PENULIS :
1. SITI NAZIRA BINTI
SAKIAM
2. ANUM FATHIRA
BINTI MAZLAN
3. NOR AZILA BINTI
ZAINUDIN
SESUAI UNTUK GOLONGAN
REMAJA DAN DEWASA
PENDAHULUAN
Buku ini diterbitkan untuk memberi pendedahan
berkaitan dengan perkembangan anak-anak iaitu dari segi
perkembangan personal, sosial dan emosi mereka.
Buku ini amat sesuai untuk semua golongan terutama
golongan ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak-anak
mereka dengan lebih terperinci lagi. Buku ini banyak
menggunakan laras bahasa sains memandangkan topik yang
diulas dalam buku ini banyak berkaitan dengan ilmu sains.
Semoga kehadiran buku ini akan dapat membantu ibu
bapa terutamanya untuk memahami dengan lebih jelas berkaitan
perkembangan anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, golongan
remaja juga sesuai untuk membaca buku ini memandangkan
terdapat pelbagai grafik yang memudahkan kefahaman
seseorang.
PENERBIT :
1) SITI NAZIRA BINTI
SAKIAM
2) ANUM FATHIRA BINTI
MAZLAN
3) NOR AZILA BINTI
ZAINUDIN
BAB
1
PERKEMBANGAN
PERSONAL/PERSONALITI
1
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PENDAHULUAN 1
1 BAB 1
2
PERKEMBANGAN PERSONAL/PERSONALITI 3
2 DEFINISI PERSONAL/PERSONALITI
3 PENGELASAN PERSONALITI JENIS INTROVERT DAN EKSTROVERT 4
4 PERBEZAAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT 5-8
5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN 9-10
PERSONAL/PERSONALITI
11-13
6 KESAN-KESAN PERKEMBANGAN PERSONAL/PERSONALITI
14
7 PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM MEMBENTUK PERKEMBANGAN
PERSONLITI INDIVIDU 15
16-18
8 BAB 2 19-22
PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK 23-25
26-28
9 DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIAL 29-31
10 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIAL
11 TEORI-TEORI PSIKOSOSIAL 32
12 TINGKAH LAKU SOSIAL
33-34
13 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK 35-37
14 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL 38-39
40-41
KANAK-KANAK 42-43
15 BAB 3 44-45
46-48
PERKEMBANGAN EMOSI 49-51
16 DEFINIS PERKEMBANGAN EMOSI 52-54
17 BENTUK EMOSI
18 PERUBAHAN FISIOLOGI EMOSI
19 REAKSI FISIOLOGI EMOSI TERHADAP ALAT POLIGRAF
20 KATEGORI INTENSITI EMOSI
21 FAKTOR PERKEMBANGAN EMOSI
22 MASALAH EMOSI
23 CARA MENANGANI MASALAH EMOSI
24 SOALAN, KUIZ DAN RUJUKAN
25 PENUTUP-MUTIARA KATA
DEFINISI PERSONAL/PERSONALITI
Mengikut Allport, personaliti merupakan
satu organisasi dinamik berkaitan dengan
psikofizikal dalam diri individu yang akan
menentukan penyesuaian tertentu ke atas
persekitaran. Organisasi Dinamik adalah bermaksud
integrasi serta hubungan di antara pelbagai aspek
personaliti.
Sistem Psikofizikal adalah tabiat kebiasaan,
sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen
dan motif dalam bentuk psikologi tetapi meempunyai
asas fizikal. Sistem ini terbentuk dengan cara
pembelajaran dan pengalaman seseorang individu
tersebut. Sistem ini juga merupakan kuasa
penggerak yang menentukan penyesuaian jenis
apakah yang dibuat oleh seseorang.
Personaliti ini merupakan sesuatu yang
berubah, sentiasa berkembang dan tidak statik.
Personaliti pada umumnya merujuk kepada
keperibadian atau sahsiah. Ia juga dirujuk pada
perwatakan.
Apabila dikaji dengan lebih mendalam,
personaliti berasal daripada perkataan Latin yang
membawa maksud persona. Perkataan persona
membawa erti topeng muka iaitu topeng yang
digunakan oleh pelakon-pelakon teater Yunani di
atas pentas. Identiti mereka yang asal seperti sudah
disembunyikan menggunakan topeng tersebut bagi
menjayakan lakonan yang diarahkan.
2
PENGELASAN
PERSONALITI JENIS
INTROVERT DAN
EKSTROVERT
Pengelasan personaliti jenis
ekstrovert dan introvert
dikemukakan oleh Jung (1923).
Pengelasan dilakukan
berdasarkan perhubungan atau
interaksi individu dengan orang
lain.
Individu yang berpersonaliti
ekstrovert dapat menyesuaikan
daripada segi sosial dan
menunjukkan minat berinteraksi.
Manakala individu yang
berpersonaliti introvert tidak
berminat daripada segi sosial.
Mereka cenderung kepada
perasaan dan tindak balas
sendiri.
3
PERBEZAAN PERSONALITI
EKSTROVERT DENGAN
INTROVERT
JENIS EKSTROVERT JENIS INTROVERT
- Bebas daripada perasaan - Condong kepada rasa
risau bimbang
- Konservatif - Radikal
- Dikuasai oleh data yang - Dipengaruhi perasaan
objektif subjektif
- Suka bekerja dengan - Sukar bergaul
orang lain - Mudah berasa malu
- Suka bekerja bersendirian
- Lancar dalam pertuturan
- Tidak mudah rasa malu - Tidak mudah untuk dilentur
- Mudah dilentur dan boleh - Berhati-hati dengan
diubah suai penyakit dan cermat dengan
barang kepunyaan sendiri.
- Tidak menghiraukan
penyakit dan barang - Suka majalah dan buku-
kepunyaan sendiri buku
- Berminat dengan
permainan dan olahraga
4
FAKTOR-FAKTOR
YANG
MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN
PERSONAL/
PERSONALITI
5
Faktor utama adalah faktor genetik atau baka.
Faktor genetik hanya menghasilkan pembawaan atau
potensi untuk perkembangan dan bukan mempengaruhi
pergerakan badan dan tingkah laku secara langsung.
Pengaruh genetik adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal
dibandingkan intelek. Personaliti sosial juga tidak begitu
terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh
persekitaran.
