The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TANAM SEMULA KOMERSIAL EDISI 3 (untuk ebook) 17022023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ykimsing, 2023-02-22 06:42:03

TANAM SEMULA KOMERSIAL EDISI 3 (untuk ebook) 17022023

TANAM SEMULA KOMERSIAL EDISI 3 (untuk ebook) 17022023

a Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN Bangunan RISDA, KM7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur Tel : 03-4256 4022 Fax : 03-4256 2928 www.risda.gov.my M A N U A L TA N A M S E M U L A KO M ERS I A L EDISI 3 B A H A G I A N TA N A M S E M U L A D A N P E R L A D A N G A N ISBN 978-983-44343-8-0 978983443438 0 e-Book


i pembangunan dan pengurusan projek TSK. Pelbagai aspek telah diambil kira dalam menyediakan garis panduan ini. Aspek-aspek ini meliputi perundangan, peraturan tanam semula, peraturan kewangan, kepentingan pekebun kecil, penglibatan RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) sebagai agen mengurus dan pelaksanaan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PT). Melalui pendekatan TSK, penyatuan tanah Pekebun Kecil dapat diurus agar lebih ekonomik dengan memanfaatkan penggunaan teknologi baru yang sesuai serta pemasaran yang efisien. Selain itu, pendekatan ini juga memberi manfaat kepada Pekebun Kecil daripada segi kemudahan pengurusan profesional dan pembiayaan pembangunan tanah. Selaras dengan arus teknologi masa kini, buku ini juga diterbitkan dalam bentuk e-Book. Ini memudahkan pegawai dan pelaksana di lapangan untuk mengakses Buku Manual TSK. Saya merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Bahagian Tanam Semula dan Perladangan (BTSP) yang menyediakan buku ini. Saya menaruh kepercayaan penuh bahawa tuan-tuan di peringkat lapangan dapat melaksanakan TSK dengan berkesan seperti yang kita telah rancang untuk mencapai matlamat sara diri melalui konsep Kebun Disatu, Kejayan Dicipta. Sekian. DATUK ABDULLAH BIN ZAINAL Alhamdulillah, setinggi – tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Buku Manual Tanam Semula Komersial (TSK) Edisi Ketiga Tahun 2022 ini berjaya diterbitkan. Buku ini merupakan garis panduan berkenaan penubuhan, Ketua Pengarah RISDA


ii Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Komersial (TSK) ini dikemaskini dengan beberapa peraturan yang baru dan bersesuaian bagi memantapkan pelaksanaan projek TSK. Beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam Buku Manual TSK ini antaranya, penurunan kuasa kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PT) untuk meluluskan penubuhan TSK. Kelulusan penubuhan TSK di peringkat PT bertujuan untuk memendekkan proses dan tempoh penubuhan sesebuah TSK. Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP) dan Jawatankuasa TSK juga diwujudkan untuk memantapkan pengurusan TSK. Adalah diharapkan dengan penambahbaikan ini, penubuhan dan pembangunan TSK akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan Bahagian Tanam Semula dan Perladangan (BTSP) yang telah berusaha menerbitkan buku ini. Sekian, terima kasih. ALI SABUDDIN BIN ABDUL SAMAD Buku Manual Tanam Semula Komersial (TSK) Edisi Ketiga Tahun 2022 ini diterbitkan bagi menggantikan Buku Manual TSK Edisi Kedua yang telah diterbitkan pada tahun 2014. Buku Manual Tanam Semula


iii Pengarah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan RISDA Buku Manual Tanam Semula Komersial (TSK) Edisi Ketiga Tahun 2022 ini diterbitkan bagi menggantikan Buku Manual TSK Edisi Kedua yang telah dikeluarkan pada tahun 2014. Buku manual ini diterbitkan untuk menjadi panduan warga RISDA dan RPSB di lapangan khususnya bagi menjayakan pembangunan projek TSK. Penerangan yang jelas terkandung di dalam buku manual ini, khusus berkaitan dengan peranan RPSB, Pusat Tanggungjawab (PT) dan pekebun kecil yang terlibat dalam projek TSK. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dalam buku edisi kali ini, antaranya penubuhan TSK mestilah diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan RPSB sebelum diluluskan di peringkat PT bagi memastikan penubuhan TSK adalah selaras di RPSB dan PT. Selain itu, kaedah pengurusan TSK dimantapkan melalui pewujudan Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP) dan Jawatankuasa TSK. Bahagian Tanam Semula dan Perladangan (BTSP) juga telah mengambil inisiatif menerbitkan Buku Manual TSK ini dalam bentuk e-Book, seiring dengan perkembangan teknologi semasa bagi memudahkan akses buku ini di kalangan pelaksana di lapangan. Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan BTSP khususnya yang telah berusaha mengemaskini dan menerbitkan buku ini. Sekian, terima kasih. RAMLIE BIN TUMIN Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Buku Manual Tanam Semula Komersial (TSK) Edisi Ketiga untuk rujukan semua warga RISDA dapat diterbitkan dengan jayanya.


iv Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada pegawai dan kakitangan di lapangan untuk melaksana projek Tanam Semula Komersial (TSK). Bahagian Tanam Semula dan Perladangan (BTSP) telah mengambil inisiatif untuk membantu pegawai dan kakitangan RISDA memahami pelaksanaan program tanam semula. Setinggi – tinggi penghargaan kepada: - Ramlie Bin Tumin - Mohamad Arif bin Ismail - M. Azmi Bin Mohd@Mohid - Mohamad Asmizi bin Alias - Norhafizah Binti Che Pa - Ahmad Zaki Bin Abdullah - Ahmad Firdaus Bin Abdul Ghani - Saiful Zahrin Bin Othman - Azizah Binti Duni - Nur Hafeeza Binti Che Ab Rahman - Ahmad Izad bin Yacop - Ismail Bin Harun - Mhd Ab Hafiz bin Md Nawi - Mohd Saifol Azuan Bin Mohd Isa - Noor Khairunnisak Binti Md Yunos - Noraini Binti Mohamad Aman Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini. MANUAL TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) EDISI 1 : 1999 EDISI 2: 2014 EDISI 3: 2022


v 5.3 Mesyuarat Agung 5.4 Penubuhan Jawatankuasa KAEDAH PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 6.1 Proses Bayaran dan Bekalan Mata Benda 6.2 Perolehan 6.3 Pembangunan Tanam Semula Komersial (TSK) PERANAN DALAM PELAKSANAAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 7.1 Ketua Pusat Tanggungjawab 7.2 RPSB Isi Kandungan TAFSIRAN LATAR BELAKANG OBJEKTIF SYARAT PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) KAEDAH PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 5.1 Perincian Tindakan Penubuhan Tanam Semula Komersial (TSK) 5.2 Carta Alir Tindakan Penubuhan Tanam Semula Komersial (TSK) 1 1 2 2 4 1 6 2 3 4 7 5 14 16


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA vi PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 8.1 Kaedah Mengurus dan Agihan Pulangan 8.2 Tempoh Perjanjian 8.3 Tempoh Pembangunan 8.4 Pembiayaan 8.5 Bayaran Balik Pembiayaan 8.6 Peserta Menarik Diri 8.7 Penamatan Perjanjian 8.8 Denda PENUTUP 8 9 18 34


vii LAMPIRAN SENARAI BORANG BAGI PROJEK TANAM SEMULA KOMERSIAL BIL NAMA BORANG SINGKATAN NAMA BORANG MUKA SURAT 1. Cadangan Penubuhan Tanam Semula Berkumpulan TSKum 01 35 - 36 2. Borang Pengesahan Batu Sempadan TSKum 02 37 3. Borang Tuntutan Tanam Semula Berkumpulan TSKum 03 38 4. Kajian Kemungkinan Penubuhan TSK TSK 01 39 - 40 5. Analisis Kewangan Projek TSK TSK 02 41 6. Perjanjian Pembangunan Tanah TSK TSK 03 42 - 66 7. Senarai Semak Projek Tanam Semula Komersial (TSK) TSK 04 71


viii GLOSSARI BIL PERKATAAN SINGKATAN 1. Tanam Semula Komersial TSK 2. RISDA Plantation Sdn. Bhd. RPSB 3. Pusat Tanggungjawab PT 4. Pejabat RISDA Negeri/ Pejabat RISDA Daerah/ Pejabat RISDA Jajahan/ Pejabat RISDA Bahagian PRN/PRD/PRJ/PRB 5. Koperasi Pekebun Kecil KPK 6. Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RISDA JTPR 7. Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N) 8. Pegawai Penilai PP 9. Ketua Stesen KS 10. Penolong Pegawai Pertanian Kawasan PPPK 11. Pembantu Tadbir Tanam Semula PtTS 12. Pembantu Tadbir Kewangan PtKew


1 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 1.0 TAFSIRAN 1.1 Tanam Semula Komersial (TSK) adalah satu kaedah berkumpulan yang menerima bantuan Tanam Semula untuk menyatukan kebun-kebun dari peringkat pembangunan sehingga pemasaran melalui agen pengurusan oleh Kumpulan RISDA Holding (KRH) iaitu RISDA Plantation Sdn. Bhd. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Panduan Tanam Semula Komersial pada awalnya diterbitkan melalui Arahan Ketua Pengarah Bilangan 18 Tahun 1997 bertarikh 22 Julai 1997. 2.2 Inisiatif bagi penerbitan buku Manual Tanam Semula Komersial (TSK) Edisi Pertama direalisasikan melalui Arahan Ketua Pengarah Bilangan 1 Tahun 1999 bertarikh 19 Februari 1999. Buku Manual Tanam Semula Komersial (TSK) Edisi Kedua diterbitkan melalui Arahan Ketua Pengarah Bilangan 15 Tahun 2014 bertarikh 11 Ogos 2014. 2.3 Selaras dengan Perubahan arahan dan peraturan yang berkuatkuasa yang berlaku dari semasa ke semasa telah membawa kepada penerbitan Buku Manual Tanam Semula Komersial (TSK) Edisi Ketiga. 2.4 TSK merupakan salah satu projek utama di dalam komponen Program Pembangunan Tanam Semula RISDA dan menyumbang kepada matlamat dua puluh peratus (20%) Tanam Semula Berkumpulan iaitu Tanam Semula Berkelompok, Tanam Semula Komersial dan Tanam Semula Agensi di sesebuah Pusat Tanggungjawab. 2.5 Bagi Tanam Semula Berkelompok dan Tanam Semula Serentak sedia ada kekal dengan panggilan ini walaupun diurus oleh RPSB. Panggilan TSK hanya untuk projek baru mulai 1999.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 2 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi manfaat kepada pekebun kecil dari segi kemudahan pengurusan professional dan pembiayaan pembangunan tanah pekebun kecil. 3.2 Membangun dan memajukan tanah pekebun kecil melalui penyatuan tanah untuk diurus dengan lebih ekonomik dengan penggunaan teknologi baru yang bersesuaian serta pemasaran yang efisien. 3.3 Mempelbagaikan aktiviti ekonomi melalui pelaksanaan projek-projek sampingan yang sesuai bagi menambah pendapatan pekebun kecil. 4.0 SYARAT PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 4.1 Kebun getah dengan keluasan minimum 40 hektar yang akan diuruskan secara komersial dan tidak terhad kepada bilangan lot. Jika keluasan kurang daripada 40 hektar, kelulusan tertakluk kepada Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N). 4.2 Lokasi kebun-kebun yang dicadangkan untuk penubuhan TSK mestilah berdekatan. 4.3 Kelulusan penubuhan TSK perlu diputuskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Timbalan Pengarah RISDA Negeri bagi Negeri yang tiada PRD/PRJ/PRB.


3 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 4.4 Peserta yang memohon bantuan tanam semula perlu menggunakan Borang Permohonan Tanam Semula/ Tanam Baru TS 11 (Pin.01/22) dan menandatangani perjanjian TSK 03 dengan melantik RPSB sebagai Agen Mengurus. 4.5 Kos pembangunan asas TSK mestilah tidak melebihi RM 15,000.00 sehektar tidak termasuk kos penyediaan prasarana. 4.6 Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate of Return) projek mestilah sekurang-kurangnya 12%.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 4 5.0 KAEDAH PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 5.1 PERINCIAN TINDAKAN PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN PPPK/RPSB 1. Kenal pasti cadangan kawasan. PPPK/RPSB 2. Kempen dan majlis penerangan PPPK/RPSB 3. Dapatkan persetujuan peserta untuk Cadangan Penubuhan Projek Berkumpulan (TSKum 01) dan lengkapkan TS 11 (Pin. 01/22) PtTS 4. Buka fail kemajuan projek TSK PPPK/RPSB 5. Menyediakan Kajian Kemungkinan (TSK 01) dan Analisa Kewangan Projek TSK (TSK 02) RPSB 6. 6.1 6.2 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan RPSB Jika lulus, ke Tindakan No. 7 Jika tidak lulus, ke Tindakan No. 8 TPRN/PRD/PRJ/ PRB 7. 7.1 7.2 7.3 Taksiran TSKum 01, TSK 01 dan TSK 02 Jika lulus, ke Tindakan No. 10 Jika tidak memenuhi syarat perlu rayuan dan ke Tindakan No. 9 Jika tidak lulus, ke Tindakan No. 8. TAMAT


5 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN PtTS 8. Maklum penolakan permohonan melalui TS 16 (Pin. 01/22) 9. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N) PPPK/RPSB 10. Menandatangani Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03). PPPK/RPSB 11 11.1 11.2 Semakan bilangan peserta Jika lebih 8 peserta, ke tindakan No. 12 JIka kurang 8 peserta, ke Tindakan No. 13 PPPK/RPSB 12. Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik Jawatankuasa TSK PPPK/RPSB 13. Tubuh Jawatankuasa Kemajuan Projek TPRN/PRD/PRJ/ PRB 14. Teruskan proses permohonan di i-POWeR TPRN/PRD/PRJ/ PRB 15. Penyerahan projek TSK kepada RPSB dan Penyediaan Borang TSKum 02 RPSB 16. Menguruskan proses perolehan sebutharga TSK RPSB 17. Menguruskan pembangunan projek TSK PPPK/RPSB 18. Siap kerja dan membuat tuntutan siap kerja (TSKum 03) mengikut carta alir di i-POWeR PKA/PtKew 19. Pembayaran tuntutan mengikut peraturan yang berkuatkuasa. TAMAT


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 6 5.2 CARTA ALIR TINDAKAN PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) MULA CARTA ALIR TINDAKAN PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) PPPK/RPSB Kenal pasti cadangan kawasan Diluluskan Tidak lulus PPPK/RPSB Menandatangan Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03) Menyediakan Kajian Kemungkinan (TSK 01) dan Analisa Kewangan Projek TSK (TSK 02) Mengadakan Mesyuarat Agung dan PPPK/RPSB melantik Jawatankuasa TSK Kempen dan majlis penerangan PPPK/RPSB Taksiran TSKum 01, TSK 01 & TSK 02 PtTS Buka fail kemajuan projek TSK JKTS (N) Rayuan PPPK/RPSB TPRN/PRD/ PRJ/PRB PPPK/RPSB Tidak Lulus Diluluskan Jawatankuasa Pelaburan RPSB Tidak Lulus Diluluskan RPSB Semakan bilangan peserta > 8 peserta < 8 peserta Tubuh Jawatankuasa Kemajuan Projek A Maklum penolakan permohonan melalui TAMAT PPPK/RPSB PPPK/RPSB PtTS Dapatkan persetujuan peserta untuk Cadangan Penubuhan Projek Berkumpulan (TSKum 01) dan lengkapkan TS 11 (pin.01/22) TS 16 (Pin. 01/22)


7 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA CARTA ALIR TINDAKAN PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) - 14 - PKA/PtKew Menguruskan proses perolehan sebutharga TSK TAMAT Menguruskan pembangunan projek TSK Pembayaran tuntutan mengikut peraturan yang berkuatkuasa RPSB PPPK/RPSB RPSB CARTA ALIR TINDAKAN PENUBUHAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) Teruskan proses permohonan di i -POWeR TPRN/PRD/PRJ/ PRB TPRN/PRD/PRJ/ PRB A Siap kerja dan membuat tuntutan siap kerja (TSKum 03) mengikut carta alir di i-POWeR Penyerahan projek TSK kepada RPSB & Penyediaan borang TSKum 02


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 8 5.3 MESYUARAT AGUNG 1. Merupakan kuasa tertinggi dalam TSK. Di dalam mesyuarat ini, peserta berhak hadir dan mempunyai satu undi. 2. Mesyuarat Agung tidak perlu dilaksanakan bagi TSK yang mempunyai kurang daripada lapan peserta. 3. Terbahagi kepada tiga jenis: i. Mesyuarat Agung Penubuhan ii. Mesyuarat Agung Tahunan iii. Mesyuarat Agung Khas 4. Mesyuarat Agung Penubuhan i. Mesyuarat Agung Penubuhan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan penubuhan Tanam Semula Komersial (TSK) daripada Ketua Pusat Tanggungjawab RISDA. Agenda Mesyuarat Agung Penubuhan adalah seperti berikut: a. Pelantikan Jawatankuasa TSK b. Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP) c. Pembentangan Cadangan Bajet Ladang oleh RPSB 5. Mesyuarat Agung Tahunan i. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan selepas akhir tahun kewangan pada


9 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa TSK. Notis Mesyuarat Agung Tahunan ini hendaklah dikeluarkan tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh Mesyuarat Agung. Notis ini hendaklah mengandungi butiran tarikh, waktu, tempat dan cadangan usul daripada peserta. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut: a. Membentang laporan Jawatankuasa berkenaan dengan kemajuan dan perjalanan TSK tahun sebelum. b. Membentang dan menerima penyata kewangan yang telah disahkan oleh RPSB bagi tahun sebelum. c. Membubar Jawatankuasa yang sedia ada dan memilih ahli Jawatankuasa TSK untuk tahun yang akan datang. 6. Mesyuarat Agung Khas i. Mesyuarat Agung Khas bagi TSK boleh diadakan: a. Bila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa, atau b. Atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada jumlah peserta dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 10 sebab mengadakan Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh peserta-peserta hendaklah diadakan pada satu tarikh, tidak melebihi daripada 30 hari daripada tarikh penerimaan permintaan untuk mengadakan mesyuarat itu. ii. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedar kepada tiap-tiap peserta oleh setiausaha sekurangkurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat. iii. Jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas, atas permintaan peserta-peserta maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurangkurangnya enam (6) bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan peserta-peserta dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. 7. Kuorum Mesyuarat i. Kuorum bagi Mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada setengah (1/2) daripada jumlah peserta TSK. Semua perbahasan hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi peserta-peserta yang hadir. Pengerusi tidak mempunyai undi muktamad. Jika undi sama banyak, undi itu dikira kalah.


