BAB E : PERUBATAN
1. KELAYAKAN
2. PENDAFTARAN KELUARGA STAF
3. KLINIK/HOSPITAL
4. SURAT PENGESAHAN DIRI
5. BAYARAN KEMUDAHAN PERUBATAN YANG TIDAK DIBIAYAI OLEH SYARIKAT
6. BAYARAN KEMUDAHAN PERUBATAN YANG DIBIAYAI OLEH SYARIKAT
7. RAWATAN-RAWATAN LAIN
8. KADAR PERUNTUKAN RAWATAN PESAKIT LUAR DI KLINIK/HOSPITAL YANG BERDAFTAR
DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
9. BAYARAN WAD HOSPITAL KERAJAAN
10. BAYARAN BERSALIN
11. RAWATAN PAKAR
12. RAWATAN PERGIGIAN, MATA DAN TELINGA
13. HOSPITALISASI
14. BELANJA PERUBATAN
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
1. KELAYAKAN
1.1. Staf dan keluarga staf adalah layak untuk mendapatkan kemudahan perubatan dari
Hospital Kerajaan atau Klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
1.2. Staf yang menjalankan tugas rasmi, berkursus atau bercuti di luar negara dengan
kelulusan Syarikat boleh mendapatkan rawatan perubatan/pesakit luar dari Klinik yang
diakui atau dicadangkan oleh Jabatan Kedutaan/Perwakilan Malaysia di negara
berkenaan atas kesesuaian Hospital/Klinik di mana rawatan akan diperolehi mengikut
taraf jawatan staf itu.
2. Pendaftaran Keluarga Staf
2.1. Staf yang hendak mendapatkan kemudahan perubatan hendaklah terlebih dahulu
mendaftarkan nama-nama keluarga staf dengan Syarikat.
2.2. Staf hendaklah memaklumkan kepada Syarikat sekiranya terdapat pertambahan atau
pengurangan bilangan keluarga staf.
3. Klinik/Hospital
3.1. Staf dan keluarga yang berkelayakan boleh mendapatkan rawatan pesakit luar dari
hospital kerajaan atau klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) tertakluk kepada jumlah peruntukan sebagaimana di Peraturan 8. Manakala
rawatan wad/hospitalisasi hanya boleh diperolehi dari hospital kerajaan sahaja.
4. Surat Pengesahan Diri
4.1. Untuk mendapatkan rawatan hospitalisasi di Hospital Kerajaan, staf atau Keluarga staf
mestilah membawa Surat Pengesahan Diri.
5. Bayaran Kemudahan Perubatan Yang Tidak Dibiayai Oleh Syarikat
5.1. Bayaran-bayaran kemudahan rawatan perubatan berikut adalah tidak dibiayai oleh
Syarikat;
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
(i) Pembekalan gigi palsu;
(ii) Pembekalan cermin mata dan pemeriksaan bagi tujuan membeli cermin mata;
(iii) Alat mendengar (hearing aid);
(iv) Berkhatan
(v) ‘Scanning’ atau ‘ultrasound’ yang dibuat di klinik-klinik swasta; dan
(vi) Rawatan kesuburan atau perancang keluarga yang dibuat di klinik-klinik swasta.
6. Bayaran Kemudahan Perubatan Yang Boleh Dibiayai Oleh Syarikat
6.1. Bayaran-bayaran kemudahan rawatan perubatan yang dibiayai oleh Syarikat adalah
seperti berikut:
(i) Bayaran pemeriksaan dan rawatan di hospital kerajaan dan klinik yang berdaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
(ii) Perbelanjaan rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta seperti di
Peraturan 7 (c);
(iii) Ubat-ubat, cacar dan pembekalan alat- alat ortopedik dan anggota palsu;
(iv) Staf dan ahli keluarga yang berkelayakan adalah dibenarkan untuk mendapatkan
rawatan pergigian dari hospital kerajaan atau swasta atau pakar yang berdaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rawatan pergigian ini
termasuklah :
a) Mencabut (Extraction)
b) Menampal (Filling)
c) Mencuci Gigi (Scaling)
d) Pemutihan (Bleaching)
(v) Bayaran pembedahan dan pemeriksaan makmal di hospital kerajaan;
(vi) Caj sebenar rawatan bersalin seperti di Peraturan 10;
(vii) Syarikat juga akan membayar (menanggung) bayaran wad di hospital kerajaan
sahaja mengikut kelayakan staf.
