AMARAN
Tidak dibenarkan menjual semula ebook ini kepada orang lain
untuk mengaut keuntungan.
i
............................................................................................................................................................iv
.................................................................................................................... 2
.................................................................................................................... 7
.............................................................................................................. 9
............................................................................................................ 12
........................................................................ 17
................................................................................................................................................ 19
................................................................................................................................................................. 26
............................................................... 29
................................................................................................................................. 31
............................................................................................................................... 34
............................................................................................................. 39
............................................................................................................................... 41
................................................................................................................... 45
........................................................ 49
...................................................................... 51
.................................................................................................................. 59
..................................................................................................... 62
................................................................................................................. 71
.......................................................................................................................... 71
................................................................................................................ 72
................................................................................................... 74
........................................................................................................................................... 75
........................................................................................................................................ 78
ii
......................................................................................................................................... 78
.................................................................................................................................. 80
...................................................................................................................... 82
..................................................................................................................... 84
................................................................................................................................. 86
................................................................................................................................. 89
............................................................................. 91
................................................................................................................................................................... 94
iii
Anda berhak untuk mendapat kehidupan yang menakjubkan.
Anda berhak dapat apa yang anda inginkan dan apa yang anda suka.
Anda berhak bahagia dengan keluarga, adik beradik dan kawan-
kawan anda. Anda berhak mendapat rezeki yang melimpah ruah,
impian untuk mempunyai rumah besar, kereta yang selesa,
menjalankan perniagaan yang berjaya, bercuti ke luar negara. Anda
berhak menjadi apa yang anda inginkan seperti pelakon, penyanyi,
CEO, pengurus dan apa yang anda impikan anda berhak
mendapatkannya.
Anda berhak happy dengan kehidupan anda. Dalam
kehidupan ini apa yang anda impikan adalah sangat dekat dengan
anda sebab semua itu berada didalam diri anda. Anda adalah
‘director’ dalam kehidupan anda.
Ebook ini akan merubah hidup anda kepada kehidupan yang
sangat bagus dan menakjubkan. Selamat menempuh keajaiban.
iv
1
Ada seorang alim ulama hadith bernama Imam Ahmad. Di
akhir hidupnya dia tidak tahu kenapa dia kena pergi ke suatu kota
dikatakan di Iraq. Kenapa ke sana, tidak tahu. Lalu kemudian dia
pergi kesana. Setelah dia tiba di kota itu (didalam riwayat tidak
disebut kota apa), tiba waktu maghrib dan dia tiba di sebuah masjid
dan solat maghrib berjemaah.
Orang tidak tahu dia itu Imam Ahmad kerana zaman dulu
tidak ada gambar. Tidak tahu bagaimana wajahnya dan siapa orang
ini.
2
Habis solat maghrib dia duduk dengan membaca Al Quran.
(Imam Ahmad ini kalau tidak salah meninggal pada tahun 240).
Setelah baca Quran sehingga waktu Isyak, beliau Isyak solat
berjemaah. Dia tidak tahu kenapa kena datang ke kota itu,
kemudian dia ingin istirehat. Selepas solat sunat ba’diyyah Isyak,
orang semua sudah pulang. Imam Ahmad pergi ke hujung masjid
untuk tidur
Imam Ahmad duduk dihujung masjid lalu dia baring untuk
tidur. Orang yang jaga masjid datang, “Wahai sheikh”, sheikh ini
ada 3 bermaksud, ia bermaksud orang kaya, orang alim atau orang
tua. Disini dimaksudkan ‘tua’ . Wahai orang tua, kenapa engkau
disini?
Kata Imam Ahmad, dia mahu berehat, dia musafir. Penjaga
masjid berkata, tidak boleh tidur di masjid, anda perlu keluar.
Orang itu tidak tahu bahawa itu adalah Imam Ahmad.
Penjaga Masjid lalu tutup dan kunci semuanya dan bergerak
pulang. Tetapi Imam Ahmad duduk dan hendak tidur diruang tepi
masjid tersebut. Datang semula penjaga masjid itu dan
memberitahu disitu pun tidak boleh tidur.
Istikamah betul penjaga masjid itu, kalau dia tahu itu adalah
Imam Ahmad, mungkin dia akan pelawa ke rumahnya.
3
Di sebelah Masjid itu ada kiosk menjual roti. Ada orang
penjual roti disebelah masjid tersebut. Penjual roti itu memanggil
Imam Ahmad, “Shiekh, silakan ke tempat saya.” Imam Ahmad
datang dan diberitahu rumahnya tidak jauh dari situ, ada ruang
untuk Imam Ahmad tidur jika esok pagi mahu pulang, disilakan
kata penjual roti itu.
Imam Ahmad menceritakan tentang keadaan dia dan juga
penjual roti ini. Ada perilaku penjual roti ini yang unik. Imam
Ahmad tertarik dengan itu. Dia kata setiap kali penjual roti ini
memecahkan telur, mengambil garam, orang itu sambil menyebut
“astaghfirullah waatubuilaih”
Lisannya tidak pernah berhenti setiap kali membuat roti
sambil menyebut “astaghfirullah waatubuilaih” “astaghfirullah
waatubuilaih” “astaghfirullah waatubuilaih” kecuali dia ajak
sembang atau bertanya kepada saya kata Imam Ahmad.
Imam Ahmad bertanya “sudah berapa lama kamu amalkan ini?”
Orang itu berkata “sudah lama, dari saya masih bujang.” Kebetulan
orang ini sudah tua, lebih kurang umur Imam Ahmad.
Kata Imam Ahmad, “apa manfaat istighfar ini? Apa yang kau dapat
dengan istighfar sebanyak ini?”
4
Kata dia, “tidak ada apa pun yang saya minta kepada Allah kecuali
dimakbulkan. Apa yang saya minta, Allah bagi. Tinggal 1 sahaja
yang belum Allah bagi.”
Kata Imam Ahmad, “Apakah itu?”
