Khalifah Uthman bin Affan
Politik Pendidikan Ketenteraan
Berjaya mematahkan Menyelaraskan bacaan dan Menubuhkan angkatan
pemberontakan dan penulisan mashaf al-Quran tentera laut Islam yang
penaklukan serta meluaskan menggunakan Bahasa Qurasy pertama bagi tujuan
kuasa wilayah Islam hingga ke dengan nama mashaf keselamatan dan peluasan
Rom, Mesir, dan Afrika Utara Uthmani. kuasa.
serta menawan Pulau Cyprus.
Khalifah Ali bin Abu Thalib
Ekonomi
Meneruskan kutipan jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi.
5.10.4 IKTIBAR PEMERINTAHAN KHULAFAK AR- RASYIDIN
Sebagai umat Islam:
1. Kita hendaklah mencontohi kepimpinan khalifah dengan mengutamakan kesejahteraan
agama, rakyat dan negara.
2. Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah agar kebenaran Islam dapat disebarkan.
3. Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan umat Islam dengan memelihara hak antara satu
sama lain.
4. Kita hendaklah menyambung kepakaran untuk pembangunan dan kemajuan negara.
5. Kita hendaklah mengamalkan akhlak yang terpuji agar menjadi contoh teladan yang baik.
6. Kita hendaklah menyokong kegiatan ekonomi umat Islam supaya umat Islam dihormati.
PENILAIAN
1. Nyatakan era pemerintahan kerajaan Islam secara ringkas
2. Jelaskan dua ciri kepimpinan khulafak al-Rasyidin
3. Terangkan dua pencapaian pemerintahan khulafak al-Rasyidin
4. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan khulafak al-Rasyidin
5. Kepimpinan Khulafak al-Rasyidin ialah contoh terbaik sepanjang zaman
Kemukakan hujah anda bagi penyokong pernyataan di atas.
101
PELAJARAN 19 KERAJAAN UMAYYAH
5.11.1 SEJARAH KERAJAAN UMAYYAH
Asal penubuhan Bersempena nama Umayyah bin Abdul Shams bin Abdul Manaf, iaitu
salah seorang daripada pemimpin keturunan Qurasy.
Pengasas Muawiyah bin Abi Sufyan
Tempoh Tahun 41 Hijrah hingga 132 Hijrah
memerintah
Keluasan kerajaan Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.
Bilangan khalifah 14 orang khalifah
Khalifah yang 1. Muawiyah bin Abi Sufyan
terkenal 2. Abdul Malik bin Marwan
3. Al- Walid bin Abdul Malik
4. Umar bin Abdul Aziz
Khalifah pertama Muawiyah bin Abi Sufyan
Khalifah terakhir Marwan bin Muhammad
Pusat Damsyiq, Syiria
pemerintahan
SPEKTRUM ILMU
Pemerintahan kerajaan Umaiyah terdiri daripada dua tahap:
1. Tahap pertama berpusat di Damsyik (41-132H)
Menggunakan gelaran khalifah
2. Tahap kedua berpusat di Cordova (138 – 422H)
Menggunakan gelaran Amir dan Khalifah
102
5.11.2 KHALIFAH KERAJAAN UMAYYAH YANG TERKENAL
Muawiyah bin Abi Sufyan
- Khalifah pertama
- 19 tahun 3 bulan (41H-60H)
- Menjadikan Damsyiq sebagai pusat pemerintahan Islam yang terkenal
- Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda (Dewan al- Barid)
- Memperkenalkan cap mohor rasmi kerajaan Umayyah (Dewan al- Khatim)
- Menubuhkan jabatan setiausaha (Dewan al- Rasail), jabatan cukai dan jabatan urusan
awam.
- Memperkasakan Armada Laut
Abdul Malik bin Marwan
- Khalifah kelima
- 21 tahun (65H-86H)
- Menetapkan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran negara.
- Mencetak mata wang dinar Islam pertama bertulisan arab dan berteks al-Quran
- Menaip taraf perkhidmatan pos dan sistem pengangkutan awam
- Menubuhkan (Dewan al- Jundi) untuk mengurus pertahanan negara
- Mengarahkan pembinaan Qubtuh Sohrah di Baitul Maqdis
Al- Walid bin Abdul Malik
- Khalifah keenam
- 9 tahun 7 bulan (86H – 96H)
- Pembukaan wilayah baharu Islam seperti Andalus dan India
- Memperbaik dan mencantikkan seni bina masjid Nabawi
- Membina banyak masjid baharu seperti Masjid Umawi di Damsyik yang bercirikan seni
bina Islam
- Memberikan perhatian kepada rakyat yang berkeperluan khas seperti golongan warga
emas dan orang buta dengan menubuhkan jabatan khas
- Menggalakkan pembinaan bangunan baharu bercirikan seni bina Islam
- Memperbaik jalan raya menuju ke negeri Hijaz bagi mmudahkan perjalanan Jemaah haji
ke Baitul Allah al- Haram
103
Umar bin Abdul Aziz
- Khalifah kelapan
- 2 tahun 5 bulan (99H – 101H)
- Mngecualikan bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi sehingga ramai yang memeluk
Islam
- Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibnu Syihab az-Zuhri untuk membukukan hadis
Rasulullah SAW
- Membina rumah transit untuk para pedagang
- Menaik taraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti hospital, jambatan, perigi,
jalan raya dan sistem pengangkutan awam
- Mengasaskan Dewan Penasihat yang dianggotai oleh para ulamak untuk memberikan
nasihat kepada khalifah
5.11.3 FAKTOR KEGEMILANGAN DAN KEMEROSOTAN KERAJAAN UMAYYAH
Agama
- Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti pengajian
al- Quran dan pembukuan hadis
- Khalifah al -Walid bin Abdul Malik telah menaik taraf dan membina institusi masjid
seperti Masjid Nabawi untuk merancakkan aktiviti keagamaan
Politik
- Pemilihan di Damsyik yang strategik sebagai pusat pemerintahan oleh khalifah
Muawiyah bin Abi Sufyan telah berjaya mengukuhkan pentadbiran negara
- Pelantikan gabenor yang berwibawa berjaya menghapuskan pemberontakan oleh puak
Khawarij dan Syiah
- Berjaya meluaskan wilayah Islam di Rum, China, India, Afrika Utara dan Eropah
Ekonomi
- Pengurusan Baitulmal yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi keperluan
- contohnya pada zaman khalifah al- Walid bin Abdul Malik
Sosial Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian dan perdagangan untuk
membangunkan negara
- Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan
penyediaan kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan hospital
- Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat mewujudkan suasana perpaduan dan
harmoni dalam masyarakat
104
Ketenteraan
- Pasukan angkatan tentra yang berdisiplin dan bersemangat jihad dalam
mempertahankan agama dan negara
- Kemudahan pangkalan tentera dan kapal perang yang dilengkapi dengan perlawanan
perang yang canggih
- Adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak gerakan daripada Parsi dalam
ketenteraan
Pendidikan
- Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembagan ilmu pengetahuan
- Galakan daipada khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz agar rakyat
menguasai pelbagai ilmu naqli seperti al-Quran, tafsir, hadis dan nahu
FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN UMAYYAH
Politik
- Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dan persaingan
- dalam kalangan anggota keluarga
Social Pemberontakan oleh puak Syiah dan Khawarij serta golongan yang tidak berpuas hati
dengan penubuhan kerajaan Umayyah
- Sikap taksub antara Qabilah Arab utara dan selatan sehingga mencetuskan perpecahan
- dan gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan
Akhlak Sikap dikskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan Mawali seperti bangsa Parsi
dan Barbar dalam pemilihan jawatan gabenor
- Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam perbelanjaan hingga
menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
- Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung kepada hiburan dan
kekejaman
105
5.11.4 IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN UMAYYAH
Sebagai umat Islam:
1. Kita hendaklah memartabatkan ajaran al-Quran dan as- Sunnah dalam urusan kepimpinan
agar syariah Islam dapat ditegakkan
2. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah Islam seperti zuhud,
tegas, berilmu dan bijaksana
3. Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat agar hidup
harmioni
4. Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan agar mengeratkan kasih sayang
5. Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan
negara
6. Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan
kepada umat Islam
SPEKTRUM ILMU
Empat peringkat jihad ialah:
- Jihad memperbaiki diri
- Jihad melawan syaitan
- Jihad melawan kafir harbi dan munafiq
- Jihad menghapuskan kezaliman dan kemunkaran
PENILAIAN
1. Jelaskan sejarah kerajaan Umaiyah secara ringkas
2. Jelaskan dua sumbangan yang diberikan oleh khalifah tersebut:
- Muawiyah bin Abu Sufian
- Abdul Malik bin Marwan
- al-Walid bin Abdul Malik
- Umar bin Abdul Aziz
3. Terangkan dua faktor kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Umaiyah
4. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan kerajaan Umaiyah
5. Kepimpinan Umar bin Abdul Aziz telah berjaya mencapai kecemerlangan
yang membanggakan umat Islam sehingga ke hari ini.
Huraikan cara anda mencontohi kepimpinan tokoh di atas.
106
PELAJARAN 20 KERAJAAN ABASIYAH
5.12.1 SEJARAH KERAJAAN ABASIYAH
Asal penubuhan Bersempena nama bapa saudara Rasul SAW iaitu Ilyas bin Abdul Muttalib
Pengasas Abu Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as -Saffah
Tempoh Selama 524 tahun iaitu bermula dari tahun 132 hijrah hingga tahun 656
mmerintah hijrah
Keluasan kerajaan Meliputi sebahagian besar benua Afrika,Asia dan Eropah
Bilangan khalifah 37 orang khalifah
Khalifah yang 1. Abu Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as- Saffah
terkenal 2. Abi Ja’afar Abdullah Muhammad bin Ali Mansor
3. Harun Ar rasyid bin Muhammad al-Mahdi bin al -Mansor al- Abbas
4. Al- Makmun bin Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi
Khalifah terawal Abu Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali As Saffah
Khalifah terakhir Abu Ismail Muhammad bin Ali as- Saffah
Pusat Baghdad, Iraq
pemerintahan
107
5.12.2 KHALIFAH KERAJAAN ABASIYAH YANG TERKENAL
Abu Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as -Saffah
- Khalifah pertama
- 4 tahun 9 bulan (132H -136H)
- Mengasakan kerajaan Abasiyah
- Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi dan Byzantin
- Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan oleh
golongan syiah dan khawarij
Abi Ja’afar Abdullah Muhammad bin Ali Mansor
- Khalifah kedua
- 22 tahun (136H-158H)
- Memindahkan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad
- Menaik taraf sistem cukai
- Membina sistem pengairan dan saliran
- Membina masjid as -Syarqiyyah sebagai pusat aktiviti dakwah
- Membina hospital di Baghdad
- Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantin
Harun ar-Rasyid bin Muhammad al -Mahdi bin al -Mansor al -Abbasi
- Khalifah kelima
- 23 tahun (170H- 192H)
- Memperkemas sistem percukaian Islam berpandukan kitab al-Kharaj
- Mewujudkan jawatan ketua hakim negara (Qadi al- Quda’)
- Membina Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung)
- Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan perdagangan, keilmuan dan kebudayaan
- Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian
- Menubuhkan Majlis al-Munazharah sebagai pusat penyelidikan ilmu agama
Abu Ja’afar Abdullah al- Makmun bin Harun ar -Rasyid
- Khalifah ketujuh
- 20 tahun (198H-218H)
- Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada Bahasa asing seperti Yunani dan Rum
kedalam Bahasa Arab
- Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penyelidikan ilmu
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang
108
5.12.3 FAKTOR KEGEMILANGAN DAN KEMEROSOTAN KERAJAAN ABASIYAH
Agama
- Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitulmal untuk para
- ulamak menjalankan aktiviti dakwah
- Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu Bahasa,
sains, kejuruteraan dan perubatan berjaya memartabatkan tamadun Islam
Politik Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah sebagai pusat pengajian
ilmu Islam dan penyebaran dakwah
- Kebijaksanaan khalifah Abu Ja’afar al-Mansor menjadikan Baghdad sebagai sebagai
pusat pentadbiran negara
- Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan syiah di Baghdad dan golongan
utara dan selatan Syria berjaya dihapuskan
- Kestabilan politik kerajaan Abasiyah mendorong khalifah memajukan negara
Ekonomi
- Kedudukan Baghdad ditengah-tengah laluan perdagangan dari timur dan barat
- menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti perdagangan
- Sektor pertanian, perndustrian dan perdagangan berjaya mendominasi pasaran
- antarabangsa kerana berupaya memenuhi permintaan pasaran semasa
Inisiatif khalifah membina empangan, pusat-pusat perniagaandan rumah api sebagai
Sosial prasarana pertanin dan perdagangan
Sumber dan pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan kerajaan dapat
menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan untuk rakyat
- Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan dan
perhambaan
- Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasan harmoni dalam kalangan
masyarakat
- Orangbukan Islam khususnya orang Parsi diberikan peluang memegang jawatan utama
dalam pentadbiran negara seperti jawatan Perdana Menteri
Ketenteraan
- Strategi peperangan yang mantap seperti strategi al- Karadis telah berjaya
mengalahkan serangan musuh
- Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih ketika itu seperti Manjanik,
Dabbabah dan Barud
- Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera diutamakan melalui pemberian gaji
dan bonus
109
- Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti Parsi dan
Turki berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan
Pendidikan
- Aktiviti penterjemahan bahasa asing kedalam Bahasa arab menggalakkan penguasaan
dan kemahiran pelbagai disiplin ilmu
- Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan ramai sarjana dan ilmuan
Islam seperti Ibnu Sina, Jabir al-Hayyan dan al-Idrisi
- Galakan khalifah seperti al-Makmun dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar
cemerlang
- Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana khalifah, perpustakaan dan pusat
pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu.
FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABASIYAH
Politik
- Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam pemerintahan
- Perebutan kuasa antara khalifah seperti al-Muntasthir dan al-Mu’tabir menyebabkan
- institusi khalifah menjadi semakin lemah
Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada pembentukan
Sosial kerajaan kecil seperti Saljuk dan Buwaih
- Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah
- Pemberontakan dalam kalangan puak syiah dan khawarij sehingga mengganggu
ketenteraman awam
Ekonomi
- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku menyebabkan pedagang luar tidak datang
ke Baghdad. Hal ini menyebabkan dana Baitulmal merosot
- Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki ekoran masalah
kewangan
-
Ketenteraan
- Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan daripada pihak musuh
seperti orang Geogia dan Armenia
- Serangan daripada tentera Mongol (Halagu Khan) telah meruntuhkan kekuatan
kerajaan Abasiyah
110
5.12.4 IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN ABASIYAH
Sebagai umat Islam:
1. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan supaya
urusan pentadbiran berjalan lancar
2. Kita hendaklah mencontohi dan mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam
pentadbiran agar menjadi contoh ikutan terbaik
3. Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan bijak agar mampu bersaing di
peringkat global
4. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara dengan meningkatkan amalan
patriotisma dalam diri
5. Kita hendaklah mengeratkan perpaduan antara kaum agar keharmonian terpelihara
6. Kita hendaklah memperbanyak penerokaan ilmu agar kegemilangan tamadun Islam terus
terjamin
PENILAIAN
1. Nyatakan sejarah kerajaan Abbasiyah secara ringkas
2. Jelaskan dua sumbangan yang diberikan oleh tokoh-tokoh berikut:
- Abu Abbas al-Saffah
- Abu Jaafar al-mansur
- Harun al-Rasyid
- al-Makmun
3. Terangkan dua faktor kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Abbasiyah
4. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada kejatuhan kerajaan Abbasiyah
5. Peranan generasi masa kini amat penting dalam mengembalikan
kegemilangan Islam sebagaimana yang telah dicapai oleh kerajaan
Abbasiyah
Berikan hujah anda cara situasi di atas dapat direalisasikan.
