The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik ini menggariskan 4 teras strategik utama yang mengandungi 13 strategi dan 63 program untuk dilaksanakan oleh JKSM dalam tempoh lima tahun. JKSM mengulangi komitmennya untuk menjadi sebuah organisasi yang menerajui bidang Kehakiman dan Perundangan Syariah di Malaysia dan seterusnya menjadi sebuah organisasi bertaraf global melalui program-program pembangunan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelan Strategik ini menjadi sebuah formulasi yang mengadunkan nilai-nilai utama seperti tadbir urus terbaik, sasaran operasi Jabatan yang jelas dan penetapan dasar-dasar utama dalam bidang Kehakiman dan Perundangan Syariah negara. Sebagai sebuah organisasi Kehakiman dan Perundangan Syariah yang unggul, JKSM perlu bersifat dinamik dan fleksibel dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk norma baharu global.

Pelan Strategik JKSM 2021-2025 adalah kesinambungan bagi Pelan Strategik JKSM 2016-2020 yang telah dibangunkan berasaskan keperluan dan perkembangan isu semasa ke arah mewujudkan organisasi Kehakiman dan Perundangan Syariah Malaysia yang unggul dan berwibawa.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jogho, 2021-03-08 04:04:23

PELAN STRATEGIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 2021-2025

Pelan Strategik ini menggariskan 4 teras strategik utama yang mengandungi 13 strategi dan 63 program untuk dilaksanakan oleh JKSM dalam tempoh lima tahun. JKSM mengulangi komitmennya untuk menjadi sebuah organisasi yang menerajui bidang Kehakiman dan Perundangan Syariah di Malaysia dan seterusnya menjadi sebuah organisasi bertaraf global melalui program-program pembangunan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelan Strategik ini menjadi sebuah formulasi yang mengadunkan nilai-nilai utama seperti tadbir urus terbaik, sasaran operasi Jabatan yang jelas dan penetapan dasar-dasar utama dalam bidang Kehakiman dan Perundangan Syariah negara. Sebagai sebuah organisasi Kehakiman dan Perundangan Syariah yang unggul, JKSM perlu bersifat dinamik dan fleksibel dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk norma baharu global.

Pelan Strategik JKSM 2021-2025 adalah kesinambungan bagi Pelan Strategik JKSM 2016-2020 yang telah dibangunkan berasaskan keperluan dan perkembangan isu semasa ke arah mewujudkan organisasi Kehakiman dan Perundangan Syariah Malaysia yang unggul dan berwibawa.

Keywords: pelanstrategikjksm20212025

PELAN Jabatan Perdana Menteri
STRATEGIK Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

JABATAN KEHAKIMAN
SYARIAH MALAYSIA

2021-2025

D

Dokumen ini mengandungi teks Al-Quran

VISI JKSM

Peneraju Institusi
Kehakiman dan

Perundangan Syariah
Dalam Sistem Kehakiman
Dan Perundangan Negara

MISI JKSM

Memperkasakan Sistem
Pentadbiran Kehakiman
Dan Perundangan Syariah
Melalui Pengukuhan Dan
Penyeragaman Institusi

Mahkamah Syariah

KANDUNGAN

01 MAKLUMAT 02 CABARAN
KORPORAT STRATEGIK
MASA KINI
Halaman 6

Halaman 15

03 TERAS 04 PELAKSANAAN
KE ARAH
STRATEGIK KEJAYAAN

Halaman 19

Halaman 31

05 JAWATANKUASA

PEMBANGUNAN
PELAN STRATEGIK
JKSM 2021-2025

Halaman 35

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

KATA-KATA ALUAN

KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE

Pelan Strategik ini menggariskan 4 teras strategik
utama yang mengandungi 13 strategi dan 63 program

untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun

Dr.Na’im

Setiap strategi yang telah digariskan hendaklah dilaksanakan ke arah

Alhamdulillah, syukur ke mencapai misi dan visi JKSM, seterusnya memenuhi fungsi-fungsi
hadrat Allah SWT kerana Jabatan untuk memberi perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
dengan keizinan-Nya, Pelan Syariah yang terbaik kepada rakyat dan Negara.
Strategik Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia 2021 – 2025 operasi Jabatan yang jelas dan juga berharap agar JKSM dapat
telah dapat disempurnakan melalui penetapan dasar-dasar utama dalam melaksanakan amanah yang
usaha sama antara JKSM dan juga bidang Kehakiman dan Perundangan dipertanggungjawabkan dengan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Syariah negara. Sebagai sebuah gigih dan cemerlang dan pada
Perancangan Pengurusan Malaysia organisasi Kehakiman dan masa yang sama menjadi sebuah
(MAMPU). Pelan Strategik ini Perundangan Syariah yang unggul, organisasi yang disegani di Malaysia
menggariskan 4 teras strategik JKSM perlu bersifat dinamik dan dan di peringkat antarabangsa.
utama yang mengandungi 13 fleksibel dalam menghadapi pelbagai
strategi dan 63 program untuk cabaran termasuk norma baharu Akhir kata, saya
dilaksanakan dalam tempoh global. Pandemik COVID-19 yang merakamkan penghargaan dan
lima tahun. JKSM mengulangi melanda seluruh dunia bermula pada ucapan terima kasih atas komitmen
komitmennya untuk menjadi sebuah tahun 2019, menuntut perancangan tinggi semua pihak untuk
organisasi yang menerajui bidang dan tindakan yang responsif daripada menyediakan Pelan Strategik ini.
Kehakiman dan Perundangan semua warga JKSM. Semoga apa jua yang kita usahakan
Syariah di Malaysia dan seterusnya pada hari ini akan membuahkan
menjadi sebuah organisasi bertaraf Dalam hubungan ini, hasil yang baik pada masa hadapan.
global melalui program-program setiap strategi yang telah digariskan
pembangunan di peringkat nasional hendaklah dilaksanakan ke arah YAA DATO SETIA DR. HAJI
dan antarabangsa. mencapai misi dan visi JKSM, MOHD NAIM B. HAJI MOKHTAR
Pelan Strategik ini seterusnya memenuhi fungsi- Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
menjadi sebuah formulasi yang fungsi Jabatan untuk memberi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
mengadunkan nilai-nilai utama perkhidmatan Kehakiman dan
seperti tadbir urus terbaik, sasaran Perundangan Syariah yang terbaik
kepada rakyat dan Negara. Saya

4

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

RINGKASAN
EKSEKUTIF

PELAN STRATEGIK JKSM 2021-2025

Pelan Strategik JKSM 2021-2025 adalah kesinambungan bagi Pelan Strategik JKSM 2016-2020 yang telah
dibangunkan berasaskan keperluan dan perkembangan isu semasa ke arah mewujudkan organisasi Kehakiman dan
Perundangan Syariah Malaysia yang unggul dan berwibawa.
Pelan Strategik ini dirancang agar dapat memberi lonjakan kepada Jabatan ini untuk mengemudi pencapaian
Mahkamah Syariah di seluruh negara bagi merealisasikan harapan Jabatan untuk menjadi badan Kehakiman
dan Perundangan yang disegani menjelang tahun 2025 dengan memberi fokus kepada pengurusan organisasi,
pembangunan kompetensi dan penyelesaian kes.
Selain itu, keberkesanan program pelaksanaan adalah bergantung kepada komitmen yang padu daripada warga
JKSM, jalinan kerjasama yang baik antara jabatan kerajaan, swasta, NGO dan golongan sasar.
Pelan Strategik ini menjadi suatu anjakan paradigma bagi JKSM agar bergerak seiring dengan Wawasan
Kemakmuran Bersama ke arah negara maju dalam acuan sendiri pada tahun 2030. Justeru, 4 Teras Strategik telah
ditetapkan iaitu:

KAPASITI ORGANISASI

1 Pemantapan kapasiti organisasi JKSM bagi meningkatkan
keberkesanan tadbir urus dan kecekapan penyampaian perkhidmatan;

PENGUKUHAN SISTEM

2 Pengukuhan sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah di Malaysia;

PENDIGITALAN

3 Pendigitalan pentadbiran Kehakiman dan Perundangan Syariah; dan

KERJASAMA STRATEGIK

4 Pembangunan jaringan kerjasama strategik dengan agensi berkepentingan
bagi mempertingkatkan kualiti dan profesionalisme pengurusan.

