jogho Download PDF
  • 1
  • 1
PELAN STRATEGIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 2021-2025
Pelan Strategik ini menggariskan 4 teras strategik utama yang mengandungi 13 strategi dan 63 program untuk dilaksanakan oleh JKSM dalam tempoh lima tahun. JKSM mengulangi komitmennya untuk menjadi sebuah organisasi yang menerajui bidang Kehakiman dan Perundangan Syariah di Malaysia dan seterusnya menjadi sebuah organisasi bertaraf global melalui program-program pembangunan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelan Strategik ini menjadi sebuah formulasi yang mengadunkan nilai-nilai utama seperti tadbir urus terbaik, sasaran operasi Jabatan yang jelas dan penetapan dasar-dasar utama dalam bidang Kehakiman dan Perundangan Syariah negara. Sebagai sebuah organisasi Kehakiman dan Perundangan Syariah yang unggul, JKSM perlu bersifat dinamik dan fleksibel dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk norma baharu global.

Pelan Strategik JKSM 2021-2025 adalah kesinambungan bagi Pelan Strategik JKSM 2016-2020 yang telah dibangunkan berasaskan keperluan dan perkembangan isu semasa ke arah mewujudkan organisasi Kehakiman dan Perundangan Syariah Malaysia yang unggul dan berwibawa.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications