41 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TSK 02 ANALISIS KEWANGAN PROJEK TSK NAMA PROJEK : TEMPOH PERJANJIAN : KAEDAH PENGURUSAN : JENIS TANAMAN : LUAS KAWASAN : Hektar BIL PERKARA UNIT / HEKTAR JUMLAH CATATAN 1 Kos Pembangunan Kebun 2 Kos Prasarana Peringkat Pembangunan 3 Sumber daripada tuan tanah 3.1 Bantuan Tanam Semula 3.2 Jualan kayu getah 3.3 Hasil lain 4 Pembiayaan RPSB 5 Pendapatan 6 Kos Pengeluaran 7 Untung Kasar 8 Yuran Pengurusan 9 Agihan Keuntungan Kepada Peserta 10 Harga Komoditi 11 Anggaran Hasil 12 Kadar Pulangan Dalaman (IRR) Disediakan oleh : ___________________ Pengurus RPSB Nama & Cap : Tarikh :
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 42 TSK 03 ________________________________________________________ PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH PROJEK TSK .............................................. _______________________________________________________ DI ANTARA RISDA PLANTATION SDN.BHD. (NO.SYARIKAT : 324822D) (“PENGURUS”) DAN (NAMA :…………………........................………………) (NO. KP : …………………….....................…………...) (NO. GERAN.................NO. LOT.................) (“PEMILIK TANAH”)
43 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TSK 03 PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH TSK PROJEK TSK …………………………………………… _______________________________________________________________ Perjanjian ini dibuat pada ………………………………………. hari bulan ………………………… Tahun .…................. DI ANTARA RISDA PLANTATION SDN. BHD. (No. Syarikat : 324822 D) sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat operasinya di Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park, Jalan Ampang Putera, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur (selepas ini dirujuk sebagai “PENGURUS”) DAN Satu pihak lain yang nama dan alamatnya seperti dinyatakan dalam Jadual 1 (selepas ini dirujuk sebagai “PEMILIK TANAH”)
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 44 BAHAWASANYA PIHAK - PIHAK BERSETUJU sebagaimana berikut: PERKARA 1.0 TAKRIF DAN TAFSIRAN 1.1 Di dalam Perjanjian ini, di mana penggunaannya membenarkan, ungkapan-ungkapan tersebut akan membawa erti seperti yang dinyatakan di bawah ini : UNGKAPAN ERTI Kanun Tanah Bermaksud Kanun Tanah Negara 1965 Projek Seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 Tempoh Pembangunan Bermaksud tempoh - tempoh berikut yang mana terpakai : i. Suatu tempoh tidak melebihi empat puluh lapan (48) bulan tanaman sawit; dan/ atau ii. Suatu tempoh tidak melebihi enam puluh (60) bulan bagi tanaman getah yang bermula dari tarikh mula kerja pembangunan iaitu tidak lewat dari tempoh 6 bulan selepas tarikh perjanjian ditandatangani Kos Operasi Bermaksud kos-kos yang dikenakan setelah tamat Tempoh Pembangunan meliputi kos penyelenggaraan, pembajaan, penuaian, kutipan hasil, pemasaran, caj pengurusan dan caj-caj am yang berkaitan seperti kos urusan kaveat dan cukai tanah Caj Pengurusan Semasa Tempoh Pembangunan i. Caj pengurusan RM 250.00 sehektar setahun bagi kelapa sawit dan RM 200.00 sehektar setahun bagi getah di Semenanjung Malaysia, manakala RM 500.00 sehektar setahun bagi kelapa sawit dan RM 400.00 sehektar setahun bagi getah di Sabah/Sarawak.
45 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA ii. Tempoh Pembangunan akan diselaraskan sekiranya Tempoh Pembangunan sebenar lebih awal Caj Pengurusan Selepas Tempoh Pembangunan Bermaksud kadar 6.5 % setahun daripada hasil jualan tanaman utama tertakluk kepada had maksimum RM 700.00 sehektar setahun Pendapatan Kasar Bermaksud segala pendapatan yang diperolehi dari jualan hasil Projek dan hasil-hasil lain dari Projek tersebut (jika ada) seperti yang dinyatakan klausa 7.1 hingga 7.4 Keuntungan Bersih Bermaksud pendapatan Projek setelah ditolak hutang Kos Pembangunan dan Kos Operasi Bayaran Premium Ikhtisas Perkhidmatan Bermaksud kadar tiga puluh peratus (30%) dari jumlah Kos Pembangunan yang perlu dibayar oleh PEMILIK TANAH kepada PENGURUS dalam keadaan PEMILIK TANAH menarik diri dan/ atau melanggar Perjanjian dan/ atau dilucutkan hak penyertaan oleh PENGURUS PEMILIK TANAH Bermaksud pihak yang dinyatakan dalam Jadual 1 Perjanjian ini PENGURUS RISDA Plantation Sdn.Bhd (RPSB) atau wakilnya yang sah. Pejabat Tanah Bermaksud pihak yang menguruskan segala urusan berkaitan tanah PEMILIK TANAH di negeri/ daerah yang berkaitan Pihak Berkuasa Negeri/ Persekutuan/ Agensi Ditakrifkan di bawah Kanun Tanah dalam Jadual 1, Bahagian 1 dan di Sarawak berdasarkan kepada peruntukan Kanun Tanah Sarawak dan di Sabah berdasarkan kepada Kanun Tanah Sabah Syarat Tanah Bermaksud syarat yang dinyatakan di bawah Kanun Tanah dan di Sarawak berdasarkan kepada Kanun Tanah Sarawak dan di Sabah berdasarkan kepada Kanun Tanah Sabah
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 46 Sekatan Tanah Bermaksud sekatan yang dinyatakan di bawah Kanun Tanah dan di Sarawak berdasarkan kepada Kanun Tanah Sarawak dan di Sabah berdasarkan kepada Kanun Tanah Sabah Tanah Tersebut Ditakrifkan sebagaimana yang tercatat dalam Jadual 1 Perjanjian ini Tarikh Perjanjian Berkuatkuasa Tarikh Perjanjian Berkuatkuasa; Tempoh Perjanjian Berkuatkuasa Bermaksud tempoh minima Lapan Belas (18) Tahun atau lebih mengikut persetujuan kedua-dua pihak kelak RISDA Sebuah Agensi Kerajaan Malaysia di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ditubuhkan mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 (Akta 85) Milikan Kosong Bermaksud penggunaan dan pendudukan tanah yang eksklusif serta bebas daripada apaapa tanggungan Kaveat Notis rasmi kepada mahkamah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yang memberikan notis ini 1.2 Definisi - definisi yang dinyatakan di dalam adalah sebagai panduan sahaja dan tidak menjejaskan pengertian yang dimaksudkan di bawah Perjanjian ini. 1.3 Tajuk perenggan atau bahagian bukan sebahagian Perjanjian ini dan tidak boleh dirujuk dalam pemahaman atau tafsiran. 1.4 Rujukan kepada Perjanjian ini akan merujuk, jika perlu, Perjanjian ini seperti yang telah dipinda atau diubah dari semasa ke semasa.
47 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 1.5 Nombor perenggan atau Jadual merujuk perenggan atau jadual dalam Perjanjian ini. 1.6 Apa-apa tanggungan bersama oleh lebih dari seorang akan dianggap tanggungan bersama dan bersendiri setiap orang. 1.7 Rujukan kepada Kanun Tanah, akta-akta atau undang-undang termasuk peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah undang-undang itu, serta merangkumi semua pindaan, semakan dan penukaran dari semasa ke semasa. PERKARA 2.0 PENDAHULUAN 2.1 PEMILIK TANAH memiliki Tanah Tersebut seluas _________________ hektar dan seluas __________ hektar yang akan berhasrat menyertai Projek di bawah kelolaan RISDA. 2.2 PENGURUS adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 dan mempunyai pengetahuan, kepakaran, kemahiran, dan pengalaman dalam pembangunan dan pengurusan tanah secara berkumpulan. 1.3 PEMILIK TANAH bersetuju melantik PENGURUS sebagai agen mengurus untuk membangun dan menguruskan Tanah Tersebut dan PENGURUS bersetuju untuk membangunkan dan menguruskan Tanah Tersebut tertakluk kepada syaratsyarat dan terma-terma yang terkandung dalam Perjanjian ini. 2.4 PENGURUS akan melaksanakan konsep membangunkan Tanah Tersebut kepunyaan PEMILIK TANAH secara langsung di bawah kaedah pembangunan dan pengurusan berkelompok
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 48 dalam Projek tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini. 2.5 PEMILIK TANAH bersetuju membenarkan dan memberi sepenuh kuasa memasuki Tanah Tersebut kepada PENGURUS bersama kakitangan, wakil-wakil berserta jentera-jentera, alatalat dan bahan-bahan yang perlu untuk menjalankan segala kerja-kerja yang perlu bagi maksud membangunkan tanahnya sehingga tamatnya Perjanjian ini. PERKARA 3.0 PERIHAL PROJEK 3.1 PENGURUS bertanggungjawab untuk menanam semula dan memberi sepenuh kuasa memasuki Tanah Tersebut kepada PENGURUS bersama kakitangan, wakil-wakil berserta jentera-jentera, alat-alat dan bahan-bahan yang perlu untuk menjalankan segala kerja-kerja yang perlu bagi maksud membangunkan tanahnya sehingga tamatnya Perjanjian ini. 3.2 PENGURUS bertanggungjawab sepenuhnya dalam Tanahtanah Tersebut berlandaskan syarat-syarat yang dipersetujui bersama PEMILIK-PEMILIK TANAH lain yang dirujuk dalam Jadual 3 Perjanjian ini. 3.3 PENGURUS dan PEMILIK TANAH mengakui bahawa semua lot-lot tanah yang dibangunkan akan dikenali sebagai PROJEK TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada syarat-syarat am yang dinyatakan dalam Jadual 4, sekiranya ada selepas ini.