111
PELAJARAN 21 KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB
5.13.1 RIWAYAT HIDUP TOKOH EMPAT MAZHAB
IMAM ABU HANIFAH
Nama penuh An Nukman bin Thabit al-Kufi
Tarikh lahir 80 hijrah di Kufah
Tarikh wafat 150 hijrah
Kuniyah Abu Hanifah
Keperibadian 1. Sangat memuliakan ilmu pengetahuan
2. Kuat beribadah seperti seperti sentiasa melakukan qiamullail,
Antara guru yang
tersohor berpuasa sunat dan selalu khatam al-Quran
3. Seorang yang pemurah dan penyayang
IMAM MALIK 4. Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan
Nama penuh
Tarikh lahir 1. Hammad bin Abi Sufyan
2. A’tha’ bin Yasar
3. Amru bin Dinar
Malik bin Anas al-Madani
93 hijrah di Madinah
Tarikh wafat 179 hijrah
Kuniyah
Abu Abdullah
Keperibadian
1. Mencintai rasul SAW sehingga tidak sanggup menanggung kuda
Antara guru yang dalam Kota Madinah kerana menghormati jasad Rasul SAW yang
tersohor dimaqamkan disana
2. Menghormati dan mencintai ilmu dengan berpegang teguh pada
prinsip ‘murid mencari guru’
3. Memuliakan majlis pengajian hadis Rasul SAW dengan memakai
pakaian yang bersih dan wangi-wangian
4. Sanggup berkorban harta demi menuntut ilmu
1. Nafi’ bin Al Madani
2. Muhammad bin Shihab az-Zuhri
3. Yahya bin Sai’id Al Ansari
112
IMAM AS SYAFIE Muhammad bin Idris As- Syafie
Nama penuh 150 hijrah di ‘izzah
Tarikh lahir 204 hijrah
Tarikh wafat
Kuniyah Abu Abdullah
Keperibadian 1. Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum Arab Badwi demi
menguasai Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Arab
Antara guru yang
tersohor 2. Sanggup bermusafir jauh demi kecintaan terhadap ilmu
3. Berani menegakkan kebenaran ketika difitnah oleh puak syiah dan
ketika berdepan dengan khalifah Harun al-Rasyid
4. Sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya sederhana
5. Tinggi sifat wara’ dan kuat beribadah
1. Imam Malik bin Anas
2. Sufyan bin Uyainah
3. Muslim Khalid Az-zanji
IMAM AHMAD BIN HANBAL
Nama penuh Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
Tarikh lahir 164 hijrah di Baghdad
Tarikh wafat 241 hijrah
Kuniyah Abu Abdullah
Keperibadian 1. Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam yang
masyhur
2. Memiliki sifat pemaaf yang sangat tinggi
3. Banyak membaca dan mengahafaz Alquran sejak berusia Sembilan
tahun
4. Kuat beribadah nawafal
5. Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan akidah
Antara guru yang 1. Al imam As Syafie
tersohor 2. Abu Yusuf Al Qadhi
3. Hammad bin Khalid
113
SPEKTRUM ILMU
MAZHAB Tokoh-tokoh mazhab Hanafi: Kesungguhan Imam Abu Hanifah dalam
HANAFI Abu Hasan al-Karhi menuntut ilmu:
Alau ad-Din al-Kasani
Ibnu Abidin Mendalami ilmu Fiqh kerana berpendapat
Mohd al-Sarkhasi ilmu fiqh memerlukan kemahiran dan
Jamaluddin az-Zail’e pertimbangan akal yang mendalam dalam
menguasai sesuatu hukum dengan baik.
MAZHAB Tokoh-tokoh mazhab Maliki: Kesungguhan Imam Malik dalam menuntut
MALIKI Ibnu Rusd ilmu:
Imam al-Qurtubi
Abu Bakar ibnu al-Arabi Sanggup berpanas terik dan menahan
Ibnu Abdu al-Bari kesejukan demi menuntut ilmu kerana
Al-Syeikh al-Dusuki berpegang pada prinsip iaitu ‘seseorang itu
tidak akan sampai kepada apa-apa yang
dihajati daripada ilmunya sehingga dia benar-
benar sanggup berkorban dalam apa jua
keadaan’
MAZHAB Tokoh-tokoh mazhab Shafie: Kesungguhan Imam shafie dalam menuntut
SYAFIE Abu Maali al-Juwaini ilmu:
Abu Hamid al-Ghazali
Abu Ishak as-Shirazi Sanggup bermusafir jauh berguru dengan
Yahya bin Sharfu an-Nawawi ramai tokoh ilmuan yang terkemuka sehingga
Ibnu Hajar al-Haithami ke Madinah, Baghdad dan Mesir dalam masa
yang lama semata-mata kerana kecintaan
terhadap ilmu.
MAZHAB Tokoh-tokoh mazhab Hanbali: Kesungguhan Imam shafie dalam menuntut
HANBALI Ibnu Qadamah al-Maqdisi ilmu:
Abdul Halim Ibnu Taimiyah
Ibnu Qaiyum al-Juwaziyah Beliau sanggup dipukul dan diseksa dalam
Al-Qadi Abu Ya’la al-Farra penjara semasa pemerintahan khalifah al-
Abu Bakar Qulam al-Hilal Makmun kerana bertegas dan berpegang
teguh mempertahankan pendiriannya tentang
‘al-Quran bukan Makhluk’
114
5.13.2 SUMBANGAN TOKOH DALAM TAMADUN ISLAM
Hasil karya Mengasaskan Murid yang Mazhab tersebar:
mazhab terkenal
berdasarkan
Imam Abu 1.al-Faraid 1.Fatwa para 1.Abu Yusuf Di seluruh asia
Hanifah 2.Fekah al-Akbar sahabat (Aqwalul 2.Muhammad bin tengah dan Eropah
3.Alim al-Mualim sahabat) Hasan As shaibani
2.Qias 3.Zufar bin al- Mesir, Tunisia,
Imam Malik Kitab Muata’ 3.Istihsan Huzail Afrika
4.Ijma’
Imam Syafie Ar risalah 5.’uruf 1.Imam Syafie Mesir,Iraq, Parsi,
1.Amalan 2.Abdullah bin Syiria,
Imam Ahmad Al musnad penduduk Madinah Abdul Hakam Malaysia,cchina,
2.Qias 3.Abdul Rahman Indonesia, Brunei,
3.Masolih Al bin Qasim Pakistan dan India
Mursalah 1.Ahmad bin
1.Ijma’ Hanbal Baghdad, Mesir dan
2.Qias 2.Abu Yaakob Najd
3.Istidlal Yusuf bin Yahya Al
Buti
1.Fatwa sahabat 3.Abu Ibrahim
2.Qias Ismail bin Yahya
3.Istishab Al muzni
1.Imam Hasan bin
Musa
2.Imam Hanbal
bin Ishaq
3.Al walid bin
Muslim
115
5.13.3 IKTIBAR DARIPADA KEUNGGULAN TOKOH
Sebagai umat Islam:
1. Kita hendaklah mencontohi kegigihan dan kesabaran imam mazhab dalam menuntut ilmu
sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu
2. Kita hendaklah menghormati perbezaan pandangan antara mazhab supaya masyarakat
hidup harmoni
3. Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari supaya hidup diberkati Allah
4. Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi
manfaat kepada manusia sejagat
5. Kita hendaklah berwaspada dalam meneliti sumber-sumber ilmu agar tidak terpesong
daripada syariah Islam
PENILAIAN
1. Nyatakan secara ringkas riwayat hidup empat Imam mazhab
2. Jelaskan dua sumbangan Imam Mazhab
3. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada kesungguhan Imam mazhab
4.
Imam empat mazhab memiliki ketinggian akhlak yang boleh dijadikan
contoh teladan
Bagaimanakah anda dapat mencontohi mereka untuk menjadi murid yang cemerlang di
dunia dan di akhirat?
116
AKHLAK ISLAMIAH
KANDUNGAN BIDANG AKHLAK ISLAMIAH
PELAJARAN TAJUK MUKA SURAT
PELAJARAN 22 BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN 117-119
PELAJARAN 23 KONSEP KHAUF DAN RAJA’ 120-123
PELAJARAN 24 UNIT 1 : ADAB TERHADAP ORANG SAKIT 124-125
UNIT 2 : ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA 126-127
PELAJARAN 25 KONSEP WASATIAH 128-132
117
PELAJARAN 22 BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN
6.15.1 MAKSUD BERSIKAP BENAR :
Istilah - Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan.
Dalil : Firman Allah SWT
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah
perkataan yang tepat benar (dalam segala perkara),
(Surah al-Ahzab ayat 70)
6.15.2 TUNTUTAN BERSIKAP BENAR
Benar dalam Benar dalam Benar dalam Benar dalam Benar dalam
tugas tutur kata menepati janji keazaman dan niat dan
cita-cita kemahuan
Melakukan Tidak berbohong Berjanji dengan
tugasan tanpa bila berkata-kata apa-apa yang Bertekad Berniat ikhlas
mengharapkan dalam semua mampu mencapai apa- kerana Allah
balasan keadaan ditunaikan apa yang dicita-
citakan Berniat untuk
Melakukan Memelihara diri Menunaikan apa- membuat
tugasan dengan daripada apa yang telah Tindakan yang kebaikan semata-
cara yang terbaik mengeluarkan dijanjikan dilakukan seiring mata
lafaz yang jelas dengan
mendatangkan Melaksanakannya keazaman untuk
dosa dan tepat dengan mencapai
mengelirukan sesuatu yang matlamat
telah dijanjikan
SPEKTRUM ILMU
119. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu
berada bersama-sama orang-orang yang benar.