Berdasarkan 4 Teras Strategik ini terdapat 13 strategi dipilih untuk memastikan visi dan misi tercapai melalui
penyusunan 63 program, penetapan sasaran dan tempoh sasaran yang jelas dan realistik.
Pelan Strategik ini telah menyatakan secara komprehensif mengenai Punca Kuasa, Pemegang Taruh dan Pelanggan,
Teras Strategik, Hala Tuju Strategik, Elemen Penentu Kejayaan dan Mekanisme Pelaksanaan supaya JKSM menjadi
Badan Kehakiman dan Perundangan Syariah yang cemerlang menjelang tahun 2025.

5

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

01

MAKLUMAT
KORPORAT

6

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

PENGENALAN

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Sejajar dengan Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 sebagai
dasar utama Negara, penyediaan
Pelan Strategik ini turut dirumuskan
daripada teras-teras Strategik JKSM
yang telah dikenal pasti selari
dengan isu serta cabaran semasa
dalam mempertingkatkan keyakinan
masyarakat kepada Mahkamah
Syariah selaku badan kehakiman
di Malaysia. Pelan Strategik ini
adalah penting sebagai panduan
kepada seluruh warga JKSM bagi
memastikan agenda transformasi
JKSM dilaksana berdasarkan acuan
yang telah digariskan.

JKSM dalam menjalankan
fungsi utamanya iaitu menerajui
penyeragaman undang-undang
Syariah di Malaysia, perlu mengorak
langkah dalam menyediakan
PENGENALAN pegawai-pegawai yang berpotensi
tinggi, berintegriti, berbakat
Kehakiman dan Perundangan Syariah yang eksklusif menjadikan Malaysia dan berkemahiran tinggi dalam
sebagai sebuah negara yang istimewa di mata dunia. Pendekatan ini Kehakiman dan Perundangan
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang cemerlang dalam Syariah demi untuk menjayakan
memartabatkan keadilan melalui Kehakiman dan Perundangan Syariah di dan memartabatkan keadilan
kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam masyarakat Islam. JKSM
swt di dalam al-Quran: juga selaku jabatan di peringkat
Persekutuan perlu berupaya untuk
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah mempertingkatkan program-
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan program berimpak tinggi
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan yang perlu diselaraskan untuk
adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran memandu Mahkamah Syariah
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, negeri-negeri di seluruh Malaysia
lagi sentiasa Melihat.” mencapai kecemerlangan dalam
Surah An-nisa’ ayat 58 aspek pentadbiran, penyampaian
perkhidmatan, pengurusan
kewangan dan seterusnya menjamin
keadilan pihak-pihak di Mahkamah
Syariah.

7

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

LATARBELAKANG
JABATAN

SEJARAH PENUBUHAN JKSM

Jabatan Kehakiman Syariah Jun 2001 JKSM berpindah ke Aras 2-3 Blok D7 Kompleks D, Pusat
Malaysia (JKSM) ditubuhkan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
pada 1 Mac 1998 berdasarkan
keputusan Mesyuarat Jemaah Pada awal penubuhannya, JKSM hanya mempunyai 15 jawatan yang diketuai
Menteri pada 3 Julai 1996 oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie dan beberapa orang pegawai yang
yang bersetuju dengan terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar, Pegawai Tadbir dan Diplomatik
cadangan penyusunan semula dan beberapa orang pegawai sokongan yang lain. Setelah setahun beroperasi,
Mahkamah-Mahkamah tenaga kerja yang ada untuk merealisasikan visi, misi objektif, fungsi dan
Syariah seluruh Malaysia. piagam pelanggan adalah amat terhad, maka Jabatan telah memohon beberapa
Penubuhan JKSM selaku jawatan lagi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Pada tahun
badan penyelaras di peringkat 1999, Kementerian Kewangan telah meluluskan 6 jawatan tambahan melalui
Persekutuan adalah hasil Waran Perjawatan Bil.A34 tahun 1999. Seterusnya Kementerian Kewangan
kajian yang dilaksanakan meluluskan lagi jawatan tambahan melalui Waran Perjawatan Bil.A10 Tahun
oleh jawatankuasa yang 2002 kepada JKSM, dengan pertambahan sebanyak 91 jawatan baharu. Bilangan
dipengerusikan oleh Yang perjawatan di JKSM terus bertambah saban tahun menerusi waran perjawatan
Berbahagia Tun Ahmad Sarji yang diterima iaitu Waran Perjawatan Bil.A31/2004, Waran Perjawatan Bil.
bin Abdul Hamid, Ketua A96/2005, Waran Perjawatan Bil.A89/2006, Waran Perjawatan Bil.A62/2008
Setiausaha Negara pada dan Waran Perjawatan Bil.A192/2018. Ini menjadikan jumlah keseluruhan
ketika itu. Hasil daripada perjawatan sehingga tahun 2020 adalah sebanyak 376; merangkumi Kumpulan
kajian jawatankuasa ini Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
telah memperaku beberapa
cadangan termasuk penubuhan
Jabatan di peringkat
Persekutuan yang dikenali
sebagai Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia sebagai
badan penyelaras kepada
usaha-usaha penyelarasan dan
penyeragaman pengurusan
serta pentadbiran Mahkamah
Syariah semua negeri.
Perasmian penubuhan Jabatan
ini telah disempurnakan
oleh Yang Berhormat Dato’
Paduka Dr Abdul Hamid bin
Othman, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri pada 15
Disember 1998.

KIP PUTRAJAYA

Bermula Februari 2017, JKSM telah berpindah dan beroperasi
sepenuhnya di Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku
Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya.

