E-BULETIN LADA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI
Edisi 4/2021 (Oktober - Disember)
KERJASAMA DALAM
BIDANG PENGURUSAN
GEOPARK
Majlis Menandatangani MoU Secara Maya Antara LUGGp (Malaysia) & DUGGp (Kanada)
LProagrnamgkawi Selamat Inisiatif
Solar
Pulau Langkawi
di Dermaga Tanjung Lembung
Jana Pendapatan
Majlis
Melalui Kempen Langkawi Great Sale 2021
a~Kawi 2021
Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang BMEaBjlAisSIkRrAarSUAH
LADA 2020 LADA 2021
Forum Kelestarian
LANGKAWI UNESCO GLOBAL
GEOPARK (LUGGp) 2021
Langkawi
RAIH ENAM ANUGERAH DI
MAJLIS MALAYSIA
TOURISM COUNCIL GOLD
AWARDS
Okt. - Dis. 2021
UKKLADA
E-Buletin LADA Eidisi 4/2021 W W W. L A D A .G O V. M Y
ISI PULAU LANGKAWI
JANA PENDAPATAN
KANDUNGAN MELALUI KEMPEN
BERITA UTAMA LANGKAWI GREAT
SALE 2021
3-4
PROGRAM
LANGKAWI
SELAMAT:
PEMBUDAYAAN
NORMA BAHARU
CEGAH PENULARAN
COVID-19
9-10
MAJLIS
PENYERAHAN SURAT
NIAT PELAKSANAAN
INISIATIF SOLAR DI
DERMAGA TANJUNG
LEMBUNG
5-6
MAJLIS
MENANDATANGANI
MoU SECARA MAYA
ANTARA LUGGp
(MALAYSIA) & DUGGp
(KANADA) BAGI
KERJASAMA DALAM
BIDANG PENGURUSAN
GEOPARK
7-8
MAJLIS ANUGERAH
PERKHIDMATAN
CEMERLANG LADA
2020
11
ISI MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN
KANDUNGAN PELAJAR LANGKAWI
BERITA UTAMA (A-KAWI) TAHUN
2021
12
LANGKAWI RAIH
ENAM ANUGERAH DI
MAJLIS MALAYSIA
TOURISM COUNCIL
GOLD AWARDS
17-18
MAJLIS IKRAR
BEBAS RASUAH
LADA TAHUN 2021
13-14
FORUM KELESTARIAN
LANGKAWI UNESCO
GLOBAL GEOPARK
(LUGGp) 2021
15-16
ISI LOREM IPSUM
KANDUNGAN IS SIMPLY DUMMY
LANGKAWI THE PRINTING AND WORK
BANGKIT
PROGRAM KHAS
21-22 Program Bual Bicara Usahawan
23-24 Digital – Penampilan Istimewa
25-26 Khairul Aming
Jalinan Kerjasama Antara LADA
dan Komuniti Diteruskan Bagi
Manfaat Pulau Langkawi
Kursus ‘Smartphone Video
Making For Marketing’
27-28 Kursus Latihan Penyediaan Kek
Bajet & Roti Viral
BERITA
RINGKAS
PROGRAM & AKTIVITI LADA
31 ‘Sunset Dinner’ Anjuran LADA
Bersama Pengamal Media Kuala
Lumpur
32 CSR LADA Bantu APM Langkawi
di Bawah Teras Bencana
33 Majlis Perasmian Cawangan
‘Signature’ Mokti’s Aiskrim Gula
Apong di Langkawi
34 Kejohanan Golf Langkawi Cup
2021
35 Karnival Jualan Kempen Beli
Barangan Malaysia (KBBM)
36 Program Sehari Bersama Panel
Peguam LADA
37 Langkawi Swimming Festival
2021
38 Pemerkasaan Komuniti Melalui
Insentif Bantuan Perniagaan PEB
Helang 2021
ISI LOREM IPSUM
KANDUNGAN IS SIMPLY DUMMY
THE PRINTING AND WORK
LAWATAN
LUAR
LAWATAN RASMI KE LADA
41 Lawatan Kerja SUK Kedah ke
Pulau Tuba
42 Lawatan Kerja Konsul Ekonomi di
Konsulat Jenderal Republik
Indonesia Pulau Pinang
43 Lawatan Kerja Delegasi Kerajaan
Negeri Perak
44 Lawatan Kerja MPAJ ke LADA
45 Taklimat Pembangunan Langkawi Kepada
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Melaka (PLANMalaysia@Melaka) & Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
46 Kunjungan Hormat Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
ke LADA
47 Sesi Perbincangan Pembangunan
Usahawan LADA Bersama FAMA
49-70 POSTER HEBAHAN
72 SIDANG EDITOR
BERITA
UTAMA
DARI LADA KEPADA ANDA
1
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
2
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
PULAU LANGKAWI JANA
PENDAPATAN MELALUI
KEMPEN LANGKAWI GREAT
SALE 2021
BERITA UTAMA |Pelancongan
Langkawi, 10 Oktober 2021 – Kempen ‘Langkawi
Great Sale 2021’ telah dilancarkan oleh Menteri
Besar Kedah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi
bin Md Nor dan Menteri Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia (MOTAC), YB Dato’ Sri Hajah
Nancy binti Shukri pada hari ini.
Kempen ini melibatkan premis-
premis perniagaan daripada tiga (3)
kategori iaitu kedai bebas cukai serta
agensi dan produk pelancongan.
Matlamat utamanya adalah
bagi memperluaskan rangkaian
perniagaan dan meningkatkan hasil
jualan pakej pelancongan melalui
promosi dan pemasaran dalam talian
menggunakan platform khusus iaitu Market
Place.