(Surah al-Taubah : 119)
118
6.15.3 CONTOH RASUL SAW BERSIKAP BENAR
CONTOH 1
Rasul SAW menyampaikan wahyu Allah kepada umat manusia dengan bersifat benar.
Baginda tidak menokok tambah ayat yang disampaikan.
Ajaran Islam yang disebarkan juga tidak mengikut kehendak dan pendapat peribadi baginda kerana
setiap tutur katanya berdasarkan wahyu Allah.
Hal ini dibuktikan dengan firman Allah:
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-
Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya.
(Surah an-Najmu : 3-4)
CONTOH 2
Terdapat sebilangan orang yang suka bergurau tetapi tidak berkata benar. Mereka berasa seronok
bergurau dengan cerita-cerita palsu. Rasulullah SAW juga pernah bergurau. Namun baginda
sentiasa bersikap benar walaupun ketika sedang bergurau.
Al-Hasan ra menceritakan bahawa seorang perempuan tua telah datang berjumpa Rasulullah SAW
supaya baginda mendoakannya masuk syurga. Lalu baginda memberitahunya bahawa orang tua
tidak akan masuk ke dalam syurga. Wanita tua it uterus berlalu pergi sambil menangis. Lalu
Rasulullah SAW bersabda:
: ان الله تعالى ٌمول. أخبروها أنها لا تدخلها وهى عجوز
(Surah al-Waqiah ayat 36-37)
(Riwayat al-Termizi )
119
Maksud:
Kamu beritahulah kepadanya bahawa sesungguhnya dia tak akan masuk syurga dalam keadaan tua.
Sesungguhnya Allah Taala berfirman: 36. serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
6.15.4 Hikmah Bersikap Benar
1. Terpelihara daripada sifat munafik yang dijanji oleh Allah.
2. Menenangkan hati kerana tidak melakukan dosa.
3. Saling bekerjasama kerana wujud perasaan saling mempercayai.
4. Menjadi contoh teladan kepada orang lain kerana maruahnya dipandang tinggi .
PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian bersikap benar
2. Jelaskan contoh bersikap benar yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
3. Terangkan dua hikmah bersikap benar terhadap masyarakat.
4.
Kini terdapat banyak penularan berita palsu di media sosial
Huraikan hujah anda cara untuk menangi masalah di atas
5. Cadangkan tindakan anda bagi situasi berikut:
- Anda terlewat hadir aktiviti ko-kurikulum
- Anda dituduh memulakan pergaduhan
SPEKTRUM ILMU
Bersikap benar sangat penting supaya kita dapat menjauhkan diri daripada sifat-sifat
munafiq.
Sifat munafiq telah dijelaskan dalam hadis yang bermaksud:
“Tanda orang munafiq ada tiga iaitu apabila berkata-kata dia akan berdusta, apabila berjanji
dia akan mungkir dan apabila diberi kepercayaan dia akan mengkhianati
(Riwayat al-Bukhari)
120
PELAJARAN 23 KHAUF DAN RAJA’ ()خوف دان رجاء
6.16.1 MAKSUD KHAUF DAN RAJA’
Maksud khauf - Takut kepada kemungkaran dan azab Allah dengan menjauhkan segaala
larangannya.
Maksud Raja’ - Mengharapkan keredhaan Allah dengan melaksanakan segaal perintahNya.
6.16.2 Dalil Naqli Khauf:
175. Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang
(bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum
kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah
kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang
beriman.
(Surah al-Imran : 175)
6.16.2 Dalil Naqli Raja’:
16. mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa
berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta
dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(Surah as-Sajadah : 16)
121
SPEKTRUM ILMU
CARA MENDAPATKAN KHAUF
- Bergaul dengan ulamak dan para sahabat
- Sentiasa mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu
- Sentiasa bertaubat
- Sentiasa mengingati mati
CARA MENDAPATKAN RAJA’
- Bermujahadah menentang hawa nafsu
- Melaksanakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan dan istiqamah
- Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah SWT
6.16.3 CONTOH KHAUF DAN RAJA’ YANG DIAMALKAN OLEH RASUL SAW
CONTOH 1
Rasulullah SAW mendirikan solat sunat gerhana matahari dengan khusyuk. Pada sujud terakhirnya,
baginda menangis kerana merasa takut Allah SWT menurunkan azab. Lalu Rasulullah SAW
merintih dengan bersabda:
“Wahai tuhanku bukankah engkau telah berjanji kepadaku untuk tidak mengazab mereka pada
ketika aku ada bersama-sama mereka? Tuhanku bukankah engkau telah berjanji kepadaku untuk
tidak mengazab mereka apabila engkau memohon ampun?. Sekarang kami sedang memohon
ampun kepadamu”
(Sunan Abu Daud-Kitab as-Solah)
CONTOH 2
Anas telah meriwayatkan bahawa Rasul SAW menziarahi seorang lelaki yang sedang terlantar.