11 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA ii. Jika kuorum tidak cukup (kecuali Mesyuarat Agung Khas) selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah di tangguhkan kepada sesuatu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah peserta-peserta yang hadir menjalankan mesyuarat tapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua peserta. 5.4 PENUBUHAN JAWATANKUASA 1. JAWATANKUASA TSK i. Ahli Jawatankuasa TSK adalah dilantik melalui Mesyuarat Agung terdiri daripada peserta Projek TSK bagi jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dua (2) orang Ahli Jawatankuasa dan seorang wakil RPSB. ii. Ketetapan bermesyuarat bagi Jawatankuasa ini perlu diadakan jika terdapat pembubaran dan/atau lain-lain keperluan sesebuah Projek TSK. iii. Tanggungjawab Jawatankuasa adalah merangkumi: a. Menjadi ahli bagi Jawatankuasa Kemajuan Projek.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 12 b. Wakil peserta projek TSK bagi mengemukakan dan membincangkan sebarang persoalan atau perselisihan berbangkit yang memerlukan jalan penyelesaian berkaitan projek TSK. 2. JAWATANKUASA KEMAJUAN PROJEK (JKP) i. Suatu Jawatankuasa Kemajuan Projek hendaklah ditubuhkan dengan keanggotaan seperti berikut: Penasihat : Ketua Unit Tanam Semula dan Bekalan PT Pengerusi : Pengurus RISDA Plantation Sdn. Bhd. (Ladang) Setiausaha : Penyelia Projek Ahli : Jawatankuasa TSK/peserta TSK ii. Semua peserta adalah ahli Jawatankuasa bagi TSK yang mempunyai keahlian kurang daripada lapan peserta. iii. Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh empat (4) bulan sepanjang tempoh perjanjian berkuatkuasa. iv. Tanggungjawab Jawatankuasa antara lain merangkumi dan tidak terhad kepada: a. Memberikan kelulusan penggunaan tanah di dalam dokumen Perjanjian


13 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA Pembangunan Tanah TSK (TSK 03) oleh pengurus projek untuk pengeluaran hasil selain dari tanaman utama. b. Memberi persetujuan pembahagian hasil jualan kayu getah. c. Memberi pandangan bagi meningkatkan pengurusan projek. d. Menyelaras perkara-perkara berkaitan hal ehwal sosial peserta projek. e. Membentangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan serta laporan kemajuan semasa projek dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Projek serta Mesyuarat Agung. f. Membincangkan dan menyelesaikan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penubuhan dan/atau pembubaran dan/atau penamatan perjanjian. g. Memaklumkan keputusan-keputusan mesyuarat Jawatankuasa ini secara bertulis kepada peserta TSK dalam tempoh tidak melebihi empat (4) bulan bermula dari tarikh ianya dirujuk.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 14 6.0 KAEDAH PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 6.1 PROSES BAYARAN DAN BEKALAN MATA BENDA 1. Pusat Tanggungjawab hendaklah menguruskan permohonan bantuan tanam semula termasuk bantuan – bantuan lain (jika ada) sehingga bayaran melalui sistem i-POWeR atau sistem lain mengikut pekeliling yang berkuatkuasa. 2. RPSB boleh memohon dan menerima kemudahan – kemudahan lain daripada Pusat Tanggungjawab bagi pihak pemilik tanah seperti subsidi prasarana dan lain – lain (jika ada) untuk projek TSK. 3. Pusat Tanggungjawab dibenarkan untuk membayar bantuan tanam semula termasuk input pertanian secara tunai kepada RPSB mengikut kadar bantuan dan pekeliling yang ditetapkan oleh RISDA. 4. RPSB boleh membuat pesanan input pertanian terus kepada pembekal yang dilantik oleh RISDA kecuali jenis yang tidak disenaraikan dalam perolehan RISDA atau kehabisan stok dan tidak dapat dipenuhi dalam jangka masa yang difikirkan munasabah oleh RPSB dan RISDA. RPSB juga boleh membuat pesanan input pertanian kepada Pusat Tanggungjawab. 5. Bagi input pertanian yang tiada dalam kontrak RISDA, RPSB bebas membuat pesanan kepada mana – mana pembekal.


15 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 6. Tuntutan bayaran kemajuan kerja kepada RISDA dibuat melalui Borang Tuntutan Tanam Semula Berkumpulan (TSKump 03) berasaskan Analisis Kewangan Projek TSK (TSK 02). 6.2 PEROLEHAN 1. Tatacara perolehan, perakaunan dan kawalan yang ditentukan oleh RPSB hendaklah selaras dan sesuai dengan keperluan RISDA. 2. Pelantikan kontraktor bagi kerja seperti menanam, menyelenggara ladang dan mengutip hasil diuruskan oleh RPSB. 6.3 PEMBANGUNAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 1. Pembangunan TSK bermula setelah permohonan tanam semula diluluskan oleh RISDA dan perjanjian antara pemilik tanah dan RPSB ditandatangani. 2. Penyertaan dalam TSK dibolehkan sehingga peringkat pembangunan sahaja tertakluk kepada syarat – syarat yang ditetapkan oleh RPSB. 3. TSK akan diurus oleh RPSB bermula daripada pemilihan kontraktor untuk kerja pembangunan sehingga pengeluaran dan pemasaran semua hasil termasuk kayu getah. 4. Pemilik tanah yang berhajat untuk melaksanakan kerja menanam, menyelenggara ladang dan mengutip hasil dikebunnya, boleh dipertimbangkan


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 16 mengikut jadual kerja dan kadar bayaran yang dipersetujui bersama dengan RPSB. 5. RPSB bertanggungjawab mengadakan pekerja secukupnya di semua peringkat operasi ladang. 6. Pengurus RPSB perlu menyediakan Analisis Kewangan Projek TSK (TSK 02). Kos kawalan yang ditetapkan dalam TSK 02 untuk semua jenis kerja dalam TSK hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Ketua Pusat Tanggungjawab sebelum dilaksanakan. 7.0 PERANAN DALAM PELAKSANAAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 7.1 KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB 1. Lawatan pemeriksaan tapak ke atas cadangan projek TSK bersama RPSB. 2. Merancang, menilai dan melulus berdasarkan syarat-syarat penubuhan TSK. 3. Semakan Analisis Kewangan Projek TSK (TSK 02) yang disediakan oleh RPSB. 4. Penyimpanan semua rekod, dokumen dan salinan Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03) yang telah disetemkan.


17 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 5. Memantau dan menyelia projek TSK di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR). 7.2 RPSB 1. Menyedia dan melengkapkan Kajian Kemungkinan Penubuhan TSK (TSK 01), Analisis Kewangan Projek TSK (TSK 02) dan Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03). 2. RPSB mengurus bermula daripada pemilihan kontraktor untuk kerja pembangunan sehingga pengeluaran dan pemasaran semua hasil termasuk kayu getah. 3. Tatacara perolehan, perakaunan, pengamatan dan kawalan yang ditentukan oleh RPSB hendaklah selaras dan sesuai dengan keperluan RISDA. 4. Pelantikan kontraktor bagi kerja seperti menanam, menyelenggara ladang dan mengutip hasil diuruskan oleh RPSB. 5. Menyelaras, mendapatkan kelulusan untuk semua kerja-kerja pembangunan daripada pihak atau Jabatan Kerajaan yang berkaitan. 6. Melaporkan kemajuan projek TSK di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR).


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 18 8.0 PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 8.1 KAEDAH MENGURUS DAN AGIHAN PULANGAN 1. Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03) perlu ditandatangani oleh pemilik tanah dan RPSB serta disetemkan. Perjanjian asal perlu disimpan oleh pemilik tanah dan RPSB manakala salinan perjanjian perlu diserahkan kepada pihak RISDA. 2. Tarikh perjanjian hendaklah dikosongkan terlebih dahulu dan diisi semasa proses duti setem. 3. Edaran kepada pemilik tanah hendaklah melalui surat rasmi agen mengurus dengan salinan surat kepada PT. 4. Kesemua pemilik tanah perlu bersetuju untuk memilih SATU kaedah sahaja dalam sesebuah TSK. Kaedah tersebut membolehkan pulangan keuntungan dibuat untuk kesemua peserta sesebuah TSK dalam satu-satu masa. 5. Terdapat tiga kaedah mengurus dan agihan pulangan yang perlu dipilih seperti berikut: i. Kaedah 1 : Pembahagian Keuntungan a. Kaedah ini digunapakai dengan persetujuan kedua-dua pihak di antara pemilik tanah dan RPSB.


19 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA b. Lebihan pendapatan (keuntungan) selepas ditolak semua kosoperasi, dibahagikan antara peserta dan RPSB. c. Pembahagian keuntungan diagihkan pada peringkat hasil. d. Lebihan pendapatan selepas ditolak semua kos operasitermasuk upah mengurus dan bayaran balik pinjaman diagihkan kepada peserta. e. Caj upah mengurus peringkat pembangunan di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut : • Tanaman Getah : RM200.00/hektar/tahun • Tanaman Sawit : RM250.00/hektar/tahun f. Caj upah mengurus peringkat pembangunan di Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut : • Tanaman Getah : RM400.00/hektar/tahun • Tanaman Sawit : RM500.00/hektar/tahun g. Bagi peringkat penghasilan, lebihan daripada pendapatan tolak kos operasi diagihkan antara pemilik tanah dan RPSB mengikut persetujuan kedua-dua pihak.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 20 ii. Kaedah 2 : Sewa Pajak Tanah a. Mengikut kaedah ini, pemilik tanah dibayar kadar sewa pajak tanah secara tahunan bagi tempoh yang telah dipersetujui. b. Segala proses dalam urusan pajakan tanah hendaklah mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965. c. Tiada caj upah mengurus di peringkat pembangunan dan peringkat penghasilan. d. Semua kos yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh RPSB. iii. Kaedah 3 : Upah Mengurus Ladang a. Caj upah mengurus peringkat pembangunan adalah seperti berikut :- • Semenanjung Malaysia Tanaman Getah : RM200.00/hektar/tahun Tanaman Sawit : RM250.00/hektar/tahun • Sabah dan Sarawak Tanaman Getah : RM400.00/hektar/tahun Tanaman Sawit : RM500.00/hektar/tahun


21 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA • Peringkat penghasilan 6.5% daripada hasil jualan atau pada kadar maksimum RM 700/hektar/ tahun. b. Lebihan pendapatan selepas ditolak semua kos operasi termasuk caj upah mengurus dan bayaran balik pembiayaan diagihkan 100% kepada peserta. 8.2 TEMPOH PERJANJIAN 1. Tempoh perjanjian pelaksanaan projek minima adalah 18 tahun atau mengikut persetujuan keduadua pihak. 8.3 TEMPOH PEMBANGUNAN 1. Tempoh pembangunan projek tidak melebihi 48 bulan untuk tanaman sawit manakala 60 bulan bagi tanaman getah. 8.4 PEMBIAYAAN 1. Sumber daripada pemilik tanah i. Bantuan Tanam Semula RISDA a. Bantuan Tanam Semula/Tanam Baru/Tanah Kosong adalah di bawah Pengurusan RISDA.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 22 b. RPSB adalah agen mengurus yang akan menerima segala bantuan tanam semula termasuk tanam baru dan bantuan-bantuan lain (jika ada) bagi pihak pemilik tanah. c. RPSB boleh memohon dan menerima kemudahan-kemudahan lain daripada PT bagi pihak pemilik tanah seperti bantuan prasarana dan lain-lain (jika ada) untuk projek TSK. d. Bayaran bantuan tanam semula tidak boleh dilakukan kepada RPSB sehingga dokumen Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03) ditandatangani oleh pemilik tanah dan RPSB. ii. Jualan Kayu Getah a. Wang jualan kayu getah adalah tertakluk kepada perbincangan bersama pemilik tanah sama ada untuk dijadikan modal pembangunan projek atau dipulangkan sebahagian. iii. Hasil lain a. Pendapatan daripada penggunaan tanah selain daripada tanaman utama boleh digunakan untuk menampung kos pembangunan projek.


