The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juhaidahwahab, 2020-12-22 06:40:56

TARIKAN MAGNET REZEKI 2021

TARIKAN MAGNET REZEKI 2021

Nabi SAW bersabda:

Di dalam tubuh manusia terdapat seketul daging, apabila daging
ini elok, maka seluruh tubuh akan elok juga. Apabila daging ini
rosak, maka seluruh tubuh akan rosak. Ketahuilah, daging
tersebut ialah hati.

Diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Imam Muslim
daripada Nu’man bin Basyir

Hati. Kita kena jaga hati kita supaya tidak ada perasaan hasad
dengki antara satu sama lain, suka marah, suka berkata buruk
tentang orang lain. Bila hati kita tidak baik, susah kita nak
menerima perkara yang baik dan apa yang perlu diubah terlebih
dahulu adalah bersihkan hati.

Bagaimana seseorang hendak membersihkan hati? Dengan
bertaubat. Perkara pertama sekali untuk kita mendapat redha Allah
adalah dengan bertaubat. Ini kerana kalau kita masih bergelumang
dengan dosa, maka apa yang kita doa mungkin tersekat dilangit
atau tak sampai terus kepada Allah SWT sebab kita masih banyak
dosa dan membuat maksiat. Maksiat mata, telinga, mulut, tangan,
kaki, perut dan kemaluan.

46

Buatlah solat sunat taubat dan berazam agar tidak mahu buat lagi
perkara yang mendatangkan dosa. Allah SWT suka kepada orang
yang suka bertaubat.

Dalam riwayat Muslim
“Nescaya Allah itu lebih gembira dengan taubat hamba-Nya

ketika ia bertaubat kepada Nya daripada kegembiraan seorang yang
berada diatas kenderaannya, yang dimaksudkan ialah untanya dan
diceritakan ada pemuda berada di suatu tanah yang luas kemudian
untanya tersingkir dari dirinya sedangkan diatas untanya ada
semua makanan dan minumannya. Orang itu berputus asa kerana
tiada apa nak dimakan dan minum. Kemudian ia menghala ke
sebuah pohon dan terus tidur berbaring sedang hatinya berputus
asa sama sekali dari menemui kenderaan tersebut. Tiba-tiba
untanya tampak berdiri disisinya lalu ia mengikatnya dan oleh
sebab terlalu gembira maka orang itu berkata “Ya Allah, Engkau
adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu.” Ucapan yang terlalu
gembira kerana terjumpa kembali untanya sampai tersalah cakap
yang dia tu Tuhan.

47

Keterangan:
Kegembiraan Allah SWT bila mana tahu hambaNya yang bertaubat
itu adalah melebihi dari kegembiraan orang tersebut dalam kisah
ini. Kisah ini saya dapat daripada kelas Majlis Taklim Darul
Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin.

Jika kita buat apa yang Allah suka,
Allah pun suka untuk berikan apa yang kita minta

Kita perlu bertaubat setiap hari. Allah SWT sentiasa buka
pintu taubat di malam hari jika hambanya membuat dosa di waktu
siang dan pintu taubat dibuka pada siang hari jika kita membuat
dosa dimalam hari. Pintu taubat dibuka 24 jam sehinggalah
matahari naik disebelah barat.

(Jangan pula lepas ini anda solat taubat untuk niat nak dapat
rezeki atau sales, niat untuk dapat redha dan pengampunan Allah
SWT, insyallah rezeki itu akan datang sendiri)

48

Masih lagi dalam bab tarik rezeki dengan bertaubat. Kisah ini
saya dapat daripada kelas Majlis Taklim Darul Murtadza yang
dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin.

Pada zaman Nabi Musa AS, pernah terjadi musim kemarau yang
panjang. Mereka beramai-ramai pergi menemui Nabi Musa AS
kerana Nabi Musa AS boleh bercakap terus dengan Allah SWT.
Mereka meminta Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT supaya
diturunkan hujan.

Nabi Musa AS dan kaumnya pergi ke satu tempat dan berdoa
kepada Allah SWT supaya diturunkan hujan. Selepas Nabi Musa AS
berdoa kepada Allah SWT untuk turunkan hujan, Allah SWT
berkata kepada Nabi Musa AS, didalam kumpulan ini ada seorang
yang melakukan maksiat secara terang terangan selama empat
puluh tahun. Dikatakan Allah SWT menyuruh orang itu keluar dari
kumpulan tersebut kerana orang tersebut penyebab terhalangnya
doa Nabi Musa AS.

49

Nabi Musa AS berkata kepada kaumnya bahawa ada
dikalangan kamu melakukan maksiat terang terangan selama
empat puluh tahun dan mengarahkan orang itu keluar. Orang yang
dimaksudkan itu sedar dan kalau dia keluar dari kumpulan tersebut
maka malu lah dia dan terbuka aibnya. Maka dia pun bertaubat
disitu.

Hujan mulai turun dan Nabi Musa AS berkata kepada Allah
SWT, orang itu tidak keluar tetapi mengapa engkau turunkan
hujan? Allah berkata orang itu sudah bertaubat dan Nabi Musa AS
meminta untuk ingin melihat siapakah orang yang berbuat maksiat
selama empat puluh tahun itu.