49 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA PERKARA 4.0 PERSETUJUAN 4.1 PEMILIK TANAH/wakil yang dilantik menandatangani Borang Permohonan Tanam Semula/Tanam Baru (TS 11(Pin.01/22) perlu menandatangani Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03). 4.2 PENGURUS bersetuju untuk memajukan Projek dan PEMILIK TANAH bersetuju untuk menyertai Projek dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 4.3 Sebagai balasan kepada perkhidmatan mengurus ladang yang diberikan oleh PENGURUS ke atas Tanah Tersebut, maka PEMILIK TANAH dengan ini bersetuju membayar kepada PENGURUS kadar upah mengurus seperti berikut : i. Kaedah 1 : Pembahagian Keuntungan a. Caj Pengurusan Semasa Tempoh Pembangunan - Caj pengurusan RM 250.00 sehektar setahun bagi kelapa sawit dan RM 200.00 sehektar setahun bagi getah di Semenanjung Malaysia manakala RM 500.00 sehektar setahun bagi kelapa sawit dan RM 400.00 sehektar setahun bagi getah di Sabah/Sarawak. b. Caj Pengurusan Selepas Tempoh Pembangunan - PENGURUS memperolehi Keuntungan Bersih sebanyak ______% untuk tanaman getah dan ______% untuk tanaman sawit.
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 50 ii. Kaedah 2 : Sewa Pajak Tanah a. PENGURUS memperolehi Keuntungan Bersih sebanyak 100%. iii. Kaedah 3 : Upah Mengurus Ladang a. Caj Pengurusan Semasa Tempoh Pembangunan - Caj pengurusan RM 250.00 sehektar setahun bagi kelapa sawit dan RM 200.00 sehektar setahun bagi getah di Semenanjung Malaysia manakala RM 500.00 sehektar setahun bagi kelapa sawit dan RM 400.00 sehektar setahun bagi getah di Sabah/Sarawak. b. Caj Pengurusan Selepas Tempoh Pembangunan - Kadar 6.5% daripada hasil jualan atau pada kadar maksimum RM 700.00 sehektar setahun. 4.4 Pembayaran Caj Pengurusan ini akan dibuat daripada pendapatan Projek dan akan ditangguhkan sehingga Projek mengeluarkan hasil. PERKARA 5.0 JAWATANKUASA KEMAJUAN PROJEK 5.1 Suatu Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP) hendaklah ditubuhkan dengan keanggotaan seperti berikut: Penasihat : Ketua Unit Tanam Semula dan Bekalan Pusat Tanggungjawab
51 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA Pengerusi : Pengurus RISDA Plantation Sdn. Bhd. (Ladang) Setiausaha : Penyelia Projek Ahli : Jawatankuasa TSK/ peserta TSK 5.2 Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya satu (1) kali dalam tempoh empat (4) bulan sepanjang tempoh perjanjian berkuatkuasa. 5.3 Pengerusi hendaklah membentangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan serta laporan kemajuan projek. 5.4 Tanggungjawab Jawatankuasa antara lain merangkumi dan tidak terhad kepada : i. Memberikan kelulusan penggunaan tanah di dalam dokumen Perjanjian Pembangunan Tanah TSK (TSK 03) oleh pengurus projek untuk pengeluaran hasil selain dari tanaman utama. ii. Memberi persetujuan pembahagian hasil jualan kayu getah. iii. Memberi pandangan bagi meningkatkan pengurusan projek. iv. Menyelaras perkara-perkara berkaitan hal ehwal sosial peserta projek. v. Membincangkan dan menyelesaikan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penubuhan dan/ atau pembubaran dan/atau penamatan perjanjian.
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 52 vi. Memaklumkan keputusan-keputusan mesyuarat Jawatankuasa ini secara bertulis kepada peserta TSK dalam tempoh tidak melebihi empat (4) bulan bermula dari tarikh ianya dirujuk. PERKARA 6.0 TANGGUNGJAWAB PEMILIK TANAH 6.1 PEMILIK TANAH adalah bertanggungjawab/ bersetuju untuk: i. Menyerahkan tanggungjawab pembangunan tanah, penyelenggaraan, pengeluaran hasil dan pemasaran hasil kepada PENGURUS. ii. Menyerahkan Milikan Kosong kepada PENGURUS apabila dituntut. PEMILIK TANAH boleh memasuki Tanah Tersebut dengan kebenaran bertulis PENGURUS. iii. Memberi kebenaran kepada PENGURUS untuk menerima bagi pihak PEMILIK TANAH apa-apa bantuan berkaitan Tanah Tersebut yang layak diterima daripada sumber RISDA atau agensi-agensi kerajaan lain serta menggunakan/membelanjakan bantuan berkenaan untuk kepentingan dan kebaikan Tanah Tersebut, dengan syarat bantuan tersebut hendaklah dikira sebagai sumbangan PEMILIK TANAH untuk menampung semua atau sebahagian dari kos pembangunan Tanah Tersebut. iv. Membenarkan PENGURUS membina kemudahan untuk kegunaan umum Projek seperti jalan pertanian, pagar, parit, pembetung, jambatan dan sebagainya tetapi tidak termasuk pembinaan apa-apa bangunan kekal.
53 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA v. Membenarkan Tanah Tersebut dikaveat (kaveat lien atau kaveat pendaftar) sebagai jaminan atas pinjaman yang dilakukan oleh PENGURUS untuk membiayai kos pembangunan Tanah Tersebut. vi. Tidak akan melakukan apa-apa perkara atau tindakan yang boleh mendatangkan atau mengakibatkan Projek tersebut tergendala atau gagal dilaksanakan. vii. Menyerahkan semua pengurusan kutipan dan pemasaran hasil kepada PENGURUS sepanjang Perjanjian ini berkuatkuasa. 6.2 PEMILIK TANAH adalah dilarang daripada: i. Menanam lain–lain jenis tanaman pada bila-bila masa dalam kawasan Projek kecuali dengan izin dan kebenaran bertulis dari PENGURUS. ii. Mendirikan sebarang bangunan kekal di dalam kawasan Projek kecuali dengan izin dan kebenaran bertulis dari PENGURUS. Jika keluasan bangunan menjejaskan keluasan tanaman utama, luas tersebut tidak akan diambil kira dalam pembahagian Keuntungan Bersih Projek. iii. Memungut hasil tanaman dalam kawasan Projek sepanjang Tempoh Perjanjian Berkuatkuasa. 6.3 Tertakluk kepada klausa 6.1 (iv) PEMILIK TANAH tidak akan menuntut atau membuat sebarang tuntutan bagi sebarang pembayaran pampasan ganti rugi atau sebagainya dari PENGURUS terhadap apa-apa tanaman dan bangunan yang
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 54 termusnah akibat binaan dan pembangunan atau pemulihan ke atas Tanah Tersebut yang diserahkan oleh PEMILIK TANAH kepada PENGURUS bagi tujuan pembangunan untuk kebaikan dan kepentingan Projek. 6.4 PEMILIK TANAH atau mana-mana individu atau badan yang berada di dalam kawalan PEMILIK TANAH, walau dengan apa cara sekalipun, sama ada secara berniat atau tidak, tidak akan melepas atau membiarkan binatang ternakan memasuki dan merosakkan tanaman, pagar, jalan dan apa-apa harta benda di dalam kawasan Projek. Jika PEMILIK TANAH atau manamana individu melanggar syarat di atas, PENGURUS berhak menangkap dan menyerahkan binatang tersebut kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan. PENGURUS berhak menuntut ganti rugi atas apa-apa kerosakan yang berlaku. 6.5 PEMILIK TANAH hendaklah menerima sepenuhnya pengurusan Projek secara berkumpulan atau mengikut cara pengurusan pertanian lain yang dilaksanakan oleh PENGURUS. PEMILIK TANAH juga terikat dengan segala peraturan serta syaratsyarat tambahan yang ditentukan oleh PENGURUS setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Kemajuan Projek. 6.6 PEMILIK TANAH akan mematuhi semua peruntukan Kanun Tanah dan undang-undang berkuasa. Sebarang perlanggaran atau keingkaran apabila dituntut untuk dibaiki dalam tempoh empat belas (14) hari oleh pengurus hendaklah dipatuhi oleh PEMILIK TANAH dan sekiranya gagal dipatuhi, PEMILIK TANAH dianggap telah melakukan perlanggaran terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.
55 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA PERKARA 7.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUS 7.1 PENGURUS dengan ini bersetuju dan berwaad akan melaksanakan segala tanggungan dan tanggungjawab seperti dinyatakan di dalam Perjanjian ini sebagai agen mengurus kepada PEMILIK TANAH. 7.2 PENGURUS akan memastikan tanah kepunyaan PEMILIK TANAH dan sempadan Tanah Tersebut dikenal pasti dan dimiliki tanpa apa-apa gangguan atau pencerobohan oleh pihak ketiga. Penanda sempadan Tanah Tersebut yang telah dikenalpasti hendaklah dikekalkan sepanjang Tempoh Perjanjian Berkuatkuasa. 7.3 PENGURUS hendaklah menguruskan kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengeluaran hasil dan pemasaran hasil di Projek mengikut Amalan Pertanian Yang Baik (GAP) serta berdasarkan kehendak-kehendak dan arahanarahan semasa yang dikeluarkan oleh RISDA sebagai pemberi bantuan tanam semula. 7.4 PENGURUS berhak membelanjakan apa-apa bantuan yang layak diterima oleh PEMILIK TANAH sama ada daripada sumber RISDA atau agensi-agensi kerajaan lain untuk kepentingan dan kebaikan operasi Projek. 7.5 PENGURUS hendaklah mendapatkan apa-apa pembiayaan tambahan dan/atau pinjaman luar bagi keperluan daripada sumber RISDA atau Agensi-agensi kerajaan lain dan pembiayaan ini dikira sebagai sebahagian daripada Kos Pembangunan dan/ atau Kos Operasi Projek.