23 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 2. Sumber daripada RPSB i. Pemilik tanah hendaklah bersetuju membenarkan RPSB menampung kos pembangunan melalui pinjaman jika bantuan tanam semula tidak mencukupi. ii. RPSB hendaklah menentukan had maksimum kos kawalan bagi setiap projek TSK yang akan dilaksanakan dan memaklumkan PT. PT boleh meminta penjelasan dan membuat cadangan balas jika difikirkan kos kawalan tersebut terlalu tinggi. 8.5 BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN 1. Pembiayaan kos tambahan pembangunan yang telah didahulukan oleh Agen Mengurus perlu dibayar balik oleh peserta secara ansuran bulanan atau tahunan dalam tempoh tertentu daripada keuntungan projek. 2. Permulaan bayaran balik pembiayaan boleh dilakukan apabila projek mula berhasil. Tempoh maksimum bayaran balik pembiayaan adalah 12 tahun peringkat pengeluaran hasil. 8.6 PESERTA MENARIK DIRI 1. Penarikan diri peserta dari menyertai program TSK boleh dilaksanakan dengan persetujuan keduadua pihak.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 24 8.7 PENAMATAN PERJANJIAN 1. Penamatan perjanjian TSK hendaklah dibuat apabila melibatkan perkara berikut : i. Projek TSK yang tamat perjanjian ii. Projek TSK yang tidak berdaya maju 2. Projek TSK yang tamat perjanjian i. Projek yang akan tamat tempoh perjanjian perlu dikenalpasti dan dibuat penamatan dengan teratur untuk mengelakkan perkara berbangkit pada masa akan datang. ii. Bagi projek yang tamat perjanjian, pihak RPSB perlu mengikuti kaedah-kaedah pembubaran seperti berikut: a. Mengadakan perjumpaan bersama peserta bagi menerangkan status semasa projek yang berkaitan dengan keadaan fizikal, kewangan dan perjanjian projek. b. Penandaan semula sempadan bagi setiap lot berdasarkan kepada Borang Pengesahan Batu Sempadan (TSKum 02) yang dibuat semasa penerimaan lot/ projek. c. Lawatan ke setiap lot bersama peserta bagi mengenalpasti sempadan


25 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA berdasarkan Borang Pengesahan Batu Sempadan (TSKum 02) yang dibuat semasa penyerahan pembangunan. Bagi lot tanah yang melibatkan pelan rizab seperti JAKOA sekadar mengenalpasti sempadan kawasan yang dibangunkan sahaja. d. Peserta menandatangani borang penerimaan semula lot berkenaan. Bagi peserta yang enggan menandatangani penerimaan, notis penyerahan semula (perjanjian telah tamat) hendaklah dikeluarkan kepada peserta tersebut dan dihantar melalui surat berdaftar. 3. Implikasi pembubaran dan penyerahan TSK i. Projek yang telah tamat tempoh perjanjian diserahkan semula kepada peserta. ii. Tiada dakwaan pencerobohan oleh pihak peserta terhadap pengurusan projek kepada RPSB dan RISDA. iii. Pelupusan baki hutang projek dapat dilakukan secara teratur. 4. Projek TSK yang tidak berdaya maju i. Projek yang tidak berdaya maju dapat diserahkan semula kepada peserta bagi mengelakkan pertambahan kerugian yang dialami.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 26 ii. Proses penyerahan semula projek yang tidak berdaya maju dan penamatan perjanjian dapat dibuat dengan teratur untuk mengelakkan perkara berbangkit pada masa akan datang. iii. Bagi projek yang akan ditamatkan perjanjian perlu mengikuti kaedah-kaedah penamatan seperti berikut: a. Semakan dan analisa daya maju projek disediakan oleh RPSB dan kertas kerja dibentangkan kepada Ketua PT. b. Penyediaan Kertas kerja cadangan penyerahan projek tidak berdaya maju. Kertas kerja yang disediakan hendaklah meliputi perkara-perkara berikut: a Tujuan a Latar belakang projek a Laporan kewangan projek a Implikasi fizikal dan kewangan a Asas pertimbangan a Cadangan/syor a Keputusan yang diperlukan c. Kertas kerja cadangan penyerahan projek dibentangkan dalam Mesyuarat JKTS (N) untuk kelulusan.


27 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA d. Notis kelulusan pembubaran TSK dijana melalui I-POWeR jika masih di dalam bantuan Tanam Semula dan dihantar ke RPSB untuk tindakan. e. Pihak RPSB bersama AJK TSK mengadakan Mesyuarat Agung bagi memaklumkan kelulusan pembubaran dan pihak RPSB mengeluarkan notis penamatan perjanjian dengan persetujuan bersama kepada peserta TSK. Salinan Minit Mesyuarat Agung diserahkan kepada Ketua PT. f. Pembubaran TSK perlu dimaklumkan secara bersurat kepada Pengarah BTSP. g. Pihak RPSB perlu membuat penandaan semula sempadan bagi setiap lot berdasarkan kepada Borang Pengesahan Batu Sempadan (TSKum 02) yang dibuat semasa penerimaan lot/ projek. h. Lawatan ke setiap lot bersama peserta bagi mengenalpasti sempadan berdasarkan Borang Pengesahan Batu Sempadan (TSKum 02) yang dibuat semasa penyerahan pembangunan. Bagi lot tanah yang melibatkan pelan rizab seperti JAKOA sekadar mengenalpasti sempadan kawasan yang dibangunkan sahaja.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 28 i. Peserta menandatangani borang penerimaan semula lot berkenaan. Bagi peserta yang enggan menandatangani penerimaan, notis penyerahan semula yang telah dihantar melalui serahan berdaftar boleh dianggap sebagai penerimaan peserta. 5. Implikasi pembubaran dan penyerahan TSK i. Projek yang tidak berdaya maju diserahkan semula kepada peserta bagi mengelakkan pertambahan kerugian. ii. Projek yang diluluskan menepati syaratsyarat asas penubuhan TSK.