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
(viii) Rawatan kesuburan atau perancang keluarga hanya boleh diperolehi di hospital
kerajaan sahaja dan ditanggung untuk staf sahaja (lelaki dan wanita).
(ix) Pemeriksaan kesihatan (health screening) di hospital/klinik kerajaan dan swasta
(panel dan bukan panel) dan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
a) Staf berstatus tetap dan untuk diri sendiri sahaja
b) Penggunaan dari peruntukan perubatan RM1800 setahun
c) Tuntutan tidak melebihi RM300 setahun
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 08/2014 &
Pekeliling KPTM JSM Bil. 18/2019
7. RAWATAN-RAWATAN LAIN
7.1. Syarikat akan membiayai kos rawatan perubatan seperti di bawah yang tidak
disediakan di hospital-hospital kerajaan dengan syarat staf hendaklah mematuhi
tatacara permohonan perbelanjaan rawatan serta mendapat kelulusan daripada pihak
yang di beri kuasa.
(i) Perbelanjaan bagi ubat, alat ortopedik dan anggota palsu perkhidmatan
perubatan dan rawatan penyakit buah pinggang, [Haemodialysis / Continuous
Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)] hendaklah mengikut tatacara berikut;
a) mendapat rawatan awal di hospital kerajaan,
b) mendapat perakuan kelulusan dan pengesahan dari pegawai perubatan
kerajaan bahawa kemudahan yang diperlukan tidak dapat
dibekal/disediakan oleh hospital
c) permohonan diluluskan oleh pagawai yang diberi kuasa.
(ii) Perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri dilaksanakan mengikut tatacara berikut;
a) mendapat rawatan di hospital Kerajaan;
b) perakuan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa rawatan sedemikian tidak ada
dalam negara ;
c) pengesahan Lembaga Perubatan bahawa rawatan khas yang diperlukan
dan tidak diperolehi di dalam negara;
d) permohonan diluluskan oleh Lembaga.
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
(iii) Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di Hospital / hendaklah dilaksanakan
mengikut tatacara berikut;
a) mendapat rawatan di hospital / klinik swasta berdekatan dengan tempat
kejadian kecemasan kerana tiada hospital kerajaan yang berhampiran;
b) keperluan rawatan serta-merta yang tidak boleh dilengahkan bagi
menyelamatkan nyawa pesakit. (life-threatening);
c) Staf dalam keadaan kritikal / tenat semasa dibawa ke hospital/klinik swasta
berkenaan,
d) pengesahan kecemasan oleh Pegawai Perubatan/doktor hospital/klinik
swasta berkenaan seperti di Peraturan 7(iii), (b) dan (c) di atas;
e) permohonan diluluskan oleh Pegawai yang diberi kuasa.
(iv) Perbelanjaan rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) dilaksanakan
mengikut tatacara berikut;
a) mendapat rawatan di Hospital Kerajaan;
b) dirujuk oleh Pakar Perubatan Hospital kerajaan atau ke IJNSB.
8. Kadar Peruntukan Perubatan Pesakit Luar di Klinik/Hospital yang berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
8.1 Had kadar peruntukan pesakit luar di klinik/hospital yang berdaftar dengan KKM bagi
setiap staf dan ahli keluargnya yang layak untuk tempoh setahun adalah RM1800.00.
8.2 Peruntukan perubatan ini adalah diberi untuk staf bertaraf tetap dan kontrak sahaja,
dan akan diberi secara prorata bagi staf yang tidak cukup setahun perkhidmatannya
dengan KPTMSB.
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bilangan 23/2013
9. Bayaran Wad Hospital Kerajaan
Kelayakan kelas wad hospital kerajaan bagi staf seperti berikut
Kumpulan / Gred Kelayakan / Wad
Ketua Pegawai Eksekutif Gred M3/ Pengurusan Kelas 1
Tertinggi (bilik seorang)
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
Gred M2 dan M1
Pengurusan/Pensyarah Kelas 1
Gred 4, 5, 6 (bilik seorang)
Eksekutif / Pensyarah Kelas 1
Gred 1,2,3 (bilik berdua)
Sokongan I dan 2 termasuk SN1-3, D1-D3, AA, Kelas 1
AAN (bilik berempat)
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 23/2013
10. Rawatan Bersalin
10.1. Staf wanita yang berstatus tetap/ kontrak dan isteri staf yang berstatus tetap adalah
layak untuk mendapat bayaran kos rawatan bersalin di mana-mana hospital/klinik
tertakluk kepada kos sebenar tetapi tetapi tidak melebihi RM2,500 bagi setiap
kelahiran. Bagi urusan tuntutan, staf dikehendaki mengemukakan resit/dokumen
berkaitan.
10.2 Sebarang bayaran rawatan yang melebihi daripada jumlah seperti di Peraturan 10.1,
lebihan bayaran tersebut adalah di bawah tanggungan staf itu sendiri.
Dipadankan dengan Pekeliling JSM Bil. 11/2004
11. Rawatan Pakar
11.1. Rawatan perubatan biasa atau rawatan pakar di mana-mana hospital atau klinik swasta
atau pakar yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk
rawatan pergigian, rawatan mata dan telinga. Manakala rawatan-rawatan lain
hendaklah merupakan rawatan bertujuan perubatan dan bukan bertujuan kecantikan
(Kosmetik).
11.2. Jika seseorang staf atau ahli keluarganya didapati memerlukan rawatan pakar di luar
negara dengan syarat memenuhi Peraturan 7.1 (ii), staf itu atau ahli keluarganya boleh
dipertimbangkan oleh Syarikat untuk mendapatkan rawatan tersebut atas
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
perbelanjaan Syarikat dan jika betul-betul diperlukan, termasuk seorang lain yang
dikehendaki mengiringnya.
Dipadankan dengan Pekeliling JSM Bil. 08/2014
12. Rawatan Pergigian, Mata dan Telinga
12.1. Staf berstatus tetap/kontrak dan ahli keluarga yang berkelayakan adalah dibenarkan
untuk mendapatkan rawatan pergigian dari hospital kerajaan atau swasta atau pakar
yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rujuk Peraturan 6 (iv).
12.2. Staf berstatus tetap/kontrak dan ahli keluarga yang berkelayakan adalah dibenarkan
untuk mendapatkan rawatan sakit mata dan telinga dari hospital kerajaan atau swasta
atau pakar yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi
rawatan ini tidak termasuk pemeriksaan bagi tujuan pembelian cermin mata dan alat
pendengar (hearing aid).
12.3. Manakala rawatan-rawatan lain hendaklah merupakan rawatan bertujuan perubatan
dan bukan bertujuan kecantikan (kosmetik).
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 08/2014
13. Hospitalisasi
13.1. Untuk hospitalisasi, seseorang staf hendaklah terlebih dahulu mendapatkan Surat
Pengesahan Diri daripada pegawai yang diberi kuasa.
13.2. Staf yang dihospitalisasi secara kecemasan hendaklah mendapatkan Surat Pengesahan
Diri dengan kadar seberapa segera yang boleh setelah dihospitalisasi.
13.3. Sekiranya pada masa dihospitalisasi, wad mengikut kelayakan staf itu tiada kosong,
maka staf tersebut adalah dikehendaki masuk ke kelas wad yang di bawah dari
kelayakannya. Tetapi staf yang terpaksa masuk wad yang lebih tinggi daripada
kelayakannya bolehlah dibenarkan dengan syarat ia mendapat surat akuan berbuat
demikian daripada Hospital berkenaan dan dipersetujui oleh Pegawai yang diberi
kuasa. Staf yang terpaksa memasuki kelas wad yang lebih tinggi hendaklah
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
mendapatkan kelas wad yang ia layak setelah ada kekosongan wad yang ia layak
sekiranya keadaan kesihatannya membenarkan atau mengizinkan.
