The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEKSYEN SUMBER MANUSIA & ORGANISASI
KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hermie, 2022-09-09 05:31:56

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD.

SEKSYEN SUMBER MANUSIA & ORGANISASI
KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH

Keywords: SEKSYEN SUMBER MANUSIA & ORGANISASI

1

KOLEJ POLY-TECH MARA SDN.BHD

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN
KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD.

(KEMASKINI SEHINGGA PEKELILING JSM YANG DILULUSKAN DALAM
MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KPTMSB
BIL.04/2022 PADA 22 APRIL 2022)

ISTILAH TAFSIRAN

Syarikat Ertinya Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang ditubuhkan
di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak seksyen 12 (1) Akta IPTS
1996 (Akta 555)

Lembaga Ertinya Lembaga Pengarah Syarikat

MARA Ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis
Amanah Rakyat 1966

Kolej Ertinya Kolej Poly-Tech MARA yang ditubuhkan oleh syarikat didaftarkan
sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta IPTS 1996
(Akta 555) termasuk kolej cawangan dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA
(KUPTM).

Rektor / Ketua Pegawai Ertinya Eksekutif Tertinggi yang dilantik oleh Majlis MARA bagi mengurus

Eksekutif dan mentadbir operasi Kolej / Syarikat.

Ketua Jabatan Ertinya seseorang staf yang bertanggungjawab bagi sesuatu Kampus
Cawangan /Jabatan/Bahagian/Seksyen atau staf yang diberi kuasa oleh
Lembaga/Syarikat untuk menjalankan fungsi-fungsi seorang ketua
Jabatan/Bahagian/Seksyen bagi sesuatu tempoh masa.

Staf Ertinya seseorang yang diambil bekerja secara tetap, kontrak, atau
sementara oleh Syarikat dan dibayar emolumen oleh Syarikat dan
termasuklah seseorang yang dipinjamkan kepada Syarikat.

Kenaikan Pangkat Ertinya kenaikan pangkat yang seseorang staf itu ada harapan untuk
mendapatnya mengikut skim perkhidmatannya, iaitu kenaikan pangkat dari
satu tangga gaji ke satu tangga gaji yang lebih tinggi dalam satu skim yang
sama.

Lantikan Termasuk lantikan pertama ke perkhidmatan Syarikat dan sebarang
pelantikan staf sedang berkhidmat ke dalam skim perkhidmatan yang lain.

Pihak Kuasa Melantik Ertinya Jawatankuasa atau badan atau individu dalam jawatan tertentu yang
diberi kuasa oleh Lembaga untuk membuat pelantikan staf dalam
perkhidmatan Syarikat.

Staf Tetap Ertinya staf yang dilantik secara tetap dan dikehendaki melalui satu tempoh
percubaan selama enam (6 bulan) hingga dua belas (12) bulan.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Staf Kontrak Ertinya seseorang staf yang dilantik bagi tempoh masa tertentu dan
memerlukan menandatangani surat perjanjian yang mana tempohnya tidak
melebihi dua (2) tahun dalam satu-satu tempoh perlantikan.

Staf Sementara Ertinya seseorang staf yang dilantik dan dibayar gaji bulan dan tempohnya
tertakluk kepada keperluan semasa.

Staf Sambilan Ertinya staf yang dilantik dan dibayar gaji mengikut hari bekerja
berdasarkan kepada gred gaji jawatan berkenaan dan tempohnya tertakluk
kepada keperluan semasa.

Staf Separuh Masa Ertinya staf yang dilantik dan dibayar gaji mengikut jam bekerja dan
tempohnya tertakluk kepada keperluan semasa. Kadar bayaran adalah
tertakluk kepada kadar yang diputuskan oleh mana-mana Pekelililng KPTM
atau Rektor / Ketua Pegawai Eksekutif.

Perkhidmatan Ertinya staf yang dipinjamkan oleh Syarikat untuk berkhidmat dengan
Pinjaman mana-mana institusi atau badan-badan di bawah kendalian MARA
mengikut syarat-syarat khas yang ditetapkan dan bagi masa yang tertentu
atau staf daripada mana-mana organisasi yang dipinjamkan untuk
berkhidmat dengan Syarikat.

Perkhidmatan Dagang Ertinya staf bukan warganegara yang didatangkan dari negara asing untuk
mengisi jawatan-jawatan tertentu dan dilantik secara kontrak.

Pejabat Ertinya satu lingkungan kawasan seperti dibawah yang dikira dari pejabat
atau tempat seseorang itu melaporkan diri untuk bertugas.
a) bila dihubungi dengan jalanraya – 25km
b) bila dihubungi dengan jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan

bermotor – 16km
c) bila dihubungi dengan jalan sungai – 8km

Tugas Rasmi Ertinya tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat termasuk menghadiri
kursus-kursus, seminar dan mana-mana persidangan yang dianjurkan /
diluluskan oleh syarikat.

Stesen Ertinya satu lingkungan kawasan 33 km dari rumah lama ke rumah baru
(bagi tujuan bertukar ke tempat bertugas atau berpindah rumah).

Pegawai diberi kuasa Ertinya staf yang diberi kuasa oleh Syarikat atau Lembaga dari semasa ke
semasa.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Cuti Ertinya sebarang tempoh staf itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan
peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai
berhenti kerja.

Cuti Menjaga Anak Ertinya cuti bergaji penuh sepanjang tempoh layak kuarantin kepada staf
Yang Dikuarantin Atau yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
Memerlukan
Pengasingan

Cuti Sakit Ertinya cuti bergaji penuh yang diberi kerana atas sebab-sebab perubatan
dan dengan mengemukakan sijil sakit dari pegawai perubatan/doktor.

Cuti Tahunan Ertinya cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang
melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.

Cuti Tanpa Gaji Ertinya cuti tanpa gaji yang diambil atas sebab-sebab tertentu dan
diluluskan oleh Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif atau Lembaga.

Jawatankuasa Ertinya jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga bagi menjalankan tugas-
tugas lembaga.

Keluarga staf Ertinya bagi staf lelaki, isteri dan anak-anaknya; bagi staf perempuan, suami
dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang
ditanggung sepenuhnya oleh staf yang berumur di bawah 18 tahun atau
sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun,
bagi anak-anak yang istimewa disebabkan oleh kelemahan otak atau
jasmani, had-had umur ini tidak akan terpakai. Istilah ‘anak’ ini termasuk
juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-
undang.

Klinik Ertinya mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Kuarantin Ertinya sekatan kebebasan seorang staf yang mengidap penyakit berjangkit
dan diperakukan perlu dikuarantin

Hospital Kerajaan Ertinya mana-mana Hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana Hospital
Universiti, Klinik Kerajaan dan lain-lain Yayasan Perubatan Persekututan
tetapi tidak termasuk anak-anak syarikat hospital atau pusat perubatan
berkenaan.

Yayasan Perubatan Ertinya sebarang Hospital dan Yayasan Perubatan yang diisytiharkan oleh
Persekutuan Kerajaan sebagai Yayasan Perubatan Persekutuan dari semasa ke semasa.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Bersalin Ertinya kandungan yang dilahirkan pada ketika berusia 28 minggu dan ke
Kerja Lebih Masa atas.

Ertinya kerja yang dilakukan melebihi masa bekerja biasa dalam sehari yang
tertakluk kepada Akta Kerja 1955.

NOTA:

1. Jika terdapat sebarang terma atau syarat yang terkandung dalam peraturan ini dimana
interpretasi atau pentafsirannya wujud kekeliruan, maka pentafsir atau interpretasi yang
mutlak adalah atas budi bicara Rektor/ Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat sepenuhnya.

2. Syarat dan terma perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada perubahan, semakan semula
dan pindaan oleh Syarikat berasaskan kepada keperluan semasa.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB A :
PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB A : PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
1. PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN
2. TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN
3. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN
4. PENAMATAN PERKHIDMATAN
5. KENAIKAN PANGKAT
6. PERSARAAN DALAM PERKHIDMATAN
7. PEKERJA JAWATAN SEMENTARA
8. PENGURUSAN PRESTASI PEKERJA
9. KENAIKAN GAJI TAHUNAN
10. PENGURUSAN GAJI DAN UPAH
11. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
12. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
13. BONUS

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

1. PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN

1.1 Syarikat boleh melantik mana-mana calon yang mempunyai kelayakan dan
pengalaman mengikut kategori jawatan sepertimana yang ditetapkan dari masa ke
semasa serta memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Lulus ujian kelayakan/temuduga yang dijalankan oleh Syarikat;
iii. Lulus sepenuhnya pemeriksaan kesihatan dari klinik yang diakui/berdaftar dengan

Kementerian Kesihatan Malaysia
iv. Mengesahkan secara bertulis untuk menerima, faham dan bersetuju mematuhi

Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Syarikat.

1.2 Calon-calon bukan warganegara yang diperlukan oleh sebab ketiadaan calon-calon
warganegara sendiri yang berkelayakan dalam tugas-tugas tertentu hanya boleh
dilantik secara kontrak atau sementara atas kebenaran dan syarat-syarat khas Kerajaan
dan hanya bagi masa yang terhad sahaja.

1.3 Jika seseorang staf yang telah dilantik didapati telah memberi maklumat palsu atau
mengelirukan dalam kenyataan yang diberikan dalam dokumen permohonan
pekerjaan atau mana-mana borang maklumat staf yang diperlukan oleh syarikat, maka
syarikat boleh mengambil tindakan memberhentikan beliau serta merta atau
mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya.

1.4 Bekas-bekas staf yang telah berhenti, dibuang atau ditamatkan dari perkhidmatan
Syarikat tidak boleh diambil balik berkhidmat dalam apa jua jawatan melainkan
dengan kebenaran khas daripada Lembaga.

1.5 Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan Syarikat hendaklah mengikut skim-skim
perkhidmatan yang diluluskan oleh Lembaga. Sebarang syarat yang berlainan
daripada skim perkhidmatan yang telah diluluskan hendaklah mendapat persetujuan
daripada Lembaga.

1.6 Di mana dalam satu-satu skim perkhidmatan atau iklan-iklan kekosongan ada timbul
keraguan tentang maksud kelulusan- kelulusan (kelayakan akademik) yang setaraf,
maka perkara itu hendaklah dirujuk kepada Lembaga untuk penentuan.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

1.7 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan Surat Penerimaan jawatan
calon-calon berserta dengan Sijil Akuan Doktor dan Surat Sumpah yang telah
disempurnakan telah diterima daripada staf berkenaan semasa mereka melapor diri
untuk mula bertugas. Syarikat berhak menahan pembayaran emolumen kepada
staf berkenaan sehingga semua dokumen tersebut disempurnakan.

1.8 Tarikh pelantikan seseorang pekerja baru adalah tarikh melapor diri untuk bertugas.

1.9 Seseorang staf yang dilantik buat pertama kalinya oleh Syarikat akan dibayar gaji
minimum dalam gred jawatan yang dimasukinya. Walau bagaimanapun, Syarikat
boleh menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum mengikut
kesesuaian, kelayakan atau pengalaman.

1.10 Tertakluk kepada peruntukan jawatan yang telah diluluskan oleh Lembaga, kuasa
meluluskan pelantikan bagi staf dalam kumpulan sokongan ialah Rektor/Ketua
Pegawai Eksekutif. Manakala bagi staf dalam kumpulan lain, kuasa meluluskan
pelantikan adalah Lembaga.

2. TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN

2.1 Seorang staf yang dilantik ke jawatan tetap dalam perkhidmatan Syarikat dikehendaki
menjalani tempoh percubaan selama enam (6) bulan hingga dua belas (12) bulan.

2.2 Staf yang tamat tempoh percubaan dengan jayanya dan memuaskan serta diakui oleh
Ketua Bahagian masing-masing layak dipertimbangkan untuk disahkan dalam jawatan
setelah mendapat perakuan daripada Ketua Bahagian masing-masing. Syarikat akan
memaklumkan pengesahan dalam jawatan staf secara bertulis.

2.3 Bagi kes di mana tempoh percubaan yang maksimum telah tamat (lapsed), staf
berkenaan tidak boleh dianggap staf yang telah disahkan dalam jawatan sehingga
dimaklumkan oleh Syarikat secara bertulis.

2.4 Staf dalam tempoh percubaan yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang
memuaskan boleh ditamatkan dari perkhidmatannya.

2.5 Kuasa mengesahkan dalam jawatan atau menamatkan perkhidmatan seseorang staf
hendaklah sama atau lebih tinggi daripada kuasa yang telah membuat pelantikannya.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

3. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN

3.1 Staf yang dilantik boleh ditukar dan ditempatkan di mana-mana kampus cawangan,
jabatan, bahagian, unit yang difikirkan sesuai dari semasa ke semasa.

3.2 Pertukaran dan penempatan staf hendaklah diluluskan oleh Rektor/ Ketua Pegawai
Eksekutif, kecuali bagi pertukaran jawatan-jawatan yang telah/perlu diluluskan oleh
Lembaga. Sebarang pertukaran yang telah diluluskan oleh Lembaga perlu
dikemukakan semula kepada Lembaga sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk
membuat pertukaran.

3.3 Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang ingkar perintah Syarikat untuk
bertukar tempat bertugas.

3.4 Seseorang staf boleh dipinjamkan oleh syarikat untuk berkhidmat dengan mana-mana
institusi-institusi atau badan-badan di bawah kendalian MARA mengikut syarat-syarat
khas yang ditetapkan dan bagi masa yang tertentu.

4. PENAMATAN PERKHIDMATAN

4.1 Seseorang staf yang ingin menamatkan perkhidmatan (meletakkan jawatan) perlu
menghantar notis berhenti kerja / membayar ganti notis seperti berikut:

Status Jawatan Tempoh Notis/Bayaran Ganti Notis

Tetap Tiga (3) bulan notis atau membayar tiga (3) bulan gaji

Kontrak/ Satu (1) bulan notis atau membayar satu (1) bulan gaji
Sementara ATAU mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam
surat tawaran/ kontrak perkhidmatan

4.2 Walau bagaimanapun, staf yang mempunyai ikatan/ kontrak perkhidmatan dengan
syarikat seperti syarat dikehendaki berkhidmat bagi sesuatu tempoh masa tertentu
yang belum selesai lagi atau mempunyai hutang-piutang dengan syarikat dikehendaki
menyelesaikan segala urusan ikatannya sebelum notis -notis seperti di Peraturan 4.1
boleh diluluskan.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

4.3 Staf yang sama ada tertakluk atau tidak di bawah Akta Kerja 1955 adalah dianggap
menamatkan perkhidmatannya sekiranya beliau tidak hadir bertugas di tempat
kerjanya selama lebih dari tiga (3) hari bekerja berturut-turut tanpa sebarang kelulusan
untuk bercuti dari penyelianya tanpa menghubungi atau cuba menghubungi pihak
syarikat mengenai ketidakhadirannya itu dengan kadar yang paling segera.

4.4 Notis berhenti kerja hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan yang akan
memanjangkannya kepada Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif.

4.5 Syarikat berhak untuk memberhentikan stafnya atas sebab pengecilan syarikat
dan/atau lebihan perkhidmatan. Pemberhentian tersebut hendaklah dengan memberi
notis kepada staf tersebut berdasarkan jangka masa berikut:

Tempoh Perkhidmatan Notis
Kurang dari 2 tahun 4 minggu
2 hingga 5 tahun 6 minggu
5 hingga 10 tahun 8 minggu
Lebih dari 10 tahun 10 minggu

4.6 Selain daripada pemberian notis menurut Peraturan 4.5, staf hendaklah juga dibayar
faedah pemberhentian secara sekaligus (lump sum) berasaskan pengiraan berikut :

Tempoh Perkhidmatan Gantirugi
Kurang dari 2 tahun 10 hari gaji akhir setiap genap setahun perkhidmatan
dan prorata bagi perkhidmatan tidak genap setahun
2 hingga 5 tahun 15 hari gaji akhir setiap genap setahun perkhidmatan
dan prorata bagi perkhidmatan tidak genap setahun
5 hingga 10 tahun 20 hari gaji akhir setiap genap setahun perkhidmatan
dan prorata bagi perkhidmatan tidak genap setahun
Lebih dari 10 tahun 30 hari gaji akhir setiap genap setahun perkhidmatan
dan prorata bagi perkhidmatan tidak genap setahun

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

5. KENAIKAN PANGKAT/GRED

5.1 Syarikat dengan budi bicaranya boleh mempertimbangkan kenaikan pangkat/gred
staf yang berkelayakan apabila berlakunya kekosongan jawatan.

5.2 Keutamaan bagi syarikat dalam membuat pertimbangan bagi kenaikan pangkat/gred
akan diberikan kepada staf syarikat yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan
potensi bagi mengisi jawatan di gred jawatan yang lebih tinggi.

5.3 Kenaikan pangkat/gred hanya diguna pakai bagi staf yang telah melalui penilaian
prestasi kerja tahunan berdasarkan kepada kriteria berikut:

(a) Telah disahkan dalam jawatan.
(b) Mencapai sekurang-kurangnya prestasi kerja yang baik atau cemerlang untuk

dua (2) tahun berturut-turut dalam penilaian prestasi kerja tahunan dan/atau
memiliki rekod perkhidmatan yang baik dengan sokongan daripada penyelia
pekerja (Ketua Bahagian).
(c) Memiliki kemahiran dan kebolehan yang sesuai dengan jawatan yang kosong.
(d) Kekananan di dalam perkhidmatan hanya akan diambilkira apabila terdapat dua
atau lebih pekerja yang didapati mempunyai kebolehan yang sama.

5.4 Staf yang dinaikkan pangkat/gred ke satu jawatan yang lebih tinggi, peletakan ke
tangga gaji baharu itu hendaklah mengikut peraturan ini :

(i) Jika gaji akhir dalam tangga gaji gred lamanya adalah lebih rendah daripada gaji
permulaan dalam tangga gaji gred barunya, ia akan menerima gaji permulaan
dalam tangga gaji gred barunya.

(ii) Jika gaji akhir dalam tangga gaji gred lamanya adalah sama atau lebih tinggi
daripada gaji permulaan dalam tangga gaji gred barunya, dia akan mendapat
gaji di mata tertinggi yang berhampiran dalam tangga gaji gred barunya itu.