29 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 6. PERINCIAN PEMBUBARAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) YANG TIDAK BERDAYA MAJU TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN KS/PPK/AJK TSB/ RPSB 1. Menerima Cadangan Pembubaran Tanam Semula Komersial (TSK) daripada KS/PPK/AJK kepada pihak pengurusan RISDA (PRN/PRD/ PRJ/PRB). TPRN/PRN/PRD/PRJ 2.    2.1 2.2 Meneliti dan menyemak kertas kerja Cadangan Pembubaran TSK. Kertas kerja cadangan pembubaran TSK, disemak dan disokong. Ke Tindakan No. 3. Jika kertas kerja cadangan pembubaran TSK tidak disokong. Ke Tindakan No. 6. RPSB 3. 3.1 3.2 Proses tindakan pembubaran oleh RPSB. Kertas kerja cadangan pembubaran TSK disokong, ke Tindakan No. 4. Kertas kerja cadangan pembubaran TSK tidak disokong, ke Tindakan No. 6. TPRN/PRN/PRD/PRJ 4. Kertas kerja cadangan pembubaran TSK dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri untuk kelulusan.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 30 TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN JKTS (N) 5. 5.1  5.2 Kertas kerja cadangan pembubaran TSK perlu mendapat kelulusan Mesyuarat JKTS (N). Jika diluluskan, ke Tindakan No. 7. Jika tidak diluluskan, semakan semula dan membuat pembetulan atau lain-lain keputusan. TAMAT/MULA TPRN/PRD/PRB/PRJ/ RPSB 6. Semakan semula dan pembetulan atau lain-lain keputusan. TAMAT PRD/PRB/PRJ/PP/ PtTS 7.  Mengeluarkan Notis kelulusan pembubaran TSK dari i-POWeR dan pelarasan lejer individu jika masih dalam bantuan. AJK TSK/RPSB 8. Mengadakan Mesyuarat Agung bagi makluman kelulusan pembubaran dan membincangkan perihal berikut: i) Laporan kewangan semasa ii) Aset dan inventori yang berada di bawah TSK iii) Perbincangan bersama kontraktor bagi hal pembangunan ladang iv) Perbincangan/penyelesaian masalah bagi pembubaran v) Mesyuarat Agung dilaksanakan bagi memaklumkan mengenai pembubaran TSK.


31 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN vi) Menjelaskan segala baki kos pembangunan, kos operasi dan bayaran Premium Ikhtisas Perkhidmatan sebelum pihak RPSB mengeluarkan notis penamatan perjanjian dengan persetujuan bersama kepada semua peserta TSK. KS/PPK 9. Minit Mesyuarat Agung tentang pembubaran diserahkan satu salinan kepada Ketua PT. PRN 10. Memanjangkan kepada Pengarah BTSP untuk makluman pembubaran. TAMAT


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 32 7. CARTA ALIR PEMBUBARAN TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) YANG TIDAK BERDAYA MAJU - 1 - Menerima Cadangan Pembubaran TSK daripada KS/AJK kepada pihak Pengurusan RISDA ( PRN/PRD/PRJ/PRB) TPRN/PRD/ PRB/PRJ PRD/PRB/PRJ/ PP/PtTS PRN Kelulusan Mesyuarat JKTS (N) MULA AJK TSK/RPSB JKTS (N) Mengadakan Mesyuarat Agung bagi memaklumkan kelulusan pembubaran dan pihak RPSB mengeluarkan notis penamatan perjanjian dengan persetujuan bersama kepada peserta TSK Bawa kertas cadangan ke dalam Mesyuarat JKTS PRN untuk kelulusan Memanjangkan kepada Pengarah BTSP untuk makluman pembubaran. TAMAT Semakan kertas cadangan untuk sokongan Semakan semula dan pembetulan atau lain -lain keputusan. Mengeluarkan Notis kelulusan pembubaran TSK dari i-POWeR dan pelarasan lejer individu jika masih dalam bantuan. Diluluskan KS/AJK TSK/ RPSB RPSB TPRN/PRD/ PRB/PRJ TPRN/PRD/ PRB/PRJ/RPSB Minit Mesyuarat Agung diserahkan satu salinan Kepada ketua PT. KS/PPPK Disokong Tidak disokong Proses tindakan RPSB Disokong Tidak disokong Tidak diluluskan


33 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 8.8 DENDA 1. Denda atau ganti rugi akan dikenakan kepada pemilik tanah atau RPSB apabila salah satu pihak gagal mematuhi perjanjian yang telah ditandatangani. i. Denda Ke Atas Pemilik tanah a. Apabila pemilik tanah ingkar dalam tempoh perjanjian daripada meneruskan penyertaan dalam TSK. b. Pemilik tanah akan dikenakan dan hendaklah membayar seperti ketetapan berikut : - Bayaran Premium Ikhtisas Perkhidmatan (30% daripada jumlah kos pembangunan) - Baki kos pembangunan - Baki kos operasi c. Kadar denda seperti di atas adalah terpakai bagi setiap Kaedah Upah Mengurus dan Pengagihan Pulangan. ii. Denda Ke Atas Pengurusan RPSB a. Apabila RPSB gagal menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai Pengurus disebabkan kelemahannya sendiri, segala tanggungjawab dan kerugian terletak ke atas RPSB sepenuhnya dan


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 34 pemilik tanah bebas daripada apa-apa pertanggungan yang berkaitan dengan TSK yang berkaitan. b. Nilai bantuan tanam semula yang telah digunakan oleh RPSB hendaklah dikembalikan kepada pemilik tanah. c. Pemilik tanah berhak mengambil balik tanah masing-masing dan keluar daripada TSK. 9.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar buku manual ini dapat membantu pegawai dan warga RISDA di lapangan merancang dan melaksana projek TSK dengan cekap dan berkesan seterusnya membantu pekebun kecil memperoleh pendapatan yang maksimum daripada hasil ladang.


