The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maziatulmotada, 2024-05-01 11:03:51

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS (1)

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha ' aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERAPUTERI ISLAM (KPIM). Walau bagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan. 1.2 SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA


Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato ' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukanpasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum. 1.2 SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA


Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah: 2.1.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. 2.1.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilainilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. 2.1.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. 2.1.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajarpelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 2.1.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. 2.1.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. 2.1.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 2.0 PERLEMBAGAAN KRS 2.1 TUJUAN


Disiplin yang kental. Pegangan teguh kepada agama. Cinta akan negara. Sanggup berkhidmat. 2.2 PRINSIP – PRINSIP ASAS PERTUBUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur 2.3 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN KRS 2.3.1 NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah. 2.3.2 ALAMAT BERDAFTAR ATAU ALAMAT KRS & TKRS : PERINGKAT NEGERI Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan PERINGKAT DAERAH Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan PERINGKAT SEKOLAH Sekolah berkenaan. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa. Daerah berkenaan


2.4 LAMBANG DAN COGAN KATA KRS 2.4.1 LAMBANG KRS 1.Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada genjala yang tidak sihat. 2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. 3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. PENGERTIAN LOGO :


2.4.2 COGAN KATA KRS ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’ 2.5 BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN 2.5.1 BENDERA KRS Remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS


2.5.2 LAGU PERTUBUHAN KRS Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan 3. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi peringkat Kebangsaan/negeri/daerah/IPGM/IPGK Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu 3.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT ANTARABANGSA (jika ada) Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua Orang) Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS Juruaudit : Dilantik


3.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum Pen.Setiausaha 1 : Penyelia PPSrg. Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS Bendahari Kehormat : Dilantik Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit : Dilantik 3.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT DAERAH Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) Setiausaha : Penyelia Pen. Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh pengerusi setiap jawatankuasa.


3.4 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri Penasihat : PPD Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum Setiausaha : Dilantik Penolong Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru NOTA Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong pendaftar sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS. 3.5 FUNGSI MAJLIS TADBIR KRS 3.5.1 MATLAMAT MAJLIS TADBIR Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, Kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain


3.5.2 FUNGSI – FUNGSI PENTADBIR Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Meneliti catatan minit mesyuarat Berhak mempunyai undi pemutus Menandatangani cek – cek Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas semasa ketiadaan setiausaha 3.5.3 TUGAS NAIB PENGERUSI Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi 3.5.4 TUGAS SETIAUSAHA Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang – undang Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat – menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan 3.5.5 TUGAS NAIB SETIAUSAHA


3.5.6 TUGAS BENDAHARI Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira Menandatangani cek – cek yang diterima Mengeluarkan resit Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengurusikan biro – biro kecil sekiranya dilantik 3.5.7 TUGAS NAIB BENDAHARI Menjalankan tugas semasa ketiadaaan bendahari Membantu bendahari menyiapkan urusakn kewangan 3.5.8 TUGAS KETUA PATROL 3.5.9 TUGAS AJK BIASA Mengetuai satu kumpulan kecil Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan


3.5.10 TUGAS KETUA TADBIR Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS Mencalonkan pegawai – pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri Penasihat berkaitan dengan logistic KRS negeri Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO Tanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan 3.5.11 TUGAS KETUA JURULATIH Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas jurulatih dalam sesuatu program Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih / pegawai Tatacara perkhemahan


3.5.12 TUGAS PEGAWAI TEKNIKAL Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih Membantu Pegawai Tadbir dari aspek teknikal Melaksanakan prosedur – prosedur teknikal terhadap semua aktiviti Menyelia ahli jawatankuasa teknikal Bertanggungjawab dari aspek teknikal Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN / Kementerian Tanggungjawab terhadap perjanjian pertandingan kawad kaki di peringkat negeri 3.5.13 TUGAS PEGAWAI ISTIADAT Mengumpul data atau maklumat tentang : ➢ Pegawai ➢ Jurulatih ➢ Ahli kadet Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS Mengumpul maklumat statistic dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet semua peringkat Mengemaskini data Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet Pegawai kanan KRS negeri Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai dan ahli kadet Wanita Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal dan Pegawai Istiadat Negeri Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih Wanita da ahli kadet Wanita 3.5.14 TUGAS PEGAWAI DATA / MAKLUMAT


