MASALAH EMOSI
KEMURUNGAN
Masalah emosi yang kedua ialah masalah
kemurungan. Kemurungan adalah gangguan
perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang
itu berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan
ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat
dalam aktiviti harian. Ia biasanya berlarutan
sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.
Penyakit kemurungan ini boleh dihadapi oleh
sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Kemurungan ini boleh berlarutan sehingga berbulan-
bulan atau bertahun-tahun sekiranya tidak diatasi
dengan betul. Antara orang yang berisiko untuk
mengalami masalah kemurungan ialah mereka yang
menghidap penyakit kronik, hilang anggota badan
secara tiba-tiba, masalah penceraian, masalah
rumahtangga, masalah keluarga, mangsa penderaan
dan sebagainya.
Selain itu, penyebab berlakunya kemurungan juga
ialah corak pemikiran seseorang individu. Terdapat
corak pemikiran yang boleh mencetuskan
kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita
terhadap diri sendiri, kehidupan yang kita alami dan
dunia keseluruhannya.
Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh
dilakukan dalam menangani masalah kemurungan ini
seperti mendapatkan rawatan susulan.
48
CARA
MENANGANI
MASALAH
EMOSI
49
Cara menangani
masalah emosi
BERSENAM
KAUNSELING
SOKONGAN MEMPERBANYAK MELAKUKAN MENDAPATKAN
SOSIAL AKTIVITI PEMBAHAGIAN SESI
BERSENAM MASA YANG KAUNSELING
SISTEMATIK
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam
menangani masalah emosi. AntaranyaMEaRdCaUlRaYh mendapatkan
sokongan sosial, melakukan aktiviti senaman, melakukan
pembahagian masa yang sistematik dan sekiranya masih lagi
berlarutan, mereka yang terlibat perlulah mendapatkan khidmat
kaunseling daripada pakar kaunseling untuk menerima rawatan
susulan.
Cara menangani masalah emosi yang pertama ialah
mereka yang terlibat perlulah mendapatkan sokongan sosial
sama ada daripada keluarga. Pihak keluarga terutamanya
perlulah memberikan sokongan sosial kepada ahli keluarga
yang mengalami masalah emosi. Mereka tidak digalakkan
untuk memarahi mereka atau membuat mereka berasa lebih
tertekan. Sebagai contoh, ahli keluarga perlulah cuba mencari
jalan untuk membuatkan individu tersebut kembali ceria seperti
memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan atau cuba
untuk mengajak individu tersebut keluar makan.
50
Cara menangani
masalah emosi
Cara menangani masalah emosi yang kedua ialah individu
terlibat perlulah memperbanyak aktiviti senaman. Individu yang
mengalami masalah emosi perlulah memperbanyak aktiviti
senaman seperti berjogging, berzumba, melakukan aktiviti yoga
atau beriadah. Hal-hal sebegini sudah pasti akan dapat membantu
mengurangkan tekanan terhadap masalah emosi yang dihadapi
seperti stres.
Cara menangani masalah emosi yang ketiga ialah individu
terlibat perlu melakukan pembahagian masa yang sistematik.
Hal ini lebih kepada pelajar yang mengalami masalah stres.
Mereka perlulah membuat jadual iaitu mendahulukan kerja yang
lebih penting dan diikuti kerja yang kurang penting. Dengan itu,
sudah pasti kerja dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. MERCURY
Cara menangani masalah emosi yang keempat ialah individu
yang terlibat perlulah mendapatkan khidmat kaunseling. Ini lebih
kepada masalah emosi iaitu kemurungan. Sekiranya masalah
kemurungan ini berlarutan dan tidak dapat diatasi oleh individu
terbabit, orang sekeliling perlulah membawanya untuk
mendapatkan khidmat kaunseling kerana dikhuatiri akan
menyebabkan masalah yang lebih serius iaitu penyakit mental.
Apabila individu terbabit pergi mendapatkan rawatan kaunseling,
sudah pasti individu tersebut akan dapat penerangan dan nasihat
yang lebih baik. Bukan itu sahaja, mereka juga akan diberikan
rawatan yang sepatutnya secara berperingkat sehingga pulih.
51
SOALAN ???
1. Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk
menjadikan individu yang berpersonaliti introvert supaya
menjadi ekstrovert ?
2. Bagaimana pula keadaan sosial kanak-kanak jenis yang
pasif tidak melibatkan sebarang jenis fizikal untuk
berhubung dengan orang lain seperti di sekolah ?
3. Apakah ketepatan penggunaan alat poligraf ini dan
mengapa di Malaysia tidak begitu terkenal dengan
penggunaanya ?
52
KUIZ UNTUK TAJUK KESELURUHAN
1) QUIZIZZ
https://quizizz.com/join/quiz/5fcdb08
d4c25001b838e88/start?studentShare=
true
CODE :
54868820
SELAMAT
MENCUBA !
53
RUJUKAN
BUKU
• Kamarulzaman Kamaruddin, Psikologi Perkembangan:
Panduan Untuk Guru, 2009. Tg. Malim, Perak. Universiti
Pendidikan Sultan Idris
• Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz
Abdul Shukor. Siri Pendidikan Guru, Psikologi
Pendidikan. 2008. Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
• Jaslinah Binti Makantal, Perkembangan Kemahiran
Sosial Kanak-kanak Melalui Bermain, 2014.
• Zakaria Stapa, Ahmad Munawir Ismail, Noranizah
Yusuf : Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya
Dengan Pembentukan Jati Diri, 2012. Fakulti Pengajian
Universiti Kebangsaan Malaysia
.
INTERNET
• https://dosenpsikologi.com/teori-psikososial-erikson
• www.majalahsains.com
• www.bharian.com.my
• www.psychologytoday.com
54
Keistimewaan dari sebuah
kehidupan adalah
menjadi dirimu sendiri –
Joseph Campbell
55
PERKEMBANGAN
PERSONAL,SOSIAL
DAN EMOSI