35 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TSKum 01 CADANGAN PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN Negeri PENDEKATAN PRD/J/B TSB : TSK : TSA : PRS TSB OA : TSK OA : Nama PPPK Tarikh Kempen TSKum01 A. MAKLUMAT CADANGAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN Nama Projek Jenis Tanaman Bilangan Peserta Bilangan Lot Luas Tanam Semula * Agensi DUN Parlimen * Tempoh Perjanjian TSK * Pengagihan Pulangan TSK * Kaedah Pembiayaan TSK B. MAKLUMAT PESERTA ** Bil Nama Peserta No. Kad Pengenalan No. Geran No. Lot Luas Kebun (Hek) Luas TS (Hek) Tandatangan 1 2 3 4 5 6 7 8 D. DISEDIAKAN OLEH : E. UNTUK KEGUNAAN PEJABAT _____________________ Pegawai RISDA / AGENSI Nama & Cap : Tarikh : Dilulus / Ditolak. Ulasan :_______________________________ ______________________________________ _________________ TPRN/PRD/PRJ/PRB Nama & Cap : Tarikh : (*) Jika berkaitan (**) Undang-undang kecil telah dipersetujui oleh semua ahli C. PROFIL LOT TANAM SEMULA BERKUMPULAN Jenis Tanah Topografi Kecerunan Tanah Kesesuaian Tanaman Jarak Dari Jalan (km) Tanaman Asal Lokasi Kediaman Tuan Tanah Di Kawasan Projek LUAR : ……. ORANG DALAM : ……..ORANG


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 36 TSKum 01 CADANGAN PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN (sambungan) TSKum01 B. MAKLUMAT PESERTA ** Bil Nama Peserta No. Kad Pengenalan No. Geran No. Lot Luas Kebun (Hek) Luas TS (Hek) Tandatangan 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 A. MAKLUMAT CADANGAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN Nama Projek Jenis Tanaman Bilangan Peserta Bilangan Lot Luas Tanam Semula


37 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TSKum 02 BORANG PENGESAHAN BATU SEMPADAN TSB/TSK____________________________________________ (SEBELUM KERJA PEMBANGUNAN DIJALANKAN) TSKum02 Bahawasanya kami peserta TSB/TSK yang bertandatangan di bawah ini mengaku bahawa lawatan bersama Ahli Jawatankuasa TSB/TSK dan kontraktor untuk mengesahkan batu sempadan yang terdapat di atas tanah kami yang menyertai TSB/TSK. BIL NAMA PESERTA NO.LOT BATU SEMPADAN TANDATANGAN JUMLAH MENGIKUT PETA GERAN TANAH BILANGAN YANG DITEMUI DAN DITANDA ATAS KEBUN BILANGAN YANG TIDAK DITEMUI PESERTA Tarikh :………………………………………………………. Pengesahan: ………………………………………………………. (PENGERUSI JAWATANKUASA TSB/ TSK) Nama: ………………………………………………………. (KONTRAKTOR/RPSB) Nama:


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 38 TSKum 03 BORANG TUNTUTAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN TSKum03 Daripada : Kepada : Nama Pengerusi TSB / RPSB / Agensi ___________________________ Nama Projek TSB/TSK/TSA : ___________________________ Tarikh : ____________________ PRN/PRD/PRJ/PRB : __________________________ __________________________ __________________________ TUNTUTAN BAYARAN KERJA / PERMOHONAN BEKALAN INPUT PERTANIAN Sukacita dimaklumkan, saya Pengerusi TSB/RPSB/Agensi : __________________________________ Membuat *tuntutan bayaran kerja bagi kerja-kerja yang telah disiapkan mengikut syarat yang ditetapkan/ permohonan bekalan input pertanian seperti berikut : Sedemikian, diharap tuan dapat membuat lawatan pemeriksaan kerja yang disiapkan untuk bayaran / membekalkan input pertanian pada tarikh berkenaan. Sekian, terima kasih Yang Benar, ______________________________ Nama : Cap Pengerusi TSB / RPSB / Agensi BIL JENIS KERJA / INPUT PERTANIAN DIPERLUKAN TARIKH SIAP KERJA / INPUT PERTANIAN DIPERLUKAN HARGA RM/UNIT JUMLAH BAYARAN (RM) UNIT


39 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TSK 01 KAJIAN KEMUNGKINAN PENUBUHAN TSK 1. PENDAHULUAN Kertas kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Maklumat Kawasan Nama Projek Jumlah Peserta ………….. Orang Stesen Jumlah Lot ………….. Lot Mukim Keluasan Projek ………….. Hektar Daerah Keluasan keseluruhan yang sesuai ………….. Hektar Negeri Keluasan layak bantuan Tanam Semula ………….. Hektar Jalan Perhubungan Ada / Tiada Jenis : ……………... Jarak : …………..km * Sila lampirkan pelan kawasan 2.2 Keadaan Muka Bumi 2.2.1 Pada keseluruhannya, muka bumi kawasan mengandungi peratus tanah pamah/rata, peratus berpaya, peratus beralun dan peratus berbukit dengan kecerunan antara hingga darjah. 2.2.2 Kawasan ini mudah/ tidak mudah dilanda banjir. Bagi kawasan yang mudah dilanda banjir lebih kurang peratus mudah ditenggelami air selama lebih kurang hari dalam satu-satu masa. Oleh itu, parit perlu/ tidak perlu dibina secukupnya. Kawasan yang mudah dilanda banjir ditanda di atas pelan. 2.3 Kesesuaian Tanah Berdasarkan kepada rekod/ pemerhatian / kajian, seluruh / sebahagian kawasan adalah sesuai / tidak sesuai ditanam dengan tanaman _______________.


Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 40 TSK 01 3 Analisis Kewangan 3.1 Berasaskan analisis kewangan yang disertakan, didapati projek ini berpotensi untuk dilaksanakan dengan tanaman getah/kelapa/sawit/spesis balak. 3.2 Kadar pulangan dalaman @ Internal Rate of Return (IRR) diperolehi sebanyak _____________ peratus. 3.3 Projek ini mempunyai kelayakan bantuan tanam semula sebanyak RM ____________ daripada analisis kewangan ini didapati peruntukan tersebut mencukupi/ tidak mencukupi dan memerlukan pinjaman luar sebanyak RM _____________ 4. Kaedah Pengurusan Kaedah pengurusan yang disyorkan ialah ______________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ 6. Keputusan dikehendaki Berdasarkan semua maklumat yang diberi dalam kertas permohonan ini, mohon kelulusan daripada Jawatankuasa Kelulusan Penubuhan TSK. Disediakan oleh : Disemak oleh : ________________ ________________________ Penyelia RPSB Pen. Peg. Pertanian Kawasan Nama & Cap : Nama & Cap : Tarikh : Tarikh : KEPUTUSAN Permohonan ini DILULUSKAN / DITOLAK. Ulasan jika permohonan ditolak: ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________ TPRN/PRD/PRJ/PRB Nama & Cap : Tarikh :


Click to View FlipBook Version