8

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

AWAL PENUBUHAN DAN Lokasi pertama JKSM terletak di Aras 3 Bangunan Mahkamah Syariah
Wilayah Persekutuan. JKSM kemudiannya berpindah ke Aras 3,
PENGOPERASIAN JKSM Perpustakaan Awam Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan
Perdana Menteri (JPM). Pada Jun 1999, JKSM berpindah ke Aras
15 ORANG 6 Rumah Persekutuan Kuala Lumpur dan seterusnya pada Jun 2001
berpindah ke Aras 2-3 Blok D7 Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Diketuai oleh Ketua Pengarah/ Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Bermula Februari 2017, JKSM telah
Ketua Hakim Syarie dan beberapa berpindah dan beroperasi sepenuhnya di Blok C, Kompleks Islam
orang pegawai yang terdiri daripada Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100
Ketua Pendaftar, Pendaftar, Putrajaya.
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Setelah lebih 20 tahun penubuhannya, JKSM telah berjaya
dan beberapa orang pegawai melaksanakan fungsinya dengan berkesan dan menjadi sumber
sokongan yang lain. rujukan kepada dasar-dasar Kehakiman dan Perundangan Syariah
negara. Di peringkat nasional, JKSM telah memainkan peranannya
sebagai peneraju Kluster Perundangan dan Kehakiman di bawah YB
Menteri (Hal-ehwal Agama) dan mengetuai penyelarasan operasi
Mahkamah Syariah di Malaysia yang terletak di bawah kuasa Negeri-
negeri. Di peringkat antarabangsa, JKSM juga memainkan peranan
penting dalam mewujudkan jalinan kerjasama bersama Mahkamah-
mahkamah Syariah di negara-negara serantau di Asia Tenggara seperti
negara Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. JKSM juga turut
memain peranan yang aktif dalam memberi nasihat kepada Kerajaan
Malaysia terutama melibatkan dasar-dasar perundangan Syariah
dalam persidangan dan triti antarabangsa seperti UN Convention
on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women
(CEDAW), UN Convention on the Rights of the Child (CRC),
Malaysia National Human Rights Action Plan (NHRAP) dan World
Bank - Human Rights Report.

Bagi tahun 2021 sehingga 2025, JKSM berazam untuk memantapkan lagi fungsi dan peranan Jabatan
dalam menerajui pentadbiran Kehakiman dan Perundangan Syariah di Malaysia melalui teras-teras
strategik yang telah dikenal pasti dan inisiatif-inisiatif jangka panjang yang memberi impak tinggi kepada
keharmonian masyarakat dan seterusnya membantu dalam pembangunan Negara. Usaha ini memerlukan
kerjasama semua pihak termasuk pemegang taruh, rakan strategik dan Mahkamah Syariah negeri-negeri,
untuk menggembleng tenaga dan usaha secara berterusan dalam menyantuni pelanggan dan golongan sasar
yang memerlukan pengurusan keadilan Syariah yang adil dan saksama.

9

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

VISI, MISI DAN MOTO/SLOGAN

Bagi menjalankan fungsi-fungsinya sebagai agensi menerajui penyeragaman undang-
undang Syariah di Malaysia, JKSM telah menetapkan Visi, Misi dan Moto/Slogan seperti
berikut :

VISI MISI MOTO/SLOGAN

Peneraju Institusi Kehakiman Memperkasakan Sistem “Syariah Asas Keadilan”
dan Perundangan Syariah Pentadbiran Kehakiman Moto ini digunakan oleh
Dalam Sistem Kehakiman Dan Perundangan Syariah semua Jabatan Kehakiman
Dan Perundangan Negara Melalui Pengukuhan Dan Syariah Negeri dan Mahkamah
Penyeragaman Institusi Syariah Negeri seluruh
Mahkamah Syariah Malaysia. Keseragaman moto
Jabatan ini adalah bersesuaian
dengan fungsi dan peranan
JKSM.

10

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

FUNGSI DAN
PERANAN

Fungsi JKSM bagi memenuhi aspirasi Kerajaan Menyelaras dan memantau Mengurus pembangunan
adalah seperti yang berikut: penguatkuasaan dan kompetensi dan
1. Mengendali kes-kes Mahkamah Rayuan pelaksanaan perintah di keperluan modal insan di
Mahkamah Syariah untuk JKSM, Mahkamah
Syariah di Malaysia; mempertingkatkan Syariah dan agensi-agensi
2. Membina dan menyelaras prosedur kehakiman keberkesanan Mahkamah berkaitan;
Syariah;
untuk diterima pakai di Mahkamah Syariah dan Membina dan menyelaras Memperkasa sistem
agensi-agensi yang berkaitan melalui penetapan prosedur kehakiman untuk penyampaian
dasar, kaedah-kaedah, Arahan Amalan serta diterima pakai di Mahkamah perkhidmatan
Peraturan-peraturan; Syariah dan agensi-agensi yang Mahkamah Syariah
3. Menyelaras dan memantau penguatkuasaan berkaitan melalui penetapan melalui pendigitalan
dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah dasar, kaedah-kaedah, Arahan dan
untuk mempertingkatkan keberkesanan Amalan serta mempertingkatkan
Mahkamah Syariah; Peraturan-peraturan; tadbir urus ICT di
4. Mengurus pembangunan kompetensi dan JKSM dan Mahkamah
keperluan modal insan di JKSM, Mahkamah Mengendali kes-kes Syariah;
Syariah dan agensi-agensi berkaitan; Mahkamah Rayuan
5. Memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan Syariah di Malaysia Memantau dan menilai
Mahkamah Syariah melalui pendigitalan dan program dan aktiviti
mempertingkatkan tadbir urus ICT di JKSM berkaitan Perundangan
dan Mahkamah Syariah; Syariah di Mahkamah
6. Memantau dan menilai program dan aktiviti Syariah dan
berkaitan Perundangan Syariah di Mahkamah agensi-agensi yang
Syariah dan agensi-agensi yang menerima menerima pegawai dari
pegawai dari skim Perkhidmatan Gunasama skim Perkhidmatan
Pegawai Syariah Persekutuan; dan Gunasama Pegawai
7. Menyedia ulasan dan khidmat nasihat berkaitan Syariah Persekutuan;
isu-isu perundangan Syariah kepada agensi
Kerajaan dan triti-triti antarabangsa. Menyedia ulasan dan
khidmat nasihat
berkaitan isu-isu
perundangan Syariah
kepada agensi Kerajaan
dan triti-triti
antarabangsa.

11

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

STRUKTUR ORGANISASI

TURUS III
KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE

UTAMA B LS48 UTAMA C
PROGRAM KEHAKIMAN (KUP)
PAKAR RUJUK
(CAWANGAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH)
UNIT INTEGRITI
S44
UNIT KOMUNIKASI
KORPORAT

KETUA HAKIM SYARIE KETUA PENDAFTAR
UTAMA C
JABATAN KEHAKIMAN UTAMA C PROGRAM PENGURUSAN
SYARIAH NEGERI SABAH
DAN KHIDMAT SOKONGAN

PENGARAH KANAN (PENGURUSAN) PENDAFTAR PENGARAH KANAN (KEHAKIMAN) PENDAFTAR
M54 (PENGURUSAN) LS54 (KEHAKIMAN)

M52 F52 LS52 LS52 LS52 LS52 LS48

PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH
BAHAGIAN KHIDMAT BAHAGIAN TEKNOLOGI BAHAGIAN BAHAGIAN LATIHAN BAHAGIAN BAHAGIAN SOKONGAN BAHAGIAN DASAR
PUSAT SUMBER PENDAFTARAN, DAN PENYELIDIKAN
PENGURUSAN DAN MAKLUMAT DAN MAKLUMAT DAN (BL) KEURUSETIAAN KELUARGA
SUMBER MANUSIA KOMUNIKASI PENERBITAN DAN REKOD (BSK) (BDP)
(BTMK)
(BKPSM) (BPSMP) (BPKR)

PUNCA KUASA

1. Perlembagaan Persekutuan; 7. Akta Kesalahan Jenayah Wilayah
2. Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan dan Negeri-negeri;
pada 3 Julai 1996 – penubuhan JKSM; 8. Akta Keterangan Mahkamah Syariah
3. Akta/Enakmen Pentadbiran Undang- Wilayah Persekutuan dan Negeri-
undang Islam Wilayah Persekutuan dan negeri;
Negeri-negeri; 9. Akta Mahkamah Syariah (Bidang
4. Akta/Enakmen Undang-Undang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]; dan
Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 10. Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal
dan Negeri-negeri; Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke-47
5. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Tahun 2007 – penubuhan BSK.
Wilayah Persekutuan dan Negeri- 11. Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal
negeri; Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke-48
6. Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Tahun 2009 – penubuhan Akademi
Persekutuan dan Negeri-negeri; Latihan Syariah.