Bentuk tubuh badan juga dikenal pasti sebagai
salah faktor yang mempengaruhi perkembangan
personaliti. Bentuk tubuh badan mempengaruhi
personaliti secara langsung dan tidak langsung. Secara
langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-
perkara yang dapat dibuat dan tidak dapat dibuat
khususnya oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di
semua peringkat umur khususnya apabila aktiviti fizikal
membawa nilai prestij yang tinggi untuk kumpulan sebaya.
Contohnya, kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah
ataupun terlalu gemuk akan merasa terhalang dalam
berbagai-bagai permainan dan sukan. Secara tidak
langsung pula, bentuk tubuh badan akan mempengaruhi
personaliti dengan cara menentukan perasaan seseorang
tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan ini akan
dipengaruhi juga oleh perasaan orang-orang
disekelilingnya. Ada bukti yang menunjukkan sikap
masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh
badan tertentu adalah bertanggungjawab untuk
menghasilkan pola-pola personaliti bagi individu yang
mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. Jika
seseorang itu ada kumpulan sebayanya yang lebih kurang
sama tinggi dan sama berat tubuh badan, maka konsep
kendiri tidak akan terjejas. Jika sebaliknya, ia akan
mempengaruhi personalitinya. Kemungkinan ia akan
membentuk personaliti yang tidak matang pada tahap
umurnya.
6
Faktor yang ketiga adalah faktor keadaan fizikal.
Perubahan-perubahan keadaan fizikal seseorang akan
membawa perubahan tingkah laku yang mungkin tidak kekal
atau kekal, sedikit atau banyak. Seseorang akan merasa mudah
marah dan bertingkah laku berbeza jika dibandingkan dengan
semasa sudah berehat. Keadaan-keadaan fizikal seperti ini yang
mengganggu imbangan tubuh badan yang akan menjejaskan
penyesuaian individu tersebut. Kesihatan akan mempengaruhi
personalitinya. Contohnya, sikap keluarga dan kumpulan sosial
kanak-kanak biasanya adalah lebih baik bagi kanak-kanak yang
sihat jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang sihat.
Ini akan mempengaruhi tingkahlaku. kanak-kanak atau remaja
yang kurang bertenaga kerana sakit teruk akan bertingkahlaku
malu, pendiam, mudah marah, murung dan tidak bersosial.
Mereka menghidap penyakit yang merimaskan seperti ekszima
(penyakit kulit) akan bertindak melampau dan mudah meradang.
Personaliti kanak-kanak ini bertambah baik apabila penyakit ini
sudah terkawal. Kesan kecacatan fizikal terhadap personaliti,
bergantung kepada setakat mana kanak-kanak atau remaja itu
sedar bahawa ia berbeza. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
pekak atau buta akan membentuk personaliti kekakuan apabila
mereka bersama-sama dengan kanak-kanak yang normal.
Emosi juga merupakan faktor yang mempengaruhi
perkembangan fizikal setiap individu. Emosi akan menyebabkan
keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan
menjejaskan tingkahlaku individu tersebut. Tindakbalas
seseorang terhadap sesuatu ransangan akan menimbulkan
sesuatu emosi dan bergantung kepada pengalamannya yang
lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian
dirinya. Sesetengah individu telah belajar untuk menyatakan
emosi mereka serta-merta dan ada pula yang belajar
menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan
mengeluarkan perasaan geram itu pada satu masa yang lebih
sesuai. Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak
khususnya telah mempengaruhi personaliti mereka jika
dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh.
Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang
tidak baik. Contohnya, perasaan risau atau susah hati yang
terlalu banyak dan selalu akan melemahkan keyakinan
kendirinya.
7
Faktor persekitaran merupakan salah satu faktor
terpenting dalam mempengaruhi perkembangan personaliti
seseorang. Antara faktor persekitaran yang penting adalah
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat sekitar. Suasana rumah
tangga yang tenteram akan mendorong ahli-ahli dalam keluarga
tersebut berinteraksi dengan cara yang lebih konstruktif.
Suasana keluarga harmonis akan menghasilkan suasana yang
aman damai. Dengan adanya suasana tersebut kanak-kanak
akan membesar dan berkembang secara positif. Unusr-unsur
keluarga yang lain seperti kasih saying, perhatian, layanan dan
penggunaan masa yang berkualiti juga akan menghasilkan
personaliti yang sihat. Begitu juga dengan gaya asuhan yang
dipraktikkan oleh para ibu bapa.
Pada kebiasaannya gaya asuhan secara demokratik amat
digemari dan berkesan dalam pembentukan personaliti
seseorang. Mereka menerima gaya asuhan demokratik akan
membentuk personaliti yang konsruktif. Mereka juga
berkebolehan berinteraksi dengan rakan-rakan dan orang yang
lebih tua dengan lebih baik berbanding kanak-kanak yang
diasuh dengan gaya asuhan autokratik.
Sifat kesederhanaan disyorkan supaya dipraktikkan
dalam sesebuah keluarga. Sifat-sifat kesederhanaan tersebut
perlu disemai dalam konteks pembelian pakaian, pemilihan
makanan dan layanan yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga
khasnya kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak yang
dibesarkan dalam kedaan serba mewah dikatakan cenderung
membesar dan membentuk personaliti sebagai seorang yang
sombong. Mereka juga akan menunjukkan rasa kurang simpati
terhadap orang lain dan cenderung bersifat tamak. Selain
layanan mewah yang diberikan kepada kanak-kanak, keluarga
yang retak juga menyumbang kepada pembentukan personaliti
yang negatif dalam diri kanak-kanak. Percanggahan dan konflik
antara ibu bapa serta penceraian atau perpisahan antara
mereka akan menghasilkan rumah tangga yang tegang dan tidak
memberi keselesaan kepada ahli keluarga yang terlibat.
8
KESAN-KESAN
PERKEMBANGAN
PERSONAL/
PERSONALITI
9
Antara kesan perkembangan oersonaliti terhadap
setiap individu adalah mampu membentuk individu yang
berkeyakinan tinggi. Apabila terbentuknya personaliti yang
baik dalam diri setiap individu, maka mereka akan menjadi
lebih berkeyakinan dalam melakukan apa jua perkara.
Terutamanya apabila mereka berhadapan dengan
khalayak ramai. Sebagai contohnya, apabila mereka
mempunyai personaliti yang baik seperti berketerampilan,
mereka akan menjadi lebih yakin untuk bergaul dengan
khalayak ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka
akan dipandang tinggi dan tidak akan diejek oleh
khalayak.
Individu mampu membina identiti diri yang tetap
juga dikenalpasti sebagai salah satu kesan perkembangan
personaliti. Setiap individu dapat membina identiti yang
tetap dan jelas apabila mereka mempunyai perkembangan
personaliti yang baik. Identiti mereka dipengaruhi oleh diri
mereka sendiri dan orang lain atau hanya situasi tertentu
yang mampu mengubah identiti individu tersebut.
Mampu mengubah karakteristik setiap individu juga
merupakan kesan positif daripada perkembangan
personaliti. Karakter seseorang individu akan berubah jika
mereka memiliki atau mengalami perkembangan
personaliti yang baik. Jika personaliti dirinya dibentuk dan
berkembang ke arah yang lebih baik dan positif, maka
terbentuklah karakter yang baik terhadap dirinya, tetapi
jika sebaliknya, karakter negatif akan terpamer. Sebagai
contohnya, jika kanak-kanak itu diasuh dengan cara yang
betul serta dikelilingi dengan persekitaran yang positif,
maka ia akan membentuk karakter yang positif yang akan
dipandang tinggi oleh masyarakat sekali gus menjadi
seorang yang lebih formal dan normal.
10
PERANAN PELBAGAI PIHAK
DALAM MEMBENTUK
PERKEMBANGAN PERSONALITI
INDIVIDU
11
Pertama adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa
harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara,
membesarkan serta memperkembangkan personaliti
anak-anak. Lelaki atau bapa harus terlibat dalam aktiviti
memelihara dan membesarkan anak kerana bapa
banyak memberi impak yang positif dalam
perkembangan anak-anak. Apabila kedua ibu bapa
berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan akan
menjadi bertambah baik dan harmoni. Kesejahteraan
individu yang bergelar isteri meningkat dan anak-anak
mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara
hasil daripada kualiti hubungan antara ibu bapa dan
anak-anak telah dipertingkat. Dengan pertambahan
bilangan wanita berkahwin bekerja, permintaan ke atas
suami untuk bertanggungjawab ke atas kerja-kerja
rumah dan memelihara anak semakin meningkat.Kesan-
kesan positif dapat diperhatikan dalam kalangan bapa-
bapa yang berpendidikan yang pernah dipelihara oleh
bapa mereka melakukan kerja-keja dirumah dan
memelihara anak yang dilazimnya dilakukan oleh para
ibu
Kedua adalah peranan guru atau tenaga
pengajar. Guru memainkan peranan penting dalam
perkembangan personaliti setiap individu yang bergelar
pelajar. Secara langsung, guru akan mempengaruhi
perasaan mereka dengan cara-cara guru membetulkan
tingkahlakunya. Guru mempengaruhi penerimaan sosial
yang akan dicapai oleh setiap pelajarnya. Pola-pola
personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-
kanak. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya
akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah
dengan baik. Seorang guru yang negatif atau tidak
mempedulikan pula akan memusnahkan motivasi anak
muridnya dan mereka berasa tersingkir. Sejauhmana
guru mempengaruhi muridnya bergantung juga kepada
jumlah interaksi antara mereka. Personaliti guru yang
tidak disukai juga akan mempengaruhi personaliti murid.
12
Ketiga adalah peranan rakan sebaya.
Rakan sebaya merupakan antara agen
terpenting dalam membentuk dan
mempengaruhi perkembangan personaliti. Hal
ini dikatakan demikian kerana, rakan sebaya
yang mempunyai nilai-nilai positif akan memberi
kesan yang positif terhadap pembentukan atau
perkembangan personaliti kawan-kawannya
yang lain.
Sebaliknya, individu yang menyertai
kumpulan rakan sebaya yang dipenuhi dengan
nilai-nilai negatif seperti melepak, ponteng kelas,
merokok dan sebagainya akan turut
terpengaruh dengan nilai-nilai tersebut sama
ada secara langsung atau tidak. Oleh itu,
pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting
dan ia memerlukan pemantauan daripada pihak
yang lebih berpengalaman terutamanya ibu
bapa.
Peranan pelbagai pihak yang positif
amatlah penting bagi memperkembangkan dan
membentuk personaliti individu yang mantap
dan berkualiti. Hal ini boleh dikatakan, contoh
teladan yang baik mampu melahirkan individu
yang berpersonaliti positif.
13
BAB
2
PERKEMBANGAN SOSIAL
KANAK-KANAK
Here
start
s the
lesso
n!
14
DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-
KANAK
Perkembangan sosial kanak-kanak ialah satu proses
perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi
dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh
masyarakat serta budaya
Dengan kata lain perkembangan sosial ini melibatkan proses
sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari
tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam
sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui
beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses
peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan
kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan
sebaya.
Sepanjang proses sosialisasi kanak-kanak mempelajari
tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianuti oleh
kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-
peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Contohnya, kanak-kanak ini mempelajari cara-cara yang
ditunjukkan dengan emosi yang sesuai, dan cara menilai
tingkah laku dan pernyataan emosi oleh orang lain dengan
tepat dan jelas. Proses perkembangan sosialisasi ini ditentukan
oleh sekumpulan budaya tertentu yang berhampiran dengan
kanak-kanak tersebut.
15
FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN
SOSIAL
16
Faktor-faktor perkembangan sosial ialah keluarga. Keluarga
merupakan lingkungan pertama yang memberikan pengaruh terhadap
berbagai aspek perkembangan anak, termasuk perkembangan
sosialnya. Sebagai contoh, ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dengan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak mula menangkap
perkataan pertama yang diperkatakan oleh ibu bapa mereka. Interaksi
sosial kanak-kanak bermula dari rumah sebelum mereka berhubung
dengan masyarakat di luar seperti di sekolah. Dari rumah tersebut
kanak-kanak mula belajar dengan bercakap sepatah demi sepatah
sebelum mereka dapat bercakap dengan lengkap satu ayat. Keluarga
boleh memberikan rangsangan yang positif membolehkan kanak-kanak
yakin dengan perkataan yang dikeluarkan daripada mulut. Walaupun
mereka tidak dapat menyebut perkataan dengan jelas tetapi
dengan rangsangan positif dapat memberi perkembangan
yang baik.
Selain itu, faktor perkembangan sosial ialah kematangan anak.
Kanak-kanak mampu mempertimbangkan dalam proses sosial, memberi
dan menerima pendapat orang lain, memerlukan kematangan intelektual
dan emosional. Kematangan mereka ini dapat memberikan tindak balas
kepada pergaulan mereka terhadap pelbagai aspek. Kematangan anak
ini sangat penting kerana perkembangan sosial mereka datang
daripada tingkah laku. Hal ini dikatakan demikian kerana, tingkah laku
yang matang dapat mencerminkan perkembangan sosialnya baik.
