Adawiyyah
Fasya Mashitah
teori
tingkah
laku
Buku ini sesuai dibaca oleh guru dan guru pelatih
nama ahli
kumpulan
NOR RABBIATUL ADAWIYYAH BINTI
ROSMANI @ ROSMAN (150592)
FASYA HUSNINA BINTI ZULKIFLI
(151890)
CHE WAN NURUL MASHITAH BINTI CHE
WAN YAHYA (151682)
NAMA
PENSYARAH
DR NOORAIDA BINTI YAKOB
ISI U/ED
KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1.0 PENGENALAN 1-2
2.0 3
3.0 CIRI-CIRI TEORI
BEHAVIORISME 4-9
4.0
5.0 PRINSIP-PRINSIP 10-45
6.0 DALAM TEORI 46-52
7.0 BEHAVIORISME
8.0 53
TOKOH-TOKOH 54-55
BEHAVIORISME DAN 56-57
PENGAPLIKASIANNYA
KELEBIHAN DAN
KEKURANGAN TEORI
BEHAVIORISME
KESIMPULAN
RUJUKAN
SOALAN TEORI
BEHAVIORISME
PENGENALAN
Teori Pembelajaran Behaviorisme merupakan satu
teori psikologi yang merujuk kepada tingkah laku
seseorang individu. Menurut Desmita (2009:44),
teori pembelajaran behaviorisme ialah teori
pembelajaran yang memahami tentang tingkah
laku seseorang individu dengan menggunakan
beberapa pendekatan seperti pendekatan objektif,
pendekatan mekanistik serta pendekatan
materialistik sehingga perubahan tingkah laku
seseorang individu itu dapat dilaksanakan melalui
upaya pengkondisian.
Dengan kata lain, teori behaviorisme ini
merupakan teori yang mempercayai bahawa
kewujudan sesuatu tingkah laku seseorang individu
itu disebabkan oleh faktor persekitaran mereka
sendi ri kerana faktor persekitaran ini amat
memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi tingkah laku.
Terdapat empat tokoh yang mempelopori teori
pembelajaran behaviorisme ini antaranya ialah
John Broadus Watson, Ivan Petrorich Pavlov,
Burrhus Frederic Skinner dan Edward Lee
Thorndike. Tokoh-tokoh Behaviorisme ini
mempercayai tentang kewujudan perkaitan antara
persekitaran dengan tingkah laku seseorang
individu.
Selain itu,mereka juga menggunakan konsep
peneguhan dan pendendaan bagi
menerangkan sebab mengapa sebahagian dar
ipada tingkah laku seseorang individu itu
wujud ataupun dimansuhkan. Mereka juga
berpendapat bahawa tingkah laku seseorang
individu termasuk minat,kepercayaa dan lain-
lain adalah sesuatu yang dipelajari.
Tokoh-tokoh behaviorisme menggunakan
konsep prinsip pelaziman klasik dan prinsip
pelaziman operan bagi menjelaskan tentang
proses pembelajaran itu berlaku. Prinsip
Pelaziman Klasik Telah dipelopori oleh tokoh
Pavlov dan Watson manakala Prinsip
Pelaziman Operan pula telah dipelopori oleh
tokoh Thorndike dan Skinner . Penelitian
yang kukuh terhadap teori-teori yang
dikemukakan amat penting untuk memahami
tingkah laku pembelajaran pada diri
seseorang pelajar .
Oleh itu, penulisan ini akan lebih
memfokuskan mengenai teori behaviorisme
oleh Pavlov, Watson, Thorndike dan Skinner
yang akan dikaitkan dengan aplikasi
pembelajaran untuk mengembangkan lagi
tingkah laku seseorang pelajar ke arah yang
lebih baik.
CIRI-CIRI TEORI
BEHAVIORISME
Ciri Teori Behaviorisme adalah melalui pembentukan respon dan
tingkah laku yang diberikan oleh seseorang individu. Hal ini
,demikian kerana teori ini mengutamakan hubungan antara
stimulus dan respon.Hubungan yang dimaksudkan adalah patut
dilihat dan diukur.
Di samping itu,Teori Behaviorisme ini mementingkan latihan
terutamanya latihan yang dilakukan secara bertubi-tubi. Dengan
kata lain, kelaziman yang wujud apabila seseorang diberikan
stimulus yang berulang-ulang sehingga seseorang individu
merespon dengan sendirinya walaupun hanya diberikan stimulus
yang ringan.
Akhir sekali, ciri Teori Behaviorisme adalah penyelesaian masalah
melalui kaedah cuba dan ralat. Seseorang yang melakukan perkara
yang berulang lalu mencuba sesuatu dengan cara yang sama namun
mempunyai hasil yang berbeza.
2 PRINSIP TEORI
BEHAVIORISME
PELAZIMAN PAVLOV
KLASIK WATSON
THORNDIKE PELAZIMAN
OPERAN
SKINNER
PELAZIMAN KLASIK
Pelaziman klasik ataupun dikenali sebagai
penyesuaian telah dipelopori oleh tokoh
Ivan Petrorich Pavlov dan John Broadus
Watson. berdasarkan hukum perkaitan
(Law Of As sociation), Ivan Pavlov (1849-
1936) mencadangkan bahawa proses asas
dalam pembelajaran ialah perkaitan antara
rangsangan dan gerak balas . Rangsangan
dibataskan sebagai perubahan tenaga yang
membangkitkan deria penerima
Manakala,gerak balas pula ialah aktiviti
yang dirujuk kepada sesuatu atau yang
dihas ilkan oleh rangsangan. Pavlov cubaa
untuk membuktikan teori pembelajaran
behaviori sme ini dengan menjalankan
kajian ke atas seekor anjing manakala Wat
son pula menjalankan kajian terhadap
seorang bayi yang bernama Albert.
TOKOH
PELOPOR
IVAN PETRORICH PAVLOV
JOHN BROADUS WATSON
EDWARD LEE THORNDIKE
BURRHUS FREDERIC SKINNER
SIAPAKAH
PAVLOV ?
Ivan Petrorich Pavlov ataupun
dikenali sebagai Pavlov telah
dilahirkan di sebuah
perkampungan kecil yang dikenali
sebagai Ryzan Rusia. Beliau
dilahirkan pada 14 September
1849 dan telah meninggal dunia
pada 27 Februari 1936.Beliau
mendapat pendidikan di Sekolah
Seminari Teologi seterusnya
melanjutkan pelajaran di Universiti
St. Petersburg dalam bidang kimia
dan fisiologi dan mempunyai
kepakaran dalam bidang fisiologi
dan psikologi.Pavlov mendapat
gelaran doktor pada tahun
1879.Beliau juga dianugerahkan
hadiah Nobel dalam bidang
fisiologi serta perubatan
Beliau juga telah melanjutkan
pelajarannya dan telah memulakan
kajian tentang pencernaan dan peredaran
darah. Disebabkan oleh karyanya yang
terkenal maka beliautelah telah menerima
gelaran sebagai professor fisiologi di
Akademi Kedoktoran Kekaisaran Rusia.
Pavlov telah memperkenalkan dua
hukum bahawa asas pembelajaran iaitu
proses pembentukan mempunyai
hubungan antara rangsangan dan gerak
balas. Rangsangan yang ditafsirkan adalah
persekitaran yang akan menghasilkan
gerak balas secara langsung atau tidak
langsung. Manakala gerak balas pula
merupakan perlakuan seseorang individu
yang bertindak balas terhadap rangsangan.
PENGAPLIKASIAN
TEORI PAVLOV
Teori ini melibatkan pemasangan
antara rangsangan neutral dan
rangsangan yang akan menghasilkan
sesuatu gerak balas sehingga
rangsangan neutral yang
sebelumnya itu dapat menghasikan
gerak balas tertentu.
