Atas kesedaran ini, beliau telah menulis sebuah buku
kenangan yang berkisar kepada pengalamannya semasa membantu
mangsa perang.
 Tajuk bagi buku tersebut ialah: “A Memory of Solferino”. Buku tersebut
telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di
Eropah.
 Hasilnya pada tahun 1864. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa
(ICRC) telah dibentuk.

KONVENSYEN-KONVENSYEN GENEVA
Seterusnya terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya. Ini merupakan usaha
berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki aspek-aspek
perlindungan yang digubal semasa Konvensyen Geneva Pertama. Juga adalah dirasai
bahawa terdapat keperluan untuk meluaskan lagi perlindungan tersebut kepada banyak lagi
kategori mangsa konflik bersenjata.
Konvensyen Geneva Pertama :
1864 - meluaskan perlindungan yang diberikan kepada ambulans dan hospital kepada bot
penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal.
Konvensyen Geneva Kedua :
1899 - memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan yang karam di
laut.
Konvensyen Geneva Ketiga :
1929 - memberi perlindungan kepada tawanan perang.
Konvensyen Geneva Keempat :
1949 - melindungi orang-orang awam di dalam tahanan musuh.

18

JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (JAPM)
 ICRC (International Committee of The Red Cross).
 Komponen yangSEprJihAaRtiAnHpPaEdaNUpBeUmHbaAnNguDnIaMnAULAndYaSnIgA-Undarng Kemanusiaan

Antarabangsa.
 Ditubuhkan pada tahun 1863 serta dilaksanakan oleh 5 warganegara swiss.
 Organisasi Swiss adalah bebas dan bersendirian.

Peranan JAPM:
- Pemaju Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa
- Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah
- Mengiktirafkan penubuhan persatuan iaitu Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Kebangsaan.
- Agensi pengesanan pusat.
- Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara
atau rusuhan.

SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA

1948 – Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu
Cawangan Palang Merah British.

1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang

1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor

1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang

1961 – Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah di baca di Parlimen.

1962 – 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah
Melayu (Perbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.

1963 – Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ( ICRC)
menerima mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah.

1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta Persatuan
Palang Merah Malaysia ( Akta No. 47 tahun 1965 )

1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan
kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162 -
membenarkan pertukaran nama dan lambang)

19

TUJUAN PENUBUHAN
Matlamat Pergerakan adalah:
 Memberi perlindungan dan meringankan

kesengsaraan manusia dimana sahaja.
 Melindungi nyawa dan kesihatan.
 Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan

kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli
Pergerakan.
 Menentukan penghormatan diberi kepada manusia,
terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga
kecemasan.
 Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan
kebajikan sosial.
 Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh
kepada mereka yang memerlukan perlindungan dan
pertolongannya.

Dalam mengejar matlamat ini Pergerakan akan sentiasa Berpandukan
kepada Prinsip-Prinsip Asasnya.

Peranan:

 Peranan-melindungi dan menolong orang-orang awam dan anggota-
anggota tentera yang cedera.

 Membekalkan bantuan kecemasan
 Menggalakkan penubuhan & pembangunan persatuan
 Menjalankan kerja-kerja kemanusiaan

20

ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN
Istiadat Perhimpunan
 Masuk dalam barisan
 Melapor kekuatan pasukan
 Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah

dan Negeri
 Bila lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai

dan ahli berdiri tegak.
 Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik

hormat.
 Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM
 Bacaan doa
 Ucapan pemimpin
 Bacaan ikrar
 Keluar baris

21

TOPIK:
STRUKTUR DAN

ORGANISASI
PERTUBUHAN

22

STRUKTUR JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (JAPM)

ICRC

Terdiri daripada 7 orang ahli jawatankuasa antarabangsa yang bertanggungjawab mengenai
hal-hal operasi dan penyeliaan secara langsung akan hal ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat
seminggu sekali dan dipengerusikan oleh Presiden JAPM. Dari Geneva, Ibu pejabat Direktorat
mengendalikan pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti-aktivitinya di medan, sokongan
operasi (Pengurusan Pentadbiran Wilayah, mengendalikan agensi pengesanan pusat),
pertimbangan mengenai undang-undang kemanusiaan dan prinsip-prinsip pergerakan, sumber-
sumber manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran, selain daripada komunikasi dan
perhubungan raya.

 1990 – lebih 47 orang di Afrika, Amerika Latin Asia dan Timur Tengah.
 840 delegasi ditempatkan di medan dibantu oleh 4500 pekerja yang terdiri daripada penduduk

setempat.
 600 orang di Geneva memberi bantuan operasi dan pentadbiran.

PERANAN JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (JAPM)

Kemanusiaan Antarabangsa
 Pemaju Konvensyen Geneva
 Orang tengah yang berkecuali
 Penjaga prinsip-prinsip

Kewangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
 JAPM memperoleh punca kewangan daripada empat sumber:

- Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada konvensyen Geneva dan
European Community (EC).
- Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Kebangsaan.
- Sumbangan persendirian dan sebagainya.

23

AKTIVITI-AKTIVITI JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (JAPM):

→ Perlindungan
- Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat kediaman,
layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya tetapi jika terdapat masalah laporan akan
dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

→ Pengesanan
- Mendapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan
memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat serta berhubung dengan ahli
keluarga masing-masing.

→ Bahagian Bantuan Umum
- Memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada pihak yang memerlukan
pertolongan.
- Mengekalkan hubungan baik dengan penderma.

→ Bahagian Perubatan Umum
- Sentiasa mengenal pasti ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti sepertinya penjagaan pesakit serta pengeluaran alat-alat
prothesis dan ortopedik yang diperlukan.

International Federation of Red Cross
and Red Crescent Societies

 Ia ditubuhkan secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi
menjalankan aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan
tawanan perang.

 Henry Pomeroy Davison mengesyorkan agar pertubuhan-pertubuhan
disatukan di persidangan perubatan antarabangsa dan membawa kepada
Penubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Palang Merah Pada 5 Mei
1919.

1983 - Nama rasmi dan seterusnya Persatuan-Persatuan Liga Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah.
November 1991 - Ditukarkan kepada Pesekutuan Antarabangsa Persatuan-

24

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG

25

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH DAN KUMPULAN

26

FUNGSI MAJLIS TADBIR

Majlis Kebangsaan:
• Mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan semua urusan
dalam persatuan.

Komponen:
• Pengerusi Kebangsaan
• Timbalan Pengerusi Kebangsaan
• 4 orang Naib Pengerusi (Pengerusi Cawangan + Bendahari
Kebangsaan)

Pengerusi bagi
• Tindakbalas kecemasan
• Perkhidmatan ambulans.
• Program darah
• Perkhidmatan masyarakat dan kesihatan
• IHL dan hal undang-undang.
• Latihan dan sumber manusia.
• Hal antarabangsa.
• Tabung kewangan
• Bangunan
• Pengurusan.
• 5 orang ahli yang dilantik.
• 2 wakil daripada Cawangan
• Ketua pegawai perubatan bahagian Tentera.
• Ketua Persatuan Perubatan Malaysia.
• 1 wakil daripada Kementerian Pendidikan, Alam Sekitar, Hal Ehwal
Luar Negeri ,
Kesihatan, Dalam Negeri, Kebajikan dan Belia dan Sukan.

Kuasa Majlis:
• Pengurusan, harta benda persatuan.
• Keahlian.
• Mencadangkan setiausaha agung persatuan
• Menambahkan dan mengubahkan peraturan.

27

TOPIK:
PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN

28

PENDAFTARAN AHLI PASUKAN KANAK-KANAK

Pendaftaran Ahli dan Kumpulan
 Keahlian persatuan terbuka kepada

semua tanpa mengira kaum, agama,
jantina dan politik.
 Ahli dan sukarelawan datang daripada
pelbagai golongan, memberi sumbangan
perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat
dan prinsip persatuan.

Komposisi Keahlian Adalah Seperti Berikut:
 Ahli kanak-kanak yang berumur 9 tahun hingga 12

tahun.
 Ahli Belia iaitu umur 13 hingga 18 tahun serta ahli

belia terbuka iaitu umur 13 hingga 17 tahun.
 Ahli Bentuan Sukarela Berpakaian Seragam atau

tidak berpakaian seragam iaitu bagi umur 18 tahun
ke atas.
 Ahli seumur hidup
 Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada
individu yang memberi sumbangan)

Ahli Biasa:
 Yuran tahunan adalah dua ringgit setahun.
 Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau

Cabang.
 Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha

Cawangan atau Cabang.

Ahli Belia:
Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut:
 Tidak melebihi umur 12 tahun dan berdaftar di bahagian

unit sebagai Bulan Sabit Kanak-Kanak.
 Tidak melebihi umur 18 tahun dan berdaftar di unit

Bulan Sabit Muda.
 Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Bulan

Sabit Remaja

29

Ahli Seumur Hidup Ahli Kehormat Seumur Hidup

 Permohonan adalah  Ahli kenamaan yang dilantik oleh

merangkumi di atas budibicara Jawatankuasa Anugerah

serta kelulusan daripada Kebangsaan.
 Anugerah Ahli Kehormat Seumur
cawangan iaitu yuran
Hidup tidak lebih 4 orang setiap
sebanyak RM 500.
tahun.

Pasukan Bantuan Sukarela Pendaftaran Ahli

 Merangkumi yuran sebanyak  Pendaftaran ahli Bulan Sabit Merah
RM 2.00 setahun tetapi Malaysia disimpan dalam sistem
digalakkan bayar yuran database diIbu Pejabat Kebangsaan.
sekaligus untuk 5 tahun.
 Setiap cabang, cawangan dan unit akan
menyimpan rekod keahlian masing-
masing.

 Bagi cawangan yang tiada unit di bawah
pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh
Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.

Penyelarasan Pendaftaran Keahlian

 Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat
Kebangsaan melalui cawangan, pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan.

 Kad lama yang perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretarial Cawangan
atau Cabang.

 Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar.

Pendaftaran Kumpulan

 Pasukan Kanak-Kanak
 Pasukan Belia
 Pasukan Belia Terbuka
 Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam.
 Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam.
 Pasukan Bantuan Sukarela di IPT.

30

Pendaftaran Pasukan Belia
Terbuka

 Ditubuhkan di kawasan yang
diluluskan oleh Cabang sahaja.

 Ahli adalah minimum 15 orang.
 Hantar borang pendaftaran

kepada Cabang sebelum
dihantar ke IPK untuk disemak
dan dikeluarkan Sjil Pendaftaran
Pasukan.

Pendaftaran Pasukan Bantuan
Sukarela

 Boleh ditubuhkan di kawasan
yang disyorkan oleh Cabang.

 Ahli juga minimum 15 orang.

Pendaftaran Bagi Pasukan Kanak-Kanak
 Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan satu pasukan Bulan Sabit Merah

Malaysia.
 Satiap pasukan adalah minimum 15 orang ahli.
 Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan

disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha
Cawangan.
 Cawangan perlu mengangkat pemohonan tersebut ke Ibu Pejabat Kebangsaaan
bagi kelulusan dan pendaftaran jika menepati syarat.
 Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh IPK dan dihantar ke sekolah.
 Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Tahunan perlu diperbaharui setiap tahun
sebelum Februari disertai dengan yuran tahunan ahli.

31

STRUKTUR UNIT

TUGAS-TUGAS:
Ketua Utama Seksyen:
 Menjaga semua Seksyen dalam pasukannya serta menjalankan semua tugas

yang diamanahkan oleh Komandan.
 Semasa ketiadaan semua pegawai tinggi dalam pasukannya, tugas-tugas

Pasukannya dipikul oleh Ketua Utama Seksyen.
Ketua Seksyen:
 Menjaga Seksyen atau Seksyen-seksyen serta membantu melatih dan menjaga

displin ahli-ahli Seksyen di bawah jagaannya.
 Melaksanakan tugas kesetiausahaan seperti yang diarahkan oleh Komandannya.
 Semasa ketiadaan semua pegawai kanan dan Ketua Utama Seksyen, tugas dan

tanggungjawab Pasukannya dipikul oleh Ketua Seksyen.