Sekiranya kanak-kanak tersebut masih berperilaku kurang matang
dapat menimbulkan kesukaran dan tidak mencapai objektif tersebut.
Jadi, kanak-kanak sukar untuk menyesuaikan dirinya dengan
masyarakat di luar yang mempunyai pelbagai kaum, budaya atau SES
seseorang itu. Peribadi seseorang itu tidak sama antara satu sama lain
disebabkan oleh persekitaran yang berbeza. Oleh itu, kematangan anak
ini sangat penting dalam perkembangan sosial mereka.
17
Di samping itu, konsep kendiri juga merupakan faktor perkembangan
sosial kanak-kanak. Kanak-kanak belajar untuk mereka mengenali diri
mereka dan apa kelebihannya yang boleh dilakukan untuk berhadapan
dengan orang lain. Kanak-kanak ini mula berfikir dan menggali tentang
dirinya tentang kekurangan dan kelebihan yang dimiliki. Bagaimana
interaksi badan dengan objek lain, penampilan mereka, kemahiran yang
boleh dilakukan untuk proses sosialisasi. Kanak-kanak ini mencari
identitinya sendiri bagaimana untuk berinteraksi dengan orang di
sekitarnya bukan dalam ahli keluarga. Contohnya, jika kanak-kanak
tersebut petah dalam percakapan mereka dapat menonjolkan diri
mereka dengan melibatkan diri dalam pertandingan berpidato, syarahan
atau debat. Melalui aktiviti tersebut kanak-kanak boleh mengembangkan
sosialnya kerana ia perlu memainkan peranan yang penting dalam
proses hubungan sosialisasi.
Akhir sekali, faktor perkembangan sosial ialah kemahiran sosial. Hal
ini dikatakan demikian kerana, kemahiran sosial itu sangat penting
supaya pergaulan dan setiap patah perkataan yang dikeluarkan
hendaklah membolehkan memberi satu manfaat kepada diri sendiri dan
juga orang lain. Sebagai contoh, kerjasama dalam pembinaan hubungan
perlu diterapkan antara satu sama lain. Bagaimana kanak-kanak itu
menyuarakan pendapat dan idea apabila berhadapan dengan rakan-
rakan atau masyarakat lain. Ia memberi signifikan yang mendalam
kerana mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak
diingini seperti pergaduhan yang merosakkan hubungan sosial. Kanak-
kanak juga dapat melihat dan mempelajari daripada rakan-rakan
tentang kemahiran sosial yang digunakan supaya dapat menambahkan
lagi kemahiran sosial yang sedia ada. Oleh itu, ia memberi kesan yang
baik terhadap perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
18
TEORI-TEORI
PSIKOSOSIAL ERIKSON
19
Teori-teori psikososial erikson mempunyai lapan tahap
tetapi hanya empat tahap sahaja yang membincangkan tentang
perkembangan sosial kanak-kanak.
Pada tahap pertama ialah percaya lawan tidak
percaya dalam lingkungan dari umur 0 hingga 1 tahun. Pada
tahap ini konflik untuk mempercayai ibu bapa sekiranya
keperluan kasih sayang kanak-kanak diberikan secukupnya,
kepercayaan mereka dalam aspek sosial dapat dibina dan
sebaliknya. Selain itu, asuhan yang seimbang dan didikan yang
betul akan mempengaruhi pembinaan kepercayaan pada
masyarakat sekeliling.
Pada tahap kedua ialah autonomi (berdikari) lawan
rasa malu dan sangsi dari umur 1 hingga 3 tahun. Pada tahap ini,
Erikson menyatakan bahawa kanak-kanak ini rasa percaya
kepada keupayaan diri timbul jika mendapat dorongan
daripada orang sekeliling. Jika gagal mereka akan rasa ragu-
ragu dan sangsi terhadap diri sendiri. Oleh itu, kanak-kanak
cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan kerana mereka
ingin mempunyai autonomi terhadap diri sendiri.
Pada tahap ketiga ialah inisiatif iaitu berdaya tindak
lawan rasa bersalah dari umur 4 hingga 6 tahun. Pada tahap ini
sifat inkuiri iaitu sifat inkuiri kanak-kanak ini meningkat. Mereka
ingin mencuba perkara yang baharu dengan melakukan sesuatu
diluar kemampuan mereka. Tindakan ini menyebabkan kanak-
kanak akan mengkritik menyebabkan mereka rasa bersalah dan
tidak mahu mencuba lagi. Oleh itu, kanak-kanak ini akan
merasakan takut untuk mencuba perkara yang baru lagi.
20
Pada tahap keempat pula ialah industri lawan rasa
rendah diri dari umur 6 hingga 11 tahun. Kanak-kanak mula
memasuki alam persekolahan iaitu sekolah rendah. Ia
memulakan industri iaitu kejayaan dalam melaksanakan
sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang
memuaskan hati kanak-kanak. Jika pencapaiannya
mendapat kegagalan akan menyebabkan mereka rasa
rendah diri dan tiada keupayaan untuk melakukan sesuatu
kemahiran.
Pada tahap kelima ialah identiti lawan kekeliruan
peranan dari umur 12 hingga 18 tahun. Kanak-kanak telah
memasuki fasa alam remaja. Mereka ada ego identiti untuk
mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Pada peringkat
ini mereka ingin mengelakkan kekeliruan peranan dan
melaksanakan peranan yang betul dalam sesuatu keadaan.
Mereka memerlukan role model dalam mencari identiti untuk
dijadikan sebagai rujukan. Role model itu hendaklah
seseorang yang boleh dijadikan contoh dan boleh
dipercayai untuk membawanya ke arah yang lebih baik.
Pada tahap keenam ialah kerapatan lawan
pengasingan dari umur 18 hingga 35 tahun. Mereka mula
memikirkan soal teman hidup, percintaan dan dunia
perkahwinan. Mereka akan mencari pasangan hidup untuk
kehidupannya. Mereka yang gagal akan mengasingkan diri
dan merasa kesunyian. Tetapi mereka yang berjaya akan
memperoleh kekuatan psikososial dengan kasih sayang
yang diperolehinya.
