The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by its Aiman, 2024-03-10 07:59:15

MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU

Pentaksiran Berterusan BMMB1104

Puisi Melayu Tradisional “ MENDALAMI ILMU PUISI TRADISIONAL” PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1104 Nama : Muhammad Aiman Farhan Bin Mohd Suhaizat Kelas : A2 Nama Pensyarah : Dr. Nor Anita Binti Mat Isa Kod Kursus : BMMB1104 Nama Kursus : Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu


Penghargaan Bismillahirrahmanirrahim Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja bagi kursus BMMB1104 bagi subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah saya yang saya hormati iaitu YBrs. Dr Nor Anita binti Mat Isa kerana banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan ketika saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang seunit dengan saya kerana sudi memberi pendapat dan meluangkan masa untuk berbincang berkaitan tugasan ini bagi kursus BMMB1104 ini. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tugasan kerja ini. “Terima kasih”


Isi Kandungan Pengenalan dan Bentuk Puisi Tradisional Pantun Syair Gurindam Seloka Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Pantun, Syair, Gurindam dan Seloka Kesimpulan dan Rujukan Definisi Jenis dan Fungsi Bentuk Ciri-ciri Contoh Definisi Jenis dan Fungsi Ciri-ciri Contoh Definisi Jenis dan Fungsi Bentuk Ciri-ciri Contoh Definisi Jenis dan Fungsi Ciri-ciri Contoh 1 2 3 4 5 6 7


Pengenalan APAKAH ITU PUISI MELAYU TRADISIONAL ? Puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi yang muncul dan terhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan atau zaman kini yang disebut sebagai zaman moden. Menurut Wan Akmal Wan Serama (2005), puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan yang dapat memenuhi ciri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Antara genre yang terdapat dalam puisi Melayu tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya (Harun Mat Piah, 1989). Puisi Melayu tradisional juga merupakan salah satu warisan Melayu yang masih bertahan hingga ke hari ini.


Bentuk-bentuk Puisi Melayu Tradisional Pantun Syair 1 2 4 3 Gurindam Seloka


PANTUN


Apa itu Pantun ? Pantun ialah sejenis puisi yang terikat yang terdiri daripada empat baris serangkap dan mempunyai rima akhir a/b/a/b. Setiap rangkap mempunyai pembayang dahulu dan diikuti maksud sebagai pancaran akal budi pemikiran masyarakat untuk memberikan hiburan, nilai, pengajaran dan sebagainya kepada khalayak. Pantun ditakrifkan sebagai puisi Melayu tradisional yang berangkap, biasanya terdiri daripada empat baris, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris kedua merupakan maksud. Menurut Harun Mat Piah (1989), definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya.


Jenis Pantun dan Fungsi Pantun Peribahasa Pantun peribahasa berfungsi memberi pesanan atau mesej dalam bentuk peribahasa yang diletakkan dalam mana-mana rangkap. Pantun Agama Pantun Agama ialah pantun yang menekankan nilai agama kepada masyarakat sekeliling. Pantun Nasihat Pantun Nasihat ialah pantun yang mempunyai nilai moral tertentu untuk menegur atau memberi kesedaran kepada orang. Pantun Jenaka Pantun Jenaka ialah pantun yang mempunyai unsur lawak untuk menghiburkan orang .


Bentuk-bentuk Pantun 05 Pantun Dua Belas Kerat Pantun Empat Kerat 03 Pantun Lapan Kerat 01 Pantun Dua Kerat 02 04 Pantun Sepuluh Kerat 06 Pantun Berkait


Ciri-ciri Pantun Pantun mempunyai satu rangkap yang mengandungi 4 baris serangkap. 1. 2. Terdapat 4 hingga 6 patah perkataan dalam satu baris. 4. Rima akhir bagi pantun dua kerat ialah a/a, manakala bagi pantun empat kerat ialah a/b/a/b. 3. Terdapat 8 hingga 12 suku kata dalam satu baris. 5. Pantun mempunyai pembayang dan maksud. 6. Pantun yang baik mempunyai bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam


Contoh Pantun Pantun Peribahasa Dayung perahu tuju haluan, Membawa rokok bersama rempah; Kalau ilmu tidak diamalkan, Ibarat pokok tidakberbuah. Pantun ini menjelaskan bahawa ilmu perlu diamalkan dalam kehidupan agar menjadi panduan dalam kehidupan harian kita. Pantun Agama Sangat lapar menjelang siang, Terik sekali hingga ada bayangbayang. Agama tegak karena tiang, Tiangnya adalah sembayang. Pantun ini menjelaskan tentang sembahyang merupakan asas dalam agama, kalau tidak sembahyang maka agama itu tidak dapat berdiri tegak kerana sembahyang umpama sebuah tiang


Contoh Pantun Pantun Nasihat Kalau hendak menjerat rusa, Siapkan tail disimpul erat, Kalau hendak berbuat jasa, Tetapkan hati betulkan niat. Pantun ini menerangkan untuk membuat sesuatu perkara, kita perlu tetapkan apa yang ingin ditujukdalam hati dan betulkan niat kita. Pantun Jenaka Jika sudah namanya cinta, Hati suka berbunga-bunga, Kalau sudah terbawa suasana, Senyum sendiri kayak orang gila. Seseorang yang sudah dilanda percintaan, akan mula terikut-ikut rasa bahagia dan mula tersenyum sendiri.


SYAIR


Apa itu Syair ? Syair merupakan sejenis puisi berlagu berasal dari Parsi dan telah tersebar ke Nusantara sejajar dengan kedatangan Islam. Hal ini menjelaskan bahawa syair ialah puisi Melayu lama yang telah sedia wujud sejak dahulu lagi tetapi namanya telah ditukar. Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan dalam puisi Arab iaitu ‘sy’ir’ tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusateraan Arab. Syair berasal daripada perkataan ‘Syir’ ; perasaan dan pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengemalan dalam bahasa yang indah.


Jenis Syair dan Fungsi Syair Romantis Syair ini digunakan untuk menampilkan suasana yang panjang, misalnya mengenai kiasan, kehidupan, agama, cinta, persahabatan dan sejenisnya. Syair Sejarah Syair sejarah berfungsi untuk menimbulkan rasa bangga dan semangat partirotik terhadap negara. Syair Agama Syair agama berfungsi menyampaikan beberapa macam yakni, misalnya syair sufi, syair tentang ajaran Islam, syair masihat dan syair kisah nabi. Syair Kiasan Syair kiasan ialah syair yang menyampaikan satu pesan dalam bentuk kiasan. Syair ini berisi sindiran atau berupa kiasan terhadap sesuatu peristiwa.


Ciri-ciri Syair 1.Syair mempunyai 4 baris serangkap. 2. Dalam syair, terdapat 4 hingga 5 patah perkataan dalam sebaris. 4. Dalam syair, terdapat 8 hingga 12 suku kata dalam setiap baris. 3. Syair merupakan puisi yang berbentuk terikat dan memiliki rima akhir a/a/a/a . 5. Semua baris mempunyai isi dan berisi cerita atau pesanan.


Contoh Syair Syair Romantis Dulu aku cinta padamu, Sewaktu engkau masih remaja, Bergemuruh rasa dalam hatiku, Bila mata memandang si cinta. Rangkap syair ini menceritakan tentang seseorang yang memberitahu bahawa dulu waktu remaja dia cinta pada seseorang dan rasa gemuruh bila memandang si dia. Syair Sejarah Bermula kisah kita mulai, Zaman dahulu zaman bahari, Asal mulanya sebuah negeri, Timbulnya kerajaan Raja di Candi. Rangkap syair ini menceritakan tentang wujud sebuah negeri iaitu kerajaan Raja di Candi.


