The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-1698, 2021-07-14 05:16:32

Buku Abstrak SEDAR20_20102020

Buku Abstrak SEDAR20_20102020

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

35

PENGALAMAN DAN IMPAK PENGAJARAN BAHASA ARAB ATAS
TALIAN

Siti Faizah Bt Mohd Saleh @ Salleh
[email protected]
Sk Taman Desa 2, Rawang

Abstrak

Pengajaran atas talian bukan lagi satu fenomena baru dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Pendidikan yang berunsurkan teknologi telah dilaksanakan hampir keseluruhan sekolah
bagi memastikan generasi kini tidak lagi tertinggal di belakang. Seperti yang sedia maklum,
multimedia merupakan salah satu cara penyampaian yang boleh merubah cara pengajaran
guru walaupun berjauhan dan tidak bersemuka. Ianya dibuktikan pada pasca Covid-19
baru-baru ini yang menyebabkan penutupan semua sekolah di seluruh Malaysia. Penutupan
sekolah ini serta-merta merubah cara seseorang murid belajar, menyesuaikan setiap
maklumat yang diberi dan cara memperolehi maklumat. Secara tidak langsung, teknologi
memberi peluang kepada para pendidik untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan alat
bantu mengajar termasuklah penyampaian pengajaran atas talian. Kertas kerja ini
membincangkan tentang pengalaman guru bahasa arab dalam menyampaikan pengajaran
kepada murid menurut empat kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, membaca,
menulis dan bertutur. Kertas kerja ini juga menyatakan impak positif dalam pengajaran
bahasa arab atas talian.

Kata kunci: pengajaran atas talian, teknologi pendidikan, impak pengajaran.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

36

KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI DIGITAL TERHADAP
MOTIVASI PELAJAR DALAM NORMA BAHARU MATRIKULASI

Aizu Khalili Zohedi, PhD
Sarmila Marlini Mohd Rufin

Indrani Gopal
Amal Zunnairah Abu Bakar

[email protected]

Kolej Matrikulasi Perak

Abstrak
Aplikasi digital merupakan salah satu alat pembelajaran yang penting dalam era norma
baharu. Sistem pembelajaran matrikulasi menjadikan aplikasi digital sebagai keperluan
utama dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) harian. Kertas kajian ini
mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi digital terhadap motivasi pelajar dalam PdPc
norma baharu matrikulasi bagi subjek Sains Komputer. Kajian ini melibatkan 69 orang
pelajar matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) modul dua dan modul tiga yang
mempelajari topik Java. Aplikasi digital yang digunakan dalam kajian ini adalah Google
Classroom, Quizizz dan Padlet. Keberkesanan aplikasi digital dinilai dari sudut motivasi
pembelajaran. Soal selidik motivasi pelajar menunjukkan min yang tinggi untuk semua
aplikasi digital, terutamanya Quizizz iaitu 4.30. Ujian satu hala Anova menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap motivasi pembelajaran pelajar yang
menggunakan aplikasi digital yang berbeza. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan,
motivasi pembelajaran berjaya diterapkan melalui penggunaan pelbagai aplikasi digital
berbeza. Penggunaan aplikasi digital menjadikan sesi PdPc lebih menarik dan pelajar
terlibat secara aktif dalam sesi PdPc. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi digital ini
berjaya diaplikasikan dalam aktiviti PdPc dengan berkesan. Aplikasi digital ini boleh
digunakan dalam PdPc dalam semua kelas maya untuk subjek Sains komputer khususnya
di Kolej Matrikulasi Perak.

Kata kunci : Aplikasi digital, motivasi, PdPc maya

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

37

PENILAIAN PENERIMAAN SISWA GURU TERHADAP
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (OLL) SEMASA PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

Bani Hidayat Mohd Shafie
[email protected]

IPG Kampus Pendidikan Islam

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerimaan dan faktor- faktor yang
mempengaruhi pembelajaran dalam talian (OLL) dalam kalangan siswa guru semasa
PKP COVID-19 di sebuah Institut Pendidikan Guru di Bangi, Selangor. Empat faktor yang
terlibat dalam kajian ini ialah tanggapan kebergunaan (TK), tanggapan mudah guna
(TMG), ciri-ciri pensyarah dalam PdP OLL serta isu pelaksanaan OLL semasa PKP
COVID-19 . Seramai 313 orang siswa guru terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang
mengandungi 32 item soalan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif
yang merangkumi taburan frekuensi, min, dan sisihan piawai. Hasil keseluruhan dapatan
menunjukkan bahawa faktor tanggapan kebergunaan (min=3.20,sp=1.153), faktor
tanggapan mudah guna (min=3.40,sp=1.156), faktor ciri-ciri pensyarah dalam PdP OLL
(min=3.96,sp=0.854) dan isu pelaksanaan semasa COVID-19 (min=3.34, sp=0.518) yang
mempengaruhi penerimaan OLL dalam kalangan siswa guru. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penerimaan siswa guru terhadap OLL semasa PKP COVID-19
dipengaruhi oleh manfaat dan mudah guna yang diperoleh daripada OLL, penjimatan
masa dan kandungan kursus yang mudah dan bersesuaian dengan tugasan.

Kata kunci: pembelajaran dalam talian (OLL), penerimaan teknologi, tanggapan kebergunaan,
mudah guna, PKP COVID-19

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

38

KOMPETENSI KBAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK SISWA GURU SEM 8 IPG KAMPUS ILMU KHAS,
KUALA LUMPUR

1Chin Mei Keong (Ph. D)*, 2Nor Azim Bin Norddin & 3Mohammad Shalihin Azim B Ismail
[email protected], [email protected], [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kompetensi KBAT, tahap
pencapaian akademik dan hubungan antara kompetensi KBAT dengan pencapaian akademik siswa guru
semester 8. Kajian ini melibatkan 119 orang siswa guru semester 8, ambilan Jun 2016, IPG Kampus
Ilmu Khas Kuala Lumpur. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Instrumen Kompetensi
KBAT (15 items). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan berpandukan
`Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak
99.16% daripada sampel kajian mencatatkan skor penguasaan KBAT pada tahap yang tinggi, manakala
sebanyak 0.84% daripada sampel kajian menguasai KBAT pada tahap yang sederhana. Sementara itu,
90.8% dan 9.2% daripada sampel kajian mencatatkan skor pencapaian akademik pada kelas kedua atas
dan kelas pertama masing masing. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
tidak signifikan antara tahap penguasaan KBAT dengan tahap pencapaian akademik siswa guru secara
keseluruhannya di mana r=.167, p>.01. Seterusnya implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.

Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pencapaian Akademik, Siswa Pendidik

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

39

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS MURID
BERKEPERLUAN KHAS MENGGUNAKAN SURPRISE BOX DALAM

PEMBELAJARAN NORMA BAHARU

Azuriyah Binti Saidin
[email protected]

Noor Ilyana Binti Idris
[email protected]

SMK Subang Bestari, Shah Alam Selangor

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran motor halus
murid berkeperluan khas berkefungsian rendah melalui penggunaan Surprise Box. Seramai 7 orang
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang terdiri daripada pelbagai masalah seperti
sindrom down, cerebral palsy, dan autisme dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen kajian terdiri
daripada pemerhatian dan senarai semak terhadap murid-murid dari kelas Neptune dan Musytari SMK
Subang Bestari. Hasil tinjauan masalah menunjukkan murid menghadapi kesukaran untuk
menggunakan kemahiran motor halus dalam aktiviti melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada
bahagian tangan. Surprise Box ini telah diibina bagi membantu murid meningkatkan kemahiran motor
halus mereka dalam pembelajaran sejajar dengan kaedah pembelajaran yang perlu diterapkan sepanjang
norma baharu. Kit pembelajaran yang menggunakan kaedah berpusatkan bahan dan murid ini sangat
bersesuaian dengan murid berkefungsian rendah yang mudah tertarik dengan aktiviti belajar sambal
bermain. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik yang digunakan dapat meningkatkan tahap
kemahiran motor halus murid, di mana murid dapat menyelesaikan aktiviti ‘Surprise Box’ dengan lebih
pantas dari sebelumnya. Keberkesanan penggunaan kaedah ini dapat memberi impak kepada murid
berkeperluan khas menjalani pembelajaran yang lebih baik di samping membimbing ke arah
kemampuan hidup berdikari serta bermakna.

Kata kunci: Surprise Box, Kemahiran Motor Halus, Murid Berkeperluan Khas

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

40

PELAKSANAAN KAEDAH HIFZ AL-QURAN
KAJIAN KES DI SMKA KEDAH TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB

Ismail Salleh
[email protected]

SMKA Kedah

Abstrak

Tahap penguasaan amalan pengajaran guru dan kaedah pembelajaran hafazan oleh pelajar
merupakan isu utama kajian. Kajian yang dilaksanakan adalah untuk mencapai tiga objektif
iaitu mengenalpasti kaedah pengajaran & pembelajaran hifz al-Quran pelajar tingkatan empat
SMK Agama Kedah, mengenalpasti permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan kaedah
hafazan dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah hafazan. Dalam kajian ini
penyelidik menggunakan teori pengajaran al-Qabisi(1955) sebagai kerangka asas konsep dalam
penyelidikan iaitu berdasarkan pembelajaran menggunakan pancaindera seperti mendengar,
melihat, membaca dan menulis. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dalam proses
pengumpulan data dan menganalisis data kajian. Kajian yang dilakukan adalah kajian
perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan terdiri daripada pemerhatian dan temubual.
Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang
melibatkan seramai lima orang pelajar yang berpencapaian tinggi dan lima orang pelajar
berpencapaian rendah dalam subjek hifz al-Quran dan dua orang guru pakar subjek
berpengalaman daripada lima puluh orang guru tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan kaedah
dengar, talaqi, hafaz dan tasmi’ merupakan kaedah asas yang patut dijadikan satu modul
pengajaran tahfiz. Kaedah ini dipanggil kaedah DTHT. Masalah utama dalam pelaksanaan
kaedah hafazan ialah kebanyakkan pelajar berpencapaian rendah tidak konsisten dalam
melaksanakannya sementara faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah ialah kekerapan
pemantauan daripada pengurusan sekolah, wujud unsur tidak telus dalam urusan temuduga
pengambilan pelajar dan kekurangan prasarana pembelajaran.

Kata kunci: Pelaksanaan, Kaedah Hifz Al-Quran.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

41

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF ARAB
DALAM PENULISAN MENGGUNAKAN KAEDAH “BITHALU”

Ain Az-Zahra Binti Man
[email protected]

Mohd Sukri bin Ahmad
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah ’BiThaLu’
dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf asing bahasa Arab dalam kalangan murid Tahun
4. Kajian ini juga memberi peluang kepada pengkaji untuk meningkatkan minat murid untuk
menyambung huruf asing bahasa Arab. Pengkaji telah melaksanakan kajian ini di Sekolah Kebangsaan
Darulaman Heights, Kedah. Proses pengumpulan data dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual kepada lima orang peserta kajian dengan menggunakan kaedah
’BiThaLu’ yang terdiri daripada kad huruf, kuiz dan permainan. Keputusan kajian menunjukkan
peningkatan positif dalam kemahiran menyambung huruf asing bahasa Arab selepas penggunaan
kaedah ’BiThaLu’. Objektif kajian yang dinyatakan telah tercapai dengan baik. Hasil daripada
keputusan kajian ini menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah ’BiThaLu’ untuk menguasai
kemahiran menyambung huruf asing bahasa Arab bagi murid Tahun 4. Adalah diharapkan dengan
terhasilnya kajian ini dapat memberi manfaat dalam memperbaiki amalan pembelajaran murid.