“Kali ini kita menawarkan nilai tambah baru
melalui pengenalan Market Place. Platform
e-dagang ini ialah ruang pasaran baru yang
membolehkan penggiat industri pelancongan
memasarkan produk mereka secara atas talian
di portal greatsale.naturallylangkawi.my. Platform
ini dijangka bakal digunakan oleh 360,000
orang pelancong bagi tempahan pelbagai
pakej pelancongan yang ada di Langkawi.
Selain membantu memulihkan kembali sektor
pelancongan pulau ini, kita juga berharap lebih
ramai penggiat industri pelancongan akan
mengambil peluang untuk mengembangkan
perniagaan mereka melalui platform atas talian.
Aspirasi kita juga adalah agar komuniti digital
sektor pelancongan dapat diwujudkan di pulau
ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs.
Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib.
3
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
“LADA menjangkakan kempen LGS ini mampu
menarik kedatangan sehingga 400,000 orang
pelancong tempatan menjelang akhir tahun
2021. Bagi bulan Oktober, kita berharap agar
sasaran ketibaan seramai 60,000 orang
pelancong dapat dicapai untuk mendapatkan
gambaran awal sekiranya anggaran pendapatan
pelancongan sekitar RM148,381,200 melalui
kempen LGS ini dapat dijana sebagaimana
yang telah disasarkan untuk hujung tahun
ini. Perkara ini tidak mustahil untuk dicapai
sekiranya sempadan negeri kembali dibuka
setelah 90 peratus populasi dewasa negara
menerima dos vaksinasi lengkap kerana lebih
ramai lagi pelancong tempatan yang akan
dapat berkunjung ke Langkawi,” tambah beliau.
“Industri pelancongan Langkawi turut
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) Negeri Kedah. Pada tahun 2019,
sejumlah 6.5 peratus atau RM1.7 bilion telah
disumbangkan kepada sektor perkhidmatan.
Namun, pada tahun 2020, pandemik COVID-19
telah menyebabkan nilai pendapatan
pelancongan Langkawi berkurangan sebanyak
59 peratus kepada RM0.7 bilion. Oleh itu,
untuk meningkatkan semula pendapatan
negara, kerajaan membuat keputusan untuk
melaksanakan projek rintis gelembung
pelancongan negara melalui pembukaan
semula Langkawi mulai 16 September 2021
yang lalu,” ucap Menteri Besar Kedah, YAB
Tuan Haji Muhammad Sanusi ketika majlis
perasmian LGS 2021.
4
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
MAJLIS PENYERAHAN SURAT
NIAT PELAKSANAAN INISIATIF
SOLAR DI DERMAGA TANJUNG
LEMBUNG
BERITA UTAMA | Aktiviti LADA
Langkawi, 17 Oktober 2021 – Program Inisiatif
Solar di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung
adalah satu usaha sama strategik antara
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA),
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
melalui anak syarikatnya GSPARX
Sdn. Bhd. yang akan melakukan
pemasangan sistem solar PV di
bangunan-bangunan milik LADA bagi
menurunkan kos bil elektrik. Di bawah
inisiatif ini, sistem solar PV berkapasiti
363 kWp (kilowatt-puncak) dijangka
akan dipasang di Kompleks Dermaga
Tanjung Lembung dan berpotensi
untuk menjimatkan kos bil antara
RM87,000 hingga RM244,000 setahun,
bergantung kepada kaedah pembiayaan yang
dipersetujui.
Sebagai tanda menunjukkan komitmen kesemua
pihak yang terlibat, Majlis Penyerahan Surat Niat
Pelaksanaan Inisiatif Solar di Dermaga Tanjung
Lembung, Langkawi telah diadakan pada hari ini.
Majlis ini juga menjadi simbol kepada sebahagian
daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan
pemasangan solar PV di bumbung bangunan-
bangunan kerajaan.
Majlis disempurnakan dengan penyerahan surat
tawaran daripada GSPARX Sdn. Bhd. kepada
LADA dan penyerahan surat niat daripada
LADA kepada GSPARX Sdn. Bhd. Penyerahan
ini disaksikan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin
bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Malaysia.
5
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
6
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
MAJLIS MENANDATANGANI
MoU SECARA MAYA ANTARA
LUGGp (MALAYSIA) & DUGGp
(KANADA) BAGI KERJASAMA
DALAM BIDANG PENGURUSAN
GEOPARK
BERITA UTAMA | Aktiviti LADA
Langkawi, 28 Oktober 2021 – Malaysia dan Kanada
telah mencapai kata sepakat untuk membina
hubungan kerja lebih erat yang dimeterai
melalui majlis menandatangani
Perjanjian Memorandum
Persefahaman (MoU) bagi kerjasama
dalam bidang pengurusan geopark.
Majlis ini dilaksanakan secara maya
dan telah berlangsung serentak di
pejabat Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA) dan Discovery
UNESCO Global Geopark (DUGGp)
pada hari ini.
MoU ini telah ditandatangani oleh wakil Langkawi
UNESCO Global Geopark (LUGGp), YBrs.
Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib yang juga
merupakan Ketua Pegawai Eksekutif LADA dari
Malaysia dan John Norman, Pengerusi Discovery
UNESCO Global Geopark (DUGGp) dari Kanada.
Turut menyaksikan acara bermakna ini ialah Encik
Azmil Munif bin Mohd Bukhari, Pengurus LUGGp
dan Cyndy Stead, Pengurus DUGGp. MoU ini
menandakan permulaan kerjasama antara kedua-
dua pihak dalam melaksanakan tugas dan fungsi
masing-masing melalui pertukaran maklumat
dan perkongsian pelbagai inisiatif geopark bagi
manfaat bersama.
Dengan termeterainya perjanjian ini, kedua-
dua pihak justeru telah menyatakan hasrat
untuk penglibatan dalam aktiviti-aktiviti secara
kerjasama berkaitan pembangunan lestari bagi
dua geopark tersebut. Antaranya termasuklah
aktiviti dalam bidang promosi pelancongan,
pendidikan, penyelidikan dan pembangunan
komuniti dalam wilayah geopark masing-masing.
