INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
NAMA NURUL JASAINA BINTI JASMI
UNIT/ AMBILAN BAHASA MELAYU 4 PISMP JUN 2020
ANGKA GILIRAN 2020142340095
KURSUS MPU3062 UNIT BERUNIFORM
PENSYARAH ENCIK HISHAMUDDIN BIN BASIRON
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA
KERJA KURSUS
SEMESTER 3 TAHUN 2
NAMA PELAJAR: NURUL JASAINA BINTI JASMI
ANGKA GILIRAN: 2020142340095
NOMBOR KAD PENGENALAN: 000321-01-1772
KUMPULAN/UNIT: PIMSP BM4 AMBILAN JUN 2020
KOD DAN NAMA KURSUS: MPU 3062: UNIT BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH: EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON
TARIKH HANTAR: 11 SEPTEMBER 2021
Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-
Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu
Kumpulan
Kuliah
TandaTangan Tarikh:
11 SEPT 2021
UntukKegunaanPemeriksaSahaja MarkahSelepasModerasi
NO. MARKAH Markahdalam 100 %
TUGASAN Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3
1
2
3
4
JUMLAH
PENGHARGAAN
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran
kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan buku log ini
dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik
Hishamuddin bin Basiron, Pensyarah Mata pelajaran unit beruniform (MPU 3062), di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga
mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu
secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini
berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami
sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
BIODATA
NAMA NURUL JASAINA BINTI JASMI
NO KAD 0100321-01-1772
PENGENALAN
ANGKA GILIRAN 2020142340095
TARIKH LAHIR 21 MAC 2000
ALAMAT D/A LONGJAS, KAMPUNG PARIT AMAT, 83100 RENGIT,
BATU PAHAT, JOHOR
NO TELEFON 011-1121 0345
KURSUS BAHASA MELAYU
PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
Kepala anak panah dan garisan lurus
menunjuk ke atas berwarna hitam
melambangkan Pengakap perlu sentiasa
Warna kuning pada bulan sabit dan Terdapat tiga kelopak bermaksud 3
bintang melambangkan warna diraja. Persetiaan Pengakap iaitu taat kepada
Tuhan, Raja dan Negara, menolong
Warna kuning pada lambang orang pada setiap masa dan patuh pada
bermaksud Pengakap Kanak- undang-uundang pengakap.
kanak, hijau bermaksud
Pengakap Muda dan Merah Dua buah bintang pecah lima
bermaksud Pengakap Remaja. melambangkan sepuluh undang-
undang pengakap. Pengakap
Bulan sabit melambangkan mestilah sentiasa mempertahankan
agama rasmi Negara iaitu Islam. kebenaran dan pengetahuan.
Lingkaran tali bermaksud Bintang pecah 14 melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia dan kesemua negeri dalam Malaysia.
persaudaraan pengakap sedunia.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak
melambangkan “Persaudaraan Pengakap”.
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA Ikatan putih bermaksud ikatan
persaudaraan pengakap.
Pecahan tiga kelopak Warna putih melambangkan
bermaksud tiga kesucian dan kebersihan.
Persetiaan Pengakap
Lingkaran tali berwarna putih
Warna ungu melambangkan melambangkan persaudaraan
Biro Pengakap Sedunia. Pengakap Sedunia.
Dua bintang pecah lima berwarna
ungu pada kelopak kiri dan kanan
melambangkan sepuluh undang-
undang Pengakap.
PERSETIAAN PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
TABIK DAN HORMAT PENGAKAP
COGAN KATA PENGAKAP
BENDERA PENGAKAP
LAGU PERTUBUHAN
BENDERA MALAYSIA
JALUR GEMILANG
LAGU NEGARAKU
SEJARAH UNIT
BERUNIFORM
SEJARAH UNIT BERUNIFORM
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Sejarah Pengakap Dunia telah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea,
England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk
budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan
oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas
Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran.
Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan
kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah
mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui
penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri.
Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang
British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam
masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia
pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh
dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah
diadakan di Olympia, London.
Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala
kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau.
Banyak pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas
sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8
Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat
menyambut ulangtahun ke 84.