Kata Kunci : Bahasa Arab, Permainan Bahasa, Aktiviti ‘’BiThaLu’, Kemahiran Menulis,
Menyambung Huruf, Sekolah Rendah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

42

APLIKASI PROGRAM “TANWEER ARABIY” UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA

ARAB BAGI MURID TAHUN DUA SEKOLAH RENDAH

Wan Farihah Binti Wan Muda
[email protected]

Mohd Sayuti Bin Abdul Shukor
[email protected]

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Kemahiran membaca antara kemahiran yang difokuskan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab. Komponen asas dalam mempelajari Bahasa Arab adalah dari
segi fonologi, sintaksis, morfologi dan semantik khususnya simbol tulisan, sistem bunyi
dan kemahiran fonim. Isu membaca merupakan masalah dominan dalam Bahasa Arab dan
hal yang menarik perhatian pengkaji adalah kekeliruan murid tentang huruf hijaiyah,
simbol dan bunyinya. Oleh itu, kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan penguasaan
kemahiran fonim bagi kemahiran membaca dalam kalangan murid dengan menggunakan
program “Tanweer Arabiy”. Teknik pengulangan diaplikasikan dalam program ini.
Program ini diimplimentasikan terhadap lima orang murid Tahun Dua. Pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Instrumen
pengumpulan data ialah borang senarai semak, ujian pra dan ujian pos serta borang temu
bual. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis
kandungan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan positif dalam kemahiran membaca
murid apabila markah ujian pos lebih tinggi daripada markah ujian pra. Pengkaji juga
mendapati bahawa kaedah pengajarannya lebih baik melalui hasil temu bual yang
menyokong hasil pemerhatian yang menunjukkan kemajuan ketara dalam kemahiran
membaca murid. Kemahiran fonim asas dalam membaca serta mempelajari bahasa yang
tertulis. Jika murid menekuni kemahiran membaca pada peringkat awal dengan cara yang
betul, murid mampu membina makna yang disampaikan penulis.

Kata kunci: huruf hijaiyah, kemahiran fonim, program “Tanweer Arabiy”, kemahiran
membaca, teknik pengulangan

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

43

PENGGUNAAN KIT PERMAINAN LUDO NOVEL 5 + 1 DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MURID
TINGKATAN LIMA BERPRESTASI RENDAH

Abdul Ghani Bin Jalil, PhD
[email protected]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong Kedah

Abstrak
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengkaji kesan penggunaan Inovasi
Kit Permainan LUDO Novel 5 + 1 dalam pengajaran dan pemudahcaraan novel dalam
subjek Bahasa Melayu. Informan kajian melibatkan 6 orang murid iaitu 6 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan yang merupakan murid berprestasi rendah. Tinjauan
awal telah dibuat dan data dikumpul melalui ujian pra dan pasca. Hasil dapatan
menunjukkan berlaku peningkatan skor antara ujian pra dan pasca untuk semua informan.
Peningkatan dicatatkan sebanyak 3 peratus dan maksimum sebanyak 7 peratus. Menerusi
analisis kandungan temu bual didapati penggunaan inovasi ini dapat menarik minat murid
untuk mempelajari novel dan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran apabila
analisis pemerhatian tidak berstruktur dilaksanakan. Secara kesimpulannya, penggunaan
Kit Permainan LUDO Novel 5 +1 sesuai digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan novel.

Kata Kunci: Kit Permainan LUDO Novel 5 + 1, Novel, Peningkatan Pencapaian, Minat,
Penglibatan Murid

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

44

MENINGKATKAN KEMAHIRAN SKOR SAINS SPM DENGAN
PENGUASAAN DIGITAL 3P (PD3P)

Ismi Kamarul Sham Bin Hj. Ismail

SMK Parit Panjang, 09200 Kupang, Kedah.

Abstrak

Penguasaan Digital 3P(Pembolehubah Manipulasi, Pembolehubah Bergerakbalas dan Pembolehubah
Malar) diinovasikan melalui teknologi digital kepada murid sekolah menengah yang sebenarnya telah
pun mengetahui 3P ini secara tulisan sebelum ini. Inovasi yang direkabentuk adalah sejajar dengan
perkembangan dunia IR 4.0 dapat menarik minat semua murid. Gabungan dua aplikasi iaitu ‘Wordwall’
dan ‘Flipgrid’ yang menggunakan aplikasi Android dan windows akan memberi lebih idea kepada
murid dalam menjawap kertas 2 bahagian A dan C. Disamping itu juga dengan gabungan dua aplikasi
ini dapat membina tahap pemikiran murid kearah KBAT. Tinjauan awal mendapati pelajar tidak dapat
memperolehi markah yang tinggi bagi kertas 2 Sains SPM. Seramai 15 orang murid kelas 5 Elit SMK
Parit Panjang yang telah pun mempelajari 3P ini sejak berada di Tingkatan 4 namun secara penulisan
biasa. Justeru untuk kali ini dengan aplikasi baru, murid dilatih dengan kaedah Penguasaan Digital
3P(PD3P) bagi membina keyakinan diri dan Struktur pemikiran ke aras yang lebih tinggi. Pendekatan
PD3P yang digunakan dalam kajian ini berketepatan dengan pesanan Saiyidina Umar Al Khattab
“Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya”. Jika pendekatan ini dihayati dan difahami sepenuhnya,
akan membuka lembaran baharu kepada guru-guru untuk meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih efisyen
dan berkesan dalam mata pelajaran Sains. Bak kata pepatah Arab “Man Jadda wa Jadda (Siapa yang
berusaha maka dia akan memperolehinya”. Keputusan beberapa ujian kecil juga telah menunjukkan
satu peningkatan yang lebih cemerlang dari sebelum.

Kata Kunci : Penguasaan Digital 3P, Pembolehubah Manipulasi, Pembolehubah Bergerakbalas dan
Pembolehubah Malar

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

45

PENGGUNAAN SKETCHNOTE DALAM MENINGKATKAN
PEMAHAMAN PELAJAR BAGI MEREKOD CATATAN JURNAL

Nur Hanisah binti Abdulllah, Muhamad Izham bin Zakaria, Abd Hafiz bin Abd Rahman, Abdul Aziz
bin Paimin, & Siti Azean bt Ramli
[email protected]

Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Job Order Costing merupakan tajuk di dalam subjek Management Accounting yang
mengandungi banyak perekodan catatan jurnal yang perlu diingat oleh pelajar. Walaupun
tajuk ini secara keseluruhannya tidak begitu sukar kerana ia banyak melibatkan pengiraan
yang sememangnya digemari buat pelajar perakaunan, namun di akhir bab ini pelajar perlu
memahami dan ingat cara untuk merekod catatan jurnal bagi keseluruhan transaksi yang
berlaku. Berdasarkan kepada Laporan Kerja Calon (LCK), hampir setiap tahun prestasi
pelajar menjawab soalan berkaitan perekodan jurnal ini kurang baik walaupun soalan agak
mudah untuk dijawab. Tinjaun awal mendapati pelajar sukar untuk memahami urutan
proses yang berlaku di dalam tajuk ini dengan baik. Walaupun telah diterangkan beberapa
kali namun pelajar masih kabur kerana sukar untuk membayangkan proses tersebut. Justeru
kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar melihat proses merekod catatan jurnal
menggunakan sketchnote supaya pelajar dapat membayangkan proses sebenar yang
berlaku dan seterusnya dapat memahami dan mengingat cara untuk merekod catatan jurnal.
Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan keberkesanan pendekatan Sketchnote ini diukur
melalui skor ujian pra dan ujian pos. Hasil dapatan ujian pra dan ujian pos menunjukkan
peningkatan pemahaman pelajar untuk merekod catatan jurnal dengan betul. Cadangan
pendekatan sketchnote ini boleh diperkenalkan kepada kelas-kelas lain agar keberkesanan
pendekatan ini dapat diuji dengan lebih menyeluruh.

Kata Kunci: Job Order Costing, Catatan Jurnal, Sketchnote

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

46

APLIKASI KAEDAH I-Do Vi-Do DALAM PEMBELAJARAN PRA
AMALI PENITRATAN KIMIA

1Fairuz Wahida binti Mohd Azmy, 2Chia Chew Ping
3Tang Ee Yun and 4Nor Aziah binti Lazim

[email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Pra amali merupakan salah satu kaedah pengajaran amali dan dijalankan sebelum amali sebenar
dijalankan. Tujuan pra amali adalah untuk memastikan pelajar mampu menguasai konsep dan teknik
pengendalian amali supaya mereka dapat melaksanakan amali dengan efektif. Hasil tinjauan kami
terhadap amali kedua SK015: Penitratan dari sesi pembelajaran yang lepas, kami mendapati tahap
penguasaan pelajar dari segi konsep dan teknik pengendalian amali masih kurang memuaskan. Justeru,
kami memilih lesson study sebagai alat kolaboratif pensyarah dengan bertujuan untuk melihat
keberkesanan lesson plan yang dirancang. Hal ini, adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari
segi konsep dan teknik pengendalian bagi amali penitratan dengan mengintegrasi kaedah pengajaran
menggunakan video dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Maka, satu intervensi I-Do Vi-Do telah
dilaksanakan semasa kelas pra amali pada sesi pembelajaran tahun ini bagi meningkatkan kemahiran
pelajar dari segi konsep dan teknik pengendalian bagi amali penitratan. Kaedah pelaksanaan I-Do Vi-
Do ialah: I-Do: I Do first (Pra Penilaian Formatif), Vi: Video Teaching, Discussion and Reflection, Do:
Re Do (Pos Penilaian Formatif). Pelajar dipantau dari segi penguasaan konsep pengiraan yang
melibatkan larutan stok piawai, proses pencairan dan penitratan, serta teknik penitratan mengikut
rubrik. Konsep pembelajaran berasaskan pengalaman menggunakan aplikasi Video dan Google
Classroom juga diaplikasikan. Kumpulan sasaran kajian ialah pratikum S3K1T4, yang terdiri daripada
20 orang pelajar. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan teknik pelajar dalam penyediaan larutan
piawai sebanyak 65%, proses pencairan sebanyak 92%, proses penitratan sebanyak 58.3%,
pengendalian pipet sebanyak 38.3% dan pengendalian buret sebanyak 62.1%. Secara keseluruhan,
amalan kaedah I-Do Vi-Do semasa pra amali berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam teknik
penitratan.

Kata Kunci: penitratan, pra amali, video, pembelajaran berasaskan pengalaman

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

47

EPP CAHAYA

Ku Nor Atikah binti Ku Shuib, Normarina binti Ramlee, Muhammad Syauqi Asyraf bin Ahmad
Tajudin, Che Ahamad bin Daud

[email protected]

Kolej Vokasional Kulim

Abstrak

Tajuk Cahaya, warna dan penglihatan merupakan Bab ke 7 dalam matapelajaran Sains
Tingkatan 4. Bab ini merupakan salah satu bab yang agak sukar bagi guru untuk
menyampaikannya dengan berkesan kepada pelajar terutama sekali bagi guru. Proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bertambah sukar apabila guru mengajar pelajar
dalam era norma baharu. ePP Cahaya merupakan satu inovasi alat bantu mengajar ( ABM)
yang tepat untuk digunakan oleh guru dan pelajar bagi menghasilkan satu output yang lebih
baik dari segi kefahaman, pengalaman dan pencapaian pelajar. Alat ini yang dibina dengan
kos yang amat minima yang amat praktikal digunakan dalam keadaan sumber kewangan
kerajaan yang amat terhad buat masa ini. ABM inovasi ePP Cahaya ini juga merupakan
satu projek yang dihasilkan oleh guru bagi meransang idea kreatif dan inovatif dalam
norma baharu. Melalui penjanaan dan peransang idea ini akan terhasillah lebih banyak
bahan bantu mengajar di masa hadapan. Penghasilan ePP Cahaya ini amat diyakini dapat
memberi satu persepsi baru kepada pelajar dalam melihat matapelajaran Sains sebagai satu
subjek yang menyeronokkan. Belajar dalam keadaan seronok yang terkawal berserta
dengan bukti yang maujud akan meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Penggunaan
kaedah pembelajaran kendiri oleh pelajar melalui penggunaan ABM ini menjadikan
beberapa objektif pembelajaran dalam bab ini dikuasai dengan lebih konkrit, tepat dan
jelas.