“Saya minta dipertemukan dengan Imam Ahmad”
Allahuakhbar kata Imam Ahmad, istighfar mu inilah yang
membawa saya datang ke kota ini tidak tahu kenapa, istighfar mu
yang membuatkan penjaga masjid menyuruh saya keluar dari
masjid, istighfar mu lah yang membawa saya ke tempat ini, ke
rumah mu.
Sayalah Imam Ahmad bin Hambal.
Bagaimana istighfar dapat datangkan rezeki dengan luar
biasa. Selalunya kita kena pergi ke alim ulama, tetapi ini Allah telah
datangkan alim ulama ke tempatnya kerana istighfarnya. Jadi
memperbanyakkan istighfar, manfaatnya sangat besar.
5
Hadith Bukhari, Kata Nabi Muhammad SAW, Siapa
yang SELALU ISTIGHFAR, Allah akan jadikan jalan
keluar dari masalahnya, dan Allah akan beri rezeki dari
tempat yang tidak disangka-sangka.
Nabi SAW sehari bertaubat 70-100 kali sehari. Ada ustaz
menyarankan kita yang banyak dosa ini kena istighfar 10 hingga 15
kali lebih banyak daripada Nabi SAW. Lebih kurang 1500 kali
sehari.
Mulai hari ini, mari perbanyakkan istighfar. Sambil bawa
kereta, sambil masak, mari menyebut astaghfirullah atau
astaghfirullah waatubuilaih
6
Ada berbagai jalan cerita tentang kisah ini. Cerita yang
mengisahkan tentang syukur, redha dan ada hikmah disetiap
kejadian.
Ada seorang raja dan penasihatnya ingin keluar memburu.
Mereka menaiki kuda dan masuk kedalam hutan untuk memburu.
Sewaktu raja ini hendak turun dari kudanya, kakinya cedera,
mungkin patah atau terseliuh.
Penasihat mengatakan “Alhamdulillah syukur ini yang terbaik dari
Allah.”
Raja menjadi marah kerana penasihat berkata begitu walhal
kakinya sedang sakit ditimpa kecelakaan. Raja ini berasa marah dan
mengarahkan penasihat ini dipenjarakan. Raja ini teruskan
perjalanan tanpa penasihatnya. Sehingga mereka terjumpa dengan
kawasan orang asli. Mereka ini adalah puak yang memakan
manusia. Puak ini menangkap Raja dan pengikutnya.
Mereka akan dikorban kepada dewa atau tuhan mereka.
Dimulakan dengan pengikutnya dikorban, sehingga tiba giliran
Raja ini. Raja ini jalan kesakitan disebabkan kakinya yang cedera
tadi.
7
Puak itu menahan Raja itu dan bicang dahulu sesama mereka
kerana syarat korban kepada tuhan mereka adalah anggota badan
mestilah tidak ada cacat. Tetapi Raja ini kakinya cedera.
Disebabkan kakinya cedera, Raja ini dibebaskan dan
dibatalkan untuk menjadi korban. Pulanglah Raja ini dan terus
pergi mendapatkan penasihatnya di penjara. Raja ini berkata, benar
kata-katamu, ini adalah yang terbaik dari Allah, disebabkan
kakinya cedera, Raja ini terselamat daripada menjadi korban.
Dan penasihat berkata kepada Raja tadi, “Syukur Alhamdulillah,
saya berterima kasih kepada Tuanku kerana penjarakan saya.”
Raja bertanya kenapa?.
Penasihat ini berkata, “Jika Tuanku tidak penjarakan saya, dengan
saya sekali menjadi korban untuk tuhan mereka.”
Begitulah kisahnya. Setiap musibah, setiap perkara yang berlaku,
pasti ada hikmah. Syukur dan yakinlah kepada Allah SWT.
8
Tarikan magnet rezeki adalah sama maksudnya seperti
‘Hukum Tarikan’, diluar negara mereka menyebut ‘Law of
Attraction’. “Law of attraction has a simple formula, you don’t get
what you want but you get what you feel.” Hukum Tarikan adalah
kebolehan untuk menarik sesuatu perkara dengan kepercayaan,
keyakinan dan apa yang anda fokus dan rasa.
Perkara atau kejadian yang kita ‘tidak nampak’,
adalah sangat powerful impaknya
berbanding perkara yang ‘kita nampak’
Contoh seperti angin, kita tidak nampak tapi kita hanya boleh
rasa melalui kipas. Sama seperti aliran tenaga elektrik yang kita
tidak nampak tetapi sakit apabila terkena kejutan elektrik.
Begitu juga doa, kepercayaan, keyakinan, cinta dan banyak
lagi. Ia sama seperti hukum tarikan yang kita tidak nampak tapi
sangat powerful dan ia boleh merubah kehidupan anda selepas
anda faham dan praktikkan.
9
Tetapi, adakah kita nampak yang maha mencipta benda yang
tak Nampak tersebut? Allah SWT jua lah yang Maha Besar, Maha
Kuasa, Maha Bijaksana. Kerana Allah SWT lah yang mencipta angin
atau elektrik dan semua benda kita tak nampak tapi sangat
powerful. Jadi Allah SWT lah yang paling powerful. Apa jua hajat,
mintalah kepada Dia. Minta bersungguh-sungguh.
Kehidupan ini berlaku dengan apa yang anda beri. Apa yang
anda beri, anda akan dapat kembali. Anda beri lebih, anda akan
dapat lebih. Ia bermula dengan diri anda. Anda mahu gembira,
anda mesti gembira dahulu. Anda mahu kasih sayang, anda mesti
beri kasih sayang dahulu.
Hukum tarikan akan menarik kesihatan, hubungan, pekerjaan
dan apa jua disekeliling hidup anda dengan berdasarkan apa yang
anda fikir dan rasa. Anda berfikir positif tentang duit, anda akan
rasa getaran magnet duit datang kepada anda dan jika anda berfikir
negatif tentang duit, anda menarik negatif impak tentang duit
mungkin akan dapat mengurangkan duit anda.
