The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-1698, 2021-07-14 05:16:32

Buku Abstrak SEDAR20_20102020

Buku Abstrak SEDAR20_20102020

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

85

APLIKASI MODUL I-ARABIC DAPAT MEMPERKASAKAN
PENGUASAAN ISTILAH ICT BAHASA ARAB DALAM
KALANGAN GURU PELATIH IPGK TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR

Raudhah Ali, Ph.D, Syahirah Abd Rahman, Nur Izatti Nor Asman & Syazana Ishak
[email protected]

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru pelatih Institut
Pendidikan Guru (IPG) dalam penggunaan kosa kata istilah ICT Bahasa Arab dalam media sosial.
Kajian ini melibatkan 10 orang guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam di IPGK
Temenggong Ibrahim Johor. Kajian kualitatif ini menggunakan inventori senarai semak dan
analisis dokumen refleksi kendiri yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Para peserta kajian
menjalani ujian pra dan ujian pos sebagai instrumen kajian utama yang dibina menggunakan
tangkapan skrin (screen shot) yang diambil daripada beberapa laman media sosial dan aplikasi
iaitu Instagram, Twitter, Whatsapp, Telegram dan Google. Para peserta kajian perlu mengisi
helaian tangkapan skrin (screen shot) yang telah dibentuk menjadi satu templat. Dapatan kajian
ujian pra menunjukkan bahawa 90 peratus daripada peserta kajian tidak mempunyai pengetahuan
asas kosa kata istilah bahasa Arab ICT dalam penggunaan media sosial. Penyelidik telah
membentuk satu modul pembelajaran i-Arabic bagi membantu peserta kajian menguasai kosa
kata istilah ICT bahasa Arab. Modul pembelajaran sistematik ini yang mengandungi aktiviti dan
latihan yang terancang telah dilaksanakan ke atas peserta kajian dalam tempoh tiga bulan.
Dapatan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan istilah ICT bahasa Arab. Modul yang
sistematik ini memudahkan proses pembelajaran kosa kata istilah ICT bahasa Arab. Para peserta
kajian mampu menggunakan aplikasi media sosial menggunakan bahasa Arab dengan lebih
efisien dan yakin. Kajian ini dilihat amat efektif dan proaktif kerana ia amat bersesuaian dengan
perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Perkembangan ini
dilihat sebagai suatu norma baharu untuk menghadapi cabaran Pendidikan Abad ke-21.

Kata Kunci : Bahasa Arab, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Guru Pelatih IPG.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

86

PEMBINAAN MODUL LATIHAN KIT-KHAT UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KALIGRAFI ARAB

DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPG KAMPUS
TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Raudhah Ali, Ph.D, Aida Suhaila Mohd Aziz, Nurin Nazihah A. Hamid
Saidatul Adani Mohd Esa, Nuraminuddin Abdul Rashid
[email protected]

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dalam
penulisan kaligrafi Arab (Khat), seterusnya mencipta kaedah yang berkesan bagi mengatasi
kelemahan penulisan Khat. Seramai 21 orang siswa dan siswi guru PISMP Pendidikan Islam
IPGKTI terlibat sebagai peserta kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui inventori
senarai semak penilaian kendiri dan ujian kemahiran penulisan Khat sebagai ujian pra. Hasil
tinjauan menunjukkan bahawa peserta kajian mampu menguasai penulisan Khat Nasakh dengan
baik, namun 19 orang siswa dan siswi guru berdepan dengan kesukaran apabila diminta untuk
menulisnya dalam bentuk tulisan Khat Riq’ah dan Khat Kufi. Modul Latihan Kit-Khat ini dicipta
bagi meningkatkan kemahiran para pelajar untuk menulis seni tulisan Khat, di samping membantu
mereka untuk membezakan jenis-jenis Khat dengan lebih mudah. Kit latihan ini berbentuk seperti
kotak dan mempunyai beberapa pembahagi, Kit-Khat ini memberi keutamaan kepada dua jenis
Khat iaitu Khat Riq’ah dan Khat Kufi. Perancangan tindakan difokuskan kepada dua aktiviti.
Aktiviti pertama ialah memperkenalkan pelajar kepada bentuk dan ciri-ciri dua Khat tersebut
dengan menggunakan Kad Bezatemol (beza+ubat paracetamol) yang terkandung dalam Kit-Khat
itu. Aktiviti kedua ialah pelajar akan mengisi Kad Warnajela (warna+ubat Bonjela) yang akan
membantu pelajar mengahasilkan kedua-dua jenis tulisan Khat itu. Keputusan ujian pos
menunjukkan 18 daripada 21 orang pelajar berjaya menulis kedua-dua tulisan Khat tersebut
dengan baik, tepat dan kemas, iaitu 86% berbanding ujian pra. Manakala baki 4 orang pelajar
menunjukkan peningkatan yang baik dalam penulisan Khat pada ujian pos kali ini. Penggunaan
Kit-Khat ini terbukti mampu meningkatkan kefahaman, kemahiran serta menyuntik minat pelajar
untuk mempelajari dan mengenal perbezaan serta kaedah penulisan tulisan Khat Riq’ah dan Khat
Kufi secara lebih mudah dan menyeronokkan.

Kata kunci: Khat Riq’ah, Khat Kufi, Kit latihan, Pelajar IPG, Modul

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

87

KEBERKESANAN TEKNIK PERMAINAN KBAT- JAWI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI MURID

SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

Raudhah Ali, Ph.D
Muhammad Nurfadhli Akmal Rusli

Nurul Nabila Najwa Zulkarnain
Zureen Halqish Mohamad Hanafi

Nurul Fatehah Rasidan
[email protected]

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Teknik Permainan KBAT-Jawi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Jawi melalui permainan yang kreatif. Kajian ini
adalah kajian kes yang melibatkan 40 orang murid sekolah rendah di dua buah sekolah
kebangsaan di Johor Bahru. Teknik permainan ini amat digemari dan sesuai dengan naluri kanak-
kanak dalam proses pembelajaran. Kaedah pemerhatian dan tinjauan telah digunakan untuk
melihat kesesuaian Teknik Permainan KBAT-Jawi dalam pembelajaran Jawi. Instrumen yang
digunakan ialah ujian bertulis sebagai ujian pra dan pos, soal selidik dan borang pemerhatian yang
bertujuan untuk melihat keberkesanan Teknik Permainan KBAT-Jawi dalam meningkatkan tahap
kemahiran murid dalam penulisan Jawi. Permainan ini dibahagikan kepada empat kategori yang
dimulakan daripada tahap yang mudah dan asas sehingga ke tahap sederhana dan yang lebih
sukar. Bentuk permainan ini adalah gabungan permainan Roda Impian, permainan Bola Tiga
Lubang, permainan Bongkah Kayu dan permainan Sahibba Jawi. Dapatan daripada ujian pos dan
pemerhatian yang dijalankan, menunjukkan murid-murid tersebut sangat terhibur serta dapat
meningkatkan minat mereka terhadap tulisan Jawi. Kajian ini juga dapat membantu pihak yang
terlibat untuk merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
meningkatkan minat murid terhadap tulisan Jawi. Hal ini penting kerana tulisan Jawi berfungsi
sebagai perantara dalam pengajaran dan pembelajaran bidang Pendidikan Islam.

Kata kunci : Tulisan Jawi, didik hibur, permainan, murid sekolah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

88

PENDEKATAN KALAM JAMAEI DALAM MENINGKATKAN
TAHAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB MURID
TAHAP DUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH BATU PAHAT

JOHOR

Raudhah Ali, Ph.D, Ammar Nazmi Zaki, Maisarah Ruslan, Nuraida Nadhirah Mohd Asri,
Wan Nurul Eisyha Wan Anual
[email protected]

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi bahasa Arab
dalam kalangan murid sekolah rendah tahap dua. Kajian ini melibatkan 20 orang peserta kajian
di sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Batu Pahat Johor. Ujian lisan dan senarai semak
kemahiran bahasa Arab dibina untuk menguji kemahiran komunikasi peserta kajian. Dapatan
daripada ujian pra ini menunjukkan kemahiran komunikasi peserta kajian berada pada tahap yang
lemah. Penyelidik telah menggunakan pendekatan Kalam Jamaei Bertema untuk melatih peserta
kajian agar dapat berkomunikasi secara yang lebih berkesan. Aktiviti perbualan yang disusun
dalam pendekatan ini merangkumi lima tema iaitu “Kenali Diri Saya’, ‘Keluargaku Sayang’,
‘Hobi Saya’, ‘Masa Depanku’ dan ‘Makanan Sihat’. Peserta kajian telah dibimbing dan dilatih
untuk berkomunkasi melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun dalam pendekatan
ini. Hasil dapatan daripada ujian pos menunjukkan peningkatan tahap kemahiran komunikasi
bahasa Arab iaitu sebanyak 80% peserta kajian telah menguasai komunikasi dalam setiap tema.
Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai saranan bagi
memaksimumkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya.
Pendekatan dan kaedah yang kreatif dan inovatif memastikan murid-murid dapat berkomunikasi
dengan baik dalam menghadapi cabaran pembelajaran Abad ke-21. Guru perlu kreatif dalam
mencipta pelbagai bentuk aktiviti melalui modul dan pendekatan agar dapat memantapkan
penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa kedua penting selain daripada bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda.

Kata kunci: Komunikasi bahasa Arab, Kalam Jamaei, Pembelajaran Abad Ke-21, murid sekolah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

89

MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI MOLVIEW DALAM
PEMBELAJARAN GEOMETRI MOLEKUL

1Yusniza Yusof. 2Hezelin Elayana Shaian, 3Wan Zai Azlin Wan Aziz,
4Tengku Zuniza Tengku Yahya Shah

[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]

1,2,3,4Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Penyediaan manual penggunaan aplikasi Molview oleh pensyarah dalam proses pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan inisiatif yang dilakukan bagi mempelbagaikan
bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan aplikasi Molview ini bukan sahaja dalam
kalangan pensyarah Unit Kimia tetapi juga didedahkan kepada para pelajar. Alat digital
iaitu papan putih interaktif Smart board dan telefon pintar diintegrasikan bersama manual
penggunaan aplikasi Molview dalam sesi PdPc subtopik geometri molekul. Seramai 24
orang pelajar Semester 1 Program Dua Semester (PST) aliran Sains terlibat dalam sesi PdPc
ini. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data adalah terdiri daripada ujian pra dan
ujian pasca, respon soal selidik pelajar dan pensyarah menggunakan borang Google.
Penilaian kesan penggunaan manual aplikasi Molview dibuat menggunakan kaedah
gabungan (Pretest-Treatment-Posttest), temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis data
kuantitatif dalam bentuk peratus mendapati terdapat pencapaian markah yang positif. Ini
menunjukkan peningkatan dalam penguasaan isi kandungan pelajar bagi subtopik geometri
molekul. Analisis secara kualitatif pemerhatian pula menggunakan borang senarai semak
pemerhatian (Tingkah Laku) menunjukkan para pelajar yang terlibat mempunyai persepsi
yang positif terhadap pengintegrasian alat digital bersama manual penggunaan aplikasi
Molview. Temubual dalam kalangan pensyarah juga menunjukkan minat terhadap
penggunaan manual ini. Implikasi penyediaan seterusnya penggunaan manual aplikasi
Molview menunjukkan bahawa manual ini sesuai digunapakai sebagai BBM dalam
kalangan pensyarah serta pelajar dalam sesi PdPc.

Kata kunci: manual penggunaan, aplikasi Molview, bahan bantu mengajar, alat digital,
geometri

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

90

PENGGUNAAN PERMAINAN CROSS-NOKTAH BAGI
MENINGKATKAN KEMAMPUAN MURID DALAM
MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN PENDEK DAN BACAAN

PANJANG PERKATAAN BAHASA ARAB

Siti Aishah Shahida binti Azahari
[email protected]
IPG Kampus Darulaman

Sazura binti Zakaria
[email protected]
IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Penggunaan Permainan “Cross Noktah” dalam penyelidikan tindakan ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Tahun 3 dengan mengambil kira
bacaan pendek dan bacaan panjang dalam perkataan Arab. Permainan ini telah digabungjalinkan
dengan penggunaan teknologi iaitu menggunakan perisian power point. Kajian ini juga memberi
peluang kepada pengkaji untuk meningkatkan minat murid dalam membaca perkataan bahasa
Arab dengan mengambil kira bacaan pendek dan bacaan panjang. Pengkaji telah melaksanakan
kajian ini di sebuah sekolah di Wilayah Kedah. Proses pengumpulan data dijalankan
menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen kepada lima orang peserta. Keputusan
kajian menunjukkan peningkatan positif dalam penguasaan murid selepas menggunakan “Cross
Noktah”. Murid dapat mengenalpasti tanda-tanda bacaan pendek dan bacaan panjang seterusnya
membezakan antara keduanya. Objektif kajian yang dinyatakan telah tercapai dengan baik.
Permainan “Cross Noktah” mampu meningkatkan kemampuan pelajar dalam kemahiran
membaca dengan mengambil kira bacaan pendek dan bacaan panjang. Adalah diharapkan dengan
terhasilnya kajian ini dapat memberi manfaat dalam memperbaiki amalan pengajaran guru
seterusnya meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid.

Kata Kunci : bahasa arab, permainan bahasa, aktiviti permainan bahasa, bacaan pendek, bacaan
panjang, sekolah rendah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

91

INOVASI PEMBELAJARAN DIGITAL RASE-CARD
KIT BAGI MENGENAL PASTI JENIS TINDAK
BALAS KIMIA ORGANIK

1Maira Mahmad, 2Ramanurbaya Mansor, 3Mark Haur Jye
[email protected],
[email protected],
[email protected]

1,2,3Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam
menyatakan jenis tidak balas kimia organik dengan betul bagi topik Introduction To
Organic Chemistry. Kumpulan sasaran terdiri daripada 17 orang pelajar Sistem Dua
Semester (SDS) Semester II sesi 2019/2020 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Tinjauan awal ke atas 58 orang pelajar kelas tutoran S2DP4, S2DP5 dan S3AP2 dengan
menggunakan ujian pra mendapati 17 orang daripadanya mendapat markah gred C dan ke
bawah, iaitu dalam peratusan julat markah antara 0 hingga 54. Kesemua pelajar ini tidak
dapat mengenal pasti perbezaan dalam persamaan tindak balas kimia yang diberikan dan
seterusnya menjurus kepada kegagalan untuk menentukan jenis tindak balas kimia organik
tersebut. Bermula dengan penghasilan kad imbasan RASE-CARD, yang merupakan
mnemonic kepada Rearrangement, Addition, Substitution dan Elimination CARD.
Kemudiannya di inovasikan menjadi satu paparan digital yang diberi nama visual RASE-
CARD kit. Empat item yang terkandung dalam paparan ini iaitu RASE-CARD ABM, video
asimilasi RASE-CARD, nota powerpoint RASE-CARD dan kuiz online RASE-CARD.
Pendokumentasian ke atas semua bahan-bahan RASE-CARD dilakukan dan membawa
kepada penghasilan satu inovasi pembelajaran digital RASE-CARD kit. Hasil dapatan
menunjukkan min skor pada ujian pasca meningkat sebanyak 9.64. Kesemua pelajar
kumpulan sasaran berjaya memperolehi markah pada tahap cemerlang. Inovasi
pembelajaran digital RASE-CARD kit ini menggunakan prinsip mudah dan ringkas serta
memberi impak sebagai amalan pdpc terbaik bagi menentukan jenis tindak balas kimia
organik

Kata kunci : Jenis tidak balas kimia organik, kad imbasan RASE-CARD, inovasi, visual
RASE-CARD kit, RASE-CARD kit.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

92

PERSEPSI GURU PELATIH DALAM MELAKSANAKAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Muhammad Afifuddin Ahsian, Farah Farhana Rosli & Farihah Mohd Noor
[email protected]
IPG Kampus Darulaman

Abstrak
Fenomena dunia kini memerlukan kepada kedalaman keupayaan berfikir aras tinggi bagi
menangani cabaran setempat. Keupayaan berfikir ini wajar dipraktikkan dalam dunia
pendidikan untuk melahirkan generasi yang kompeten dalam menilai, mengkaji dan
menaakul persekitaran dengan sebaiknya. Sehubungan itu, transformasi kurikulum dalam
pendidikan diperlukan untuk memperkasakan keupayaan berfikir aras tinggi ini melalui
pelaksanaan dan praktikal kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh yang demikian, kupasan
artikel ini memperlihatkan persepsi guru pelatih di Institut Pendidikan Guru dalam
melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam tugasan bilik darjah. Berdasarkan data
pemerhatian yang diperoleh, lima orang guru pelatih Pendidikan Islam mendapati mereka
menyedari kepentingan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
meningkatkan keupayaan berfikir, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
kemahiran belajar. Kemahiran ini penting diaplikasikan supaya guru pelatih dapat
menjawab soalan tugasan dengan baik serta dapat menghubungkan pengetahuan sedia ada
mereka dengan konsep-konsep pembelajaran terdahulu dengan kehidupan sebenar
seterusnya dapat meningkatkan kapasiti kebolehpasaran mereka apabila melangkah ke
alam pekerjaan sebenar.
Kata kunci : guru pelatih, kemahiran berfikir, pendidikan

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

93

AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI
PRASEKOLAH

Nurul Nisha Asykin Zainal, Farah Farhana Rosli & Farihah Mohd Noor
[email protected]

IPG Kampus Darulaman

Abstrak
Pendidikan Prasekolah di Malaysia adalah berkonsepkan program pendidikan yang tidak
formal bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga
enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.
Umumnya mengetahui bahawa matlamat prasekolah adalah untuk menyuburkan potensi kanak-
kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan ke sekolah rendah. Lantaran itu, penulisan artikel kajian ini bertujuan
mengupas pola amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di Prasekolah. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif iaitu dengan membuat pemerhatian dalam pengajaran. Dapatan kajian juga
memperlihatkan guru Pendidikan Islam telah mengamalkan pengajaran berkesan di Prasekolah
melalui pengajaran pemeringkatan dan pengajaran berfokus. Amalan pengajaran tersebut ternyata
memberi manfaat kepada guru Pendidikan Islam dalam menyediakan perancangan pengajaran
selanjutnya menghasilkan maklum balas dan penilaian berterusan dalam pengajaran. Selari itu
juga amalan pengajaran tersebut menjadi garis panduan dalam menghasilkan pengajaran berkesan
dengan membaik pulih amalan PdPc sedia ada. Garis panduan pengajaran ini turut memberikan
strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan oleh guru Pendidikan Islam di
Prasekolah.

Kata kunci: amalan pengajaran, Pendidikan Islam, prasekolah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

94

EFIKASI KENDIRI GURU BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN
NAHU KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)

Farihah Binti Hussain (PhD)1
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (Prof)2

Maimun Aqsa Lubis (PhD)3
[email protected]

1Jabatan Bahasa Arab
IPG Kampus Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah.
2&3 Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pengajaran nahu salah satu kompenen dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Pengajaran nahu
memerlukan keyakinan dan keupayaan guru dalam memahami isi kandungan yang diajar. Keyakinan
guru merujuk kepada Efikasi Kendiri Guru (EKG) dalam kajian ini. EKG merupakan proses kognitif
yang menjadi pemacu kepada tingkahlaku seseorang. Hal demikian, EKG merupakan asas utama bagi
memacu kecemerlangan diri guru dalam meningkatkan kefahaman dan pencapaian pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka empat elemen EKG dalam
pengajaran nahu. Hal ini kerana KBD baru dilkasnakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
pada tahun 2015 dan pengajaran nahu bermula pada tahun 2017 pada murid tingkatan tiga. Pemberatan
tajuk nahu yang banyak memerlukan keyakinan guru bagi memberi kefahaman kepada murid. Peserta
kajian terdiri daripada lapan orang guru bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan
kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Data kajian ini
dianalisis menggunakan perisian Atlas ti 8. Hasil kajian menjelaskan bahawa guru yang mempunyai
efikasi kendiri guru yang tinggi mampu mempelbagaikan strategi pengajaran, dapat menjadikan murid
aktif dalam kelas, menyediakan rancangan pengajaran harian secara tersusun dan sistematik dan mampu
serta sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam memberi bimbingan secara berterusan sama ada
di dalam kelas atau di luar kelas.

Kata kunci: efikasi kendiri guru, kurikulum bersepadu dini, pengajaran nahu

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

95

MENELUSURI ISU PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAN
KEPERLUAN TERHADAP PENDIDIKAN KHAS

1Ang Chai Tin
2Lim Li Bin

[email protected]
[email protected]

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Di Malaysia, populasi Orang Asli bertaburan di Semenanjung Malaysia dengan majoritinya berada di
Negeri Pahang, Perak dan Kelantan. Sehingga kini, walaupun banyak usaha telah diambil untuk
memberi bantuan pendidikan kepada murid Orang Asli, misalnya penubuhan Jabatan Kemajuan Orang
Asli (JAKOA) dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan
Guru Malaysia membangunkan program-program pendidikan pribumi untuk meningkatkan tahap
pencapaian pendidikan murid-murid Orang Asli, akan tetapi ramai murid Orang Asli masih didapati
terbelenggu dengan masalah kegagalan akademik dan keciciran pendidikan yang membimbangkan.
Kertas konseptual ini cuba mengenal pasti faktor-faktor yang dikatakan penyumbang kepada isu-isu
pendidikan yang dihadapi murid Orang Asli, dan membincangkan kemungkinan wujud hubung kait
masalah murid Orang Asli ini dengan keperluan terhadap pendidikan khas.

Kata kunci: Orang Asli, kelemahan pelajaran, keciciran, faktor, pendidikan khas

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

96

PENERIMAAN PELAJAR KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI
ANTARABANGSA TERHADAP APLIKASI KAHOOT

BERDASARKAN MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM)

Nur Farhana Abdul Aziz
[email protected]

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB)

Abstrak

Pembelajaran berasaskan teknologi semakin berkembang pada masa kini. Kahoot merupakan
salah satu medium pembelajaran interaktif yang digunakan secara meluas yang melibatkan
penglibatan aktif pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar Diploma
di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang terhadap penggunaan aplikasi
Kahoot di dalam mata pelajaran Bahasa Arab berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM).
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif. Satu set soal selidik yang
mengandungi dua bahagian menggunakan 4 konstruk dalam model TAM diedarkan kepada 36
responden kajian yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan
pelajar terhadap aplikasi Kahoot ini berada pada tahap yang tinggi dalam subjek bahasa Arab.
Kajian ini diharapkan menjadi panduan bagi kajian-kajian lain menggunakan model penerimaan
teknologi TAM ini terhadap pelbagai aplikasi Web 2.0 dan juga subjek-subjek yang lain.

Kata kunci: Aplikasi Kahoot, Model Penerimaan Teknologi TAM, Pembelajaran Bahasa Arab,
Pembelajaran Atas Talian

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

97

PELAKSANAAN PDP KOKURIKULUM DALAM TALIAN KE
ARAH SATU NORMA YANG BAHARU

Dr. Norsiah Bahari, Mohamad Rosli bin Badron, Norhaslina binti Nordin dan Zaimawati binti
Abd. Kadir

[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Abstrak

Seluruh dunia termasuk negara kita, sedang bertarung dengan penularan wabak pandemik Covid-
19. Susulan daripada itu, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) mulai 18 Mac 2020. Sehubungan itu, pensyarah di Institut Pendidikan Guru telah
menjalankan kelas secara dalam talian mengikut jadual-jadual yang telah dipersetujui bersama
pelajar. Namun pelaksanan pdp dan pentaksiran kokurikulum secara dalam talian memberikan
cabaran kepada pensyarah dan pelajar, memandangkan kokurikulum merupakan sebahagian
kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan serta
unit beruniform dijalankan di luar bilik darjah dan memerlukan aktiviti secara ‘hands-on’. Pelajar
juga perlu mempraktikkan amalan teori di bilik darjah ke luar bilik darjah bagi memastikan
pembelajaran pelajar menjadi lebih sempurna ddan bermakna. Maka kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pentaksiran, serta isu
dan cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan PdP kokurikulum dalam tempoh PKP. Hasil
kajian terhadap enam orang jurulatih dan pensyarah kokurikulum IPGK PM mendapati mereka
boleh menjalankan pdp kokurikulum dalam talian dengan baik dan boleh menyesuaikan diri
dengan norma baharu. Pdp secara dalam talian adalah satu cabaran kepada kursus kokurikulum
yang memerlukan sentuhan fizikal seperti olahraga (MPU3071) dan permainan (MPU3041). Ini
menyebabkan jurulatih dan pensyarah kokurikulum berpendapat pdp yang dilaksanakan oleh
mereka adalah kurang berkesan , kurang menarik dan kurang bermakna untuk para pelajar.
Masalah capaian internet yang lemah dan kurang berkualiti merupakan isu utama yang
mengganggu pembelajaran pelajar dan pengajaran jurulatih dan pensyarah kokurikulum.
Jurulatih dan pensyarah kokurikulum juga didapati memerlukan sokongan, bimbingan dan
latihan untuk menjalankan kelas dalam talian.

Kata Kunci : Covid-19, kokurikulum, pdp dalam talian

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

98

TEKNIK LUKISAN 'ONE-WAY & TWO-WAY ARROW' UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS MEDAN LASTIK

DALAM MATA PELAJARAN FIZIK : SATU ANALISIS
KEPERLUAN

Norhafizan binti Abdul Wahab
[email protected]

SMK Air Merah, Kulim, Kedah

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan teknik lukisan 'One-Way
& Two-Way Arrow' untuk meningkatkan kemahiran melukis medan lastik dalam mata pelajaran
Fizik. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 20 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Air Merah, Kulim. Setiap murid diberi empat soalan lukisan medan lastik yang perlu dilukis
dengan betul menggunakan Petua Genggam Tangan Kanan dan Petua Tangan Kiri Fleming bagi
ujian pra dan pasca. Selepas selesai setiap ujian, setiap pelajar diberi borang soal selidik yang
menggunakan skala 5-poin Likert bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap teknik lukisan 'One-
Way & Two-Way Arrow' yang digunakan dalam menyelesaikan soalan lukisan medan lastik.
Dapatan data dianalisis menggunakan deskriptif kekerapan dan peratusan. Kajian ini diharapkan
dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fizik
terutamanya dalam topik Elektromagnet di semua sekolah di seluruh Malaysia.Artikel ini adalah
berkenaan Fasa I pembangunan bahan bantu belajar ini iaitu dapatan analisis keperluan sahaja.

Kata kunci: teknik lukisan, one-way & two-way arrow, medan lastik, elektromagnet

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

99

THE USE OF SPEED BBM IN THE ISLAMIC EDUCATION
AMONG STUDENTS WITH LEARNING DISABILITIES

Mohd Solihin bin Che Rozali
[email protected]

SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah

Abstract

The Purpose of this study is to explore the effectiveness of infographic use in teaching and
learning Islamic Education for students with special needs. A total of 40 students from Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok were actively involved in this study. All students
were learning disabilities students and selected based on simple random sampling method. Data
collection was quantitative and analysed using descriptive statistical analysis. Data were obtained
from a set of questionnaires which were the main instrument of this study. Questionnaire
instruments underwent content validity and reliability testing. A pilot study was also conducted
with a Cronbach's alpha of 0.896. According to the study, the main problem of learning among
students is the inability of students to understand the concept of prayer properly as well as the use
of too many presentation slides and word-of-word information as a barrier to learning in the
classroom. The study also found that the use of infographics including the use of pictures and
symbols, simple text, and interesting colours has stimulated students to understand the concepts
of prayer taught more easily, accurately and quickly. Therefore, it is undeniable that using
infographics is a creative way to convey information more clearly and quickly. As such, the use
of infographics should be optimized for its use especially in the teaching process of special needs
students so that the information they wish to convey can be efficiently digested.

Keywords: Infographic, Learning Disability, Islamic Education, Instructional Technology

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

100

HUBUNGAN AMALAN PENYELIAAN PENGAJARAN DENGAN
MOTIVASI GURU, PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

DAN PRESTASI PENGAJARAN GURU

Nurul Syafinaz Ishak1, Shahfullizan Salleh2, Norsuriani Ismail @ Abd Wahab3
1PPD Besut, Terengganu

2SK Bukit Tiu, Machang, Kelantan
3SK Tok Motong, Besut, Terengganu

[email protected]

Abstrak

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memfokuskan tentang keberhasilan dalam
pendidikan khususnya dalam aspek perkembangan personel pendidikan melalui beberapa inisiatif iaitu
perkembangan profesional guru dan kompetensi guru dalam memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Embretson, Feber, dan Langager (1984) dalam kajian mereka telah
menyatakan penyeliaan pengajaran adalah proses pemkembangan yang mempromosi pertumbuhan dan
pembangunan berterusan kakitangan dalam seni pengajaran, meningkatkan motivasi serta
penambahbaikan prestasi pengajaran. Justeru, pengkaji telah melaksanakan kajian berbentuk tinjauan
deskriptif melalui kaedah soal selidik menggunakan skala likert 5-mata bagi mengkaji sejauhmana
tahap amalan penyeliaan pengajaran serta kajian korelasi bagi melihat berhubungkaitnya dengan 3
kualiti guru di atas bagi menjawab objektif-objektif yang dinyatakan. Soal selidik ini terdiri daripada
3 bahagian,iaitu Bahagian A: Demografi, Bahagian B : Amalan penyeliaan pengajaran, dan Bahagian
C : Kualiti Guru yang terdiri daripada 3 dimensi iaitu, motivasi guru, perkembangan profesionalisme
guru dan prestasi guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan penyeliaan pengajaran
adalah tinggi bagi kategori sekolah menengah harian manakala berada di tahap sederhana bagi sekolah
menengah aliran agama. Perbandingan hubungan amalan penyeliaan pengajaran terhadap kualiti guru
menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat serta signifikan dengan ketiga-tiga dimensi kualiti
guru.

Kata kunci : penyeliaan pengajaran, motivasi guru, perkembangan profesionalisme guru, prestasi guru

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

101

MENENTUKAN TREND PERIODICITY MENGGUNAKAN AKRONIM
Pzas vs Psas BERBANTUKAN APLIKASI ATAS TALIAN

Wan Zai Azlin Wan Aziz1, Ruziana Abdullah2, Norhasni Jamaludin3,
Nurul Hidayah Kamardin4
[email protected]

1,2,3,4Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak
Kajian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam menyelesaikan masalah
untuk menentukan trend periodicity bagi tajuk Periodicity mengunakan akronim Pzas vs Psas
berbantukan aplikasi dalam talian. Kajian dengan penggunaan aplikasi dalam talian ini, melibatkan
pembelajaran digital ekosistem iaitu Tagline Card, video PdPc, Google Classroom serta Quizlet serta
diperkukuhkan lagi dengan menggunakan akronim Pzas vs Psas. Kajian dilaksanakan ke atas 24 orang
pelajar Modul 1 Sistem Dua Semester (SDS) di Kolej Matrikulasi Pahang. Hasil tinjauan awal melalui
pemerhatian, temu bual dan penilaian kuliah (Quizizz) mendapati para pelajar menghadapi masalah
untuk menentukan trend periodicity. Akronim Pzas vs Psas diperkenalkan semasa intervensi bagi
membantu mereka membuat penyelesaian trend periodicity melalui sesi perbincangan dan gerak kerja
melalui ekosistem digital. Dua kaedah pengumpulan data secara kuantitatif iaitu ujian (Quizziz),
analisis soal selidik (google form). Temubual spontan dan pemerhatian sebagai pengumpulan data
kualitatif. Analisis soal selidik serta temubual mendapati kumpulan sasaran bersetuju kaedah yang
diperkenalkan membantu penyelesaian. Hasil ujian serta pemerhatian pula mendapati mereka telah
berjaya mengurangkan kesilapan. Hal ini menunjukkan akronim Pzas vs Psas dan aktiviti PdPc dalam
talian yang diperkenalkan membantu dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.

Kata Kunci : Trend periodicity, Dalam Talian, Google Classroom, Pzas vs Psas, Quizizz.

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

102

PENGALAMAN DAN CABARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
MAYA BAGI SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM

Salbiah Mohamed Salleh, Ph.D
Ahmad Sahli Mohd Hasan
Norhana Mohamed Salleh

Siti Faizah Mohd Saleh @ Salleh
Ahmad Amzar Mat Said

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh

Abstrak
Pandemik Covid-19 telah memberi perubahan besar dalam kehidupan masyarakat samada dari sudut
ekonomi, sosial dan pendidikan. Pembelajaran secara berhadapan bertukar kepada pembelajaran maya
bagi memastikan guru dapat mengakses murid seterusnya menyampaikan pengajaran berdasarkan
perancangan tahunan yang telah ditetapkan. Kertas kerja ini membincangkan kesediaan dan cabaran
yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam sepanjang menjalani pengajaran dan pembelajaran secara
maya sepanjang cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dapatan kajian menunjukkan tahap
kesediaan GPI adalah tinggi untuk menjalankan pengajaran secara maya. Namun mereka berhadapan
dengan pelbagai cabaran untuk menjayakan pengajaran. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh GPI
ialah kemudahan internet dan sikap murid yang tidak konsisten mengikuti pembelajaran. Kertas kerja
ini juga turut membincangkan beberapa cadangan bagi menyelesaikan masalah pembelajaran maya bagi
subjek Pendidikan Islam.

Kata Kunci: Pandemik Covid-19, pembelajaran maya, PKP

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

103

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA GANTI DIRI
BERSAMBUNG DAN TIDAK BERSAMBUNG BAHASA ARAB DALAM

KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH “LUGHINA”

Nur Shafiqah Abd Aziz
Mohd Sukri Ahmad
[email protected]

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi kata
ganti diri bersambung dan tidak bersambung dalam kalangan murid Tahun 4 di sekolah rendah melalui
projek “LuGhina”. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam
mempelajari kata ganti diri bahasa Arab. Projek inovasi ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan
Jitra 2, Kedah. Peserta penyelidikan ini terdiri daripada lapan orang murid Tahun Empat. Proses
pengumpulan data dijalankan menggunakan kaedah perbandingan ujian pra & ujian pasca, pemerhatian,
dan temu bual. Dapatan penyelidikan ini menunjukkan peningkatan positif dalam kemahiran menulis
kata ganti diri bahasa Arab (bersambung dan tidak bersambung) dalam kalangan pelajar selepas
menggunakan kaedah “LuGhina”. Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan projek “LuGhina” dapat
meningkatkan minat murid mempelajari kata ganti diri bahasa Arab. Adalah diharapkan penyelidikan
inovasi ini dapat memberi manfaat dalam memperbaiki amalan pembelajaran murid dan pengajaran
guru.

Kata Kunci : Bahasa Arab, Permainan Bahasa, Aktiviti ‘Permainan Bahasa’, Mengaplikasi Kata Ganti
Diri Bersambung Dan Tidak Bersambung, Sekolah Rendah .

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

104

PERMAINAN BERASASKAN PERISIAN POWER POINT DI
DALAM PdPc DAN PENTAKSIRAN PENGUASAAN ASAS
LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI MURID SEKOLAH

RENDAH TAHUN SATU DI SK KIROKOT RANAU
“PICK AND GO”

Hallsen Justin
Sekolah Kebangsaan Kirokot, Ranau, Sabah

[email protected]

Abstrak

Pick And Go adalah merupakan satu inovasi yang diinspirasikan daripada permainan atas talian yang
popular iaitu Pokemon Go. Permainan interaktif komputer ini dihasilkan melalui perisian Power Point
bagi menghasilkan pengajaran berbentuk didik hibur melalui aplikasi penggunaan Teknologi Dan
Maklumat bagi pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas. Inovasi ini bertujuan untuk membantu
murid-murid Tahap Satu di SK Kirokot Ranau untuk menguasai kemahiran asas literasi Bahasa Inggeris
iaitu keupayaan murid-murid untuk mengenal dan membunyikan huruf. Instrumen pengumpulan data
yang digunakan adalah temubual, penulisan jurnal dan analisis dokumen digunakan untuk menjawab
kepada soalan kajian. Data peningkatan penguasaan kemahiran asas literasi Bahasa Inggeris dan tahap
minat murid diperolehi melalui perbandingan keputusan ujian saringan dan ujian selepas intervensi ini
dijalankan di dalam kelas. Pendekatan kajian secara kualitatif digunakan di dalam kajian ini dengan
menggunakan ketiga-tiga instrumen pengumpulan data bagi mendapatkan triangulasi kesahan data yang
tinggi. Hasil daripada kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan dari segi tahap penguasaan dan
tahap minat murid melalui penggunaan inovasi Pick And Go ini. Inovasi ini mempunyai potensi tinggi
untuk disebar luas kerana ianya berkonsepkan didik hibur dan kandungan yang boleh diubahsuai
mengikut tahap, topik dan kemahiran yang lain.

Kata Kunci: Kemahiran Asas Literasi Bahasa Inggeris, Pencapaian, Minat, Interaktif

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

105

E-PORTFOLIO SOLUSI KEPERLUAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MAYA ALAF 21 ‘SYNCHRONOUS’ DAN

‘ASYNCHRONOUS’ UNTUK KURSUS TITAS

Ahmad Nasir Mohd Yusoff , PhD
[email protected]

Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Ratna Roshida Abd Razak, PhD
[email protected]

Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Dr Mohammad Akhir Ab Wahab, PhD
[email protected]

IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah

Mohamad Maulana Magiman, PhD
[email protected]

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Abstrak
Peranan sebagai pensyarah dalam alaf 21 berasaskan teknologi digital menuntut transformasi
pengajaran dan pembelajaran berfokuskan heutagogy, peeragogy, cybergogy, andragogi dan
pedagogi. Tugas dan peranan pensyarah adalah merancang penyampaian pengajaran
menggunakan aplikasi bersesuaian, memuatnaik bahan berkaitan topik sebelum melaksanakan
kuliah maya, menyediakan maklumat aktiviti pembelajaran kuliah maya, melaksanakan kuliah
maya secara segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous), merekod kehadiran
berdasarkan penyertaan pelajar dalam kuliah maya serta memberi maklum balas kepada pelajar
berkaitan aktiviti pentaksiran yang dilaksanakan yang kesemuanya ini boleh diletakkan dalam
maklumat digital E-PORTFOLIO pengajaran dan pembelajaran yang direka khas. Objektif
Inovasi kali ini ingin menerangkan mengenai E-PORTFOLIO pengajaran serta kepentingannya,
mengenal pasti contoh portfolio pengajaran yang kreatif dan mempunyai inovasi pengajaran yang
berkualiti, menyediakan rangka portfolio kursus dan portfolio pengajaran, mengenal pasti perkara
yang perlu ada di dalam portfolio kursus dan portfolio pengajaran, falsafah pengajaran, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan melaksanakan pengumpulan bukti-bukti sokongan
bagi pembangunan portfolio pengajaran. Kesimpulannya Portfolio adalah koleksi dokumen yang
memberi gambaran tentang profesion seseorang dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
kelayakan, matlamat dan pencapaian. Dalam konteks portfolio pengajaran, ia adalah dokumen-
dokumen panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dibangunkan secara sistematik untuk
digunakan oleh seseorang pengajar dalam melaksanakan tugas mengajar dan bertujuan membantu
pengajar menyediakan dan menguruskan portfolio pengajar secara sistematik dan melancarkan
lagi aktiviti PdP pengajar agar lebih terancang.

