The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Buletin Malay Edisi 4-2021 (Interaktif)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Firdaus Helmi, 2022-02-08 23:08:57

e-Buletin Malay Edisi 4-2021 (Interaktif)

e-Buletin Malay Edisi 4-2021 (Interaktif)

LAWATAN KERJA KONSUL EKONOMI DI KONSULAT
JENDERAL REPUBLIK INDONESIA PULAU PINANG

LAWATAN | Aktiviti LADA
Langkawi, 14 Oktober 2021 – Konsul Ekonomi di Konsulat Jenderal Republik Indonesia Pulau
Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada
hari ini. Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak konsulat berkenaan dan
LADA.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk penyertaan LADA dalam Trade Expo Indonesia
– Digital Edition (TEI-DE) kali ke-36 yang diadakan secara maya dari 21 Oktober hingga 4
November 2021. Peluang ini boleh diambil oleh LADA untuk mempromosikan produk-produk
tempatan dan sektor pelancongan Langkawi di pasaran Indonesia.
Semoga kerjasama ini dapat direalisasikan untuk manfaat dan kepentingan kedua-dua pihak.

42

EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A

LAWATAN KERJA DELEGASI KERAJAAN NEGERI PERAK

LAWATAN | Aktiviti LADA
Langkawi, 14 Oktober 2021 - Seramai 25 orang pegawai kerajaan dan agensi persekutuan
dari negeri Perak iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Tourism Perak, Sekretariat Pulau
Bebas Cukai (PBC) Pangkor, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perak serta Pejabat YB EXCO Perumahan, Kerajaan
Tempatan dan Pelancongan telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA). Lawatan ini juga disertai oleh pegawai dari Bahagian Perancang Ekonomi
Negeri (BPEN) Kedah dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).
Taklimat mengenai pelaksanaan gelembung pelancongan dan prestasi sektor pelancongan
Langkawi telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai
Eksekutif LADA.
Semoga lawatan kerja yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pihak
yang terlibat. Pihak LADA juga berharap agar sektor pelancongan Pulau Pangkor akan turut
berkembang maju selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak.

43

EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A

LAWATAN KERJA MPAJ KE LADA

LAWATAN | Aktiviti LADA
Langkawi, 20 Oktober 2021 – Seramai 42 orang delegasi dari Majlis Perbandaran Ampang
Jaya (MPAJ) Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA).
Lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, YDP MPAJ dan turut disertai
oleh Ahli Majlis dan pegawai tertinggi MPAJ.
Perkongsian maklumat mengenai peranan dan fungsi LADA serta prestasi semasa sektor
pelancongan Langkawi telah dilaksanakan dalam sesi lawatan ini.
Semoga lawatan kerja ke LADA dan Langkawi ini membuahkan hasil dan memberi manfaat
kepada MPAJ dalam mencapai visinya iaitu ‘Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya Ke Arah
Bandar Digital Dan Berdaya Huni Menjelang 2025’.

44

EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A

TAKLIMAT PEMBANGUNAN LANGKAWI KEPADA JABATAN
PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA
(PLANMalaysia@Melaka) & MAJLIS BANDARAYA MELAKA
BERSEJARAH (MBMB)

LAWATAN | Aktiviti LADA
Langkawi, 1 November 2021 – Satu sesi taklimat pembangunan Langkawi dan pengemaskinian
data ruang (spatial data) Geographic Information System (GIS) berkaitan pemetaan fizikal
dan pelancongan kepada PLANMalaysia@Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(MBMB) telah diadakan pada 1 November 2021 di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks
Lembaga Pembangunan Langkawi.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Siti Norsuhada binti Che Man, Penolong Pengurus
Kanan, Bahagian Perancangan LADA kepada 23 orang peserta dari PLANMalaysia@Melaka
yang diketuai oleh Encik Mohd Radzi bin Mohamad, Ketua Bahagian Maklumat Guna Tanah
Negeri Melaka. Sesi taklimat ini juga dihadiri oleh Encik Mohd Syaizuan bin Mohamad Rasid,
pegawai dari Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP).

45

EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGGUNA ISLAM
MALAYSIA (PPIM) KE LADA

LAWATAN | Aktiviti LADA
Langkawi, 8 November 2021 – YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai
Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini telah menerima kunjungan
hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Hadir bagi pihak persatuan tersebut
ialah Puan Siti Khadijah Hassan Berseri, Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Encik Mohd
Shah Irwan Mawardi, Pembantu Ketua Operasi PPIM dan Encik Naziman Aziz, Wakil Media
PPIM.
Kunjungan hormat ringkas yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim
antara LADA dan PPIM di samping bertukar buah fikiran bagi mempelbagaikan jenis dan
kaedah penyampaian bantuan kepada komuniti Langkawi yang kurang berkemampuan.
Semoga pertukaran idea ini dapat memanfaatkan semua pihak yang berkenaan.

46

EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN USAHAWAN LADA
BERSAMA FAMA

LAWATAN | Aktiviti LADA

Langkawi, 13 November 2021 – LADA telah menerima kunjungan pihak Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) (Ibu Pejabat dan Negeri Kedah) pada 11 November 2021.
Rombongan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohamad Mustahapa Awang, Timbalan
Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA ini hadir bagi membincangkan kerjasama untuk
merancakkan program pembangunan usahawan Langkawi terutamanya dalam digitalisasi
perniagaan. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin
Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) LADA.
Delegasi ini seterusnya membuat lawatan ke Karnival Jualan Kempen Beli Barangan
Malaysia (KBBM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Malaysia (KPDNHEP) di Dataran Cenang bagi bertemu dengan beberapa orang usahawan
yang menyertai karnival tersebut.

47

EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A

48

EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A

POSTER
HEBAHAN

HEBAHAN RASMI LADA

49

EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A

50

EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A

51

4THLAEDDAITE-IBOUNLL/E2T0IN21

52

4TLHAEDDAIET-BIOUNLL/E2T0IN21

53

4THLAEDDAITE-IBOUNLL/E2T0IN21

54

4TLHAEDDAIET-BIOUNLL/E2T0IN21

55

4THLAEDDAITE-IBOUNLL/E2T0IN21

56

4TLHAEDDAIET-BIOUNLL/E2T0IN21

571

4THLAEDDAITE-IBOUNLL/E2T0IN21

582

4TLHAEDDAIET-BIOUNLL/E2T0IN21

59

4THLAEDDAITE-IBOUNLL/E2T0IN21

60

4TLHAEDDAIET-BIOUNLL/E2T0IN21

5691

4THLAEDDAITE-IBOUNLL/E2T0IN21

602

4TLHAEDDAIET-BIOUNLL/E2T0IN21













69

4THLAEDDAITE-IBOUNLL/E2T0IN21

70

4TLHAEDDAIET-BIOUNLL/E2T0IN21

71

EE-DBIUSLIE4TI/N2L0A2D1A

E-BULETIN LADA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

Edisi 4/2021 (Oktober - Disember)

Penaung : YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib
Penasihat : YBrs. Tuan Rohaizad bin Rashid
Ketua Editor : Puan Nordiana binti Nordin
Pengarang : Encik Khairul Nizam bin Abdul Ghalim
Cik Adilah binti Zabir
Jurugambar :
Encik Zamri bin Ibrahim

Jawatankuasa Encik Muhammad Izzat bin Ghazali
E-Buletin LADA : Unit Pemantauan dan Pelaksanaan
Cik Nor Amira binti Man
Bahagian Pelaburan dan Pemudah Cara Perniagaan
Puan Norazizah binti Abdul Jalil
Bahagian Kewangan
Puan Mastura binti Aziz
Bahagian Pengurusan Aset
Puan Zalina binti Matt Saman
Bahagian Pelancongan
Puan Noor Munirah binti Mohamad
Bahagian Perancangan
Encik Mohd Ridzuan bin Maghribi
Bahagian Kejuruteraan Teknikal
Cik Fatimah binti Baharuddin
Unit Undang-Undang
Encik Mohd Shahrul Nizam bin Awang
Bahagian Teknologi Maklumat
Puan Wan Suffurinaz binti Wan Sulaiman
Unit Integriti
Cik Wan Aida Munirah binti Wan Ismail
Unit Audit Dalam
Puan Irliyani binti Isa
Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan

Grafik/Reka Letak : Encik Mohamad Firdaus Helmi bin Fazil

Urus Setia & Edaran : Unit Khidmat Korporat/Bahagian Teknologi Maklumat

Terbitan : Lembaga Pembangunan Langkawi

72

EE-DBUISLEI T4I/N2L0A2D1A

E-BULETIN LADA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

Edisi 4/2021 (Oktober - Disember)

Diterbitkan oleh:

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI
Kompleks LADA, Peti Surat 60,
Jalan Persiaran Putra
07000 Langkawi Kedah
Tel : 04-9600 600
Faks : 04-9600 509

Aduan? Cadangan? Maklum balas?
Sila layari SISPAA

Okt. - Dis. 2021

UKKLADA

E-Buletin LADA Edisi 4/2021 W W W. L A D A .G O V. M Y

/ ukkLADA / langkawi_lada / LangkawiDevelo1


Click to View FlipBook Version