Rasul SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika itu.
Lelaki itu memberitahu baginda bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah dan berasa sangat
takut akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
Lalu Rasul SAW bersabda:
(Riwayat Termizi)
Maksud: Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang hamba Allah pada ketika itu
melainkan Allah SWT memberikan apa yang diharapkan dan menyelamatkannya daripada apa-apa
yang ditakutinya.
122
SPEKTRUM ILMU
90. maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami
perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan
berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-
lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan
serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.
(Surah al-Anbiyak :90)
6.16.4 KONSEP KHAUF DAN RAJA’ YANG SEIMBANG
1. Rasa takut kepada Allah hendaklah diiringi dengan tindakan
yang selari dengan syarak.
2. Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah hendaklah
melakukan amal ibadah dan menjauhi maksiat.
3. Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu
mendekatkan diri kepada Allah.
4. Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng
daripada keinginan melakukan maksiat.
5. Perasaan raja’ akan mendorong seseorang untuk berlumba-lumba melakukan ibadah tanpa
berputus-asa terhadap rahmah Allah.
6.16.5 HIKMAH KHAUF DAN RAJA’
1. Melahirkan insan yang sentiasa meningati Allah SWT dalam setiap keadaan
2. Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kerana yakin Allah
melihat dan menilai setiap perbuatannya.
3. Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah kerana takut akan
kemurkaanNya
4. Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira melakukan kebaikan supaya mendapat
kemanisan iman.
5. Melahirkan insan yang sentiasa bertawakkal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-
sungguh.
123
SPEKTRUM ILMU
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujurat : 13)
PENILAIAN
1. Nyatakan maksud khauf dan raja’.
2. Nyatakan dalil naqli khauf dan raja’.
3. Jelaskan contoh khauf dan raja’ yang diamalkan oleh rasul SAW.
Dosaku terlalu banyak
Adakah Allah SWT akan mengampuni aku
4. Bincangkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh remaja dalam penyataan di atas.
5. Bagaimanakah sifat khauf dan raja’ melahirkan muslim sejati?
124
PELAJARAN 24 ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN OKU
UNIT 1: Adab Terhadap Orang Sakit
6.17.1 Dalil Naqli:
Abu Musa al-’Asya’ari r.a ,meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وفكوا العاني, وأطعموا الجائع,عودوا المريض
(Riwayat al-Bukhari)
Maksud:
Ziarahilah orang yang sakit, berikan makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah tawanan.
6.17.2 ADAB TERHADAP ORANG SAKIT
Ibadah
Mendoakan kesihatan mereka
Membantu mereka yang ingin melakukan ibadah
Emosi
Memberikan semangat & motivasi agar mereka sabar dan redha.
Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu ketenteraman mereka dengan bunyi
bising dan tempoh ziarah yang lama.
Fizikal
Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih.
Menyediakan keperluan dan kemudahan asas untuk pesakit.
6.17.3 HIKMAH TERHADAP ORANG SAKIT
Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian Allah.
Mengeratkan ukhuwah sesama anggota masyarakat agar hidup diberkati Allah.
Melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan
pesakit.
125
PENILAIAN
1. Nyatakan dalil naqli tuntutan beradab terhadap orang sakit.
2. Terangkn dua adab menyantuni orang sakit.
3. Terangkan dua hikmah beradab terhadap orang sakit.
4. Berdasarkan gambar di atas, terangkan pandangan anda tentang tanggungjawab
masyarakat terhadap orang sakit.
UNIT 2 : ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
6.17.1 Dalil Naqli:
Anas bin Malik r.a meriwatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن امرأةكانت في عقلها شيء فقالت يا رسول الله ان لي اليك حاجة فقال يا أم فلان انظري أي
.السكك شئت حتى أقضي لك حاجتك فخلا معها في بعض الطرق حتى فرتت م حاجتها
(Riwayat Muslim)
Maksud :
Seorang wanita yang mempunyai kekurangan pada akalnya berkata: “ wahai Rasululullah, saya
memerlukan pertolonganmu dalam sesuatu urusan”. Rasulullah bersabda: “ wahai ibu, bagaimana
caranya untuk aku membantumu”. Lalu Rasulullah meluangkan masanya sehingga wanita itu dapat
menyelesaikan urusannya.
126
SPEKTRUM ILMU
Maksud orang kurang upaya
Seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara infektif dalam
masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera sejak lahir atau selepasnya.
6.17.2 ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
Ibadah
Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadah dengan selesa.
Membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadah.
Emosi
Memberikan layanan dengan penuh kasih sayang terhadap mereka.
Tidak mengejek dan menghina mereka.
Fizikal
Memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak disalah gunakan.
Menyediakan ruang dan memberikan peluang kepada mereka sesuai dengan keperluan
mereka.