Katakunci : E-PORTFOLIO, Solusi Keperluan, Pengajaran Dan Pembelajaran Maya, Alaf 21
‘Synchronous’ Dan ‘Asynchronous’

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

106

KAEDAH PERMAINAN GO MAKCIK KIAH (GMCK) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

Erny Julia Binti Abdullah Kamal
[email protected]

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak
Kaedah permainan merupakan perubahan dalam corak pengajaran, dimana pelajar berubah
daripada "pembelajaran dengan mendengar" kepada "belajar dengan melakukan" (Garris &
Ahlers, 2002). Dalam situasi pandemik hari ini, melaksanakan kaedah permainan dalam PdPc
dengan elemen komunikasi dan kolaborasi bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ianya tidak
mustahil. Justeru, pengkaji ingin memperkenalkan satu inovasi kaedah permainan dalam PdPc
norma baharu yang dikenali sebagai Go Makcik Kiah (GMCK). Tujuan kajian ini adalah untuk
mengetahui pandangan pengajar dan pelajar terhadap permainan GMCK dan mengetahui
keberkesanan GMCK dalam pembelajaran pelajar. Dalam kajian ini dua orang pensyarah Kolej
Matrikulasi Selangor, 30 orang pelajar jurusan Biologi Kolej Matrikulasi Selangor dan 30 pelajar
tingkatan 5 yang mengambil subjek sains dari Sek. Men. Bandar Banting dipilih sebagai
responden. Kajian ini menggunakan kaedah temubual, penggunaaan borang soal selidik dan ujian
pra dan ujian pos.

Kata Kunci: Kaedah permainan dalam PdPc , elemen komunikasi dan kolaborasi inovasi
kaedah permainan , Go Makcik Kiah (GMCK).

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

107

KOMPETENSI KBAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK SISWA GURU SEM 8 IPG KAMPUS

ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Nor Azim Bin Norddin
[email protected]

IPG Kampus Ilmu Khas

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kompetensi KBAT, tahap
pencapaian akademik dan hubungan antara kompetensi KBAT dengan pencapaian akademik
siswa guru semester 8. Kajian ini melibatkan 119 orang siswa guru semester 8, ambilan Jun 2016,
IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
Instrumen Kompetensi KBAT (15 items). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan
inferensi dengan berpandukan `Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 22.0.
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 99.16% daripada sampel kajian mencatatkan skor
penguasaan KBAT pada tahap yang tinggi, manakala sebanyak 0.84% daripada sampel kajian
menguasai KBAT pada tahap yang sederhana. Sementara itu, 90.8% dan 9.2% daripada sampel
kajian mencatatkan skor pencapaian akademik pada kelas kedua atas dan kelas pertama masing
masing. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan
antara tahap penguasaan KBAT dengan tahap pencapaian akademik siswa guru secara
keseluruhannya di mana r=.167, p>.01. Seterusnya implikasi dan cadangan kajian turut
dibincangkan.

Kata kunci: Kompetensi KBAT, siswa guru, pencapaian akademik

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

108

KEKUATAN DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU NOVIS AMBILAN
JANUARI 2014 KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU DI

ZON UTARA

DR Julinamary Parnabas, DR Ahmad Sobri Bin Shuib, DR Muhammad Nidzam Bin Yaakob,
DR Syed Khalid Syed Idrus , Saifudin Azam Shah Ahmad
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak
Institusi Pendidikan Guru Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam usaha
menghasilkan guru yang berpotensi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti. Setiap tahun Institusi Pendidikan Guru Malaysia menjadi pembekal utama guru novis
terlatih ke sekolah rendah di seluruh Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa guru novis ini juga
menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran dalam usaha melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan cemerlang demi untuk membangunkan generasi muda ke alaf
baru.Maka kajian kes telah dilaksanakan melalui persampelan bertujuan. Data kualitatif untuk
kajian ini dikumpul melalui temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen. Sampel kajian ini
terdiri dari 5 orang guru novis, 5 orang pentadbir sekolah dan 5 orang lagi rakan sejawat guru
novis tersebut dari Zon Utara. Kesemua guru novis ini adalah terdiri dari opsyen Sejarah dan
Bimbingan & Kaunseling lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Januari
2014 yang telah berjaya ditempatkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2018. Kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh guru novis ini dalam
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran seharian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa
guru novis mampu melaksanakan Pembelajaran Abad Ke 21 dengan baik. Mereka juga
berkemahiran tinggi dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Media serta alat bantu
mengajar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian mereka juga menghadapi
beberapa cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di bilik
darjah. Antara cabaran yang telah dikenalpasti ialah kesukaran mengawal kelas, dibebani dengan
waktu mengajar yang sangat tinggi dan terpaksa mengajar lebih banyak waktu matapelajaran
bukan opsyen. Beberapa cadangan penambahbaikan juga telah disarankan dalam kajian ini.

Kata Kunci : Kekuatan Dan Cabaran, Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran, Guru Novis,
Institut Pendidikan Guru Di Zon Utara

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

109

GAMIFIKASI R-CHEM DALAM PEMBELAJARAN GEOMETRI
MOLEKUL

Farahiyah Binti Mohamed Omar
[email protected]

Kolej Matrikulasi Perak

Abstrak
Strategi PLC yang dipilih adalah perkongsian amalan terbaik dengan menggunakan alat
kolaboratif Sesi Perkongsian Guru. Tujuan PLC ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui ekosistem digital iaitu secara flipped classroom dan
Google Classroom di samping gamifikasi R-Chem yang dijalankan untuk topik geometri molekul.
Flipped classroom dipilih untuk memanfaatkan masa non face-to-face (NF2F) dengan
pembelajaran kendiri oleh pelajar sebelum sesi PdP bermula, manakala R-Chem digunakan
sebagai aktiviti aktif sewaktu kelas bersemuka, iaitu masa face-to-face (F2F). Google Classroom
pula digunakan sebagai medium penyampaian maklumat dengan lebih berkesan serta medium
pelaksanaan penilaian pada bila-bila masa. Seramai 17 orang pelajar kelas F4T4 Sistem Dua
Semester (SDS) Modul 2 dipilih sebagai kumpulan sasaran berdasarkan keputusan Ujian Pra di
mana 11 daripada 17 orang pelajar mendapat markah kurang daripada 5/10. Selepas pelaksanaan
pembelajaran melalui integrasi ekosistem digital dan gamifikasi R-Chem, analisis menunjukkan
kesemua 17 orang pelajar mendapat markah melebihi 5/10 dan 7 orang pelajar mendapat markah
10/10 dalam Ujian Pos. Hasil dapatan daripada borang soal selidik mendapati pelajar memberi
maklum balas yang positif berkaitan pelaksanaan flipped classroom dan R-Chem dalam topik
geometri molekul. Perkongsian ini dapat memberi input dan impak yang signifikan kepada
pensyarah dalam melaksanakan PdP dengan lebih efektif melalui integrasi ekosistem digital dan
gamifikasi. Ianya juga sangat relevan dengan kehendak pelajar generasi Z selaras dengan trend
pendidikan masa kini melalui PAK-21 dan digital classroom. Cadangan penambahbaikan
daripada beberapa aspek telah diperolehi hasil daripada maklum balas pelajar dan melalui sesi
perkongsian dengan para pensyarah serta daripada perbincangan refleksi sesama ahli kumpulan
PLC sendiri.
Kata Kunci: ekosistem digital, flipped classroom, Google Classroom, gamifikasi R-Chem

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

110

PENGETAHUAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEMIKIRAN
KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
PRASEKOLAH

Zainab Binti Nawab Khan
[email protected]

Chong Fung Yen @Azilina, Ph.D
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran guru
prasekolah dalam melaksanakan pemikiran kritis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Kajian ini ditadbir menggunakan pendekatan kualitatif dengan
menggunakan reka bentuk kajian kes. Lokasi kajian terhad kepada guru prasekolah di
Daerah Keningau, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada guru prasekolah yang mengajar
sepenuh masa di kelas prasekolah, sekolah kebangsaan Daerah Keningau. Seramai 9guru
terpilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian
diperoleh melalui proses temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang dilaksanakan
secara bersemuka di lokasi kajian. Data pemerhatian dan analisis dokumen sebagai data
trangulasi kajian bagi meningkatkan kredibiliti data. Data dianalisis menggunakan
pendekatan induktif kualitatif dan tema dibentuk menggunakan proses koding. Analisis
data memberi kefahaman peserta kajian mempunyai masalah dalam memahami konsep
pemikiran kritis dalam melaksanakan kurikulum prasekolah Kajian ini mengemukakan
cadangan perlunya diadakan latihan berstruktur modul pelaksanaan pemikiran kritis,
memasukkan elemen kritis secara eksplisit dalam huraian KSPK dan penulisan rancangan
pengajaran harian bagi membantu guru dalam pelaksanaan pemikiran kritis dalam
kurikulum prasekolah.

