Selalu Sedia Merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini membawa maksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan COGAN KATA
Lencana Pandu Puteri Malaysia telah diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Ia dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat. LAMBANG PANDU PUTERI MALAYSIA Trefoil Melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri Bintang Pecah 14 Melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada 3 rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 ditengahnya serta perkataan Pandu Puteri dibawahnya. Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetian. Cantuman tiga daun itu melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini. BIntang pecah 14 yang terdapat di tengah-tengah cantuman daun itu bererti wujudnya perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di negara ini. Ini penting kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahlinya walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.
LENCANA DUNIA Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil) Melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Simbol Api pada bahagian pangkal Melambangkan api kecintaan terhadap manusia Jalur atau urat menajam ke atas Melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang benar dalam kepanduan Dua bintang Melambangkan Persetiaan dan Undang-Undang yang menjadi pedoman hidup kita Bulatan mengelilingi logo Melambangkan Persatuan Sedunia (WAGGGS) Warna kuning emas Pepina yang berlatar belakang warna biru Melambangkan sinaran cahaya suria ke atas semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh Dunia
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Cara melakukan hormat kepanduan:- Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia 1. 2.Tiga jari ditegakkan Ibu jari diletakkan diatas jari kelengkeng yang dibengkokkan 3. Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan 4. Kedudukan tangan diangkat sehingga sam atinggi dengan dahi 5. Sebaik sahaja hormat dibalas, tangan dijatuhkan dan Pandu Puteri boleh bergerak. 6.
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Amalan tradisi Pandu Puerti seluruh dunia Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli pakaian seragam yang lain cara berjabat tangan dengan pakaian uniform cara berjabat tangan dengan tidak memakai uniform
Arah kita jelas ke depan, Benderaberkibar, Tidak berlibat di dunia, Harapan abadi, bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh, Selagi dunia masih ada, Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high, Its never furled throughout the world, For hope shall never die, We must unite for what is right, In friendship true and strong, Until the earth in its rebirth, Shall sing our song, Shall sing our song. LAGU DUNIA
LAGU TAPS TAPS SIANG / DAYS TAPS TAPS MALAM / NIGHT TAPS Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang Langit biru, mana pergi Hidup kami, tuhan Saksi Thanks and praise, for our days Neath the sun, neath the stars Neath the sky, as we go This we know, god is high Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat, Berkat tuhan. Days is done, done the sun From the sea, from the hills From the sky, all is well, Safety rest, god is high.
LAGU KUMPULAN BERENAM Siantan datang berkawan, Berani macam pahlawan. Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa. Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga. Cempaka bersuka ria, Menolong orang duka. Bunga Teratai nama kami, Bekerja setiap hari. Kami Kesidang datang Menolong orang pagi petang
BENDERA MALAYSIA Bulan dan Bintang Melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan Bintang pecah 14 Melambangkan perpaduan 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan Warna Kuning Melambangkan warna diraja Warna Merah Melambangkan keberanian Warna Biru Tua Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum
BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Tiga rangkaian daun lebar Melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri Bintang pecah 14 Melambangkan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan Lencana Pandu Puetri Malaysia di tengah latar biru Melambangkan matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia
BENDERA DUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah Melambangkan 3 bahagian Persetiaan Bahagian Putih di Penjuru Melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan Trefoil dunia dalam latar biru Melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia
SEJARAH PERKEMBANGAN
SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOCIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) Sekumpulan remaja wanita muncul di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909 meminta untuk menyertai perhimpunan tersebut dan ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari itu. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergrakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Kemudian dalam masa beberapa bulan kumpulan perempuan ini mempunyai nama dan program sendiri iaitu ‘Girl Guides”. Pada tahun 1910, mereka memerlukan sebuah buku dan adik Baden Powell iaitu Agnes telah menerbitkan sebuah buku untuk kegunaan Pandu Puteri hasil adaptasi daripada ‘Scouting for Boys’. Tidak lama kemudian, Baden Powell mengikuti sebuah lawatan promosi dan berjumpa dengan Olave Soames dan berkahwin. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan mereka terus berusaha untuk memperkembangkan ke seluruh Malaysia
Pada tahun 1919, Lady Baden Powell telah menubuhkan satu Majlis Antarabangsa (International Council) yang merupakan perintis kepada WAGGGS. Pertubuhan majlis ini bertujuan untuk memudahkan penyelarasan aktiviti-aktiviti Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia dan memastikan Prinsip-prinsip Asas Kepanduan dipatuhi. Persidangan Antarabangsa yang pertama didakan pada tahun 1920. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu puteri dan Pengakap Puteri untuk berkumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama kali diadakan dan pada tahun berikutnya Buletin Dunia dikeluarkan yang dikenali sebagai ‘Our World News’. Oleh sebab bilangan ahli semakin bertambah, maka satu pertubuhan sedunia ditubuhkan supaya ahli boleh bersama-sama memikul tanggungjawab kepanduan sedunia. Pada Persidangan Antarabangsa yang ke-5, World Association Girl Guides and Girl Scouts ditubuhkan. Mulai dari masa itu, Persidangan Antarabangsa dikenali sebagai Persidangan Sedunia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu jawatankuasa dunia. Lord Baden Powell dan Lady Baden Powell serta Pengarah Biro Dunia menjadi ex-officio. Satu draf perlembagaan telah dipersetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.