21
Pada tahap ketujuh ialah generativiti lawan
pemusatan kendiri dari umur 35 hingga 60 tahun. Pada
tahap ini Erikson menyatakan bahawa generativiti iaitu hasil
kasih sayang daripada tahap sebelumnya. Hal ini adalah
hasil daripada perkahwinan yang dibina pada tahap
sebelum ini memberikan kasih sayang kepada dirinya
menjadikan hidup menjadi lebih bahagia. Mereka akan
menumpukan kepada keluarga, mengambil berat tentang
orang lain, masyarakat dan generasi akan datang. Pada usia
ini mereka akan lebih rasa bertanggungjawab untuk
mengambil berat terhadap orang lain sama ada masyarakat
atau negara. Individu merasakan kehidupan lebih bermakna
sekiranya anak-anak yang didik mereka berjaya dari segi
akademik mahupun sahsiah.
Tahap akhir sekali iaitu kelapan ialah kesepaduan
ego lawan putus asa berumur 60 tahun keatas. Individu ini
mula bersara dari pekerjaan dan menghidap pelbagai
penyakit disebabkan peningkatan umur seperti kencing
manis, darah tinggi dan sebagainya. Kesepaduan dalam diri
dapat dibentuk jika berjaya mengatasi konflik-konflik pada
tahap sebelumnya. Individu yang gagal untuk mencapai
objektifnya akan putus asa dan mengalami masalah
gangguan mental seperti kemurungan dan stres. Mereka
juga akan bersedia dan redha dalam menghadapi kematian.
22
TINGKAH LAKU
SOSIAL
23
Terdapat beberapa jenis tingkah laku sosial iaitu meniru.
Kanak-kanak meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.
Apabila kanak-kanak ini berdepan atau becakap dengan orang lain secara
tidak langsung memberi contoh sikap kita terhadap mereka. Contohnya
gaya sosial, percakapan dan sebagainya membuatkan kanak-kanak suka
dengan tingkah laku tersebut. Jika ini memberi faedah kepada mereka,
kanak-kanak ini mengambilnya sebagai “role model” mereka.
Selain itu, tingkah laku sosial ialah bertanding. Dalam aktiviti
pertandingan ini membuatkan kanak-kanak ini lebih terdedah kepada
perkembangan sosial. Kanak-kanak cuba melakukan sedaya upaya mereka
supaya menang dalam pertandingan yang disertainya. Sebagai contoh,
pertandingan yang disertai di sekolah seperti lakonan mereka perlu mencari
bakat tentang gerak badan, cara penyampaian dan watak yang dilakonkan.
Hal ini demikian kerana, kanak-kanak akan mengasah bakat untuk
mendapakan tempat pertama dan memerlukan persaingan yang sihat
antara kumpulan
.
Seterusnya, berkawan merupakan tingkah laku sosial. Kanak-
kanak ini diberikan pendedahan dengan berkawan sama ada di sekolah
ataupun di rumah bersama dengan jiran membawa kepada cara mereka
berkawan. Semasa berkawan, kanak-kanak ini dapat mempelajari interaksi
sosial yang mempunyai pelbagai jenis ragam, kaum dan pelbagai budaya
kerana apabila bercampur dengan ramai kawan. Mereka tidak terikat
dengan satu persekitaran yang sama sahaja. Contohnya senyum,
mendekati, bercakap, bermain bersama dan menunjukkan kemesraan
kepada kawan-kawan. Jadi, ini menggalakkan mereka dalam
perkembangan sosial.
24
SAMBUNGAN …
Di samping itu, jenis tingkah laku sosial ialah
bekerjasama. Apabila kanak-kanak ini didedahkan dengan
berkawan ia melibatkan secara berkumpulan. Hal ini demikian
kerana apabila berada di dalam kumpulan, mereka akan
bekerjasama dengan bantu-membantu ke arah pencapaian
matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan dan bermain
bersama tanpa menganggu atau merebut permainan orang lain.
Mereka berkongsi sama ada dalam bermain atau berkongsi idea
dalam melakukan sesuatu perkara.
Tambahan lagi, tingkah laku sosial ialah bersimpati.
Kanak-kanak ini apabila diberi pendedahan kepada suasana luar
akan menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain
dalam keadaan yang menyedihkan. Mereka akan memberi
pertolongan kepada orang yang memerlukan tidak kira sama ada
kawan-kawan atau keluarga yang ada di sekitarnya.
Akhir sekali, tingkah laku sosial ialah pengiktirafan
sosial. Hal ini demikian kerana, pengikitirafan sosial ingin
menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan
sebaya. Contohnya, apabila kanak-kanak ini mencipta sesuatu
seperti membuat layang-layang melakukannya di hadapan kawan
yang lain. Hal ini supaya diberi pengiktirafan daripada kawan-
kawannya terhadap layang-layang yang dilakukan itu.
25
KEPENTINGAN
PERKEMBANGAN
SOSIAL KANAK-
KANAK
26
Terdapat beberapa kepentingan perkembangan sosial kanak-
kanak antaranya ialah menjamin karakter mereka pada masa hadapan.
Hal ini adalah penting kepada kanak-kanak itu apabila mereka meniti
usia remaja dan dewasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila
mereka memasuki alam universiti dan pekerjaan akan menghadapi
pelbagai situasi dan cabaran berdepan dengan pelbagai jenis orang
yang datang dari pelbagai aspek. Jadi kemahiran-kemahiran semasa dari
kecil sangat penting untuk digunakan semasa dewasa nanti.
Selain itu, kanak-kanak yang menerima didikan yang berkualiti
dan tepat dari semua aspek akan menerima rating positive dalam
kepimpinan, populariti, daya tarikan dan lebih bersedia apabila
memasuki alam persekolahan. Hal ini demikian kerana apabila kanak-
kanak ini berada di sekolah rendah dan sekolah menengah akan menjadi
seorang pemimpin seperti pengawas. Oleh itu, kemahiran seperti
bercakap di hadapan khalayak ramai sangat penting supaya mempunyai
keyakinan untuk bercakap dengan pelajar dan guru.
Seterusnya, kanak-kanak lebih bersedia menghadapi
cabaran-cabaran dalam hidup dan dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, dunia rentas
sempadan yang mempunyai isu global yang sangat meluas sangat
penting untuk mendapatkan kemahiran sosial. Cabaran yang dihadapi
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang perlu berhadapan dengan
masyarakat memerlukan soft skill dibina dari kecil lagi.
Tambahan lagi, mereka juga dapat mempelajari peraturan-
peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Hal ini
adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya mempunyai
peraturan sosial yang berbeza. Oleh itu, perkembangan sosial dapat
diperkembangkan lagi dengan belajar dan memahami cara-cara mereka
yang tersendiri.