Kata kunci: ABM, kreatif dan inovatif, norma baharu

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

48

PENGGUNAAN e-JADUAL MARKAH (e-JM) SECARA
ELEKTRONIK BAGI MEMINIMUMKAN KESILAPAN
PENGIRAAN DAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN DALAM

KALANGAN PENSYARAH

Juliana binti Saarani, Khoo Tiang Oon, Jaswant Kaur a/p Bakhshish Singh, Mardhiah binti Johari,
Hasyyati binti Mat Hanipi
[email protected]

IPG Kampus Pulau Pinang

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan ketepatan pengiraan dan pengisian markah
peperiksaan dalam kalangan para pensyarah. Kaedah manual yang digunakan sebelum ini
dilihat lebih terdedah kepada ralat pengiraan dan pengisian markah yang memberi kesan
kepada perubahan gred sebenar pelajar. Keadaan ini mendorong kepada penghasilan e–
Jadual Markah ( e–JM) yang dilihat sebagai kaedah alternatif yang berkesan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. e-JM adalah suatu sistem pengiraan yang dijana dengan perisian
Microsoft Excel yang dipercayai kesahihan pengiraan. Sistem ini dilengkapi dengan video
panduan pengisian yang lengkap untuk memudahkan pensyarah dalam mengaplikasi
sistem. Seramai 49 orang responden yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Pulau
Pinang telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik mengenai pelaksanaan e-
JM secara elektronik (Perisian Microsoft Excel). Data dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan penggunaan e-
JM adalah tinggi (min:3.45). Manakala bagi tahap kesesuaian ciri- ciri yang terdapat dalam
e-JM juga berada di tahap yang tinggi iaitu 3.43 dan tahap kepuasan pensyarah terhadap
penggunaan e-JM juga tinggi iaitu 3.36. Keupayaan sistem ini boleh membantu
memantapkan proses pengiraan dan pengisian markah peperiksaan serta pengurusan
dokumen Unit Penilaian dan Peperiksaan IPG Kampus Pulau Pinang.

Kata kunci: e- Jadual Markah (e-JM), kaedah manual, ketepatan pengiraan

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

49

KEBERKESANAN VISUALISASI e-PEMBELAJARAN FIZIK (VIPEF):
VIDEO EKSPERIMEN DIFFRACTION

Wong Ai Chin, Leong Mei Ling, Tan Kha Geat, Yew Sze Ling, Ong Wei Ling
[email protected]

Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Abstrak

Tujuan kajian Visualisasi e-Pembelajaran Fizik (ViPeF): Video Eksperimen Diffraction adalah
untuk meninjau keberkesanan visualisasi dalam e-Pembelajaran Fizik (ViPeF) terhadap video
yang dihasilkan untuk mengajar langkah-langkah berjaga semasa menjalankan Eksperimen
Dfffraction di Kolej Matrikulasi dengan POWTOON. Objektif intervensi ini adalah untuk (a)
membantu pelajar mencapai markah penilaian berterusan bahagian ujian amali sekurang-
kurangnya 13% daripada markah penuh 15%, (b) membudayakan pembelajaran kendiri pelajar
melalui e-pembelajaran dengan menggunakan google classroom. Kajian ini telah menggunakan
Lesson Study sebagai alat kolaboratif. Satu video ViPeF yang mengandungi 12 Experiment
Precaution Steps dalam Eksperimen Dfffraction berdasarkan rubriks ujian telah dihasilkan
dengan menggunakan software Powtoon telah dihasilkan dan dimuat naik dalam Google
Classroom. Seramai 105 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan adalah kaedah kuantitatif yang melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Hasil
dapatan menunjukkan purata markah keseluruhan meningkat sebanyak 30.3%, iaitu daripada
purata 11.45 (Ujian Amali Pra) meningkat ke purata 14.92 (Ujian Amali Pasca). Selain itu, beza
markah Ujian Amali Pra dan Ujian Amali Pasca yang paling tinggi ialah 6.5 markah manakala
beza markah yang paling sedikit ialah 1.5 markah. Ini telah menunjukkan bahawa kaedah ViPeF
yang digunakan telah memberi kesan yang positif kepada pelajar. Video ViPeF telah mendapat
banyak komen yang positif daripada pelajar dan pensyarah yang pernah menggunakannya. Salah
satu penambahbaikan yang boleh dibuat ialah mengintegrasikan lebih banyak konsep eksperimen
ke dalam video ViPeF dan menjalankan kajian ini lebih berleluasan supaya lebih ramai pelajar
mendapat manfaat daripadanya.

Kata Kunci : e-Pembelajaran, Visualisasi, Eksperimen Dfffraction, POWTOON, Google
Classroom

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

50

KEBERKESANAN CARTA TANGGA BERWARNA BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYATAKAN NILAI

DIGIT BAGI SEBARANG NOMBOR BULAT DALAM
KALANGAN MURID PEMULIHAN

Priya a/p Rajendran
[email protected]

SJKT Labis

Abstrak

Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada
sekolah rendah atau menengah. Namun , sering dikatakan bahawa kebanyakan murid
mengalami masalah dalam topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Carta Tangga Berwarna
bagi meningkatkan kemahiran menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor bulat dalam
kalangan murid Pemulihan. Pengkaji telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart
iaitu Tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan& memerhati dan
mereflek. Punca utama masalah yang diperolehi dari pemerhatian awal ialah mereka tidak
tahu menyatakan nilai digit yang mewakili nombor bulat dalam lingkungan 1000. Mereka
tidak tahu menulis nilai digit dengan bilangan sifar yang betul serta tidak mahir untuk
membezakan nilai tempat dan nilai digit. Maka, untuk menangani masalah tersebut saya
telah membuat satu inovasi yang bernama Carta Tangga Berwarna. Disitu saya telah reka
suatu bentuk Carta tangga yang berlainan warna dan size. Ujian Diagnostik Matematik
dijalankan bagi mengenalpasti secara terperinci permasalahan murid. Dapatan ujian
menunjukkan 6 daripada 6 orang murid kelas Pemulihan gagal dalam ujian Diagnostik
menyatakan nilai digit. Maka bahan inovasi Carta Tangga Berwarna diperkenalkan, hasil
dapatan diperolehi menunjukkan 6 orang murid pemulihan tersebut dapat menyatakan nilai
digit serta dapat membezakan nilai tempat dan nilai digit dengan betul. Ujian pos yang
dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian menyatakan nilai digit dan 100%
murid juga dapat membezakan nilai tempat dan nilai digit dengan betul. Berdasarkan
dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa, kemahiran murid dalam menyatakan nilai digit
telah ditingkatkan setelah memperkenalkan inovasi Bahan Bantu Mengajar Carta Tangga
Berwarna.

Kata kunci : nilai digit, murid pemulihan, Carta Tangga Berwarna

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

51

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MYBOARD BAGI
MEMPELAJARI SUBJEK BIOLOGI DALAM NORMA

BAHARU

1Nur Aqidah binti Ramli, 2Rusmayati binti Badrul Hisham
3Munirah binti Ahmad
[email protected]

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan MyBoard bagi
mempelajari subjek Biologi khususnya dalam menguji kefahaman pelajar bersesuaian
dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) norma baharu. Sampel terdiri daripada 35
orang pelajar Sistem Empat Semester (SES) Modul 1 & 3 Kolej Matrikulasi Selangor.
Pengumpulan data dilakukan sebelum intervensi dilaksanakan berdasarkan pemerhatian
penyelidik sewaktu pengajaran di dalam kelas dan juga melalui temubual bersama
pensyarah mengenai cabaran pengajaran di era norma baharu. Intervensi yang dilaksanakan
ke atas sampel adalah dengan menggunakan MyBoard yang disediakan dalam sesi PdP.
Instrumen yang digunakan terdiri daripada pemerhatian di dalam kelas dan soal selidik.
Soal selidik terdiri daripada 12 soalan berkaitan kesesuaian MyBoard dalam meningkatkan
kualiti PdP dalam norma baharu. Data dianalisa dalam bahagian dapatan bagi melihat
keberkesanan penggunaan MyBoard dalam empat aspek iaitu keselamatan, penglibatan
pelajar, kualiti PdPc & penilaian. Hasil dapatan soal selidik menunjukkan empat aspek
tersebut mendapat respons yang positif iaitu bagi aspek keselamatan 99.1%, aspek
penglibatan 99.1%, aspek kualiti PdPc 100% & aspek penilaian 96.4%. Kesimpulannya,
MyBoard terbukti dapat melibatkan kesemua pelajar semasa sesi PdP di dalam kelas dan
memudahkan pensyarah dalam menilai kefahaman pelajar di dalam kelas sejajar dengan
PdP norma baharu.

Kata kunci: MyBoard, kefahaman, semua pelajar, norma baharu

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

52

KESEDIAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA
PANDEMIK COVID 19

1Mohd Fairuz Jafar,2Zetty Akmar Amran, 3Mohd Faiz Mohd Yaakob, , 4Mat Rahimi Yusof, 5Hapini
Awang

[email protected]

1,3,4,5Universiti Utara Malaysia
2Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak

Artikel ini membincangan kesediaan pelajar untuk menjalani pembelajaran dalam talian semasa
berlakunya pandemik Covid 19. Kajian ini meninjau tentang hubungan di antara rasa takut terhadap
Covid 19 dengan kesediaan pembelajaran dalam talian. Tinjauan ini dilaksanakan terhadap 386 pelajar
di Ijazah Sarjana Muda di utara semenanjung Malaysia. Hasil dapatan mendapati responden takut
terhadap Covid 19 (M=2.14) dan bersedia untuk pembelajaran dalam talian (M=4.00). Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi tahap ketakutan terhadap Covid 19 dan kesediaan pembelajaran dalam
talian berdasarkan faktor jantina. Namun, terdapat perbezaan dalam kesediaan pembelajaran dalam
talian berdasarkan latar belakang pendapatan keluarga. Hasil analisis korelasi mendapati semakin takut
terhadap Covid, maka pelajar semakin bersedia untuk pembelajaran dalam talian (r = - .112). Dapatan
tinjauan ini memberi maklumat bahawa aspek psikologi iaitu ketakutan terhadap Covid 19 memberi
kesan terhadap kesediaan pelajar untuk menggunakan pembelajaran dalam talian secara lebih serius.