10
Hukum tarikan berfungsi berdasarkan apa yang anda fikir dan
rasa. Ini bermakna anda dapat ubah hidup anda dengan anda ubah
cara berfikir dan rasa, ia akan ubah seluruh kehidupan anda. Disini
saya ingin mengajak anda untuk menggunakan hukum tarikan
magnet rezeki dengan cara islam.
Di luar negara mereka lebih gemar menyebut ‘Money Magnet’.
Kenapa magnet? Sifat magnet adalah menarik dan menolak. Kita
tekankan kepada daya tarikan. Anggap diri anda adalah magnet.
Anda nak tarik sesuatu yang baik atau yang buruk? Semestinya
semua orang mahukan kebaikan yang datang kepada kita.
Bagaimana dengan keburukan? Disini anda akan belajar
bagaimana hendak menolak perkara yang buruk dan hanya tarik
perkara yang kearah kebaikan sahaja.
11
Ia bermula daripada anda sendiri. Bermula daripada bangun
dari tidur, jika anda bangun dengan gembira, dengan rasa syukur,
pasti sepanjang hari anda akan datang perkara yang gembira dan
perkara yang baik-baik. Nabi SAW ada mengajar beberapa doa
selepas bangun tidur, salah satunya;
“ Ya Allah aku bersyukur dengan mata yang dapat
melihat, telinga yang dapat mendengar dan lidah yang
dapat bertutur kata. Kurniakanlah rezeki yang halal,
ilmu yang bermanfaat dan amal ibadat yang Kau
terima.”
Lihat, perkara pertama sekali sewaktu kita bangun dari tidur Nabi
SAW dah ajar kita supaya
1) Syukur atas anggota badan yang dikurniakan Allah
2) Minta rezeki yang halal
3) Ilmu yang bermanfaat
4) Dan amalan yang kita buat diterima Allah SWT
12
Jika anda bangun dengan perasaan yang negatif, marah sana
sini, tidak bersyukur, itu bermakna anda akan menarik perkara
yang tidak baik. Contoh, pagi-pagi sudah ada yang buat hal, tak
kemas katil, nak keluar tapi kunci rumah tidak jumpa, pergi bank
untuk keluarkan duit dan tiba-tiba queue panjang dan jika waktu
anda beratur itu anda masih bersikap negatif, marah orang depan
sebab lambat keluarkan duit, nanti tiba giliran anda ditambahkan
lagi perkara yang tidak baik seperti mesin ATM rosak dan
sebagainya.
Bagaimana untuk menolak perkara yang tidak baik? Ia
bermula dari anda, berhenti merungut, berhenti komplen,
timbulkan rasa sabar, bangkitkan rasa syukur dan perkara yang
baik-baik akan mulai datang kepada anda.
Masih anda ingat? Apa yang anda beri, anda akan dapat
kembali. Sehinggalah anda hendak masuk tidur, juga anda mahu
menarik perkara yang baik kerana anda akan bangun dengan
perasaan yang baik. Itu adalah hukum tarikan. Saya ubah dan atasi
perkara ini dengan cara islam, bila datang perkara yang negatif,
cepat-cepat istighfar dengan banyak. Saya namakan cara ini kepada
hukum tarikan cara islam.
13
Contoh waktu pagi nak pergi kerja, anda dapati tayar kereta
anda pancit di rumah. Dari situ anda telah diuji, anda nak menarik
aura positif atau negatif? Jika hendak menarik aura positif, anda tak
akan komplen tetapi berasa syukur kerana tayar pancit di rumah
bukannya pancit ditengah bandar atau ditengah malam yang tidak
ada kereta yang lalu lalang.
Berbeza pula jika pagi itu anda marah dan mengeluarkan aura
negatif. Tidak tahu apa akan terjadi ketika anda tukar tayar dan
selepas itu.
Ada masa kita perlu marah dan ada tempat yang perlu kita
komplen. Ini semestinya marah kerana sayang atau ambil peduli
dan bukannya marah dengan sikap negatif. Selepas habis baca
ebook ini anda akan dapat mengawal perasaan anda sebelum dan
selepas anda marah. Elok-eloknya adalah kawal amarah anda dan
istighfar banyak-banyak kerana marah akan menyebabkan aura
rezeki anda pecah. Istighfar dapat dimurahkan rezeki.
14
Jika anda yakin dan fokus kepada perkara yang baik-
baik,
perkara yang baik-baik yang akan datang kepada anda.
Ada 7 syarat yang anda perlu ikut untuk mempraktikkan ilmu
hukum tarikan cara islam ini. Syaratnya adalah YAKIN.
1) Yakin
2) Yakin
3) Yakin
4) Yakin
5) Yakin
6) Yakin
7) Yakin
Pernahkah anda ketika mencari parking di shopping mall dan
tiba-tiba ada kereta didepan anda keluar dan anda dapat parking
tersebut? Anda makan disebuah restauran dan tiba-tiba restauran
tersebut ramai orang datang?
Itu adalah kuasa Allah SWT dan dengan tidak sengaja anda
bersangka baik kepada diri anda dan bersangka baik dengan Allah
SWT dan juga aura positif yang ada didalam diri anda. Ketika anda
15
masuk ke lorong-lorong untuk mencari parking, ada terdetik sedikit
perasaan yakin yang mengatakan mungkin disini ada parking.
Disitu anda sudah berfikiran positif.
Selapas ini anda cuba sebelum mencari parking, anda yakin
dan baca surah Alam Nashroh. Surah ini bukan hanya untuk
mencari parking, nak beli barang tetapi beratur panjang dan apa
sahaja insyallah akan dipermudahkan.
Sebelum ini saya hanya berdoa dan yakin, saya doa seperti ini
“Ya Allah, berikanlah parking yang berdekatan dengan lif, amin”.