7
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
“MoU ini bertindak sebagai pemangkin untuk
menggalakkan kerjasama pada peringkat
antarabangsa antara LUGGp dan DUGGp.
Kedua-dua geopark amat menantikan
pertukaran maklumat serta perkongsian
pengalaman dan amalan terbaik untuk
manfaat bersama. Sebagai contoh, kita akan
saling bertukar ilmu pengetahuan tentang
perlindungan geowarisan, popularisasi
geosains dan pembangunan geopelancongan
tempatan. Semoga dengan kerjasama ini,
keadaan semasa pengurusan kedua-dua
geopark akan semakin bertambah baik,” kata
YBrs. Tuan Nasaruddin.
Sementara itu, Norman turut menggambarkan
keterujaan DUGGp dalam menjalinkan ikatan
perjanjian bersama LUGGp ini. “Perjanjian
secara bersaudara seperti ini menekankan
lagi betapa pentingnya keberadaan kita dalam
jaringan geopark seantero dunia. Melalui
penyertaan dalam pelbagai projek serta
program kerjasama seumpama ini, kita bukan
sahaja dapat menjangkaui sempadan, malah
menimba limpahan manfaat untuk industri
pelancongan, sekolah-sekolah dan seluruh
komuniti tempatan dalam geopark masing-
masing. Kerjasama dalam perkara melibatkan
budaya dan pelancongan sememangnya akan
mendatangkan pelbagai faedah yang amat
kita nantikan, khususnya dalam usaha untuk
memulihkan ekonomi tempatan dan mencipta
pelbagai peluang pekerjaan baharu yang lebih
mampan.”
8
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
9 PROGRAM LANGKAWI
SELAMAT: PEMBUDAYAAN
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A NORMA BAHARU CEGAH
PENULARAN COVID-19
BERITA UTAMA | Komuniti
Langkawi, 9 November 2021 – Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA) menganjurkan
‘Program Langkawi Selamat: Pembudayaan
Norma Baharu Cegah Penularan COVID-19’
yang memberi fokus kepada keselamatan
komuniti Langkawi. Objektif program ini
adalah bagi meningkatkan kesedaran
dan memperkasa pengetahuan
masyarakat dengan nilai dan norma
baharu supaya mereka dapat
melindungi diri, keluarga dan seluruh
komuniti, seterusnya menghalang
wabak COVID-19 daripada terus
merebak.
Untuk kepentingan keselamatan dan
kesihatan masyarakat setempat serta
para pelancong yang berkunjung ke Langkawi,
pelaksanaan program ini melibatkan beberapa
kumpulan sasaran seperti berikut:
i. Persatuan teksi/e-hailing;
ii. Sekolah dan pusat pendidikan;
iii. Persatuan pemandu pelancong; dan
iv. Peniaga kecil dan peruncit sekitar Langkawi.
Program ini dilaksanakan secara berperingkat
dalam beberapa sesi. Sesi pertama melibatkan
kawasan Oriental Village, Langkawi. Sesi
selanjutnya akan dilaksanakan dengan kerjasama
persatuan atau badan NGO di Langkawi yang
berkaitan, antaranya di Pulau Tuba serta
beberapa sekolah sekitar pulau legenda ini.
Melalui kaedah turun padang, program ini
akan dikendalikan dengan mendekati komuniti
menerusi aktiviti edaran pelitup muka dan hand
sanitiser kepada kelompok bersasar. Pencerahan
juga akan diberikan kepada masyarakat berkaitan
kepentingan menjaga kebersihan diri. Selain itu,
banner kesedaran pematuhan prosedur operasi
standard (SOP) juga dibekalkan di premis-premis
awam bagi menggalakkan semua pihak untuk
bersama-sama membantu petugas barisan
hadapan dalam memerangi penularan wabak
COVID-19.
“LADA menyediakan 30,000 kotak pelitup muka
serta 14,000 unit hand sanitiser untuk edaran
kepada seluruh ‘Keluarga Langkawi’ sebagai
salah satu kaedah bagi mendidik dan memupuk
kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan
masyarakat setempat ketika mendepani
cabaran hidup bersama wabak COVID-19 ini,”
kata YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib,
Ketua Pegawai Eksekutif LADA.
Dalam program yang sama, beliau turut
mengulas bahawa Langkawi sedang
membuat persiapan bagi pembukaan semula
pelancongan antarabangsa. Sehingga 5
November 2021, seramai 240,361 orang
pelancong tempatan telah tiba ke Langkawi
dengan purata kemasukan sekitar 8,500 orang
pelancong sehari. LADA optimis bahawa jika
Langkawi dibuka kepada negara luar dengan
pematuhan SOP yang ketat dan teratur, maka
pulau ini akan menjadi destinasi utama pilihan
pelancong dalam tempoh terdekat ini.
10
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
MAJLIS ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG
LADA 2020
BERITA UTAMA | Aktiviti LADA
Langkawi, 16 November 2021 – Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang LADA Tahun 2020
telah diadakan pada 14 November 2021 di Hotel
Bayview Langkawi. Majlis ini telah dirasmikan
oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs.
Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib.
Seramai 27 orang kakitangan LADA
telah menerima anugerah dalam
majlis ini. Selain itu, majlis ini turut
meraikan tiga (3) orang pesara dan
empat (4) orang pegawai yang telah
menamatkan tempoh perkhidmatan
secara peminjaman bersama LADA
pada tahun ini.
Majlis bertemakan ‘Tribute to Frontliners’
ini telah berlangsung dengan meriah dan
gemilang dengan penyertaan Keluarga LADA.
Semoga Keluarga LADA terus mengekalkan
budaya kerja berprestasi tinggi di samping
menerapkan nilai teras LADA iaitu ‘BIP’,
(Berpasukan, Integriti & Profesionalisme) dalam
usaha menyampaikan perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat dan negara.
11
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
MAJLIS ANUGERAH 12
KECEMERLANGAN PELAJAR
LANGKAWI (A-KAWI) TAHUN EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
2021
BERITA UTAMA | Komuniti
Langkawi, 24 November 2021 – Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA) dengan
kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah
Langkawi (PPD), Panorama Langkawi Sdn.
Bhd. (PLSB), Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB)
dan Langsura Geopark Sdn. Bhd. (LGSB) telah
menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Pelajar Langkawi (A-KAWI) Tahun 2021 pada
24 November 2021 di Bayview Hotel, Kuah.
Program tahunan yang diadakan ini bertujuan
memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada pelajar-pelajar cemerlang di Langkawi
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) pada tahun 2020 yang lalu.
Seramai 66 orang individu yang terdiri daripada
38 orang pelajar SPM dan 28 orang pelajar
STPM dari seluruh Langkawi telah menerima
sijil penghargaan dan wang tunai RM200
sumbangan LADA bagi setiap seorang. Selain
itu, para penyandang Anugerah Pelajar Terbaik
SPM, saudari Nur Aishah binti Zakaria dan
Anugerah Pelajar Terbaik STPM, saudara
Mohamad Hafiz bin Zamzuri masing-masing
telah menerima hadiah komputer riba
sumbangan PLSB dan LGSB. Turut
menerima anugerah dan hadiah tablet
elektronik sumbangan LGSB ialah
saudari Miftahul Zaira binti Mohammad
Zairi bagi kategori Anugerah Khas Pelajar
Cemerlang Ko-Kurikulum.
Majlis perasmian dan penyampaian
anugerah telah disempurnakan oleh YBrs.
Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua
Pegawai Eksekutif LADA. Turut menghadiri
majlis tersebut ialah Encik Azhari bin Abdul
Rashid, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.
Semoga penganjuran Majlis A-KAWI ini akan
menyuntik semangat pelajar-pelajar di Pulau
Langkawi untuk menggapai kejayaan dalam
bidang akademik dan ko-kurikulum.
MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH
LADA TAHUN 2021
BERITA UTAMA | Aktiviti LADA
Langkawi, 30 November 2021 – Majlis Ikrar
Bebas Rasuah LADA Tahun 2021 telah diadakan
bertempat di Dewan Besar Kompleks LADA.
Majlis ini merupakan satu usaha perkongsian
pintar antara LADA bersama pihak Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Negeri Kedah.
Lafaz ikrar bebas rasuah LADA telah
diketuai oleh YBrs. Tuan Nasaruddin
bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai
Eksekutif LADA dan disaksikan oleh
YBhg. Dato’ Haji Shaharom Nizam
bin Abd Manap, Pengarah SPRM
Negeri Kedah.
Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk
memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang
dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi dan
warga kerja LADA. Ikrar dan janji ini dilakukan
secara sukarela atas kapasiti sebagai warga kerja
LADA yang komited dalam memastikan tugas
dilaksanakan dengan amanah serta menjauhi
perlakuan rasuah selama memegang jawatan
yang diamanahkan.
Seramai 37 orang pegawai dan kakitangan LADA
telah mengangkat lafaz IBR pada tahun ini.
13
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
14
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
15 FORUM KELESTARIAN
LANGKAWI UNESCO GLOBAL
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A GEOPARK (LUGGp) 2021
BERITA UTAMA | Pelancongan
Langkawi, 1 Disember 2021 – Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA) dengan
kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi
(Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Friends
of Langkawi Geopark (FLAG) menganjurkan
Forum Kelestarian Langkawi UNESCO
Global Geopark (LUGGp) 2021 selama
dua hari pada 1 dan 2 Disember 2021
di Hotel Aloft, Langkawi. Bertemakan
“Pemerkasaan Komuniti ke Arah
Kemakmuran Bersama”, forum ini
bertindak sebagai medium bagi
memupuk komitmen dan penglibatan
komuniti tempatan di LUGGp untuk
merealisasikan perubahan positif
dalam wilayah geopark.
Enam tema telah dipilih bagi pelaksanaan forum
ini iaitu Pemuliharaan Warisan, Pendidikan
Awam, Produk Geopelancongan, Penglibatan
Komuniti, Perniagaan Geopark (Produk Geopark)
dan Pembangunan Lestari.
“LADA menyasarkan penglibatan aktif pihak
berkepentingan dalam pengurusan LUGGp
bagi mendapatkan maklumat dan pandangan
serta meneliti keberkesanan program yang
telah dilaksanakan. Semua ini akan dijadikan
asas dalam membina hala tuju, pelan dan
strategi pembangunan masa hadapan LUGGp.
Tahniah kepada LADA yang sentiasa peka dan
menjadi penggerak kepada kejayaan serta
kesinambungan LUGGp”, kata YB Datuk Seri
Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan
Sumber Asli (KeTSA).
Beliau turut menambah, “Pada hari ini, kita akan
melancarkan dua inisiatif baharu di LUGGp
iaitu Projek Konservasi Alam One Tourist One
Tree (1T1T) yang merupakan kolaborasi antara
Pejabat Perhutanan Langkawi dan LADA serta
Projek Orang Langkawi yang melibatkan semua
komuniti di Langkawi. Projek Konservasi Alam
1T1T merupakan inisiatif pemuliharaan dan
pemeliharaan flora di Langkawi dengan sasaran
penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima 16
tahun, manakala Projek Orang Langkawi pula
adalah satu projek komuniti yang dilancarkan EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
oleh kumpulan penggiat seni muda dengan
sokongan LADA yang mengumpul cerita-
cerita kehidupan orang Langkawi tentang
usaha, harapan serta kegigihan wira-wira
tidak ternama, seterusnya menggambarkan
keindahan warisan dan tradisi kehidupan
penduduk tempatan pulau ini.”
Mengulas lanjut berkenaan penganjuran forum
tersebut, YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul
Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA
berkata, “Forum ini menyasarkan penglibatan
seramai 150 orang rakan strategik LUGGp
yang terdiri daripada komuniti setempat,
penggiat dalam bidang seni, kulinari dan
pendidikan, agensi penguatkuasaan dan
pelaksanaan dalam pembangunan Langkawi,
pemain industri pelancongan, kumpulan
pakar serta agensi teknikal yang membantu
pembangunan geopark di Malaysia. Ini selaras
dengan usaha melibatkan penduduk Langkawi
kerana komuniti tempatan yang berada dalam
geopark merupakan sebahagian daripada
komponennya dan bertanggungjawab untuk
turut membangunkan geopark.”
Tambah beliau, “Langkawi merupakan sebuah
pulau pelancongan yang unik dan menampilkan
keistimewaan status UNESCO Global
Geopark. LADA optimis kemasukan pelancong
ke pulau ini bakal meningkat dengan inisiatif
pemerkasaan komuniti yang strategik dan
dinamik seiring dengan pembangunan
dan kelestarian alam semula jadi di sini.
Sehingga 26 November 2021, Langkawi
menerima 402,821 orang pelancong dan
kita yakin dengan kekuatan tagline yang
dimiliki iaitu Naturally Langkawi serta
pengiktirafan UNESCO, pulau ini bakal
menjadi tumpuan pelancong semula sedikit
masa lagi.”
Semoga penganjuran forum dan kerjasama
strategik antara LADA, Pusat Penyelidikan
Langkawi (UKM) dan Friends of Langkawi
Geopark (FLAG) ini akan menjadikan Langkawi
terus relevan sebagai pusat rujukan utama
UNESCO Global Geopark, seterusnya memberi
inspirasi kepada negara-negara lain di rantau
Asia Pasifik.
LANGKAWI RAIH ENAM
ANUGERAH DI MAJLIS
MALAYSIA TOURISM COUNCIL
GOLD AWARDS
BERITA UTAMA | Pelancongan
Langkawi, 10 Disember 2021 – Langkawi
berjaya raih enam anugerah di Majlis Malaysia
Tourism Council Gold Awards 2021 anjuran
Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yang telah
berlangsung di New World Hotel, Petaling
Jaya. Dalam majlis yang sama, sebanyak
46 anugerah telah disampaikan
kepada pemain industri pelancongan
di Malaysia bagi mengiktiraf peranan
mereka dalam memperkasakan
industri pelancongan negara ini.
YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul
Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif
LADA berkata, “LADA menjangkakan
kedatangan pelancong ke Langkawi
akan meningkat dengan lebih baik pada
tahun 2022. Dari 16 September hingga 5 Disember
2021, jumlah pelancong yang tiba telah mencecah
seramai 472,572 orang dengan pendapatan
sebanyak RM487 juta berjaya dijana. Jika dilihat,
trend kemasukan pelancong ke Langkawi sentiasa
meningkat setiap bulan mulai September lepas.
Ini menunjukkan bahawa Langkawi mempunyai
potensi besar untuk menyinar setelah sekian
lama sunyi daripada kemeriahan pelancong
akibat pandemik COVID-19.”
17
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
Berikut adalah enam anugerah yang telah
diberikan kepada para penerima dari Langkawi:
i. Special Awards on Travel Bubble Initiatives
– Lembaga Pembangunan Langkawi
(LADA);
ii. The Best Cable Car in Malaysia – Langkawi
SkyCab (Panorama Langkawi Sdn. Bhd.);
iii. The Best Malay Cuisine and Heritage
Restaurant – Restoran Kerisik @ Laman
Padi Langkawi (Langsura Geopark Sdn.
Bhd.);
iv. The Best Eco-Friendly Destination – Tasik
Dayang Bunting (Langsura Geopark Sdn.
Bhd.);
v. The Best 3 Star Hotel (Sea View) – Nadias
Hotel Langkawi; dan
vi. The Best Islamic Compliance Hotel – Adya
Hotel Langkawi.
Anugerah-anugerah ini membuktikan bahawa
Langkawi adalah sebuah pulau pelancongan
bertaraf dunia yang menawarkan pengalaman
percutian yang unik dan mempesonakan
bagi setiap pengunjungnya. Usaha bagi
mengembalikan kegemilangan industri
pelancongan pulau ini akan terus dilaksanakan
demi kelangsungan ekonomi Langkawi.
Diharapkan anugerah ini dapat memberi
inspirasi kepada pemain industri di Langkawi
untuk sama-sama memartabatkan sektor
pelancongan pulau legenda ini.
18
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
LANGKAWI
BANGKIT
PROGRAM KHAS
19
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
20
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
PROGRAM BUAL BICARA USAHAWAN DIGITAL –
PENAMPILAN ISTIMEWA KHAIRUL AMING
LANGKAWI BANGKIT | Aktiviti LADA
Langkawi, 30 September 2021 - Satu Program Bual Bicara Usahawan anjuran LADA melalui
Bahagian Pelaburan dan Pemudah Cara Perniagaan telah diadakan dengan jayanya.
Program dengan penampilan khas saudara Khairul Aming ini melibatkan seramai hampir
200 orang peserta yang juga merupakan usahawan dari dalam dan luar Langkawi.
Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada usaha yang diambil oleh LADA untuk
meningkatkan motivasi usahawan baru dan sedia ada. Program ini juga dapat memberikan
inspirasi kepada para usahawan dalam menghasilkan kandungan pengiklanan produk dan
servis yang kreatif melalui perkongsian bermanfaat oleh pempengaruh media sosial dan
usahawan digital terkenal, Khairul Aming.
21
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
22
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
23
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
JALINAN KERJASAMA ANTARA LADA DAN
KOMUNITI DITERUSKAN BAGI MANFAAT PULAU
LANGKAWI
LANGKAWI BANGKIT | Komuniti
Langkawi, 13 Oktober 2021 – Dataran Lang hari ini dimeriahkan dengan penganjuran Program
Santai LADA Bersama Komuniti yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin
Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Program dimulakan dengan Sesi Penyerahan Bantuan Projek Ekonomi Baru, Pelan Hala
Tuju Ekonomi Langkawi atau PEB HELANG kepada Syarikat TapawFood Services. Mewakili
50 orang penerima bantuan daripada syarikat tersebut ialah Encik Zabel Iqbal bin Zainon,
founder merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.
“Genap setahun syarikat ini beroperasi, TapawFood telah mula menawarkan khidmat
penghantaran baru iaitu barangan runcit. Buat masa ini kami telah menjalinkan kerjasama
dengan empat perusahaan runcit utama di sekitar Langkawi iaitu Teow Soon Huat Duty
Free, Pasar Raya Kedawang, BHK Duty Free dan PL Soon Huat. Akan datang iaitu mulai
November 2021, TapawFood juga akan memulakan kerjasama dengan Pasar Raya Borong
KH Nizam,” ulas Encik Zabel Iqbal.
Sejak mula beroperasi pada Ogos 2020, TapawFood telah berjaya menjana keuntungan
sebanyak RM1.5 juta melalui 10,300 orang pengguna berdaftar, 193 orang vendor dan 20
orang rider aktif.
Tuan Nasaruddin berkata, “Bagi memberi suntikan semangat dan dorongan kepada syarikat
ini untuk lebih maju jaya kelak, LADA telah menyumbangkan bantuan berjumlah RM16,290
dalam bentuk 10 unit Smart Android Mobile POS Terminal, 20 pasang uniform rasmi dan
10 buah kotak penghantaran (delivery box) untuk kegunaan penghantar makanan Syarikat
TapawFood. Satu billboard untuk mempromosi syarikat ini juga telah dipasang mulai
September yang lalu untuk tempoh enam bulan sehingga Mac 2022.”
Sementara itu, turut berlangsung dalam Program Santai LADA Bersama Komuniti tersebut
ialah Sesi Penyerahan Surat Kelulusan Projek Kecil Komuniti Fasa 2 Tahun 2021 kepada
tujuh orang wakil komuniti Langkawi. Projek-projek ini dilaksanakan di bawah teras
Infrastruktur Kecil, Pelan Strategik Pembangunan Komuniti LADA yang merangkumi kerja-
kerja penyelenggaraan, baik pulih, dan bekalan peralatan bagi aspek kemudahan awam,
ekonomi, keagamaan, dan pendidikan setempat. Kos keseluruhan bagi pelaksanaan
tujuh projek kecil komuniti yang telah diluluskan untuk fasa kedua tahun 2021 ini
ialah RM130,500.
24
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
KURSUS ‘SMARTPHONE VIDEO MAKING FOR
MARKETING’
LANGKAWI BANGKIT | Aktiviti LADA
Langkawi, 3 November 2021 – Kursus ‘Smartphone Video Making for Marketing’ telah
diadakan dari 1 hingga 2 November 2021 di Dewan Besar Kompleks LADA.
Kursus ini melibatkan 30 orang peserta yang juga merupakan usahawan dan penggiat
industri pelancongan dari dalam dan luar Langkawi. Objektif penganjuran kursus ini adalah
untuk membantu para usahawan menghasilkan video pemasaran produk dan servis bertaraf
profesional dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Pada akhir kursus, kesemua peserta berjaya menghasilkan video pemasaran produk dan
servis yang menarik hasil bimbingan tenaga pengajar terlatih dari Syarikat Pocket Production.
Semoga usaha ini menjadi pendorong kepada semua usahawan untuk terus bersemangat
mengembangkan perniagaan melalui platform digital. Tahniah diucapkan kepada semua
peserta kursus ini.
25
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
26
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
27
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
KURSUS LATIHAN PENYEDIAAN KEK BAJET &
ROTI VIRAL
LANGKAWI BANGKIT | Komuniti
Langkawi, 18 November 2021 – Kursus Latihan Penyediaan Kek Bajet dan Roti Viral anjuran
LADA dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Langkawi telah diadakan pada 16 dan 17
November 2021 bertempat di Pusat Masakan KEMAS Daerah Langkawi.
Secara keseluruhan, kursus ini melibatkan 30 orang peserta yang terdiri daripada individu
dan pengusaha di Langkawi yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Seramai 14 orang
peserta terpilih bagi Kursus Latihan Penyediaan Kek Bajet manakala 16 orang peserta lagi
terlibat dengan Kursus Latihan Penyediaan Roti Viral.
Objektif penganjuran kursus latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan
sasaran dan membantu meningkatkan kemahiran mereka supaya golongan ini dapat menjana
pendapatan bagi menampung keperluan harian serta mendepani cabaran situasi semasa.
Pada akhir kursus latihan ini, kesemua peserta berjaya menghasilkan kek bajet dan roti viral
yang boleh dijadikan contoh untuk dikomersialkan.
Latihan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Rohaizad bin Rashid, Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif LADA (Pengurusan). Turut hadir ialah Puan Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit
Khidmat Korporat (UKK) LADA, Puan Dayang Siti Naquiah binti Awang Mohammad, Pegawai
KEMAS Langkawi dan Encik Mohd Shukri bin Ishak, Penolong Pegawai Tadbir UKK LADA.