Bertanggungjawab terhadap : (berhubung dengan statistic KRS dan TKRS) ➢ Pengarah Pelajaran Negeri ➢ Ketua Unit Kokurikulum ➢ Penyelia Kokurikulum JPN Negeri Membantu Pegawai Tadbir ➢ Ketua Jurulatih ➢ Pegawai Teknikal ➢ Pegawai Istiadat ➢ Pegawai HELWA ➢ Tugas Penolong – Penolong Pegawai KRS dan TKRS Membantu dan menjadi penolong kepada pegawai – pegawai kanan ➢ Dalam merancang ➢ Menyediakan anggaran ➢ Melaksana ➢ Memantau aktiviti Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS Penolong dan pembantu berkaitan logistic KRS Negeri Bertanggungjawab ➢ Pengarah Pelajaran Negeri ➢ Ketua Unit Kokurikulum ➢ Penyelia Kokurikulum


MASA AKTIVITI CATATAN 8:00 pagi hingga 10:00 pagi 3. Orientasi Kurikulum Kurikulum TKRS Perancangan program Skim Latihan 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari 4. Kawad Asas kawad kaki Bahasa hukuman PENULISAN LOG HARIAN BIL : 3 TARIKH : 24 JANUARI 2024 TAJUK : ORIENTASI KURIKULUM DAN KAWAD LOKASI : DEWAN KULIAH A JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 3 TARIKH : 17 JANUARI 2024 HARI : RABU TAJUK : ORIENTASI KURIKULUM DAN KAWAD 1. ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Program UB di Sekolah Rendah Merancang Program Program Jangka Pendek dan panjang 1.1 KURIKULUM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Teras Umum (Elektif) 1.1.1 TERAS 1.1.1.1 Pendidikan Kerohanian / Moral Memahami dan mengenal Tuhan Amalan mulia yang perlu –menghormati ibubapa/guru/pemimpin Tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat. Mengenal/mengamalkan nilai-nilai murni/amalan-amalan mulia termasuk konsep kebersihan/kesihatan dalam kehidupan seharian. Mengenal adat istiadat bangsa/kaum di Malaysia.


1. 1.1.1.2 Pendidikan Ketatanegaraan / Patriotisma 1.1.1.3 Latihan Fizikal Senaman Latihan kecergasan Latihan asas kawat kaki Latihan merentas halangan 1.1.1.2 UMUM (ELEKTIF) 1.1.2.1 Aktiviti di Darat penggunaan kompas Aktiviti pandu arah Ikhtiar hidup Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut. Menyanyi lagu ‘Negaraku ’ dengan penuh semangat, serta lagulagu patriotik yang lain. Memahami dan Menghayati Rukun Negara. Konsep kekeluargaan Kebudayaan Melayu serta kebudayaan lain-lain kaum. Mengenal tokoh-tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokoh-tokoh negara. 1.1.2.2 Aktiviti Mental Latihan kumpulan dinamik. Latihan mencipta logo dan slogan. Latihan sumbangsaran. Latihan membuat perancangan dan keputusan mengamalkan sikap terbuka berfikiran positif dalam aktiviti percambahan fikiran dan berjaya mengatasi masalah. Latihan membuat persembahan ( kebudayaan/lain-lain) secara berkumpulan.


1.1.2.3 Aktiviti Ketahanan Diri 1.1.2.4 Aktiviti Pendidikan Luar Perkhemahan. Orienteering. Rekreasi tali : 1.abseiling 2.flying-fox. Menggunakan tali ( ikat dan simpulan) Kembara 1.1.2.5 Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar Mengenal tumbuh-tumbuhan. Mengenal binatang Menyedari kepentingan flora dan fauna. ( penjagaan pokok-pokok) Cara mengatasi masalah kepupusan tumbuhan dan haiwan Menjaga kebersihan alam sekitar. Latihan kawat kaki untuk pertandingan/persembahan/upacaraupacara rasmi. Latihan asas Bantu Mula. Latihan kecemasan semasa kebakaran. ( latihan kebombaan ) Latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah. Tatatertib Pasukan Pakaian Seragam. Membaca dan menafsir peta.


1.1.2.6 Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan) 1.1.2.7 Aktiviti di Air Keyakinan di air ( “ water confidence ”) Latihan keselamatan semasa berada di air Latihan asas berenang 1.1.2.8 Aktiviti Khidmat ke Sekolah Khidmat guna tenaga. Persembahan kebudayaan . Gotong-royong. Memakmurkan kemudahan sekolah. Keceriaan / Keselamatan / Kebersihan Sekolah. Merekacipta daripada bahan-bahan terbuang. Mengitar semula. Membaikpulih perabot. Membuat kraftangan/gejet. Latihan memasak. Latihan asas jahitan.


1.2 MERANCANG PROGRAM Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan Pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti Semua program yang dirancang diberi penekanan secara Sedar kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan Semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang Memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masingmasing Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur 1.2.1 Dalam merancang program unit beruniform KRS / TKRS di sekolah, terdapat beberapa prinsip yang perlu diikuti :


DEFINISI Perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan 1.2.2 Jangka Masa Perancangan 1.2.2.1 Jangka Masa Pendek TEMPOH MASA Paling pendek kurang daripada satu tahun. FOKUS PROGRAM Tugas-tugas rutin dan dilakukan secara berulangulang seperti kerja harian, mingguan, dan bulanan CONTOH PROGRAM Persediaan untuk pertandingan kawad kaki daerah dan sekolah Perujian dan pentauliahan pangkat kadet Perkhemahan Rombongan atau program perdana 1.2.2.2 Jangka Masa Panjang DEFINISI Untuk meningkatkan peratus markah aspek kehadiran setiap ahli TEMPOH MASA Panjang sekurang-kurang tiga tahun FOKUS PROGRAM 100% pelajar menghadiri aktiviti badan beruniform CONTOH PROGRAM Perjumpaan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah / Tunas Kadet Remaja Sekolah


Kawad kaki adalah merupakan suatu pergerakan yang serentak, berirama dan selalunya dikaitkan dengan tentera. Tujuan kawad kaki ini adalah bagi memupuk seseorang individu itu mempunyai sikap bekerjasama dalam satu kumpulan serta membentuk individu supaya bermegah dengan tata tertib, cergas dan taat setia. 2. KAWAD KAKI 2.1 BAHASA HUKUMAN 1. Baris, baris sedia... 2. Baris,senang diri... 3. Rehatkan diri... 4. Scout.... 5. Luruskan barisan, 6. Scout, 7. Bukabarisan,Gerak. 8. Kekanan lurus, 9. Pandang depan..., 10. Bergerak ke kanan, kanan sing-, 11. Menghadap ke hadapan, kiri Sing.., 12. Bergerak ke kiri, kiri Sing. 13. Menghadap ke hadapan, kanan Sing.., 14. Menghadap ke belakang, belakang sing.., 15. Menghadap ke hadapan, belakang sing.., 16. Dua langkah ke kiri, Gerak.... 17. Tutup barisan, Gerak.., 18. Keluar.......Baris.


MASA AKTIVITI CATATAN 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari 4.Kawad Kawad asas kaki - bahasa hukuman - kawad statik - kawad dinamik PENULISAN LOG HARIAN BIL : 4 TARIKH : 31 JANUARI 2024 TAJUK : KAWAD LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 4 TARIKH : 31 JANUARI 2024 HARI : RABU TAJUK : KAWAD KAKI 1. ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Program UB di Sekolah Rendah Merancang Program Program Jangka Pendek dan panjang 1.1 KURIKULUM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Teras Umum (Elektif) 1.1.1 TERAS 1.1.1.1 Pendidikan Kerohanian / Moral Memahami dan mengenal Tuhan Amalan mulia yang perlu –menghormati ibubapa/guru/pemimpin Tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat. Mengenal/mengamalkan nilai-nilai murni/amalan-amalan mulia termasuk konsep kebersihan/kesihatan dalam kehidupan seharian. Mengenal adat istiadat bangsa/kaum di Malaysia.


KAWAD Kawad asas kaki Bahasa Hukuman Kawad Statik Kawad Dinamik


SEDIA ARAHAN :- “Skuad..........Sedia ” ASAS PERLAKUAN :- Kaki kanan angkat sebanyak 45 darjah. Hentak padat pada sebelah kaki kiri. Tangan rapat ke badan. KESALAHAN BIASA :- Kedudukan terlalu kaku, menyukarkan pernafasan Berdiri tidak tetap, mata bergerak. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan. Tangan bengkok dan tejulur ke hadapan. Belakang tangan ,emghala belakang. Badan senget ke kiri atau ke kanan. Kepada tunduk atau mendongak. Menghentak kaki tidak sama.