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 56 7.6 PENGURUS bertanggungjawab untuk membina jalan, parit dan lain-lain kemudahan untuk pembangunan Projek, penyelenggaraan tanaman, pengeluaran hasil dan segala perbelanjaan yang terlibat merupakan sebahagian daripada kos pembangunan dan / atau Kos Operasi Projek. 7.7 Sebarang kegagalan Projek yang disebabkan oleh kecuaian PENGURUS semasa tempoh pembangunan atau selepas tempoh pembangunan, segala kos pemulihan bagi membangunkan semula Projek berkenaan hendaklah ditanggung oleh PENGURUS. Kegagalan Projek berkenaan hendaklah disahkan oleh Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N) yang turut disertai oleh Jawatankuasa TSK. 7.8 PENGURUS bertanggungjawab untuk memulihkan kawasan tersebut dengan melaksanakan amalan GAP sepenuhnya sehingga Projek tersebut berdaya maju. 7.9 PENGURUS akan membayar secara pendahuluan segala cukai tanah dan lain-lain tanggungan dengan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Negeri bagi pihak PEMILIK TANAH semasa Tempoh Perjanjian Berkuatkuasa dan segala bayaran pendahuluan akan dikira sebagai sebahagian Kos Pembangunan dan/ atau Kos Operasi. 7.10 PENGURUS akan menguruskan kaveat Tanah Tersebut jika terdapat apa-apa pembiayaan tambahan dan/atau pinjaman luar untuk membiayai kos pembangunan Tanah Tersebut. 7.11 PENGURUS bertanggungjawab menyediakan pekerja yang secukupnya mengikut peruntukan undang-undang untuk melaksanakan kerja pembangunan dan operasi Projek serta membayar upah kerja sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa yang berkaitan.
57 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 7.12 PENGURUS bertanggungjawab menyediakan laporan pelaksanaan peringkat pembangunan Projek, peringkat penghasilan serta penyata pendapatan dan perbelanjaan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kemajuan Projek setiap empat (4) bulan sekali sepanjang tempoh Perjanjian ini. 7.13 PENGURUS bertanggungjawab menyediakan akaun individu bagi setiap PEMILIK TANAH dan menghantar penyata akaun kepada PEMILIK TANAH setiap tahun sebelum 28 Februari tahun berikutnya. 7.14 Bertanggungjawab menyerahkan kembali Tanah Tersebut kepada PEMILIK TANAH dalam keadaan terurus dan lengkap dengan penandaan sempadan Tanah Tersebut setelah tamat tempoh Perjanjian ini. PERKARA 8.0 HASIL-HASIL LAIN 8.1 Penggunaan Tanah Tersebut oleh PENGURUS untuk pengeluaran hasil selain dari tanaman utama perlu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP). 8.2 Pembangunan Tanah Tersebut oleh PENGURUS untuk pengeluaran hasil selain dari tanaman utama dikira sebagai sewaan kepada Projek dan bayaran sewa dikira sebagai sebahagian hasil Projek. 8.3 Tertakluk kepada klausa 6.2(i), sebarang penggunaan Tanah Tersebut oleh PEMILIK TANAH untuk projek ekonomi lain adalah dikira sebagai projek yang berasingan dari Projek TSK dan pengeluaran hasil projek ekonomi berkenaan tidak dikira sebagai sebahagian hasil Projek. Sekiranya berlaku sebarang
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 58 kerosakan ke atas tanaman utama Projek akibat daripada pelaksanaan projek ekonomi tersebut, PENGURUS boleh menuntut ganti rugi kerosakan daripada PEMILIK TANAH. 8.4 Hasil jualan kayu getah/batang pokok sawit adalah dikira sebagai pendapatan kepada Projek mengikut milikan tanah. 8.5 Pembahagian sebahagian hasil jualan kayu getah pada klausa 8.4 kepada PEMILIK TANAH boleh dilakukan oleh PENGURUS dengan persetujuan Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP). PERKARA 9.0 PEMBAYARAN BALIK / PELUNASAN PEMBIAYAAN 9.1 Bagi kaedah satu (1) iaitu Pengurusan Pembahagian Keuntungan dan kaedah tiga (3) iaitu Upah Mengurus Ladang, PEMILIK TANAH tertakluk kepada perkara berikut : i. Membayar balik kepada PENGURUS segala kos Pembangunan dan Kos Operasi mengikut Jadual pembayaran yang akan ditetapkan oleh PENGURUS. ii. Membenarkan PENGURUS untuk membuat potongan bayaran balik Kos Pembangunan dan Kos Operasi daripada hasil pendapatan Projek tersebut. iii. Telah dijelaskan oleh pengurus bahawa Jumlah Kos Pembangunan yang perlu dibayar oleh PEMILIK TANAH adalah berdasarkan kiraan berikut: Jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh setiap PEMILIK TANAH:
59 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA = Jumlah Kos Pembangunan Luas Kawasan Projek X Luas Tanah yang dibangunakan bagi setiap PEMILIK TANAH iv. Membenarkan PENGURUS membuat potongan bayaran balik Kos Pembangunan dan Kos Operasi daripada pendapatan Projek sehingga keseluruhan hutang selesai. 9.2 Bagi kaedah dua (2) iaitu sewa pajak tanah, PEMILIK TANAH tidak tertakluk kepada pembayaran balik Kos Pembangunan dan Kos Operasi yang dikeluarkan oleh PENGURUS. PERKARA 10.0 KEUNTUNGAN BERSIH PROJEK/KAEDAH PENGAGIHAN PULANGAN 10.1 PENGURUS bersetuju mengagihkan Keuntungan Bersih kepada PEMILIK TANAH apabila terdapat Keuntungan Bersih Projek. Keuntungan Bersih boleh dibayar secara bulanan atau mengikut persetujuan kedua-dua pihak selepas akaun diaudit. 10.2 Keuntungan bersih projek dikira berdasarkan kiraan berikut : Keuntungan bersih = Pendapatan Projek - Hutang Kos Pembangunan dan Kos Operasi 10.3 Kaedah Satu (1) : Pembahagian Keuntungan i. Pembahagian keuntungan diagihkan pada peringkat hasil. ii. Bagi peringkat penghasilan, keuntungan bersih diagihkan antara PEMILIK TANAH dan PENGURUS
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 60 mengikut jenis tanaman dan persetujuan kedua-dua pihak. Pembahagian keuntungan adalah seperti berikut: • Tanaman Getah : PEMILIK TANAH ______%, PENGURUS ______% • Tanaman Sawit : PEMILIK TANAH ______%, PENGURUS ______% 10.4 Kaedah Dua (2) : Sewa Pajak Tanah i. Pembahagian keuntungan bersih adalah milik PENGURUS sepenuhnya. 10.5 Kaedah Tiga (3) : Upah Mengurus Ladang i. Pembahagian keuntungan bersih adalah milik PEMILIK TANAH sepenuhnya. PERKARA 11.0 SEKATAN 11.1 PEMILIK TANAH bersetuju tidak akan memindah milik, menggadai, memajak atau mengikatkan tanah tersebut kepada sesiapa atau mana-mana pihak dengan apa cara sekalipun selagi Perjanjian ini berkuatkuasa tanpa persetujuan PENGURUS terlebih dahulu. 11.2 PENGURUS akan menguruskan kaveat Tanah Tersebut jika terdapat apa-apa pembiayaan tambahan dan/atau pinjaman luar untuk membiayai Kos Pembangunan tanah tersebut.
61 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA PERKARA 12.0 TARIKH DAN TEMPOH KUATKUASA 12.1 Perjanjian ini berkuatkuasa mulai tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan akan terus berkuatkuasa untuk tempoh minima Lapan Belas (18) Tahun bermula dari pembangunan kebun atau lebih mengikut persetujuan kedua-dua pihak kelak dan sentiasa tertakluk kepada PEMILIK TANAH menjelaskan kesemua bayaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada Kos Pembangunan, Kos Operasi, dan Bayaran Premium Ikhtisas Perkhidmatan kepada PENGURUS. PERKARA 13.0 PENAMATAN PERJANJIAN 13.1 Penerangan bagi penamatan Perjanjian oleh PEMILIK TANAH adalah seperti berikut: i. PEMILIK TANAH boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis bertulis tiga (3) bulan. ii. Penamatan ini berpunca daripada pelanggaran syarat Perjanjian ini oleh PENGURUS. iii. PENGURUS gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menguruskan Projek mengikut Amalan Pertanian yang Baik (GAP) dalam tempoh perjanjian. Walau bagaimanapun, kegagalan berkenaan hendaklah diputuskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N) untuk dikeluarkan Notis Penamatan Perjanjian dengan persetujuan bersama oleh PENGURUS.
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 62 iv. PEMILIK TANAH adalah dilepaskan dari membayar segala baki Kos Pembangunan, Kos Operasi dan Bayaran Premium Ikhtisas Perkhidmatan sekiranya penamatan Perjanjian berpunca dari klausa 13.1 (ii) & klausa 13.1 (iii). v. PEMILIK TANAH bersetuju untuk menjelaskan terlebih dahulu kepada PENGURUS segala baki Kos Pembangunan, Kos Operasi, dan Bayaran Premium Ikhtisas Perkhidmatan sekiranya notis penamatan Perjanjian disebabkan perkara selain dari klausa 13.1(ii) & klausa 13.1(iii) sebelum Perjanjian ini boleh ditamatkan dan mendapat pengesyoran Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N). 13.2 Penerangan bagi penamatan Perjanjian oleh PENGURUS adalah seperti berikut: i. Notis bertulis empat belas (14) hari kepada PEMILIK TANAH jika penamatan berpunca daripada pelanggaran syarat/terma di dalam perjanjian ini oleh PEMILIK TANAH. ii. Perjanjian ini boleh ditamatkan oleh PENGURUS sekiranya PEMILIK TANAH menerima perintah dari Pihak Berkuasa Negeri/Persekutuan/Agensi/mahkamah dan/ atau diisytiharkan sebagai bankrap. iii. Notis bertulis tiga (3) bulan kepada PEMILIK TANAH jika penamatan dibuat oleh PENGURUS tanpa memberi apaapa sebab munasabah kepada PEMILIK TANAH. iv. PEMILIK TANAH bertanggungjawab di atas Kos Pembangunan dan Kos Operasi sekiranya penamatan dilakukan oleh PENGURUS atas sebab yang munasabah
63 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA serta persetujuan daripada Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP) dan kelulusan Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N). v. Tertakluk kepada klausa 13, PENGURUS boleh menamatkan Perjanjian dengan lain-lain PEMILIK TANAH sekiranya baki keluasan Projek tidak berdaya maju untuk diuruskan setelah mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKP) dan kelulusan Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N). PERKARA 14.0 PINDAAN 14.1 Apa-apa pindaan ataupun perubahan kepada Perjanjian ini termasuklah kepada Jadual hendaklah dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh pihak-pihak dalam Perjanjian ini. PERKARA 15.0 PERJANJIAN MENGIKAT PIHAK–PIHAK 15.1 Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak, waris-waris, wakilwakil peribadi, pentadbir tanah dan penerima serah hak pihakpihak di sini. PERKARA 16.0 PERTIKAIAN/PERSELISIHAN 16.1 Jika ada soalan atau perselisihan berbangkit antara pihak-pihak yang berkenaan di dalam Perjanjian ini atau wakil mereka masing-masing mengenai Perjanjian ini atau mana-mana