Contoh Syair Syair Agama Hidup sementara hanyalah beribadat, Bukan mengumpat bukan maksiat, Janganlah terbuai godaan syahwat, Hingga ibadah kena terlewat. Rangkap syair ini menceritakan tentang jangan terjerumus dalam godaan syahwat agar ibadah tidak lewat dilaksanakan. Syair Kiasan Aku memang tak punya intan, Emas tak pernah ku genggam, Berlian tak pernah hiasiku, Hanya rasa ini di dalam hati. Rangkap syair ini menceritakan tentang seseorang yang tidak memiliki barang berharga seperti intan, emas dan berlian. Namun bagi penulis hanya rasa dan perasaan yang berharga.


GURINDAM


Apa itu Gurindam ? Gurindam ialah sejenis puisi Melayu lama yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau bebas. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris dengan rimanya a/a. Merujuk Kamus Dewan (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran, manakala merujuk Za’ba (1965) menjelaskan gurindam sebagai sejenis syair melarat yang tetap sukatannya atau rangkapnya. Takrifan gurindam termasuk ungkapan bahasa yang indah, nyanyian dan ianya berlainan daripada ucapan biasa pada awalnya.


Jenis Gurindam dan Fungsi Gurindam Agama Gurindam agama berfungsi untuk memberikan tuntunan moral yang berdasarkan agama Islam Gurindam bebas Gurindam bebas berfungsi untuk menyampaikan apa-apa topik bebas seperti menyampaikan gambaran keindahan flora dan fauna Gurindam Persahabatan Gurindam persahabatan menekankan aspek tentang persahabatan. Kebiasannya, seloka ini disampaikan kepada sahabat yang disayangi. Syair Pendidikan Gurindam pendidikan berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan signifikannya pendidikan kepada masyarakat.


Bentuk-Bentuk Gurindam Gurindam Berangkai Gurindam Berkait Gurindam berangkai memiliki ciri khas iaitu tutur yang sama di setiap baris pertama dan baitnya. Gurindam berrkait memiliki hubungan di antara bait pertama dan bait seterusnya.


Ciri-ciri Syair 1.Gurindam mempunya 2 baris serangkap. 2. Jumlah perkataan dalam satu baris rangkap mengandungi 3 hingga 6 patah perkataan. 4. Gurindam merupakan puisi terikat. 3. Jumlah suku kata dalam satu baris ialah antara 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris. 5. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud.


Contoh Gurindam Gurindam Agama Barang siapa mengenal yang empat, Maka ia itulah orang yang ma’rifat. Gurindam ini memberitahu bahawa siapapun yang dapat mengenal empat perkara maka orang itulah dalam kategori orang yang ma’rifat. Gurindam Bebas Apabila hati sudah bergejolak tentang cinta, Maka tidak ada obatnya selain berumah tangga. Gurindam ini memberitahu bahawa kalau hati sudah jatuh cinta, maka berumah tanggalah cara yang tepat.


Contoh Gurindam Gurindam Persahabatan Teman adalah mereka semua, Selalu ada dalam suka duka. Gurindam ini menyatakan bahawa berkawan la dengan mereka semua yang ada waktu susah dan senang. Gurindam Pendidikan Pendidikan adalah jambatan kehidupan, Membawa segala bentuk harapan. Gurindam ini menyatakan bahawa wujud sebuah harapan masa depan yang cerah apabila berpendidikan.


SELOKA


Apa itu Seloka ? Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya, seloka terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama. Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.


Jenis Seloka dan Fungsi Seloka Pendidikan Kandungan dalam seloka pendidikan berfungsi sebagai seloka yang menekankan tentang aspek pendidikan seperti pentingnya menuntut ilmu. Seloka Agama Seloka agama ini berfungsi untuk menyampaikan pesanan tentang aspek-aspek penting dalam agama seperti yakin bahawa Allah itu ada dengan kita. Seloka Nasihat Seloka nasihat berfungsi untuk menyampaikan pesanan yang baik atau nasihat kepada khalayak ramai. Seloka Sindiran Seloka sindiran berfungsi untuk masyarakat yang bertindak sia-sia dan tidak menggunakan kewarasan fikiran dalam tindakan.