12

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

PIHAK BERKEPENTINGAN

Pelanggan JKSM terdiri daripada pihak berkepentingan, rakan strategik dan pelanggan. Senarai
adalah seperti berikut:-

majlis Raja-raja Jabatan / agensi luar

Jemaah Menteri PIHAK Suruhanjaya Perkhidmatan
BERKEPENTINGAN Awam
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri / Ketua Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam
Negara / Timbalan Ketua
kementerian kewangan
Setiausaha Kanan

jabatan perdana menteri

jabatan peguam negara kerajaan negeri

RAKAN STRATEGIK

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 14. Kedutaan Luar Negara
2. Kementerian Pembangunan Wanita, 15. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
$1,2500 %75.25 Keluarga dan Masyarakat
16. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
3. Kementerian Pembangunan Luar 17. Jabatan Penjara Malaysia
Ga. BNeasntodrearrum repre, quo Ga. Nestorerum18re.p re, qSuuo ruhanjaya GHa.aNkesAtosraesrui mMraenprues, qiauo
4. ScuornusehquaanejcaeyaaidPencegahan Rasuahco nsequa ecea id (SUHAKAM) consequaecea id
Malaysia 19. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
5. Institut Tadbiran Awam Negara 20. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
6. Institut Pengajian Tinggi Awam / (SSM)
Institut Pengajian Tinggi Swasta 21. Bursa Malaysia Berhad
7. Institut Latihan Awam 22. Bank Negara Malaysia (BNM)
8. Organisasi Bukan Kerajaan 23. Kumpulan Wang Persaraan
9. Majlis Agama Negeri (Diperbadankan)
10. Polis Diraja Malaysia (PDRM) 24. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
11. Amanah Raya Berhad 25. Bahagian Hal Ehwal Undang-
12. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Undang (BHEUU)
(KWSP) 26. Kor Agama Angkatan Tentera
13. Kementerian Luar Negeri (KLN) (KAGAT)
27. Rakan Media 13

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

PELANGGAN

Pengamal Majlis Agama Islam Agensi Kerajaan
Undang-Undang Negeri-negeri Persekutuan

Jabatan Kehakiman Syariah PELANGGAN Agensi Kerajaan Negeri
Negeri/Mahkamah Syariah
Pegawai Kader Agensi Antarabangsa
Negeri
Pembekal / Kontraktor
Jabatan Agama Islam Negeri
Orang Awam
Jabatan Pendakwaan Syariah
Wilayah Persekutuan

Pejabat Tanah Negeri

NILAI-NILAI BERSAMA

Integriti Inovasi Ikhlas Cendekia Amanah

Jalin Nilai Keseragaman Strategik Tekun Muafakat

14

Syariah Asas Keadilan

02

CABARAN
STRATEGIK
MASA KINI

15

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

CABARAN

STRATEGIK

MASA KINI

Dalam mendepani cabaran pasca 2020, JKSM telah
menilai dan mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi
oleh JKSM untuk memenuhi pelaksanaan fungsinya secara
berkesan. Melihat kepada perkembangan dunia dalam
tempoh 10 tahun kebelakangan ini dan cabaran-cabaran
yang dijangka pada masa hadapan, cabaran utama yang
dihadapi oleh JKSM adalah seperti berikut:

1. KEPERLUAN KEPADA PEMANTAPAN KAPASITI ORGANISASI

JKSM perlu berusaha untuk membangunkan kapasiti organisasi yang mantap dalam mendepani
cabaran pasca 2020, melalui pewujudan sistem organisasi yang fleksibel dan pengurusan
sumber manusia yang cekap dan berkesan. JKSM juga perlu memperkukuhkan profesionalisme
di kalangan pegawai-pegawainya melalui pembangunan sistem latihan yang berkesan dan
mencakupi segala keperluan dalam perkhidmatan Jabatan. Dalam hubungan ini juga, JKSM
perlu mengorak langkah dalam memperkemaskan tadbir urus terbaik bagi memastikan segala
keperluan Jabatan dari aspek kewangan dan sumber manusia ditadbir dengan penghayatan nilai
murni berlandaskan tadbir urus terbaik seperti perbelanjaan berhemat dan berobjektif serta
pematuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Hasrat pemantapan
organisasi juga dilaksanakan melalui pembudayaan integriti secara akar umbi dalam perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan Syariah melalui program-program yang sesuai untuk memupuk
sikap berintegriti di kalangan pegawai.

16

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

2. KEPERLUAN KEPADA PENYERAGAMAN SISTEM KEHAKIMAN
DAN PERUNDANGAN SYARIAH MALAYSIA

Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah memerlukan usaha berterusan untuk memastikan
pelaksanaan Undang-undang Syariah dilaksanakan secara berkesan melalui proses penyeragaman
pentadbiran dan perjalanan Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. JKSM perlu meneruskan
usaha untuk menerajui penyeragaman Mahkamah Syariah bukan sahaja daripada aspek
pentadbiran malah melibatkan aspek perundangan. Penyeragaman ini memerlukan strategi
jangka panjang dan perlu dibuat secara holistik dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh
dan pihak berkepentingan bagi memastikan penyeragaman yang dibuat dapat memberi manfaat
kepada pembangunan sistem keadilan Islam dan menjadikan Mahkamah Syariah sebagai sebuah
badan kehakiman yang dihormati dalam sistem kehakiman negara.

3. KEPERLUAN UNTUK MEMANFAATKAN TEKNOLOGI
PENDIGITALAN DALAM MENINGKATKAN PENYAMPAIAN

Pasca tahun 2020 memperlihatkan keperluan yang mendalam dalam pembangunan 17
pengurusan Kehakiman dan Perundangan Syariah secara digital mengikut peredaran teknologi
semasa. JKSM perlu meneruskan usaha untuk bertindak sebagai peneraju dalam pendigitalan
Mahkamah Syariah melalui program-program pembangunan pendigitalan berimpak tinggi.
Kajian terhadap teknologi semasa perlu dilaksanakan secara menyeluruh untuk memastikan
peruntukan kewangan yang disediakan oleh pihak Kerajaan dapat dimanfaatkan melalui
pembangunan program-program pendigitalan yang segar mengikut peredaran masa. Melalui
pembangunan program pendigitalan ini, JKSM berupaya untuk melaksanakan fungsinya secara
berkesan terutama dalam usaha untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan Kehakiman dan

$ 1.5 MillionPerundangan Syariah yang seragam dan disegani. Teknologi terkini yang diadaptasi dalam

projek pendigitalan di JKSM dapat mempertingkatkan kecekapan dan pengurusan data utama
Jabatan untuk diselenggara dan diuruskan secara profesional dan berkesan.