13.4. Seseorang staf yang ingin memasuki wad yang lebih tinggi dari kelayakan adalah
dibenarkan. Walau bagaimanapun, bayaran wad yang melebihi kadar kelayakannya,
akan ditanggung oleh staf itu sendiri.
14. Belanja Perubatan
14.1. Seseorang staf yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negara dan terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah layak menuntut Belanja Perubatan
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) Belanja Perubatan hendaklah sebanyak yang munasabah. Jika terdapat
Perkhidmatan Kesihatan Negara di negara berkenaan, seberapa boleh ianya
hendaklah digunakan;
(ii) Belanja Perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja;
(iii) Seseorang staf yang mendapat rawatan wad tidak layak menuntut Elaun Makan
dan Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing semasa di dalam Hospital tersebut;
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
BAB F:
WAKTU BEKERJA, KERJA LEBIH MASA DAN
PERATURAN PAKAIAN
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
BAB F - WAKTU BEKERJA, KERJA LEBIH MASA DAN
PERATURAN PAKAIAN
1. WAKTU BEKERJA PEJABAT
1.1 Waktu bekerja biasa
1.2 Mematuhi waktu bekerja
1.3 Keluar pejabat dalam waktu bekerja
2. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
2.1 Kerja sehari biasa
2.2 Kerja seminggu
3. LEBIH MASA
3.1 Kuasa melulus bagi kerja lebih masa.
3.2 Staf yang layak mendapat bayaran lebih masa.
4. PELBAGAI
4.1 Permulaan dan akhir tugas
4.2 Masa dalam perjalanan
5. PERATURAN PAKAIAN
5.1 Pakaian ke pejabat, semasa menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi.
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
BAB F - WAKTU BEKERJA, KERJA LEBIH MASA DAN
PERATURAN PAKAIAN
1. WAKTU BEKERJA PEJABAT
1.1 Waktu bekerja biasa
(i) Kecuali dengan kebenaran daripada pegawai diberi kuasa semua pejabat
hendaklah memakai waktu bekerja pejabat seperti berikut:
a) Di negeri-negeri di mana hari Jumaat adalah cuti mingguan, waktu bekerja
pejabat adalah:
Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat
Ahad - Khamis 8.30 pagi – 5.15 petang 1.00 tengahari – 2.00 petang
b) Di negeri-negeri di mana hari Ahad adalah cuti mingguan, waktu bekerja
pejabat adalah:
KPTM
Hari Waktu Bekerja Waktu rehat
Isnin - Khamis 8.30 pagi – 5.30 petang 1.00 tengahari – 2.00 petang
Jumaat 8.30 pagi – 5.30 petang 12.30 tengahari – 2.45 petang
KUPTM
Pilihan Satu Waktu Bekerja Waktu rehat
Hari 8.30 pagi – 5.30 petang 1.00 tengahari – 2.00 petang
Isnin - Khamis 8.30 pagi – 5.30 petang 12.30 tengahari – 2.45 petang
Jumaat
Pilihan Dua Waktu Bekerja Waktu rehat
Hari 9.00 pagi – 6.00 petang 1.00 tengahari – 2.00 petang
Isnin - Khamis 9.00 pagi – 6.00 petang 12.30 tengahari – 2.45 petang
Jumaat
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
(ii) Kolej cawangan yang memerlukan satu waktu bekerja yang berlainan daripada
Peraturan 1.1(i), hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada
Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif.
(iii) Waktu bekerja biasa staf Kumpulan Akademik adalah sama seperti staf bukan
akademik. Walau bagaimanapun, waktu bekerja anjal boleh diberikan kepada
staf akademik tertakluk kepada keperluan semasa dan akan diputuskan oleh
Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif.
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 04/2019
1.2 Mematuhi waktu bekerja.
Semua staf termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu
bekerja dan hadir di pejabat pada waktu yang ditetapkan.
1.3 Keluar Pejabat Dalam Waktu Bekerja
Seseorang staf adalah tidak digalakkan keluar pejabat semasa waktu bekerja. Walau
bagaimanapun jika terdapat alasan yang munasabah, maka syarikat dengan budi
bicara boleh memberi kebenaran untuk keluar pejabat dengan syarat hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan.
2. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
2.1 Kerja Sehari Biasa
Apabila seseorang staf dikehendaki bekerja sehari biasa, maka ini akan meliputi satu
masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan jam melainkan seperti dinyatakan
dalam Peraturan 2.2. Bila sesuatu kerja itu tidak bersambung terus menerus maka
waktu bekerja sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan jam tetapi tidak boleh
melebihi 12 jam.
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
2.2 Kerja seminggu
Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi lima masa bekerja atau giliran
bekerja. Seseorang staf hendaklah diberi dua (2) hari dalam seminggu sebagai hari
rehat.
3. KERJA LEBIH MASA
3.1. Kuasa Meluluskan Kerja Lebih Masa
Kerja lebih masa hanya boleh dilaksanakan oleh seseorang staf seperti di
Peraturan 3.2, selepas mendapat kelulusan Pegawai di beri kuasa mengikut jadual
berikut;
Bil. Pusat / Kampus Pegawai Yang Diberi Kuasa
a) Ketua Pegawai Eksekutif
b) Timbalan Presiden
1. Ibu Pejabat c) Pengarah Kanan, Jabatan Sumber Manusia
d) Pengarah Kanan, Jabatan Logistik dan Aset
e) Pengarah Kanan, Jabatan Kewangan
f) Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Korporat
Kampus
2. Cawangan Kolej a) Pengarah
Poly-Tech MARA b) Timbalan Pengarah
3. Kolej Universiti a) Naib Canselor
Poly-Tech MARA b) Timbalan Naib Canselor
c) Pendaftar
3.2. Staf yang layak mendapat bayaran lebih masa.
(i) Semua staf dalam kumpulan sokongan tanpa mengira jumlah gaji (gaji pokok)
adalah layak membuat tuntutan kerja lebih masa tertakluk kepada kelulusan
Pegawai yang diberi kuasa.
(ii) Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti
perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan
tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut :
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
a) kerja-kerja kecemasan;
b) kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh
sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan/syarikat;
c) kerja-kerja yang dikehendaki dibuat olah staf melebihi bidang tugas
biasanya; dan
d) kerja-kerja perlu diuruskan dalam jangkamasa terhad.
Dipadankan dengan Pekeliling KPTM JSM Bil. 01/2016
3.3. Kadar bayaran lebih masa
(i) Perkiraan kadar bayaran lebih masa di Peraturan ini adalah seperti berikut:
Upah X Kadar Gandaan X Jumlah Jam Bekerja
26 hari X 8 jam
(ii) Kadar gandaan adalah seperti berikut :
Hari biasa - Kadar gandaan ialah 1.5
Kadar gandaan ialah 2.0
Hari Rehat/Cuti Mingguan - Kadar gandaan ialah 3.0
Hari Cuti Umum -
3.4. Kadar bayaran lebih masa bagi anggota sambilan
Kadar bayaran satu jam bagi anggota sambilan yang bekerja lebih masa adalah
mengikut jawatan Kumpulan Sokongan yang disandang. Perkiraannya adalah seperti
berikut :
Gaji harian X 27 hari bekerja X 12 bulan = Kadar satu jam
313 x 8 jam
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
4. PELBAGAI
4.1. Permulaan dan akhir tugas
Di mana tempat bekerja adalah jauh daripada tempat melaporkan diri, staf adalah
dianggap mulai bekerja di tempat melaporkan diri dan di anggap menamatkan kerja
di tempat yang sama.
4.2. Masa dalam perjalanan
Apabila seseorang staf diarahkan membuat perjalanan, maka dia hendaklah dianggap
sebagai menjalankan tugas rasminya. Tetapi tiap-tiap hari yang dihabiskan berjalan itu
hendaklah dianggap sebagai satu hari bekerja biasa yang tidak melayakkan mendapat
bayaran lebih masa, walaupun ini boleh memakan masa lebih daripada 8 jam. Walau
bagaimanapun, staf ini akan berkelayakan mendapat elaun makan dan lain-lain elaun
seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Bab B.