Saya selalu dapat parking berdekatan dengan pintu masuk,
tambahan kalau bawa ibu bersama, lagi senang saya dapat parking.
Sekarang saya baca surah Alam Nashroh, berdoa, yakin, fokus
dan percayalah walaupun sekecil-kecil perkara, minta dengan Allah
SWT.
Cubalah baca Surah Alam Nashroh banyak kali,
insyallah akan dipermudahkan urusan anda ketika itu
16
Cinta adalah satu kuasa yang paling penting didunia ini. Setiap
benda yang dicipta mesti terjadi daripada cinta. Lihatlah sekeliling
anda, setiap benda itu mesti terjadi dengan adanya elemen cinta.
Wujudnya kita juga disebabkan cinta, jika tiada cinta maka
tiadalah anda, tiadalah kedua ibu bapa anda dan kawan-kawan
anda. Cinta memaksa anda melakukan lebih daripada diluar
kemampuan anda. Anda sanggup lakukan apa saja demi cinta.
Capailah impian anda dengan membuat sesuatu yang anda buat
sekarang dengan penuh rasa cinta.
Perasaan benci, geram, marah juga boleh digunakan untuk
mencapai impian anda. Bukan sifat negatif tetapi mengambil
perasaan itu sebagai cabaran bagi anda, dapat memberi semangat
seperti dicabar, untuk anda buktikan yang anda mampu melakukan
sesuatu perkara dengan berjaya. Saya pernah diejek oleh rakan
kerana saya pernah berniaga nasi bungkus selama 5 hari sahaja.
17
Bila saya dah tak menjual lagi nasi bungkus, saya mempunyai idea
lain dan rakan saya berkata “berniaga dulu nasi tuuuu” dengan
nada memerli. Kurang lebih begitu dia berkata yang bagi saya
bermaksud jual nasi pun tak lepas ada hati nak berniaga lain.
Sejak hari tu saya dendam dan geram dengan dia, saya nak
buktikan saya boleh berniaga dan berjaya. Perasaan benci, geram
dan marah itu saya jadikan sebagai satu cabaran bagi diri saya. Saya
bekerja keras. Alhamdulillah selepas itu saya berjaya mempunyai
perniagaan online import barang-barang dari China tanpa pergi ke
sana. Selepas itu saya betulkan kembali niat untuk berniaga. Saya
bukan lagi berniaga kerana nak bukti kepada rakan saya itu. Saya
juga berterima kasih kepadanya kerana disebabkan dia juga saya
memaksa diri saya untuk berjaya.
Perasaan cinta atau marah itu dapat dijadikan cabaran untuk
diri anda untuk mencapai sesuatu yang belum anda capai.
18
Anda perlu set minda anda kepada positif tentang duit dan
kekayaan. Ramai orang takut dan tidak mahu menjadi kaya kerana
kekayaan akan menjadikan dia sombong atau berubah.
Bukan salah duit atau kekayaan tetapi salah orang itu yang
menjadikan diri dia berubah kerana duit. Dengan duit kita boleh
banyak bersedekah, bayar zakat, boleh pergi umrah atau haji dan
boleh buat banyak perkara kebaikan seperti kisah-kisah sahabat
pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berinfak untuk kebaikan
umat islam pada zaman itu.
Duit itu penting, tetapi duit itu bukan segala-
galanya. Jika anda mengatakan duit itu tidak penting,
percayalah bahawa anda sekarang sedang berada
dalam keadaan miskin atau ke arah kemiskinan.
Mulai hari ini anda mesti cinta duit dan kekayaan. Cinta akan
orang kaya, cinta orang alim, cinta kepada orang cerdik pandai, niat
dengan baik tentang duit dan kekayaan untuk kebaikan. Masih
19
anda ingat? Apa yang anda cinta, apa yang anda suka, itulah yang
anda akan tarik ke dalam diri anda.
Anda perlu set minda anda yang baru. Anda tanya kepada diri
anda. Anda berniaga disebabkan apa? Anda bekerja disebabkan
apa?
Kalau anda nak baca ebook ini disebabkan anda nak kaya,
anda tak akan kaya. Kenapa pula? Baca buku tentang rezeki
mestilah nak kaya rezeki, nak rezeki yang melimpah ruah. Ubah
dulu mindset anda. Anda baca ebook ini supaya anda nak
mengambil manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain, nak
dapatkan keberkatan dalam rezeki, insyallah rezeki itu akan datang
dengan sendiri.
Perkara ini saya dapat daripada seorang guru. Guru bertanya,
“siapa dekat sini yang datang sini nak ubah hidup dia?” semua
angkat tangan, “siapa dekat sini yang datang sebab nak kaya?”
Ramai yang angkat tangan. Dia berkata, “anda tak akan kaya.”
20
Semua orang bingung termasuk saya. Sebab apa? Ubah
mindset dahulu. Kalau buat business sebab nak kaya, anda tak akan
kaya. Guru berkata kitaran perniagaan berbunyi begini:
dimana ada masalah,
disitu ada peluang,
dimana ada peluang,
disitu ada wang.
Bila anda dapat selesaikan sesuatu masalah, wang akan datang
dengan sendiri. Contoh, anda menjalankan perniagaan membuka
sebuah restoran makan, kalau anda hanya fikir untung dan nak
kaya, anda akan buat nasi lemak yang hanya letak telur rebus yang
dibelah 10, ikan bilis sikit dan sambal sikit.
Jika anda buat sedap-sedap untuk selesaikan masalah orang
iaitu lapar, anda akan letak telur rebus dibelah dua, besar, ikan bilis
banyak dan bila orang beli akan puas hati, mereka akan sebarkan
kepada kawan-kawan dan ramai yang akan datang beli lagi.
21
Didalam buku Retire Young, Retire Rich. Robert Kiyosaki
berkata, if you want to retire young and retire rich, serve more
people.