(iii) Walau bagaimanapun, perletakan ke tangga gaji yang berlainan daripada
Peraturan (i) & (ii) boleh ditentukan oleh Lembaga.

5.5 Staf yang dinaikkan pangkat / gred dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama
enam (6) hingga dua belas (12) bulan. Jika staf berkenaan gagal disahkan dalam
jawatan baru tersebut, maka staf berkenaan perlu kembali ke gred jawatan yang asal
pada tangga gaji akhir yang diterima pada gred jawatan tersebut.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

5.6 Tarikh kekananan seseorang staf akan ditentukan mengikut tarikh pelantikannya.
Seseorang staf yang dikembalikan ke jawatan lamanya, akan terus memegang
kekananan asalnya dalam jawatan lamanya itu.

6. PERSARAAN DALAM PERKHIDMATAN

6.1 Umur bersara wajib bagi staf adalah 60 tahun.

6.2 Ketua Pegawai Eksekutif, atas budi bicara boleh meluluskan permohonan staf yang
hendak bersara pada umur 58 tahun.

6.3 Staf yang telah memilih umur persaraan pilihan pada umur 58 tahun mengikut
Pekeliling KPTM JSM Bil.07/2013 akan kekal bersara pada umur 58 tahun.

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil.07/2013 dan Cabutan Minit
Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan, Pemilihan & Kenaikan Pangkat KPTMSB

ke 02/2020 pada 8 Oktober 2020.

7. PEKERJA JAWATAN SEMENTARA

7.1 Syarikat boleh mengambil staf jawatan sementara (tiada peruntukan jawatan yang
telah diluluskan oleh Lembaga) untuk jangkamasa pendek misalnya syarikat
menghadapi situasi di mana wujud pertambahan beban kerja yang luar biasa. Dimana
syarat-syarat perkhidmatan tidak terkandung dalam Peraturan Perkhidmatan KPTMSB,
ianya akan ditentukan oleh Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif.

8. PENGURUSAN PRESTASI KERJA / KENAIKAN GAJI TAHUNAN

8.1 Pergerakan gaji tahunan ialah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji
berikutnya di peringkat yang sama tertakluk kepada syarat mencapai prestasi yang
memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

8.2 Prestasi seseorang pekerja akan dinilai berdasarkan kepada tugas dan tanggungjawab
semasa yang ditentukan mengikut jawatan dan gred jawatan di mana staf berkenaan
ditempatkan.

8.3 Staf dalam perkhidmatan sementara/sambilan tidak layak menerima kenaikan gaji
tahunan. Walau bagaimanapun, bagi staf kontrak, kenaikan gaji tahunan hanya boleh
diluluskan tertakluk kepada kelulusan Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

8.4 Tarikh kenaikan gaji tahunan staf yang berjawatan tetap akan ditentukan seperti
berikut:

Tarikh Lantikan Tarikh Kenaikan Gaji
1 Januari - 31 Mac 1 Januari
1 April
1 April - 30 Jun 1 Julai
1 Julai - 30 September 1 Oktober
1 Oktober - 31 Disember

8.5 Bagi staf kontrak yang diluluskan kenaikan gaji tahunan, tarikh kenaikan gaji tahunan
adalah tarikh ulang tahun perkhidmatannya.

8.6 Untuk kenaikan gaji maksimum (gaji mati), hanya akan diberi kepada staf yang telah
mencapai gaji maksimum (gaji mati) sebanyak 2% setahun mengikut syarat kelayakan
yang hanya boleh diluluskan tertakluk kepada kelulusan Rektor/Ketua Pegawai
Eksekutif.

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 04/2014

9. PENGURUSAN GAJI DAN UPAH

9.1 Semua staf akan menerima gaji bulanan tidak lebih daripada hari ke tujuh (7) pada
bulan berikutnya. Selain daripada pemakluman oleh Syarikat, gaji bulanan akan
dikreditkan dalam akaun bank staf seperti yang dinyatakan oleh Syarikat.

9.2 Jika berlaku sebarang kes seperti staf berhenti atau diberhentikan, syarikat berhak
untuk menahan gaji staf pada bulan tersebut sehingga staf tersebut menyelesaikan
segala hutang atau memulangkan harta milik syarikat.

10. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
10.1 Syarikat dan staf dikehendaki mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) atas kadar minima yang ditetapkan oleh Akta KWSP 1991.

10.2 Caruman syarikat dan staf adalah tertakluk kepada jadual dan peraturan semasa
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

11. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
11.1 Syarikat dan staf dikehendaki mencarum kepada Pertubuhan Kebajikan Sosial di
bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta Akta Sistem Insurans Pekerjaan
2017 (Akta 800) yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2018.
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil.03/2018

12. BONUS
12.1 Pembayaran bonus adalah tertakluk kepada budi bicara Lembaga Pengarah Syarikat
sepenuhnya.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB B:
ELAUN – ELAUN DAN KEMUDAHAN DALAM

PERKHIDMATAN

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB B: ELAUN – ELAUN DAN KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN

1. BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGARA
1.1 Bertugas Rasmi di dalam Negara
1.2 Elaun Makan
1.3 Elaun Tambahan
1.4 Bayaran Sewa Hotel
1.5 Elaun Perjalanan Kenderaan
1.6 Tambang Gantian
1.7 Tambang Pengangkutan Awam
1.8 Belanja Pelbagai
1.9 Pendahuluan Diri

2. BERTUKAR TEMPAT BERTUGAS
2.1 Bertukar tempat bertugas dan berpindah rumah.

3. BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA
3.1 Bertugas rasmi di luar negara
3.2 Elaun Makan dan Elaun Harian
3.3 Bayaran Sewa Hotel
3.4 Tiada Elaun Bila Disediakan Makanan/Lojing
3.5 Belanja Pelbagai
3.6 Elaun Pakaian Panas

4. ELAUN-ELAUN PELBAGAI
4.1 Elaun Memangku
4.2 Elaun Menanggung Kerja

5. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN YANG DIPERTIMBANGKAN
5.1 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir di Mahkamah
5.2 Kemudahan Pinjaman Membeli Komputer
5.3 Kemudahan Pengurusan Jenazah

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

1. BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGARA

1.1 Bertugas Rasmi di dalam Negara

(i) Kelulusan bertugas rasmi dalam negara hendaklah diperolehi daripada Ketua
Jabatan masing-masing atau pegawai yang diberi kuasa.

(ii) Seseorang staf yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya di
dalam negara adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut
kadar-kadar dan syarat-syarat dibawah.

1.2 Elaun Makan

(i) Seseorang staf yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya bagi tempoh
24 jam atau lebih (bermalam) yang dikira mulai waktu bertolak adalah layak
menuntut elaun makan mengikut kadar-kadar seperti berikut:

Gred / Kategori Semenanjung Malaysia, Sabah (termasuk
Kalimantan dan Selatan Labuan / Sarawak)
Gred M3
Gred M1 – M2 Thailand RM165.00
Gred RM115.00 RM130.00
W/L/F/A/AN (4 – RM100.00 RM115.00
6) RM85.00
Gred RM80.00
E/W/L/F/A/AN (1 – RM70.00
3) RM55.00
SN1 – SN3 RM50.00
D1 – D3 RM45.00
AA P1 – AA P3 RM40.00
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 23/2013

(ii) Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh
Syarikat, Penganjur atau lain-lain badan. Sekiranya sebahagian daripada

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

kemudahan makan disediakan, staf hanya layak menuntut bahagian makan yang
tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:

Bil Istilah Tafsiran Kadar
1. Sarapan pagi
Mulai jam 6.00 pagi hingga 20% daripada elaun

jam 10.00 pagi makan

2. Makan tengahari Mulai jam 12.30 tengahari 40% daripada elaun

hingga jam 2.30 petang makan

3. Makan malam Mulai jam 6.30 petang hingga 40% daripada elaun

jam 12.00 tengah malam makan

Dipadankan Dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 14/2009

(iii) Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang tunai bagi
menampung perbelanjaan makan tersebut maka staf hanya layak menuntut
perbezaannya.

(iv) Staf yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya bagi tempoh melebihi
8 jam pada hari bekerja biasa atau melebihi 5 jam pada hari cuti mingguan/
umum/ Sabtu tidak bekerja yang dikira mulai waktu bertolak adalah layak
membuat tuntutan elaun mengikut kadar seperti di Peraturan 1.2 (ii).
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 02/2010

1.3 Elaun Tambahan

(i) Elaun ini hanya layak dituntut oleh staf yang tidak layak membuat tuntutan kerja
lebih masa sahaja.