5. PERATURAN PAKAIAN
5.1. Pakaian ke pejabat, semasa menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi.
(i) Pakaian lelaki yang dibenarkan;
a) Bagi staf di dalam Kumpulan Eksekutif/ Pensyarah dan ke atas ialah seluar
panjang dengan baju kemeja dan bertali leher (digalakkan memakai kot); dan
jika baju tersebut berlengan panjang, lengan baju tidak dilipatkan.
b) Bagi staf di dalam Kumpulan sokongan; seluar panjang berserta baju kemeja
dengan warna yang sesuai; dan jika baju tersebut berlengan panjang, lengan
baju tidak dilipatkan. Staf digalakkan memakai tali leher.
c) Pakaian Baju Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok hitam
digalakkan pada hari Jumaat.
d) Kasut adalah dari kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya dan
berstokin.
(ii) Pakaian lelaki yang tidak dibenarkan;
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
a) ‘T-Shirt’ dan pakaian Baju Melayu dengan kain sarung.
b) Seluar dari jenis ‘Jeans’ dan seluar pendek.
c) Selipar, capal, kasut getah dan kasut sukan.
(iii) Pakaian wanita yang dibenarkan;
a) Pakaian Kebangsaan atau lain-lain pakaian yang kemas dan sesuai dipakai
semasa bekerja. Pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu ketat sehingga
menampakkan bentuk tubuh badan.
b) Kasut yang bertutup atau yang sejenis dengannya yang bertumit yang
mempunyai bentuk dan warna yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
c) Seluar panjang boleh dipakai dengan syarat seluar berkenaan jenis
bertempah bersekali dengan jaket dan kot dan seluar hendaklah longgar
serta kot/jaket mestilah labuh menutup pinggul.
(iv) Pakaian wanita yang tidak dibenarkan;
a) ‘T-Shirt’ atau baju tanpa lengan dan pakaian yang menutup muka (purdah).
b) Pakaian-pakaian yang menjolok mata :-
Pakaian yang ketat, jarang atau nipis sehingga menampakkan bentuk
tubuh badan.
Baju ‘low-cut’
Skirt di atas paras lutut atau mini skirt.
c) Seluar ‘Jeans’, seluar pendek dan yang tidak mematuhi Peraturan 5.1 (iii) (c).
d) Sandal, kasut sukan dan kasut yang tidak bertumit.
(v) Pakaian seragam (lelaki dan wanita)
a) Pakaian seragam mestilah dipakai setiap masa semasa bekerja bagi mereka
yang dibekalkan dengannya.
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022
b) Bagi program-program yang khusus di mana staf perlu memakai pakaian
seragam semasa bertugas, staf akan dibekalkan dengan pakaian seragam
dua (2) pasang setahun dengan harga mengikut kadar semasa/ bersesuaian.
Pakaian ini adalah termasuk baju,seluar, kasut. Bagi staf wanita, tudung turut
akan dibekalkan.
(vi) Pakaian Semasa Mesyuarat
Bagi Pekerja dalam Kumpulan Eksekutif / Pensyarah dan ke atas, dimestikan
memakai kot semasa mesyuarat dengan agensi kerajaan/badan berkanun, pihak
swasta atau pelawat dari dalam/luar negara.
(vii) Pakaian semasa mesyuarat dalaman
Bagi staf dalam Eksekutif / Pensyarah dan ke atas, dimestikan memakai kot
semasa Mesyuarat Pengurusan sama ada di peringkat Kolej/ibu pejabat
(viii) Pakaian semasa menghadiri majlis rasmi;
a) Staf hendaklah memakai pakaian sepertimana yang digariskan di atas
melainkan ada pakaian khas yang ditetapkan.
b) Staf lelaki hanya dibenarkan memakai songkok diperbuat dari kain baldu
hitam. Songkok atau kopiah dalam lain-lain bentuk atau warna tidak
dibenarkan sama sekali.
Kemaskini sehingga Pekeliling JSM yang diluluskan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah KPTMSB Bil.04/2022 pada 22 April 2022