27
SAMBUNGAN …
Kepentingan perkembangan sosial ialah individu
akan berinteraksi dengan rakan-rakan apabila meluahkan
masalah atau pergaulan dalam sehari-hari. Dengan adanya
perkembangan sosial ini kanak-kanak yang menghadapi
masalah mungkin lebih selesa berkongsi dengan rakan-rakan.
Oleh itu, masalah yang dihadapi tidak dipendam seorang diri
yang boleh memudaratkan diri dari segi fizikal dan mental.
Interaksi sosial berlaku untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi itu sama ada datang dari rumah, sekolah dan
sebagainya.
Seterusnya, kanak-kanak pada mula bersendirian
kemudiannya akan mencari seseorang untuk dijadikan kawan
ketika bermain atau ketika dalam kelas. Mereka akan mencari
kawan untuk mengelakkan daripada keseorangan supaya
dapat menggembirakan mereka untuk bermain atau bekerja
dalam berkumpulan. Hal ini kerana, apabila mempunyai ramai
kawan akan berlakunya perkembangan sosial mereka. Oleh itu,
perkembangan sosial kanak-kanak secara tidak langsung
timbulnya persahabatan yang membuatkan kanak-kanak lebih
yakin apabila berada di dalam satu kumpulan dengan rakan-
rakan.
Kesimpulannya, walaupun kanak-kanak diberi
pendedahan untuk bergaul dengan individu yang pelbagai
tetapi kanak-kanak itu perlu dipantau dari semasa ke semasa
supaya terhindar daripada pergaulan yang negatif dan
budaya sosial yang tidak baik.
28
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
DALAM
PERKEMBANGAN
SOSIAL KANAK-
KANAK
29
Cadangan penambahbaikan dalam perkembangan sosial
kanak-kanak ialah prihatin yang lebih kepada kanak-kanak. Hal ini
dikatakan demikian kerana, ibu bapa perlu lebih prihatin dan
memerhatikan perkembangan sosial kanak-kanak. Walaupun ibu bapa
seharian sibuk dalam pekerjaan namun mesti ada masa untuk anak-anak
terutamanya mereka semasa kanak-kanak. Semasa kanak-kanak kecil ini
mereka lebih memerlukan ibu bapa dari segi sosial kerana dari segi
percakapan lebih rapat ialah ibu bapa. Ibu bapa perlu mengambil berat
tentang anak-anak supaya mereka peka dengan keadaan sekeliling dan
mengelakkan daripada persekitaran negatif yang dapat menggugat
perkembangan sosialnya.
Selain itu, cadangan penambahbaikan dalam perkembangan
sosial ialah peranan guru dalam mendidik. Hal ini kerana, guru-guru
seharusnya memberi sokongan dan jangan terus menghukum kanak-
kanak apabila malakukan kesilapan. Contohnya, apabila berada di
sekolah guru perlu membawa pelajar yang bermasalah ini perlu dirujuk
kepada kaunselor sekolah. Kanak-kanak ini apabila terus dihukum atau
didenda mereka akan menjadi lebih memberontak. Melalui nasihat dan
dorongan ini boleh mengubah perbuatan yang salah itu.
Di samping itu, pendedahan kepada kanak-kanak dengan
perhubungan sosial. Galakkan mereka bertanya dan cuba memberikan
jawapan yang ringkas dan padat agar mudah difahami. Contohnya, di
dalam kelas guru-guru perlu mengenalpasti pelajar yang introvert
supaya bergiat aktif untuk menjawab soalan-soalan. Dengan ini, mereka
dapat membiasakan diri untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.
Guru-guru juga perlu mengambil inisiatif dengan menggalakkan pelajar
menyertai beberapa aktiviti pertandingan seperti forum, syarahan,
pidato dan sebagainya.
30
SAMBUNGAN …
Seterusnya, cadangan penambahbaikan yang
boleh dilakukan ialah pengiktirafan sosial. Ibu bapa,
keluarga dan guru-guru berikan pujian dan hargai setiap
usaha mereka. Hal ini dapat meningkatkan semangat dalam
diri kanak-kanak ini supaya mereka lebih mencungkil diri
mereka dalam keterlibatan sosial. Mereka rasa bangga dan
gembira apabila mendapat pujian dan kata-kata semangat
daripada ibu bapa, guru masyarakat dan sebagainya.
Contohnya, apabila kanak-kanak melakukan seperti belajar
memasak atau perkara yang baru mestilah memberikan
pujian kepada mereka supaya lebih bersemangat untuk
melakukan pada masa akan datang. Semangat dan
dorongan daripada orang sekeliling penting memberikan
rangsangan yang positif kepada mereka.
Akhir sekali, cadangan penambahbaikan dalam
perkembangan sosial kanak-kanak ialah memberikan
layanan yang baik kepada mereka. Hal ini kerana, layanan
dan perhatian yang diberikan adalah yang terbaik untuk
kanak-kanak. Layanan mesra daripada orang lain
membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk bersosial dan
menghilangkan rasa takut atau gementar. Berikan mereka
peluang untuk bercakap dan berinteraksi, jika melakukan
kesilapan mestilah ditegur secara berhemah untuk
mengelakkan daripada berlaku salah faham.
31
BAB
3
PERKEMBANGAN
EMOSI
32
DEFINISI
PERKEMBANGAN
Perkembangan bermaksud perubahan tingkah
laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan
dalam perkembangan ini akan membantu seseorang
individu dalam mencapai proses kematangan.
Perkembangan tidak dapat diukur secara kuantitatif
kerana ianya bersifat kualitatif.
Menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah
dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan
di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada
struktur , pendapat dan tingkah laku seseorang
individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor
pemakanan dan pengaruh alam sekitar.
Terdapat beberapa ciri perkembangan
seseorang individu. Antaranya ialah perkembangan
berlaku secara berperingkat iaitu bayi, kanak-kanak,
remaja, dewasa dan peringkat tua. Selain itu, semua
kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama
tetapi dalam kadar yang berbeza.
Bukan itu sahaja, proses perkembangan juga
bersifat sepanjang hayat iaitu secara berterusan
dalam diri setiap individu. Ciri perkembangan yang
berikutnya ialah perkembangan berlaku melalui
perubahan dari segi bahasa, tingkah laku, cara
berfikir dan berkomunikasi. Sebagai contoh,
seseorang individu akan bertingkah laku dingin
apabila mengalami perkembangan emosi.