(ii) Seseorang staf yang menjalankan tugas rasmi dalam lingkungan pejabat selepas
/ di luar waktu bekerja pejabat adalah layak menuntut elaun tambahan mengikut
kadar berikut;

Kumpulan Eksekutif, Pensyarah dan ke atas

Cuti Mingguan & Cuti Umum

Bagi kerja yang Bagi kerja yang melebihi

melebihi 5 jam 8 jam

RM25.00 RM50.00

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 13/2009

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

1.4 Bayaran Sewa Hotel

(i) Seseorang staf yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat dan perlu menginap
adalah layak menuntut bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit tertakluk
kepada had maksimum atau elaun lojing mengikut kadar- kadar seperti berikut:

(a) Semenanjung Malaysia, Kalimantan, Selatan Thailand (DALAM

NEGARA)

Gred/Kategori Bayaran Sewa Hotel (Maksimum) Elaun Lojing

Gred M3 Kos Sebenar (Standard Suite) RM80.00

Gred M1-M2 Kos Sebenar (Bilik Deluxe) RM80.00

Gred E/W/L/F/A/AN Kos Sebenar (Bilik Standard) RM70.00
(4 – 6)

Gred E/W/L/F/A/AN RM200.00 RM60.00
1-3

SN1 – SN3

D1 – D3 RM160.00 RM40.00
AA P1 – AA P3

AAN P1–AAN P3

S1 – S5 RM140.00 RM35.00

(b) Sabah/Sarawak dan WP Labuan

Gred/Kategori Bayaran Sewa Hotel (Maksimum) Elaun Lojing
RM85.00
Gred M3 Kos Sebenar (Standard Suite) RM85.00
RM75.00
Gred M1-M2 Kos Sebenar (Bilik Deluxe) RM65.00

Gred E/W/L/F/A/AN Kos Sebenar (Bilik Standard) RM45.00
(4 – 6)
RM40.00
Gred E/W/L/F/A/AN RM220.00
1-3

SN1 – SN3

D1 – D3 RM180.00
AA P1 – AA P3

AAN P1–AAN P3

S1 – S5 RM160.00

Nota: Jika berlaku ketiadaan bilik yang bersesuaian dengan kelayakan, kuasa
meluluskan untuk menginap di bilik yang lebih tinggi daripada kadar kelayakan

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

adalah Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan Pengerusi KPTMSB / KPTM
sahaja.

(ii) Seseorang staf layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan
yang terwajib ke atas sewa hotel yang mesti dicatat dalam bil sebagai tambahan
kepada maksimum kelayakannya.

(iii) Seseorang staf tidak layak menuntut bayaran sewa hotel atau elaun lojing jika
tempat penginapan disediakan olah Syarikat, Penganjur atau lain-lain badan.

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 23/2013

1.5 Elaun Perjalanan Kenderaan

(i) Seseorang staf yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas
rasmi sama ada di dalam atau di luar pejabatnya adalah layak menuntut elaun
perjalanan kenderaan mengikut kadar-kadar seperti berikut:

Jenis Kenderaan Kadar
Kereta  80sen/km untuk 500 km pertama
 70sen/km untuk kilometer seterusnya
Motorsikal  40 sen/km

(ii) Seseorang staf yang menggunakan kenderaan yang disediakan olah syarikat atau
penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut elaun
perjalanan kenderaan.

(iii) Seseorang staf dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau
keretapi bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus
oleh kapal terbang atau keretapi dan oleh itu tidak layak menuntut elaun
perjalanan kenderaan melainkan di dalan keadaan-keadaan seperti berikut:

(a) Jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240 km;
(b) Apabila seseorang staf dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di

beberapa tempat sepanjang perjalanannya;
(c) Apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang staf berkenderaan

sendiri; dan

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(d) Apabila seseorang staf mustahak dan terpaksa membawa staf lain sebagai
penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi.

(iv) Kelayakan kelas tempat duduk penerbangan dalam dan luar negara bagi staf
adalah seperti berikut:

Gred/Kategori Kelas
Ketua Pegawai Eksekutif Gred M2 Bisnes
/Pengurusan Tertinggi Gred M1
Staf lain Ekonomi

(a) Kemudahan untuk memilih ‘Hot Seat’ atau apa jua gelaran seumpamanya
kepada staf KPTMSB yang menyandang gred E/A/W/F/L 6 dan ke atas
sahaja.

(b) Peruntukan makan dan minum dalam penerbangan diberikan kepada staf
KPTMSB untuk semua peringkat jawatan. Kelayakan ini diberikan kepada
penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya
serta ke luar negara sahaja. Sekiranya kemudahan ini digunakan oleh staf
semasa penerbangan, staf hanya layak menuntut bahagian makanan yang
tidak disediakan sahaja sebagaimana Bab B (1.2).

(c) Kemudahan jumlah berat (kg) yang dibenarkan untuk bagasi semasa
melaksanakan tugasan rasmi adalah seperti berikut:

(i) Penerbangan harian (pergi dan balik pada hari yang sama) adalah
tidak layak mendapat kemudahan ini.

(ii) Tugasan rasmi lebih dari satu (1) hari, adalah dibenarkan mendapat
kemudahan bagasi sekurang-kurang 15 kg seorang atau jumlah
minima yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

(iii) Walaubagaimanapun, jika perkara (i) dan (ii) di atas atau pun
sebarang keperluan lain yang memerlukan tambahan berat (kg)
bagasi, staf hendaklah memohon kelulusan Pengarah / Pengarah
Kanan / Naib Canselor.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Nota: Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif diberi kuasa untuk menentukan kelas kapal
terbang selain dari kelas yang dinyatakan di atas, mengikut situasi semasa
dan/atau kedudukan kewangan syarikat.

Dipadankan dengan Pekeliling JSM Bil.01/2020

1.6 Tambang Gantian

(i) Seseorang staf yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di satu
tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240 km daripada pejabatnya dan terdapat
perkhidmatan terus kapal terbang atau keretapi layak menuntut tambang
gantian mengikut kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan
kelayakannya iaitu bersamaan dengan tambang kapal terbang atau kereta api,
mengikut mana yang berkenaan dengan syarat dinyatakan di dalam baucar
tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaan sendiri;

(ii) Seseorang staf yang menuntut tambang gantian tidak layak menuntut apa-apa
tambang atau bayaran tambahan yang bersabit dengan perjalanan kapal terbang
atau keretapi seperti tambang dari lapangan terbang/stesen keretapi ke tempat
penginapan dan sebaliknya, bayaran cukai lapangan terbang atau bayaran
tempat tidur dalam keretapi (berth charges); dan

(iii) Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat bertugas rasmi
adalah layak dituntut.

1.7 Tambang Pengangkutan Awam

Seseorang staf yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang
disediakan oleh syarikat atau Penganjur bagi menjalankan tugas rasmi samada di
dalam atau di luar pejabatnya adalah layak menuntut tambang pengangkutan awam
mengikut syarat-syarat berikut:

(i) Teksi/kereta sewa/bas/jenis pengangkutan lain dalam kategori ini;
Tambang sebenar yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan tersebut;

(ii) Keretapi/kapal laut/jenis pengangkutan lain dalam kategori ini;
(a) Kategori Pensyarah/Eksekutif dan ke atas – Kelas Satu
(b) Kategori Sokongan – Kelas Dua

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

1.8 BELANJA PELBAGAI

Seseorang staf sama ada bertugas di dalam atau luar pejabatnya adalah layak
menuntut belanja pelbagai seperti berikut:

(i) Bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi;
(ii) Belanja dobi yang disokong dengan resit apabila staf menginap di luar pejabat

tidak kurang dari 3 malam.
(iii) Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;
(iv) Bayaran “excess baggage” untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan

resit;
(v) Bayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong dengan resit.

1.9 PENDAHULUAN DIRI

Seseorang staf yang dikehendaki bertugas rasmi di luar pejabat sama ada di dalam
atau luar negara adalah layak memohon pendahuluan diri tertakluk kepada syarat-
syarat seperti berikut:

(i) elaun dan bayaran yang layak adalah hanya Elaun Makan dan Bayaran Sewa
Hotel bagi hari-hari yang terlibat sahaja;

(ii) Permohonan bagi pendahuluan diri hendaklah dikemukakan melalui Ketua
Jabatan dan diluluskan oleh Pegawai diberi kuasa. Permohonan Pendahuluan Diri
hendaklah dikemukakan tujuh (7) hari bekerja sebelum seseorang staf itu
bertolak untuk menjalankan tugas rasminya;

(iii) pemberian pendahuluan diri tidak boleh dianggap sebagai satu kelulusan
membuat lawatan ke luar negara;

(iv) Seseorang staf yang telah diberi pendahuluan diri hendaklah membayar balik
pendahuluan diri itu melalui tuntutan perjalanannya. Tuntutan tersebut
hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan tidak lewat daripada 10
haribulan, bulan yang berikutnya. Sekiranya jumlah tuntutan perjalanan itu
kurang daripada jumlah pendahuluan diri yang diambil, Bahagian Kewangan
hendaklah mendapatkan baki pendahuluan diri yang belum selesai itu dari staf
itu sendiri semasa staf tersebut mengemukakan tuntutan perjalanannya.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Sekiranya seseorang staf gagal membayar balik pendahuluan diri menurut
tempoh yang ditetapkan, Bahagian Kewangan hendaklah memotong gaji staf
berkenaan.

(v) Seseorang staf tidak layak diberi sebarang pendahuluan diri selanjutnya jika
beliau belum menjelaskan sepenuhnya sebarang pendahuluan diri berkaitan
dengan tuntutan perjalanan yang telah diluluskan kepadanya.