Pavlov telah menjalankan
sebuah eksperimen ke atas seekor
anjing bagi menjelaskan konsep
teorinya itu. Kelenjar air liur
anjing telah dianalisiskan bagi
melihat bagaimana mereka dapat
memberikan makanan pada
keadaan yang berbeza. Beliau
sedar bahawa anjing tersebut
akan mengeluarkan air liurnya
apabila ia melihat makanan.
JADUAL PELAZIMAN
KLASIK
Berdasarkan kepada jadual tersebut,terdapat
3 bahagian iaitu sebelum pelaziman,proses
pelaziman dan selepas pelaziman
SEBELUM PELAZIMAN
Makanan ini merupakan rangsangan
tak terlazim kerana anjing telah
menghasilkan pengeluaran seacra
automatik apabila mereka melihat
makanan.
Setersunya,kajian telah diteruskan
dengan membunyikan loceng kepada
anjing tersebut. Didapati bahawa
anjing tersebut tidak mengeluarkan
sebarang tindak balas dan ini dikenali
sebagai rangsangan neutral.
PROSES PELAZIMAN
Eksperimen diulang berkali-kali
dengan memberikan makanan
selepas loceng dibunyikan.
SELEPAS
PELAZIMAN
Selepas pengulangan
eksperimen dilakukan maka
anjing mula mengeluarkan air
liurnya apabila mereka mula
mendengar bunyi loceng
walaupun anjing belum
menerima makanan.Oleh
itu,bunyi loceng disebut sebagai
rangsangan terlazim kerana ia
mula berkemampuan untuk
melakukan perembesan oleh
anjing tersebut.Gerak balas ini
dikenali sebagai gerak balas
terlazim iaitu gerak balas yang
dipelajari.
KONSEP YANG TERHASIL MELALUI
TEORI PAVLOV
Konsep yang pertama adalah Generalisasi atau
dikenali sebagai penyeluruhan yang
bermaksud seseorang terangsang dengan
gerak balas yang hampir sama. Sebagai
contoh, sekiranya seseorang pelajar yang suka
memukul rakan dengan cara menumbuk
rakannya.Secara tidak langsung, pelajar
tersebut juga suka untuk mencubit kerana
mencubit dan menumbuk adalah perlakuan
yang sama dengan membuli mahupun
memukul.
Konsep yang seterusnya adalah Diskriminasi
yang membawa maksud keupayaan untuk
membezakan antara dua rangsangan yang
berlainan. Hal ini berkait rapat apabila apabila
seseorang guru yang bergaya atau cantik
masuk ke kelas untuk mengajar,secara tidak
langsung terdapat rangsangan yang positif
terhadap pelajar seperti berminat untuk
belajar namun jika berlaku sebaliknya, pelajar
tersebut tidak akan berlaku sebarang
rangsangan dan mereka tidak minat untuk
belajar.
Disamping itu, konsep yang ketiga adalah
Penghapusan yang bermaksud gerak balas
terlazim akan terhapus jika rangsangan terlazim
tidak diberikan. Hal ini dapa diperhatikan
semasa seseorang guru tidak memberikan
sebarang pujian yakni rangsangan yang positif
kepada pelajar yang tekun belajar menyebabkan
sikap tekun tersebut akan pupus dan hilang
kerana tiada sebarang rangsangan yang berlaku.
Akhir sekali, Pemulihan spontan yang
bermaksud rangsangan yang terlazim diberikan
semula secara tiba-tiba dan akan menimbulkan
gerak balas terlazim.Sebagai contoh, apabila
seseorang pelajar yang mengaplikasikan
rangsangan yang terlazim seperti mempunyai
minat dan motivasi yang tinggi dalam
matapelajaran Sains akan tetapi lemah dalam
matapelajaran Matematik.Secara tidak langsung,
pelajar tersebut akan menerima rangsangan
positif yang terlazim yang membantunya untuk
mendapatkan keputusan yang cemerlang .
PENGAPLIKASIAN TEORI
PAVLOV DALAM
PENDIDIKAN
Melalui teori ini, seorang pendidik harus
mengetahui antara rangsangan dan
gerakbalas yang mempunyai hubungan
yang dibiasakan atau dilazimkan.Oleh itu,
melalui perkaitan antara rangsangan
dengan gerakbalas, dapat membatu pelajar
dalam meningkatkan lagi kefahaman
dengan cara melakukan latihan secara
berulang-ulang. Hal ini demikian kerana
apabila seseorang pelajar kerap menerima
rangsangan dengan sesuatu gerakbalas
yang dilakukan, secara tidak langsung
gerakbalas yang terlazim
dihasilkan semakin kukuh.
Hal ini berkait juga apabila guru memberi
hadiah (rangsangan) kepada pelajar yang
mendapat keputusan yang cemerlang
menyebabkan pelajar tersebut berasa
gembira dan lebih bersemangat untuk
belajar.
JOHN BROADUS
WATSON
1878-1958
BIODATA
WATSON
John B. Watson merupakan seorang
ahli psikologi. Beliau telah dilahirkan
pada 9 Januari 1878 di Carolina
Selatan. Pada tahun 1958,beliau telah
meninggal dunia. Beliau juga telah
memperluaskan teori tingkah
laku.Pada usia 16 tahun,beliau telah
belajar di Universiti Furman di
Greenville,Carolina Selatan. Beliau
telah menuntut di University of
Chicago serta mendapat ijazah
kedoktoran . Pada tahun 1903, beliau
telah memperolehi PhD dalam
bidang psikologi. Oleh itu,beliau
telah menguasai dalam bidang
psikologi ,falsafah serta neurologi di
Chicago.
EKSPERIMEN TEORI
WATSON
Watson telah menjalankan penyelidikan mengenai
tingkah laku haiwan penternakan seperti anjing, tikus
putih, monyet dan arnab dengan seorang bayi yang
bernama Albert atau dikenali sebagai “Little Albert”.
Dalam ekperimen, terdapat beberapa tahap iaitu pada
Tahap 1 iaitu pada usia Albert 9 bulan. Albert
diberikan haiwan-haiwan tersebut. Pada mulanya,
reaksi Albert adalah gembira dan menyenangkan
apabila melihatkan haiwan-haiwan tersebut.
Pada tahap yang seterunya iaitu pada usia Albert 11
bulan, Albert ditunjukkan lagi tikus
putih,arnab,monyet dan anjing. Namun begitu tiba-
tiba bunyi yang sangat kuat telah dihasilkan serentak
dengan kemunculan haiwan penternakan
tersebut.Setelah bunyi yang sangat kuat dihasilkan
telah mengakibatkan Albert menangis.Eksperimen ini
diulang berkali-kali akan tetapi Albert tetap takut dan
menangis walaupun tiada sebarang bunyi dihasilkan.
Kesan daripada perhubungan ini, maka telah
menimbulkan gerak balas takut yang dihasilkan
melalui tangisan.
PENGAPLIKASIAN
TEORI WATSON
Melalui eksperimen ini, ternyata perilaku yang positif
boleh dibentuk dengan rangsangan yang sesuai sepanjang
proses pembelajaran. Melalui latihan latih tubi juga perlu
untuk memperkuatkan kelemahan terhadap sesuatu
matapelajaran yang dipelajari oleh para pelajar.
Hal ini berkait rapat apabila seseorang pelajar yang lemah
dalam matapelajaran Matematik dan memerlukan pelajar
yang menghafal atau menguasai segala rumues atau
formula seperti dalam topik Trigonometri. Oleh itu,
dengan adanya latih tubi ini para pelajar akan lebih muda
mengingat sehingga dapat menjawab peperiksaan.
Selain itu, guru hendaklah mengajar pelajar-pelajar
melalui penerapan rangsangan positif yang dapat
memberi dorongan ke arah kebaikan kepada pelajar agar
dapat memberi kesan efektif dalam proses
pembelajaran.Para guru juga perlu mengelakkan dari
perbuatan yang memberi kesan negatif kepada pelajar
seperti memukul, memaki dan
menghina pelajar.