Sementara itu, pergerakan ini telah berkembang pesat. Pada tahun 1931, keahlian telah mencecah 1 juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia telah dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Pada tahun 1941, Lord Baden Powell telah meninggal dunia. Walaupun Lady Baden-Powell bersedih dengan pemergian suaminya, beliau tetap meneruskan kerjanya. Pada Jun 1977, Olave Baden-Powell telah meninggal dunia. Bagi mengingati beliau WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave dan meletakkan semula Biro Dunia bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge)
2 MATLAMAT WAGGGS Untuk memperkembangkan matlamat dan persefahaman Prinsip-prinsip Asas Kepanduan di seluruh dunia dan menggalakkan persahabatan di kalangan anak-anak perempuan dari semua negara Untuk memperkembangkan matlamat Pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri, iaitu untuk memberi peluang kepada anak-anak perempuan melatih diri dalam perkembangan sahsiah, kewarganegaraan dan bertanggungjawab dan berkhidmat kepada masyarakat.
Pengasas Pandu Puteri Malaysia ialah KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS pada Ogos 2005 . Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarkat sejagat. Di samping itu, Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpian berwibawa hari esok. Akhir sekali, Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan pengkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif unruk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa di Malaysia SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengkap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura sehingga tahun 1956, dan kini Ibu pejabat telah berpindah di Wisma Pandu uteri, Jalan Pantai Baharu Kuala Lumpur sejak tahun 1957. FASA PENUBUHAN Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Getrude Ballard di Methodist Girl School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.
FASA PERKEMBANGAN FASA HALANGAN Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanyak dua ribu ringgit mulai tahun 1932. Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta dan Malaya mula diperintah Jepun bermula 1942 hingga 1946 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara
1916 1917 Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur 1928 1956 1957 1958 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan ibu pejabat Pandu Puteri di Calcutta India Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia Pusat Pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953 KRONOLOGI PERKEMBANGAN PERSATUANPANDU PUTERI MALAYSIA
2007 2008 2009 2014 2016 2018 2020 3-9 Jun: Malaysia menjadi tuan rumah kepada 9th Asia Pacific Conference di Sunway Resort Julai: Delegasi PPPM menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS ke-33 di Afrika Selatan Penubuhan Pandu puteri di Wilayah Persekutuan. Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel di Kuala Lumpur Persidangan WAGGGS ke-35 di Kuala Lumpur Lawatan perkongsian WAGGGS ke Malaysia. Buku Skim Lencana Pandu Puteri Tunas diterbitkan. Penaiktarafan Wisma Pandu Puteri Pandu Puteri Kelip-Kelip diaktifkan semula
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
RANCANGAN TAHUNAN PANDU PUTERI TUNAS (SEKOLAH RENDAH) 1 2 3 4 JANUARI 1 2 3 4 FEBruari Mesyuarat Agung Penyediaan Buku Log Pelantikan rasmi dan pembahagian kumpulan berenam Penerangan pakaian dan aksesori Pra Persetiaan (Ikrar Persetiaan PPT) Undang-Undang PPT Cogan Kata PPT Perbincangan kumpulansenarai sumbangan sebagai PPT
2 mac MEI 1 2 Hormat dan Isyarat (Berjabat Tangan PPT) Projek satu jasa bakti sehari (membuat kad hari lahir) 1 2 JUN 2 1 APRIL Aktiviti rumah tangga (membuat Sandwich) Aktiviti rumah tangga (menjahit- jahitan Jelujur Halus) Aktiviti perihal keluarga (membuat salasilah keluarga nuklear) Aktiviti perihal keluarga (membuat salasilah keluarga kembangan) 1 Bendera Malaysia dan Negeri (Akiviti Mewarna) Keselamatan Jalan Raya (cara melintas jalan)
JUN JULAI ogos 1 2 september 1 2 3 4 1 2 3 Simpulan (Buku Sila, Bunga Geti dan Lilit Manuk) Ikatan (Ikatan Pemukat) Melipat Pakaian Kesihatan Diri (Penjagaan Gigi) Aktiviti Sukaneka (15 minit) Aktiviti Sukaneka (1 jam) Skipping, mengimbang bola Penyediaan minuman Menanam pokok Menjaga pokok
disember NOVEMBER oktober 1 1 1 2 2 2 Khidmat masyarakat (membersihkan kawasan sekolah) Khidmat Maysrakat (membersihkan kawasan komuniti) Kemahiran Rumah Tangga (Menjahit- butang 2 dan 4 lubang) Kemahiran Rumah Tangga (Menjahit- menghasilkan batu seremban) Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Jamuan