33
DEFINISI EMOSI
Emosi menurut perspektif islam ialah suatu
ekspresi perasaan dan naluri yang kuat seperti
sayang, gembira, malu, sedih, kecewa, takut dan
sebagainya. Perasaan-perasaan inilah yang akan
mempengaruhi tindak balas luaran sama ada berlaku
perubahan tubuh fizikal terkawal seperti membuat
mimik muka dan perubahan tubuh fizikal tidak
terkawal seperti badan berpeluh akibat ketakutan.
Dalam istilah psikologi pula, emosi ini merupakan
bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat
dengan tindak balas fizikal daripada sensitiviti
perasaan dalaman dan luaran. Ahli psikologi percaya
bahawa minda adalah pasif dan sentiasa menerima
semua yang terlintas untuk mempengaruhinya.
Apabila minda itu bangkit untuk menunjukkan apa
yang dirasainya maka itulah yang dimaksudkan
sebagai emosi.
Namun begitu, emosi ada kalanya dianggap
sebagai suatu alasan yang saling berlawanan sama
ada beralasan untuk mengikut kehendak emosi atau
tidak membiarkan emosi menguasai diri. Contohnya,
emosi marah perlu dikawal agar tidak menguasai diri
kerana akan mengakibatkan berlakunya tindak balas
negatif.
Emosi ini bukan bukanlah perasaan marah dan
sedih semata-mata malah pelbagai perasaan yang
diterjemahkan melalui mimik muka dan tingkah laku
sama ada berbentuk emosi positif atau emosi negatif.
Oleh itu., amat penting untuk memiliki emosi yang
positif agar perkembangan berjalan dengan lancar.
34
BENTUK-BENTUK
EMOSI
35
BENTUK EMOSI
BENTUK-BENTUK EMOSI POSITIF
Terdapat pelbagai bentuk emosi yang diterjemahkan oleh
seseorang individu tidak kiralah bentuk emosi yang positif atau
bentuk emosi yang negatif. Oleh itu, kita perlulah mengetahui
definisi setiap bentuk emosi tersebut agar lebih memahaminya.
Bentuk emosi yang pertama ialah bentuk emosi positif iaitu
emosi senyum.Senyum ialah riak wajah yang ditunjukkan oleh
manusia biasanya ketika mereka berada dalam keadaan
gembira. Senyum biasanya ditunjukkan dengan mulut iaitu
memberikan senyuman dan boleh juga melalui mata. Emosi
senyum mempunyai banyak sebab misalnya kerana jenaka atau
ada juga senyum disebabkan untuk menutup perasaan malu
terhadap sesuatu keadaan.
Bentuk emosi yang kedua ialah emosi ketawa. Emosi ini
juga berbentuk emosi positif. Emosi ketawa adalah menyatakan
perasaan gembira dengan suara terkekeh-kekeh. Emosi ketawa
ini diluahkan apabila terdapat perkara yang membuatkan
seseorang individu itu menjadi geli hati.
Bentuk emosi yang ketiga ialah emosi malu. Ini juga
merupakan bentuk emosi positif di mana berbagai-bagai
perasaan bercampur aduk ketika seseorang mengalami emosi
malu. Ini termasuklah perasaan takut, berminat, tertekan dan
nyaman. Seiring dengan perasaan ini, terdapat peningkatan
degupan jantung dan tekanan darah. Tanda luaran perasaan
malu pula ialah tenungan mata yang menyimpang dan terjurus
ke lantai, tersipu-sipu dan lidah menjadi kelu untuk bercakap.
36
BENTUK EMOSI
BENTUK-BENTUK EMOSI NEGATIF
Terdapat banyak emosi yang berbentuk positif. Namun
begitu, emosi yang berbentuk negatif juga akan disenaraikan.
Berikut merupakan beberapa bentuk emosi negatif.
Emosi yang berbentuk negatif yang pertama ialah emosi
marah. Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang
timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu
perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti
muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan
dan pertuturan bercelaru dan kadang-kadang ia diiringi oleh
kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.
Emosi negatif yang kedua ialah emosi sedih. Emosi sedih
akan timbul apabila seseorang berhadapan dengan keadaan
yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai
akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh
membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan lama kelamaan
menjadi kemurungan sekiranya tidak diatasi segera.
Emosi negatif yang berikutnya ialah emosi menangis.
Menangis juga merupakan salah satu bentuk emosi yang dialami
oleh manusia. Menangis bermaksud tindakan mengeluarkan air
mata sebagai respon terhadap kesedihan yang menimpa. Emosi
menangis juga didefinisikan sebagai tingkah laku seseorang
individu dalam menzahirkan perasaan sedih, kecewa dan terluka
dengan suara yang tersedu-sedu.
Tersenyumlah sekalipun
hatimu menitiskan darah – Ali
Bin Abi Talib
37
PERUBAHAN
FISIOLOGI EMOSI
38
PERUBAHAN
FISIOLOGI EMOSI
Emosi adalah berkaitan dengan perubahan
fisiologi emosi dan berbagai fikiran. Emosi
merupakan satu aspek penting dalam kehidupan
manusia. Emosi yang diterjemahkan oleh manusia
ini akan menyebabkan berlakunya perubahan
terhadap fisiologi emosi tersebut.
Fisiologi emosi turut dikenali sebagai
bangkitan automatik. Setiap emosi yang
diterjemahkan oleh seseorang individu
mempunyai bangkitan automatiknya yang
tersendiri mengikut keadaan tertentu. Bangkitan
automatik ini akan menyebabkan berlaku
perubahan dalam tubuh badan seseorang.
Antara perubahan fisiologi emosi yang
terjadi ialah berlakunya peningkatan tekanan
darah dan degupan jantung. Selain itu, kadar
respirasi juga akan bertambah laju yang
menyebabkan peningkatan tahap peluh bagi
individu yang mengalami sesuatu bentuk emosi.
Sebagai contoh, apabila seseorang
mengalami perasaan atau emosi marah,
perubahan fisiologi emosi akan dibangkitkan
secara automatik seperti kadar degupan
jantungnya akan meningkat, respirasi bertambah
deras dan tubuh akan berpeluh kerana menahan
kemarahan tersebut.
