E-buku PBD
Pentaksiran Bilik Darjah merupakan salah satu komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan kepada murid-murid di Tahap 1 selepas pemansuhan ujian dan peperiksaan bagi setiap penggal persekolahan. Justeru, Koleksi PBD ini, merupakan satu platform yang penting dalam menilai dan mentaksir tahap penguasaan dan perkembangan potensi murid-murid Tahap 1 secara holistik. Penghasilan koleksi ini merupakan satu usaha penambahbaikan bagi meningkatkan kefahaman guru terhadap kaedah pentaksiran dan sebagai panduan guru dari semasa ke semasa. Selaras dengan penggunaan teknologi, maka penghasilannya dalam bentuk video pendek dan templat secara e-book amat berguna kepada semua guru termasuk guru-guru baharu dan para ibu bapa.
-
Follow
-
1
-
Embed
-
Share
-
Upload