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

4. KEPERLUAN UNTUK MEMBANGUNKAN JARINGAN KERJASAMA
STRATEGIK

Dalam menghayati Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dihasratkan oleh pihak Kerajaan,
JKSM perlu mengorak langkah untuk memperkukuhkan jalinan hubungan dan kerjasama dengan
pelbagai pihak untuk menjayakan perancangan Jabatan. Semua Bahagian perlu menghayati
hasrat pembangunan hubungan kerjasama strategik dengan pihak-pihak yang berkepentingan
dalam usaha untuk melengkapkan usaha Jabatan bagi membangunkan sistem Kehakiman dan
Perundangan Syariah di Malaysia yang cemerlang. Bahagian-bahagian perlu memikirkan kaedah
terbaik untuk mempertingkatkan penglibatan dan liputan kepada Jabatan dan Mahkamah
Syariah dalam kerangka media arus perdana serta mempertingkatkan jalinan kerjasama
dengan agensi lain termasuk agensi-agensi
kehakiman di peringkat antarabangsa.
Penerokaan kerjasama nasional dan
antarabangsa dengan rakan-rakan strategik
seperti institusi kehakiman keluarga
luar negara, institusi latihan kehakiman
dan perundangan, pakar akademik dan
pakar Syariah dapat mempertingkatkan
pengetahuan dan kompetensi pegawai
serta dapat mengembangkan pemikiran
kreatif dan inovatif serta memperluaskan
pengetahuan di kalangan pegawai sendiri.

01 Keperluan
kepada
Keperluan Penyeragaman
Kepada Sistem Kehakiman

Pemantapan 02dan Perundangan
Kapasiti
Syariah Malaysia
Organisasi

CABARAN

STRATEGIK MASA KINI

04 Keperluan untuk Keperluan
membangunkan untuk
jaringan memanfaatkan
kerjasama teknologi
strategik pendigitalan
dalam
meningkatkan
penyampaian
perkhidmatan

03

18

Syariah Asas Keadilan

03

TERAS
STRATEGIK

19

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

TERAS STRATEGIK 1:
PEMANTAPAN KAPASITI ORGANISASI JKSM BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN TADBIR

STRATEGI PROGRAM

TS1.1 - Mengukuhkan organisasi dan P1. Pengukuhan perjawatan Jabatan
pengurusan sumber manusia
P2. Jawatankuasa Khas Penempatan Pegawai Syariah

P3. Membangunkan Pelan Penggantian

P4. Mewujudkan Searching Committee bagi keperluan perkhidmatan
Pegawai Syariah
P5. Memperkukuh dan menaiktaraf Seksyen Sulh kepada Bahagian
Penyelesaian Pertikaian Alternatif di JKSN/MSN.
P6. Mengemaskini model perjawatan mahkamah syariah

TS1.2 - Mewujudkan pegawai yang P1. Bengkel kitab turath
kompeten dan pakar bidang Syariah
berkaitan P2. Mewujudkan Subject Matter Expert (SME) Kehakiman dan
Perundangan dalam bidang Sulh
P3. Kajian keberkesanan Program Latihan (Modul/Tenaga
Penceramah/Metodologi/Peserta)
P4. Menyediakan latihan khusus kepada Pegawai Sulh

P5. Menjalankan kajian keperluan latihan dan bidang kepakaran
Training Needs Analysis (TNA)
P6. Menyediakan latihan khusus kepada Pegawai Runding Cara BSK
(runding cara dimasukkan dalam bidang runding cara Sulh)

P7. Merangka modul latihan Sulh dan kaedah Alternative Dispute
Resolution (ADR) dan menganjur muzakarah/kursus/bengkel/
diskusi kepada Pegawai Sulh JKSN/MSN
P8. Penambahbaikan dokumentasi kurikulum dan modul latihan
skim perkhidmatan Pegawai Syariah

(i). Mesyuarat Semakan Dokumen (Kurikulum dan Modul)
P9. Pelaksanaan Program Latihan

(i) Kompetensi Umum – Kerjaya Hakim Syarie

(ii) Kompetensi Kepakaran – Kerjaya Hakim Syarie

P10. Menyediakan latihan khusus kepada Peguam Syarie dan Bailif
BSK

20

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

R URUS DAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN.

INDIKATOR SASARAN SASARAN (BILANGAN/ TAHUN/ BAHAGIAN
KUANTITI/ KUALITI) PERATUSAN) TEMPOH
SASARAN BKPSM
Kertas cadangan Pengukuhan perjawatan 2 kali dalam tempoh 5 tahun 2021-2025 BKPSM
BKPSM
Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas 1 kali sebulan 2021-2025 BKPSM
2025 BPKR
Pelan Operasi Penggantian 1 pelan BKPSM
2021-2025 BDP
Penubuhan Jawatankuasa 1 jawatankuasa BPKR
BTMK
Pelan Pengukuhan Bahagian 1 pelan 2025 BL
Penyelesaian Pertikaian Alternatif 1 Kertas Cadangan bagi setiap 2021-2025 BL
Kertas Cadangan Pengemaskinian Model 5 tahun BL
Perjawatan Mahkamah Syariah BDP
BL
Bilangan bengkel 3 kali setahun 2021-2025
BL
SME Sulh 1 SME Sulh 2021-2025 BL
BSK
Bilangan kajian 3 tahun sekali 2021-2025 BSK
BL
Peratus Pegawai Sulh mempunyai 80% 2024
kelayakan profesional mediasi bertaraf 3 tahun sekali 2021-2025 BL
antarabangsa
Bilangan kajian

Sijil kemahiran mediasi kepada Pegawai 80% 2021-2025
Runding Cara BSK 90% 2021-2025
Peningkatan penyelesaian kes 80% 2024

Peratus Pegawai Sulh mempunyai 1 dokumen 2022
kelayakan profesional mediasi bertaraf
antarabangsa
Pembangunan dokumentasi kurikulum
dan modul

Bilangan Program yang dijalankan 25 program dijalankan 2021-2025 BL

Peratusan kehadiran peserta 7 Program 2021 2021-2025 BL
Peratus pegawai yang mengikuti kursus 9 Progran 2023 2021 - 2025
Peningkatan penyelesaian kes 9 Progran 2025 2021-2025 BL 21
Bilangan kursus 80% 2021-2025 BSK
Berdasarkan rekod kehadiran BL
bagi setahun
90% Syariah Asas Keadilan

90%

20 program

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

TS1.3 - Meningkatkan keberkesanan P1. Pengurusan kewangan yang berkesan
tadbir urus organisasi
TS1.4 - Memantapkan budaya Integriti P2. Mengoptimumkan penggunaan ruang, kemudahan dan fasiliti
dan nilai-nilai murni dalam organisasi pejabat
P3. Kajian semula hala tuju pengurusan dana BSK seluruh Malaysia
P1. Program Penerapan Nilai-nilai Murni

P2. Pemantauan Pelan Anti Rasuah:
(i) Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) JKSM; dan
(ii) Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) JKSM

I II

Mengukuhkan Mewujudkan
organisasi dan pegawai yang
pengurusan kompeten dan pakar
sumber bidang Syariah
manusia berkaitan

Meningkatkan Memantapkan
keberkesanan budaya integriti
tadbir urus dan nilai-nilai
organisasi murni dalam
organisasi

III IV

TERAS STRATEGIK 1

22

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

Penarafan bintang dalam Indeks 5 bintang / 90% 2021-2025 BKPSM
Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara
atau seumpamanya. 80% pegawai berpuas hati 2021-2025 BL
Peratus kepuasan pegawai berpuas hati 2 tahun 2022 BSK
melalui kaji selidik 2021-2025 UI
Tempoh pelaksanaan
2021-2025 UI
Bilangan ceramah dan Program Integriti 6 kali setahun 2021-2025 UI

Laporan Pelan Tindakan CRM 2 kali setahun
Laporan Pelan Tindakan OACP 2 kali setahun

TERAS STRATEGIK 2

Memantapkan Meningkatkan
institusi keberkesanan

Mahkamah tadbir urus
Syariah Mahkamah

I Syariah

II

III IV

Menyeragamkan Memantapkan
pelaksanaan tindakan

dasar dan garis penguatkuasaan
panduan dan pelaksanaan
Mahkamah perintah nafkah
Syariah

23

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

TERAS STRATEGIK 2:
PENGUKUHAN SISTEM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH DI MALAYSIA

STRATEGI PROGRAM

TS2.1 Memantapkan institusi mahkamah P1. Dasar pelaksanaan hukuman rehabilitatif dalam kes jenayah di
syariah Mahkamah Syariah
P2. Dasar prosiding kes secara teknologi komunikasi jarak jauh

P3. Penyediaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia
dan SOP berkaitan pentadbiran kehakiman dan perundangan

P4. Menambahbaik dokumen perundangan/subsidiari/garis
panduan/arahan tetap yang berkaitan dengan Sulh

TS2.2 Meningkatkan keberkesanan tadbir P5. Menyediakan kertas kerja/konsep untuk pembinaan Arahan
urus Mahkamah Syariah Amalan
P1. Persidangan Kehakiman Perundangan Syariah Nusantara

P2. Penubuhan Jawatankuasa Majlis Kehakiman dan Perundangan
Syariah Nusantara
P3. Seminar Perundangan dan Kehakiman Antarabangsa

P4. Inspektorat Pengurusan Rekod
P5. Pendigitalan rekod penting Jabatan (fail kes)

P6. Penyelarasan Pelan Tindakan Bencana Rekod JKSM/JKSN/
MSN
P7. Menguruskan dan menyelia pendaftaran dan pengurusan kes-kes
rayuan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri-Negeri yang dikendalikan
Hakim Rayuan JKSM

P8. Pembinaan model Mahkamah 4 Peringkat

TS2.3 Menyeragamkan pelaksanaan dasar P1. Penyeragaman dan pengukuhan kaedah-kaedah Sulh Negeri
dan garis panduan Mahkamah Syariah P2. Penyelarasan prosedur perkahwinan perceraian dan ruju’ orang
Islam
P3. Pemakaian dan pematuhan Arahan Amalan di Mahkamah Syariah
Negeri-Negeri seluruh Malaysia

TS2.4 Memantapkan tindakan P1. Menambahbaik Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada
penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah
nafkah P2. Melaksanakan program latihan kompetensi penguatkuasaan dan
pelaksanaan perintah
P3. Pengukuhan tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah

24

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/ SASARAN (BILANGAN/ TAHUN/ BAHAGIAN
KUALITI) PERATUSAN) TEMPOH
SASARAN BDP
Pengukuhan dasar 1 kertas dasar 2023 BDP
2023 BPKR
Pengukuhan dasar 1 kertas dasar 2021-2025 BPKR

Peningkatan kepuasan pelanggan dan 85% 2021 BPKR
pematuhan arahan amalan oleh semua
JKSN/MSN 1 manual kerja 2021-2025 BPKR
Pembangunan Manual Kerja/Garis 2022 dan 2024 BPKR
panduan Sulh yang mantap akan 5 kertas Arahan Amalan 2025 BPKR
dikeluarkan setahun 2021-2025 BDP
Bilangan kertas konsep 2 tahun sekali BPKR
1 jawatankuasa BSK
Bilangan persidangan BDP
BL
Bilangan Jawatankuasa BPKR
BPKR
Bilangan Program 1 kali setahun BTMK
BPKR
Peratus Bahagian di JKSM/ Mahkamah 80% 2021-2025 BPKR
Syariah Negeri mencapai 5 bintang 80% 2021-2025 Pejabat Hakim
Peratus rekod penting Jabatan (fail kes) Mahkamah
yang telah tamat tindakan disimpan 1 pelan 2023 Rayuan Syariah
secara digital BDP
Bilangan Pelan BPKR
BPKR
Peningkatan bilangan penyelesaian kes- 90% 2021-2025 BPKR
kes rayuan dalam tempoh 6 bulan selepas
didaftarkan di JKSM BSK
BSK
Pembangunan model Mahkamah 4 2 model (Wilayah Persekutuan 2021-2022 BL
Peringkat untuk rujukan negeri-negeri dan Negeri) BSK
Peratus penyeragaman di JKSN/MSN 95% 2021
Peratusan Pemakaian Garis Panduan 100% 2021-2025 Syariah Asas Keadilan
yang selaras dan seragam
Peratusan pematuhan pemakaian arahan Sekurang-kurangnya 85% / 4 2021-2025
amalan di JKSN/MSN bintang

Peratus Peningkatan penyelesaian kes 5% setahun 2021-2025
tertunggak 65%-85% 2021-2025
Peratus pegawai dan kakitangan yang 100% 2022- 2025
menjalani latihan kompetensi
Penyelesaian kes penguatkuasaan tahun 30%
semasa

25

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

TERAS STRATEGIK 3:

PENDIGITALAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH

STRATEGI PROGRAM

TS3.1 Memperkukuhkan infrastruktur dan P1. Menaiktaraf sistem utama JKSM
infostruktur ICT

TS3.2 Membudayakan penggunaan P2. Integrasi bersama Agensi lain
teknologi ICT
TS3.3 Mempertingkatkan perkongsian P3. Peningkatan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar
maklumat antara JKSM/JKSN/MSN P4. Pemindahan infrastruktur ICT di Pusat Data Sektor Awam
P1. Pengurusan kes secara atas talian oleh pelanggan Mahkamah
Syariah
P2. Pelaksanaan aplikasi mobile di sistem utama dan dalaman JKSM

P1. Melaksanakan Sistem Perpustakaan Bersepadu (KOHA)

P2. Pewujudan Pusat Penyimpanan Koleksi Digital Jabatan

TERAS STRATEGIK 3

I Memperkukuhkan II
infrastruktur dan
infostruktur ICT Membudayakan
penggunaan
teknologi ICT

Mempertingkatkan
perkongsian maklumat
antara JKSM/JKSN/MSN

III

26

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/ SASARAN (BILANGAN/ TAHUN/ BAHAGIAN
KUALITI) PERATUSAN) TEMPOH
SASARAN BTMK
a) Bilangan sistem utama (i) 2 sistem: 2023-2025
(a) e-faraid BPKR
(b) e-Syariah 2021 BTMK

b) Penubuhan jawatankuasa pemandu (ii) 1 jawatankuasa 2023-2025 BTMK
e-Syariah dan gerak kerja menaiktaraf BPKR
sistem e-Syariah menjadi intelligent system BTMK
BTMK
Bilangan integrasi bersama Agensi 2 Agensi BPKR
BTMK
Peratus pengurangan aduan 95% 2021-2025 BPKR
Pengurangan penyelenggaraan server 50% 2022-2025 BTMK
Peratusan bilangan kes didaftarkan 100% 2021-2025 BPSMP
BTMK
Peratusan pengurusan kes melalui mobile 100% 2021-2025 BPSMP