.
Kata kunci:Pemikiran kritis, Guru prasekolah, kemahiran berfikir aras tinggi

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

111

KEPEKAAN TERHADAP ISU-ISU SEMASA
SEJARAH MALAYSIA DALAM KALANGAN

PELAJAR BIDANG TERAS SEJARAH
IPG KAMPUS DARULAMAN

Ahamad Jama’ Amin Yang
Zaimah Abdullah
Azhari Mat Salleh
Hasim Sa’ari

Rostam Abdul Rahman
[email protected]

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kepekaan terhadap isu-isu semasa sejarah
Malaysia pelajar bidang teras sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
(IPGKDA), Jitra Kedah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis
faktor-faktor yang mendorong dan menilai sumber makumat yang dirujuk mempengaruhi
tahap kepekaan pelajar bidang teras sejarah IPGKDA. Seramai 206 orang responden
melibatkan pelajar bidang teras sejarah IPGKDA. Instrumen kajian yang digunakan
berbentuk soal selidik yang mengandungi 21 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis
secara deskriptif dalam bentuk peratusan. Secara keseluruhannya tahap kepekaan dalam
kalangan pelajar bidang teras sejarah IPGKDA berada pada tahap yang tinggi dan ini
menunjukkan elemen persekitaran dalam dan luar kampus banyak membantu membentuk
sudut pandang mereka dalam memahami isu-isu semasa sejarah Malaysia. Pada akhir
kajian disertakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan pihak-pihak tertentu.
Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Kata kunci: kepekaan, sejarah, pelajar, IPGKDA, Malaysia,

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

112

KECENDERUNGAN PELAJAR PISMP UNTUK MENGAMBIL
KURSUS ELEKTIF TERAS BAHASA TAMIL

Kumaran Ramayah
Gopalakrishnan Ramasamy

[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah

Abstrak

Kursus eelektif teras Bahasa Tamil merupakan kursus pilihan yang ditawarkan untuk pelajar-
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mengambil pengkhususan untuk
kursus major yang lain. Kecenderungan pelajar PISMP untuk mengambil kursus elektif teras
Bahasa Tamil perlu dikaji untuk tujuan penambahbaikan sistem tawaran kursus yang sedia ada di
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Maka satu kajian Mix Method telah dijalankan di satu institute
Pendidikan guru yang terpilih di zon utara untuk tujuan mengenalpasti pola kecenderungan
pelajar PISMP mengambil Elektif teras Bahasa Tamil dan punca kecenderungan dan
ketidakcenderungan pelajar PISMP mengambil kursus tersebut. Data kuantitatif dikumpul dengan
menggunakan soal selidik manakala data kualitatif pula dikumpul menerusi temubual dengan
pelajar dan rujukan dokumen Buku Panduan PISMP keluaran IPGM Tahun 2015. Responden
kajian dipilih daripada kalangan pelajar Semester 4 major Sejarah dan Bimbingan & Kaunseling
berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pelajar amat
berminat untuk mengambil kursus ini. Namun beberapa factor menjadi halangan untuk pelajar-
pelajar tersebut mengikuti kursus elektif teras Bahasa Tamil. Hasil dapatan kajian ini memberi
implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang sebenar di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil.

Kata Kunci : Kecenderungan Pelajar, Kursus elektif, Bahasa Tamil

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

113

APLIKASI QR CODE UNTUK MENINGKATKAN PELIBATAN
MURID DALAM PDPC ABAD KE-21

Shahril bin Othman
SK Beruas, Perak

Abstrak

Pembelajaran secara koperatif yang ditekankan dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) abad
ke-21 memerlukan pelibatan murid secara optimum. Proses P&P yang berkesan dan efektif adalah
penyumbang ke arah kemenjadian murid serta meningkatkan kebolehan individu. Di dalam era
teknologi maklumat yang tiada batasannya sekarang, membantu kepada meningkatnya pelbagai
aplikasi yang berkaitan dengan pendidikan. Selari dengan kehendak PdPC abad 21, penggunaan
aplikasi QR Code merupakan salah satu elemen yang dapat menarik minat murid belajar secara
koperatif dan membantu meningkatkan pelibatan murid. Bagi menilai keberkesanan aplikasi
tersebut satu kajian telah dijalankan. Kajian yang berbentuk kuantitatif dengan menggunakan reka
bentuk eksperimental ini menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada pengkaji dahulu.
Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan unit analisis iaitu murid seramai
100 orang. Statistik deskriptif peratusan yang digunakan dianalisis melalui perisian SPSS Versi
23. Dapatan menunjukkan pada awal kajian peratusan pelibatan murid di dalam perbincangan
kumpulan hanya 64.7% manakala post test memberikan peratusan 97.6%. Selain itu, didapati
tahap keyakinan murid untuk mengeluarkan pendapat serta memimpin kumpulan juga turut
meningkat.

Kata kunci : Aplikasi QR Code, PDPC Abad ke-21, Pelibatan Murid

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

114

PENDEKATAN KALAM JAMA’I DALAM MENINGKATKAN
TAHAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB MURID
TAHAP DUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH BATU PAHAT

JOHOR

Ammar Nazmi Bin Zaki
[email protected]

IPGK Temenggong Ibrahim

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi bahasa Arab dalam
kalangan murid sekolah rendah tahap dua. Kajian ini melibatkan 20 orang peserta kajian di sebuah
sekolah rendah kebangsaan di daerah Batu Pahat Johor. Ujian lisan dan senarai semak kemahiran
bahasa Arab dibina untuk menguji kemahiran komunikasi peserta kajian. Dapatan daripada ujian
pra ini menunjukkan kemahiran komunikasi peserta kajian berada pada tahap lemah. Pengkaji
telah menggunakan pendekatan Kalam Jama’i Bertema untuk melatih peserta kajian untuk
berkomunikasi secara yang lebih berkesan. Aktiviti perbualan yang disusun dalam pendekatan
ini merangkumi lima tema iaitu Kenali Diri Saya, Keluargaku Sayang, Hobi Saya, Masa Depanku
dan Makanan Sihat. Peserta kajian telah dibimbing dan dilatih untuk berkomunkasi menggunakan
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam pendekatan ini. Hasil dapatan daripada ujian pos
menunjukkan peningkatan tahap kemahiran komunikasi bahasa Arab iaitu sebanyak 80% peserta
kajian telah menguasai komunikasi dalam setiap tema. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa
cadangan telah dikemukakan bagi memaksimumkan penguasaan bahasa Arab serta dapat
berkomunikasi dengan baik untuk menghadapi cabaran pembelajaran Abad ke-21. Guru perlu
kreatif dalam mencipta pelbagai bentuk aktiviti melalui modul dan pendekatan agar dapat
memantapkan penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa kedua penting selain daripada bahasa
Melayu sebagai bahasa ibunda.

Kata kunci: Komunikasi bahasa Arab, Kalam Jama’i, Pembelajaran Abad Ke-21

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

115

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 DALAM
MENYAMBUNG HURUF HIJAIYYAH (‫ )أ و ز ر ذ د‬DENGAN
MENGGUNAKAN PROGRAM E-TAUSIL HURUF

Nursadida Binti Abd Razab
[email protected]ª

Azhari Bin Hamzah
[email protected]

Jabatan Bahasa Arab, IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid tahun lima
sekolah rendah dalam menyambung enam Huruf Hijaiyyah (‫د‬-‫ذ‬-‫ر‬-‫ز‬-‫و‬-‫ )أ‬dengan menggunakan
program e-Tausil Huruf. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah
Kubang Pasu. Responden merupakan lima orang murid tahun lima yang lemah dalam
menyambung Huruf Hijaiyyah iaitu (‫د‬-‫ذ‬-‫ر‬-‫ز‬-‫و‬-‫)أ‬. Data dikumpul melalui empat kaedah iaitu
pemerhatian, ujian pra dan pasca, serta temu bual. Dapatan kajian terhadap lima responden
tersebut menunjukkan peningkatan pencapaian setelah dibuta perbandingan antara keputusan
Ujian Pra dan Pasca. Iaitu perbandingan keputusan pencapaian sebelum dan selepas
menggunakan intervensi menggunakan progran e-Tausil Huruf. Hal ini membuktikan bahawa
intervensi e-Tausil Huruf berkesan bagi meningkatkan kemahiran murid menyambung Huruf
Hijaiyyah dalam kalangan murid tahun 5 sekolah kebangsaan. Justeru, saya mencadangkan agar
intervensi ini digunakan terhadap murid yang lemah dalam penyambungan Huruf Hijaiyyah bagi
membantu mereka memahami cara menyambung huruf.