Anda perasan sesuatu dengan tali kasut? Dihujung tali kasut
tersebut dibuatkan kecil dan ada benda keras untuk memudahkan
kita memasukkan tali ke dalam lubang kasut tersebut. Orang yang
mencipta benda itu sebenarnya telah memberi manfaat kepada satu
dunia, ada buku yang mengisahkan tentang hujung tali kasut
tersebut, ya telah dibukukan dan saya percaya kehidupan dia
dipermudahkan kerana dia telah mempermudahkan ramai orang.
Sama juga dalam kehidupan kita, selesaikan masalah, rezeki akan
datang kepada anda.
Satu lagi contoh, kaki yang merekah sebagai satu masalah, ada
Spa yang dapat merawat kaki merekah tersebut dan menjadi satu
peluang perniagaan yang bagus. Itu maksud kitaran yang disebut
diatas.
Dalam kehidupan harian dapat juga kita memberi manfaat
dan mempermudahkan orang lain seperti sebelum ni saya pergi ke
22
sebuah kedai perabot yang terkenal di Damansara untuk membeli
barang, apabila barang banyak dan diletakkan atas troli, saya susun
barang tersebut untuk memudahkan cashier membuat kerja waktu
nak bayar nanti.
Apa yang saya buat? Saya susun barang yang ada barcode ke
arah cashier agar dia mudah scan tanpa perlu mencari-cari barcode
tersebut. Perkara tersebut Nampak remeh dan kecil tapi ia dapat
mempermudahkan orang lain dan insyallah Allah SWT akan
mempermudahkan urusan kita.
Jadi tugas anda adalah selesaikan masalah, memudahkan
pelanggan jika anda berniaga, memudahkan orang sekeliling,
memberi manfaat, memberi servis yang terbaik dan insyallah hidup
anda akan berubah. Set minda anda semula. Bagi saya, saya letak
Allah SWT dalam senarai paling tinggi dalam carta organisasi. Saya
jadikan Allah SWT sebagai partner dalam bisnes saya. Semua
perkara saya akan ‘tanya’ Allah dahulu dengan solat sunat istikarah,
jika ada perkara nak mengadu, mengadu dengan Allah dahulu
dengan melalukan solat sunat hajat.
23
No 2 saya letak kenapa saya berniaga? Atau yang bekerja, anda
boleh tulis kenapa anda bekerja disitu? Saya niat saya nak berniaga
sebab nak kaya masa agar dapat beribadat lebih banyak, senang
nak solat berjemaah di masjid, niat nak bantu diri sendiri dan bantu
orang lain dan juga kaya harta dan kaya akhlak.
Saya nak kaya masa kerana solat jemaah di masjid dan pergi
ke majlis ilmu, dapat solat awal dan lepas itu baru lah saya niat nak
kaya harta, nak bantu diri sendiri dan memberi manfaat kepada
ramai orang.
Anda cuba bayangkan jika orang itu kaya harta tetapi tidak ada
masa untuk bersama keluarga, kaya harta tetapi duduk atas kerusi
roda sahaja dirumah disebabkan kurang sihat. Saya yakin anda
sudah dapat jawapan daripada soalan yang saya tanya diatas tadi.
Set minda anda dan pembaharui kembali niat, apa tujuan anda
berniaga dan bekerja.
24
Ada satu kisah pada zaman Rasulullah SAW:
Orang miskin berkata kepada Rasulullah SAW, kami sedekah dan
orang kaya juga bersedekah. mereka dapat sedekah banyak dan
ganjaran pun dapat banyak.
Nabi SAW berkata kamu boleh berzikir untuk dapat ganjaran yang
banyak. Dan mereka pun berzikir.
Orang kaya dapat tahu tentang zikir tersebut dan mereka pun
berzikir. Orang miskin berkata kepada Nabi SAW bahawa orang
kaya pun berzikir jadi bagaimana kami mahu tandingi orang kaya?
Nabi SAW membalas, itu adalah kelebihan yang ada kepada orang
kaya.
(kurang lebih begitu kisah yang saya ingat ketika didalam majlis
ilmu Habib Ali Zainal Abidin, kisah ini adalah hadis didalam kitab
Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi)
25
Tidak salah kita nak jadi orang kaya, dengan duit kita boleh
sedekah dengan banyak, bayar zakat, pergi haji, umrah dan
sebagainya. Para ulama dan orang soleh kebanyakan orang kaya
tetapi mereka tidak tunjuk dan zuhud. Tidakkah anda perasan?
diakhir doa dhuha berbunyi, "berikanlah rezeki seperti mana yang
telah Engkau berikan kepada orang-orang yang soleh."
Visualise adalah anda fokus kepada sesuatu yang anda
inginkan dalam minda anda, bayangkan sesuatu yang anda
mahukan.
Contoh, hari ini anda ingin sepuluh barang terjual. Anda
pejam mata dan bayangkan customer order barang yang sangat
banyak dan bayangkan barang jualan yang telah dibungkus untuk
dipos telah disiapkan dan anda senyum gembira dan anda berdoa,
“Ya Allah, berikanlah hari ini 10 parcel dipos kepada customers,
amin.“
Kita senaraikan target jualan dan minta kepada Allah SWT.
26
Ada kisah seorang pemuda yang mempunyai rumah yang
cantik. Apabila dia mengemas barang-barang lama, dia terjumpa
satu lukisan. Dia terkejut bahawa lukisan itu adalah rumah yang dia
duduk sekarang.
Daripada kisah ini, bukan setakat kita tulis apa target jualan
dan impian kita, dengan lukisan juga dapat menarik rezeki. Lukis
apa yang anda impikan dan yang penting berdoa minta kepada
Allah SWT dan insyallah akan tercapai.
Didalam dunia ini anda boleh dapat apa yang anda
mahukan,
cuma anda kena berhati-hati dengan apa yang anda
mahu,
Tidak semua apa yang anda mahukan adalah terbaik
untuk anda.