Semoga usaha ini menjadi pendorong kepada bakal usahawan untuk terus bersemangat
dalam memenuhi permintaan penduduk Langkawi serta pelancong. Tahniah diucapkan
kepada semua peserta yang terlibat.
28
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
BERITA
RINGKAS
PROGRAM DAN AKTIVITI LADA
29
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
30
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
‘SUNSET DINNER’ ANJURAN LADA BERSAMA PENGAMAL
MEDIA KUALA LUMPUR
BERITA RINGKAS | Aktiviti LADA
Langkawi, 15 Oktober 2021 – Tidak kurang daripada 50 rakan media dan pegawai penerangan
telah menghadiri ‘Sunset Dinner’ di Hotel Goldsands pada hari ini. Program ini adalah bagi
meraikan wakil media dari Kuala Lumpur yang mengadakan Program Kembara Media
Bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Selain itu, program ini juga bertindak sebagai platform bagi LADA dan pengamal
media untuk saling mengenali dan bertukar pandangan terutamanya dalam mempromosikan
Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara.
31
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
CSR LADA BANTU APM LANGKAWI DI BAWAH TERAS
BENCANA
BERITA RINGKAS | Komuniti
Langkawi, 24 Oktober 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui inisiatif
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah menyampaikan sumbangan peralatan bagi
kegunaan pengurusan jenazah mangsa COVID-19 kepada Angkatan Pertahanan Awam
(APM) Langkawi. Sesi penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan
Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan sumbangan berkenaan
telah diterima oleh Kapten (PA) Ahmad Shahfikri bin Darus, Pegawai Pertahanan Awam
Daerah Langkawi.
Semoga peralatan yang disumbangkan akan dapat membantu anggota APM melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan demi kebajikan dan kesejahteraan komuniti Langkawi.
32
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
MAJLIS PERASMIAN CAWANGAN ‘SIGNATURE’ MOKTI’S
AISKRIM GULA APONG DI LANGKAWI
BERITA RINGKAS | Pelancongan
Langkawi, 30 Oktober 2021 – Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Tuan Nasaruddin bin
Abdul Muttalib hari ini telah merasmikan pembukaan cawangan Mokti’s Aiskrim Gula Apong
di Langkawi. Cawangan ini merupakan yang ke-48 di Malaysia dan satu-satunya cawangan
berstatus ‘signature’ buat masa ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan)
LADA, YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin serta Ketua Pegawai Pemasaran,
Encik Pengiran bersama pengasas Mokti’s Aiskrim Gula Apong, Puan Siti Fatimah.
Mokti’s Langkawi menawarkan pelbagai jenis aiskrim yang sedap dan menarik dengan harga
yang berpatutan untuk dinikmati oleh semua penduduk Langkawi dan para pelancong.
33
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
KEJOHANAN GOLF LANGKAWI CUP 2021
BERITA RINGKAS | Pelancongan
Langkawi, 30 Oktober 2021 – Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dengan kerjasama
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Kejohanan Golf Langkawi
Cup 2021 di The Els Club Teluk Datai, Langkawi. Majlis pada malam tersebut dirasmikan
oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.
Seramai 90 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai Kejohanan Golf Langkawi Cup
edisi keempat pada kali ini. Kejohanan ini merupakan acara sukan pertama yang dianjurkan
di Langkawi selepas pembukaan semula pulau legenda ini pada 16 September 2021 yang
lalu dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Kejayaan penganjuran acara sukan ini
akan merintis jalan kepada penganjuran acara-acara lain di Langkawi dengan pembudayaan
norma baharu.
34
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
KARNIVAL JUALAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA
(KBBM)
BERITA RINGKAS | Komuniti
Langkawi, 13 November 2021 – Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)
anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
(KPDNHEP) diadakan bermula 11 hingga 14 November 2021 di Dataran Cenang. LADA turut
terlibat dalam penganjuran karnival ini melalui urusan penyelarasan penyertaan usahawan
Langkawi, penyelarasan lawatan ke Kompleks Kraf Langkawi serta pengisian aktiviti karnival.
Seramai 20 orang usahawan Langkawi terlibat dalam karnival yang berlangsung selama
empat hari ini.
Pada 13 November 2021, YB Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP telah
merasmikan karnival ini. Penyampaian sijil penghargaan kepada LADA serta semua agensi
yang terlibat turut diadakan semasa majlis perasmian tersebut.
35
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
PROGRAM SEHARI BERSAMA PANEL PEGUAM LADA
BERITA RINGKAS | Komuniti
Langkawi, 8 Disember 2021 – Unit Undang-undang LADA telah menganjurkan Program Sehari
Bersama Panel Peguam LADA. Seramai 50 orang jemputan yang terdiri daripada panel
peguam, pengurus-pengurus bahagian dan unit serta kakitangan LADA telah menghadiri
program ini.
Program yang dilaksanakan secara tahunan ini adalah satu usaha untuk mengeratkan lagi
kerjasama antara barisan panel peguam dan semua bahagian serta unit LADA yang telah
sedia terjalin. Tujuan utamanya adalah bagi membincangkan pelbagai isu terkini dan kerja
perundangan, selain untuk menyalurkan kefahaman kepada barisan panel peguam mengenai
fungsi dan aktiviti semasa LADA dalam melaksanakan pembangunan di Langkawi. Hal ini
penting bagi memastikan perkhidmatan perundangan yang diberikan selari dengan objektif
dan fungsi LADA menurut Akta 423 agar hak dan kepentingan LADA kekal terpelihara.