32

PENGURUSAN BUKU LOG ATAU FOLIO

 Kandungan buku log / folio yang dilengkapi dengan butiran:
- Biodata.
- Laporan bagi setiap aktiviti / perjumpaan mingguan
- Nota bagi tajuk-tajuk yang berkaitan
- Bahan-bahan lampiran serta gambar / grafik
- Sumber rujukan

 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai dan ahli mengetahui dan memahami
peraturan dan undang-undang Persatuan. 'Kejahilan atau Tidak tahu' tidak boleh diterima
sebagai alasan tidak mematuhi peraturan dan undang-undang

Pentadbiran
 Pendaftaran Ahli
 Insuran Ahli
 Kad Ahli
 Kewangan
 Perlantikan
- Ketua Utama Seksyen
- Ketua Seksyen
- Penolong Ketua Seksyen
 Tauliah

Latihan
- Perjumpaan mingguan
- Program Latihan dan
- Peperiksaan
- Kursus
- Kecekapan Ahli
- Lencana kecekapan

Tatatertib
- Tatatertib dalam pasukan.
- Melahirkan ahli yang berdisplin

AktivitI
 Kerja Kemasyarakatan
 Pembangunan Belia
 Program Darah
 Menjaga Kesihatan Asas
 Program Anti-Dadah
 Lawatan ke Hospital
 Lawatan ke rumah orang tua
 Perkhemahan
 Lawatan sambil
 Belajar
 Gotong royong dan lain-lain

Pakaian Seragam
 Menentukan ahli mempunyai Pakaian Seragam mengikut peraturan Kebajikan Ahli.
Kebajikan Ahli
 Masalah, sakit

33

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

34

35

36

37

TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI

TARIKH CADANGAN AKTIVITI CATATAN

- Mesyuarat Agong
- Perlantikan AJK

- Nyanyi lagu dan Ikrar BSMM, lagu Negaraku dan lagu Negeri
Pahang.

- Sejarah dan prinsip BSMM

- Bendera, Logo serta Pakaian rasmi

- Peti Pertolongan Cemas

- Asas Pertolongan Cemas
- Panduan Rawatan Kecemasan
Amali: Cara Pemasangan Khemah Dengan Betul
Amali: Mencuci Tangan dan Membersihkan Diri Dengan Betul
Amali: Langkah-Langkah dan Prosedur Mendirikan Khemah
Dengan Betul.
Amali: Membuat Ikatan Anduh dan Balutan

Amali: Latihan Asas Kawad Kaki
Jenis-Jenis Penyakit dan Ubat-Ubatan
Aktiviti Bergotong-Royong

Majlis Penutup

38

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
 Kraf Perkhemahan
 Ikhtiar Hidup
 Kebudayaan
 Jalan Lasak dan Pandu Arah
 Khidmat Kesukarelawan
 Simpulan dan Ikatan
 Asas Kawad Kaki
 Asas Pertolongan Cemas

39

TOPIK:
KRAF
PERKHEMAHAN

40

KRAF PERKHEMAHAN

KONSEP KHEMAH:
 Sebagai tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai

kemudahan asas yang minima.
 Tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan,

sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau
mungkin juga daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan
tersebut mampu memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan
juga kesejukan.
 Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan
serta menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan
peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti
yang berkaitan dengan perkhemahan.
 Ia merupakan cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.

KONSEP KRAF PERKHEMAHAN:
 Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari

untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam
kegiatan luar atau perkhemahan.
 Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan
apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

OBJEKTIF:
 Menggalakkan ahli BSMM untuk mengaplikasikan kemahiran dan

teknik kraf perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;
 Mendedahkan ahli BSMM untuk memahami akan habitat dan alam

semula jadi serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di
dalam hutan atau tapak perkhemahan.
 Memberikan kesedaran kepada ahli BSMM tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.

41

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

JENIS-JENIS CIRI-CIRI GAMBAR KHEMAH
KHEMAH

Ridge tent  Mempunyai tiang yang melintang
di sepanjang bumbung.

