The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maziatulmotada, 2024-05-01 11:03:51

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS (1)

2.2.1.2 Jenis Balutan Anduh Anduh Lengan Anduh Kepala Anduh Lutut atau Siku Anduh Pergelangan Tangan Anduh Tapak Kaki 2.2.1.2.1 Anduh Lengan Kesemua balutan anduh di atas hendaklah menggunakan ikatan buku sila : Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.


2.2.1.2.2 Anduh Lutut Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di ataslutut yang tercedera. 1. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan bukusila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . 2. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. 3. 2.2.1.2.3 Anduh Kepala Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsadan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. 1. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kernudiandibawa ke dahi dan dikat buku sila. 2. 3.Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas,


2.2.1.2.4 ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) 2. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. 3. Ikatan buku sila dikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut. 4.


2.2.2 BALUTAN Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan 2.2.2.1 Jenis Balutan Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung 2.2.2.2 Lipatan Tiga Segi Luka Tangan Luka Dada Luka Bahu Luka Peha Luka Siku Luka Lengan Luka Lutut Luka jari


KEGUNAAN KAIN ANDUH : Mengampu bahagian yang cedera atau patah. Menghentikan pendarahan. Menetapkan bahagian yang cedera. Menutup luka. Pengelap, pengipas atau karung tuaman sejuk (ais). JENIS - JENIS ANDUH Anduh besar Anduh Segi tiga/anduh ST.John ’ s Anduh Kecil Anduh Leher dan lengan PEMBEBATAN (PRESSING): Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dan kain kasa. TUJUAN: Mengurangkan kesakitan Menggalakkan penyembuhan luka. Memperbaiki kosmetik kulit. Mengawal penyebaran mikroorganisma. JENIS-JENIS PEMBEBATAN : Pembebatan moden. Pembebatan luka. Pembebatan hospital. PEMBEBATAN


PEMBALUT (BANDAGE) : Kain kasa bergulung sebagai pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Berfungsi sebagai pembantu pembebatan. TUJUAN : Melindungi luka daripada jangkitan kuman. Mengurangkan kesakitan. Mmeberi keselesaan, menutup luka, mengawal pendarahan. JENIS PEMBALUT ATAU BALUTAN : Pembalut kain segi tiga Pembalut bergulung PEMBALUTAN & BALUTAN


MASA AKTIVITI CATATAN 8:00 pagi hingga 10:00 pagi 5.Asas Pertolongan Cemas - merawat luka,gigitan dan sengatan serangga - patah dan terseliuh - pemulihan pernafasan - teknik usungan 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari 6. Disiplin dan Kerohanian - ketatanegaraan - kerohanian/pendidikan moral - pengurusan dan gaya diri PENULISAN LOG HARIAN BIL : 7 TARIKH : 6 MAC 2024 TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN DISIPLIN DAN KEROHANIAN LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 7 TARIKH : 6 MAC 2024 HARI : RABU TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 1.1 Merawat Luka, Gigitan Dan Sengatan Serangga 1.1.1 Merawat Luka Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasar yang bersih. 1.1.2 Gigitan Digigit hama rumput Hama-hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan : 1. Cuci tempat yang digigit bersih -bersih dengan air dan sabun 2. Tukar dan cuci pakaian. basuh densan anti - septik Jangan diparu kerana ini menambahkan gatal dan menvebabkan bengkak. 3. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti- histamine 4.


JENIS-JENIS LUKA Luka terkoyak Luka Lebam Luka Tembus Luka Tembakan Luka terhiris Rawatan am luka dan pendarahan Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan & cara iaitu I. Hentikan pendarahan secara langsung Mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama *10 minit. II. Secara tidak langsung Menekan urat-urat darah. Menggunakan penjerut – catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap &+ minit selama seminit. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yangsesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidaksedarkan diri atau baru sedar dari renjatan. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.


GIGITAN Luka Gigitan Ular Luka Gigitan Anjing RAWATAN AM GIGITAN Mencuci luka gigitan dengan air (sebaiknya air mengalir) dan sabun atau detergent selama 10-15 minit, kemudian diberi antiseptik (alkohol 70%, betadine,ubat merah dan lain-lain). Luka gigitan tidak dibenarkan untuk dijahit, kecuali jahitan situasi. Apabila memang perlu sekali untuk dijahit (jahitannya jahitan situasi), maka diberi Serum Anti Rabies (SAR) sesuai dengan dos yang disuntik secara infiltrasi disekitar luka sebanyak mungkin dan sisanya disuntikan secara intra muskuler (dalam otot). Luka Gigitan Kucing Luka Gigitan Monyet Luka Gigitan Kalajengking


GIGITAN RAWATAN GIGITAN ULAR Menggunakan rawatan suntikan penyahan racun (antivenin) adalah rawatan terbaiksekali. Penggunaan cara lama iaitu dengan menoreh sedikit dibahagian gigitan danmenyedut dengan mulut boleh menyebabkan keadaan mangsa bertambah teruk. Apabila kedudukan mangsa jauh daripada sebarang pengangkutan, elakkansebarang pergerakkan pada bahagian gigitan dengan menggunakan kayu belat(splint), jika boleh, angkat mangsa ke tempat yang ada kemudahan pengangkutan. Jika anda tidak mampu mengangkat mangsa tersebut, si mangsa haruslah berjalansendiri. Kesan racun hanya akan kelihatan sekurang-kurangnya dalam masa & jam. Apabila kedudukan untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih daripadasehari, cara yang hanya disahkan mampu membantu mangsa ialah denganmenggunakan alat penyedut bisa (Sawyer Extractor). Gunakan & penyedut secara berterusan pada kesan luka untuk mengeluarkan bisa pada kedua-dua bahagian kesan taring ular tersebut. 1. Apabila ia digunakan dalam masa 4 minit selepas sahaja terkena gigitan tersebut, ia mampu mengurangkan kesan keracunan pada si mangsa. 2. 3. Namun ia bukanlah pengganti kepada cara rawatan dan perubatan profesional.


RAWATAN GIGITAN KUCING Terapi antibiotik disarankan untuk luka gigitan di tangan setelah luka dibersihkan. Luka ringan jika di tangan dibiarkan terbuka kecuali luka pada wajah. GIGITAN RAWATAN GIGITAN ANJING Semua luka gigitan haiwan harus dilakukan secara irigasi (pencucian luka dengan air bersih) dan debridemen luka (perawatan luka) untuk meminimalkan jangkitan bakteria. Penanganan lanjut luka tergantung berat atau besar luka.


PUNCA : Kekuatan hentakan tepat (direct force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan JENIS-JENIS PATAH : 1. Patah tertutup ( kulit permukaan tidak luka) 2. Patah terbuka ( terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang) 3. Patah berkomlplikasi (melarat) (kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak,paru-paru dan lain-lain) 4. Patah ranting muda ( terjadi di kalangan kanak-kanak) 5. Patah penghancuran ( tulang patah lebih dari dua) 6. Patah simple ( tulang patah dua sahaja). RAWATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN : Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen. Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah kepada jari disebelahnya. Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera PATAH Tulang yang retak ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti sama ada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat sebagaimana rawatan patah.


TERSELIUH : Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak. Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera. Kadang kala mungkin mempunyai tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran dengannya. RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN : 1. Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa 2. Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak 3. Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah. 4. Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit untuk setiap 4 jam. 5. Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan kemas, tinggikan dan rehatkan. 6. Kecederaan perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada tulang patah. TERSELIUH ATAU TERKEHEL


DEFINISI Dikenali sebagai CPR iaitu Cardio Pulmonary Resuscitation yang merupakan kaedah pertolongan cemas berfungsi untuk mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mencukupi ke paru-paru. TEKNIK-TEKNIK 1. Resusitasi secara hembusan (mulut ke mulut) 2. Resusitasi secara tekanan (kardio-pulmonari) 3. Holger Nielson PEMULIHAN PERNAFASAN PANDUAN !! Satu kitaran CPR yang lengkap meliputi 30 tekanan dada dan 2 hembusan nafas. Lakukan sejumlah 5 kitaran sebelum memeriksa nadi mangsa. Jika masih tiada nadi dikesan, lakukan lagi 5 kitaran CPR sehingga nadi pulih atau ambulans sampai. Jika nadi pulih tetapi tiada pernafasan, lakukan pernafasan bantuan sahaja dengan 1 hembusan nafas setiap 5 saat (12 hembusan nafas dalam 1 minit). Resusitasi secara hembusan Resusitasi secara tekanan


CARA MENGUSUNG MENGGUNAKAN USUNGAN (STRETCHER) Tiga orang pembantu berada disebelah mangsa manakala satu orangberada disebelah satu lagi mangsa. Pembantu akan melutut dengan mengangkat lutut sebelah kanan. Mangsa akan diletakkan ke atas lutut kanan ketiga – tiga pembantu secara serentak, kemudian mangsa akan dipindahkan ke atas usungan. TEKNIK USUNGAN


JENIS - JENIS USUNGAN TEKNIK USUNGAN USUNGAN BOMBA Usungan ini penting dipelajari kerana berguna untuk pesakit yang tidak sedar diri dan dia terpaksa diangkut agak jauh sedikit melalui rintangan - rintangan seperti tangga, titian atau tanah berbatu tinggi rendah.


JENIS - JENIS USUNGAN TEKNIK USUNGAN USUNGAN EMPAT TANGAN Kaedah ini memerlukan dua penolong yang berpegang tangan secara bersilang. Tangan bersilang empat ini adalah untuk tempat duduk mangsa manakala manga akan memegang bahu kedua-kedua penolong. Kaedah ini bagi magsa yang sedar diri dan tidak boleh berjalan.


JENIS - JENIS USUNGAN TEKNIK USUNGAN USUNGAN KERUSI Usungan ini memberi keselesaan kepada pesakit. USUNGAN BERTIGA Jika penolong dapat dibantu oleh orang-orang lain, maka kerja menyelamat menjadi lebih ringan dan sempurna bagi pesakit. Semua penolong berlutut di sebelah kaki. Dari kedudukan melutut, ketiga-tiga penolong perlahan-lahan bangun serentak.


JENIS - JENIS USUNGAN TEKNIK USUNGAN USUNGAN TANGAN BERSILANG Usungan ini memerlukan dua orang penolong. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah usungan Empat Tangan cuma yang berbeza ialah kedua –dua tangan penolong memegang tangan secara cengkaman manakala tangan satu lagi kedua penolong akan memegang pinggang mangsa sebelah menyebelah


JENIS - JENIS USUNGAN TEKNIK USUNGAN USUNGAN SELIMUT Kaedah ini adalah sama dengan kaedah menggunakan pengusung. Sebagai menggantikan pengusung jika ada pengusung/papan keras. Kain selimut juga digunakan sebagai pengantara dari tempat mangsake pengusung


2.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN 2.1 Lagu – Lagu Patriotik dan Pertubuh Tujuan lagu-lagu patrotik adalah untuk melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan neger mengikut protokol yang betul, menanamkan semangat patriotik dan cinta akan negara semasa menyanyikan lag patriotik dan memastikan ahli kadet tahu menyanyikan serta menghayati seni kata lagu KRS dengan baik. 2.2 Lagu – Lagu Rasmi Negara Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh lagu-lagu rasmi negara Malaysia adalah Lagu Kebangsaan, Negaraku dan Lagu Negeri. 2.3 Lagu – Lagu Kadet Remaja Sekolah Lagu-lagu Kadet Remaja Sekolah juga merupakan lagu wajib yang harus dihafal dan dinyanyikan oleh para kadet KRS. Lagu ini sama seperti lagu rasmi Negara yang mempunyai protokol yang harus diketahui ole para kadet. 2.4 DOA. TAZKIRAH, SIRAH NABI, BAGAAN YASIN DAN KATAKATA НІКМАН Aspek disiplin dan kerohanian dalam Kade Remaja Sekolah juga terdapat doa atapun kata-kata hikmah serta moral yang perlu dititikberatkan. Hal ini adalah untuk menjaga disiplin dan membentuk keperibadian Kadet Remaja Sekolah.


MASA AKTIVITI CATATAN 8:00 pagi hingga 9:00 pagi 6. Disiplin dan Kerohanian - ketatanegaraan - kerohanian/pendidikan moral - pengurusan dan gaya diri 9:00 pagi hingga 11:00 pagi 7. Keusahawanan - kraftangan PENULISAN LOG HARIAN BIL : 8 TARIKH : 28 MAC 2024 TAJUK : DISIPLIN DAN KEROHANIAN DAN KEUSAHAWANAN LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 8 TARIKH : 28 MAC 2024 HARI : RABU TAJUK : DISIPLIN DAN KEROHANIAN DAN KEUSAHAWANAN 11.0 DISIPLIN DAN MORAL 1.1 Moral Aspek disiplin dan kerohanian dalam KRS juga menekankan kemoralan. Hal in disebabkan KRS bermatlamat untuk melahirkan generasi pelajar yang cinta akan negara serta mempunyai disiplin diri yang kental. Di samping itu,KRS ditubuhkan adalah untuk membina generasi pelajar yang mengetahui memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke arah hidup kelvarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara. Aspek kerohanian juga boleh dilihat dalam KRS sekolah rendah tahap dua. Setiap tajuk dalam KRS diperkukuhkan dengan penyelitan amalan nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, beriman dan beramal. 1.1.1 Nilai – Nilai Murni Buat baik dibalas baik Waspada sebelum kena Kesetiaan kepada negara Sahabat setia Teguran membina Balasan jujur Berakit-rakit Contohilah labah-labah. Kalau cermat tentu selamat Budi bahasa Sesal kemudian tidak berguna Mengawal permikiran, pertuturan dan perlakuan Etika perniagaan yang baik Pengorbanan kaum ibu Fikir sebelum bertindak Kebebasan dalam sistem demokrasi


1.2 Pengurusan Dan Gaya Diri 1.2.1 Tanggungiawab Terhadap Diri Dan Keluarga Memelihara kesihatan tubuh badan Penjagaan keluarga 1.2.4 Pemilihan Pakaian Majlis Rasmi atau Formal Majlis Tidak Rasmi Atau Tidak Formal Bersukan Etika berpakaian dalam Islam 1.2.2 Mengurus Tempat Kediaman Susun atur peralatan rumah Keselamatan di rumah 1.2.3 Adab Bergaul Keluarga Jiran Tetangga Guru atau Rakan Majlis Rasmi Batas – Batas Pergaulan 1.2.5 Peranggu Meja Alatan peranggu meja Sajian secara tradisional Sajian secara cina Sajian secara barat Sajian secara "buffet'


1.2.6 Etika Di Meja Makan Cara memegang pisau dan garpu Cara meletakkan sudu, garpu dan pisau selepas makan. 1.2.7 Tatatertib Sebagai Tetamu Adab sebagai tetamu Adab meniadi tuan rumah Adab semasa menghadiri jamuan makan Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa makan di mailis jamuan. 1.2.8 Etika Makan Secara Islam 1.2.9 Adab makan di dalam Pelbagai Jenis Jamuan Makan cara Melayu Makan cara Barat Makan cara Koktel Makan cara Buffet Makan di kantin


2.0 KEUSAHAWANAN 2.1 Kraftangan Kraf tangan ialah penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraf tangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraf tangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraf tangan. 12.1.1 Kraftangan daripada Barang Terpakai Kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan


KEUSAHAWANAN Kesanggupan atau kebolehan dan kemahuan seseorang individu bertindak dengan tepat dan cekap untuk menjayakan perniagaannya. Keusahawanan boleh disifatkan sebagai suatu kebolehan , kemampuan sertakecenderungan untuk mencaari peluang perniagaan,mengusahakan perniagaan tersebut DEFINISI CIRI AHLI USAHAWAN KREATIF Mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu produk atau idea baru dan asli INOVATIF Melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau memperbaiki mutu sesuatu produk. BIJAK MENGAMBIL PELUANG Kesempatan yang datang dicari bagi mendapatkan hasiil atau pulangan yang menguntungkan. BERWAWASAN Memberi hala tuju yang menjadi panduan kepada seseorang usahawan. MEMILIKI DORONGAN DALAMAN Desakan yang terbit dari dalam diri usahawan untuk mencapai kejayaan. TIDAK MUDAH PUTUS ASA Cekal menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.


KEUSAHAWANAN Memupuk minat di kalangan pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti. Sikap berjimat cermat serta membenci amalan membazir. Membina asas kemahiran pemasaran perniagaan. Membina kemahiran rekacipta. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sebagai satu cara hidup. MATLAMAT OBJEKTIF


KRAFTANGAN Cabang seni yang unik dan mempunyai nilai yang tersendiri. Kerja penghasilan peralatan atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan dan boleh menjadi lambang sesuatu negeri dan tradisi. DEFINISI JENIS JENIS-JENIS BARANGAN KRAFTANGAN Tembikar Batik Anyaman Tenunan Tekatan


KRAFTANGAN TEMBIKAR Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakantanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsisesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lainlain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukan oleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak. BATIK Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkankain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.


KRAFTANGAN TEKATAN Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kaindasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan padaupacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacarakebesaran yang lain. ANYAMAN Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangandihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya mengasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempatduduk. TENUNAN Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dansongket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementaratenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebihrumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan inidikenali juga dengan panggilan kain benang emas.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version