2. BERTUKAR TEMPAT BERTUGAS

2.1 Bertukar tempat bertugas dan berpindah rumah.

Seseorang staf yang bertukar tempat bertugas dan berpindah rumah adalah layak
menuntut elaun, kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan pertukaran
tersebut mengikut syarat-syarat dan kadar-kadar seperti berikut:

(i) Kelayakan dan Syarat-syarat tuntutan :

a) Staf yang bertukar ke luar stesen iaitu staf yang bertukar, berpindah rumah
dan mendiami rumah berkenaan sahaja layak menuntut elaun pertukaran.

b) Tuntutan hanya boleh dibuat oleh staf yang diarah bertukar oleh Pegawai
diberi kuasa;

c) Walaubagaimanapun peruntukan-peruntukan di atas, seorang staf yang
bertukar dalam stesen tidak layak menuntut elaun, kemudahan dan
bayaran bagi pertukaran tersebut;

(ii) Kadar bayaran

Kadar bayaran elaun pertukaran tempat bertugas dan berpindah rumah adalah
seperti berikut:

(a) Jika pertukaran tempat bertugas dan berpindah rumah yang melebihi
100km dari tempat bertugasnya yang terdahulu, kadar bayaran elaun
pertukaran adalah seperti berikut:

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Keluarga Elaun Sewa Elaun Elaun
Kategori/ Makan Hotel Pemberian Pengangkutan
Gred (dengan Pindahan
RM 600 resit)
Gred M3 RM 3000 RM 1000

Gred M1– M2 RM 420 RM 1800 RM 900

Gred E/W/L/F/A/AN 4 – 6 RM 315 RM 1600 RM 800 Sebenar dengan
Gred E/W/L/F/A/AN 1 - 3 RM 280 RM 1250 RM 700 resit tetapi tidak
SN1 – SN3 RM 245 RM 800 RM 600
D1 – D3 melebihi
AA P1 – AA P3 RM 224 RM 700 RM 2,000.00
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5 RM 500

Bujang Elaun Sewa Elaun Elaun
Kategori/ Makan Hotel Pemberian Pengangkutan
Gred (degan resit) Pindahan
RM 300 RM 1500
Gred M3 RM 500

Gred M1– M2 RM 210 RM 900 RM 450

Gred E/W/L/F/A/AN 4 – RM 160 RM 620 RM 400 Sebenar dengan
6) RM 600 resit tetapi tidak
RM 400 RM 350
Gred E/W/L/F/A/AN 1 - 3 RM 140 RM 300 melebihi
SN1 – SN3 RM 120 RM 350 RM 1,000.00
D1 – D3
AA P1 – AA P3 RM 110 RM 250
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

b) Jika pertukaran tempat bertugas dan berpindah rumah yang jaraknya
Keluarga kurang dari seratus (100) km tetapi di luar stesen, kadar bayaran elaun
pertukaran adalah seperti berikut:

Kategori/Gred Elaun Sewa Elaun Elaun
Makan Hotel Pemberian Pengangkutan
Gred M3 RM 240 (dengan resit) Pindahan
Gred M1– M2 RM 160 RM 1200
Gred E/W/L/F/A/AN 4 RM 126 RM 720 RM 750
–6 RM 675
Gred E/W/L/F/A/AN 1 RM 112
-3 RM 640 RM 600 Sebenar dengan
SN1 – SN3 RM 98 RM 500 RM 525 resit tetapi tidak
D1 – D3
AA P1 – AA P3 RM 320 RM 450 melebihi
AAN P1 – AAN P3 RM 1,500.00
S1 – S5
RM 89 RM 280 RM 375

Bujang Elaun Sewa Elaun Elaun
Kategori/Gred Makan Hotel Pemberian Pengangkutan
Gred M3 (dengan resit) Pindahan
RM 120
RM 600 RM 375

Gred M1– M2 RM 80 RM 360 RM 340

Gred E/W/L/F/A/AN (4 RM 60 RM 320 RM 300 Sebenar dengan
– 6) RM 50 RM 250 RM 260 resit tetapi tidak
UC (1 – 3) RM 45 RM 160
Gred E/W/L/F/A/AN RM 40 RM 140 melebihi
1-3 RM 750.00
SN1 – SN3
D1 – D3 RM 220
AA P1 – AA P3
AAN P1 – AAN P3 RM 180
S1 – S5

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(c) Kadar bayaran sewa hotel tanpa resit adalah sebanyak 50% sahaja daripada
kadar maksimum kelayakan staf

3. BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA

3.1 Bertugas rasmi di luar negara

Kelulusan bertugas rasmi di luar negara bagi staf hendaklah diperolehi daripada Ketua
Pegawai Eksekutif/Rektor. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif/Rektor, kelulusan bertugas
rasmi ke luar negara hendaklah diperolehi daripada Pengerusi/Ahli Lembaga Pengarah
KPTMSB.

3.2 Elaun Makan dan Elaun Harian

(i) Seseorang staf yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar negara adalah
layak menuntut elaun bagi tiap-tiap kali bermalam di luar negara seperti berikut:

Kategori/Gred Kadar sehari
Gred M3 RM370.00
Gred M1 – M2 RM 340.00
Gred E/W/L/F/A/AN 6 / RM 320.00
Gred E/W/L/F/A/AN (4 -5) RM 270.00
Gred E/W/L/F/A/AN 1 - 3 RM 200.00
SN1 – SN3
D1 – D3 RM 160.00
AA P1 – AA P3
AAN P1 – AAN P3 RM 140.00
S1 – S5

(ii) Elaun makan juga layak di tuntut jika seseorang staf itu meninggalkan tempat
bertugas rasmi pada jam 6.00 petang atau selepasnya.

(iii) Seseorang staf yang meninggalkan tempat bertugas rasminya pada jam 1.00
tengahari atau selepasnya tetapi sebelum jam 6.00 petang pada hari ketibaan
atau pada hari-hari yang lain hanya layak menuntut Elaun Harian sahaja, iaitu
separuh daripada Elaun Makan;

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(iv) Seseorang staf yang sedang dalam perjalanan tetapi terpaksa menunggu
penerbangan di sesuatu tempat di luar negara yang tempohnya melebihi 6 jam
adalah layak menuntut Elaun Harian.

(v) Seseorang staf yang sedang dalam perjalanan tetapi terpaksa menunggu
penerbangan di sesuatu tempat di luar negara yang tempohnya melebihi 6 jam
adalah layak menuntut Elaun Harian.

(vi) Seseorang staf tidak layak menuntut Elaun makan dan Elaun Harian jika
kemudahan makan disediakan oleh Syarikat, Penganjur atau lain-lain badan.
Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, staf hanya layak
menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar-
kadar seperti di Peraturan 1.2 (ii).

(vii) Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan bagi menampung perbelanjaan
tersebut dalam bentuk wang tunai, maka staf layak menuntut perbezaannya.

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 23/2013

3.3 Bayaran Sewa Hotel

(i) Seseorang staf layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atas kadar sebenar seperti
berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif, Bilik Suite Biasa
Gred M3 (Standard Suite)
Lain-lain Gred
M1/M2 Bilik biasa
E/W/L/F/A/AN (4 -6)
UC (1 – 4)
E/W/L/F/A/AN 1 – 3
SN1 – SN3
D1 – D3
AA P1 – AA P3
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(ii) Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang
diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai
sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

(iii) Seseorang staf layak menuntut Elaun Lojing mengikut kadar-kadar seperti yang
dinyatakan di LAMPIRAN A jika tidak menuntut Bayaran Sewa Hotel.

3.4 Tiada elaun bila disediakan makanan/lojing.

3.4.1 Seseorang staf yang dalam perjalanan kerana bertugas di luar negara tidak
akan berkelayakan mendapat elaun makan atau bayaran sewa hotel, mana
yang berkenaan atau kedua-duanya sekali:

(i) apabila makanan ada disediakan oleh penganjur;
(ii) apabila sampai di tempat bertugas, makan dan lojing percuma ada

disediakan baginya; atau
(iii) apabila ia memutuskan perjalanan untuk tujuan tidak rasmi di mana-

mana tempat semasa dalam perjalanan.

3.5 Belanja Pelbagai

3.5.1. Seseorang staf layak menuntut belanja pelbagai seperti berikut:

(i) Tambang pengangkutan awam tempatan jika kenderaan tidak
disediakan.

(ii) Bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan
rasmi;

(iii) Belanja dobi yang disokong dengan resit;
(iv) Bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;
(v) Bayaran “Excess Baggage” untuk barang-barang rasmi yang disokong

dengan resit;
(vi) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan sebagai gantirugi berkaitan

dengan pertukaran kepada matawang asing; dan
(vii) 15% daripada Elaun Makan bagi maksud bayaran “tips”, “gratuities” atau

“porterage”.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

3.6 Elaun pakaian panas

3.6.1 Seseorang staf yang dikehendaki atau diarahkan oleh Syarikat untuk bertugas
di Luar Negara yang beriklim sejuk atau sederhana sejuk adalah layak
mendapat elaun pakaian panas sebanyak RM1,500.00. Elaun ini hanya layak
dibayar setiap tiga (3) tahun sekali.