Allah SWT berkata, selama empat puluh tahun Aku menutup
aibnya, sekarang dia sudah bertaubat, adakah perlu Aku membuka
aibnya setelah dia bertaubat?

Kurang lebih begitulah kisahnya. Maka apa yang perlu anda perlu
lakukan adalah solat sunat taubat dahulu bersungguh-sungguh,
mungkin ada dosa kita yang kita buat dalam keadaan tidak sedar

50

maka jalan terbaik adalah kita bertaubat dan insyallah rezeki akan
terbuka luas.

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa
AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam
terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal
rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja.

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun
fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS
untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri
salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia
tanya.

51

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah
tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu
sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat
untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan
bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab
permintaan tuan dan memberikan saya lebih."

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya,
Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah
ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku
roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan
kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan
dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa
AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu
menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-
apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan
sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya."
Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

52

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu
meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau
bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi
tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang
menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada
makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak
berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di
satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula
meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui
kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua
itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi
tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak
roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya
dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda." Penggembala

53

tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan
haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala
tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan
perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan
Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan
kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal,
telah bertukar menjadi sebuah taman. Ada pokok-pokok buah-
buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan
meragut tidak jauh dari situ.

Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan.
Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik
orang tua yang sama. Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia
tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari
- Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

54

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa
yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah rezeki yang telah ditulis untuk orang tua
tu. Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang
tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang
telah tertulis untuk kehidupan dia.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah
SWT.

55

Ada lagi satu kisah tentang keberkatan, kisah ini saya dapat
daripada seorang jemaah tabligh, seorang ustaz, dia juga seorang
perawat traditional cara islam. Ustaz ini dapat cerita ini daripada
kitab Fadilat Sedekah.

Ada seorang lelaki yang mempunyai empat orang anak lelaki.
Lelaki itu telah jatuh sakit. Salah seorang daripada anak-anak
lelakinya itu berkata kepada tiga orang saudaranya yang lain, “Jika
kamu ingin berkhidmat kepada ayah dengan syarat bahawa kamu
tidak akan mendapat sedikit pun daripada harta pusaka. Jika kamu
tidak bersedia maka aku bersedia berkhidmat kepada ayah dengan
syarat tersebut. Aku tidak akan mengambil harta pusaka
sedikitpun.”

Mereka telah bersetuju dengan syarat itu. “Kamulah yang
berkhidmat kepada ayah dengan syarat itu. Kami tidak akan
lakukan, “Maka dia telah bersungguh-sungguh berkhidmat kepada
bapanya namun bapanya itu telah meninggal dunia. Dia tidak

56

mengambil harta pusaka sedikit pun sebagaimana yang telah
disyaratkan.

Pada waktu malam dia telah bermimpi. Ada orang berkata
kepadanya, “Di sekian sekian tempat ada seratus keping wang emas
tertanam. Pergilah ambil.” Dalam mimpi itu dia bertanya, “Adakah
sebarang berkat dalam dinar-dinar itu?” Dijawab, “Tidak ada.”

Pada waktu pagi dia telah menceritakan mimpi itu kepada
isterinya. Si isteri telah menggesa suaminya agar pergi mengambil
dinar-dinar itu namun dia tidak melakukannya. Pada malam kedua
dia bermimpi lagi, ada yang menyuruhnya mengambil 10 keping
wang emas di suatu tempat lain. Dia pun bertanya tentang
keberkatan wang itu. Dijawab bahawa tiada berkat dalam wang itu.

Pada paginya dia telah menceritakan mimpi itu kepada
isterinya dan isterinya telah menggesanya untuk mengambil wang
itu namun dia tidak melakukannya. Pada malam ketiga pun dia
masih bermimpi. Ada orang berkata kepadanya, “Pergilah ke sekian
sekian tempat, kamu akan dapati satu dinar di sana. Ambillah ia,

57

Dia masih menanyakan keberkatan dinar itu dan dijawab, “Ya, ada
berkat bersamanya.”

Maka dia pun pergi mengambil dinar itu dan telah pergi ke
pasar dan membeli dua ekor ikan dengan dinar tersebut. Daripada
setiap ekor ikan itu telah keluar satu biji mutiara yang begitu cantik
yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sepanjang hayat. Selepas
digesa, raja pada masa itu telah membeli kedua-dua biji mutiara
tersebut dengan bayaran sebanyak emas yang dimuatkan pada 90
ekor keldai.

Demikianlah kisah tentang keberkatan. Selalunya orang akan
jaga orang tua dengan baik disebabkan mereka banyak harta dan
mengharapkan harta pusaka tersebut, dan daripada 100 dinar wang
emas hingga ke 1 wang dinar emas, dia memilih yang sedikit asalkan
ada keberkatan dan akhirnya keberkatan yang melimpah ruah
untuk pemuda yang jaga ayahnya tadi.

Sekarang kita niat untuk mencari rezeki yang ada keberkatan
dan halal. Moga-moga rezeki kita dilimpahi dengan rezeki yang
halal dan dilimpahi dengan keberkatan, amin.