Kata kunci: Covid 19, pembelajaran dalam talian, psikologi, ketakutan

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

53

TOOLKIT PERJALANAN ABADI

Zakiah Binti Zuber
Amal Hayati Binti Jamali
Dani Asmadi Bin Ibrahim
Ahmad Nasir Bin Mohd Daud

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak

Kertas kajian ini melaporkan pembangunan aplikasi telefon pintar, Toolkit Perjalanan Abadi
sebagai bahan rujukan pantas pengurusan jenazah bagi pelajar-pelajar. Kajian melibatkan
91 orang pelajar matrikulasi ini dimulakan dengan suatu tinjauan untuk mengenalpasti tahap
pengalaman dan pengetahuan pelajar tentang pengurusan jenazah. Didapati biarpun 70%
pelajar pernah mengikuti program pengurusan solat jenazah, hanya 30% sahaja pernah
melaksanakan solat jenazah, dan hanya 6% mempunyai pengetahuan baik dalam
pengurusan jenazah. Untuk mengatasi masalah ini aplikasi dibina untuk memudahkan
pengguna mendapat maklumat lengkap setiap peringkat pengurusan jenazah supaya lebih
ramai individu dapat berperanan aktif sewaktu berlaku kematian. Berdasarkan soal selidik
skala Likert dan soal selidik soalan terbuka yang diedarkan didapati aplikasi ini diterima
baik oleh pelajar. Kesemua pelajar bersetuju aplikasi ini adalah inovatif, mudah digunakan
dan wajar disimpan dalam telefon setiap muslim. Kesimpulannya Toolkit Perjalanan Abadi
Berjaya mencapai objektif pembangunannya.

Kata kunci: Pendidikan Islam, aplikasi pendidikan, pembelajaran abad ke-21 dan
pengurusan jenazah.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

54

KESAN PELAKSANAAN PENGINTEGRASIAN ELEMEN-ELEMEN
MULTIMEDIA DALAM PENTAKSIRAN PENILAIAN BERTERUSAN

KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Noraihan Ismail, Anita Mohamed & Norizal Abdul Karim@SAB &
Asmawati Mohamad Ali (Ph. D)

[email protected] , [email protected], [email protected] &
[email protected]

Unit Pengajian Am Matrikulasi (PAM), Jabatan Sastera Ikkhtisas,
Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Tujuan kajian ini bermatlamat untuk menentukan penilaian kesan pelaksanaan pengintegrasian elemen-
elemen multimedia terhadap penghasilan tugasan individu dalam pentaksiran berterusan (PB) pelajar
khususnya bagi kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM). Kajian rintis melibatkan 60 orang pelajar dan
seramai 120 pelajar Program Satu Tahun Jurusan Sains sesi 2018/2019 yang terlibat dalam kajian
lapangan ini. Instrumen kajian melibatkan ujian pra dan pasca, senarai semak pemerhatian serta rubrik
pemarkahan yang dibangunkan oleh pasukan penyelidik bagi memenuhi objektif kajian. Kerangka
kajian dan prosedur melibatkan teori pembelajaran multimedia, model kurikulum Tyler dan model
komunikasi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) terhadap elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi
dalam kalangan pelajar. Selain itu, para pelajar turut memperoleh pelbagai kebaikan multimedia seperti
kemudahan penggunaan, antara muka intuitif, pertambahan pengalaman, isi kandungan yang lebih
mudah difahami, lebih menjimatkan, lebih menyeronokkan serta berkesan juga meningkatkan lagi
kemahiran komunikasi mereka secara langsung.

Kata kunci: Pengintegrasian, elemen-elemen multimedia, Pentaksiran PB, kemahiran TMK dan asas
komunikasi.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

55

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
PELAJAR MELALUI PENGHASILAN RESUME VIDEO
DALAM PEMBELAJARAN NORMA BAHARU

Norizal Abdul Karim@Sab, Anita Mohamed, Noraihan Ismail & Asmawati Mohamad Ali, Ph.D
[email protected], [email protected], [email protected] &
[email protected]

Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam
kalangan pelajar Matrikulasi Jurusan Sains dan Perakaunan melalui penghasilan resume video
khususnya dalam situasi pembelajaran norma baharu. Seramai empat orang pensyarah kursus Pengajian
Am Matrikulasi dan 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Pelaksanaan tinjauan awal
melibatkan sesi soal jawab dalam kelas tutorial, semakan terhadap dokumen-dokumen sokongan dan
penulisan resume serta penyataan peribadi. Hasil tinjauan menunjukkan penguasaan asas kemahiran
komunikasi dan cara perhubungan pelajar masih di peringkat sederhana. Lapan sesi bersemuka dan dua
sesi tidak bersemuka secara atas talian selama tempoh sepuluh minggu dijalankan iaitu pelajar
mempelajari sub topik kemahiran komunikasi yang melibatkan temu duga dan pengucapan awam.
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan prestasi penguasaan pelajar
terhadap penghasilan resume video serta pelajar juga menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap
kemahiran komunikasi. Modul latihan berpandu secara digital telah berupaya membimbing pelajar
untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk
memantapkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu diaplikasikan dalam
pembelajaran norma baharu secara berterusan. Oleh itu, penghasilan resume video boleh meningkatkan
penguasaan kemahiran komunikasi pelajar.

Kata kunci: resume video, asas komunikasi, kemahiran teknologi maklumat, PdPc serta pembelajaran
norma baharu

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

56

PEMBELAJARAN ‘REPRODUCTIVE ISOLATION’ MENGGUNAKAN
VIDEO ANIMASI MELALUI YOUTUBE CHANNEL

Norfazrina Bahsri1, Nurhidah Munawer2, Suhana Ismail3,
Wan Syazzawani Wan Omar4, Nornadhirah Mohd Rafi5

[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

[email protected]

Unit Biologi, Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Pahang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam
subtopik ‘Reproductive Isolation’ dengan mengadaptasi pembelajaran digital melalui penghasilan
produk inovasi iaitu video animasi menggunakan platform YouTube channel. Refleksi pengajaran ke
atas 70 orang pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang mendapati purata peratusan markah yang diperoleh
melalui satu set ujian dalaman untuk subtopik ‘Reproductive Isolation’ adalah 52.8. Melalui
pemerhatian dan temubual yang dijalankan mendapati, pelajar hilang tumpuan dan kurang meminati
tajuk ini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman, fokus, semangat, minat serta
daya tumpuan pelajar. Instrumen seperti pemerhatian berstruktur, temubual separa berstruktur dan
analisis soal selidik ‘Cara Pelajar Belajar’ telah digunakan bagi proses pengumpulan data. Video
animasi bagi pembelajaran digital telah dibina mengikut sukatan pelajaran semester dua untuk
membantu pelajar memperbaiki konsep serta pengetahuan berkaitan subtopik yang diuji. Kefahaman
pelajar dinilai melalui Ujian Pra dan Pasca. Perbandingan skor di antara dua ujian tersebut menunjukkan
peningkatan peratusan markah yang baik di kalangan pelajar yang terlibat. Melalui pemerhatian,
temubual serta soal selidik yang dijalankan, penyelidik mendapati kaedah yang dilaksanakan mampu
membantu meningkatkan kefahaman, fokus, semangat, daya tumpuan dan minat pelajar dalam subtopik
‘Reproductive Isolation’.

Kata kunci : inovasi, video, pemahaman, tumpuan, minat

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

57

MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR SAINS
KOMPUTER MENGGUNAKAN PERMAINAN KAHOOT DAN QUIZIZZ

DALAM GOOGLE CLASSROOM

1Muziana Musa, 2Rusmawati Alias,
[email protected], [email protected]

Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana pembelajaran berasaskan permainan
yang dirangkaikan dalam “Google Classroom” mampu meningkatkan prestasi dan menarik minat
pelajar dalam kursus “Computer Science 2” bagi tajuk pengenalan kepada pengaturcaraan Java.
Tinjauan awal telah dijalankan melalui semakan hasil kerja pelajar, ujian pra, soal selidik, temubual
serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan para pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik,
kurang aktif dalam pembelajaran yang dijalankan dan kurang berminat untuk mengikuti pembelajaran.
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar ini, pengkaji mengaplikasikan pembelajaran
berasaskan “Games Based Learning”. Wong Weng Siong dan Kamisah Osman (2018) mengatakan “
pendekatan gamifikasi jelas menyumbang kepada faktor yang positif dalam proses pembelajaran”. Oleh
itu pengkaji telah menggunakan kaedah permainan di dalam Google Classroom, dimana pelajar
menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot dan Quiziz. Seramai 45 orang pelajar semester 2
dari modul 2 dan 3 serta seorang guru terlibat di dalam kajian ini. Keputusan ujian pos, serta kuiz
menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar memberikan kerjasama yang memberangsangkan
serta menyeluruh pada sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pelajar turut menunjukkan minat
yang mendalam dalam pembelajaran berintegrasikan permainan kerana mereka dapat belajar dalam
suasana yang informal dan menyeronokkan. Kaedah permainan ini merupakan inovasi dalam PdPc
yang berkesan dan berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Kata kunci : pembelajaran, Google Classroom, permainan, Kahoot, Quiziz

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

58

S.U.F BOOSTER KIT AS A DIGITAL TOOL IN
COMPREHENDING CALORIMETRY

Ainul Ezatul Farah Mohd Taha, Suganthi Nitsingam, Chia Chew Ping,
Normaishara Mohamad Shariff

[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstract

S.U.F (Select, Understand, Formula) Booster Kit is a learning tool designed to help students
to comprehend the subtopic Calorimetry of the Matriculation syllabus. The test 1 done on
students of S3K3T4 showed 86 % of the students were unable to answer the calorimeter
questions given after the tutorial lessons were carried out. The case discussion method was
used to discuss among fellow lecturers to find a solution for the problem. S.U.F Booster
Kit a 4 steps kit which helps students to plan on how to answer calorimeter questions from
scratch in the containing notes, videos, examples and enhancement questions was designed.
It was released to the students during the revision week to help them master the subtopic.
Students cleared their doubts with their tutorial lecturer during a zoom class session held.
The test 2 results given to the students showed a drastic increase in which 100 % of students
were able to answer the calorimeter question given correctly. The students also displayed
more confidence and were able to explain their answers during the zoom meeting. The
students were able to answer the calorimeter question given correctly and enjoyed the
lesson given. Suggestions for improvement maybe the blog could be introducing straight
to students before even teaching the topic to help strengthen their prior knowledge.

Keywords: S.U.F Booster Kit, Calorimetry

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

59

PERSEDIAAN PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
DALAM MENGHADAPI NORMA BAHARU SESI PDP

Wan Syazzawani Wan Omar, Intan Zurina Ahmad dan Nor Hasni Lizar
[email protected], [email protected]
[email protected]

Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian asas ini dijalankan dalam kalangan pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk meninjau persediaan pensyarah dalam menghadapi norma
baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendekatan yang dilaksanakan oleh pensyarah
yang berbeza jabatan bagi sesi PdP norma baharu ini. Data kualitatif dikumpul melalui sesi
temu bual yang dijalankan secara maya dan bersemuka terhadap keempat-empat partisipan
yang berlainan jabatan. Hasil kajian mendapati kesemua partisipan bersedia untuk
menghadapi PdP norma baharu, dengan memberikan lebih 90% kesediaan dari segi mental
dan fizikal. Hal ini diperlihatkan dengan kesanggupan kesemua partisipan mengeluarkan
perbelanjaan sendiri untuk membeli peranti dan perisian lembut (software) serta
memperuntukkan masa untuk mendalami kemahiran yang diperlukan. Pendekatan adalah
berbeza antara setiap partisipan berdasarkan kepada keperluan silibus subjek masing-
masing. Secara keseluruhan, partisipan telah menyatakan persetujuan mereka untuk
meneruskan sesi PdP dalam norma baharu dan juga bersedia bagi meneruskan pengajaran
secara hibrid dalam pelbagai situasi yang mendatang.