Peratus pelaksanaan 100% 2021

Tempoh/Masa penyiapan pusat 5 tahun 2021-2025

27

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

TERAS STRATEGIK 4:

PEMBANGUNAN JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN AGENSI BERKEPENTINGAN BAGI M

STRATEGI PROGRAM

TS4.1 Meningkatkan promosi produk- P1. Mempertingkatkan perkongsian maklumat antara Agensi luar /
produk mahkamah bagi memantapkan orang awam
urusan Kehakiman dan Perundangan P2. Memberi khidmat nasihat mengenai program melalui nota
Syariah kepada pengarang, siaran akhbar dan khidmat nasihat kepada media
TS4.2 Pengukuhan kolaborasi strategik dalam membuat liputan
bersama Agensi berkepentingan dalam P3. Program latihan kerjasama JKSM dan Institut Darul Ehsan
dan luar negara
(i) Program Bicara Tokoh
P1. Program kerjasama JKSM dan Fakulti Pendidikan UKM

(i) Pembangunan modul latihan bidang Sulh dan SME
P2. Program latihan kerjasama JKSM dan INFAD USIM

(i) Pembangunan modul latihan kepakaran bidang utama Hakim
Syarie
P3. Program kerjasama JKSM dan Bank Negara

(i) Pembangunan modul latihan profesional (Perbankan dan
Kewangan Islam)
P4. Program kerjasama JKSM dan Pusat Pengajian Pondok Moden
Kelantan

(i) Pembangunan modul pakar turath
P5. Program kerjasama Pegawai Syariah dan Pegawai Undang-
Undang Sivil

(i) Bahagian Latihan Mahkamah Sivil
P6. Program kerjasama JKSM dan Malaysian Mediation Centre
(MMC)

(i) Persijilan mediator dan coach
P7. Program kerjasama JKSM dan INTAN

(i) Kepimpinan (LEAPS)
P8. E-pembelajaran Sektor Awam melalui peningkatan 6 modul
latihan skim perkhidmatan Syariah dalam EPSA
P9. Pendigitalan Alasan Penghakiman

P10. Program CSR Sulh/ Program Promosi kerjasama dengan
Agensi luar
P11. Pelaksanaan Program Komuniti Sulh

P12. Pelaksanaan Program Rakan Sulh (Program Kerjasama)

28

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN PROFESSIONALISME PENGURUSAN

INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/ SASARAN (BILANGAN/ TAHUN/ BAHAGIAN
KUALITI) PERATUSAN) TEMPOH UKK
SASARAN UKK
BL
Satu pangkalan data maklumat media 1 pangkalan data 2025
sosial

Peningkatan pemahaman warga media 100% 2021-2025
berkaitan peranan Jabatan

Bilangan program yang dijalankan 3 program 2021-2025

Bilangan modul 1 modul 2021-2025 BL

Bilangan modul 2 modul 2021-2025 BL

Bilangan modul 1 modul 2021-2025 BL

Bilangan modul 1 modul 2021-2025 BL

Bilangan program dilaksanakan atau 2 program dilaksanakan atau 2021-2025 BL
disertai disertai setahun BL
Bilangan program dilaksanakan
1 kali setahun 2021-2025

Bilangan program dilaksanakan 3 program 2021-2025 BL

Bilangan modul siap 6 modul setahun 2021-2025 BL
2021-2025 BPSMP
Pendigitalan Alasan Penghakiman dalam 100% Alasan Penghakiman
Jurnal Hukum yang telah diterbitkan. yang diterbitkan di dalam 2023 BPKR
Jurnal Hukum didigitalkan 2023 BPKR
Kefahaman masyarakat mengenai Sulh di 80% kefahaman masyarakat
JKSN/MSN 80% kefahaman pemimpin 2023 BPKR
Kefahaman pemimpin masyarakat seperti
JKKK, Imam dan Bilal faham mengenai 80% kefahaman agensi
Sulh
Kefahaman Agensi yang dilantik sebagai 29
rakan Sulh mengenai kaedah Sulh dalam
khidmat nasihat mereka

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

TERAS Meningkatkan promosi
STRATEGIK 4 produk-produk mahkamah bagi
memantapkan urusan
Kehakiman dan Perundangan
Syariah

Pengukuhan kolaborasi
strategik bersama Agensi
berkepentingan dalam dan
luar negara

30

Syariah Asas Keadilan

04

PELAKSANAAN
KE ARAH
KEJAYAAN

31

Syariah Asas Keadilan

MEKANISME
PELAKSANAAN

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025 adalah merupakan pelan
lima tahun yang akan membawa perkembangan JKSM ke tahap
yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan
Pelan Strategik ini dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh
yang telah ditetapkan, strategi dan pelan tindakan akan dipantau
dan dibuat kajian semula mengikut perancangan seperti Jadual
di bawah:

BIL PERKARA SASARAN

1 Pelaporan Pelaksanaan Program Setiap enam
oleh Pengarah Bahagian bulan

2 Pembentangan Laporan Pelaksanaan Sekali setahun -
kepada Jawatankuasa Pelan Strategik Julai
JKSM 2021-2025 yang diurus setia
oleh Setiausaha Jawatankuasa

3 Kajian Semula, Penilaian dan Tahun 2023
Penambahbaikan Pelan Keseluruhan

2021- Penilaian pencapaian Pelan Strategik ini dipantau melalui
2025 Laporan Pelaksanaan Pelan Strategik yang disediakan setiap
tahun. Keberkesanan strategi, kesesuaian objektif strategik,
(Lima Tahun) pelaksanaan program dan keboleh capaian sasaran prestasi
akan dinilai melalui kajian keberkesanan pada pertengahan
Membawa pelaksanaan Pelan Strategik yang akan dibuat pada tahun
perkembangan 2023. Kajian keberkesanan turut mengambil kira perubahan
JKSM ke tahap persekitaran dan tumpuan strategik JKSM berdasarkan faktor-
yang lebih tinggi faktor yang dikenal pasti dalam landskap sesioekonomi dan
politik Negara

1 Kali 2023
Setahun
Pembentangan Kajian Semula
Pelaksanaan (Julai) Keseluruhan

32

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

Demi memastikan pemantapan tadbir urus dan pelaksanaan Pelan Strategik ini berjalan dengan
lancar, berkesan dan mantap, suatu jawatankuasa khas ditubuhkan pada peringkat Pengurusan
Tertinggi yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelan Strategik JKSM 2021-2025. Keanggotaan
Jawatankuasa ini terdiri daripada :-

JAWATANKUASA PEMANTAUAN PELAN STRATEGIK JKSM 2021-2025

PENGERUSI Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie

TIMBALAN PENGERUSI Ketua Pendaftar

SEKRETARIAT Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia

ANGGOTA (1) Hakim - hakim Rayuan
(2) Pengarah Kanan (Kehakiman)
(3) Pengarah Kanan (Pengurusan)
(4) Ketua Hakim Syarie JKSN Sabah
(4) Pengarah-Pengarah Bahagian/Unit
(5) Pegawai lain yang dilantik