 Diperbuat daripada material nylon
yang ringan supaya mudah dibawa
dan dilipat.

Dome tent  Berbentuk gelembung dan
menggunakan material yang
sesuai dan fleksibel.

 Ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah
dan sebagainya

Frame tent  Khemah jenis besar yang biasa
digunakan untuk perkhemahan
keluarga.

 Rangka khemah akan dipasang
dahulu dan kanvas dipasang
kemudian.

Bell tent  Mempunyai satu tiang tinggi di
puncak khemah.

 Khemah jenis ini sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan
khemah jenis “DOME”.

42

Shelter  Shelter sukar untuk dibina dan
memerlukan kemahiran yang
tinggi.

 Shelter boleh melindungi daripada
serangga, panas, hujan, angin,
salji dan suhu sejuk.

 Boleh menyembunyikan diri
daripada musuh bahaya.

 Contohnya, Phonco-Lean-To,

Phonco Tent serta One Man

Shelter.

43

PENGURUSAN DAN KESELAMATAN KHEMAH:
▲ Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan

khemah.
▲ Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
▲ Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
▲ Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain

dari memasuki khemah.
▲ Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
▲ Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
▲ Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
▲ Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

PENJAGAAN KHEMAH:

 Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah
berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan
memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.

 Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk
dibuka.

 Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan
tersebut.

 Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip
atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap
kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.

 Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
 Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa

cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
 Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan

khemah.
 Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam

khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

44

PENGENALAN GAJET PERKHEMAHAN

 Gajet ditakrifkan sebagai perkasasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar,
pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah.

 Ia diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku serta gam supaya
kelihatan kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat.

 Berdasarkan situasi di rumah, gajet amat diperlukan dalam aktiviti perkhemahan
kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang
memerlukan pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak barang
serta rak dapur.

 Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau
batang kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan
ikatan yang tertentu.

 Simpulan dan ikatan tersebut digunakan bagi gajet-gajet yang dibina menjadi
kukuh dan selamat digunakan serta tidak penggunaan sebarang paku.

 Gajet-gajet tersebut dikenali sebagai kraf kayu atau wood craft.

 Gajet penting dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi.
Antaranya:

 Menggantikan perkakasan dan perabot di rumah.
 Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan.
 Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan.

45

TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET

TUJUAN MEMBUAT GAJET
☺ Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara teori dan amali

dalam sesi perjumpaan mingguan.
☺ Membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab dan semangat bergotong-

royong dalam kalangan ahli Kumpulan Seksyendalam suasana yang ceria dan
menyeronokkan.
☺ Mencerdaskan mental dan mencergaskan fizikal kerana memerlukan idea, kreativiti, tenaga
dan masa yang sesuai dan kondusif.
☺ Menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing dengan mendirikan pagar
mengelilingi tapak khemah.
☺ Meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar kelihatan kemas, bersih, selesa
dan menarik.
☺ Mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang aktiviti
perkhemahan dijalankan.
☺ Melindungi bahan-bahan makanan, sama ada bahan basah atau bahan kering daripada
tercemar, sama ada oleh faktor alam ataupun oleh serangga dan haiwan.
☺ Memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan perkhemahan tanpa sebarang
masalah dan gangguan, seperti memudahkan pergerakan, senang mencari maklumat serta
barangan dan peralatan yang telah diletakkan atau disimpan di tempat yang sesuai.

FAEDAH MEMBUAT DAN MENDIRIKAN GAJET
 Mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat.
 Menjimatkan kos.
 Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman.
 Barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil.
 Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin.
 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman.

46

JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA:
 Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh

dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada
waktu yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual
perkhemahan.
Antara gajet yang boleh dibina: ialah gajet dapur, meja, rak kasut, alas atau rak untuk
meletak beg pakaian, ampaian, pintu gerbang, menara kawalan dan lain-lain.
 Tiang bendera
 Pagar
 Pintu gerbang
 Papan kenyataan
 Ampaian
 Pangkin, tempat duduk dan meja
 Rak kasut
 Rak dapur
 Rak barang
 Lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah).

47

NAMA GAJET PENERANGAN GAMBAR

Tiang  Terdapat dua jenis tiang
Bendera bendera didirikan dalam
aktiviti perkhemahan BSMM.