6.17.3 HIKMAH BERADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
Menimbulkan rasa dihargai dalam diri OKU kerana mendapat perhatian dan keistimewaan.
Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar perpaduan dapat
diwujudkan
Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna.
Memudahkan OKU melakukan urusan harian.
PENILAIAN
1. Nyatakan dalil naqli tuntutan beradab terhadap orang kurang upaya.
2. Jelaskan dua adab menyatuni orang kurang upaya.
3. Terangkan dua hikmah beradab terhadap orang kurang upaya.
Mengapakah situasi diatas berlaku? Bincangkan.
127
PELAJARAN 24 WASATIYYAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT
6.18.1 MAKSUD DAN DALIL WASATIAH
Maksud - Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.
DALIL 1 :
FIRMAN ALLAH SWT:
…..
143. dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak
menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang
salah) …
(Surah al-Baqarah : 143)
DALIL 2:
Sayyidina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
, وأن أحب الأعمال أدومها الى الله, واعلموا أن ل يدخل أحدكم عمله الجنة,سددوا وقاربوا
.وان قل
Maksud:
Lakukanlah dengan bersederhana dan ketahuilah bahawa perbuatan kamu tidak akan menyebabkan
kamu masuk syurga. Amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.
(Riwayat Bhukari)
128
6.18.2 EMPAT PRINSIP WASATIAH
1. KESEDERHANAAN
Maksud Kesederhanaan :
Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarak.
Aspek Kesederhanaan:
Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh bertanggung jawab.
Mematuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi arahan dan prosedur dalam
menjalankan amanah.
Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khallifah di muka bumi.
Dalil:
FIRMAN ALLAH SWT:
67. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka
adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Surah al-Furqan : 67)
2. KESEIMBANGA N
Maksud Keseimbangan:
Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan.
Aspek Keseimbangan:
ROHANI JASMANI AKLI
Melaksanakan ibadah Mengambil makanan yang baik Menjauhi barang larangan
fardhu dan sunat dengan dan seimbang untuk menjaga yangboleh merosakkan akal
istiqamah. kesihatan tubuh badan. seperti dadah dan arak.
Menghayati al-Quran dan Berehat setelah penat bekerja Menggunakan akal sebaik-
berzikir dengan supaya badan kembali cergas baiknya untuk meningkatkan
bersungguh-sungguh dan bertenaga. ilmu.
129
Melakukan ibadah dengan Memenuhi keperluan biologi Menggunakan akal untuk
ikhlas. dan fitrah manusia. memajukan diri dan
masyarakat serta
meningkatkan pembangunan
negara.
Dalil:
FIRMAN ALLAH SWT:
201. dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah
Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".
(Surah al-Baqqarah : 201)
3. KEADILAN
Maksud Keadilan :
Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan tempat.
Aspek Keadilan:
Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya.
Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang secara hikmah antara dua perkara
yang ekstrem.
130
Dalil:
Firman Allah SWT:
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Maidah : 8)
4. KECEMERLANGAN
Maksud kecemerlangan :
Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
berkeyakinan teguh pada Allah.
Ciri-ciri Umat Cemerlang:
Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi, membangunkan negara dan
membasmi kemiskinan.
Mencegah diri daripada melakukan kezaliman, kefasikan dan kekejaman
Menggunakan kekayaan di dunia untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah.
131
Dalil:
Firman Allah SWT:
110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah
(dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di
antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
(Surah al-Imran : 110)
SPEKTRUM ILMU
Tiga orang lelaki telah ditegur oleh Rasulullah SAW kerana melakukan perkara yang
melampaui batas iaitu berpuasa sehingga tidak berbuka, mendirikan solat malam sehingga
tidak tidur, dan seorang lagi tidak mahu bernikah. Rasulullah SAW bersabda:
فمن,, واصلي وأرقد وأتزوج النسا,أما والله اني لأخشاكم لله وأتقاكم لكني أصوم وأفطر
.رغب عن سنتي فليس مني
Maksud :
“Adapun demi Allah, akulah yang paling takutkan Allah SWT dan yang paling bertakwa tetapi
aku berpuasa dan aku berbuka, aku mendirikan solat kemudian aku juga berbaring dan aku
menikahi wanita, sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku”.
132
6.18.3 HIKMAH MELAKSANAKAN PRINSIP WASATIAH
1. Syiar Islam dapat ditegakkan dengan menyempurnakan akhlak dan nilai- nilai murni.
2. Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat di wujudkan kerana adanya
kestabilan politik.
3. Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana kerana tiada berlaku pembaziran.
4. Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan mengikut keperluan negara.
5. Masyarakat yang aman damai dan bersatu padu dapat dibangunkan dengan melaksanakan
prinsip-prinsip keadilan.
PENILAIAN
1. Nyatakan maksud wasatiyyah.
2. Nyatakan dalil wasatiyyah.
3. Jelaskan empat prinsip wasatiyyah dalam kehidupan.
4. Terangkan dua hikmah wasatiyyah.
5. Berdasarkan gambar diatas, cadangkan satu langkah untuk mengatasi pembaziran yang
sering berlaku dalam masyarakat.
133