Saya pernah berhajat untuk membeli kereta baru. Setiap hari
saya akan singgah ke showroom kereta Volkswagen dan lihat dari
jauh kereta idaman saya. Saya siap buat temu janji untuk test drive
kereta Volkswagen MK7. Saya sangat suka dan sudah membuat
kira-kira tentang bayaran bulanan dan berapa diperlukan untuk
27
setiap kali servis. Satu hari saya berminat pula dengan kereta 4WD
pacuan empat roda Ford Ranger. Saya berbelah bahagi.
Saya tidak perlukan kereta pacuan empat roda waktu itu untuk
mengangkat barang jualan saya kerana saya menjalankan
perniagaan import terus dari China dan barang akan sampai
didepan pintu rumah saya tanpa saya memerlukan kenderaan yang
besar untuk mengangkat barang saya itu. Saya membuat solat sunat
istikarah kerana saya tidak tahu kereta mana yang terbaik untuk
saya. Pada suatu hari, selepas saya bangun dari tidur, saya
terbayang kereta pacuan empat roda bergerak laju dari arah kanan
ke arah kiri. Saya masih ingat lagi. Muktamat, kereta pacuan empat
roda pilihan saya.
Nak dijadikan cerita, kereta pacuan empat roda tersebut telah
banyak membantu saya untuk mengangkat barang-barang
perniagaan saya. Banyak barang berat dan besar, ia menjadi mudah
kerana saya letak dibelakang kereta pacuan empat roda Ford
Ranger saya. Sangat berguna dan saya tidak tahu apa akan terjadi
kalau saya membeli kereta Volkswagen. Saya rasa tidak muat untuk
saya letak barang-barang jualan saya.
28
Anda telah belajar teknik visualize, anda bayangkan sesuatu
yang anda inginkan dan berdoalah. Insyallah akan dapat apa yang
anda bayangkan.
tulisan, lukisan, gambar, fikiran dan kata-kata,
itu semua adalah doa.
Dengan ucapan terima kasih anda boleh ubah dunia. Ucaplah
terima kasih walaupun kepada pelayan restoran yang menghantar
minuman atau makanan, ucaplah terima kasih kepada yang
menahan pintu lif untuk anda. Terima Kasih dan bersyukur kepada
Allah SWT atas kejayaan kecil walaupun dapat parking, setelah
dapat parking terus ucap Alhamdulillah, Syukur.
Syukur dengan jualan yang anda perolehi, syukur dengan
nikmat Islam, syukur dengan kaki yang boleh berjalan, syukur
dengan hidung yang dapat bernafas, syukur dengan tangan yang
boleh menggenggam, syukur dengan mata yang boleh melihat,
29
syukur dengan telinga yang boleh mendengar, syukur dengan
anggota badan anda yang sempurna, syukur dengan pekerjaan,
tempat tinggal, kereta atau motosikal anda dan syukur apa yang
anda ada sekarang.
Dengan kejayaan kecil akan mencipta kejayaan besar,
Jika kejayaan kecil tidak dihargai,
bagaimana hendak mendapat kejayaan yang besar?
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),
maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". Surah Ibrahim
ayat 7
Jika anda menggunakan sedikit tanda penghargaan seperti
terima kasih, hidup anda akan berubah sedikit. Jika anda
menggunakan banyak terima kasih setiap hari, hidup anda akan
berubah dengan cara yang anda tidak boleh bayangkan sekarang.
Itu. The Power Of Gratitude
30
Anda perlu sentiasa bersedia dalam keadaan memberi dan
menerima. Anda tidak boleh hanya memberi dan tidak menerima,
juga anda tidak boleh hanya menerima dan tidak memberi.
ibarat sebuah empangan,
jika terlalu banyak menerima dan menyimpan air,
empangan pasti akan pecah.
Ibarat suatu daerah tersebut hujan turun dengan lebat.
Empangan penuh. Setiap empangan perlu dilepaskan airnya, jika
tidak, ia akan membahayakan kawasan tersebut. Maka air
empangan tersebut perlu dilepas.
Sama juga dalam kehidupan kita, hujan lebat tersebut ibarat
rezeki yang anda perolehi, jika anda tidak memberi dan hanya
menerima sahaja. ‘Empangan’ anda boleh pecah. Mungkin tiba-tiba
ada musibah seperti kereta rosak, duit hilang, perniagaan rugi, hal
dengan staff dan sebagainya. (minta dijauhkan, amin)
31
Jika ada kawan anda belanja anda makan, terima dengan hati
terbuka dan satu hari nanti belanja dia semula atau belanja orang
lain pula. Banyak anda memberi, banyak anda akan terima.
Bersedekah tidak akan memiskan bahkan mengayakan.
Sifir Allah SWT adalah 1-1 = 10. Jika ada RM1, anda masukkan
dalam tabung insyallah akan dibalas RM10. Berbeza dengan sifir
kita, 1-1 = 0
32
33
Bahagian 1 saya terangkan bagaimana anda dapat ubah cara
berfikir, menarik perkara yang baik-baik, kawal minda dan keadaan
sekeliling anda. Dibahagian 2 pula menekan kebergantungan yang
tinggi kepada Allah SWT yang Maha Kaya, Yang Maha Pemberi
Rezeki, kepunyaanNya di langit dan di bumi dan diantara
keduanya.
Selain menjaga hubungan dengan Allah SWT, ibu bapa adalah
ibu segala kunci rezeki. Jika dalam English disebut master key. Jika
anda jaga master key ini, segala pintu rezeki dapat terbuka. Jika
anda hilang master key ini pintu rezeki anda susah nak terbuka.
34
Perkara paling penting yang saya akan huraikan. Segala amalan
anda yang anda praktikkan akan hancur dan hilang begitu sahaja
jika anda tidak jaga hati ibu dan bapa anda.
Ada satu kisah saya dapat daripada seorang guru. Ada seorang
anak perempuan bekerja dan tidak ada perkara pelik kepada anak
perempuan yang baik ini. Setiap hari pergi kerja dan pulang ke
rumah. Satu hari anaknya mengadu sakit perut, berbagai cara dah
buat tetapi perutnya makin membesar. Di pendekkan cerita
rupanya anaknya telah diam diam berkahwin dan sekarang sedang
mengandung. Ibunya sangat kecewa, dibesarkan dari kecil sehingga
besar dan sampai hati dia berkahwin tanpa memberitahu ibunya.
Ibunya menghalau anaknya keluar dari rumah. Mak dia
berkata tidak halal susu yang diberi. Selepas dihalau keluar,
anaknya duduk dengan suaminya. Dipendekkan cerita, anak
perempuannya itu jatuh sakit. Kulit anak perempuan tersebut
seperti terbakar. Doktor mengambil sample kulit tersebut dan
mengatakan api apa yang membakar kulit ini?
35
Si Suami pergi menemui ibu mertuanya untuk memberitahu
tentang anaknya yang sedang sakit. Ibunya masih marah tetapi ibu
pergi juga melawat anaknya yang sakit dan masih tidak memaafkan
anaknya. Nyawa anaknya sudah dipenghujung tetapi agak susah
untuk ‘dilepaskan’. Selepas berkali-kali anaknya meminta maaf,
ibunya pun memaafkan dan barulah anaknya meninggal dunia.
Jika rezeki anda sempit, periksa kembali hubungan antara
anda dan kedua ibu bapa anda. Mungkin anda ada buat salah
dengan ibu bapa anda. Minta maaf cepat dan minta keberkatan.
Mungkin ibu dan ayah anda ada terasa hati dengan anda. Mungkin
ibu dan ayah anda pernah merasa menyesal melahirkan anda.
Sudahkah anda memberi wang kepada ibu bapa anda untuk
bulan ini? Saya bekerja sendiri, ada waktu untung banyak dan ada
waktu sebaliknya. Saya sedar yang bulan tersebut saya belum lagi
memberi wang kepada kedua ibu bapa saya, didalam akaun tidak
ada banyak duit lagi, tetapi saya tekad pagi itu saya membuka
laptop dan transfer RM50 kepada ibu saya dan RM50 kepada ayah
saya. Saya berkata kepada ibu dan bapa saya, bulan ni saya tidak
dapat nak bagi banyak. Selepas waktu zohor, tiba-tiba dapat
whatsapp ada orang nak membeli produk saya dengan kuantiti yang
36
banyak. Alhamdulillah syukur. Hari itu juga dia bank in dekat saya
RM2,200.
Pernahkah anda mendapat sales yang tinggi, ribuan ringgit,
puluhan ribu ringgit atau jutaan ringgit tetapi anda tidak sedekah
sedikit pun kepada kedua ibu bapa anda? Mereka pasti terasa hati
dengan anda.
Saya pernah dapat jualan sebanyak hampir RM80,000 dan
saya tidak sedekah sedikit pun kepada kedua ibu bapa saya ketika
itu. Saya pasti mereka mesti sedih dan terasa hati dengan saya. Saya
sedar kesilapan saya dan saya berjanji kalau dapat jualan yang
tinggi saya akan sedekah banyak kepada mereka. Kisah ini terjadi
pada tahun 2014, dan saya tidak tahu saya buat apa dengan duit
sebanyak apa itu sehingga habis duit tersebut. Selepas kejadian
sales yang tinggi itu saya terus niat nak sedekah banyak kepada
kedua ibu bapa saya.
Baru-baru ini saya dapat wang yang banyak dan saya sudah
niat untuk sedekah RM1,000 kepada ibu saya dan RM1,000 kepada
ayah saya. Saya bagi dengan tangan saya sendiri. Seminggu selepas
37
itu saya dapat panggilan daripada sebuah syarikat pemaju yang
saya beli rumah, mereka berkata cek telah pun siap bernilai hampir
RM10,000 atas nama saya. Ada lebihan duit dari rumah yang saya
beli. Saya sangat terkejut, bersyukur, gembira dan terus hubungi
ibu saya. Sedekah saya dibalas 10 kali ganda.
Jika anda kesempitan wang, cuba sedekahkan kepada kedua
ibu bapa anda sekarang. RM50 pun boleh. Jaga hati mereka dan
minta mereka doakan untuk kita. Kita pernah mengecewakan
mereka, pernah marah dan tengking mereka tetapi mereka adalah
orang yang pertama yang berada disisi kita apabila semua orang
menjauh dan mereka juga orang pertama yang tampil menolong
apabila kita memerlukan pertolongan. Buktikan kepada mereka
yang kita ini layak diberi peluang kedua atau ketiga untuk
menunjukkan kita adalah anak yang berguna kepada mereka.
Ada orang ustaz yang tekenal di Malaysia berkata, Jika ibu
bapa sudah tiada, dapatkan mertua pergi minta maaf atau buat
baik, jika mertua tidak ada, pergi jumpa orang alim yang
berhampiran kawasan perumahan kamu. Keberangkalian
disebabkan doa orang alim itu kawasan perumahan kamu baik.
38
Jaga hati dan gembirakan isteri, beri duit poket kepada isteri.
Insyallah pintu rezeki anda akan terbuka.
Sentiasa menziarah keluarga terdekat dan jauh, tanya khabar.
Hubungi ibu dan ayah tanya khabar dan makan minum kalau boleh
setiap hari.
Call saudara yang jauh, tanya khabar. Jika tidak tahu nak
cakap apa, call dan cakap begini “ Assalamualaikum, apa khabar
Mak Lang? Saja Call Tanya khabar. Mak Lang sihat?” simple sahaja.
Sekejap pun tak mengapa. Yang penting hubungan terjalin semula.