4. ELAUN-ELAUN PELBAGAI

4.1 Elaun Memangku

Seseorang staf yang dikehendaki memangku secara penuh jawatan yang lebih tinggi
daripada peringkat jawatan hakikinya boleh dibayar elaun tertakluk kepada kadar-
kadar dan syarat-syarat seperti berikut:

(i) Jika gaji semasa menyamai atau lebih tinggi daripada gaji minimum gred
jawatan yang dipangku, staf akan menerima sepuluh peratus (10%) pelarasan
berdasarkan gaji semasa.

(ii) Jika gaji semasa lebih rendah daripada gaji minimum gred jawatan yang
dipangku, staf akan menerima lima peratus (5%) pelarasan berdasarkan gaji
semasa.

(iii) Bagi staf yang memangku sesuatu jawatan ia adalah layak untuk mendapat
semua elaun-elaun yang ia berkelayakan mengikut gred/jawatan yang
dipangku.

(iv) Elaun memangku ini hanya boleh dibayar bila pemangkuan itu adalah bagi
tempoh lantikan yang tidak kurang daripada 28 hari yang tidak putus-putus
termasuk hari kelepasan am.

(v) Kuasa yang boleh meluluskan pemangkuan adalah Lembaga.

4.2 Elaun Menanggung Kerja

4.2.1. Seseorang staf yang diarahkan menanggung kerja seseorang staf lain adalah
tertakluk kepada syarat-syarat dan kadar bayaran seperti berikut:

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(i) Menjalankan kerja jawatan yang lebih tinggi daripada peringkat jawatan
hakikinya di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri;

(ii) Menjalankan kerja jawatan yang sama dengan peringkat jawatan
hakikinya di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri;

(iii) Menjalankan kerja jawatan yang lebih rendah daripada peringkat jawatan
hakikinya di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri dengan syarat
jawatan rendah itu tidak bertanggungjawab kepada jawatan hakikinya itu.

(iv) Kadar elaun menanggung kerja ialah sebanyak 25% daripada gaji
minimum gred/jawatan yang ia jalankan tugas tersebut. Staf yang
menanggung kerja bagi sesuatu jawatan lain adalah tidak layak untuk
mendapat lain-lain elaun dari jawatan yang ia menanggung kerja
tersebut.

(v) Kuasa yang boleh meluluskan menjalankan tugas adalah Rektor/Ketua
Pegawai Eksekutif.

5. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN YANG DIPERUNTUKAN

5.1. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir di Mahkamah

5.1.1. Seseorang staf yang disapina (subpoena) oleh mahkamah untuk memberi
keterangan bagi pihak syarikat atau keterangan pakar adalah layak menuntut
elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi. Segala
bayaran yang biasanya dibuat oleh Mahkamah ataupun pihak-pihak lain
kepada staf tersebut hendaklah diserahkan kepada Syarikat kecuali yang
dibenarkan dibawah Fees (Public Officers) Regulations 1953.

5.2. Kemudahan Pinjaman Membeli Komputer

5.2.1. Pinjaman Membeli Komputer sebanyak RM4000 diberi kepada staf untuk
memiliki komputer peribadi supaya dapat meningkat keupayaan menjalankan
tugas selaras dengan perkembangan pesat dalam teknologi pengurusan
maklumat. Pemberian kemudahan pinjaman membeli komputer ini hanya
diberi sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

5.3. Kemudahan Pengurusan Jenazah

5.3.1. Kemudahan Mengurus Jenazah bagi staf yang meninggal dunia semasa dalam
perkhidmatan diberi sebagai tanda penghormatan terakhir dan untuk
menghargai bakti mereka kepada syarikat. Kemudahan ini diberi dengan syarat
seperti berikut:

(i) Jumlah sebanyak RM1,500 diberi kepada keluarga bagi tujuan
menguruskan jenazah;

(ii) Kemudahan ini tidak meliputi ahli keluarga yang meninggal dunia.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

LAMPIRAN A

KADAR ELAUN MAKAN, PANDUAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA
BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA

NAMA-NAMA NEGARA ELAUN MAKAN PANDUAN SEWA LOJING (RM)
(RM) HOTEL (RM)
Afghanistan 100.00 140.00 70.00
Algeria 140.00 180.00 90.00
Argentina 120.00 190.00 95.00
Australia 140.00 250.00 125.00
Austria 140.00 240.00 120.00
Bahrain 140.00 160.00 80.00
Bangladesh 80.00 220.00 110.00
Belgium 140.00 300.00 150.00
Bolivia 100.00 100.00 50.00
Brazil 120.00 290.00 145.00
Brunei Darussalam 140.00 250.00 125.00
Bulgaria 100.00 80.00 40.00
Cambodia 60.00 60.00 30.00
Canada 140.00 300.00 150.00
Chile 100.00 200.00 100.00
China 90.00 260.00 130.00
Cyprus 140.00 110.00 55.00
Czechoslovakia 120.00 200.00 100.00
Dahomey 120.00 310.00 155.00
Denmark 120.00 300.00 150.00
Dubai 140.00 460.00 230.00
Egypt 140.00 200.00 100.00
Ethiopia 120.00 160.00 80.00
Fiji 80.00 170.00 85.00
Finland 120.00 380.00 190.00
France 160.00 170.00 85.00
Germany 140.00 320.00 160.00
Ghana 120.00 140.00 70.00
Greece 120.00 130.00 65.00
Guinea 100.00 220.00 110.00
Guyana 100.00 320.00 160.00
Hong Kong 120.00 350.00 175.00
Hungary 120.00 220.00 110.00
India 100.00 180.00 90.00
Indonesia (Kecuali Kalimantan) 120.00 190.00 95.00

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Iran 140.00 340.00 170.00
Iraq 140.00 190.00 95.00
Ireland 140.00 260.00
Italy 140.00 400.00 130.00
Jamaica 100.00 250.00 200.00
Japan 160.00 330.00 125.00
Jordan 140.00 190.00 165.00
Kenya 100.00 280.00
Korea Selatan 100.00 360.00 95.00
Korea Utara 100.00 360.00 140.00
Kuwait 140.00 280.00 180.00
Laos 110.00 180.00
Lebanon 90.00 130.00 140.00
Libya 140.00 210.00
Luxembourg 140.00 170.00 55.00
Maldives 140.00 160.00 65.00
Mali 100.00 230.00 105.00
Malta 120.00 230.00 85.00
Mauritius 100.00 200.00 80.00
Mexico 100.00 330.00 115.00
Morocco 120.00 120.00 115.00
Myanmar 100.00 150.00 100.00
Nauru 165.00
Nepal 80.00 60.00 60.00
Netherlands 120.00 160.00 75.00
30.00
i. Hague 80.00 280.00 80.00
ii. Amsterdam 280.00
New Zealand 120.00 140.00
i. Wellington 140.00 240.00 140.00
ii. Auckland 240.00
Nigeria 110.00 310.00 120.00
Norway 120.00 260.00 120.00
Pakistan 120.00 190.00 155.00
Peru 120.00 160.00 130.00
Philippines 100.00 180.00
Poland 100.00 150.00 95.00
Portugal 100.00 190.00 80.00
Qatar 100.00 180.00 90.00
Romania 100.00 250.00 75.00
Samoa 140.00 170.00 95.00
Saudi Arabia 120.00 220.00 90.00
Seychelles 240.00 125.00
80.00 85.00
160.00 110.00
100.00 120.00

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

Singapura 140.00 250.00 125.00
Spain 100.00 260.00 130.00
Sri Lanka 100.00 100.00
Sudan 120.00 260.00 50.00
Sweden 120.00 350.00 130.00
Switzerland 160.00 190.00 175.00
Taiwan 140.00
Tanzania 80.00 200.00 95.00
Thailand (Kecuali Selatan 80.00 230.00 70.00
Thailand) 110.00 100.00
Trinidad and Tobago 330.00 115.00
Tunisia 100.00 110.00
Turkey 100.00 450.00 165.00
Uganda 140.00 240.00 55.00
United Arab Emirates 100.00 450.00
United Kingdom 140.00 330.00 225.00
United States Of America (U.S.A) 160.00 330.00 120.00
Komanwel Negara Merdeka (CIS) 160.00 250.00 225.00
Vietnam 100.00 150.00 165.00
Yugoslavia 100.00 310.00 165.00
Zambia 100.00 290.00 125.00
Zimbabwe 160.00 190.00
120.00 75.00
155.00
145.00

95.00

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB C:
CUTI

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB C - CUTI

1. CUTI TAHUNAN
2. CUTI TAHUNAN YANG TIDAK DIHABISKAN SEBELUM PERSARAAN
3. CUTI SEPARUH GAJI
4. CUTI TANPA GAJI (ATAS SEBAB PERSENDIRIAN)
5. CUTI SAKIT
6. CUTI WAD
7. CUTI SAKIT LANJUTAN
8. CUTI BERSALIN
9. CUTI ISTERI BERSALIN
10. CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN
11. CUTI HAJI
12. CUTI GANTIAN
13. CUTI KECEMASAN AM
14. CUTI KHAS
15. KEBENARAN CUTI DI LUAR NEGARA
16. CUTI MENJAGA ANAK YANG DIKUARANTIN ATAU MEMERLUKAN PENGASINGAN
17. TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA BERCUTI