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

Dalam melaksanakan Pelan Strategik JKSM 2021-2025 ini, JKSM telah mengenal pasti lima
(5) elemen penentu kejayaan seperti berikut:

1 PENETAPAN fleksibel berupaya melonjak secara berhemah dan menepati
HALA TUJU DAN pencapaian berimpak tinggi kehendak Kerajaan dan rakyat.
KEFAHAMAN WARGA bagi setiap sasaran strategik
yang dirancang dan seterusnya 4.MEMPERTINGKATKAN
Penetapan hala tuju dapat membuka pemikiran KAPASITI SISTEM
yang jelas adalah perkara warga Jabatan agar menjadi TEKNOLOGI
utama dalam pembentukan lebih kreatif dan inovatif MAKLUMAT
Pelan Strategik ini. Setiap dalam menyediakan mutu
Hala tuju perlu difahami perkhidmatan yang terbaik Perancangan dan
oleh warga Jabatan di semua kepada masyarakat. pelaksanaan dasar ICT
peringkat agar strategi yang sebagai strategi utama yang
disusun dapat dilaksanakan menyeluruh adalah tonggak
dengan lancar. Hala tuju 3. SUMBER KEWANGAN utama dalam memastikan
Pelan Strategik ini perlu keberkesanan Pelan Strategik
dihayati dan difahami oleh Sumber kewangan ini. Dasar-dasar ICT Kerajaan
semua warga JKSM agar memainkan peranan yang dan keperluan ICT Jabatan
mereka mampu mencari titik penting dalam pelaksanaan perlu diambil kira dalam
persamaan di antara tugas program di bawah teras perancangan strategik ICT
dan tanggungjawab mereka strategik untuk memastikan jabatan. Penyeragaman
dengan objektif program yang pelaksanaannya berimpak dalam pelaksanaan inisiatif
diatur dan dirancang. tinggi. Perancangan jangka digital jabatan melalui kajian
panjang yang melibatkan perkembangan teknologi
2. PEREKAYASAAN semua pihak adalah perlu semasa hendaklah dilakukan
PENGURUSAN YANG demi memastikan keperluan dengan telus melalui
DINAMIK kewangan dirancang secara tadbir urus projek yang
bijak dan mencukupi bagi terbaik untuk memastikan
Pelaksanaan Pelan pelaksanaan program pendigitalan Mahkamah
Strategik ini memerlukan yang dirancang tanpa Syariah dilaksanakan seiring
penekanan kepada menjejaskan operasi sedia dengan dasar Industry 4WRD
penambahbaikan mekanisme ada. Perancangan kewangan iaitu dasar Negara mengenai
dan kaedah pelaksanaan serta hendaklah dilaksanakan secara Industri 4.0.
pemantauan secara berterusan. berobjektif untuk memastikan
Perekayasaan pengurusan sumber kewangan digunakan
yang berterusan, dinamik dan 33

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

5. MODAL INSAN Penetapan Hala Modal Insan yang
YANG PROFESIONAL Tuju dan Kefahaman Profesional
Modal Insan menjadi
tunjang kepada kejayaan Warga
Pelan Strategik ini. Elemen
kerja berpasukan adalah Perekayasaan ELEMEN Sumber
faktor penting dalam Pengurusan PENENTU Kewangan
memastikan setiap program Yang Dinamik
yang dilaksanakan dibuat KEJAYAAN
secara kolektif dan mendapat
sokongan semua Bahagian di Mempertingkatkan
JKSM. Pengurusan Sumber Kapasiti Sistem
Manusia yang adil dan Teknologi
saksama menjadi aspek paling Maklumat
penting dalam memupuk
sokongan dan kerjasama padu
di antara pihak pengurusan
dan warga Jabatan pada
setiap peringkat yang menjadi
pemangkin kepada kejayaan
Pelan Strategik ini secara
keseluruhannya.

RANTAIAN KEHADAPAN (WAY FORWARD)
Kejayaan Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025 dalam menentukan hala tuju strategik JKSM
dapat dicapai berdasarkan komitmen semua pihak mendepani cabaran pasca 2020. Bersesuaian
dengan visi, misi dan matlamat perancangan strategik yang ditetapkan, JKSM berupaya untuk
menjadi sebuah organisasi Kehakiman dan Perundangan Syariah yang disegani di Malaysia dan
di peringkat antarabangsa.
Dalam memastikan kejayaan JKSM, usaha memantapkan lagi pengurusan dan penyampaian
perkhidmatan perlu seiring dengan keperluan semasa. Melalui perancangan dan penambahbaikan
program, warga JKSM perlu menghayati peranan yang telah ditetapkan serta mengorak langkah
untuk bersama-sama melonjakkan prestasi Jabatan ke tahap yang lebih baik. Kerjasama serta
persefahaman dengan pelbagai pihak yang berkepentingan perlu terus dipertingkatkan supaya
fungsi JKSM dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

PENUTUP
Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025 telah menetapkan matlamat strategik melalui
teras, strategi dan program yang akan berakhir pada tahun 2025 secara jelas dan berstruktur.
Perancangan yang teliti telah digariskan supaya strategi dan program yang dilaksanakan akhirnya
menyumbang kepada wawasan serta misi nasional Negara. Cabaran terkini yang dihadapi oleh
JKSM serta elemen penentu kejayaan ke atas pelan ini turut dikenal pasti bagi menghasilkan satu
perancangan yang mapan dan dinamik serta kekal relevan dengan perubahan semasa.
Selain itu, penambahbaikan berterusan ke atas mekanisme pelaksanaan, penyelarasan,
pemantauan dan penilaian program turut perlu diberi penekanan supaya sasaran program dapat
dicapai dengan sempurna serta berkesan.
Semua warga kerja perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan pencapaian visi
dan misi yang telah ditetapkan. Melalui pelan ini juga, diharapkan ianya dapat meningkatkan
satu budaya organisasi yang cekap, telus dan mesra.
34

Syariah Asas Keadilan

05

JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN
PELAN STRATEGIK
JKSM 2021-2025

35

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021-2025

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
PELAN STRATEGIK JKSM 2021-2025

Pengerusi
YAA DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR

Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Ahli Jawatankuasa
YBRS KETUA PENDAFTAR JKSM
PENGARAH KANAN (PENGURUSAN)
PENGARAH KANAN (KEHAKIMAN)
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN

KETUA UNIT INTEGRITI
KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Sekretariat
SEKSYEN PENTADBIRAN AM DAN INOVASI

BKPSM
Pakar Perunding MAMPU
PUAN ZETTY ZABRINA BINTI AZRULLAH
PUAN ROS AFIDA BINTI ABU KASSIM

JAWATANKUASA

PEMBANGUNAN PELAN STATEGIK
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

2021-2025

36

Syariah Asas Keadilan

Pelan Strategik JKSM 2021 - 2025

SEKALUNG
PENGHARGAAN

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
merakamkan jutaan terima kasih kepada

semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan
pembangunan Pelan Strategik JKSM

2021-2025.

37

Syariah Asas Keadilan

PELAN
STRATEGIK JKSM
2021-2025

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,

Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.

Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500

Hak Cipta Terpelihara, JKSM 2021
“Versi 1.0”


Click to View FlipBook Version