Biodata BP Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Penuh BP
Nama Singkatan 22 Februari 1857
Tarikh Lahir London, England
Tempat Lahir Charter House, London
Pendidikan Awal Bekas Mejar Tentera British
Pekerjaan Reverend H.G Baden Powell
Nama Bapa Lady Olive Baden Powell
Nama Isteri 8 Januari 1941
Tarikh Meninggal Dunia
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura
dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum
itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang (1908) dan Selangor
(1909) tetapi gagal.
Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana
kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-
kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai
pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas
Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember
1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama
kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos
1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap
Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
TUJUAN PENUBUHAN
TUJUAN PENUBUHANI
Memberi latihan kepemimpinan Memupuk ahli yang
yang berasaskan Prinsip dan bertanggungjawab
terhadapmasyarakat,
Undang-undang Pengakap ke arah
mencapai nilai murni dan negaranya dan
mengeratkan Persaudaraan masyarakat
antarabangsa
Pengakap Antarabangsa tanpa
mengira warna kulit, agama dan
kebudayaan.
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu
pengakap yang mempunyai potensidari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial
dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN
TUJUAN PELAKSANAAN PENGAKAP
1. MELATIH DIRI TAAT KEPADA TUHAN
2. MENGHARGAI DAN MENGHORMATI PEMIMPIN
3. MENGINGATI SEMULA ASAL USUL PERGERAKAN PENGAKAP
4. MELATIH ALI PENGAKAP SUPAYA LEBIH BERDISIPLIN DAN BERSIKAP
POSITIF
5. MENYUBURKAN SEMANGAT PERSAUDARAAN DAN PERPADUAN
JENIS-JENIS
ISTIADAT
ISTIADAT LAUNG AGUNG ISTIADAT MENINGKAT
NAIK
ISTIADAT BENDERA ISTIADAT MELANTIK
ISTIADAT LAUNG AGUNG PROSEDUR
• Istiadat Laung Agung merupakan 1. AKELA (Pemimpin/Jurulatih)
satu istiadat yang penting dan hanya
terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak- berdiri dalam keadaan SEDIA lalu
kanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri
dalam unit-unit pengakap yang lain.
• Istiadat Laung Agung dilakukan dalam keadaanSEDIA).
oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh
dunia. 2. Setelah semua PKK dalam
keadaan SEDIA) AKELA
(Pemimpin/Jurulatih) berteriak
“PEK! PEK! PEK!”
• Laung Agung atau nama asalnya 3. Semua PKK berlari-lari anak ke
Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan arah AKELA sambil menyahuT
sama seperti situasi keluarga serigala “P…E….K….!” (sekitar lima harakat) lalu
berhimpun mengelilingi batu untuk mengelilingi AKELA.
bermesyuarat. Dalam mesyuarat
tersebut, Akela atau ketua serigala 4. AKELA mengangkat
berada di tengah-tengah bulatan.
(mendepakan) kedua-dua tangan hingga
• Istiadat Laung Agung dilakukan
untuk menunjukkan bahawa mereka ke paras bahu untuk memerintahkan PKK
boleh melaksanakan sesuatu dengan
”Buat HabisBaik”. membentuk satu bulatan besar dengan
Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap memegang tangan di antara satu sama
kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu
semasa permulaan dan penutupan lain dalam Sekawan yang sama (amat
perjumpaan PEK.
digalakkan berpegangan tangan sesama
jantina
5. Apabila bulatan telah sempurna
dilakukan, AKELA yang berada di
tengah- tengah bulatan akan
menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha
untuk meminta PKK menjatuhkan
tangan masing-masing.
6. AKELA kemudian
mengangkat/mendepakan tangan
sekali lagi tetapi kali ini mengatasi
sedikit parasbahu untuk meminta PKK
mengangkat tumit.
AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi
paha. PKK akan duduk mencangkung
dengan kedua-dua belah jari tangan
mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E
L A, KITA BUAT HABIS BAIK!
ISTIADAT BENDERA PROSEDUR
Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga MENGIBARKAN BENDERA
jenis istiadat, iaitu: 1. Istiadat ini diadakan pada setiap pagi
• Istiadat Mengibarkan Bendera dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap
• Istiadat Menaikkan Bendera Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit
• Istiadat Menurunkan Bendera Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas
diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
2. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang
bendera pada awal pagi oleh Patrol
Bertugas.
3. Trup atau kumpulan pengakap berada di
hadapan tiang bendera, sama ada dalam
bentuk ladam kuda atau berbaris di
hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
4. Pemimpin Pengakap berdiri dalam
keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera.
Manakala Penolong Pemimpin Pengakap
berdiri di belakang tiang bendera.
5. Pemimpin memberikan arahan “TRUP!
TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam
keadaan SEDIA.
6. Pemimpin berteriak “BENDERA!”
Seorang PM/PR/PK daripada Patrol
Bertugas akan berkawad ke tiang bendera.
Jika dalam keadaan ladam kuda,
PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan
berpusing untuk menghadap tiang bendera.
7. Petugas menarik atau menyentap tali
bendera sekali sahaja dengan tangan
kanan. Petugas tidak perlu membetulkan
bendera jika bendera tidak “pecah” selepas
tali bendera ditarik atau disentap.
8. Setelah tali bendera ditarik, petugas
berundur satu langkah kemudian berteriak
“AP!” sambil memberikan tabik hormat
pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup
dan para pemimpin serta penolong
pemimpin pengakap.
9. Setelah semua memberikan tabik hormat
pengakap, petugas akan berteriak “AP!”
lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup
dan para pemimpin serta penolong
pemimpin pengakap.
Petugas berkawad Kembali untuk ke
teampat asal.
10. Pemimpin kemudian berteriak
“NEGARAKU!” dan Trup akan menyanyikan
Lagu Kebangsaan.
11. Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah
pemimpin/AKELA berteriak “LAGU
PENGAKAP MALAYSIA!”
12. Pemimpin kemudian berteriak “DOA!”
dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan
melangkah satu langkah ke hadapan
sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua
yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh
petugas
13. PM/PR/PK yang bukan Islam
digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan cara
menundukkan kepala.
14. Petugas kemudian akan berteriak “AP!”
sebagai menandakan doa selesai
dibacakan dan Trup serta semua yang
hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas
akan berundur satu langkah ke belakang
untuk kembali ke tempat yang asal.
15. Pemimpin berkawad lalu berdiri di
sebelah kiri tiang bendera, kemudian
berteriak “SENANG DIRI!”
16. Pemimpin memberi nasihat/kata-kata
perangsang, taklimat dan lain- lain kepada
Trup.
17. Setelah selesai memberikan ucapan,
pemimpin memberikan arahan “Trup…
SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai
menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera
selesai.
MENAIKKAN BENDERA
1. Seperti mana Istiadat Mengibarkan
Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga
diadakan pada setiap pagi dan hanya
dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda,
Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap
Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan
Istiadat Pemeriksaan Pagi.
2. Bendera sudah siap diikat pada tali tiang
bendera pada awal pagi oleh Patrol
Bertugas.
3. Trup atau kumpulan pengakap berada di
hadapan tiang bendera, sama ada dalam
bentuk ladam kuda atau berbaris di
hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
4. Pemimpin Pengakap berdiri dalam
keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera.
Manakala Penolong Pemimpin Pengakap
berdiri di belakang tiang bendera.
5. Pemimpin memberikan arahan “TRUP!
TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam
keadaan SEDIA.
6. Pemimpin berteriak “BENDERA!”
Seorang PM/PR/PK daripada Patrol
Bertugas akan berkawad ke tiang bendera.
Jika dalam keadaan ladam kuda,
PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan
berpusing untuk menghadap tiang bendera.
7. Petugas menaikkan bendera secara
perlahan-lahan seiring dengan nyanyian
lagu NEGARA KU hingga ke puncak tiang
bendera.
8. Setelah bendera berada di puncak tiang
bendera, petugas mengikat tali bendera
pada tiang bendera lalu berundur satu
langkah kemudian berteriak “AP!” sambil
memberikan tabik hormat pengakap
kepada bendera diikuti oleh Trup dan para
pemimpin serta penolong pemimpin
pengakap
9. Setelah semua memberikan tabik hormat
pengakap, petugas akan berteriak “AP!”
lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup
dan para pemimpin serta penolong
pemimpin pengakap.
10. Petugas berkawad untuk kembali ke
tempat asal.
11. Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP
MALAYSIA!”
12. Pemimpin kemudian berteriak “DOA!”
dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan
melangkah satu langkah ke hadapan
sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua
yang hadir akan menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang dibacakan oleh
petugas.
13. PM/PR/PK yang bukan Islam
digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan cara
menundukkan kepala.
14. Petugas kemudian akan berteriak “AP!”
sebagai menandakan doa selesai
dibacakan dan Trup serta semua yang
hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas
akan berundur satu langkah ke belakang
untuk kembali ke tempat yang asal.
15. Pemimpin berkawad lalu berdiri di
sebelah kiri tiang bendera,kemudian
berteriak “SENANG DIRI!”
16. Pemimpin memberi nasihat/kata-kata
perangsang, taklimat dan lain- lain kepada
Trup.
17. Setelah selesai memberikan ucapan,
pemimpin memberikan arahan “Trup…
SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai
menandakan Istiadat Mengibarkab Bendera
selesai.
MENURUNKAN BENDERA
1. Dua orang petugas yang lengkap
beruniform diperlukan untuk melaksanakan
tugas menurunkan bendera, jika satu
bendera sahaja diturunkan. Empat orang
petugas diperlukan jika dua bendera
diturunkan
2. Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan
melaksanakan Istiadat Laung Agung
terlebih dahulu. Jika PM/PR/PK, Trup atau
kumpulan pengakap berada di hadapan
tiang bendera, sama ada dalam bentuk
ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang
bendera mengikut Patrol
3. Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri
dalam keadan SEDIA di tengah-tengah
bulatan laung agung. Manakala Penolong
Pemimpin Pengakap berdiri di belakang
tiang bendera.
Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam
keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera.
Manakala Penolong Pemimpin Pengakap
berdiri di belakang tiang bendera.
4. Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan
arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup
berdiri tegak dalam keadaan SEDIA.
5. Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua
orang ahli PM/PR/PK daripada Sekawan
atau Patrol Bertugas akan berkawad ke
tiang bendera. Jika dalam bentuk ladam
kuda atau bulatan, PKK/PM/PR/PK yang
berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk
menghadap tiang bendera
6. Setelah berada di hadapan tiang
bendera, petugas di hadapan kemudian
berteriak “AP!” sambil memberikan tabik
hormat pengakap kepada bendera diikuti
oleh PEK atau Trup, pemimpin dan
penolong-penolong pemimpin pengakap.
7. Setelah semua memberikan tabik hormat
pengakap, petugas akan berteriak “AP!”
lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh
PEK/Trup, pemimpin dan penolong-
penolong pemimpin pengakap.
8. Kedua-dua petugas melangkah satu
langkah ke hadapan tiang bendera.
Petugas di hadapan akan membuka ikatan
pada tiang bendera dan menurunkan
bendera secara perlahan-lahan.
9. Setelah bendera diturunkan, petugas
yang berada di belakang akan menyambut
hujung bendera lalu diletakkan
di atas bahu kedua-dua petugas sebelum
bendera tersebut mencecah tanah.
10. Petugas di hadapan akan membuka
ikatan pada bendera kemudian berpusing
ke belakang untuk melipatkan bendera
secara bersama-sama.
11. Setelah bendera dilipat dalam bentuk
segi tiga, petugas di hadapan akan
memegang bendera tersebut dengan
tangan kiri.
12. Petugas di hadapan akan berteriak
“AP!” secara perlahan dan kedua-dua
petugas akan mula bergerak. Petugas di
belakang akan berkawad kembali ke
tempat asal, manakala petugas di hadapan
akan „berkawad selaku terima gaji‟ untuk
menyerahkan bendera tersebut kepada
Pemimpin/AKELA, sama ada di sebelah kiri
tiang bendera (PM/PR/PK) sebelum
kembali ke tempat asal.
13. Pemimpin/AKELA kemudian berteriak
“DOA!” dan seorang PKK/PM/PR/PK
Bertugas akan melangkah satu langkah ke
hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK/Trup
dan semua yang hadir akan menadah
tangan untuk mengaminkan doa yang
dibacakan oleh petugas
14. PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam
digalakkan berdoa mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing dengan cara
menundukkan kepala
15. Petugas kemudian akan berteriak “AP!”
sebagai menandakan doa selesai
dibacakan dan PEK/Trup serta semua yang
hadir akan menjatuhkan tangan atau
mengangkatkan kepala. Petugas akan
berundur satu langkah ke belakang untuk
kembali ke tempat yang asal
16. Pemimpin/AKELA yang berdiri di
sebelah kiri tiang bendera, kemudian
berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin /
AKELA memberikan ucapan ringkas dalam
bentuk nasihat atau rangsangan kepada
PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA
yang meminta Ketua Pemimpin, Ketua
Kursus atau Ketua Jurulatih untuk
memberikan ucapan ringkas dalam istiadat
ini).
17. Setelah selesai memberikan ucapan,
Pemimpin/AKELA memberikan arahan
“PEK/Trup… SEDIA!” “BERSU…RAI!”
sebagai menandakan Istiadat Menurunkan
Bendera selesai dan aktiviti perkhemahan
berakhir (dengan PEK/Trup bersalam-
salaman dengan pemimpin dan penolong-
penolong pemimpin sambil menyanyikan
beberapa lagu perpisahan.
ISTIADAT MELANTIK PROSEDUR
Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada 1. Jika PKK, Istiadat Melantik akan
ahli atau adik baharu yang ingin menjadi dimulakan dengan melakukan Istiadat
ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Laung Agung terlebih dahulu. PEK
Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap membuat bulatan manakala Akela berdiri di
Kelana. tengah bulatan. Penolong pemimpin berada
• Sebelum istiadat ini dilaksanakan, di luar bulatan di belakang tiang bendera
pemimpin/Akela perlu menyediakan (jika ada tiang bendera
lencana keahlian, skaf, wogel dan topi 2. Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan
mengikut bilangan adik baharu pengakap. SEDIA dalam satu barisan di luar bulatan,
bersedia untuk dibawa masuk ke dalam
bulatan oleh seorang petugas atau Ketua
Sekawan yang bertugas.
3. Petugas akan membawa masuk adik
baharu ke dalam bulatan lalu berdiri tegak
di hadapan Akela. Petugas akan kembali ke
tempal asal setelah adik baharu berdiri di
hadapan Akela.
4. Penolong Pemimpin Pengakap akan
bergerak masuk ke dalam bulatan lalu
berdiri di sebelah Pemimpin/Akela dengan
membawa lencana keahlian, skaf, wogel
dan forage cap mengikut bilangan adik
baharu pengakap
5. Akela melafazkan Persetiaan Pengakap
diikuti oleh Adik Baharu.
6. Akela berjabat tangan dengan Adik
Baharu dan menyematkan lencana
keahlian, menyarungkan skaf dan
memakaikan forage cap kepada Adik
Baharu.
7. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat
Pengakap kepada Pemimpin/Akela. Adik
Baharu berpusing lalu memberikan Tabik
Hormat Pengakap kepada PEK. PEK
membalas tabik hormat sebagai tanda
mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke
dalam PEK.
8. Ketua Sekawan membawa Adik Baharu
untuk diperkenalkan kepada Sekawan.
9. Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat
Laung Agung yang buat pertama kalinya
disertai oleh Adik Baharu.
10. Sekiranya keseluruhan PEK merupakan
ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat
Melantik akan diadakan dalam dua
peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik
terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu
yang lain.
ISTIADAT MENINGKAT NAIK PROSEDUR
Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas 1. PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP
faktor seperti yang berikut: berdiri dalam bentuk ladam kuda
a) Apabila Pengakap Kanak-kanak berhadapan di antara satu sama lain.
meningkat naik untuk menjadi ahli 2. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat
Pengakap Muda dengan membuat Istiadat Laung Agung
b) Apabila ahli Pengakap Muda meningkat dalam kawasan PKK. Setelah selesai,
naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah
c) Ahli Pengakap Remaja meningkat naik di antara PKK dan PM.
untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. 3. Manakala Pemimpin PM pula
memberikan arahan, “TRUP! TRUP…
SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan
SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan
dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat
Naik diadakan.
4. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK
yang akan meningkat naik bergerak ke
garisan pemisah. PKK yang meningkat naik
akan:
a) bergerak satu langkah ke hadapan,
kanan pusing dan terus bersalam dengan
PEK
b) bergerak ke garisan pemisah dan
berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela
c) Pemimpin PKK/Akela memberikan
pesanan terakhir kepada PKK
d) PKK mengucapkan terima kasih atas
tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong
Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK
e) PKK bersalaman dengan Pemimpin
PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK
5. Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin
PKK melangkah garisan (tali) pemisah
dengan menggunakan tangan kiri lalu
menyerahkan PKK kepada Pemimpin
PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang
menunggu dalam kawasan PM.
6. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK
membuat Laung Agung penutup sebagai
tanda Istiadat Meningkat Naik tamat
dengan berteriak “BERSURAI”.
STRUKTUR DAN
ORGANISASI
PERTUBUHAN,
PENGURUSAN
DAN
PENTADBIRAN
CARTA ORGANISASI PENGAKAP
ORGANISASI PENGAKAP IPGKPM
PENGERUSI
(DR FARIDAH BINTI YAAKOB)
TIMBALAN PENGERUSI
(DR NORSIAH BINTI ABU HUSIN)
PESURUHJAYA
(EN. MOHD ROSLI BIN BADRON)
PENOLONG PESURUHJAYA PENOLONG PESURUHJAYA
(EN HISHAMUDDIN BIN BASIRON) (PN. ZAIMAWATI BINTI ABDUL KADIR)
KETUA MAJLIS SEKAWAN
(NURUL JASAINA BINTI JASMI)
KETUA SEKAWAN BIRU KETUA SEKAWAN HIJAU
NURUL IZZAH BINTI MANSOR NURUL HIDAYAH BINTI AZHARI
KETUA SEKAWAN MERAH KETUA SEKAWAN KUNING
NUR AUNI NAJAH BINTI MOHAMED NURIL HIDAYAH BINTI ADNAN
KETUA SEKAWAN UNGU
SITI IFFAH IZZATI BINTI HAMIN
ORGANISASI PENGAKAP PIM 2- SEKAWAN
JURULATIH
(EN HISHAMUDDIN BIN BASIRON)
KETUA SEKAWAN
(NURUL JASAINA BINTI JASMI)
PENOLONG KETUA SEKAWAN
(NUR IZZAH BINTI MANSOR)
QUARTERMSTER
(SITI AISAH BINTI ABDULLAH)
AHLI SEKAWAN AHLI SEKAWAN
(NURUL ARINA BINTI MOHD NOR AIDI) (SITI NURFATIHAH BINTI DARUS)
CARTA ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MERLONG
TAHUN 2021
PERATURAN PAKAIAN SERAGAM
1.1 BAJU Lelaki
Unit Pengakap Biasa - Kemeja berwarna kelabu asap berlengan panjang
(tucked-in).
Unit Pengakap Laut - Kemeja berwarna putih berlengan panjang
(tucked-in).
Perempuan - Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)
Unit Pengakap Biasa berwarna kelabu asap berlengan panjang.
- Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)
Unit Pengakap Laut berwarna putih berlengan panjang.
** Tiada butang di hujung lengan seperti pakaian lelaki.
*Baju potongan kebaya yang tidak mempunyai poket didada (poket di bawah)
adalah pakaian / uniform pemimpin / kelana wanita.
1.2 SELUAR / KAIN
Semua Unit - Seluar “slack‟ atau gaun panjang berwarna biru tua (navy blue).
1.3 TOPI Unit Pengakap Biasa
- Forage Cap berjalur merah dengan lencana topi (kain) untuk lelaki dan
perempuan.
Unit Pengakap Laut
- Beret berwarna biru tua (navy blue) dengan lencana topi (kain) untuk lelaki
dan perempuan.
1.4 SKAF - Skaf Pengakap Kebangsaan (Biru Gelap jalur merah dan
Semua Unit putih) tanpa sebarang logo tambahan.
1.5 WOGLE
Semua Unit - Wogel rasmi Pengakap Malaysia (PVC)
1.6 KASUT
Kasut kanvas hitam bertali
1.7 STOKIN
Semua Unit - Stokin berwarna biru tua
1.8 TALI PINGGANG
Tali pinggang kulit/pvc dengan kepala (buckle) warna Gangsa (bronze).