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB C: CUTI

1. Cuti Tahunan

1.1. Kadar kelayakan cuti tahunan dalam satu-satu tahun yang boleh diluluskan oleh Ketua
Jabatan adalah seperti berikut:

Tempoh Perkhidmatan

Gred/Kategori Kurang 5 tahun &

Gred M3 5 tahun ke atas
Gred M1 – M2
Gred E/W/L/F/A/AN (4 -6) 32 hari 35 hari
Gred E/W/L/F/A/AN 1 - 3
SN1 – SN3 30 hari 32 hari
D1 – D3
AA P1 – AA P3 30 hari 32 hari
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5 25 hari 27 hari

25 hari 27 hari

20 hari 22 hari

1.2. Staf yang berkhidmat kurang dari satu (1) tahun akan diberi cuti tahunan secara pro-
rata.

1.3. Staf yang dilantik secara kontrak atau sementara berkelayakan mendapat cuti tahunan
mengikut syarat-syarat yang terkandung di dalam surat tawaran perlantikan atau
perjanjian kontrak mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang peraturan cuti
dalam surat tawaran perlantikan atau perjanjian kontrak, mereka boleh diberi cuti
tahunan atas kadar yang sama dengan staf yang setaraf seperti di Peraturan 1.1 dan
1.2 di atas.

1.4. Staf sambilan / separuh masa tidak berkelayakan mendapat cuti tahunan.

1.5. Staf yang tidak menghabiskan cuti tahunannya boleh dibenarkan mengumpul baki cuti
tahunannya dalam tempoh dua (2) tahun. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan
dalam tahun kedua akan luput pada tarikh akhir tahun kedua itu.

1.6. Staf yang meletak jawatan atau bersara boleh dibenarkan mengambil cuti tahunan
setakat yang ia berkelayakan sebelum ia meletak jawatan atau bersara.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

1.7. Staf yang akan meletak jawatan atau bersara yang telah terlebih mengambil cuti
tahunan dari bilangan hari yang ia berkelayakan sehingga tarikh meletak jawatan atau
bersara, dikehendaki membayar balik kepada syarikat jumlah gaji untuk hari cuti yang
terlebih ambil tersebut berasaskan perkiraan seperti berikut :

AX B= A – Gaji & Elaun Tetap pada bulan terakhir bekerja
C B – Jumlah hari yang terlebih ambil
C – Jumlah hari pada bulan terakhir bekerja

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil.23/2013

2. Cuti Tahunan Yang Tidak Dihabiskan Sebelum Persaraan

2.1 Cuti tahunan yang tidak dihabiskan boleh diganti dalam bentuk pembayaran wang
tunai sebelum persaraan beliau, dan tertakluk kepada maksima 150 hari sahaja
mengikut perkiraan seperti berikut;

Bilangan Gantian Cuti Gaji Pokok +
Rehat* X

26 Elaun tetap bulanan*

*tertakluk kepada had maksimum 150 hari

2.2 Kemudahan ini hanya diberikan kepada staf yang berstatus tetap sahaja.

2.3 Kadar maksimum Cuti Rehat Tahunan yang boleh disimpan pada satu-satu tahun
sebagai Golden Hand Shake hendaklah tidak melebihi separuh daripada kadar
kelayakan cuti rehat tahunan.

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM BPSM Bil.18/2010 dan
Pekeliling KPTM JSM Bil.11/2021

3. Cuti Separuh Gaji

3.1 Cuti separuh gaji boleh diberikan atas sebab-sebab kesihatan ahli keluarga staf.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

3.2 Syarat minimum untuk memohon cuti separuh gaji adalah seperti berikut:

(i) telah berkhidmat secara terus-menerus tidak kurang daripada dua belas
(12) bulan;

(ii) tiada baki cuti tahunan yang ia berkelayakan;
(iii) hendaklah disertakan dengan laporan atau surat sokongan/ pengesahan

daripada hospital/ klinik;
(iv) disokong oleh Ketua Jabatan.

3.3 Kadar kelayakan cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak tiga puluh (30)
hari termasuk cuti rehat mingguan, cuti umum dan hari tidak bekerja bagi tiap-tiap
genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi satu ratus lapan
puluh (180) hari termasuk cuti rehat mingguan, cuti umum dan hari tidak bekerja
sepanjang tempoh perkhidmatan.

3.4 Permohonan cuti separuh gaji hendaklah mengikut peraturan seperti berikut :

Tempoh Cuti Separuh Gaji Kuasa Meluluskan
14 hari dan ke bawah Rektor / Ketua Pegawai Eksekutif
Lebih 15 hari sehingga 30 hari Jawatankuasa Perjawatan KPTMSB
Lebih daripada 30 hari Lembaga Pengarah KPTMSB

Dipadankan dengan Pekeliling JSM Bil.14/2012

4. Cuti Tanpa Gaji (Atas Sebab Persendirian)

4.1 Cuti tanpa gaji boleh diluluskan atas budi bicara syarikat atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak dengan syarat tiada baki cuti tahunan yang ia
berkelayakan dan disokong oleh Ketua Jabatan.

4.2 Kadar kelayakan cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan adalah tidak melebihi tiga ratus
enam puluh (360) hari sepanjang tempoh perkhidmatan, termasuk hari cuti rehat
mingguan, cuti umum dan hari tidak bekerja.

4.3 Kuasa meluluskan cuti tanpa gaji adalah Rektor / Ketua Pegawai Eksekutif.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

5. Cuti Sakit

5.1 Kadar kelayakan cuti sakit yang tidak memerlukan rawatan di wad bagi semua staf
yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah sebanyak dua puluh lima (25) hari
dalam satu-satu tahun termasuk hari cuti rehat mingguan, cuti umum dan hari tidak
bekerja.

5.2 Staf yang telah mengambil ke semua cuti sakit yang beliau berkelayakan berjumlah
dua puluh lima (25) hari dalam tiap-tiap tahun dalam jangkamasa dua (2) tahun
berturut-turut boleh diarahkan oleh Syarikat untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah
Lembaga Perubatan atau mana-mana Pegawai Perubatan dari mana-mana
hospital/klinik yang diiktiraf oleh Syarikat, tidak kira sama ada ia telah melaporkan
dirinya masih sakit atau tidak. Tindakan selanjutnya akan diputuskan oleh Lembaga.

5.3 Staf yang berkhidmat tidak genap satu (1) tahun akan diberi cuti sakit secara pro-rata.

5.4 Staf yang dilantik secara kontrak atau sementara berkelayakan mendapat cuti sakit
mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam surat tawaran pelantikan atau
perjanjian kontrak mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang peraturan cuti
dalam surat tawaran pelantikan atau perjanjian kontrak, mereka boleh diberi cuti sakit
atas kadar yang sama dengan staf yang setaraf seperti di Peraturan 5.1 di atas.

5.5 Staf sambilan / separuh masa tidak berkelayakan mendapat cuti sakit.

5.6 Staf yang jatuh sakit semasa bercuti tahunan akan berkelayakan mendapat cuti sakit
selama masa yang dia diakui oleh Pegawai Perubatan sebagai tidak sihat untuk
bertugas. Sebarang baki cuti tahunan yang belum dihabiskannya itu boleh
disambungnya selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil
bertugas jika diperlukan oleh Ketua Jabatannya.

5.7 Seseorang staf yang jatuh sakit semasa bercuti separuh gaji atau tanpa gaji tidak akan
berkelayakan mendapat cuti sakit.

6. Cuti Wad

6.1 Cuti wad boleh diberikan atas sebab-sebab berikut :

(i) kecederaan akibat kemalangan

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(ii) komplikasi akibat mengandung
(iii) penyakit lain yang memerlukan staf berkenaan menerima rawatan di wad
(iv) Positif Covid-19

6.2 Dalam keadaan di mana seseorang staf disahkan oleh Pegawai Perubatan untuk
dimasukkan ke wad tetapi memilih untuk tidak duduk di wad, maka staf berkenaan
akan dianggap sebagai cuti wad.

6.3 Cuti wad bergaji penuh yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah tidak
melebihi 90 hari dalam satu-satu tahun termasuk cuti rehat mingguan, cuti umum dan
hari tidak bekerja.

6.4 Jika selepas tempoh 90 hari tersebut, staf berkenaan masih memerlukan cuti, ia boleh
menggunakan cuti tahunan dan cuti sakit (pesakit luar) setakat yang ia berkelayakan.
Jika cuti tahunan dan cuti sakit (pesakit luar) yang ia berkelayakan telah habis
digunapakai atau tidak mencukupi, cuti tersebut secara automatik dikira sebagai cuti
wad tanpa gaji.

6.5 Cuti wad tanpa gaji yang boleh diluluskan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa adalah tidak
lebih daripada 90 hari dalam satu-satu tahun termasuk cuti rehat mingguan, cuti
umum dan hari tidak bekerja.

6.6 Cuti wad tanpa gaji yang diambil ini tidak menjejaskan kelayakan staf berkenaan untuk
menggunakan kelayakan cuti tanpa gaji atas sebab-sebab persendirian yang mustahak
seperti di Para 4 (Cuti Tanpa Gaji).

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil.07/2021

7. Cuti Sakit Lanjutan

7.1 Seseorang staf yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan menghidap penyakit
‘Pulmonary Tuberlculosis’ atau ‘Kanser’ atau ‘Leukemia’ atau ‘Celebral Thrombosis’ atau
lain-lain penyakit yang mengakibatkan ketidakhadiran kerja yang berpanjangan
boleh diberi cuti sakit lanjutan seperti berikut:

(i) Cuti sakit bergaji penuh selama enam (6) bulan
(ii) Cuti sakit separuh gaji bagi tempoh enam (6) bulan berikutnya dan;

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(iii) Cuti tanpa gaji bagi dua belas (12) bulan berikutnya

7.2 Staf tersebut dikehendaki sentiasa berada di bawah rawatan perubatan hospital / klinik
samada di rumah atau di hospital yang diiktiraf. Selepas tempoh tersebut, jika staf
tersebut masih belum sembuh, beliau akan dibersarakan dari perkhidmatan.

7.3 Cuti sakit lanjutan ini hendaklah diluluskan oleh Lembaga.

8. Cuti Bersalin

8.1 Staf wanita yang telah berkhidmat dengan syarikat tidak kurang daripada tiga (3) bulan
sebelum bersalin adalah layak diberi cuti bersalin gaji penuh sebanyak enam puluh
(60) hari termasuk cuti rehat mingguan, cuti umum dan hari tidak bekerja.

8.1 Cuti bersalin boleh dikira bermula empat belas (14) hari sebelum tarikh dijangka
bersalin atau tarikh sebenar bersalin.

8.2 Seseorang staf wanita hendaklah memberitahu syarikat tarikh dijangka bersalin enam
puluh (60) hari sebelum memulakan cuti bersalin.

8.3 Cuti bersalin hanya boleh diberi sebanyak lima (5) kali sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatan.

8.4 Staf wanita yang bersalin kali keenam (6) dan seterusnya boleh diberi cuti seperti
berikut:

(i) Cuti tahunan yang ia berkelayakan; atau

(ii) Jika cuti tahunan yang ia berkelayakan telah habis digunapakai atau tidak
mencukupi, staf wanita berkenaan boleh diberikan cuti tanpa gaji.

(iii) Jumlah cuti tahunan atau cuti tanpa gaji yang diambil bagi maksud mengantikan
tempoh cuti bersalin seperti di atas tidak melebihi enam puluh (60) hari dari
tarikh staf wanita berkenaan bersalin dan boleh diluluskan oleh Pegawai Yang
Diberi Kuasa.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

(iv) Cuti sakit atau cuti wad tidak boleh digunakan bagi mengantikan cuti bersalin
60 hari tersebut, kecuali atas sebab penyakit tibi, kusta, barah, atau dimasukkan
ke wad kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

8.5 Staf wanita yang mengalami keguguran sebelum minggu ke dua puluh lapan (28) tidak
akan dianggap sebagai cuti bersalin tetapi sebagai cuti sakit biasa.

9. Cuti Isteri Bersalin

9.1 Cuti isteri bersalin layak diberikan kepada staf lelaki secara automatik selama TUJUH
(7) hari berturut-turut sebagai cuti tanpa rekod untuk membantu isteri setiap kali
bersalin. Kemudahan ini adalah dihadkan kepada lima (5) kali kelahiran sepanjang
tempoh perkhidmatan.

10. Cuti Menghadiri Peperiksaan

10.1. Cuti Menghadiri Peperiksaan adalah cuti yang diambil bagi menduduki peperiksaan
sahaja.

10.2. Cuti Menghadiri Peperiksaan layak dimohon oleh staf yang telah mendapat kelulusan
melanjutkan pelajaran daripada Jawatankuasa Melanjutkan Pelajaran KPTMSB.

Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 05/2022

11. Cuti Haji

11.1 Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kepada staf beragama Islam
untuk menunaikan fardhu haji di Mekah, tidak melebihi empat puluh (40) hari termasuk
cuti rehat mingguan, cuti umum, dan hari tidak bekerja. Staf yang memerlukan cuti
lebih daripada jumlah ini boleh memohon cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

11.2 Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan kepada
semua staf tetap yang beragama Islam dan telah berkhidmat tidak kurang daripada
dua (2) tahun.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

12. Cuti Gantian

12.1 Staf yang tidak berkelayakan mendapat bayaran lebih masa yang diarahkan untuk
bekerja lebih masa pada hari bekerja biasa atau pada hari cuti rehat mingguan, cuti
umum dan hari tidak bekerja, boleh diberi cuti gantian dengan syarat kerja lebih masa
tersebut melebihi lapan (8) jam dalam satu-satu masa.

12.2 Staf yang berkelayakan mendapat bayaran lebih masa yang diarahkan untuk bekerja
lebih masa pada hari bekerja biasa atau pada hari cuti rehat mingguan, cuti umum dan
hari tidak bekerja, boleh diberi cuti gantian dengan syarat kerja lebih masa tersebut
melebihi lapan (8) jam dalam satu-satu masa dan tidak membuat tuntutan bayaran
kerja lebih masa.

12.3 Staf yang menghadiri majlis, aktiviti/program atau kursus jangka pendek yang
dianjurkan / diluluskan oleh syarikat pada hari cuti rehat mingguan, cuti umum, hari
tidak bekerja, atau di luar waktu pejabat pada hari bekerja biasa boleh diberi cuti
gantian tertakluk kepada budi bicara syarikat yang akan diputuskan oleh Rektor /
Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai lain yang diberi kuasa.

13. Cuti Kecemasan Am

13.1 Cuti kecemasan am adalah cuti tidak rekod yang boleh diluluskan oleh Rektor / Ketua
Pegawai Eksekutif sebanyak tujuh (7) hari bekerja dalam satu-satu tahun. Cuti ini boleh
diambil tidak lebih daripada tiga (3) hari berturut-turut dalam satu-satu masa.

13.2 Cuti kecemasan am boleh diberikan atas sebab-sebab seperti berikut:

(i) Kematian ahli keluarga termasuk suami/isteri, ibubapa/mertua, anak
kandung/anak angkat yang diambil mengikut undang-undang yang sah, adik
beradik/saudara kandung.

(ii) Malapetaka semula jadi seperti banjir, ribut, kebakaran, tanah runtuh, gempa
bumi, jambatan runtuh atau faktor-faktor lain yang boleh diklasifikasikan sebagai
malapetaka semula jadi.

(iii) Perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

13.3 Setiap permohonan cuti kecemasan am hendaklah disertakan dengan dokumen
sokongan atau surat pengesahan yang mengesahkan kejadian (seperti sijil kematian,
surat pengesahan dari pihak polis dan sebagainya).

14. Cuti Khas

14.1 Rektor / Ketua Pegawai Eksekutif boleh meluluskan cuti khas (tanpa rekod) tidak
melebihi tujuh (7) hari bekerja dalam satu-satu tahun atas sebab-sebab berikut:

(i) Mewakili negara/negeri melalui persatuan-persatuan sukan, seminar atau
persidangan yang diiktiraf oleh syarikat (sama ada sebagai peserta atau petugas).

(ii) Menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan sukarela yang diakui oleh
syarikat.

15. Kebenaran Bercuti Di Luar Negara

15.1 Staf yang hendak bercuti di luar negara dikehendaki memohon cuti tahunan dan
mendapatkan sokongan daripada Ketua Jabatannya boleh diluluskan oleh Rektor /
Ketua Pegawai Eksekutif.

16. Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan

16.1 Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah
bermaksud kemudahan cuti yang kepada staf KPTMSB, untuk menjaga anaknya yang
mengidap penyakit berjangkit dan diperakukan perlu dikuarantin, oleh mana-mana
pegawai perubatan kerajaan atau swasta.

16.2 Kadar kelayakan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan
bagi semua staf adalah sebanyak empat belas (14) hari dalam satu-satu tahun.

16.3 Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan yang boleh
diluluskan bagi setiap kes adalah:

a) terhad kepada maksimum lima (05) hari, bermula dari tarikh perakuan perlu
dikuarantin, atau;

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

b) selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan mengikut
mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari cuti rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am.

16.4 Bagi suami isteri yang kedua-duanya berkhidmat di KPTMSB, hanya seorang sahaja
yang layak diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau
Memerlukan Pengasingan pada sesuatu masa.

16.5 Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah cuti tanpa
rekod bergaji penuh.

16.6 Senarai penyakit berjangkit yang boleh dikuarantin adalah seperti di bawah:

a) Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)
b) Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
c) Campak (Measles)
d) Chickenpox
e) Difteria
f) Malaria
g) Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

atau swasta.
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 15/2022

17. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti

17.1. Jika seseorang staf tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang
pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka staf itu
tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak
hadir bekerja itu;

17.2. Sesuatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh yang bagi staf itu tidak
berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah Peraturan 17.1 kepada pihak berkuasa
yang bertanggungjawab bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen staf itu adalah
satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tidak
hadir bekerja itu.

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022

BAB E:
PERUBATAN

Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022


Click to View FlipBook Version