KELEMAHAN
TEORI
PAVLOV
Antara kelemahan yang terdapat dalam teori
ini adalah sikap individu yang mula
bergantung secara terus menurus terhadap
stimulus yang bermula dari luaran dirinya.
Sedangkan individu tersebut atau pelajar
tersebut memerlukan stimulus dalam dirinya
sendiri yang dikenali sebagai "Self Motivation"
sepanjang proses pembelajaran.
Selain itu, kelemahan teori ini termasuklah
hanya memandang seseorang individu dari
segi aspek jasmani dan mengabaikan dari
aspek intelektual.Secara tidak langsung, teori
ini tidak mempercayai akan adanya emosi,
bakat,minat dan kecerdasan pelajar dalam
pembelajaran.Hal ini demikian kerana proses
belajar hanya tertumpu kepada melatih
mengingati apa yang telah berlaku sehingga
menjadi sesuatu kelaziman oleh seseorang
pelajar.
KELEBIHAN DAN
KELEMAHAN TEORI
WATSON
Terdapat kelebihan dalam Teori Tingkah laku yang
dipelopori oleh John B. Watson iaitu gerak balas
yang dapat dihasilkan melalui rangsangan yang
berpadanan dengan keadaan yang berlaku . Melalui
rangsangan yang diberikan pelajar akan dapat
melakukan gerak balas yang berlaziman. Hal ini
berkait rapat apabila para pendidik memberikan
ganjaran yang berbentuk rangsangan positif seperti
dalam bentuk hadiah yang kecil kepada pelajar
semasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam
ujian,secara tidak langsung pelajar akan bersaing
secara sihat dengan melakukan latihan bertubi-tubi
untuk mendapatkan ganjaran oleh guru.
Namun begitu terdapat juga kelemahan terhadap
teori ini iaitu proses pembelajaran pelaziman atau
pengulangan ini mengambil tempoh masa yang
lama bagi menghasilkan impak yang positif. Dalam
teori ini,konsep pelaziman yang diterangkan adalah
seperti melakukan latihan secara berulangan atau
bertubi-tubi. Hal ini disebabkan latihan secara
berterusan ini mempunyai tempoh masa yang
ditetapkan bagi mewujudkan sesuatu
pelaziman .
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
TEORI THORNDIKE
Terdapat kelebihan teori yang diperkenalkan oleh
Edward Lee Thorndike iaitu proses pembelajaran akan
berjalan lancar apabila para pendidik dan pelajar
mengamalkan hukum pembelajaran Thorndike yang
dibahagikan kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum
latihan dan hukum kesan.Sekiranya seseorang pelajar
menggunakan hukum-hukum tersebut bagi menguasai
sesuatu topik sehingga dapat menghasilkan impak yang
memberangsangkan. Oleh itu, melalui pemberian
hadiah oleh guru dapat membentuk kesan yang positif
terhadap pelajar serta dapat memotivasikan mereka agar
lebih bersedia untuk menjalani proses pembelajaran.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan teori ini iaitu
teori ini hanya menekankan pada satu kaedah
sahaja.Kaedah yang digunakan adalah kaedah cuba dan
ralat yang diketengahkan oleh Thorndike . Sebagai
contoh, apabila seseorang pelajar kurang berminat
terhadap pembelajaran menyebabkan gerak balas positif
tidak akan terhasil secara semula jadi.Hal ini demikian
kerana apabila pelajar menggunakan kaedah ini , pelajar
tersebut mungkin berada dalam keadaan yang terdesak .
Menurut Skinner, hukuman yang baik
adalah apabila pelajar dapat merasakan
akibat atau hasil daripada
perbuatannya.Sebagai contoh, mereka
perlu mengalami sendiri akibat daripada
kesalahan yang mereka lakukan.
Penggunaan Hukuman verbal seperti kata-
kata kasar, ejekan,cubitan akan
memberikan kesan yang buruk kepada
pelajar.
Seterusnya, kesalahan dalam peneguhan
positif juga terjadi dalam situasi
pendidikan seperti penggunaan juara di
dalam kelas yang mengharuskan pelajar
menguasai semua mata pelajaran.
Sebaliknya, setiap individu pelajar perlu
diberi penguatan yang sesuai dengan
kemampuan yang ditonjolkan oleh mereka
sehingga mereka mendapat penghargaan
sesuai dengan kemampuan yang
ditunjukkan oleh diri masing-masing.
Ahli-ahli psikologi berpendapat, peneguhan
harus disesuaikan dengan situasi-situasi yang
khusus. Peneguhan tidak sepatutnya diberikan
secara berterusan kerana ia akan
mengurangkan kualiti keberkesanannya.
Selain itu, guru-guru perlu memainkan peranan
yang penting dengan menjalankan aktiviti yang
menarik dan mendorong murid untuk bergiat
aktif dalam proses pembelajaran di dalam
kelas. Aktiviti-aktiviti ini mampu menguatkan
hubungan antara rangsangan dan gerak balas.
Akhir sekali, ganjaran dan peneguhan yang
membawa kepada tindak balas positif perlu
diberikan kepada pelajar agar ianya dapat
membantu mereka berkembang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
RUJUKAN
Zulhammi.2015. - Teori Belajar
Behavioristik dan Humanistik dalam
Perspektif Pendidikan Islam(Jurnal Darul
Ilmi) Vol. 3 No.1 Hal.105-127
Jas Laile Suzana Jaafar - Buku Psikologi
Kanak-Kanak & Remaja (1996) - Dewan
Bahada dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ahmad Johari Sihes (2014) "Teori
Pembelajaran"
Andriyani,Fera (2015). "Teori Belajar
Behavioristik dan Pandangan Islam
Tentang Behavioristik. (Jurnal Pendidikan
Dan Pranata Islam). Edisi 10 No.2 Hal. 165-
180"
Novi Irwan Nahar. (2016). " Penerapan
Teori Belajar Behavioristik Dalam Proses
Pembelajaran"