1.9 TAG NAMA
Semua Unit Lelaki / Wanita
-Tag nama kain (bersulam) warna hitam dengan tulisan putih dipakai di atas
poket kanan baju
-Tiada garisan putih ditepi keliling tanda nama. Jika ada jahitan / sulaman
disekeliling tanda nama hendaklah menggunakan benang berwarna hitam.
1.10 TUDUNG
Wanita - Kain tudung mengikut warna unit (baju).
1.11 LENCANA ASAS
Peket Kanan -Bendera Malaysia
Atas Poket Kanan -Tanda Nama & Logo Pengakap Sedunia
Poket Kiri -Lencana Keahlian
Atas Poket Kiri -Tanda pangkat
Lengan Kanan -Nama Negeri
-Nama Daerah
-Nombor Kumpulan
Lengan Kiri -Nama Patrol
Pengakap Muda (Warna)
Pengakap Remaja (Nama Pahlawan
Malaysia)
1.12 LENCANA KEMAJUAN (Usaha / Maju / Jaya)
-Diletakkan 1 cm di bawah nombor kumpulan (Lengan kanan)
1.13 LENCANA KEPANDAIAN (Kegemaran / Pengetahuan / Perkhidmatan)
Pengakap Muda -Diletakkan di lengan kiri di bawah nama patrol.
Pengakap Remaja -Diletakkan dibawah lima lencana tertinggi Pengakap
Remaja.
1.14 EPOLET
• Ahli Pengakap Muda dan Remaja tidak dibenarkan memakai apa-apa bentuk
epolet di strap bahu.
• Epolet hanya dipakai oleh Penolong Pemimpin ke atas.
LAGU-LAGU PENGAKAP
Lagu Rasmi PersekutuanPengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsaBerikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda Menjadi insan yang bergunaPersetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahajaDemi Tuhan, Raja dan
negara
Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-citaPengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
Undang-Undang Pengakap
Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut
perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran
Suci perkataanSuci perbuatan
Bertemu Dan Berpisah
Bertemu dan berpisahAdat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masaSemoga dapat kita berjumpa di
lain masa
Di Sini Senang Di Sana Senang
Di sini senang di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Di sini senang di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
KEMAHIRAN
PERKHEMAHAN
KONSEP Tempat perlindungan sementara yang
KHEMAH selamat, memberikan perlindungan daripada hujan,
panas, angin dan juga kesejukan.
KONSEP KRAF
PERKEMAHAN Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang
menguji kemampuan menteladan fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad.
1. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang
perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar
dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau
perkhemahan.
2. RASIONAL
- Melatih diri untuk menjadi lebih mahirdan berkeyakinan
dalam menghadapi cabaran
- Memupuk perasan cinta terhadap alamsemulajadi
3. OBJEKTIF
Menggalakkan masyarakat untuk menggunakan
kemahiran dan teknikkraf
Memahami habitat dan alam semulajadi
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
Ridge Tent JENIS KHEMAH
- Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Diperbuat daripada
material nylon yang ringan supaya mudah
dibawa dan dilipat.
Dome Tent Berbentuk gelembung dan
Bell tent menggunakan material yang sesuai
dan fleksibel.
Ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak
khemah. Khemah jenis ini sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan
khemah jenis “DOME”.
JENIS GAJET JENIS GAJET
Tiang Bendera menggunakan kayu atau buluh, tali,
dan bendera
Ampaian gajet ampaian digalakkan didirikan
di kawasan lapang, khususnya
kawasan yang terdedah kepada
cahaya matahari dan angin di
bahagian belakang kawasan
khemah kumpulan
Rak Kasut Gajet rak kasut dibuat untuk
meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan
dalam kawasan perkhemahan tersebut.
Tempat yang paling sesuai untuk
membina rak kasut ialah berhampiran
dengan khemah ahli, khususnya
berdekatan dengan pintu khemah.
IKHTIAR HIDUP
Antara contoh ikhtiar hidup ialah:
a) api
b) perlindungan
c) isyarat
d) makanan/ air
e) pertolongan cemas