Kata kunci: persediaan, norma baharu, PdP, kemahiran dan hibrid.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

60

KESEDIAAN DAN JANGKAAN e-PEMBELAJARAN NORMA
BAHARU DALAM KALANGAN PENSYARAH KOLEJ
MATRIKULASI PAHANG

Fadhilah Mustapha
[email protected]

Unit Biologi, Jabatan Sains

Asmawati Mohamad Ali, Ph.D
[email protected]

Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial
Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi meninjau kesediaan dan jangkaan e-Pembelajaran norma baharu
pasca Covid-19 berdasarkan perspektif para pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).
Hasil dapatan kajian diperoleh menerusi soal selidik yang dibina oleh kumpulan pengkaji
secara atas talian (online). Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini melibatkan
persampelan seramai 31 orang pensyarah dari Jabatan Sains, Matematik serta Sastera
Ikhtisas dan Sains Sosial. Nilai kebolehpercayaan kajian rintis ini menunjukkan cronbach
alpha yang tinggi iaitu 0.871 (Kesediaan=0.799; Jangkaan=0.856). Analisis kajian ini
menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai manakala dapatan
keseluruhan kajian menunjukkan bahawa kesediaan dan jangkaan e-Pembelajaran norma
baharu para pensyarah KMPh berada pada tahap tinggi. Aspek kesediaan tertinggi ialah
fasiliti kolej yang menyediakan perkhidmatan komputer pejabat dengan sambungan
internet (Min=4.74; SP=4.74) dan tahap sederhana bagi pengetahuan perkakasan komputer
(computer hardware) yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah teknikal setiap hari
(Min=3.58; SP=0.76). Sementara itu, dapatan bagi aspek jangkaan untuk mematuhi
pertimbangan etika bagi pembelajaran dalam talian berada pada tahap tinggi (Min=4.32;
SP=0.83) serta jangkaan terhadap pengetahuan isi kandungan amalan pedagogi berasaskan
e-pembelajaran pensyarah pada tahap sederhana (Min=3.51; SP=0.96).

Kata kunci: kesediaan, jangkaan, e-Pembelajaran, norma baharu dan perspektif pensyarah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

61

PENGUNAAN PETA PEMIKIRAN i – THINK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN

KHAS PENDENGARAN

Madinah Mohd Yusof , PhD
[email protected]

Fathiah Nur Zahidah binti Mohd Fazil
[email protected]

IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur

Mahidin bin Awang Itam
[email protected]
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Abstrak

Kajian ini bertujuan adalah untuk meninjau persepsi siswa guru bidan Pendidikan Khas
Pendengaran terhadap penggunaan Peta i-THINK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Soal Selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan dalam kajian ini.
Seramai 30 orang siswa guru bidang Pendidikan Khas Pendengaran yang telah menjalani
praktikum telah mengambil bahagian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tahap
kepercayaan siswa guru terhadap penggunaan peta i-THINK adalah tinggi (min = 4.25),
iaitu mereka yakin menggunakan peta i-THINK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, tahap penggunaan peta i-THINK oleh siswa guru
menunjukkan pada tahap penggunaan sederhana (min = 3.26). Spesifikasi mengikut jenis
peta menunjukkan penggunaan peta i-THINK pada tahap penggunaan tinggi hanya untuk
Peta Buih dan Peta Bulat. Manakala, untuk peta i-THINK yang lain penggunaannya adalah
pada tahap penggunaan yang sederhana (skor min dari 2.34 sehingga 3.67). Sehubungan
dengan itu, penggunaan peta i-THINK perlulah secara berterusan dan dibudayakan dalam
pengajaran di institut bagi mengukuhkan keyakinan dan meningkatkan kemahiran siswa
guru supaya boleh mengaplikasikannya ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
semasa menjalani praktikum di sekolah.

Kata kunci: siswa guru opsyen Pendidikan Khas Pendengaran , Peta i-THINK

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

62

MICROSOFT 365: MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI
PEMBELAJARAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR

Ang Beng Im
[email protected]

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Lock Shu Ping
[email protected]

Noriantie binti Ibrahim
[email protected]

Kolej Matrikulasi Kedah

Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengintergrasikan Office 365 sebagai alat bantu
pembelajaran untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pembelajaran pelajar.
Kumpulan sasaran dipilih melalui kelas-kelas yang diajar oleh ahli kumpulan iaitu empat
kelas tutoran, dua daripada Modul 1 dan dua daripada Modul 3. Seramai 62 orang pelajar
terlibat, 14 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan, Sesi Akademik 2019/2020. Sesi
perkongsian guru (TSS) telah dipilih sebagai inisiatif untuk berkongsi idea dan ilmu dalam
tentang penggunaan Office 365. Office 365 digunakan sebagai inovasi platform Pdpc untuk
menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran dan menggalakkan
pelajar terlibat aktif dalam pembelajaran. Melalui dapatan ujian t antara skor min sebelum
PLC dan skor min pada akhir kitaran 2, menunjukkan peningkatan signifikasi dalam tahap
penglibatan pelajar pada setiap domain. Analisis ujian t juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan signifikan antara tahap penglibatan pelajar Modul 1 dan Modul 3. Impak
terhadap Pdpc ialah peningkatan ketara selepas pelaksanaan penggunaan digital tools dan
pelajar melibat secara aktif dalam sesi pembelajaran. Cadangan penambahbaikan ialah
menghasilkan modul penggunaan OneNote khas untuk rujukan pensyarah, menghasilkan
video pengenalan penggunaan Microsoft Teams dan penghasilan modul Teams
memperkenalkan integrasi aplikasi dengan Teams.

Kata kunci: Sesi perkongsian guru, Microsoft 365, penglibatan pelajar, motivasi
pembelajaran, digital learning tools

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

63

PENGGUNAAN VIDEO ANIMASI LIMITING REACTANT MELALUI
GOOGLE CLASSROOM

1Yuniza Mohamed,2Hezelin Elayana Shaian,3Rohayda Lidya Jali,4Noor Shahida Hassan
[email protected], [email protected],

[email protected], [email protected]

1,2,3,4Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Video merupakan gabungan auditori dengan visual penghantaran imej yang digunakan untuk
membantu perubahan tingkah laku dan merupakan matlamat utama dalam pendidikan, (Ramsay,
2012). Melalui gabungan penggunaan video, Youtube dan Google Classroom, pendidik berusaha untuk
meningkatkan penguasaan pelajar bagi topik Limiting Reactant menerusi penggunaan video animasi
yang dihasilkan oleh pelajar. Video animasi seterusnya dimuatnaik ke dalam Youtube dan pautan
Youtube tersebut dikongsikan kepada pelajar lain melalui pelantar Google Classroom. Pelajar pada
masa kini lebih cenderung ke arah pembelajaran yang menggunakan teknologi digital melalui telefon
pintar dan gajet lain. Kumpulan pelajar yang dilibatkan dalam perkongsian video ini terdiri daripada
12 orang pelajar 1M2DS01 Sistem Dua Semester bagi Semester I sesi 2020/2021 Kolej Matrikulasi
Pahang. Refleksi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lalu memperlihatkan wujudnya keadaan
pasif dan kurang tumpuan dalam kalangan pelajar apabila mempelajari subtopik ini. Instrumen
pengumpulan data bagi melihat pencapaian objektif kajian adalah melalui Ujian Pra dan Pasca serta
borang Google bagi meninjau respon pelajar terhadap penggunaan video dalam pelantar Google
Classroom. Analisis dibuat dalam bentuk graf perbandingan pencapaian ujian pra dan pasca manakala
respon pelajar dalam bentuk graf peratusan menggunakan lima skala Likert. Hasil analisis dan refleksi
membuktikan penggunaan video animasi Limiting Reactant yang dihasilkan oleh pelajar dan
kemudiannya dimuatnaik ke Youtube sangat membantu pelajar menguasai subtopik ini.

Kata kunci : Video, Youtube, Google Clasroom, telefon pintar , PdPc

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

64

KESEDIAAN PENTADBIR UNTUK MELAKSANAKAN
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

Madinah Mohd Yusof, PhD
[email protected]

IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur

Mahidin bin Awang Itam
[email protected]
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan pentadbir untuk melaksanakan
program pendidikan inklusif (PPI) di sekolah. Di samping itu ia bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan masalah dan cadangan untuk melaksanakan program
pendidikan inklusif. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kuantitatif iaitu
penggunaan skala likert empat pernyataan dan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan
soalan terbuka bersama-sama soal selidik yang diedarkan menggunakan google form.
Peserta kajian terdiri daripada pentadbir sekolah menengah dan sekolah rendah bagi satu
negeri di Malaysia. Penganalisisan data min dan peratus untuk menganalisis data kuantitatif
dan analisis tematik untuk mendapatkan tema yang konsisten untuk menjawab persoalan
kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tahap pengetahuan secara keseluruhan
adalah 2.8 iaitu tahap sederhana. Manakala tahap kesediaan pentadbir secara keseluruhan
adalah 2.7 juga pada aras sederhana. Pihak pentadbir menyatakan masalah yang dihadapi
untuk melaksanakan PPI adalah masalah dari aspek resos dan sumber pendidikan,
prasarana, bilangan murid aliran perdana yang ramai dan tahap kebolehan MBK. Mereka
mencadangkan agar pihak KPM mewujudkan jawatan guru pendamping PPI, menyediakan
latihan kepada guru PPI, menambah bilangan guru di program PPKI, mewujudkan sistem
sokongan yang berkesan dan menggalakkan kerjasama antara semua pihak. Dapatan kajian
ini diharap dapat membantu pihak perancang dasar untuk memantapkan program
pendidikan khususnya program pendidikan Inklusif ke arah mewujudkan 75 peratus murid
berkeperluan khas (MBK) dalam PPI selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kata kunci: Program Pendidikan Inklusif, murid berkeperluan khas (MBK)

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

65

SISTEM CABUTAN BERTUAH DIGITAL DENGAN PEMPROSESAN
XAMPP BAGI PEMBELAJARAN KEBARANGKALIAN

1 Mohd Noor Hafizee Bin Zulkaflee, 2 James Tiri Maran, 3 Robert Anak Nyalan, 4 Mohd Khairul
Afnan Bin Mustapha

[email protected], 2 [email protected] , 3 [email protected],
[email protected],

1-4Unit Matematik, Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Sarawak

Abstrak

Penggunaan gamifikasi Sistem Cabutan Bertuah Digital pemprosesan (XAMPP) dalam pengajaran dan
pembelajar bertujuan untuk membantu pelajar dan memudahkan pensyarah melaksanakan eksperimen,
peristiwa dan simulasi berkaitan asas kebarangkalian. Strategi penggunaan sistem ini dalam PdP telah
dilaksanakan untuk membantu pelajar mempelajari konsep asas kebarangkalian. Hasil dapatan
pemerhatian dan temubual 18 pelajar KMSw bersetuju gamifikasi ini membantu mereka mengalami
dan mengikuti aksperimen dan peristiwa asas kebarangkalian. Maklum balas pensyarah menunjukkan
sesi perkongsian ini membantu sesi PdPc bagi topik Kebarangkalian. Aktiviti ini perlu diteruskan dan
disebarkan sebagai saty teknik PdP digital pada masa akan datang.

