The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI AMRINA RUSYAIDA BINTI RAZALI IPG-Pelajar, 2024-03-10 07:09:41

BUKU LOG BSMM (TUGASAN 1 MPU3514a- KOKURIKULUM))

SITI AMRINA RUSYAIDA

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIAN RED CRESENT BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SITI AMRINA RUSYAIDA BINTI RAZALI 2021082340378 PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 MPU3451a- KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM BSMM 1 ENCIK MOHD DAZPI BIN MUSTAFA, ENCIK WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA


JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU JAWATAN NAMA PENGARAH: DR KHAIRUDIN BIN SAID PENSYARAH: 1. ENCIK MOHD DAZPI BIN MUSTAFA 2. ENCIK WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA PENGERUSI: MUHAMMAD ALIFF DANIEL SUHAIMI NAIB PENGERUSI: NUR NATASHA BINTI MOHD SUHAILI SETIAUSAHA: ATIQAH MAISARAH BINTI YAHYA NAIB SETIAUSAHA: MUHAMMAD SYARIEZMAN BIN CHE ISMAIL BENDAHARI: AZIMAN ZULMAJID BIN ZAINAL NAIB BENDAHARI: LIVYSHA A/P GANESAN AHLI : 1. MUHAMMAD FAREEZ BIN MD YAKOB 2. SITI AMRINA RUSYAIDA BINTI RAZALI 3. SITI NOOR AISHA BINTI HASAN 4. MUHAMAD HANIF ASHRAFF BIN MOHAMAD 5. MUHAMMAD AIDEL AMZAR BIN MOHAMAD 6. MUHAMMAD IRHAM SYAFI BIN SYADIRON 7. MUHAMMAD SYAHMI BIN MAZNEE 8. NURSHIFA ATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN 9. NURSYAMIMI BINTI SAFIEE 10. NAZIHAH BINTI ISMAIL 11. LAM JING LOON 12. NUR HUSNINA AUNI BINTI MOHD ZUBAIRI 13. AZIM BIN BOHKORI 14. MUHAMMAD DANISH SYAHMI BIN MOHD SANUSI 15. AHMAD IRSYAD TSAQIF BIN ZALI


PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH 1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS Kemanusiaan ➢ Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. ➢ Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. ➢ la memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. Kesaksamaan ➢ Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. ➢ Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius. Keberkecualian ➢ Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Kebebasan ➢ Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Khidmat Sukarela ➢ la berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. Ketunggalan ➢ Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara.


➢ Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Kesejagatan ➢ Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. ➢ Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantumembantu di antara satu sama lain.


1.2 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN OBJEKTIF PERLEMBAGAAN ➢ Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undangundang. ➢ Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan perti politik dan persatuan belia. ➢ Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta perlimen seperti Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. ➢ Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. ➢ Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. Objektif Perlembagaan Bulan Sabit Merah Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM: Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan wad-wad Konvensyen oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva


KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM ➢ Subperaturan 5 (1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No 41. Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peratuan-peraturan (perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Perbubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain Perkara-perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah: i. Lencana / logo persatuan ii. Cogan katal moto iii. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv. Pendaftaran persatuan v. Jawatankuasa kecil


1.3 LAMBANG DAN COGAN KATA Rajah 1: Lambang Bulan Sabit Merah Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepadaa Switzerland (Palang Merah yang berlatar belakangkang putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan) la wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercerdera di masa peraang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka. ➢ Pada November 1876. Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. ➢ Langkah tersebut dikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang banyak penduduk muslim ➢ Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva ➢ Negara yang menandatangai Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. la hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercerdera akibat perang. Rajah 2. Bendera BSMM Rajah 3. Ukuran Piawai Bendera BSMM


LOGO RASMI BSMM Rajah 4: Logo Rasmi BSMM LAMBANG BSMM Rajah 5: Lambang BSMM ➢ Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagai mangkut ACT # 162, Malaysia Red Cross Society (change of name) ACT 1975. ➢ Kegunaan Lambang ▪ Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan yang lebih terpakai semasa peperangan ▪ Kegunaan yang lebih baru pulai iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan tu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenal mempunyai pertalian dengan Pergerakan Pulang Merah atau Bulan Satit Merah Cogan Kata BSMM "Cergas pada masa aman dan Perang"


IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dan pemerintah-pemerintah di negara kami Bahawa kami berikrar Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan Dan undang-undang serta arahan persatuan Walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami Kepada mereka yang sakit dan menderita Di waktu aman atau bencana Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: ▪ KEMANUSIAAN ▪ KESAKSAMAAN ▪ KEBERKECUALIAN ▪ KEBEBASAN KHIDMAT ▪ SUKARELA ▪ KETUNGGALAN ▪ KESEJAGATAN


LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat


2.0 SEJARAH BULAN SABIT MERAH 2.1 Pengasas Pergerakan Palang Merah Rajah 6: Sir Henry Dunant ➢ Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang lemah lembut dan kuat beragama. Jean banyak mengikut tingkah laku ibunya. Walaupun Jean Henry dibesarkan dalam kemewahan, tetapi dia dilatih berdisiplin dan kuat beragama. Dia amat mementingkan kepercayaan dan moral yang tinggi. Zaman remajanya banyak dihabiskan dengan menyertai beberapa pergerakan serta aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan. ➢ Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian danYahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. ➢ Pergerakan yang paling diminati Jean ialah Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama, kesatuan ini juga terdapat di England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Cadangan penggabungan dicetuskan oleh Jean Henry sendiri. ➢ Semasa berumur 21 tahun, Jean Henry bekerja sambil belajara di sebuah bank di Geneva. Tujuannya adalah untuk mempelajari selok-belok perbankan sehingga dilantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Kemudian, beliau meletakkan jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam peniagaan. ➢ Peniagaan yang diusahakan Jean Henry berjaya dan beliau mendapat banyak keuntungan. Walaubagaimanapun, Peperangan Solferino mengubah perjalanan hidupnya. 2.2 Peperangan Solferino ➢ Pada Jun 1859, ketika berumur 31 tahun, Jean Henry pergi ke Castiglionedelta Pieve di utara Itali. Ketika itu, Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Peperangan itu berlaku antara tentera Austria dengan gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Selepas berlangsung peperangan berlangsung selama 16 jam, medan perang dipenuhi dengan 40000 askar yang terkorban dan cedera.


Inisiatif Jean Henry ▪ Membantu tertera yang cedera dan sakit ▪ Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa | peperangan ▪ Menjadikan rumah dan gereja berdekatan sebagai hospital sementara. ▪ Meminta pertolongan penduduk setempat agar memberi pertolongan 1 Icemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit. ▪ Menggunakan kempen dan slogan Tutti fratelli (Kitakan bersaudara) Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandarCastiglione | delle Stiviere ➢ Kenangan pahit di Solferino meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Jean Henry. Apabila kembali ke Switzerland, beliau mula memikirkan cara-cara mengelakkan penderitaan dalam peperangan. Pengalamannya di Solferino ditulis dalam sebuah buku yang diberi judul 'A Memory of Solferino'. ➢ Jean Henry memperuntukkan masa selama tiga tahun menulis buku itu dan diterbitkan pada November 1862. Buku itu telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka penderitaan mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. ➢ Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua- ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Jean Henry, iaitu: o Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. o Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera daripada mana-mana pasukan hendaklah dibantu.


2.3 SEJARAH PENUBUHAN JAWATANKUASA BERLIMA Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva atau dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan yang terdiri daripada Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant. Matlamat jawatankuasa ini berfokuskan untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku 'A Memory of Solferino. Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Di akhir konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan tiga cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah. Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama yang dihadiri oleh 16 buah negara telah memberi peruntukan seperti berikut: ▪ Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan. ▪ Ambulan, hospital tentera dan kakitangan perubatan adalah dilindungi semasa peperangan. ▪ Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam, iaitu gelangan tangan dengan lambang Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih.


2.4 KONVENSYEN GENEVA PERTAMA Pada tahun 1864, Jawatankuasa Berlima telah menjemput beberapa buah negara untuk mengadakan pula persidangan antara diplomat yang bertujuan untuk mewujudkan konvensyen yang pertama berkenaan undang-undang peperangan seperti yang dicadangkan oleh Jean Henry. Persidangan ini merupakan Persidangan Diplomatik yang pertama. Konvensyen yang terhasil mengandungi 10 artikel dan dinamakan Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded Armies in the Field atau lebih dikenali sebagai Konvensyen Geneva Pertama Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam sejarah kemanusiaan bagi membantu keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang. Namun, peperangan dan undang-undang dikatakan tidak dapat dilaksanakan serentak kerana kedua-dua mempunyai tujuan yang dianggap bertentangan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, pengasas Persatuan Palang Merah, Jean Henry Dunant tetap berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh digunakansemasa peperangan dan mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsa- mangsa yang tidak berdaya untuk melibatkan diri dalam peperangan. Secara keseluruhannya, terdapat empat Konvensyen Geneva seperti berikut: • Konvensyen Geneva Pertama (1864) • Konvensyen Geneva Kedua (1899) • Konvensyen Geneva Ketiga (1929) • Konvensyen Geneva Keempat (1949