Jangan bila ada kematian baru nak call atau ziarah. Itu pun
jumpa sebab nak pembahagian harta pusaka. (minta dijauhkan,
amin)
39
Saya mempunyai abang yang bekerja cikgu. Saya lihat
walaupun dia hanya kerja sebagai cikgu tetapi rezeki dia tidak
putus. Segala urusan saya Nampak dipermudahkan. Dia rajin
melawat nenek di Jasin, Melaka walaupun abang saya menetap di
Johor. Kadang-kadang hamper setiap minggu akan melawat nenek.
Bayangkan duit tol dan minyak lagi.
Adakala abang saya tiba-tiba berada di Kuantan, Pahang
untuk melawat saudara disana. Saya yakin dengan sebab abang saya
sangat jaga tali silaturahim, rezeki dia sentiasa tidak putus.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin
dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia
menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan
Muslim)
Jaga hubungan silaturrahim sama ada dengan ibu bapa, adik
beradik, saudara mara, jiran, sahabat dan sesiapa sahaja yang
mempunyai hubungan dengan anda.
40
Jika para lelaki, mesti selalu dengar khatib membaca khutbah
dan memesan untuk bertakwa kan? Ada banyak perkataan ‘takwa’
didalam Al-Quran. Apa maksud takwa? Ada banyak penyampaian
tetapi maksudnya sama. Penerangan yang mudah dari ustaz yang
mengajar saya, takwa adalah meninggalkan apa yang Allah
SWT larang dan buat apa yang Allah SWT suka.
Seperti yang tertulis dalam Surah At Talaq Ayat 2-3 dan juga
dikenali sebagai ayat Seribu Dinar (di Malaysia).
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan
mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari
arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
(dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." Surah At-Talaq, Ayat 2-3
Surah ini hendaklah difahamkan maksudnya dan bukan
digantung di dinding restauran sebagai ayat pelaris. Fahamkan
41
maksud dan amalkan dengan membaca Ayat Seribu Dinar ini setiap
kali lepas solat.
Dengan ayat inilah saya yakin untuk berhenti kerja sebagai
pegawai bank satu ketika dahulu dan bertawal kepada Allah SWT.
Saya pernah bekerja di RHB bank (konvensional) dan kerja saya
adalah memberi pinjaman peribadi, pinjaman ASB dan lain-lain.
Setiap hari sebelum pergi kerja saya akan membaca Al Quran satu
muka dan terjemahan satu muka.
Suatu hari, Quran yang dibaca pagi tu masuk bab riba.
Menerangkan dosa riba ibarat mengambil senjata dan berperang
dengan Allah SWT dan RasulNya. Saya terus rasa nak berhenti kerja
sebab gila kah anda nak berperang dengan Tuhan dan Rasul?.
Saya bertanya kepada ustaz, bermesyuarat, buat kajian, solat
istikarah. Ustaz memberitahu bahawa kena cari kerja lain dan jika
belum jumpa mana-mana kerja lain, teruskan bekerja tetapi
didalam hati kena niat yang kita tidak suka kerja disitu. Saya
bagitahu hajat saya kepada kedua ibu bapa saya tetapi mereka tidak
bersetuju, saya tidak salahkan mereka, mereka hanya risau tentang
42
saya, mereka risau siapa yang akan membayar sewa rumah di KL?
Kereta?
Saya mempunyai Ijazah Banking And Finance, semestinya
orang tua kita mahu melihat kita berjaya dalam kerjaya. Saya dah
buat permohonan untuk meminta kerja di bank islamik tetapi tidak
dapat, setiap bulan saya minta izin dengan ibu saya untuk berhenti
kerja tetapi mereka tidak benarkan.
Sehinggalah saya buat perniagaan kecil-kecilan melalui online
dan berjaya dapat sedikit duit lebih dan tiba-tiba ibu dan ayah saya
membenarkan saya berhenti kerja bank. Akhirnya saya
meninggalkan riba dan bertawakal seperti maksud Ayat Seribu
Dinar, saya yakin Allah SWT akan menolong saya jika saya
bertakwa. Saya yakin jika saya tinggal apa yang Allah SWT larang
dan buat apa yang Allah SWT suka, mesti Allah SWT akan bantu
saya.
Selepas berhenti kerja, saya membuat perniagaan online dan
mengamalkan ayat ini setiap kali selepas solat dan Alhamdulillah
pernah mendapat jualan sebanyak RM80,000.
43
Dulu artis Neelofa terkenal dengan jualan Lens, iaitu Lofalens.
Ada yang kata sebelum menjual lens, dia menjual produk
kecantikan dan jual kasut. Sekarang produk apa yang tengah laris
dipasaran? Sudah tentu Naelofar Hijab dan susu Nilofa. Mungkin
orang kata shawl dia laris disebabkan dia artis, untuk dia jumpa
produk yang laris berapa kali dia cuba?
Selain mencuba, dia mendapat rezeki yang mencurah selepas
dia berhijrah. Sama juga seperti Vivy Yusof iaitu seorang blogger
terkenal dan pengasas Fashion Valet. Selepas dia berhijrah, dia
mula menutup aurat, shawl yang bernama Duck oleh Vivy Yusof
laris terjual dipasaran. Erti kata lain, mereka bertakwa. Itu lah
mereka, mereka telah membuat apa yang Allah suruh dan
tinggalkan apa yang dilarang. (Ini adalah contoh terdekat yang saya
guna untuk memudahkan semua faham apa itu takwa)
Mulai hari ini marilah kita bersama-sama bertakwa kepada
Allah SWT, bermula dengan sekecil-kecil amalan seperti berhenti
berbohong, berhenti memakai seluar pendek bagi lelaki, berkata
yang baik-baik dan tidak mengeluarkan kata yang tidak enak
didengar dan sebagainya. Anda lihat dengan perubahan anda ini,
44
rezeki akan datang dengan tidak disangka-sangka seperti yang
dijanjikan oleh Allah SWT didalam Surah At Talaq.
Allah berfirman, Pohonlah ampun pada Tuhanmu, sesungguhnya
Dia Maha Pengampun.
45