Kata kunci : XAMPP, Kebarangkalian,

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

66

PENGGUNAAN ‘MECHANISMS APPS’ DALAM
MENERANGKAN KONSEP MEKANISME TINDAK BALAS

KIMIA

1Nor Arifah Ahmad Roslan, 2Syahida Adila Mohamad Alba, 3Alis Suhairin Abd Ghani,
4Nur Fadilah Zulkiefli

[email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam menulis
mekanisme tindak balas Kimia menggunakan ‘Mechanism Apps’ dan pendekatan
konstruktivisme. Penyelidikan yang bertemakan kreatif dan inovasi dalam pendidikan
melibatkan penggunaan smartboard berserta internet, telefon pintar, papan putih dan kertas
edaran. Kumpulan sasaran penyelidikan terdiri daripada 28 orang pelajar di Kolej
Matrikulasi Pahang. Tinjauan awal mendapati 7 orang pelajar mendapat markah 50% ke
bawah dalam ujian pra. Jenis kesilapan yang dikenal pasti pula adalah kesilapan simbol
anak panah, kesilapan arah anak panah, kesilapan simbol bagi spesis yang terbentuk dan
kesilapan struktur. Pendekatan konstruktivisme dalam pembinaan konsep asas mekanisme
tindak balas menggunakan teknik penyoalan serta penggunaan ABM ‘Mechanism Apps’
ketika sesi PdP. Melalui ujian pasca, peratusan pelajar yang mendapat markah A
meningkat daripada 10% kepada 63% orang pelajar. Daripada analisis ujian pra dan ujian
pasca, didapati pelajar dapat menentukan simbol anak panah dengan betul, menentukan
arah anak panah dengan betul dan menjangkakan kesan kehilangan dan penerimaan
elektron terhadap sesuatu atom. Kitaran penyelidikan kedua dijalankan dengan
penambahbaikan. Didapati 4 pelajar sasaran yang tidak mendapat markah 70% ke atas
meningkat pada ujian pasca 2 kepada 80% ke atas. Topik mekanisme memerlukan
penerangan yang jelas, dan teknik penyoalan yang berstruktur agar konsep-konsep asas
penulisan mekanisme dapat digarap dengan baik oleh pelajar.

Kata Kunci: mekanisme tindak balas kimia, konstruktivisme, teknik penyoalan,
‘Mechanism Apps’, konsep asas mekanisme tindak balas.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

67

APLIKASI CoTaRR DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KIMIA MATRIKULASI

Nor Asyikin binti Md Som
Dani Asmadi bin Ibrahim

Zuraida binti Zainal
[email protected]
[email protected],

[email protected]

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak

Kajian ini memperihalkan pembinaan suatu aplikasi Collision Theory and Reaction Rate
(CoTaRR) dan penggunaannya oleh sekumpulan pelajar matrikulasi. Aplikasi dibina untuk
menambahbaik pengajaran dan pembelajaran kimia melalui penggunaan bahan sumber di
internet, khususnya penggunaan simulator, video dan aplikasi pembelajaran interaktif.
Semua ini boleh diakses pelajar hanya menggunakan telefon pintar mereka. Aplikasi
tersebut telah digunakan terhadap 17 orang pelajar Sistem Dua Semester, Sesi 2019/2020,
KMNS. Ujian Pos digunakan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar manakala soal
selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan penggunaan aplikasi
tersebut. Purata skor Ujian Pos pelajar berada pada tahap yang baik iaitu 74%. Dapatan
soal selidik skala Likert pula menunjukkan hampir kesemua pelajar berpandangan aplikasi
CoTaRR adalah positif bagi setiap item dalam soal selidik. Kesimpulannya aplikasi yang
dibina dapat menambahbaik pencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran.

Kata Kunci: e-pembelajaran, PAK 21, pendidikan kimia, aplikasi pembelajaran

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

68

PENGGUNAAN KIT ANALOGI TERHADAP PENCAPAIAN
PELAJAR DALAM SUBTOPIK STEPS IN GENE CLONING

Erny Julia Abdullah Kamal
Asniza Jamaluddin

Siti Khadijah Ahmad Khairi
[email protected]

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasilkan alat bantu mengajar (ABM)
berasaskan analogi iaitu sebuah kit analogi dan mengenal pasti keberkesanan penggunaan
kit analogi tersebut terhadap tahap pencapaian pelajar. Penyelidik telah memilih subtopik
khusus dalam biologi iaitu Steps in gene cloning. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif
berbentuk deskriptif di mana kaedah eksperimental digunakan bagi melaksanakan kajian
tersebut. Kajian ini melibatkan 83 orang pelajar Kolej Matrilkulasi Selangor sesi 2019/2020
yang mengambil subjek Biologi. Sampel tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan rawatan seramai 43 orang pelajar dan kumpulan kawalan seramai 40 orang
pelajar. Instrumen yang telah digunakan adalah kit analogi dan ujian pencapaian (ujian pra
dan ujian pos). Data-data yang diperoleh, dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan Ujian-t bagi menguji dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan eksprimen. Dalam suasana pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) norma
baharu, hasil kajian mendapati kumpulan pelajar eksperimen yang menggunakan kit
analogi telah menunjukkan peningkatan pencapaian. Oleh itu, penggunaan kit analogi
dalam PdPc terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar terhadap
subtopik steps in gene cloning.

Kata kunci : alat bantu mengajar (ABM, kit analogi, tahap pencapaian pelajar

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

69

PROSPEK MASA HADAPAN PEMBELAJARAN MAYA DI
MALAYSIA

Ahmad Zhafran Bin Md Noor,
[email protected]

SK Sungai Tua Baharu, Selangor

Nur Afifah binti Mohamed Salleh,
[email protected]

SK Taman Seri Gombak, Selangor

Salbiah binti Mohamed Salleh,
[email protected]

SM Sains Pasir Puteh, Kelantan

Norasma Binti Mohamed Salleh,
[email protected]
SM Sains Pasir Puteh, Kelantan

Abstrak
Kertas kerja ini membicarakan prospek iaitu peluang kejayaan masa hadapan pembelajaran
maya di Malaysia khususnya di sekolah-sekolah. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah
menyaksikan banyak bidang terjejas termasuklah dalam bidang pendidikan. Keadaan ini
telah mengubah corak pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di Malaysia dari
pembelajaran bersemuka (face-to-face) kepada pembelajaran pembelajaran maya
berkonsepkan e-pembelajaran, kelas digital dan pembelajaran kendiri (remote learning).
Sebenarnya, konsep pembelajaran secara maya telah lama diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melalui pengenalan Sekolah Bestari, aplikasi VLE Frog
dan sebagainya. Namun penggunaan pembelajaran maya ini ini semakin mendapat tempat
ketika penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia bagi menggantikan
pembelajaran konvensional dalam bilik darjah. Seiring dengan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) dengan menjadikan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pelbagai medium
yang ditawarkan dalam pembelajaran maya di Malaysia iaitu portal Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMA), EduwebTV, TV Pendidikan dan sebagainya.
Selain itu, KPM juga telah menjalankan pelbagai kursus bagi menyediakan guru dengan
kemahiran menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina bahan pengajaran.
Kesimpulannya, bagi melaksanakan pembelajaran maya ini, peralatan mudah alih dan
internet bukan sesuatu yang baharu bagi murid, malah mereka sudah terdedah dengan
pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih interaktif. Oleh itu, tidak sukar untuk mereka
menggunakan pelantar pembelajaran maya dan ini satu cabaran kepada guru dalam
menghasilkan bahan pembelajaran lebih menarik.

Kata kunci: Pembelajaran Maya, KPM, Internet, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Malaysia

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

70

APLIKASI VARK’s PHONIC READING UNTUK
MEMANTAPKAN PENGUASAAN BACAAN DAN MENULIS

BAHASA INGGERIS

Nur Afifah binti Mohamed Salleh,
Ahmad Zhafran Md Noor
[email protected]

SK Taman Seri Gombak, Selangor.

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah dan langkah mengatasi yang
bersesuaian oleh murid tahun dua di dalam subtopik mendengar, mengenal pasti dan
menyebut huruf. Seramai 15 murid SK Taman Seri Gombak dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan peperiksaan
penggal. Hasil tinjauan mendapati murid tidak dapat mengenal, menyebut dan menulis
huruf dengan baik. Kesannya murid juga tidak mampu membaca suku kata Bahasa Inggeris
dengan baik. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan
pengetahuan, daya ingatan dan daya sebutan murid bagi huruf dan suku kata Bahasa
Inggeris. Murid telah didedahkan kepada VARK’s Phonic Reading selama 60 minit selama
dua minggu. Keputusan kajian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan
temu bual juga menunjukkan murid lebih seronok dan berminat dengan bahan inovasi yang
digunakan.

Kata kunci: Phonic Reading, suku kata Bahasa Inggeris, inovasi.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

71

APLIKASI DIGITAL Fun_G SPINNER DALAM MENGENAL
PASTI KUMPULAN BERFUNGSI BAGI MENENTUKAN
KELAS SEBATIAN ORGANIK

1Wan Nor Izana binti Wan Mohammad, 2Norul Safarinie binti
Abdullah, 3Khairul Nizam bin Md. Dauad, 4Ashar Asrul bin Ros,

5Ahmad Nasir bin Mohd Daud
[email protected];[email protected];
[email protected];[email protected].

my;[email protected]

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak

Kebanyakan pelajar Sistem Empat Semester (SES) aliran sains di Kolej Matrikulasi
menghadapi kesukaran untuk mempelajari subtopik 1.2: Pengkelasan Sebatian Organik
pada Semester II. Tinjauan awal melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, semakan lembaran tutorial dan Ujian Pra mendapati pelajar seringkali gagal
mengenal pasti kumpulan berfungsi bagi menentukan kelas sebatian organik. Pelajar hanya
menghafal kumpulan berfungsi tanpa memahami struktur kumpulan berfungsi. Bagi
mengatasi masalah ini, satu alat bantu mengajar, digital Fun_G Spinner telah dibangunkan
dan digunakan di dalam pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan. Seramai 16 orang pelajar SES yang
dipilih secara rawak daripada praktikum D1P7, D2P3 dan D2P5. Inovasi pembelajaran
menggunakan digital Fun_G Spinner di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
subtopik 1.2: Pengkelasan Sebatian Organik menunjukkan keberkesanan berdasarkan
kepada analisis data yang diperolehi. Terdapat peningkatan yang ketara terhadap
pencapaian bagi kemahiran mengenal pasti kumpulan berfungsi (min=2.18 ke min=4.67)
dan kemahiran mengenal pasti kelas sebatian (min 1.68 ke min 4.69). Ini membuktikan
kefahaman pelajar dan pencapaian pelajar meningkat selepas menggunakan digital Fun_G
Spinner. Selain itu, penggunaan digital Fun_G Spinner dapat menghasilkan suasana PdP
yang lebih berpusatkan pelajar dan menggalakkan komunikasi dua hala antara pelajar dan
pensyarah selaras dengan matlamat PAK−21 sekaligus menerap dan melestarikan minat
pelajar terhadap kimia.

Kata kunci: Fun_G Spinner, sebatian organik, kelas sebatian, kumpulan berfungsi, alat
bantu mengajar

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

72

KEBERKESANAN KAEDAH SALAK DALAM MEMBANTU
PENYEDIAAN DAN PENYAMPAIAN BAHAN TAZKIRAH

A.Rahman Haron, Ph.D
[email protected]

Nazariyah Sani, Ph.D
[email protected]

Siti Hajar Idrus
[email protected]

Mahawa Pilus
[email protected]

Yusfarina Mohd. Yussof, Ph.D
[email protected]

IPG Kampus Pendidikan Islam

Abstrak

Penyampaian tazkirah kepada audiens adalah agak sukar jika tidak dibuat persediaan yang
rapi dan khusus mengenainya. Tambahan pula, jika pentazkirah diminta memberi tazkirah
secara tergesa-gesa oleh mana-mana pihak. Selain itu, pentazkirah pula tidak mempunyai
pengetahuan khusus tentang tajuk tazkirah yang ingin disampaikan. Permasalahan tersebut
mampu diatasi dengan penggunaan Kaedah SALAK untuk penyampaian tazkirah kepada
audiens yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan umur. Kajian tindakan
Tazkirah dengan Kaedah SALAK diperkenalkan kepada pelajar yang berlatar belakangkan
Pendidikan Islam dan yang tiada latar belakang Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan
soal selidik ke atas pelajar yang mengguna pakai kaedah ini dalam penyampaian tazkirah.
Selain itu, soal selidik ke atas audiens yang mengikuti tazkirah juga sebagai bahan
pengumpulan data mengenai penerimaan penyampaian tazkirah dengan kaedah ini.
Penemuan ini adalah penting untuk melihat kesediaan penerimaan pentazkirah terhadap
kaedah yang diperkenalkan. Kepentingan kajian ini juga dilihat sebagai suatu medium seni
dalam pengucapan awam.