EDWARD LEE
THORNDIKE
1874-1949
BIODATA
THORNDIKE
Pada 31 Ogos 1874, telah lahir seorang tokoh
yang bernama Edward Lee .Beliau telah
menghabiskan hampir keseluruhan kerjayanya
di Kolej Guru, Universiti Columbia serta menjadi
seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat.
Pada tahun 2002,Kajian Semula kaji selidik
Psikologi Am telah diterbitkan,walaupun beliau
telah meninggal dunia pada tahun 1949 akan
tetapi beliau telah diletakkan sebagai ahli
psikologi kesembilan yang paling disebut pada
abad ke-20.Hal ini demikian kerana,beliau
memiliki pengaruh yang memberi kesan yang
positif terhadap teori tingkah laku serta
menganalisis teori tersebut sehingga dapat
menghasilkan kerangka asas bagi undang-
undang empirikal dalam psikologi tingkah laku.
Beliau juga mengemukakan hukum
pembelajaran Thorndike yang cukup
membantu pelajar dan guru dalam proses
pembelajaran.
EKSPERIMEN
TEORI
THORNDIKE
Dalam eksperimen Thorndike, beliau telah
menggunakan seekor kucing bagi
menghasilkan kajian beliau tentang teori
tingkah laku.Di dalam eksperimen tersebut,
kucing yang lapar dikurung di dalam sangkar
manakala di luar sangkar
diletakkan makanan kucing .
Melalui proses cuba jaya ,kucing itu
melakukan pelbagai tindakan untuk
melepaskan diri.Tidak lama kemudiannya,
Kucing terpijak tuas lalu pintu sangkar
terbuka dan kucing tersebut menuju ke arah
tempat makanan .Pengkaji mengurung semula
kucing tersebut dan ia melakukan proses yang
sama untuk melepaskan diri.
Setelah tamat eksperimen tersebut,Thorndike
telah menunjukkan bahawa haiwan dan
manusia mempelajari proses yang sama iaitu
melalui kaedah cuba jaya
HUKUM
PEMBELAJARAN
THORNDIKE
Thorndike juga telah mengemukakan hukum
pembelajarannya, salah satunya adalah Hukum
Kesediaan yang merupakan kemampuan pelajar
ketika memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Kesediaan yang dimaksudkan adalah dari segi
psikomotor,efektif,kognitif sebelum proses
pembelajaran bermula.Dari persepsi seorang guru
pula, para guru perlu menjelaskan objektif
pembelajaran agar pelajar dapat mengetahui apa
yang ingin dipelajari oleh seorang guru dan
respon apa yang diharapkan oleh guru.
Hukum yang seterusnya adalah Hukum Latihan
iaitu apabila seseorang pelajar melakukan banyak
latihan maka bertambah kuat ikatan terhadap
gerak balas yang tertentu dengan rangsangan yang
dibentuk.
Akhir sekali,Hukum Kesan adalah melalui
rangsangan dan gerak balas yang dapat
meningkatkan daya ingatan sekiranya berlaku
kesan yang positif setelah gerak balas dihasilkan
oleh pelajar. Jika berlaku sebaliknya iaitu
rangsangan yang tidak membuahkan
hasil yang memberi kesan yang negatif akan
mewujudkan suasana kurang
menyeronokkan kepada pelajar.
PENGAPLIKASIAN
TEORI
THORNDIKE
Melalui eksperimen Thorndike yang berulangan
dapat diaplikasikan dalam proses belajar, Para
pendidik hendaklah menyampaikan sesuatu
pembelajaran dengan cara yang menyenangkan
seperti menggunakan contoh dan soal latihan dari
yang mudah sampai yang sulit bagi meningkatkan
kefahaman pelajar dalam sesuatu matapelajaran.
Melalui kaedah pelaziman terhadap penyampaian
pembelajaran dan latihan ini dapat membantu
pelajar dalam menguasai topik pembelajaran serta
mengingati dengan jangka masa yang lebih
panjang.Secara tidak langsung, pelajar dapat
mengikuti proses pembelajaran dari tahap
sederhana sehingga ke tahap yang lebih kompleks.
Oleh itu, pelajar yang telah berusaha sedaya upaya
dalam pembelajaran harus diberi ganjaran seperti
hadiah oleh guru, manakala yang belum
menguasainya pelajar harus segera
memperbaikinya serta guru perlu memberi
semangat dan dorongan agar pelajar
tersebut bersemangat untuk memperbanyakkan
lagi latihan pengukuhan.
Belajar adalah suatu proses
yang memerlukan adanya satu
penghargaan dan peneguhan
kerana melalui proses itulah
perilaku individu dikendalikan
menurut apa yang diinginkan.
Skinner berpendapat bahawa
dalam belajar yang paling
penting adalah adanya
penguatan dan teori tersebut
dikenali sebagai Pelaziman
Operan.
Menurut Skinner, pelaziman operan
berlaku apabila akibat atau hasil pada
gerak balas tertentu akan menentukan
sama ada sesuatu itu dipelajari atau
tidak.
Dengan kata lain, Tingkah Laku yang
diberi peneguhan akan menyebabkan
tingkah laku itu diulang manakala
tingkah laku yang tidak diberi peneguhan
atau lebih memberi dendaan, akan
menyebabkan tingkah laku itu tidak akan
diulang atau kurang diulang.
Peneguhan negatif pula berlaku
apabila gerak balas yang dilakukan
akan mengurangkan atau
menghapuskan rangsangan yang
menyakitkan
Peneguhan ini juga akan
menghasilkan tingkah laku yang
menunjukkan organisma itu belajar
untuk menunjukkan gerak balas
yang membolehkan mereka lari
atau mengelakkan mereka daripada
pengaruh-pengaruh negatif
Seorang pelajar telah membuat
bising di dalam kelas
menyebabkan kesan rangsangan
yang diberikan oleh guru adalah
negatif iaitu guru tersebut
memarahi pelajar itu kerana dia
menganggu proses pembelajaran
dan pengajaran.
Hal ini menyebabkan tingkah laku
yang akan terhasil pada masa akan
datang adalah pelajar tersebut
tidak akan membuat bising lagi.
Pemberian melalui peneguhan positif oleh
guru apabila pelajajar melakukan sesuatu
tingkah laku yang diingini dan ia hendaklah
secara sistematik.
Ganjaran yang diberikan haruslah
bersesuaian dengan umur pelajar.Guru juga
perlu mewujudkan ganjaran mengikut kadar
kepayahan tingkah laku yang diingini.
Guru perlu berhati-hati apabila memberi
peneguhan negatif kepada pelajar kerana ia
mungkin akan dianggap sebagai hukuman .
Gerak balas yang diperoleh hasil daripada
rangsangan haruslah dikukuhkan untuk
membentuk pelaziman.Guru perlu memberi
keutamaan kepada gerak balas yang
berulang.
KELEBIHAN DAN
KEKURANGAN
TEORI
BEHAVIORISME
KELEBIHAN TEORI
PAVLOV
Teori Pavlov ini dapat membiasakan diri
seseorang dengan keadaan-keadaan yang
tertentu sehingga kebiasaan ini menjadi satu
pola hidup yang terjadi tanpa kita
sedar.Teori ini penting bagi membentuk
identiti kanak-kanak yang masih
memerlukan bimbingan dan sokongan
orang sekeliling khususnya ibu bapa dan
guru.
Teori ini juga sebenarnya dapat membantu
dan memudahkan urusan guru dan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak kerana mereka
tidak mengetahui bahawa ia dikawal oleh
stimulus yang berasal dari lauaran dirinya
dan ia akan menjadikan mereka mudah
untuk dikawal.