Ciri-ciri Seloka 1.Seloka merupakan puisi berbentuk bebas. 2. Bilangan rangkap dalam Seloka adalah tidak tetap. 4. Seloka tidak mempunyai rima, tidak mempunyai pembayang dan berbentuk naratif (cerita). 3. Berbanding dengan pantun dan syair, jumlah suku kata dan baris bagi Seloka ialah tidak tetap. 5. Bahasa penceritaan berbentuk meleret-leret atau lanjut dan disampaikan dengan nada yang tersendiri.


Contoh Seloka Seloka Pendidikan Anak ayam turun sembilan, Mati satu tinggal delapan, Ilmu boleh sedikit ketinggalan, Tapi jangan sampai putus harapan. Seloka ini membawa maksud walaupun kita sedikit lebih lambat dalam menerima ilmu, kita tidak boleh putus semangat atau menyerah dalam menuntut ilmu. Seloka Agama Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat seluruh badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh tauladan. Seloka ini menekankan bahawa tutuplah aurat di seluruh badan agar dilindungi Tuhan dan keluarga dijadikan contoh terbaik.


Contoh Seloka Seloka Nasihat Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Seloka ini membawa maksud ubahla diri menjadi lebih baik dan tak perlu ambil kira buat benda baik, maka akhlak terpuji akan menyerlah. Seloka Sindiran Apa guna pergi ke pasar, Kalau tidak bawa keranjang, Apa guna berkereta besar, Kalau hutang keliling pinggang. Seloka ini menyindir orang yang berlagak mempunyai kereta besar tetapi hakikatnya banyak hutang dengan orang lain.


MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU


Contoh Pantun Nasihat Kalau hendak menjerat rusa, Siapkan tali disimpul erat, Kalau hendak berbuat jasa, Tetapkan hati betulkan niat.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun Nasihat Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang mengandungi makna yang mendalam. "Menjerat rusa": Pemilihan kata "menjerat" menggambarkan suatu tindakan yang memerlukan perencanaan dan usaha. Kata ini dapat mencerminkan tindakan yang tidak sembarangan dilakukan, mengingat rusa bisa melibatkan keterampilan dan kehati-hatian. "Tali disimpul erat": Pilihan kata "disimpul erat" menekankan pada kekuatan simpulan tali, menciptakan gambaran bahwa persiapan atau perbuatan yang dilakukan harus kokoh dan terperinci. Ini mungkin merujuk pada kualitas perencanaan dan eksekusi yang baik.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun Nasihat Berbuat jasa": Kata "berbuat jasa" mengekspresikan tindakan yang memberikan manfaat atau kebaikan kepada orang lain. Pilihan kata ini memberikan kontrast dengan tindakan "menjerat rusa, " menyoroti nilai positif dari suatu perbuatan. "Tetapkan hati": Pilihan kata "tetapkan hati" menekankan pada keteguhan hati atau tekad. Ini menunjukkan bahwa dalam melakukan perbuatan baik, diperlukan kesungguhan dan ketekunan hati untuk menjalankan niat dengan baik. "Betulkan niat": Kata "betulkan niat" menunjukkan pentingnya memiliki niat yang jujur dan baik dalam melakukan sesuatu. Ini memberikan pesan moral bahwa niat yang tulus akan mencerminkan kualitas dari suatu perbuatan.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun Nasihat Pantun tersebut mencerminkan manifestasi akal budi masyarakat Melayu dengan menekankan pada kebijaksanaan dalam tindakan. Melalui metafora seperti menjerat rusa dengan tali yang disimpul erat, pantun ini menyiratkan perlunya persiapan dan kesungguhan dalam mencapai tujuan. Selain itu, penggunaan kata-kata seperti "berbuat jasa" dan "betulkan niat" menunjukkan nilai-nilai positif, menekankan pentingnya tindakan baik dengan niat yang tulus. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya bijak dalam melakukan sebarang tindakan serta menetapkan niat yang tulus dan baik kalau hendak berbuat baik.


Contoh Syair Pesanan Ibu Dengarlah anak ibu berpesan, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanyalah itu jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. Ilmu itu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti sinar intan baiduri, Itulah tanda orang jauhari. Hidupmu kini di masa remaja, Bagaikan permata amat berharga, Jangan jatuh ke lembah hina, Nanti menyesal tidak berguna.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Syair Pesanan Ibu Rangkap pertama menekankan pentingnya pesan dari seorang ibu kepada anaknya untuk melengkapkan diri dengan pelajaran. Ini mencerminkan dukungan terhadap pendidikan sebagai bekalan untuk menghadapi masa depan yang lebih baik. Sebagai contoh, anak dapat memperoleh pendidikan formal, kursus, atau pelatihan tambahan untuk memperluas pengetahuannya. Rangkap kedua menggunakan perumpamaan dengan menggambarkan ilmu sebagai pelindung, seperti kebun yang dibatasi duri. Konteksnya adalah bahwa ilmu dapat melindungi seseorang dari kesulitan atau bahaya di kehidupan. Sebagai contoh, pengetahuan tentang keuangan dapat membantu melindungi dari masalah kewangan yang tidak diinginkan.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Syair Pesanan Ibu Rangkap ketiga menyampaikan pesan kepada remaja agar mereka menghargai nilai diri mereka seperti permata berharga. Peringatan untuk tidak jatuh ke lembah hina mencerminkan nasihat agar mereka menjauhi perilaku merugikan atau keputusan buruk. Sebagai contoh, remaja dapat memilih teman sebaya yang positif dan menghindari perilaku yang merugikan untuk menjaga kehidupan mereka tetap positif. Syair ini mencerminkan manifestasi akal budi masyarakat Melayu dengan menekankan pentingnya pendidikan dan pengetahuan sebagai aset berharga untuk membimbing kehidupan mereka.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Syair Pesanan Ibu Dari aspek perilaku pula, akal budi masyarakat Melayu dalam syair ini memberithu agar menjauhi perilaku yang tidak baik yang akan merugikan kita seperti dalam maksud di sebalik rangkap ketiga. Kesimpulannya, akal budi dalam syair ini mendidik masyarakat supaya supaya menghargai pendidikan yang sedia ada dengan menuntut ilmu demi masa hadapan yang terjamin, menghadapi cabaran hidup dengan sabar, serta tidak melakukan sebarang tindakan yang akan merugikan diri kita.


Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, Maka la itulah orang yang ma'rifat. Barang siapa mengenal Allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, Tahulah ia barang yang teperdaya. Barang siapa mengenal akhirat, Tahulah ia dunia mudarat. Contoh Gurindam Dua Belas Pasal 1


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Gurindam Dua Belas Pasal 1 Akal budi masyarakat Melayu dari aspek pemikiran dalam syair ini menekankan tentang pemikiran terhadap kesadaran tentang Hubungan dengan Tuhan. Gurindam ini menegaskan pentingnya memahami hubungan dengan Tuhan dalam pemikiran masyarakat Melayu. Pemahaman tentang Allah dianggap sebagai landasan utama bagi seseorang untuk hidup secara bermakna dan sesuai dengan ajaran agama. Akal budi masyarakat Melayu dari aspek pertuturan bahawa wujudnya kaitan nama dengan pemegang agama. Masyarakat Melayu menyatakan bahwa seseorang yang tidak memegang agama tidak dapat disebutkan namanya. Ini menunjukkan betapa eratnya identitas seseorang dengan keberadaan dan pemahaman agama dalam masyarakat tersebut.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Gurindam Dua Belas Pasal 1 Rangkap pertama menyatakan bahwa seseorang yang tidak memegang agama tidak akan dianggap memiliki nama yang layak disebutkan. Ini menunjukkan pentingnya nilai agama dalam memberikan identitas dan nilai pada seseorang. Rangkap kedua menyatakan bahwa orang yang memahami empat konsep, yaitu agama, Allah, diri, dan dunia, dianggap memiliki pengetahuan mendalam (ma'rifat). Ini menekankan pentingnya pemahaman holistik terhadap aspek-aspek penting kehidupan. Rangkap ketiga menyatakan bahwa seseorang yang mengenal Allah tidak hanya mengerti perintah-Nya, tetapi juga mampu menghindari larangan-Nya. Ini menunjukkan bahwa pengetahuan tentang Allah harus diwujudkan dalam tindakan yang sesuai dengan ajaran-Nya.


Rangkap keempat menyatakan bahwa barang siapa mengenal diri, sejatinya telah mengenal Tuhan yang Maha Kuasa. Ini mencerminkan konsep spiritualitas, di mana pemahaman diri dapat membawa seseorang mendekatkan diri pada Tuhan. Rangkap kelima menyatakan bahwa orang yang mengenal dunia akan menyadari bahwa dunia ini penuh dengan tipu daya. Ini memberikan peringatan agar seseorang tidak terperangkap oleh godaan duniawi dan kesementaraan. Rangkap keenam menyatakan bahwa seseorang yang mengenal akhirat akan menyadari bahwa dunia ini penuh dengan bahaya dan kerugian. Ini mengajarkan nilai-nilai kehidupan yang lebih tinggi dan menekankan persiapan untuk kehidupan setelah mati. Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Gurindam Dua Belas Pasal 1


Pemikiran yang terdapat di sebalik Gurindam 12 ini ialah tanggungjawab seseorang individu dalam melaksanakan perintah Allah. Sebagai orang yang beragama Islam, kita perlu melaksanakan kewajipan sebagai orang Muslim seperti yang diperintahkan Allah. Hal ini bertujuan membuktikan kepatuhan kita terhadap Allah. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah mematuhi rukun Islam dan rukun iman serta tanggungjawab terhadap diri sendiri dan agama sebagai orang Islam dengan penuh rasa ketakwaan. Kesimpulannya, akal budi dalam gurindam ini menekankan bahawa agama yang perlu diutamakan dalam kehidupan dengan menjauhi perkara mungkar dengan mengingati pembalasan di akhirat. Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Gurindam Dua Belas Pasal 1


Contoh Seloka Pak Pandir Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai. Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan. Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkut onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung. Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah tapi dia haram. Kilat memancar hujan tak lalu, Awak juga kecundangan, Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Awak juga yang menanggung.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Seloka Pak Pandir Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi yang indah seperti peribahasa. Misalnya anak dipijak, dagang dijinjing. 1.“Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Anak dipijak dagang dijinjing." Maksud tersirat: Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Misalnya, Pak Pandir bukan sahaja mengabaikan anaknya malah menyakitiny. Namun, orang lain diberi layanan yang cukup baik 2. "Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai." Maksud tersirat: Ada orang yang mengorbankan yang kecil (tikus) demi yang lebih besar (kucing), namun akhirnya harta berlebihan bisa menyebabkan kerugian besar.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Seloka Pak Pandir 3."Mendengar gelagak dagang. Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan." Maksud tersirat: Terkadang kita terlalu fokus pada hal kecil dan mengabaikan bahaya yang lebih besar, seperti menghadapi situasi yang tidak terduga. 4."Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkut onak, Gunting makan di hujung pak pandir juga yang menanggung." Maksud tersirat: Kesalahan kecil bisa memiliki kesan atau akibat besar. Jangan mengabaikan hal-hal kecil karena dapat menimbulkan masalah besar.


Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Seloka Pak Pandir 5."Apa didengar gelagak dagang. Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah tapi dia haram." Maksud tersirat: Tidak selalu seseorang yang terlihat baik atau berjaya benar-benar baik. Ada yang hanya ikut-ikutan atau berpura-pura sahaja. 6."Kilat memancar hujan tak lalu, Awak juga kecundangan, Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Awak juga yang menanggung." Maksud tersirat: Terkadang, walaupun kita berusaha dengan keras, tidak semua hal akan berjalan sesuai rencana. Pak Pandir mengajarkan tentang menerima kegagalan dan melanjutkan hidup.


Click to View FlipBook Version