Kata kunci: tazkirah, persediaan, penyampaian, medium, pengucapan awam

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

73

PENGGUNAAN CARTA ‘JALAN-JALAN CARI JAWAPAN’
DALAM TOPIK TAMBAH

Umaathevi A/P Krishnan
[email protected]

Leena A/P Letchumanan
[email protected]
Megalah A/P Balasubramaniam

[email protected]

SJK(T) Gelang Patah

Abstrak

Murid-murid mengalami masalah dalam melakukan operasi tambah, terutamanya semasa
pengumpulan semula. Suatu carta yang bernama 'Jalan-Jalan Cari Jawapan' diperkenalkan
kepada murid-murid bagi mengatasi masalah ini. Carta ini diperkenalkan kepada murid-
murid Tahun 3 yang menghadapi masalah dalam tambah secara pengumpulan
semula.Murid-murid diedarkan dengan suatu carta yang dirangka seperti jalan raya. Pada
carta tersebut, tertera soalan-soalan tambah dan murid-murid perlu mendapatkan jawapan
bagi soalan-soalan tersebut. Murid-murid perlu terus berusaha mendapatkan jawapan
sehingga tamat perjalanan mereka. Hasil kajian ini mendapati murid-murid lebih seronok
dalam mencari jawapan. Markah ujian murid rawatan dan kawalan telah direkod.
Perbandingan markah, menunjukkan murid kumpulan kawalan tidak mudah lupa akan
teknik-teknik tambah yang diajar oleh guru. Ini secara tidak langsung, meningkatkan
pencapaian mereka dalam ujian pasca. Selain daripada itu, murid-murid juga telah
ditemubual tentang perasaan mereka selepas menggunakan carta 'Jalan-Jalan Cari Jawapan'
tersebut. Kesemua murid berjaya mendapat markah penuh dalam latih tubi yang dijalankan
walaupun sudah lama diajar tentang teknik-teknik tambah. Inovasi ini diperkukuhkan lagi
dengan kebolehgunaannya secara berulang kali oleh murid. Carta 'Jalan-Jalan Cari
Jawapan' ini bukan hanya boleh digunakan untuk topik tambah malahan boleh digunakan
untuk banyak lagi topik Matematik. Tambahan pula, carta yang sama juga boleh digunakan
untuk subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya.

Kata kunci : Matematik, Tambah, Pengumpulan semula

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

74

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MOc KIT DALAM
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM

SUBTOPIK KITARAN HAID DAN KITAR OVARI

Asniza Jamaluddin,
Nur Ashikin Binti Abdul Karim

Aminawati Binti Mohamad
[email protected]

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penggunaan simulasi bergambar MOc
(Menstrual and Ovarian Cycle) bagi subtopik kitar haid dan kitar ovari dalam tajuk
pembiakan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dan menggunakan
rekabentuk kaedah kajian eksperimental. Kajian ini melibatkan 88 orang pelajar semester
satu sesi 2019/2020 daripada Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil subjek biologi
(SB 015). Sampel telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Instrumen yang telah digunakan adalah simulasi bergambar MOc dan
ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pos). Kesemua instrumen yang digunakan
mempunyai kesahan dan tahap kebolehpercayaan yang baik. Data yang diperolehi
dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 25.0.
Hasil kajian ujian-t dalam ujian pra menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor
min yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala, ujian
pos menunjukkan bahawa skor min bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding
skor min kumpulan kawalan dengan perbezaan signifikan. Ini menunjukkan bahawa
penggunaan simulasi bergambar MOc terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap
pencapaian pelajar terhadap subtopik kitar haid dan kitar ovari dalam topik pembiakan.

Kata kunci: simulasi, pedagogi, pencapaian

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

75

IMPLEMENTASI PEMBELAJARAN DIGITAL
MENGGUNAKAN KFC (KIT FOR CARDIAC) BUCKET

Syuriza Ahmad Shukor, Aminawati Mohamad, Erny Julia Abdullah Kamal,
Mohamad Hafizal Ibrahim

[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian ini bertujuan menerangkan bagaimana penambahbaikan pengajaran (lesson study)
berbantukan inovasi bahan bantu mengajar KFC (Kit For Cardiac) Bucket berhasil
meningkatkan penguasaan subtopik Mammalian Heart and Its Regulation dalam kalangan
pelajar Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil kursus Biologi SB025 Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan bantu mengajar ini menggunakan
bekas makanan berbentuk bulat yang dikitar semula dan ringan supaya mudah dibawa.
Bekas ini memuatkan pen dakwat mudah padam pelbagai warna, pemadam dakwat, benang
merah dan biru, jarum, gambarajah struktur jantung , kod QR serta cetakan bahan-bahan
berkenaan kitar Kardiak (Cardiac cycle) yang dilaminasi. Permukaan kertas yang
dilaminasi membolehkan pelajar melakukan aktiviti ”hands on” seperti menulis, mewarna
dan memadam berulang kali di atas bahan cetakan semasa menjelaskan
konsep/struktur/proses ketika PdP berlangsung. Aktiviti menjahit pada gambarajah jantung
turut membantu meningkatkan kefahaman secara konseptual mengenai laluan darah
beroksigen dan terdeoksige pada jantung . Selain itu, pelajar juga boleh mengakses
maklumat berkaitan melalui kod QR yang disediakan. Capaian google classroom juga
diintegrasikan dalam pembelajaran bagi memudahkan pelajar dan guru berinteraksi. Kajian
ini melibatkan seramai 20 orang pelajar SM1K2T3 Modul I Sistem Dua Semester di Kolej
Matrikulasi Selangor. Metodologi kajian adalah melalui ujian pra dan pasca serta tinjauan
soal selidik persepsi pelajar. Berdasarkan ujian pra yang dijalankan, 10% sahaja pelajar
berjaya mendapat markah cemerlang (8-10 markah) manakala melalui ujian pasca yang
dijalankan selepas pengajaran, peratus pelajar berjaya mendapat markah cemerlang telah
meningkat kepada 60%. Dapatan kajian soal selidik persepsi pelajar pula mendapati 95%
pelajar bersetuju bahawa KFC Bucket membantu meningkatkan kefahaman mereka
mengenai kitar kardiak dan aliran darah dalam jantung.

Kata kunci: KFC Bucket, kitar kardiak, jantung

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

76

PENGGUNAAN ABOcard DALAM PENGUJIAN JENIS
DARAH

Fadzilah binti Abd Wahab
[email protected]

Mohd Riduan bin Ali
[email protected]

Ku Suyati binti Ku Zaiab
[email protected]
Nurul Fadhila binti Che Kamaludin
[email protected]
Siti Hajar Rifqah bt Md Khairuddin Pang
,[email protected]

Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Pengujian jenis darah adalah merupakan salah satu eksperimen yang dijalankan oleh pelajar
bagi program Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES) di
matrikulasi. Kajian ini adalah merupakan kajian tindakan yang dijalankan oleh kumpulan
kami. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang dan 17
orang pensyarah unit Biologi. Berdasarkan refleksi pensyarah menunjukkan terdapat
beberapa masalah antaranya penggunaan slaid yang sama berulang kali menyebabkan slaid
kurang bersih dan dapatan eksperimen kurang tepat serta ia tidak dapat disimpan sebagai
bukti eksperimen. Sehubungan itu, dengan menggunakan pendekatan baharu iaitu
pembelajaran mudah alih, ABOcard direka khas untuk membolehkan pelajar menguji dan
mengenal pasti jenis darah mereka yang dilengkapi dengan manual panduan lengkap
pengujian darah, maklumat dan nota tambahan dalam bentuk kod QR untuk rujukan
penggunanya. Dapatan kajian menunjukkan dengan menggunakan ABOcard ia dapat
menjadikan pembelajaran lebih aktif dan menarik serta penyimpanan dapatan eksperimen
dapat dilbuat dalam tempoh yang lama. Selain itu, penggunaan ABOcard juga mampu
untuk menjadi nilai tambah kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.

Kata kunci: ABO card, refleksi, pembelajaran mudah alih, pembelajaran menarik, aktif,
nilai tambah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

77

PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN
KELAS PENDIDIKAN KHAS: SUATU KAJIAN KES

Nor Fatin Alyaa Mazlan
[email protected]

Bukhari Shafie
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengkaji penerapan nilai dalam pengajaran
mata pelajaran kelas pendidikan khas. Kajian literatur mengandaikan bahawa masih
kurangnya penerapan nilai murni dilakukan oleh guru-guru pendidikan khas dalam
pengajaran kelas pendidikan khas menyebabkan masih berlaku masalah tingkah laku dalam
kalangan murid berkeperluan khas. Seramai empat orang guru pendidikan khas terlibat
sebagai subjek kajian. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui teknik
pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian mendapati sepuluh daripada 17 nilai yang
digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2005) diterapkan oleh subjek kajian
dalam pengajaran di kelas pendidikan khas. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi
panduan bagi meningkatkan mutu pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pengajaran
kelas pendidikan khas.

Kata kunci: penerapan nilai, pengajaran, pendidikan khas

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

78

APLIKASI MODUL KAD ASK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM
KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS TAHAP SATU
SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR GUDANG

Maisarah Mahussain
[email protected]

Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3, Johor

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan Modul Kad ASK- Inovasi
Pembelajaran Bahasa dalam meningkatkan keupayaan murid Pemulihan Khas semasa
memberi respon terhadap soalan membina ayat tunggal. Kajian telah dijalankan ke atas 15
orang murid Pemulihan Khas Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3, Pasir Gudang,
Johor. Data kualitatif telah dikumpul melalui ujian diagnostik, inventori minat belajar,
temubual tidak berstruktur, ujian pra dan pos. Ujian diagnostik telah dijalankan ke atas 15
orang peserta kajian Tahun 3. Dapatan menunjukkan 5 daripada 15 orang peserta kajian
sangat lemah dalam membina ayat tunggal. Sepanjang intervensi, pemerhatian direkodkan
dalam inventori minat belajar. Data yang diperoleh dianalisis berasaskan kepada
pendekatan analisis kandungan. Keputusan ujian selepas rawatan menunjukkan terdapat
peningkatan sebanyak 70%. Dapatan menunjukkan bahawa peserta kajian dapat membina
ayat tunggal dan memperoleh markah 80% ke atas berbanding sebelum intervensi. Melalui
pemerhatian menggunakan inventori minat belajar pula, didapati peserta kajian telah
menunjukkan penglibatan dan minat yang tinggi sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara umumnya, kajian ini dapat mendorong guru Pemulihan Khas untuk
mempelbagaikan kaedah dengan mencipta modul pembelajaran untuk membantu murid
Pemulihan Khas meningkatkan tahap penguasaan bahasa dan minat dalam penulisan.