ARAHAN :- “Senang..........Diri” ASAS PERLAKUAN :- Kaki kanan angkat 45 darjah dan bukak seluas 12 inci. Kedua tangan ke belakang. KESALAHAN BIASA :- Kedudukan kaki salah Berdiri sebelah kaki Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan. Kedudukan tangan tidak betul. Belakang tangan ,emghala belakang. Kaki angkat lebih atau kurang 45 darjah. Kepada tunduk atau mendongak. Menghentak kaki tidak sama. SENANG DIRI


ARAHAN :- “Rehatkan.......Diri” ASAS PERLAKUAN :- Dari perbuatan senang diri. Angkaty tangan dari punggung ke pinggang. KESALAHAN BIASA :- Kedudukan tangan tidak betul. Kaki bergerak-gerak Bercakap. REHATKAN DIRI


ARAHAN :- “Ke Kanan.......... Lurus ”. “Pandang............Depan ” TUJUAN :- Untuk meluruskan barisan. KESALAHAN BIASA :- Siku bengkok. Hentak kaki semasa arahan ke kanan lurus. KE KANAN LURUS


ARAHAN :- “Luruskan.........Barisan ”. TUJUAN :- Untuk meluruskan barisan. Dalam masa sendiri. Luruskan barisan dengan cepat. LURUSKAN BARISAN


ARAHAN :- “Bergerak ke kanan, kanan........Pusing ” “Bergerak ke kiri, kiri..........Pusing ” ASAS PERLAKUAN :- Kaki kanan angkat 45 darjah dan bukak seluas 12 inci. Kedua tangan ke belakang. KESALAHAN BIASA :- Kedudukan kaki salah Berdiri sebelah kaki Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan. Kedudukan tangan tidak betul. Belakang tangan ,emghala belakang. Kaki angkat lebih atau kurang 45 darjah. Kepada tunduk atau mendongak. Menghentak kaki tidak sama. BERGERAK KE KANAN KE KIRI PUSING


ARAHAN :- “Buka Barisan........Gerak” “Tutup Barisan........Gerak” ASAS PERLAKUAN :- Ambil dua langkah ke hadapan dan hentak (barisan depan). Ambil dua langkah ke belakang dan hentak (baris belakang). KESALAHAN BIASA :- BUKA DAN TUTUP BARISAN


ARAHAN :- “Bergerak ke kanan, kanan........Pusing ” “Bergerak ke kanan, belakang.....Pusing ” “Bergerak ke kanan, kiri.........Pusing ” “Berggerak ke kanan, hadapan.....Pusing ” “Menghadap ke kanan, belakang....Pusing ” “Menghadap ke hadapan,belakang...Pusing ” ASAS PERLAKUAN :- Kedua-dua lurus, pusing 90 darjah ke kanan di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri, mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan si atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. KESALAHAN BIASA :- Tangan tidak rapat ke badan. Lutut bengkok. Angkat peha lebih 45 darjah. BERPUSING KIRI, KANAN, BELAKANG, DEPAN


ARAHAN :- “Baris.....Keluar baris ” “Bersu.....rai ASAS PERLAKUAN :- Keluar baris, aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak perlu . Anggota tidak boleh beredar dari padang kawad atau kawasan latihan. Skuad dalam keadaan tutup barisan, pusing ke kanan, hentak kaki kiri, hormat sesekali terus melangkah kaki kanan ke hadapan tiga langkah terus bersurai KELUAR BARIS & BERSURAI


MASA AKTIVITI CATATAN 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari 4.Kawad Kawad asas kaki - bahasa hukuman - kawad statik - kawad dinamik PENULISAN LOG HARIAN BIL : 5 TARIKH : 7 FEBRUARI 2024 TAJUK : KAWAD LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 5 TARIKH : 7 FEBRUARI 2024 HARI : RABU TAJUK : KAWAD KAKI KAWAD SEMASA BERJALAN DAN PERLAHAN JALAN 1.Komendar : Dari kiri.......cepat jalan Tindakan : Jalan dimulai kaki kiri. Tangan dihayunkan pada paras bahu.... 2. Komander : Baris.....henti.... Tindakan : Perkataan henti pada kaki kiri Check satu dua... kanan akan berhenti 3. Komander :Bergerak ke kiri / kanan bertiga-tiga...ke belakang pusing Tindakan : Perkataan pusing pada kaki kanan Check - kaki kiri In - kaki kanan diseret ke hadapan Kiri - hentak Kanan - hentak Kiri - hentak Kanan - maju (teruskan berjalan) 4. Komender : Tukar langkah semasa jalan....tukar langkah....3x Tindakan : Perkataan tukar langkah pada kiri... Kaki kiri dan kanan hentak dan jalan maju (dengar arahan) 5. Komender : Hormat...hormat ke kanan harmat... Tindakan : Perkataan hormat pada kaki kanan.. Cheek - kaki kiri Up - kaki kanan dan tangan ke atas hormat


KAWAD SEMASA BERJALAN DAN PERLAHAN JALAN 1.Komendar : Dari kiri.......cepat jalan Tindakan : Jalan dimulai kaki kiri. Tangan dihayunkan pada paras bahu.... 2. Komander : Baris.....henti.... Tindakan : Perkataan henti pada kaki kiri Check satu dua... kanan akan berhenti 3. Komander :Bergerak ke kiri / kanan bertiga-tiga...ke belakang pusing Tindakan : Perkataan pusing pada kaki kanan Check - kaki kiri In - kaki kanan diseret ke hadapan Kiri - hentak Kanan - hentak Kiri - hentak Kanan - maju (teruskan berjalan) 4. Komender : Tukar langkah semasa jalan....tukar langkah....3x Tindakan : Perkataan tukar langkah pada kiri... Kaki kiri dan kanan hentak dan jalan maju (dengar arahan) 5. Komender : Hormat...hormat ke kanan harmat... Tindakan : Perkataan hormat pada kaki kanan.. Cheek - kaki kiri Up - kaki kanan dan tangan ke atas hormat Sambil jalan..tangan kiri di sisi..tangan kanan tabik..kepala ke kanan (selepas 3 langkah..tangan kembali asas dan dihayun) HUKUMAN KAWAD KAKI


KAWAD SEMASA BERJALAN DAN PERLAHAN JALAN 6. Komander : Selaku terima gaji...hormat...kehadapan gormat... Tindakan : Perkataan homat pada kaki kiri Henti - check satu dua - kaki kanan henti Sebut dua- hormat dua - turun dua - hormat dua - turun Kaki kanan satu langkah kehadapan ...kiri kanan hentak Sebut dua- tangan hulu terima dua-tangan turun dua-hulu dua-turun Kaki kanan satu langkah belakang..kiri kanan hentak Sebut dua-takbik hormat dua-tabik turun Sebut dua-pusing kebelakang dan jalan 7. Komander : Tukar langkah perlahan jalan...perlahan jalan... Tindakan : Perkataan jalan perlahan pada kaki kanan Kiri..kanan hentak..kiri jalan maju secara perlahan 8. Komander : Bergerak ke kiri/kanan bertiga-tiga..ke belakang psuing Tindakan : Perkataan psuing pada kaki kanan Check-kaki kiri In-kaki kanan diseret ke hadapan Kiri-hentak Kanan-hentak Kiri-hentak Kanan-maju(teruskan jalan perlahan) 9. Komender : Hentak...kaki Tindakan : Pergerakan jalan perlahan ketika barisan akan berada ditengah Komander. Perkataan kaki pada kaki kananBaris...henti Perkataan henti pada kiri...kanan hentak berhenti HUKUMAN KAWAD KAKI


KAWAD SEMASA BERJALAN DAN PERLAHAN JALAN 10. Komander : Baris akan menghadap ke hadapan...ke kiri/kanan pusing Tindakan : Barisan akan berpusing menghdapa komander. 11. Komander : Tutup barisan ...gerak Tindakan : Baris hadapan 1 langkah kiri kebelakang dan kanan hentak. Baris belakang 1 langkah kaki kehadapan dan kanan hentak. 12. Komander : Bergerak ke kiri/kanan pusing Dari kiri cepat jalan.... Barisan beredar dari padang kawad HUKUMAN KAWAD KAKI


MASA AKTIVITI CATATAN 8:00 pagi hingga 10:00 pagi 4.Kawad Kawad istiadat - istiadat perhimpunan - istiadat naik dan turun bendera 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari 5. Asas Pertolongan Cemas - tujuan dan prinsip bantu mula - anduh dan balutan PENULISAN LOG HARIAN BIL : 6 TARIKH : 21 FEBRUARI 2024 TAJUK : KAWAD DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 5 TARIKH : 21 FEBRUARI 2024 HARI : RABU TAJUK : KAWAD KAKI DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS 1.0 KAWAD ISTIADAT Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan ole satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu formasi kawat. la diadakan untuk member penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi. 1.1 KAWAD ISTIADAT PERHIMPUNAN 1) Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah mengikut kesesuaian tempat. i) Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja ” Hormat ke hadapan hormat ” ii) Lagu iii) Lapor ” Assalamualaikum tuan/Dato ’ dll ........ Perbarisan sempena .......terdiri daripada ......... pegawai dan ........ lain-lain pangkat siap untuk upacara perasmian/penutup/diperiksa dll. iv) Periksa barisan ( jika ada ) v) Doa vi) Ucapan dll. v) Lapor selesai perbarisan ” Baris.....Baris sedia, Hormat....... hormat ke hadapan hormat. ” Assalamualaikum tuan/Dato ’ dll ........ mohon kebenaran meneruskan tugas yang lain. Terima kasih tuan.


1.2 KAWAD ISTIADAT NAIK DAN TURUN BENDERA 1.2.1 ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “ sedia ” kepada ahli KRS. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera ” , 7. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. KRS bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta KRS lain . 10. Selesai memberi hormat, KRS bertugas kembali ke tempat asalnya.


11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku ” , semua ahli KRS menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu PKadet Remaja Sekolah dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya 119 menyampaikan ucapan ringkas 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli KRS untuk ' senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “ sedia ” kepada ahli KRS. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..


1.2.2 ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “ sedia ” kepada ahli KRS. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 120 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera ” , 7. 2 orang KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua KRS bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera, KRS bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..


DEFINISI Rawatan kecemasan yang diberikan kepada mangsa sehingga mendapatkan rawatan sepenuhnya. PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS Menyelamatkan nyawa Memberi pertolongan kepada mangsa yang tercedera. Melindungi dan mengurangkan kecemasan. Menyediakan peralatan untuk melindingi orang cedera. Menghadkan kesan-kesan kecederaan. Menggalakkan pemulihan. OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perbutantiba. Mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah buruk. Membantu pemulihan. ASAS PERTOLONGAN CEMAS


2.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang berkelayakan. 2.1 TUJUAN DAN PRINSIP 2.1.1 Tujuan Pertolongan Cemas. a. Selamatkan nyawa. - Memberi bantuan awal untuk menvelamakan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. b. Mengelakkan dari bertambah buruk. -Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk " mengelakkan kecederaan tau keadaan pesakit meniadi bertambah buruk. c. Mengurangkan kesakitan. -Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. 2.1.2 Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1. Menyelamatkan nyawa 2. Mengurangkan kesakitan 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital


2.1.2.1 Peraturan Am Pertolongan cemas: 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu. 3. Jangan sekali-kali meninggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memperhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. 2.1.2.2 Tindakan serta merta pertolongan cemas: 1. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan sebagainya. 2. Bertindak berdasarkan DRABC (Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. 2.1.2.3 Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Keluarkan mangsa dari kawasan yang berbahaya|D] Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. (R) Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut -jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A) Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak,lakukan EAR[B] Pastikan nadi mangsa berfungsi – semak di nadi karotid atau dileher (c), jika tidak melakukan CPR.


2.1.2.4 PETI PERTOLONGAN CEMAS. Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. la biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. A ntara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas. Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.


ANDUH Sejenis kain yang digunakan untuk mengampu anggota cedera ANDUH & BALUTAN Puncak Hujung PEMBALUT TIGA SEGI Tapak Hujung Pembalut cincin Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling) Anduh kecil (small arm sling) Anduh besar/anduh lengan Anduh kecil/anduh Pergelangan tangan Anduh 3 segi / Anduh st.John’s (Tringuler Sling)


2.2 ANDUH DAN BALUTAN 2.2.1 ANDUH 2.2.1.1 JENIS ANDUH Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Menaik Anduh Besar Anduh Menaik Anduh Pembalut Cincin


Click to View FlipBook Version