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 64 bahagian daripadanya atau bentuk susunannya atau hakhak, kewajipan-kewajipan tanggungjawab-tanggungjawab yang bersabit dengan Perjanjian ini dan apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada atau berhubung dengannya, pihak kepada Perjanjian ini bersetuju merujuk perkara ini terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N). 16.2 Untuk mengelakkan kekeliruan, skop pertikaian atau perselisihan yang dimaksudkan TIDAK merujuk kepada pelanggaran Perjanjian yang melibatkan perkara tersebut: i. Pencerobohan, ii. Mengambil hasil Projek dan/atau iii. Tanggungjawab membayar balik Kos Pembangunan dan Kos Operasi. 16.3 Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N) perlulah menyelesaikan pertikaian dan/atau perselisihan dan memberi keputusan bertulis dalam tempoh tidak melebihi empat (4) bulan bermula dari tarikh ianya dirujuk. Keputusan Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri JKTS (N) adalah muktamad dan notis bertulis perlulah diberikan kepada PEMILIK TANAH dalam tempoh empat (4) bulan. PERKARA 17.0 NOTIS TUNTUTAN / MAKLUMAN 17.1 Apa-apa notis, tuntutan atau makluman bersandarkan Perjanjian ini mesti secara bertulis. 17.2 Notis, tuntutan atau makluman kepada PENGURUS hendaklah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Plantation Sdn. Bhd. seperti di alamat yang mula-mula tertera di atas.
65 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 17.3 Notis, tuntutan atau makluman kepada PEMILIK TANAH hendaklah diserahkan sama ada kepada dirinya iaitu melalui serahan tangan atau secara pos berdaftar berbayar dahulu di alamat yang mula-mula tertera di atas. 17.4 Notis, tuntutan atau makluman dianggap berkuatkuasa, jika diserahkan ke diri secara serahan tangan kepada PEMILIK TANAH dengan serta merta dan jika secara pos berdaftar adalah dalam tempoh lima (5) hari dari masa ianya di pos. PERKARA 18.0 AKUAN PEMILIK TANAH 18.1 PEMILIK TANAH mengaku telah membaca dan memahami isi kandungan Perjanjian ini sebelum menandatangani Perjanjian ini. 18.2 PEMILIK TANAH bersetuju memilih kaedah Upah Mengurus dan Pengagihan Pulangan yang dipersetujui oleh semua PEMILIK TANAH Projek ini. PERKARA 19.0 TEMPOH PERJANJIAN 19.1 Bermaksud tempoh masa di mana ia dinyatakan di sini adalah merupakan inti pati Perjanjian dan kepatuhan terhadap masa di mana sahaja ia dinyatakan hendaklah dianggap sebagai kehendak dan niat pihak-pihak kepada Perjanjian ini.
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 66 PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS Pihak - Pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka dan dimeterai pada tarikh dan tahun mula-mula bertulis di atas. Kaedah Upah Mengurus dan Pengagihan Pulangan yang dipersetujui: (Sila tandakan √ pada kaedah yang dipersetujui) i. Kaedah satu (1) : Pembahagian Keuntungan ii. Kaedah dua (2) : Sewa Pajak Tanah iii. Kaedah tiga (3) : Upah Mengurus Ladang Ditandatangani Oleh: Untuk dan bagi pihak PENGURUS: ….……………………………………...… Nama: No. kad pengenalan: Ditandatangani Oleh PEMILIK TANAH: i) ….………………………………......… Nama: No. kad pengenalan : ii) ….……………………….......………. Nama: No. kad pengenalan : iii) ….…………………………....……… Nama: No. kad pengenalan : iv) ….……………………….......……… Nama : No. kad pengenalan : v) ….………………………....………… Nama : No. kad pengenalan : Dengan disaksikan oleh : ….………………………………….. Namasaksi : Kad Pengenalan : ….………………………………….. Nama saksi: Kad Pengenalan : ….………………………………….. Nama saksi: Kad Pengenalan : ….………………………………….. Nama saksi : Kad Pengenalan : ….………………………………….. Nama saksi : Kad Pengenalan : ….………………………………….. Nama saksi : Kad Pengenalan :
67 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA JADUAL 1 BAHAGIAN 1 PERIHAL TANAH DAN PEMILIK TANAH NO. PERKARA 1. No. Hak Milik : _______________________________ 2. No. Lot : _______________________________ 3. Kawasan/ Kampung : _______________________________ 4. Keluasan : _______________________________ 5. Mukim : _______________________________ 6. Daerah : _______________________________ 7. Negeri : _______________________________ 8. Jenis Pegangan : _______________________________ 9. Perihal PEMILIK TANAH : _______________________________ i) Nama : _______________________________ No. kad pengenalan : _______________________________ Alamat : _______________________________ _______________________________ Pegangan : _______________ bahagian ii) Nama : _______________________________ No. kad pengenalan : _______________________________ Alamat : _______________________________ _______________________________ Pegangan : _______________ bahagian iii) Nama : _______________________________ No. kad pengenalan : _______________________________ Alamat : _______________________________ _______________________________ Pegangan : _______________ bahagian
