Manifetsasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Seloka Pak Pandir Secara ringkasnya, seloka Pak Pandir mempunyai elemen-elemen seperti menyindir, jenaka, mengkritik dan tingkah laku yang negatif yang tidak boleh dicontohi dan akibat dari perbuatan Pak Pandir dalam seloka ini perlu diambil sebagai pengajaran. Kesimpulannya, akal budi dalam Seloka Pak Pandir mendidik masyarakat sentiasa melakukan kerja-kerja yang be, mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti, berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan merugikan diri sendiri, mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu,lazimnya tersembunyi niat yang jahat, teliti dalam menghadapi kerenah manusia kerana sesetengah manusia hanya berpura-pura baikdi hadapan kita tetapi sebaliknya dia berniat serong atau jahat.
Kesimpulan Secara kesimpulannya, boleh disimpulkan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka memberi kesan dan impak yang positif kepada masyarakat. Puisi Melayu tradisional juga merupakan medium untuk mendidik golongan masyarakat dan untuk menyampaikan nilai moral serta pengajaran dalam kehidupan bermasyarakat. Kita perlulah bersama-sama terus memperjuangkan puisi melayu tradisional agar terus terpelihara dan tidak sirna ditelan zaman.
Rujukan Hannani. (2022, March 27). Apa itu puisi tradisional ? Issuu.com. https://issuu.com/hannaniaidee/docs/apa_itu_puisi_tradisional Hashim, S. Z. M. (2016). Kenali Puisi Tradisional Melayu : Klik Web DBP. KLIK WEB DBP. https://klikweb.dbp.my/?p=17839 Hassan, Z. (2008, December 15). Syair Pesanan Ibu | PDF. Scribd. https://www.scribd.com/doc/8962075/Syair-Pesanan-Ibu Hassan, Z. (2012). Puisi Melayu tradisional : pantun, syair, gurindam, nazam, seloka. Pekan Ilmu Publications. Kamus Dewan. (1984). Maksud Gurindam . Dewan Bahasa dan Pustaka . Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=gurindam&d=175768&
Rujukan Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Md Nor, & Abd Rahman Kaeh. (1985). Puisi Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Semara, W. A. (2005). Unsur puitika dalam puisi Melayu tradisional / Wan Akmal Wan Semara. In melayu.library.uitm.edu.my. Dewan Bahasa Dan Pustaka. https://melayu.library.uitm.edu.my/324/ Za'ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
TERIMA KASIH “BERSAMA KITA MEMPERJUANGKAN PUISI MELAYU TRADISIONAL”