TEMPOH SENSARA ▪ Akibat Jean terlalu menumpukan kepada jawatankuasa baharu itu dan mengabaikan perniagaan, syarikat- syarikatnya di Algeria telah bankrap seperti firma kewangan Cridit Genevois berpunca daripada satu skandal. Pada 17 Ogos 1868, beliau diisytihar muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu, masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Jean meletakkan jawatan Setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan daripada International Committee of Red Cross (ICRC). ICRC adalah International Committe for the Relief of the Wounded in Time of War yang telah diberi nama baru. Sejak itu. Gustave Moynier telah menjadi presiden untuk menggantikan Jean Henry dan memainkan peranan utama dalam ICRC. ▪ Pada Februari 1868, ibu Jean Henry meninggal dunia. Pada 1868 juga Jean Henry disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867, Jean Henry meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insurans tidak diserahkan kepada Jean Henry. Malah, cenderahati 'Sciences Morales' daripada Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya, sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour serta wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Jean Henry jika kawan-kawannya membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier. ▪ Jean Henry berpindah ke Perancis. Namun, beliau tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan Perancis-Rusia (1870-1871), Jean Henry mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan. Beliau mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Beliau juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. ▪ Kemudian, beliau bekerja di sebuah perpustakaan. Jean Henry masih hidup susah dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Rusia dan Sepanyol, tetapi beliau semakin dilupakan. Beliau berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart, beliau bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881, dengan bantuan rakannya, beliau kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva. ▪ Pada 1887, Jean Henry pergi ke London dan menerima bantuan kewangan daripada elbagai pihak dan kembali ke Heiden pada Julai 1887. Pada 30 April 1892, beliau terlantar sakit di hospital kepunyaan Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Jean Henry bertemud engan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya, Susanna. Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. ▪ Pada 1890, Jean Henry menjadi Presiden Kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi, Gustave Moynier tetap memusuhinya. Pada September


1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemu bual Jean Henry di Heiden. Akhirnya, Jean Henry menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat daripada Pope Leo XIII. Beliau juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. ▪ Selepas itu, beliau telah menerima banyak sumbangan dan wang derma. Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Moynier turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut KEMATIAN ▪ Pada 1903, Jean Henry Dunant menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman. Kemudian, beliau terlantar di hospital sehingga meninggal dunia pada 30 Oktober 1910. Pada akhir hayatnya, beliau mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan dan kritikan daripada Moynier. ▪ Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai. Jean Henry dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld Zurich, Switzerland. Di dalam wasiatnya, beliau mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norwaydan Switzerland. Beliau juga mahu wangnya dibayar kepada pemiutang-pemiutang. ▪ Hari lahirnya pada 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah/Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Genevadan dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. ▪ Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerjakerja kemanusiaan. Malah, filem "Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.


2.5 SEJARAH BSMM DI MALAYSIA ▪ Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1948 : Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagi satu Cawangan Palang Merah British 1950 : Ditubuhkan di Pualau Pinang 1951 : Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor 1952 : Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang 1961 : Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) telah di baca di parlimen 1962 : 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan ) AKΤΑ 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa. 1963 : Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah 1965 : Apabila Malaysia ditubuhkan, parlimen telah meluluskan akta Parsatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965) 1975 : 21 Ogos 1975 di atas persetujuan DI Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162- Membenarkan pertukaran nama dan lambing)


3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 3.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BSMM PERINGKAT ANTARABANGSA Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu: ▪ Jawatankuasa ANtarabangsa Palang Merah (ICRC) ▪ Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) ▪ Persatuan-persatuan Paalang Merah Bulan Sabit Merah Kebangsaan Rajah 7: International Committee of the Red Cross (ICRC) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) ➢ Ditubuhkankan pada tahun 1863, institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati Perhimpunan Agong Bangsa bangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990. ➢ Peranan a. Perjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah b. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa c. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah d. Menghantar berkalan bantuan bencana e. Agensi Pengesahan Pusat


Rajah 8: International Federation of Red Cross (IFRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah (IFRC) ➢ Dahulu dikenali sebagai liga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Ditubuhkan pada tahun 1919 selepas perang Dunia Pertama. ➢ Peranan a. Menggalakkan dan mempromosikan penubuhan dan pembangunan Persatuan Kebangsaan. b. Merupakan badan tetap perhubungan antara Persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan peneyelidikan. c. Bekerjasama dan Persatuan Kebangsaan khususnya untuk tujuan membaiki taraf. d. Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa bencana atau pelarian Rajah 9: Persatuan-Persatuan Palang Merah Kebangsaan a) Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan b) Melantik anggota-anggota pertolongan cemas c) Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan d) Membantu orang-orang tawanan perang menghantar perutusan orang awam


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARA BANGSA


Penaung (Pengarah) Pengerusi (Ketua Jabatan) Pensyarah Penasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari Ahli STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BSMM PERINGKAT IPG


Guru Besar Guru Penasihat Pengerusi (Murid) Naib Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pen. Bendahari AJK STRUKTUR ORGANISASI PENUBUHAN BSMM PERINGKAT SEKOLAH RENDAH


4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN ➢ Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik ➢ Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi menwujudkan hasrat dan prinsip persatuan Komposisi Keahliah adalah seperti berikut: ▪ Ahli Kanak-kanak : 9-12 Tahun ▪ Ahli Belia : 13-18 Tahun ▪ Ahli Belia Terbuka : 13-17 Tahun ▪ Ahli Bantuan Sukarela : 18 Tahun Keatas ▪ Berpakaian Seragam/Tidak ▪ Berpakaian Seragam ▪ Ahli Sumur Hidup ▪ Ahli Kehormat Seumur Hidup: Anugerah kepada individu yang beri sumbangan Ahli Biasa ▪ Yuran tahunan RM2.00 setahun ▪ Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang ▪ Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau cabang Ahli Belia ▪ Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi kepada: -Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanakkanak -Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda


-Tidak melebihi 25 tahun da berdaftar di unit Pasukan Sukarela Ahli Seumur Hidup ▪ Pemohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan cawangan ▪ Yuran RM 500 Ahli Kehormat Seumur Hidup ▪ Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan ▪ Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun Pasukan Bantuan Sukarela ▪ Yuran-RM2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. Pendaftaran Ahli ➢ Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan ➢ Setiap Cabang Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod kehalian masing-masing ➢ Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan Penyelaran Pendaftaran Keahlian ➢ Kad kehalian telah diberi nombor beriri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan ➢ Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang ➢ Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar ➢ Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada: o Salinan asal kepada Ibu Pajabat Kebangsaan o Salinan kedua disimpan oleh Cawangan o Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit o Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup


Pendaftaran Kumpulan ➢ Pasukan kanak-kanak ➢ Pasukan Belia ➢ Pasukan Belia Terbuka ➢ Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam ➢ Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam ➢ Pasukan Bnatuan Sukarela IPT Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak/belia -Setiap sekolah hanya diberikan menubuhkan 1 pasukan SMM -Setiap pasukan-minimum 15 ahli -Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan Pendaftaran Pasukan Belia Terbuka -Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh belia Cabang sahaja -Ahli: minimum 15 orang -Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan Pendaftaran Pasukan Bantuan Sukarela -Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang sahaja -Ahli: minimum 15 orang -Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak 4.2 KUASA PENGANJUR Tanggungjawab Kuasa Penganjur ➢ Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM di mana perlu ➢ Meluluskan permohonan untuk aktiviti luar (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli ➢ Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sekolahnya


Stuktur Unit Stuktur unit terdiri daripada: ➢ Kanak-kanak (Link) ➢ Belia (Youth)- Pasukan Bantuan Sukarela ➢ Ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang- kurangnaya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia ➢ Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing ➢ Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua ➢ Bagi Unit kanak-kanak pula, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar ➢ Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang menunjukkan unit itu dari Sabang mana dan dari bahagian apa ➢ Contoh: Unit PK (Y) 118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf "PK")merupakan unit Yputh atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan 4.3 PENGURUSAN BUKU LOG ➢ Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang ➢ Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti ➢ Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku Log (21 cm 32 cm) ➢ Kulit luar dibalut dengan pembalut plastic agar tidak mudah rosak


4.4 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN ➢ Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK ➢ Memastikan ada perlembagaan atau peraturan ➢ Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan orbjektif sekolah ➢ Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar ➢ Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbur ➢ Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah. daerah, bahagian atau yang lebih tinggu ➢ Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan sekolah jika khidmat atau kepakaran atau kebolehan mana-mana pelajar diperlukan di luar sekolah ➢ Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan atau pengelilaan atau anjuran atau projek atau lawatan dan sebagainya


4.5 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN Rajah 10: Pakaian Kanak-kanak perempuan dan lelaki