39
REAKSI
FISIOLOGI
EMOSI
TERHADAP
ALAT
POLIGRAF
40
REAKSI FISIOLOGI EMOSI TERHADAP ALAT
POLIGRAF
Alat poligraf ialah alat untuk mengesan
seseorang yang menipu. Alat ini biasanya
digunakan dalam penyiasatan oleh pihak polis bagi
mengenal pasti sama ada orang yang disiasat
bercakap benar atau tidak. Malah, ada juga yang
digunakan ketika memohon pekerjaan.
Ketika seseorang itu mengambil ujian poligraf,
terdapat 4 hingga 6 sensor dipasangkan pada
bahagian seseorang yang disiasat. Poli bermaksud
beberapa iaitu mewakili isyarat daripada sensor-
sensor ini yang akan direkodkan pada sehelai
kertas graf yang bergerak. Sensor-sensor tersebut
biasanya merekodkan perubahan fisiologi iaitu
kadar degupan jantung, denyutan nadi, tekanan
darah dan kadar perpeluhan.
Pada mulanya, pihak penanya akan bertanyakan
3 atau 4 soalan yang mudah seperti nama, umur
dan alamat kediaman. Ini bertujuan untuk membuat
perbezaan terhadap perubahan fisiologi yang akan
terjadi selepas soalan lain ditanyakan. Seterusnya,
soalan yang berkaitan akan ditanya dan sebarang
perubahan fisiologi akan dicatatkan di dalam graf.
Sekiranya terdapat pembohongan dalam soal
jawab itu, graf tersebut akan menunjukkan ralat
yang berlaku.
Walaupun ujian ini tidaklah menunjukkan 100%
ketepatan dalam ujian yang dibuat namun ia
mempunyai tahap ketepatan yang agak tinggi.
Penggunaan alat ini di Malaysia tidaklah begitu
digunakan kerana sebab-sebab tertentu.
41
KATEGORI
INTENSITI
EMOSI
42
KATEGORI INTENSITI EMOSI
Terdapat beberapa intensiti emosi atau peringkat emosi
yang berlaku dalam diri manusia. Ada yang berada pada
intensiti ringan, intensiti serius dan ada juga mengalami
intensiti penyerakan. Intensiti penyerakan adalah tahap
intensiti emosi yang paling bahaya dan perlu berada di
bawah pengawasan seseorang.
Intensiti emosi yang pertama ialah intensiti ringan.
Intensiti ini adalah keadaan di mana seseorang individu
berada dalam keadaan berhati-hati atau berjaga-jaga.
Sebagai contoh, seseorang yang menonton cerita seram
seperti cerita hantu mengalami intensiti ringan. Hal ini
disebabkan, berlaku perubahan fisiologi seperti
peningkatan degupan jantung. Walaubagaimanapun,
intensiti emosi ini mampu dikawal oleh individu yang
mengalaminya.
Intensiti emosi yang kedua ialah intensiti serius. Intensiti
serius adalah keadaan di mana seseorang individu
berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam
nyawa atau keadaan dimana seseorang itu begitu gembira.
Intensiti ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan
fisiologi yang ketara seperti kadar respirasi laju dan tubuh
berpeluh secara automatik.
Intensiti emosi yang ketiga ialah intensiti penyerakan.
Intensiti penyerakan adalah keadaan di mana seseorang
individu mengalami tekanan hidup yang amat serius yang
dialami oleh seseorang individu dalam jangka masa yang
panjang. Sebagai contoh, askar yang terlibat dalam
peperangan mengalami intensiti emosi penyerakan di mana
emosi mereka sangat terganggu akibat memikirkan terlalu
banyak perkara.
43
FAKTOR
PERKEMBANGAN
EMOSI
44
FAKTOR PERKEMBANGAN EMOSI
Faktor perkembangan emosi yang pertama ialah faktor
keluarga. Perkembangan emosi kanak-kanak amat
bergantung kepada corak kehidupan keluarga di rumah.
Pemakanan yang diambil dan asuhan yang terbaik di
rumah perlu diberikan bagi mewujudkan anak-anak yang
sihat dari segi personal, sosial dan perkembangan emosi
mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah mencurahkan kasih
sayang sepenuhnya di samping memberikan layanan yang
terbaik kepada anak-anak.
Faktor perkembangan emosi yang kedua ialah faktor
pengaruh rakan sebaya. Kanak-kanak yang bergaul
dengan rakan-rakan yang ceria sudah pasti akan turut
ceria dan sebaliknya jika mereka bergaul dengan kanak-
kanak pendiam dan tidak aktif, mereka juga akan bersikap
sedemikian. Oleh itu, amat penting untuk memastikan agar
pergaulan yang ceria dapat diwujudkan dalam kalangan
anak-anak agar perkembangan emosi mereka dapat
menyumbang ke arah yang lebih positif.
Faktor perkembangan emosi yang ketiga pula ialah
faktor guru dan persekitaran sekolah. Guru yang
penyayang dan persekitran sekolah yang kondusif
memainkan peranan yang penting untuk anak-anak
disebabkan anak-anak banyak menghabiskan masa di
sekolah berbanding di rumah. Sebagai contoh, anak-anak
amat memerlukan suasana sekolah yang tenang dan guru-
guru yang penyayang kerana mereka berasa gembira
untuk menimba ilmu. Dengan itu, perkembangan emosi
mereka sudah pasti akan berkembang ke arah yang lebih
positif.
45
MASALAH
EMOSI
46
MASALAH
EMOSI STRES
Masalah emosi berlaku disebabkan banyak
perkara. Contohnya, pengalaman pahit seperti
putus cinta, penceraian ibu bapa, kegagalan dalam
peperiksaan dan banyak lagi. Oleh itu, terdapat
beberapa masalah emosi yang dapat dibincangkan.
Masalah emosi yang pertama ialah masalah
stres. Stres ini berlaku disebabkan daripada
tekanan pada mental dan fizikal akibat terlalu
memikirkan sesuatu perkara. Antara tanda
seseorang individu itu mengalami stres adalah
bersikap cepat marah, mudah menjadi lupa, sukar
untuk membuat penilaian dan keputusan yang
rasional dan sebagainya.
Selain itu, tanda-tanda stres yang dialami oleh
pelajar pula ialah mereka akan cuba mengasingkan
diri dan tidak mahu bekerjasama dalam kumpulan.
Sebarang aktiviti sekolah juga tidak disertai oleh
mereka yang mengalami masalah stres ini. Bukan itu
sahaja mereka juga tidak akan dapat memberikan
tumpuan semasa berada di dalam kelas kerana
terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi. Hal
ini seterusnya akan menyebabkan keputusan
peperiksaan mereka juga akan merosot.
47