Kata Kunci: Kemahiran menyambung huruf, Huruf Hijaiyyah, (‫د‬-‫ذ‬-‫ر‬-‫ز‬-‫و‬-‫)أ‬, e-Tausil Huruf

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

116

PENGGUNAAN ’KOTAK WARNA WARNI’ DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN KATA GANTI

NAMA DALAM BAHASA ARAB

Muzaffar Ahmad bin Zainal Abidin
[email protected]

Amani binti Dahaman@Dahlan, PhD
[email protected]

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan ’Kotak Warna
Warni’ dalam meningkatkan kemahiran murd-murd menggunakan kata ganti nama dalam Bahasa
Arab bagi murid darjah 4. Kajian ini juga memberi peluang pengkaji untuk meningkatkan minat
murid untuk menghafal kata ganti nama dalam bahasa Arab. Pengkaji telah melaksanakan kajian
ini di Sekolah Kebangsaan Teluk Malek, Kedah. Proses pengumpulan data dijalankan
menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual kepada lima orang peserta.
Keputusan kajian menunjukkan peningkatan positif dalam kemahiran menghafal kata ganti nama
dalam Bahasa arab selepas penggunaan ’Kotak Warna Warni’. Objektif kajian yang dinyatakan
telah tercapai dengan baik. Hasil daripada keputusan kajian ini menunjukkan keberkesanan
penggunaan ’Kotak Warna Warni’ untuk menguasai kata ganti nama dalam bahasa Arab dan
meningkatkan minat untuk menghafal kata ganti nama dalam bahasa Arab. Adalah diharapkan
dengan terhasilnya kajian ini dapat memberi manfaat dalam memperbaiki amalan pembelajaran
murid.

Kata Kunci : Bahasa Arab, Menghafal domir munfasil, Sekolah Rendah

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

117

MENANGANI MASALAH DAYA TUMPUAN MURID ADHD:
SATU KAJIAN KES DALAM KALANGAN GURU PELATIH

IPGKDA

Zubaidah Binti Mat
Harlina binti ishak
[email protected]

Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Darulaman Kampus Darulaman

Abstrak

Penyelidikan kajian kes telah dijalankan bertujuan untuk menganalisis teknik yang digunakan
oleh guru pelatih IPGKDA bagi menangani masalah daya tumpuan murid Attention deficit
hyperactivity disorder (ADHD) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di tiga buah
sekolah. Kaedah pemerhatian menggunakan senarai semak pemerhatian dan protokol temu bual
digunakan untuk memperoleh kualitatif terhadap peserta kajian. Tiga orang peserta kajian telah
dipilih merupakan tiga orang guru pelatih program pendidikan khas Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman (IPGKDA) Jitra. Kajian ini dilaksanakan semasa mereka menjalankan
praktikum. Berdasarkan instrumen yang digunakan didapati guru pelatih menggunakan dua
kaedah komunikasi iaitu kaedah bukan lisan dan kaedah lisan. Diantara dua kaedah ini, guru
pelatih lebih banyak menggunakan menggunkan kaedah bukan lisan. Di samping itu, dapatan
kajian juga mendapati berbagai cara atau kaedah boleh digunakan bagi menangani masalah daya
tumpuan murid ADHD bergantng kepada tahap dan jenis ketidakupayaan murid yang dipilih.
Kajian ini memberikan implikasi kepada konteks pedagogi bagi murid pendidikan khas.

Kata kunci: ADHD, tumpuan, kaedah lisan, kaedah bukan lisan

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

118

PENTAKSIRAN BERASASKAN KEMAMPUAN MURID
MODEL ABLE : ABILITY BASED : LEARNING ASSESSMENT

Azman Bin Abdullah
[email protected]

SMK Guar Chempedak Kedah Darul Aman

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat hubungan dan amalan antara pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan pentaksiran sumatif yang dilaksanakan selaras dengan pelaksanaan
KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) dengan menjadikan DSKP sebagai rujukan
standard pengajaran dan pembelajaran.Kertas kerja ini juga bertujuan, (1)mencadangkan satu
bentuk pentaksiran sumatif (assessmenf of Learning) yang selaras dengan tahap kemampuan
murid.Pentaksiran akan dibahagikan kepada blok pentaksiran yang berbeza mengikut
kemampuan murid dan akur kepada Tahap Penguasaan yang telah ditetapkan dalam DSKP semua
mata pelajaran.(2)Di samping itu,kertas kerja ini juga akan mengaitkan proses pengajaran dan
pembelajaran berkesan terutamanya pengajaran terbeza (Differentiated Learning) sebagai bentuk
pengajaran yang perlu dilaksanakan bagi membantu pencapaian murid mengikut kemampuan
yang berbeza.(3)Pemilihan item dan nisbah soalan yang berbeza mengikut kemampuan juga
akan diberi penekanan dalam pelaksanaan pentaksiran mengikut kemampuan ini. Kertas kerja ini
menggunakan kaedah pemerhatian pelaksanaan program ,analisis ,tinjauan dan data diperoleh
melalui kaedah soal selidik terhadap guru dan murid di sekolah.Penulis percaya bahawa kertas
konsep ini merupakan satu transformasi pentaksiran yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan
KSSM serta melaksanakan pembaharuan amalan pentaksiran yang dapat membantu para pendidik
dalam memahami peralihan pentaksiran dan kesannya dalam pembelajaran

Kata kunci : Pentaksiran, pengajaran,pembelajaran,kemampuan

Seminar Penyelidikan Darulaman Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 (SEDAR’20) 20 Oktober 2020.

119

REKA BENTUK MODUL PEDAGOGI AL-QURAN BERASASKAN
TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR PEKAK DI KOLEJ
VOKASIONAL

Muhammad Sayuti Bin Sabdan
[email protected]

Norlidah Alias
[email protected]

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof
[email protected]

Nazean Jomhari
[email protected]

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Abstrak

Pendidikan al-Quran merupakakan salah satu cabang ilmu pendidikan Islam yang perlu dipelajari
oleh setiap Muslim. Walau bagaimanapun, ia menjadi kekangan dan kesukaran bagi pelajar pekak
terutamanya pelajar pekak di Kolej Vokasional dalam mempelajari ilmu bacaan al-Quran.
Golongan pekak adalah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah
pendengaran dan pertuturan. Terdapat tiga peringkat masalah pendengaran iaitu ringan, sederhana
dan Teruk. Oleh yang demikian, terdapat empat masalah utama iaitu pertama modul pedagogi al-
Quran, kedua kemahiran pedagogi guru vokasioanal pekak, kemahiran asas pelajar pekak
vokasional dan bahan bantu mengajar. Oleh itu, penyelidik telah mereka bentuk modul pedagogi
al-Quran berasaskan teknologi untuk pelajar pekak di Kolej Vokasional dengan menggunakan
kaedah fuzzy delphi. Seramai 19 orang panel pakar telah dipilih yang terdiri daripada pelbagai
bidang. Data dianalisis berdasarkan respon dari panel pakar terhadap semua item borang soal
selidik bagi mendapatkan konsensus. Dapatan kajian bagi fasa reka bentuk kajian menunjukkan
kesemua panel pakar telah mencapai konsesus nilai ‘d’ ≤ 0.2 iaitu dengan peratus melebihi 75%
berdasarkan item-item yang sesuai dalam modul pedagogi tersebut. Sehubungan dengan itu,
diharap reka bentuk modul ini dapat memberi peluang kepada pelajar pekak di Kolej Vokasional
untuk mempelajari al-Quran seperti mana pelajar tipikal yang lain.
.

Kata kunci: Modul pedagogi al-Quran, pelajar pekak kolej vokasional


Click to View FlipBook Version