REFLEKSI: 1. Aktiviti pada minggu keempat membolehkan saya mengetahui kaedah dan teknik yang betul untuk melakukan anduh dan balutan. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengetahui ilmu yang baharu iaitu kain anduh yang sering dipanggil sebenarnya salah dan nama betul bagi kain tersebut adalah pembalut segi tiga. 2. Tambahan lagi, saya dapat meningkatkan kerjasama antara pasangan dan menerapkan kaedah buddie sysyem yang membolehkan saya lebih erat antara pasangan disamping menerapkan nilai murni iaitu saling membantu antara satu sama lain.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 19 Februari 2024 HARI : Isnin MASA : 2.30-4.30 petang TEMPAT : bersebelahan court tenis AKTIVITI : kawad kaki KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Aktiviti kokurikulum unit beruniform Bulan Sabit Merah yang dijalankan pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di bersebelahan court tenis. Aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini adalah aktiviti kawad kaki asas. Kawad kaki asas ini merupakan kawad kaki asas penuh yang dimulai dengan istiadat sehingga hukuman keluar baris. Apabila kesemua hukuman telah diberikan kepada squad, setiap seorang ahli perlu menjadi plantun bagi memberikan arahan kepada squad. Semasa ahli memberikan hukuman, ahli yang membuat kesalahan akan ditegur agar dapat menguasai kawad kaki asas dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, ahli Bulan Sabit Merah juga dibahagikan kepada kumpulan kecil agar perjalanan dan latihan kawad ini menjadi lebih sistematik di samping ahli dapat memperbaiki diri. Apabila selesai pensyarah penasihat akan memberikan teguran dan ulasan sebelum semua bersurai. 20/21
REFLEKSI: 1. Mengetahui kawad kaki asas secara keseluruhannya dan merasai sendiri pengalaman menjadi plantun dalam memberikan hukuman kepada squad 2. Selain itu, dapat melatih dan memperbaiki diri dalam menguasai kemahiran kawad kaki.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 23 Februari 2024 HARI : Jumaat MASA : 8.30 pagi- 10.30 pagi TEMPAT : Bilik Memasak Pendidikan Khas AKTIVITI : Pemakanan Sihat KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Pada 23 Februari 2024, aktiviti kokurikulum unit beruniform Bulan Sabit Merah yang dijalankan pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi yang bertempat di bilik masakan pendidikan khas. Aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut ialah amali pemakanana sihat iaitu kami perlu menyediakan sajian yang sihat dan berketepatan dengan pemakanan sihat. Sebelum memulakan masakan, kami berkumpul untuk melakukan istiadat perhimpunan dan sedikit kawad kaki. Kemudian kami mula memasak mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Bagi kumpulan saya, kami telah menyediakan bubur nasi beserta kangkung goreng. Semasa menjalankan aktiviti tersebut setiap ahli kumpulan menjalankan tanggungjawab masingmasing serta menolong antara satu sama lain. Setelah masa tamat, kami diminta untuk mengira kalori sajian yang dibuat dan membentangkan di hadapan ahli BSMM yang lain. Apabila selesai membentang, penyarah penasihat melakukan penjurian dan semua ahli dibenarkan makan. Seterusnya, kami membersihkan dan mengemas peralatan dan stesen yang kami guna tersebut sebelum semua bersurai. 21/21
REFLEKSI: 1. Semasa melakukan amali memasak, setiap ahli menerapkan nilai kerjasama antara satu sama lain. 2. Selain itu, saya dapat mengetahui nilai-nilai kalori yang terdapat dalam hidanganhidangan yang di sediakan untuk sarapan pagi.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 26 Februari 2024 HARI : Isnin MASA : 2.30-4.30 petang TEMPAT : Blok NN AKTIVITI : Kawad kaki KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Pada 29 Februari 2024, aktiviti kokurikulum unit beruniform Bulan Sabit Merah yang dijalankan pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang adalah bertempat di Blok NN. Aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini adalah asas kawad kaki yang bertujuan untuk memantapkan lagi asas kawad kaki, bahasa hukuman serta pergerakan dan formasi kawad ahli Bulan Sabit Merah. Sebelum bermulanya aktiviti kawad kaki, semua ahli perlu melakukan istiadat terlebih dahulu bagi menyanyikan 3 buah lagu dan bacaan ikrar Bulan Sabit Merah di samping mengira bilangan ahli yang hadir ke perjumpaan. Kemudian, ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berlatih memberi hukuman kawad dan melakukan pergerakan dan formasi kawad agar lebih teratur dan tepat. Bukan itu sahaja, setiap ahli perlu memberikan hukuman kawad secara bergilir-gilir sehingga semua ahli selesai. Apabila selesai, ketua unit memberikan ulasan dan semua bersurai. 21/21
REFLEKSI: 3. Semasa melakukan aktiviti kawad kaki, saya mendapati kemahiran kawad kaki saya menjadi lebih baik berbanding sebelum ini kerana pelaksanaan aktiviti kawad pada setiap kali perjumpaan. 4. Hal ini membolehkan saya memperbaiki diri ke arah lebih baik. Sebagai contohnya, hentakan kaki saya semasa kawad adalah sama dengan ahli squad yang lain.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 5 Mac 2024 HARI : Isnin MASA : 2.30-4.30 petang TEMPAT : Blok NN AKTIVITI : Kawad kaki KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Pada 5 Mac 2024, aktiviti kokurikulum unit beruniform Bulan Sabit Merah yang dijalankan pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang adalah bertempat di Blok NN. Aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini adalah asas kawad kaki. Sebelum bermulanya aktiviti kawad kaki, semua ahli perlu melakukan istiadat terlebih dahulu. Kemudian, ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berlatih memberi hukuman kawad dan melakukan pergerakan dan formasi kawad agar lebih teratur dan tepat. Bukan itu sahaja, setiap ahli perlu memberikan hukuman kawad secara bergilir-gilir sehingga semua ahli selesai. Aktiviti kawad kaki ini adalah bertujuan untuk memastikan ahli Bulan Sabit Merah bersedia untuk melakukan persiapan sebelum melaksanakan amali kawad kaki. Apabila selesai, ketua unit memberikan ulasan dan semua bersurai. 21/21
REFLEKSI: 1. Semasa melakukan aktiviti kawad kaki, saya mendapati bahasa hukuman saya menjadi lebih baik berbanding sebelum ini dan arahan yang saya berikan adalah betul kerana pelaksanaan aktiviti kawad pada setiap kali perjumpaan. 2. Hal ini membolehkan saya memperbaiki diri ke arah lebih baik. Sebagai contohnya, suara saya menyebut hukuman lebih jelas dan kuat membolehkan ahli squad melakukan pergerakan dengan betul.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM TAHUN 2024 TARIKH : 9 mac 2024 HARI : Sabtu MASA : 8.30 pagi- 5 Petang TEMPAT : Bilik Maphor Baba Dan Bilik Muzik AKTIVITI : Kursus First Aid In Every Home (FAIEH) KEHADIRAN AHLI: KEHADIRAN PENSYARAH PENASIHAT: 1. Encik Md Dazpi Bin Mustafa 2. Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa LAPORAN: Pada 9 Mac 2024, aktiviti kokurikulum unit beruniform Bulan Sabit Merah yang dijalankan pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang yang bertempat di bilik Mahpor Baba dan Bilik Muzik. Pada hari ini, kami telah menyertai kursus First Aid In Every Home yang dikendalikan oleh jurulatih BSMM Kelantan iaitu Encik Norudin Bin Yakub sebagai jurulatih dan Cik Siti Aisyah Binti Mohd Rosni sebagai pembantu Jurulatih. Kursus ini didahului dengan pembelajaran teori berkenaan jenis-jenis kecederaan dan bantuan yang diperlukan untuk membantu mangsa yang tercedera. Selepas sahaja rehat, kami bertukar tempat ke bilik muzik supaya mempunyai ruang yang selesa dan di situ kami telah belajar tentang praktikal bagi membantu mangsa yang perlukan bantuan. Pada mulanya kami membuat anduh dan balutan yang terdiri daripada anduh besar dan anduh segi tiga dan kami juga diperlihatkan cara membuat anduh dan membantu mangsa menggunakan streacher dengan betul. Seterusnya, kami di ajarkan tentang CPR iaitu menggunakan patung khas untuk CPR. Ahli BSMM diberi peluang untuk mencuba melakukan CPR dengan bimbingan dan bantuan jurulatih. Selesai sahaja sesi praktikal, majlis penutup diadakan serta sedikit cenderhati diberikan kepada jurulatih sebelum semua bersurai. 21/21
REFLEKSI: 1. Semasa pelaksanaan kursu ini, saya dapat mempelajari pelbagai maklumat berkenaan cara untuk membantu mangsa antaranya cara untuk merawat mangsa jika terminum racun dan sebagainya. 2. Selain itu, saya dapat mempelajari cara menyelamatkan mangsa menggunakan kaedah CPR atau bantuan pernafasan selain mengetahui cara rawatan anduh bagi beberapa kecederaan.