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 68 JADUAL 2 PERIHAL PROJEK NO. PERKARA 1. Nama Projek : _______________________________ 2. Kawasan/ Kampung : _______________________________ 3. Mukim : _______________________________ 4. Daerah : _______________________________ 5. Negeri : _______________________________ 6. Keluasan dirancang : _______________________________ 7. Jenis Tanaman : _______________________________ 8. Tarikh Jangka Mula Kerja : _______________________________ 9. Tarikh Tamat Projek : _______________________________
69 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA JADUAL 3 PEMILIK - PEMILIK TANAH LAIN NO. PERKARA 1. Nama PEMILIK TANAH : ______________________________________ Alamat : ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ No. Kad Pengenalan : ______________________________________ No. Hak Milik/ Lot : ______________________________________ 2. Nama PEMILIK TANAH : ______________________________________ Alamat : ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ No. Kad Pengenalan : ______________________________________ No. Hak Milik/ Lot : ______________________________________ 3. Nama PEMILIK TANAH : ______________________________________ Alamat : ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ No. Kad Pengenalan : ______________________________________ No. Hak Milik/ Lot : ______________________________________
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 70 JADUAL 4 SYARAT - SYARAT AM
71 Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA TSK 04 SENARAI SEMAK PROJEK TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) NEGERI : ………………............……………….. PUSAT TANGGUNGJAWAB : ………………............……………….. STESEN : ………………............……………….. NAMA PROJEK :………………............……………….. LUAS : ………………............……………….. BILANGAN PESERTA : ………………............……………….. BIL PERKARA SENARAI SEMAK ADA / TIADA 1 Syarat Penubuhan Tanam Semula Komersial (TSK) 1. Luas melebihi 40 hektar. 2. Lot – lot kebun berdekatan. Jika tidak cukup 40 hektar (ada kelulusan JKTS (N)) 3. Kos pembangunan < RM 15,000 / hektar 4. IRR > 12% 2 Penubuhan dan Pembangunan Tanam Semula Komersial (TSK) 1. Kempen/ majlis penerangan 2. TSKum 01 3. TS 11(pin.01/22) 4. TSKum 02 5. TSK 01 6. TSK 02 7. Kelulusan Jawatankuasa Pelaburan RPSB 8. Mesyuarat JKTS (N) (jika perlu) 9. TSK 03 10. Mesyuarat Agung Penubuhan dan lantik Jawatankuasa TSK 11. Tubuh Jawatankuasa Kemajuan Projek 12. Serah projek TSK kepada RPSB 13. Tuntutan siap kerja (TSKum 03)
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 72 BIL PERKARA SENARAI SEMAK ADA / TIADA 3 Pemantauan Tahunan 1. Mesyuarat Agung Tahunan 1 kali setahun 2. Mesyuarat JKP 3 kali setahun 3. Penyata akaun kepada Pemilik Tanah sebelum 28/2 setiap tahun 4 Penamatan perjanjian bagi TSK yang tamat perjanjian 1. Perjumpaan dengan peserta 2. Penandaan semula sempadan setiap lot 3. Lawatan setiap lot bersama peserta untuk kenal pasti sempadan 4. Borang penerimaan semula lot / notis penyerahan semula 5 Penamatan perjanjian bagi TSK yang tidak berdaya maju 1. Kelulusan Mesyuarat JKTS Negeri 2. Hantar notis kelulusan pembubaran TSK kepada RPSB 3. Mesyuarat Agung 4. Serah notis penamatan perjanjian kepada peserta 5. Serah Minit Mesyuarat Agung kepada Ketua PT 6. Hantar surat makluman pembubaran TSK kepada Pengarah BTSP/ PRN. 7. Penandaan semula sempadan setiap lot 8. Lawatan setiap lot bersama peserta untuk kenal pasti sempadan 9. Borang penerimaan semula lot / notis penyerahan semula * sila tandakan ( √ ) di ruangan yang berkaitan. Disediakan Oleh: Disemak dan Disahkan Oleh: ……………………………………............................................... …………………………………….......................... (Ketua Pembantu Tadbir Tanam Semula) (TPRN/PRD/PRJ/PRB)
Manual Tanam Semula KOMERSIAL (TSK) EDISI KETIGA 74 PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN Bangunan RISDA, KM7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur Tel : 03-4256 4022 Fax : 03-4256 2928 www.risda.gov.my M A N U A L TA N A M S E M U L A KO M ERS I A L EDISI 3 B A H A G I A N TA N A M S E M U L A D A N P E R L A D A N G A N ISBN 978-983-44343-8-0 978983443438 0 e-Book