Kata kunci : pemulihan khas, modul ASK, ayat tunggal, murid Tahap Satu, minat belajar

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

79

PERANAN PENGETUA DALAM PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: KAJIAN KES KEPIMPINAN

PENGETUA CEMERLANG

Kalai Selvan Arumugham, PhD
[email protected]

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Abstrak

Pentaksiran bilik darjah merupakan satu kaedah pentaksiran alternatif yang diperkenalkan
untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid secara holistik. Perkara ini telah
menyebabkan guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang pengajar malah
sebagai pentaksir. Ini menyebabkan pemimpin sekolah haruslah berperanan untuk
membangunkan kompetensi seseorang guru sebagai seorang pentaksir berkemahiran
tinggi. Kajian-kajian lepas melaporkan kegagalan seseorang pemimpin sekolah untuk
membangunkan kompetensi guru sebagai pentaksir telah menyebabkan kegagalan dalam
pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan untuk melihat peranan
yang telah dimainkan oleh lima orang Pengetua Cemerlang untuk membangunkan
kompetensi guru sebagai seorang pentaksir. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk
menjalankan kajian ini. Data telah dikumpulkan melalui kaedah temubual dan analisis
dokumen. Disamping itu untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini
seorang guru kanan, dua orang ketua panitia dan dua orang guru mata pelajaran juga telah
ditemubual sebagai langkah semak silang. Data telah dianalisis secara tematik. Dapatan
kajian ini telah melaporkan kepimpinan pengetua dalam pentaksiran bilik darjah dapat
dilihat dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan. Pengetua-pengetua
ini juga telah membangunkan kompetensi guru melalui penyebaran maklumat, memberi
bimbingan, melakukan pertimbangan profesional dan menyediakan latihan dalam
perkhidmatan secara efisien untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran. Dapatan kajian
ini juga menujukkan bahawa peranan pengetua amat penting untuk membangunkan
kompetensi guru sebagai seorang pentaksir. Dicadangkan penyelidikan yang lebih lanjut
dijalankan untuk mengenalpasti atau merangka satu kerangka kepimpinan pengetua yang
khusus untuk membangunkan kompetensi guru sebagai seorang pentaksir memandangkan
peranan guru kini bukan sahaja terhad sebagai seorang pengajar malah juga sebagai seorang
pentaksir.

Kata kunci: Kepimpinan Pengetua, Pentaksiran Bilik Darjah, Pembangunan Kompetensi

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

80

PENGGUNAAN KAEDAH M-BOX DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK MATEAMTIK

TAHUN SATU

Goh Kok Ming
[email protected]

SJK (C) Chi Sheng 2, Perak, Malaysia

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji penggunaan kaedah M-Box dalam meningkatkan
kemahiran menolak sebarang dua nombor dalam lingkungan 100 dalam kalangan murid Tahun
Satu. Kaedah M-Box diperkenalkan kepada murid dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) untuk membantu para murid memahami dan menjawab soalan menolak sebarang dua
nombor dengan betul dan tepat. Penggunaan kaedah M-Box merupakan salah satu kaedah
alternatif untuk membuat penyampaian pembelajaran lebih menarik. Pemilihan responden adalah
berdasarkan analisis dokumen dan keputusan ujian diagnostik bagi skor yang paling rendah.
Responden kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki Tahun Satu. Instrumen kajian meliputi
Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian, dan latihan topikal digunakan untuk mengumpul data.
Data yang diperoleh dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan peningkatan prestasi pencapaian
bagi tujuan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah M-
Box telah berjaya meningkatkan kemahiran murid Tahun Satu dalam menjawah soalan menolak
sebarang dua nombor dalam lingkungan 100 dengan berkesan. Cadangan kajian seterusnya adalah
membuat penambahbaikan dengan melakasanakan kajian ini secara kuasi-experimen.

Kata Kunci: Operasi Tolak, Kaedah M-Box, Murid Tahun Satu, Sekolah Kurang Murid

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

81

KAEDAH PERMAINAN GO MAKCIK KIAH (GMCK) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Wan Saiful Anuar Bin Mohamed
[email protected]
SMK Bandar Banting

Erny Julia Abdullah Kamal
[email protected]
Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak
Kaedah permainan merupakan perubahan dalam corak pengajaran, di mana pelajar
berubah daripada "pembelajaran dengan mendengar" kepada "belajar dengan melakukan"
(Garris & Ahlers, 2002). Dalam situasi pandemik hari ini, melaksanakan kaedah permainan
dalam PdPc dengan elemen komunikasi dan kolaborasi bukanlah sesuatu yang mudah. Namun,
ianya tidak mustahil. Justeru, pengkaji ingin memperkenalkan satu inovasi kaedah permainan
dalam PdPc norma baharu yang dikenali sebagai Go Makcik Kiah (GMCK). Tujuan kajian ini
adalah untuk mengetahui pandangan pengajar dan pelajar terhadap permainan GMCK dan
mengetahui keberkesanan GMCK dalam pembelajaran pelajar. Dalam kajian ini dua orang
pensyarah Kolej Matrikulasi Selangor, 15 orang pelajar jurusan Biologi Kolej Matrikulasi
Selangor dan 15 pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek sains dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Banting dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan ujian pra dan
ujian pos sebagai instrument kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang
signifikan dalam pencapaian ujian pelajar selepas aktiviti permainan berbanding sebelumnya.

Kata kunci : Kaedah Permainan, Go Makcik Kiah (GMCK), Pengajaran Dan Pembelajaran

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

82

PKB MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR
MENGENALPASTI DAN MENULIS MEKANISMA SN1 DAN SN2.

Siti Kholijah Mohd AbdulNajari, Rosnah Sabudin, Noor Fazila Abdul Manah

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

PKB adalah kaedah pembelajaran yang di kesan dapat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran menentukan dan menulis mekanisma tindak balas SN1 dan SN2. Tinjauan awal
menunjukkan pelajar sering menghadapi masalah dalam subtopik haloalkana, kerana kelemahan
pelajar dalam menguasai konsep kimia organik terutamanya jenis mekanisma dan proses menulis
mekanisma tindak balas SN1 dan SN2. PKB ini dilaksanakan dengan melibatkan seramai 16
orang pelajar dari Modul 2 yang melibatkan dua kelas tutorial Kimia (F2T11 dan F2T12) dan
seorang pensyarah Kimia Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Kajian berdasarkan Ujian Pra dan
Ujian Pasca bagi kelas yang dipilih. Instrumen kajian terdiri dari tiga soalan struktur yang di bina
hasil perbincangan antara ahli kumpulan berdasarkan soalan kuiz Kimia. Pelaksanaan tinjauan
awal adalah melalui pemerhatian dan pengendalian Ujian Pra. Dalam tinjauan ini, didapati pelajar
hanya menulis mekanisma tindak balas SN1 dan SN2 tanpa menentukan jenis mekanisma tindak
balas terlebih dahulu. Dalam Ujian Pra, peratus min markah pelajar yang dapat menulis dan
menentukan mekanisma tindak balas SN1 dan SN2 dengan tepat adalah 29.8%. Selepas kaedah
Pembelajaran Kolaboratif Berkumpulan (PKB) dilaksanakan peratus min markah pelajar
meningkat kepada 62.1%. Hasil kajian membuktikan bahawa kaedah PKB dapat membantu
dalam menarik minat pelajar untuk menguasai dan mempelajari konsep kimia organik di samping
meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam menentukan dan menulis mekanisma tindak balas
SN1 dan SN2.

Kata Kunci : PKB, kaedah pembelajaran , menulis mekanisma tindak balas SN1 dan SN2

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

83

KEBERKESANAN PROJEK STREET BARBER BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS KURSUS DANDANAN RAMBUT

Rohaya Binti Mohd Hatta
[email protected]

SMPK Vokasional Indahpura, Kulai

Abstrak

Sejajar dengan hasrat sekolah untuk melahirkan individu berkemahiran dan berdikari
melalui visinya “Skills for Living, towards excellent future”. Satu projek diketengahkan bagi
memberi peluang lebih luas terhadap kemandirian murid terutama apabila telah menghabiskan
zaman persekolahan. Lepasan sekolah murid berkeperluan khas masih belum matang dalam alam
kerjaýa serta sikap lewa tentang masa depan menyebabkan mereka seringkali bertukar-tukar
kerja. Masalah komunikasi dan sosial juga menyebabkan mereka terdedah kepada masalah yang
timbul di tempat kerja. Melalui dapatan permasalahan ini, Projek Street Barber didedahkan
kepada murid berkeperluan khas bagi memberi peluang kepada mereka bekerja tanpa melibatkan
ramai orang. Dengan pengurusan masa dan diri sendiri, tanpa ada majikan yang akan mengawal,
murid dapat bergerak sendiri dan bertanggungjawab atas kerjaya mereka sendiri. Projek ini juga
memanfaatkan sepenuhnya hubungan kekeluargaan. Kajian keberkesanan ini telah dijalankan
terhadap 10 orang murid, sebagai pelatih dalam dandanan rambut. Sebelum tindakan dilakukan,
tinjauan melalui pemerhatian dan temubual telah dilaksanakan. Rekabentuk kajian yang
digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kualitatif. Kajian ini secara teoritikalnya cuba melihat
kesan faktor pencapaian Projek Street Barber dan promosi tenaga kerja golongan berkeperluan
khas ke atas kerjaya pilihan. Pada akhir kajian didapati seramai 7 orang murid boleh melakukan
Projek Street Barber secara berdikari walaupun belum tamat belajar. Ini menunjukkan Projek
Street Barber mempelopori penggerak promosi untuk murid berkeperluan khas mendapatkan
pekerjaan seawal tamat persekolahan.

Kata kunci : projek, street barber,murid berkeperluan khas,vokasional,kerjaya,dandanan rambut

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

84

PENGGUNAAN PROGRAM “KOTAK GEMBIRA” UNTUK
MENINGKATKAN KEMAMPUAN MURID DALAM
MENGAPLIKASIKAN KOSA KATA BAHASA ARAB

Muawiyah Al Murtadho Bin Fajar Nina Purnama Alam
[email protected]

Amani Binti Dahaman@Dahlan, PhD
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan murid Darjah 5 dalam mengaplikasikan
perkataan-perkataan Bahasa Arab dengan menggunakan “Program Kotak Gembira”. Hal ini
bertitik tolak daripada masalah murid yang tidak mampu untuk mejawab dengan betul ujian yang
berkaitan dengan kosa kata Bahasa Arab yang dipelajari dan mereka tidak memberi tumpuan
dalam penerangan guru di dalam kelas. Kajian ini juga dijalankan untuk menambahbaik
penguasaan ingatan terhadap kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan murid. Peserta kajian terdiri
daripada 5 orang murid di salah sebuah sekolah Negeri Kedah. Pengkaji memilih Model Kemmis
& McTaggart (1988) dalam pelaksanaan kajian ini dan menggunakan metod kajian secara
kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis bagi pengumpulan data. Kesemua peserta
kajian berjaya menunjukkan peningkatan dalam penguasaan ingatan mereka selepas
menggunakan “Program Kotak Gembira”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
“Program Kotak Gembira” berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan kosa kata
Bahasa Arab. Hal ini dibuktikan melalui perubahan tingkah laku murid, peningkatan tahap
kegembiraan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Ini juga dapat
menambah ingatan murid dalam kosa kata Bahasa Arab di dalam pendidikan mereka di Sekolah.
Adalah diharapkan dengan terhasilnya kajian ini para guru bahasa Arab dapat mengambil manfaat
daripada pelaksanaan medium dalam kajian ini.

Kata kunci: Bahasa Arab, penguasaan tahap ingatan, peningkatan kemampuan pengunaan kosa
kata, berkesan, penggunaan “Program Kotak Gembira ”


Click to View FlipBook Version