BUKU LOG PANDU PUTERI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 KAMPUNG RAJA BESUT, TERENGGANU NAMA: NUR IFFAH ATHIRAH BINTI ROZALI UNIT: bAHASA MELAYU 5 ANGKA GILIRAN: 2021102340335
ISI KANDUNGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN Pengurus dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurus dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG Kementerian Pendidikan Malaysia Pengurus dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia IPG Kampus Sultan Mizan
PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan Pandu Puteri Malaysia Undang-Undang Pandu Puteri Malaysia Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Malaysia Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia Lagu Dunia Lagu Taps Siang dan Malam Lagu Pandu Puteri Tunas Kumpulan Berenam Bendera Malaysia Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bendera Dunia
SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Sejarah Perkembangan World Association Girl Guides And Girl Scouts Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Perancangan Tahunan Unit Beruniform Tahunan Pandu Puteri Tunas
BIODATA
MAKLUMAT DIRI NAMA: UNIT/AMBILAN: TARIKH LAHIR: TEMPAT LAHIR: TEMPAT TINGGAL: KATA-KATA: Nur Iffah Athirah binti Rozali 5 PISMP BM 5 Jun 2021 9 September 2002 Hospital Mentakab No.8 Jalan SJ 2/3, Taman Setia Jasa, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Jangan pernah berhenti usaha, Jatuh sekali bangun lagi untuk merasai kemanisan perjuangan nanti.
PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN
PENGURUS DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH AL MUTAWAKKIL ALALLAHI SHAH YB DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DATO’ DR. WAN ISMAIL YM DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’ PADUKA TENGKU SULEIMAN YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG PUAN JULIA BINTI ZAIMON PUAN HARYANI BINTI MOHAMED PUAN AZLUL ADILAH ZAGHLOL PENAUNG YANG DIPERTUA TIMBALAN YANG DIPERTUA KETUA PESURUHJAYA PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER
PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY CIK ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM @ SALIM PUAN HINDON BINTI AHMAD DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH CIK GOH YUE WAY (JUDY) PUAN JURIAH BINTI MOHAMED PUAN CRYSTAL WONG DR. ZANARIAH BINTI AHMAD PUAN MAIZATUL AKMAM BINTI HASAN HUSAINI PESURUHJAYA KEAHLIAN PESURUHJAYA PROGRAM PESURUHJAYA LATIHAN PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER PESURUHJAYA ANTARABANGSA PESURUHJAYA ANTARABANGSA PESURUHJAYA GUILD PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DAN MASYRAKAT PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DAN MASYRAKAT PESURUHJAYA KELIP-KELIP PESURUHJAYA KELIP-KELIP
PENGURUS DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI CAWANGAN IPG KPM
AHLI LEMBAGA EKSEKUTIF CAWANGAN PPM CAWANGAN IPG KPM BAGI SESI 2022-2024 penaung yang dipertua cawangan ketua pesuruhjaya cawangan ketua pesuruhjaya cawangan Tim ketua persuruhjaya cawangan Tim ketua persuruhjaya cawangan setiausaha kehormat YBrs. Dr. Rektor (IPGM) Dr. Norsita binti Ali (IPGM) Dr. Zanariah binti Ibrahim (IPGM) Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff (IPGK Ipoh) Dr. Noor Habibah binti Kaderan (IPGK Pendidikan Islam) Pn. Shahliza binti Halim (IPGK Ipoh)