58

Amalan ini saya dapat daripada jutawan perfume iaitu
pengasas perfume yang terkenal iaitu Puan Ernayanee pengasas
syarikat Dexandra, ia adalah satu jenama perfume yang tengah
popular di Malaysia. Puan Erna berkongsi rahsia tentang amalan
hariannya kepada saya.

Setiap pagi perkataan “terima kasih Allah” tak pernah lepas.
Tengok anak pegang anak sebut ya Allah syukur, pegang duit dan
rasa perasaan bahagia, tengok apa-apa sentiasa sebut ya Allah
terima kasih Allah, syukur dan alhamdulillah. Puan Erna
meletakkan syukur dan terima kasih Allah dalam hati selalu.

Kalau sedekah biar konsisten, kalau susah, set dekat CIMB
atau Maybank auto set untuk sedekah. Bila belanja duit, Puan Erna
akan pastikan dia akan bersedekah lebih banyak daripada dia
berbelanja. Contoh kalau beli beg berharga RM10,000 duit untuk
sedekah kena lebih daripada RM10,000. Bahagiakan hati tapi perlu
juga bahagiakan hati orang lain kata beliau.

59

Akhir sekali Puan Erna berkata, Astaghfirullahalazim antara
pembuka rezeki. Istighfar 1000 kali. Hanya perlu 15 minit untuk
capai 1000 kali istighfar katanya. Setiap kali keluar rumah awal,
pagi baca Al Quran dengan niat katam Al Quran. Baca Surah Al
Ikhlas 3 kali bersama suami dengan Al Fatihah.

Sebenarnya banyak amalan mudah yang kita boleh amalankan
tapi kena konsisten. Saya mungkin kurang bangun malam tapi
mungkin amalan yang kecil-kecil sebagai pembuka rezeki kata Puan
Erna.

Selain sedekah duit, sedekah barang yang kita jual. Saya dapat
tips ini daripada jutawan kosmetik iaitu Puan Felinna dan Tuan
Rafie. Mereka akan sedekah 10% daripada total barang yang
mereka bakal jual. Maksudnya kalau anda nak jual baju, anda
sedekah 10% daripada jumpa stok anda. Insyallah akan senang
terjual. Kalau stok ada 100pcs, sedekah 10pcs. Selain itu mereka
akan membuat kenduri sebelum lancarkan produk, kita memberi
dan bersyukur dahulu bukan bila dah berjaya baru nak buat
kenduri.

60

Hasilnya? Butik Felinna di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi,
Selangor beratur panjang semasa Grand Opening yang lepas. Saya
juga buat perkara yang sama dan ramai yang beratur panjang
semasa perasmian kafe baru saya di Bangi Sentral.

Ada seorang Hamba Allah, dia mempunyai butik di Shah Alam
dan juga di Bangi Sentral, Bangi. Dia menceritakan bagaimana dia
menjaga staff dan memberi gaji dan komisyen dengan jualan harian
yang mereka dapat. Dia tunjuk sendiri kertas jualan yang staff
hantar, jualan hari tersebut RM40,000 di butik Shah Alam. Jualan
untuk sehari bertarikh 27.7.2017 dan waktu tu bukan nak raya
tetapi dah raya. Saya bertanya apakah amalan akak?

Dia berkata alhamdulillah rezeki dari Allah, syukur sentiasa
dan jangan lupa sedekah setiap hari sebelum fajar. Dia akan bagi
duit kepada suaminya yang pergi menunaikan solat subuh di masjid

61

dan suaminya akan sedekahkan. Katanya itu juga amalan founder
Nurraysa Beauty. Dia akan sedekah selepas pukul 6 pagi ke akaun
yang memerlukan. Bermula sedekah RM10 makin lama makin
banyak.

Anda dapat sesuatu? Mari kita amalkan

Allah Ta’ala berfirman:
“Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah
hati dan takut dan bukan dengan suara keras, di waktu pagi dan
petang dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf: 205)

Allah Ta’ala berfirman lagi:
“Dan berzikirlah kamu semua kepada Allah sebanyak-banyaknya,
supaya kamu semua berbahagia.” (Al-Jumu’ah:10)

62

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua kalimat yang ringan pada lisan-yakni mudah
diucapkan tetapi berat sekali dalam timbangan di akhirat –
dicintai oleh Allah Maha Pengasih, iaitu Subhanallah wa bi
hamdih dan Subhanallahil ‘azim.” Ertinya: Maha suci Allah dan
pujian padaNya; dan Maha Suci Allah yang Maha Agung.
(Muttafaq ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Nescayalah kalau saya mengucapkan: Subhanallah Walhamdu
lillah wa la ilaha illahu wallahu akbar – Maha Suci Allah, segenap
puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah
Maha Besar, maka itu saya lebih sukai daripada apa saja yang
matahari terbit atasnya – yakni lebih disukai dari dunia dan
seisinya ini.” (Riwayat Muslim)

63

“Saya ijazahkan kepada kalian semua untuk membaca LA ILAHA
ILLALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN 100 kali” kata
yang mulia Al Habib Umar Bin Hafidz yang datang dari Yaman.
Waktu ini saya datang Majlis Taklim Darul Murtadza yang dipimpin
oleh Habib Ali dan ketika itu Habib Umar iaitu Guru Habib Ali
datang dan memberi kata-kata nasihat.
Salah satu nasihat yang saya ingat adalah beliau menyuruh zikir La
ilaha Illallah Al Malikul Haqqul Mubin sebanyak 100 kali

64

Fadhilat:

Melancarkan rezeki.
Merubah sifat manusia.
Tenang dari bingung di Alam Kubur.
Dibuka pintu syurga.
Selamat siksa kubur.
Akan datang segala kemudahan didunia.
Setiap yang membaca maka Allah SWT menjadikan Malaikat
bertasbih buatnya kepada Allah.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illalahu wahdahu la
syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-
in qadir – ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada
sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya adalah semua kerajaan dan pujian
dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ - dalam
sehari seratus kali, maka ia memperoleh pahala yang sama
dengan memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, juga
untuknya dicatatlah sebanyak seratus kebaikan dan
dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia
dapat memperoleh benteng yang kukuh dari godaan syaitan pada

65

harinya itu sampai waktu petang. Tiada seorang pun yang dapat
memperoleh sesuatu yang lebih utama dari apa yang dilakukan
oleh orang itu, melainkan seorang yang mengerjakan lebih
banyak dari itu.”

Beliau s.a.w. selanjutnya bersabda: “Barangsiapa yang
mengucapkan Subhanallah wa bi hamdih – Maha Suci Allah dan
dengan mengucapkan pujian kepada-Nya, dalam sehari
sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua
kesalahannya, sekalipun kesalahannya itu sebanyak buih lautan.”
(Muttafaq ‘alaih)

66

Dari Sa’ad bin Abu Waqqash r.a, katanya: “kita semua berada di
sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: “Adakah seseorang di
antara kamu semua itu tidak berkuasa mencari seribu kebaikan
dalan setiap harinya?” Kemudian ada seorang dari golongan
yang sama-sama duduk di waktu itu bertanya beliau s.a.w.:
“Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?” Beliau
s.a.w. menjawab: “Hendaklah orang itu yang ingin seribu
kebaikan membaca tasbih seratus kali, maka untuknya akan
dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari
dirinya seribu kesalahan.” (Riwayat Muslim)

Ya Razak = Allah Yang Maha Pemberi Rezeki
Ya Wahhab = Allah Yang Maha Pemberi
Ya Fattah = Allah yang Maha Pembuka Pintu Rahmat

Baca 100 kali selepas solat Subuh atau Zohor
Atau baca 7 kali selepas solat fardhu (jika sibuk)

67

Zikir ini saya dapat dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki.
Selalunya akan zikir 3 nama Allah ini waktu selepas solat zohor.
Selalunya apabila saya amalkan zikir selepas zohor ini, ada sahaja
perkara baik-baik yang berlaku.

Perbanyakkan Selawat
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma
bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “
Barangsiapa yang membaca shalawat kepadaku sekali, maka Allah
akan memberi kerahmatan kepadanya sepuluh kali dengan sebab
shalawatnya yang sekali tadi.” - Riwayat Muslim

Perbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi S.A.W,
”Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-
sangka.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I, Ibnu
Majah dan Al Hakim Dari Abdullah Bin Abbas R.A

68

Anda dikehendaki membeli tasbih digital dan letak didalam
kereta dan rumah. Selalunya setiap pagi semasa saya nak pergi
kerja saya akan zikir dahulu, satu hari saya terpaksa pergi ke Kuala
Lumpur atas urusan kerja dan saya selalunya saya zikir kalau
sampai 1000 kali saya akan tukar ke zikir lain, kali ini saya fokus
kepada satu zikir sahaja iaitu Ya Razak, sampai 2500 kali saya zikir.
Kalau didalam kereta memang tidak sedar, rasa sekejap sahaja dah
sampai 1000 kali. Selepas cecah 2500 kali, ada panggilan masuk,
orang itu kata dia dari TV Alhijrah, terkejut saya dapat panggilan
tersebut tapi saya jawab dengan nada tenang dan sikit terkejut, ada
program baru dan TV Alhijrah meminta saya hadir ke studio esok
harinya. Program terbaru tersebut masih dalam perbincangan.
Moga ada rezeki dengan TV Alhijrah, amin. Saya mulai amalkan Ya
Razak 2500 kali atau lebih dan alhamdulillah rezeki datang
dengan tidak disangka-sangkakan.

69

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Baca Bismillahirahmanirahim 786 kali ketika matahari sedang
naik waktu pagi (selepas waktu syuruk)

Kepada yang ada perniagaan sendiri, sebelum masuk kedai baca 3
kali Surah Al Ikhlas bagi salam dan baru masuk. Waktu nak balik
baca ayat Kursi dan baru balik.

WA JA’ALTU LAHU MA LANM MAMDUDA - Surah Al –
Muddaththir, Ayat 12
“Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak”
313 Kali ketika bermula perniagaan

70

“Ya Allah, Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu
keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-
pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.”

Saya selalu amalkan doa ini, tetapi tidak tahu betul atau tidak
sampailah kawan saya bernama Jaafar yang selalu pergi ke kelas
agama berkata, dia terjumpa Ustaz Fadhilah Kamsah, Ustaz
berpesan kepadanya agar amalkan doa ini setiap hari dan saya terus
yakin untuk amalkan doa Pembuka Dua Belas Pintu ini.

“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu
hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu
bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang
datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadaMu

71

(yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan
kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-
baik Pemberi Rezeki.” - Surah Al Maidah Ayat 114

Amalkan doa Nabi Isa AS ini selepas solat sebanyak 7 kali

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari
kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi mu, amat belas
kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min.
- Surah At Taubah Ayat 128
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah;
“Cukuplah Allah bagi ku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki
‘Arsy yang agung’. - Surah At Taubah Ayat 129

72

Dikatakan barang siapa yang membaca ayat ini 7 kali setiap hari
selepas solat fardhu maka dengan izin Allah SWT:
- Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat.
- Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang
mulia.
- Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendapat
pertolongan.
- Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendapat
kelapangan.
- Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dapat
membayar.
- Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang
kesusahannya.
- Jika dia seorang yang sulit dalam kehidupan maka akan segera
mendapat kelapangan kehidupan.

73

Saya pernah berjumpa dengan seorang orang tua, pakai jubah
putih dan dia adalah pembimbing madrasah di Kedah, dia baru
lepas merawat orang menggunakan cara islam. Saya kenalkan diri
saya dan bertanyakan apakah amalan murah rezeki yang perlu saya
amalkan? Orang tua itu menyuruh saya membaca 11 kali Surah Sad,
ayat 54 selepas solat Asar.

“INNAHAZA LARIZKUNA MALAHU MINNAFAAD” - Surah
Sad, ayat 54
“Sesungguhnya inilah pemberian kami kepada kamu , pemberian
yang tidak akan habis – habis” - Surah Sad Ayat 54

Saya tidak baca 11 kali tetapi saya banyakkan bacaan seperti 33 kali
selepas solat, kalau sibuk saya baca 11 kali selepas solat.

74

Jika anda ada lebihan duit, anda membayar hutang dahulu
atau anda labur dahulu? Jika ada duit lebih, bayar dahulu hutang
lama sedikit demi sedikit. Ada keajaiban yang akan anda rasai
sendiri. Rezeki akan datang selepas kita membayar hutang.
Cubalah.

Hutang pinjaman rumah, hutang pinjaman kereta, hutang
pinjaman peribadi, bil air, bil elektrik semua ini dikategorikan
sebagai hutang. Ada doa Nabi SAW ajar untuk kita membayar
hutang. Hutang mestilah kita niat hendak membayarnya bukan niat
tidak mahu bayar. Insyallah akan dipermudahkan untuk kita bayar
jika amalkan doa ini.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata,

Suatu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid, tiba-tiba
baginda SAW berjumpa seorang Al Ansari yang bernama Abu
Umamah. Rasulullah SAW bertanya "Wahai Abu Umamah,
mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat?" Abu
Umamah ra. menjawab, "Kerana kerunsingan yang melanda hatiku

75

dan beban hutangku wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda,
"Mahukah kamu aku mengajarimu beberapa bacaan, yang bila kau
mengamalkan membacanya nescaya Allah akan menghilangkan
rasa gelisah dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?" Abu
Umamah berkata, "Betul, wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda,
"Ucapkanlah diwaktu pagi dan petang: Allahumma inni a’udzubika
minal hammi wal hazan..." Kemudian aku melakukan perintah tadi,
maka Allah menghilangkan rasa gelisah dari diriku dan melunasi
hutang-hutangku". HR Abu Dawud

Doa:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari gelisah dan
sedih, dan aku berlindung denganMu dari sifat lemah
dan malas, dan aku berlindung denganMu dari sikap
pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari
bebanan hutang dan penindasan orang.”

Amalkan doa ini pagi dan petang insyallah ada rezeki untuk
membayar hutang dan pastikan bayar cepat selepas dapat rezeki
tersebut. Jangan tangguh membayar.

76

Berzikirlah dan berdoalah, anda pasti akan dapat rasa Allah
SWT menghantar pertolongan kerana kita menyebut-nyebut dan
membesarkan namaNya.

Banyakkan berdoa dan berzikir diantara waktu asar dengan
maghrib pada hari jumaat, terdapat satu waktu yang mustajab doa
tetapi dirahsiakan Allah SWT. Maka pada hari jumaat diminta
bercakap yang baik-baik sahaja, kalau boleh setiap hari bercakap
yang baik-baik sahaja.

77

Solat sunat isyrak adalah solat sunat yang dilakukan 16 minit
selepas waktu syuruk. Dikatakan waktu solat isyraq ini sangat
singkat hanya 15 minit selepas masuk waktu isyraq. Selepas selesai
solat sunat Isyraq digalakkan baca doa solat sunat Isyraq. Selepas
selesai solat sunat Isyrak boleh terus dirikan solat Sunat Dhuha.

Dari Abu Dzar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Atas setiap ruas tulang seseorang di antara kamu semua itu pada
setiap paginya harus ada masing-masing sedekahnya. Maka
setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan
tahmid adalah sedekah, setiap sekali tahlil adalah sedekah, setiap
sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada
kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemugkaran juga sedekah
dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang
dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha.” (Riwayat
Muslim)

78

Solat Sunat Dhuha adalah salah satu kunci kepada pintu
rezeki. Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan 16 minit selepas waktu
syuruk.

Jadikan solat Sunat Dhuha sebagai rutin harian. Bermula
dengan 2 rakaat satu salam setiap hari dan tambah lagi 2 rakaat satu
salam, sehingga menjadi 4 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat dan 12 rakaat.

Pernah seorang pemuda membuat Dhuha 12 rakaat dan
perniagaan pemuda tersebut meningkat jualannya. Esok hari
pemuda tersebut buat lagi 12 rakaat dan ternyata ramai pelanggan
dan masuk hari ke 3 berturut-turut dia buat dan pelanggan ramai
yang datang ke kedai pemuda tersebut.

Semenjak hari tu pemuda tersebut terus buat 12 rakaat setiap
hari tetapi kalau sibuk pemuda tersebut akan istikamah 2 - 8 rakaat
ke atas setiap hari diakhiri dengan doa dhuha.

79

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Adalah Rasulullah
s.a.w itu bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahkan dari jumlah itu sekehendak hatinya.” (Riwayat
Muslim)

Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga
daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang
ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar.
Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-
kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan
sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah
seberapa banyak yang termampu. – JAKIM

Doa di saat tahajud,
umpama anak panah yang
tepat mengenai sasaran.
– Imam Syafi’i.

80

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan
berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud,
kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya
itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai
kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-
Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Buat Solat sunat Tahajjud 2 rakaat satu salam sebanyak 8
rakaat. Doa spesifik, minta berapa RM yang anda inginkan, minta
secara detail. Jika apa yang anda hajati ketika bertahajjud tidak
dimakbulkan, minta lagi dan lagi.

If you want it, tahajjud it

81

Surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, terkenal dengan
khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan
pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-
Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah
menjauhkan kefakiran selamanya.

Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan
tentang kelebihan surah ini. Berikut adalah antara khasiat Surah Al-
Waqiah:

Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis
sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan
kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyatakan dalam pesanan
Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat ketika
itu.

Uthman berkata : "Ini untuk anak-anak perempuan kamu
selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut
anak-anak perempuan kamu menjadi miskin?”

82

Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca
surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah
tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin
Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.
Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan
membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar
dari kemiskinan.

Untuk amalan Surah Al Waqiah, dikatakan amalkan surah ini
3 kali selepas solat Isyak dan 3 kali selepas solat Subuh.
Insyallah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan
dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Paling kurang baca 1 kali setiap malam

83

Apa itu taman syurga di dunia? Ia adalah majlis ilmu, ceramah
ugama, majlis selawat dan zikir. Saya suka pergi ke majlis ilmu dan
majlis zikir. Tahukah anda, barang siapa pergi ke taman-taman
syurga ini akan diampun dosa? Walaupun anda tidak berhajat nak
pergi majlis itu, hanya tujuan hendak jumpa teman atau bagi
barang dekat kawan juga Allah SWT ampunkan dosa kalau anda
didalam majlis tersebut?

Sayyidina Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,
“Sesungguhnya Allah SWT memiliki satu kumpulan malaikat
yang sentiasa bergerak ke sana kemari mencari halkah zikir.
Apabila para malaikat itu datang dan mengelilingi halkah-halkah
zikir itu maka mereka akan hantar satu utusan (membawa berita)
ke langit ke sisi Allah SWT. Utusan itu akan berbicara bagi pihak
semua malaikat, “ Wahai Tuhan kami, kami ini datang dari
hamba-hamba Mu yang sedang menceritakan kebesaran nikmat-
nikmat Mu (Al Quran, iman dan Islam), yang sedang membaca
kitab Mu dan yang sedang berselawat ke atas Nabi Mu dan
mereka memohon daripada Mu untuk kebaikan dunia dan akhirat
mereka.” Lalu Allah SWT berfirman, “Liputilah mereka dengan

84

rahmat Ku.” Para malaikat berkata, “sesungguhnya daripada
kalangan mereka ada seorang pendosa yang datang duduk
bersama mereka.” Maka Allah SWT berfirman “Liputilah mereka
semua dengan rahmat Ku, kerana ini adalah majlis orang-orang
yang begitu bertuah dan orang yang duduk bersama mereka tidak
akan terlepas (daripada rahmat Allah SWT).” (Bazzar:
Majma’uz Zawaid)

Kadang-kadang walaupun dah lambat nak ke majlis ilmu, saya
tetap akan pergi juga untuk mengambil berkat majlis tersebut.

Saya praktikkan baca hadis bersama staff. Setelah habis waktu
bekerja, sebelum pulang kami membaca hadis beramai-ramai.
Dikatakan dimana ada majlis taklim, malaikat yang berlegar akan
datang mendengar bacaan hadis. Waktu itu anda berdoalah apa
hajat dihati. Insyallah dimakbulkan. Sama juga apabila berada di
taman-taman syurga, doalah banyak-banyak insyallah akan
terkabul doa.

85

Kisah ini saya dapat daripada Majlis Taklim Darul Murtadza
yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan seorang Ustaz, dia
perawat cara islam, juga ada menceritakan kepada saya. Kisahnya
berbunyi begini.

Ada seorang pemuda terdengar satu seruan di langit, “wahai
awan, pergi turunkan hujan di kebun si Fulan bin si Fulan.” Pemuda
tersebut terkejut dan mengikut awan tersebut dan awan tersebut
berhenti di satu tempat dan turunkan hujan. Air mengalir terus ke
masuk ke kebun tersebut.

Pemuda tersebut terus mencari tuan punya kebun dan
bertanya adakah awak bernama si Fulan bin si Fulan? Apabila
sudah dikenal pasti betul orangnya, pemuda tersebut bertanya
kepada pemilik kebun tersebut, apa amalan tuan sampai hujan
turun terus ke kebun tuan? Pemilik kebun tersebut menjawab, tiada
amalan apa-apa, zikir, solat seperti biasa. Pemuda itu bertanya lagi,
bagaimana pula dengan pembahagian kebun ini?

86

Pemilik kebun tersebut memberitahu bahawa 1/3 daripada
hasil kebun akan diambil untuk dia dan keluarganya, 1/3 untuk
pusingan modal dan 1/3 lagi beliau sedekah.

Jika anda menghayati betul-betul kisah ini, 1/3 telah diniatkan
untuk sedekah adalah sangat banyak. Kita sudah diwajibkan untuk
sedekah 2.5% iaitu zakat daripada pendapatan kita tetapi kalau 1/3
adalah lagi banyak daripada 2.5%. Disebabkan sedekahnya itu,
Allah SWT menjaga kebunnya.

Daripada kisah ini, Ustaz Haji Zaki menasihatkan saya untuk
membuat perniagaan dan mengikut pembahagian 1/3 dan beliau
menasihatkan bukan buat daripada perniagaan yang sedia ada
tetapi buat perniagaan yang baru. Jadi saya dan tunang saya
bersetuju membuat perniagaan baju muslimah menggunakan
konsep pembahagiaan 1/3.

Sekarang dia dah jadi isteri saya yang sah. Kami bermula dengan
modal yang kecil iaitu seorang RM250 kalau tak salah. Ternyata
penjualan baju kami meningkat setiap bulan pernah jualan kami
hampir mencecah RM5000 sebulan. Kami ubah sedikit daripada

87

pembahagian, daripada hasil jualan baju, tolak kos akan dapat
untung. Daripada keuntungan baru kami akan bahagi 1/3 untuk
diri sendiri, 1/3 untuk pusingan modal dan 1/3 untuk sedekah.
Setiap bulan kami pasti bersedekah. Kami dinasihatkan bersedekah
kepada maahad tahfiz, sekolah agama sebab kita dah mengeluarkan
zakat 2.5% untuk orang miskin, jadi kami akan sedekah kepada
pelajar yang belajar agama, tahfiz dan sebagainya.

Pengurusan dan pembahagian rezeki yang anda dapat adalah
sangat penting. Walaupun rezeki anda sentiasa mengalir masuk
tetapi jika anda tidak membuat akaun setiap bulan, tidak membuat
kira-kira kos, pusingan modal dan keuntungan, maka akan menjadi
satu masalah satu hari nanti.

88

Saya pernah buat satu perniagaan yang bagi saya perniagaan
tersebut pasti akan memberi keuntungan yang tinggi. Kos yang
rendah dan keuntungan yang tinggi. Wang banyak dilaburkan
tetapi wang masuk sangat sikit (jualan). Akhirnya perniagaan saya
itu tidak bertahan lama. Rupanya isteri saya tidak setuju dengan
perniagaan yang saya buat ini. Dia tidak redha dan saya minta maaf
kepada isteri saya dan selepas itu saya kata nak buat ebook tentang
rezeki dan dia kata setuju. Lega hati saya.

Izin atau redha suami mahupun isteri adalah penting. Jika
suami kata tidak boleh atau tidak benarkan anda buat sesuatu, anda
jangan buat. Jika anda buat juga ia akan mengundang kemarahan
dan hati tidak tenang dan bila hati tidak tenang susah hendak
mencapai kebahagiaan dan rezeki akan tersekat disebabkan suami
atau isteri tidak redha. Suami isteri mesti serasi dan keputusan
mesti sebaris sebulat suara barulah jalan terbuka luas. Dalam
Bahasa inggeris, suami isteri mesti ‘align’.

Jaga hati suami atau isteri anda. Hari ini cuba ringankan tugas
harian isteri seperti menolong cuci pinggan, basuh baju dan isteri

89

akan rasa dihargai dan bila isteri gembira, pintu rezeki akan terbuka
dan akan dapat rezeki yang tidak disangka-sangkakan. Begitu juga
layanan isteri kepada suami, apabila layan suami dengan baik dan
ceria, sediakan makanan, minuman, perkara yang sama akan
terjadi.

Masih anda ingat? anda inginkan kebahagiaan, anda sendiri
kena bagi kebahagian dulu dan kebahagiaan akan datang, anda
mahukan happy, anda mesti happy dahulu dan happy akan datang
kepada anda. Barulah rumahtangga bahagia dan harmoni. Pintu
rezeki akan terbuka luas buat suami dan isteri.