Rajah 11: Pakaian kerja PBS Wanita dan Lelaki


Rajah 12: Pakaian Kerja Pegawai Wanita dan Lelaki


Rajah 13: Pakaian Istiadat Pegawai Wanita dan Lelaki


Rajah 14: Pakaian Petugas Bantuan Bencana Alam


Rajah 15: Pengakap BSMM


5.0 PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH RENDAH BSMM 5.1 PROGRAM UNIT BERUNIFORM BSMM SI SEKOLAH RENDAH • Program Unit Beruniform diperkenalkan kepada murid tahap 2 di sekolah rendah yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 • Bulan Sabit Merah merupakan salah satu unit beruniform yang terdapat di sekolah rendah ➢ Penubuhan/ Pendaftaran • Menubuhkan jawatankuasa pengurusan dan penyelarasan BSMM • Merumus visi dan misi BSMM • Tubuhkan jawatankuasa kerja pengurusan dan penyelarasan kegiatan BSMM • Kaji kekuatan kelemahan pelaksanaan kegiatan BSMM • Beri taklimat • Kepada guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru ➢ Pembentukan Unit Organisasi BSMM (Kanak-Kanak) • Guru besar memberikan pandangan • Guru kanan kokurikulum memanggil cawangan memberikan ceramah ➢ Mesyuarat pertama • Pelantikan AJK peringkat unit sekolah • Guru besar sebagai penaung • Kekuatan satu pasukan (12 orang) ➢ Pendaftaran • Dafta ahli • Rancang aktiviti tahunan • Ikrar ➢ Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sedunia 8 Mei setiap tahun • Memakai pakaian seragam Bulan Sabit Merah pada hati tersebut. Ucapan atau utusan Bulan Sabit Merah malaysia • Ceramah • Tujuan, peranan, perkhidmatan Bulan Sabit Merah malaysia • Pendidikan Bulan Sabit Merah ➢ Latihan kawad kaki ➢ Ceramah


➢ Gotong-royong ➢ Lawatan/khidmat masyarakat penyayang ➢ Kraftangan perkhemahan ➢ Ujian dan laporan prestasi ahli-ahli oleh guru pemimpin untuk penilaian kecekapan lencana kem kraf • Penyampaian lencana (semasa perjumpaan BSMM di sekolah) • Boleh libatkan guru besar untuk menyampaikan lencana ➢ Keselamatan • Di sekolah, rumah, jalan raya • Pegawai pemimpin menguruskan ceramah melibatkan murid-murid dalam program yang sama dianjurkan oleh pihak NGO atau kerajaan secara bersepadu 5.2 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI MINGGU........ .. TAJUK ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN/ ALATAN 1. Pendaftaran 1.Pendaftaran ahli baharu. 2.Membuat bayaran yuran. 3.Pembahagian ahli kumpulan 4.Pengenalan BSMM 1.Sesi pengenalan kepada ahli baharu. 2.Membincangka n dan membentuk organisasi BSMM yang baharu. 3.Latihan upacara BSMM: -Melapor ahli BSMM -Nyanyian Negaraku -Nyanyian lagu Negeri -Lafaz ikrar BSMM -Buku Log -Slaid pembentanga n 2. Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 1.Lambang BSMM dan Palang Merah. 2.Nyanyian lagu BSMM 3.Lafaz ikrar BSMM 1.Mengenali lambang BSMM dan palang 2.Mengetahui sejarah BSMM merah. -Buku log -Slaid pembentanga n -Video lagu -gambar


3. Asas Pertolongan Cemas 1. Tujuan pertolongan cemas. 2. Langkah awal perubatan. 3. Kecederaan yang sering berlaku. 1. Menerangkan cara-cara menggunakan Kit Pertolongan cemas. 2. Mengumpul maklumat dengan menyalin nota. -Buku log -Slaid -Gambar dan Video 4. Asas Pertolongan Cemas 1. Mengenal jenisjenis luka. 2. Lakonan merawat luka. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan membuat nota-nota. 3. Murid melakonkan caracara memberi rawatan. -Buku log -Slaid Pembentanga n -Gambar dan Video 5. Asas Pertolongan Cemas 1. Ikatan , anduh dan balutan. -Anduh kecil -Anduh besar - Anduh segi tiga 1.Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan mengumpul maklumat dengan menyalin nota. 3. Latihan menggunakan anduh bagi membuat anduh besar, kecil dan segi tiga. -Buku log -Slaid Pembentanga n -Kit Pertolongan Cemas -Gambar dan Video -Kain Anduh 6. Asas Kawad Kaki 1. Bahasa Hukuman 2. Kawad Statik 1. Latihan kawad kaki secara statik. -Buku log 7. Asas Kawad Kaki 1. Bahasa Hukuman. 2. Kawad Dinamik 1. Latihan kawad kaki secara dinamik. -Buku log 8. Ikatan dan Simpulan Tali 1. Pengenalan kepentingan,kegunaa n ikatan dan jenis tali. 2. Jenis-jenis ikatan 1. Latihan upacara BSMM. 2. Guru memberikan penerangan mengenai kepentingan dan -Buku log -Slaid Pembentanga n -Gambar danVideo -Tali


menunjukkan demonstrasi kepada muridmurid. 3. Latihan ikatan. 9. Kraf Perkhemaha n 1. Pengenalan kepada gajet. 2. Jenis-jenis Gajet. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan kepada kegunaan, kepentingan gajet. -Buku log -Slaid Pembentanga n -Gambar dan Video -Tali 10. Minggu Kesihatan 1.Penjagaan Kebersihan diri. 2.Pertandingan melukis tentang penjagaan kebersihan diri 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan menyalin nota semua maklumat diberikan. 3.Menjalankan pertandingan menghasilkan grafik penjagaan kebersihan diri mengikut masa ditetapkan. 4. Guru akan menilai hasil murid. -Buku log -Slaid Pembentanga n -Gambar dan Video 11. Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia 1. Merancang aktiviti-aktiviti perhubungan,nilainilai kemanusiaan 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan guru kepada setiap ahli diminta membuat album bertemakan cogan kata BSMM -Buku log -Slaid Pembentanga n -Gambar dan Video -Bahan-bahan 12. Asas Pertolongan Cemas 1.Masalah pernafasan 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan membuat nota-nota. -Buku log Slaid Pembentanga n -Gambar dan Video


-Peti pertolongan cemas 13. Asas Pertolongan Cemas 1. Pengenalan tajuk patah tulang. 2. Jenis-jenis patah tulang. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan membuat nota-nota. -Buku log Slaid - Pembentanga n -Gambar danVideo -Peti pertolongan cemas -Kain Anduh 14. Aktiviti Masyarakat 1.Masyarakat Bertanggungjawab 1. Latihan upacara BSMM. 2. Melakukan aktiviti gotongroyong 3.Menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan -Buku Log -Alat gotongroyong -Duit Sumbangan 15. Kuiz 1. Kuiz kefahaman 1. Latihan upacara BSMM. 2. Guru memberi taklimat menjawab soalan kuiz 3. Murid dikehendaki menjawab soalan kuiz. -Kertas soalan Penggal 2 16................... Pendaftaran 1. Pendaftaran ahli baharu. 2. Membuat bayaran yuran. 3. Pembahagian ahli kumpulan. 4. Pengenalan BSMM. 1. Sesi pengenalan kepada ahli baharu. 2.Membincangkan dan membentuk organisasi BSMM yang baharu. 3. Latihan upacara BSMM: -Melapor ahli BSMM. -Buku log -Slaid Pembentangan


-Nyanyian Negaraku. -Nyanyian lagu Negeri 4. Lafaz ikrar BSMM. 17. Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 1. Lambang BSMM Palang Merah dan Kristal Merah. 2. Nyanyian Lagu BSMM. 3. Lafaz ikrar BSMM. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Mengenali lambang BSMM dan Palang Merah. 3. Mengetahui sejarah BSMM. -Buku log. -Slaid Pembentangan -Video lagu. -Gambar 18. Asas Pertolongan Cemas 1. Keracunan 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan menyalin nota. 3. Menjalankan aktiviti antara platun. -Buku log -Slaid Pembentangan -Gambar danVideo -Peti Pertolongan Cemas. 19. Asas Pertolongan Cemas 1. Ikatan , anduh dan balutan. -Anduh kecil -Anduh besar -Anduh segi tiga 1.Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan mengumpul maklumat dengan menyalin nota. 3. Latihan menggunakan anduh bagi membuat anduh besar, kecil dan segi tiga. -Buku log -Slaid Pembentangan -Kit Pertolongan Cemas -Gambar dan Video -Kain Anduh 20. Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia 1. Merancang aktiviti-aktiviti perhubungan,nilainilai kemanusiaan 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan guru kepada setiap ahli diminta membuat album bertemakan cogan kata BSMM. -Buku log -Slaid Pembentangan -Gambar dan Video -Bahan-bahan 21. Asas Pertolongan Cemas 1.Keracunan 1.Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan menyalin nota. -Buku log -Slaid Pembentangan


3. Menjalankan aktiviti antara platun. -Gambar dan Video -Peti Pertolongan Cemas. 22. Asas Pertolongan Cemas 1. Faktor terbakar 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan menyalin nota. -Kit Pertolongan cemas -Buku Log -Gambar dan Video -Slaid Pembentangan 23. Asas Kawad Kaki 1. Bahasa Hukuman 2. Kawad Statik 1. Latihan kawad kaki secara statik. -Buku Log 24. Asas Kawad Kaki 1. Bahasa Hukuman. 2. Kawad Dinamik 1. Latihan kawad kaki secara dinamik. -Buku Log 25. Ceramah 1. Ceramah daripada pensyarah BSMM 1. Ceramah 2. Sesi soal jawab -Buku log. -Slaid P embentangan -Video lagu -Gambar 26. Kraf Perkhemahan 1. Pengenalan kepada gajet. 2. Jenis-jenis Gajet 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan kepada kegunaan, kepentingan gajet. -Buku log -Slaid Pembentangan -Gambar dan Video -Tali 27. Perkhemahan 1.Pertandingan kawad kaki 1. Latihan upacara BSMM. 2.Menjalankan pertandingan kawad kaki mengikut kumpulan 28. Perkhemahan 1.Pertolongan Cemas. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Menjalankan latihan pertolongan cemas asas. -Kit Pertolongan Cemas.


29. Kuiz 1. Kuiz kefahaman 1. Guru memberi taklimat menjawab soalan kuiz 2. Murid dikehendaki menjawab soalan kuiz -Kertas soalan 30. Jamuan 1. Jamuan akhir tahun. 2. Refleksi daripada guru dan murid. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Jamuan akhir tahun sebagai tanda kejayaan. 3. Guru memberikan ulasan keseluruhan -Makanan dan minuman. -Video dan Gambar


6.0 LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 10 Januari 2024 HARI : Rabu MASA : 2.30-4.30 petang TEMPAT : Blok NN AKTIVITI : Mesyuarat Agong KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Pada minggu pertama perjumpaan unit beruniform, Kelima-lima ahli persatuan unitberuniform iaitu Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Kor Sispa, dan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan di tempat masing-masing. Seterusnya kami perlu mengisi kehadiran sebelum memulakan sesi perkenalan dengan pensyarah penasihat unit Bulan Sabit Merah Malaysia. Kemudian, pensyarah penasihat menerangkan isi kandungan di dalam Maklumat Kursus untuk menjelaskan maklumat awal tentang apa yang akan dipelajari dalam unit beruniform iaitu bagi subjek MPU3451a-Kokurikulum . Apabila selesai perkenalan kepada kursr, kami membincangkan tentang pemilihan ahli jawatankuasa dan juga ketua unit bagi subjek kokurikulum ini bagi memudahkan penghantaran maklumat kepada ahli-ahli BSMM. Kami memilih ahli jawatankuasa secara undian, pencalonan dan juga ada yang sukarela menjadi ahli jawatankuasa. Setelah itu, kami berbincang mengenai pakaian yang perlu dikenakan sepanjang aktiviti unit beruniform berlangsung. Kemudiannya, kami membahagikan kumpulan kepada 5 kumpulan untuk memudahkan aktiviti pembentangan pada minggu seterusnya di samping berkenalan dengan ahli kumpulan yang berlatar daripada opsyen yang berbeza. 21/21


REFLEKSI: 1. Melalui perjumpaan kali pertama ini, saya dapat mengetahui pelbagai maklumat mengenai unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebagai contohnya, tatacara pemakaian seragam Bulan Sabit Merah dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang pembelajaran. 2. Selain itu, saya juga dapat mengenali ahli-ahli Bulan Sabit Merah dan berkenalan dengan ahli kumpulan di samping mengenali ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 15 Januari 2024 HARI : Isnin MASA : 2.30-4.30 petang TEMPAT : Kelas Q9 AKTIVITI : Kawad dan pembentangan KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Sebelum memulakan aktiviti utama, semua ahli Bulan Sabit Merah berkumpul di gelanggang takraw untuk memulakan asas kawad yang diketuai oleh ketua unit untuk memberikan hukuman kawad .Semasa aktiviti kawad dilaksanakan, ahli BSMM menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Kelantan dan lagu Bulan Sabit Merah apabila selesai istiadat Setelah selesai, kami bergerak ke kelas Q9 untuk memulakan pembentangan kumpulan yang didahului oleh sejarah Bulan Sabit Merah. Ahli kumpulan yang membentang memberikan penerangan yang jelas tentang sejarah Bulan Sabit Merah sehingga tertubuhnya Bulan Sabit Merah yang dikenali di seluruh dunia. Tambahan lagi, kumpulan seterusnya membentangkan tentang prinsip-prinsip asas bulam sabit merah, struktur dan organisasi BSMM, undang-undang kemanusiaan dan beberapa tajuk yang lain. Tajuk-tajuk yang dibentangkan merupakan info dan fakta yang penting untuk diketahui oleh setiap ahli Bulan Sabit Merah. Bukan itu sahaja, selesai sahaja pembentangan daripada setiap ahli kumpulan, kami akan melakukan soal jawab dan terdapat perbincangan antara pensyarah penasihat dan ahli Bulan Sabit Merah. Apabila selesai pembentangan, pensyarah penasihat memberikan ulasan dan semua bersurai. 20/21