 Satu berupa tiang bendera

utama yang didirikan di

hadapan kawasan lapang

atau tapak perhimpunan yang

digunakan untuk

mengibarkan bendera

Malaysia, bendera negeri dan

bendera BSMM.

 Satu lagi berupa tiang

bendera yang digunakan

untuk mengibarkan bendera

Sekawan atau Patrol di dalam

kawasan perkhemahan

Sekawan atau Patrol itu

sendiri.

Pagar  Menentukan keluasan

kawasan perkhemahan

Sekawan atau Patrol.

 Gajet pagar didirikan dengan

menggunakan kayu atau

buluh yang dipacak

mengelilingi kawasan

khemah kemudian diikat atau

dihadang dengan tali untuk

menjadi pagar.

 Pagar tidak perlu dibina
terlalu tinggi. Sebaik-baiknya
ketinggian pagar yang dibina
sekitar satu meter sahaja.
Untuk memastikan pagar
menjadi kukuh, jarak
pancangan kayu atau buluh
hendaklah agak rapat sekitar
dua meter antara satu
pancang.

48

Meja  Gajet ini dibuat untuk dua

Pintu fungsi. Pertama, sebagai
Gerbang
meja makan manakala bagi
Papan
Kenyataan kedua adalah sebagai meja

persidangan atau

perbincangan Sekawan /

Patrol.

 Kebiasaannya gajet ini
didirikan di bahagian
belakang kawasan khemah
kumpulan, iaitu berdekatan
dengan khemah dapur.

 Ada juga kumpulan yang
membuat gajet tersebut di
bahagian hadapan atau
kawasan halaman khemah
kumpulan.

 Pembinaan pintu gerbang

seharusnya bersesuaian

dengan bilangan hari dan

bahan yang ada.

 Antara bahan dan peralatan
yang diperlukan adalah:

- Beberapa batang kayu atau
buluh pelbagai ukuran.
- Tali, sama ada rami, jut atau
raffia.
- Cangkul, parang dan gergaji
- Tangga (jika ada).

 Saiz papan kenyataan yang
ingin dibuat bergantung
kepada keperluan dan
sumber bahan yang ada.

 Bagi memastikan agar

maklumat yang dipamerkan

itu terlindung daripada hujan

dan matahari, kreativiti

BSMM amat diperlukan untuk

menyediakan bumbung atau

perlindungan yang

bersesuaian bagi papan

kenyataan berkenaan.

 Antara bahan yang

diperlukan ialah kayu atau

buluh, tali, marker dan

bahanbahan lain yang sesuai.

49

Ampaian  Gajet ampaian digalakkan
didirikan di kawasan lapang,
Rak Kasut khususnya kawasan yang
terdedah kepada cahaya
Rak matahari dan angin di
Barangan bahagian belakang kawasan
khemah kumpulan.
Dapur
 Antara bahan yang

diperlukan untuk membuat

gajet ampaian ialah kayu atau

buluh, kayu bercabang, kayu

atau buluh pancang dan tali

atau dawai.

 Tempat yang paling sesuai
untuk membina rak kasut
ialah berhampiran dengan
khemah ahli, khususnya
berdekatan dengan pintu
khemah.

 Ia boleh dibina dengan

menggunakan beberapa

batang bulu atau kayu

berukuran antara suku hingga

satu meter dan diikat dengan

tali menggunakan simpulan

dan ikatan yang sesuai.

 Boleh dibuat secara paling
ringkas, yakni tanpa
bumbung atau boleh juga
dibuat dengan berbumbung.

 Untuk menjimatkan ruang,
gajet atau rak ini boleh dibuat
secara bertingkat-tingkat.

Tempat  Ia dapat menjaga akan
Buangan kebersihan kawasan khemah.

Sampah  Gajet tersebut dibina di
bahagian belakang iaitu
berdekatan dengan rak dapur
dan ditutup sentiasa untuk
mengelakkan lalat serta
serangga lain mengerumuni
atau berkumpul dalam tempat
sampah.

50


Click to View FlipBook Version