90

Kisah ini saya dapat di Majlis Taklim Darul Murtadza yang
dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin. Kisah dua adik-beradik
yang soleh. Abangnya banyak harta, tinggal di kota. Adiknya pula
orang biasa, seorang ustaz yang duduk di kampung. Adiknya ini
setiap hari nak makan kena pergi ke sungai untuk menangkap ikan.
Tiap hari seperti itu. Dia ditemani dengan muridnya.

Pada suatu hari, ustaz ini memerintahkan muridnya untuk
berjumpa dengan abangnya di kota untuk sampaikan salam
kepadanya dan meminta nasihat untuk dirinya. Sampai sahaja di
rumah abangnya, murid tersebut terkejut dengan rumah abangnya
yang besar. Kemudian dia meminta izin untuk berjumpa abang
kepada gurunya. Setelah berjumpa, dia sampaikan salam serta dia
beritahu yang gurunya itu meminta nasihat. Didalam hatinya, guru
aku orang yang zuhud. Abangnya ini penuh dengan nikmat dunia
takkan la meminta nasihat daripadanya.

"Lalu abangnya berkata;

Engkau pulang dan beritahu adikku itu, bahawa jangan
sibukkan hatinya dengan dunia. Bertambah hairanlah anak
muridnya itu. Patutnya abangnya itu cakap pada dirinya sendiri
yang penuh dengan nikmat dunia.

91

Lalu muridnya pulang kepada gurunya. Lalu di tanya gurunya,

"Kamu dah berjumpa dengan abangku? Apa nasihatnya buat diriku
ini?"

Muridnya berkata, “apalah abang ustaz, rumah besar tapi
berpesan hendaklah ustaz keluar dari hatimu dari kesibukan
dunia.”

Lalu gurunya pon menangis. Bertambah hairanlah muridnya
itu tadi. Keesokan hari, gurunya menjawab, "Engkau tahu bahawa
abangku yang banyak harta itu dia sebenarnya tidak mahu akan
harta itu. Tapi hatinya selalu bersama Allah SWT dan disibukkan
beribadat pada Allah SWT, maka dunia yang mengejarnya. Dia
tidak mahu sebenarnya tapi dia tiada upaya untuk menahan dunia
menuju kepada dirinya. Walaupun harta itu hilang sekalipun
daripadanya, harta itu direntap oleh Allah SWT daripadanya,
hatinya tidak terkesan sedikit pon dengan harta dunia itu. Hatinya
tetap dengan Allah SWT.”

"Sedangkan aku, yang kau lihat seorang yang warak, alim ini,
setiap kali aku dalam perjalanan pergi ke sungai untuk mencari
ikan, aku dalam keadaan ragu dengan janji Allah SWT. Aku ragu-
ragu dengan rezeki Allah SWT. Aku tidak yakin bahawa aku dapat
ikan atau tidak pada hari itu. Setiap hari bermain dalam fikiran ku
hari ini aku dapat ikan atau tidak.”

(kurang lebih begitulah kisahnya)

92

Apabila kita mengejar dunia sahaja, hanya dunia yang akan datang
Tapi apabila kita mengejar akhirat, dunia akan datang sendiri
kepada kita

Dari Zaid Bin Tsabit Radhiyallahu anhu, ia mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allah
akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran
dikedua pelupuk matanya, dan ia tidak mendapat dunia kecuali
menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya. Barang siapa
yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allah SWT
akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan
dihatinya, dan dunia akan mendatangainya dalam keadaan
hina.”

93

Amalan yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang
membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah SWT akan beri jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Bagi orang Islam, untuk menarik rezeki, kuncinya adalah
dengan membuat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini
menjadi sebab kasih dan sayang Allah SWT kepada hambaNya yang
bertakwa, bila Allah SWT suka kepada hambaNya, Allah SWT suka
memberi apa yang kita suka dengan rezeki yang tak disangka-
sangka.

Rezeki umpama hujan yang turun,
jika anda menadah hujan itu hanya dengan mangkuk
yang kecil,
sekecil mangkuk itu sahaja yang anda akan dapat,
‘besarkan mangkuk’ dan besarlah tadahan air hujan.

94

Saya akhiri tulisan dengan satu kisah. Kisah ini ada dalam kitab

The Ultimate Goal.
Di dalam dunia ini anda mahu mencari apa?
Apa yang anda ingin kan?
Di dunia ini apa yang kita ingin capai didalam agama adalah nak
masuk syurga.

Di syurga nanti semua nikmat ada. Sangat indah. Di dalam syurga,
semua best dan ada kisah pemuda terakhir yang masuk ke syurga,
pemuda tersebut orang yang paling last keluar dari neraka, hilang
rasa siksaan api neraka apabila mukanya memandang syurga. Itu
baru pandang, tak masuk syurga lagi. Betapa besarnya nikmat
syurga yang kita tidak dapat bayangkan. Apa yang anda mahukan,
akan dapat disyurga.

Banyak perkara hebat didalam syurga.
Allah SAW berkata kepada penghuni syurga, kamu mahu lagi?

95


Click to View FlipBook Version