REFLEKSI: 1. Melalui aktiviti yang dijalankan pada minggu kedua ini, saya dapat menegtahui bagaimana Bulan Sabit Merah ini ditubuhkan melalui sejarah yang dibentangkan oleh ahli kumpulan. 2. Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui pengetahuan yang baharu hasil perbincangan antara penyarah penasihat dan ahli BSMM sendiri disamping mengetahui hukuman dan pergerakan asas kawad kaki.


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 22 Januari 2024 HARI : Isnin MASA : 2.30-4.30 petang TEMPAT : Bilik Q9 dan gelanggang takraw AKTIVITI : kawad dan pembentangan KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Pada perjumpaan pada minggu ketiga, seperti minggu sebelumya, semua ahli perlu berkumpul untuk melaksanakan istiadat dan melakukan aktiviti kawad kaki. Namun pada perjumpaan kali ini, hukuman bagi kawad kaki di tambah daripada sebelum ini kerana sebelum ini, kami hanya melakukan kawad kaki secara statik dan kami perlu melakukan kawad kaki secara dinamik pula. Kemudian, kami bergerak ke bilik Q9 untuk meneruskan aktiviti pembentangan bagi tajuk seterusnya iaitu pertolongan cemas asas. Pembentangan yang dibentangkan oleh ahli-ahli BSMM ialah tentang pengenalan kepada pertolongan cemas asas, keselamatan dan cara pencegahan , kecederaan tisu lembut dan beberapa tajuk lagi. Semasa pembentangan, kami ditunjukkan gambar dan video yang berkaitan pertolongan cemas bagi memudahkan kami faham dengan situasi dan jenis-jenis pertolongan cemas yang perlu dilakukan. Di akhir pembentangan, perbincangan antara ahli dengan bantuan pensyarah penasihat supaya info yang di sampaikan lebih tepat dan apabila selesai semua bersurai. 21/21


REFLEKSI: 1. Kaedah pertambahan hukuman seacar berperingkat yang dilakukan dalam kawad kaki iaitu kawad kaki secara statik kepada kawad kaki dinamik membolehkan setiap ahli dapat menguasai dan memahirkan diri dalam kawad kaki dengan lebih baik. 2. Selain itu, saya dapat mempelajari tentang pertolongan cemas seperti cara merawat kecederaan tisu lembut dan cara untuk mencegah daripada tercedera.


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 29 Januari 2024 HARI : Isnin MASA : 2.30-4.30 petang TEMPAT : bersebelahan court tenis AKTIVITI : balutan dan anduh KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Pada perjumpaan pada minggu keempat, sebelum memulakan aktiviti utama, semua ahli Bulan Sabit Merah berkumpul di gelanggang takraw untuk memulakan istiadat dan kawad kaki yang diketuai oleh ketua unit. Setelah selesai, kami diminta berkumpul bersebelahan court tenis dengan membawa pembalut segi tiga. Kumpulan pembentang akan membentangkan dan menunjukkan cara bagi melakukan anduh dan balutan. sebelum kami memulakan aktiviti, wakil kumpulan pembentang menerangkan tentang pembalut segi tiga yang akan digunakan untuk membuat bebat, anduh dan balutan iaitu terditi daripada puncak,tapak dan bucu. Anduh yang kami belajar adalah anduh besar lengan, anduh bagi kecederaan bahu, balutan di kepala, anduh untuk tangan, cara membuat bebat dan beberapa lagi. Kami diminta membuat anduh dan balutan secara berpasangan sambil mendengar arahan daripada kumpulan pembentang untuk membuat anduh dan balutan. jika tedapat ahli yang tidak dapat membuat balutan dan anduh dengan kemas dan betul, kumpulan pembentang akan datang membantu bagi memastikan semua ahli mahir membuat anduh dan balutan. Aapbila selesai, pensyarah penasihat memberikan ulasan dan semua bersurai. 20/21


Click to View FlipBook Version