Menerusi program ini, pihak pengurusan LADA dan barisan panel peguam dapat saling
bertukar fikiran dan pendapat untuk memastikan semua tindakan perundangan yang
dilaksanakan adalah selaras dengan kehendak LADA serta pada masa yang sama tidak
bertentangan dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
Program pada kali ini diatur dengan pengisian yang memfokuskan pembangunan di pulau-
pulau kecil sekitar Langkawi yang berpotensi untuk dibangunkan oleh para pelabur. Turut
hadir sepanjang pelaksanaan program ini ialah YBhg. Dato’ Suhara binti Salleh, Timbalan
Pengarah Belanjawan Negara (Perkhidmatan Am) di Kementerian Kewangan yang juga
merupakan Ahli Lembaga Pengarah LADA.
36
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
LANGKAWI SWIMMING FESTIVAL 2021
LANGKAWI BANGKIT | Pelancongan
Langkawi, 12 Disember 2021 – Langkawi Swimming Festival 2021 (LSF) anjuran Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Tough Gorilla Ventures telah diadakan
di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi. Dilaksanakan buat kali kedua setelah penganjuran edisi
pertama pada tahun 2019, acara pelancongan ini diharap dapat meningkatkan imej Langkawi
sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat, selain turut menjadi hab utama bagi
penganjuran acara sukan air negara.
“Pelaksanaan acara ini akan memberi petunjuk positif bahawa perairan Langkawi adalah
selamat dan sesuai untuk aktiviti renang sama ada bagi tujuan sukan mahupun percutian
keluarga. Kita yakin aktiviti sukan sebegini dapat menarik minat pelancong untuk terus
berkunjung ke pulau ini. LADA akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai langkah
menghidupkan semula penganjuran acara sukan di Langkawi,” kata YBrs. Tuan Wan
Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan &
Pembangunan) LADA.
Empat kategori telah dipertandingkan dalam edisi LSF kali ini iaitu renang sejauh 2 km, 4
km dan 8 km, di samping acara renang bagi kanak-kanak sejauh 400 meter. Kategori kanak-
kanak diperkenalkan bagi menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti renang sejadi
atau open water swimming (OWS). Sejumlah 480 orang peserta telah mendaftar bagi acara
ini dengan dua penyertaan dari negara jiran iaitu Singapura. Acara ini turut disertai oleh dua
orang perenang kelainan upaya (OKU) iaitu Jeff Wong dan Faiq Adnan dari Selangor.
37
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
PEMERKASAAN KOMUNITI MELALUI INSENTIF BANTUAN
PERNIAGAAN PEB HELANG 2021
BERITA RINGKAS | Komuniti
Langkawi, 13 Disember 2021 – LADA telah menyalurkan insentif bantuan perniagaan Projek
Ekonomi Baru (PEB) di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) kepada
komuniti tempatan di Langkawi. Jalinan kerjasama antara LADA dan syarikat DXN Agrotech
Sdn. Bhd. telah menghasilkan peluang ekonomi baru melalui projek penternakan lobster air
tawar (LAT) dan projek tanaman cendawan tiram. Insentif ini diwujudkan untuk membantu
mengurangkan beban dan menjana pendapatan sampingan komuniti Langkawi.
Seramai 29 orang peserta menerima bantuan perniagaan set penternakan LAT dengan nilai
RM2,000 setiap seorang. Peserta memperoleh satu set kolam ternakan, pam udara dan
anak benih LAT berjumlah 500 ekor. Bantuan berupa 11 buah rumah cendawan berserta
4,000 unit bongkah benih cendawan tiram pula diserahkan kepada 18 orang penerima dan
dua buah Maahad Tahfiz di Langkawi iaitu Maahad Tahfiz Darul Amar dan Pusat Pengajian
Tarbiyatul Auladiyah.
YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA berkata, “Usaha
ini telah mula dilaksanakan sejak 1 Julai 2020 melalui projek penanaman cendawan tiram.
Projek ini telah menghasilkan tuaian sebanyak 1,173 kilogram sehingga Disember 2021
dan jumlah kutipan hasil jualan sebanyak RM15,245. Bagi projek penternakan LAT yang
telah dimulakan pada 4 Mac 2021 lalu, dijangkakan pendapatan sebanyak RM5,600 mampu
dijana pada tuaian pertama setelah LAT mencapai saiz matang antara enam hingga lapan
inci seekor dengan purata berat 56 kilogram bagi satu kolam. Melihat hasil dan maklum
balas ke atas kedua-dua projek ini, LADA bersetuju insentif ini diperkasakan lagi dengan
penyaluran bantuan sebanyak RM136,400 pada kali ini.”
Bagi memastikan kesemua usahawan ini dapat memulakan perniagaan dengan asas
pengetahuan dan kemahiran yang tepat, DXN Agrotech Sdn. Bhd. akan membantu
memberikan latihan dan bimbingan kepada peserta sepanjang tempoh program ini
dilaksanakan. Semoga usahawan kecil Langkawi dapat meneruskan perjuangan dan berjaya
mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa kelak.
38
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
LAWATAN
LUAR
LAWATAN RASMI KE LADA
39
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A
40
EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A
LAWATAN KERJA SUK KEDAH KE PULAU TUBA
LAWATAN | Aktiviti LADA
Langkawi, 8 Oktober 2021 – Satu lawatan kerja oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim ke Pulau Tuba telah diadakan
pada hari ini. Objektif lawatan ini adalah bagi meninjau kerja baik pulih dan naik taraf Jeti
Teluk Bujur yang sedang dilaksanakan oleh LADA di pulau tersebut. Projek yang dijangka
selesai pada Mac 2023 ini dilaksanakan untuk memastikan jeti tersebut sentiasa berada
dalam keadaan selamat dan baik untuk kegunaan pelancong dan penduduk setempat.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah EXCO Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan
Tenaga Negeri Kedah, YB Dato’ Suraya binti Yaacob, Pegawai Daerah Langkawi, YBrs. Tuan
Haji Saiful Anwar bin Azmi, YDP Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
(MPLBP), YBrs. Tuan Radzuan bin Osman, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA), YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib.
41
EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A