pen. setiausaha kehormat pemangku bendahari kehormat pemangku bendahari kehormat pj perhubungan dan masyrakat pj perhubungan dan masyrakat pj trefoil guild pj pandu puteri tunas Pn. Azizah binti Alias (IPGK Ipoh) Dr. Noor Habibah binti Kaderan (IPGK Pendidikan Islam) Pn. Norliza Binti Samin (IPGK Temenggung Ibrahim) Cik Maznah binti Shaari (IPGK Pendidikan Teknik) Dr. Hjh Zainab binti Nawab Khan (IPGK Keningau)
pj latihan pj struktur dan pengurusan pj struktur dan pengurusan pj antarabangsa pj program pj keahlian Pn. Ruziaton binti Jamros (IPGK Bahasa Melayu) Dr. Thirumagal a/p Nakar Salapan (IPGK Tengku Ampuan Afzan) Dr. Christina John (IPGK Gaya) Dr. Sholehah Binti Ismail (IPGK Perempuan Melayu) Cik Luvrina binti Jamaludin (IPGK Tun Hussein Onn)
SENARAI NAMA PESURUHJAYA IPG KAMPUS IPGK pEREMPUAN MELAYU IPGK BATU LINTANG IPGK KENT IPGK KOTA BHARU IPGK BAHASA MELAYU IPGK PULAU PINANG IPGK SARAWAK IPGK ILMU KHAS IPGK PENDIDIKAN TEKNIK IPGK GAYA Pn Suzana binti Harun Puan Chin Ju Na Puan Chin Satt Fung Nadimah binti Ismail Puan Ruziaton binti Jamros Dr Loh Siew Lee Puan Selina binti Ahmad Puan Hew Siew Voon Pn. Sabariah binti Ismail Pn Carlmila Freddie J Simol
IPGK tENMENGGUNG IBRAHIM IPGK rAJANG IPGK rAJA MELEWAR IPGK tENGKU AMPUAN AFZAN IPGK SULTAN ABDUL HALIM IPGK PENDIDIKAN ISLAM IPGK DATO’ RAZALI ISMAIL IPGK KENINGAU IPGK DARUL AMAN IPGK TUANKU BAINUN Puan Norliza binti Samin Pn Ellenor Empai Anak Gilbert Antas Puan Azibah binti Baharom Dr. Thirumagal a/p Nakar Salapan Puan Noor Hayati binti Ariffin Puan Noor Suriya Talib Puan Samsiah binti Hassan Puan Noemi Linus - Dr. Rohaya binti Ahmad
IPGK TUN HUSSEIN ONN IPGK SULTAN MIZAN IPGK PERLIS IPGK tUN ABDUL RAZAK IPGK IPOH IPGK TAWAU IPGK BAHASA ANTARABANGSA Cik Luvrina binti Jamaludin Puan Roshidah binti Mat Puan Mariani binti Ahmad Puan Habibah Nor binti Laili Puan Saraswathy a/p Vellasamy Puan Noraini binti Zakaria Puan Shahliza binti Halim
PENGURUS DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA IPG KAMPUS SULTAN MIZAN KAPTEN LEFTENAN KETUA PASUKAN A PASUKAN SETIAUSAHA BENDAHARI Puan Hjh Roshidah binti Mat Dr. Rosmawati binti Mohamad Wan Nur Athirah binti Wan Sulong Nur Aisha Sofia binti Musa Anis binti Adnan
JK LATIHAN JK pERKHEMAHAN pERKHEMAHAN JK KEMASYARAKATAN JK KEMASYARAKATAN JK PROGRAM mELUR SIANTAN Siti Aisah binti Iszahar Nor Astifada binti Mohd Kusaini Nurfarah Hanim binti Rafini Kesavartini A/P Raja Mohan Nur Iffah Athirah binti Rozali Ellyna Cooper Anis binti Adnan Nurul Ain binti Zulkornain Wan Nur Athirah binti Wan Sulong Noor Azlianie binti Zulkifli Alia Qistina binti Mohd Bazli Nur Syafiqah Najlaa binti Che Supian Siti Aisah binti Iszahar
TERATAI KESIDANG KENANGA CEMPAKA Nor Aifa Aisyah binti Ismail Ainun Wadihah binti Mat Yunus Kesavartini A/P Raja Mohan Nur Aqilah Mursyidah binti Rokman Nurfarah Hanim binti Rafini Madeline Michele Anak Anthony Maryam Daleela binti Mohd Nazeli Ainaa Nasuha binti Mohd Zain Nur Aishah Sofia binti Musa Amira Hanani binti Zainal Asri Siti Nor Aqilah binti Mohd Husin Nor Astifada binti Mohd Kusaini Nurul Najihah binti Razak Nur Elisyaa binti NamberomFarah Aina Syahirah binti Shahrin Auni Suraya binti Safari Raja Hafizah binti Raja Abu Hasan Sofia Halida binti Ahmad Musmade Nur Safirah Ayuni binti Zanarudin
PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928, Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan bebeas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan corak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsis Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedahkaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah.
PERKARA 1 (NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI) Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia PERKARA 2 (KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG) Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik dan tidak terlibat dalam sebarang parti politik, Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.
Setiap ahli digalakkan untuk melafazkan Persetiaan dan UndangUndang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya menunaikan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti berikut: Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii Aktiviti luar viii Simbolisme 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:
Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malayisa membayar kuota untuk setiap Ahli AKtif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Bahagian Kepanduan 5 - 25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6-12 tahun Pandu Puteri Remaja 12 - 15 tahun Pandu Puteri Renjer 15-18 tahun Pandu Puteri Kadet + 18 tahun Pandu Puteri Siswi + 18 tahun Pandu Puteri Dewasa + 18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran (+ 18 tahun) Penolong Pemimpin (+18 tahun) Pemimpin (+21 tahun) Jurulatih (+ 24 tahun) Pesuruhjaya (+ 24 tahun) Guild Mantan Persuruhjaya (+ 30 tahun) Guild Pandu Puteri Raja (+ 18 tahun) Guild Trefoil (+24 tahun)
Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu PUteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbangkan bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.
Ahli Kehormat Setiap ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk PesuruhjayaPesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.
Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour’ adalah muktamad
PERKARA 3 (TUJUAN DAN OBJEKTIF) Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: a) Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan danmeningkatkan perse$ahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas. b) Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluangpeluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia. c) Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia. d) Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 4 (LENCANA) USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. Semua hak cipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.
PERKARA 5 (PENAUNG) Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 6 (LEMBAGA EKSEKUTIF) Lembaga Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa. Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang DIpertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya.
Ketua Persuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesrurhjaya Pandu Puteri Tunas, Remaja, Renjer, Kadet, Kelab Pandu Puteri, Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Pesuruhjaya Antarabangsa, Program & Latihan, Kewangan, Keahlian, Perhubungan dan Masyarakat, Struktur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepeuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio, Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas pelaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya, Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir , ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembagai Eksekutif Kebangsaan
6.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan. ii. Bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik. iii. Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti. iv. Memastikan dan menyelia penguruan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personal utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang. v. Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam vi. Mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undangundang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia vii. Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia
PERKARA 7 (BADAN UNDANGAN) Badan Undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 - 35 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi
Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timbalan Yang Sipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat,enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Tiada hak untuk mengundi Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 16 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam puluh (160) undian USUL 10: Majlis Kejurulatihan Guild Pandu Puteri Raja 10 wakil daripada Malis Kejurulatihan Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14)undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Kementerian Sukan Tiada hak mengundi Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:
7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiar kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan yang diambil melalui undi majoriti (setengah campur undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan
7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan Objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan ahli Tidak Aktif tentang siu-isu penting. iv Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan. v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas pelantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan. vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya. vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaanpindaan susulan. xi. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 8 (KEWANGAN) Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan ii. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persekutuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya disepertujui oleh Majlis Kebangsaan.
Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaunakaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember.
PERKARA 9 (CAWANGAN PERSATUAN) Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus / Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persekutuan dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
PERKARA 10 (PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG) Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang berjanji. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan
PERKARA 11 (PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA) Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya menunaikan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. PERSETIAAN
1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 3. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 4. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 6. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 8. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 10. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI