HIMPUNAN BICARAHATI
ASMAA’UL HUSNA
DALAM IBADAH
DI SEPANJANG
BULAN RAMADHAN
Curahan Ilmu Dari Allah Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid
SENARAI KANDUNGAN M/S
1. PENGENALAN 3
2. KHABAR GEMBIRA TENTANG HADIAH PUASA BULAN RAMADHAN 3
3. KEBAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN 4
4. ASMAA’UL HUSNA 4
5. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR & ZIKRULLAH MEMOHON PENYUCIAN 5
6
a. MENYUCI PELBAGAI DOSA 6
b. MENYUCI PENYAKIT HATI 7
c. MENYUCI KEMALASAN 7
d. MENYUCI BERHALA DUNIA 7
e. MENYUCI BERHALA MANUSIA 8
f. MENYUCI KEPENTINGAN DIRI 9
6. HAKIKAT PUASA ANGGOTA TUBUH BADAN 11
7. BICARAHATI HARIAN SEMASA BULAN RAMADHAN 15
8. BICARAHATI DI PAGI-PAGI HARI RAMADHAN 16
9. BICARAHATI DI SEPULUH HARI TERAKHIR RAMADHAN 17
10. BICARAHATI DI PENGHUJUNG RAMADHAN
11. DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI & JASAD DALAM 18
MENGINGAT KEMATIAN
12. DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI & JASAD DALAM 18
MENGINGAT AKHIRAT
13. SOLAT 19
a. DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
19
MENGERJAKAN SOLAT2 SUNAT
b. SOLAT SUNAT TAHAJUD 20
c. SOLAT SUNAT DHUHA 24
d. SOLAT SUNAT TASBIH 24
e. BICARAHATI SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH 26
f. SOLAT SUNAT TARAWIH 30
g. BICARAHATI SELEPAS SOLAT SUNAT TARAWIH 33
h. SOLAT SUNAT HAJAT 36
i. DOA BICARAHATI ASMAULHUSNA SELEPAS SELESAI SOLAT
36
SUNAT HAJAT
1
j. SOLAT SUNAT TAUBAT 38
38
k. BICARAHATI SELEPAS SOLAT SUNAT TAUBAT 40
40
14. AL-QURAN 41
a. DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM 42
MEMBACA AL QURAN 43
b. PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA DALAM MEMBACA AL-QURAN 47
47
c. DOA BICARAHATI ASMAULHUSNA SELEPAS MEMBACA YASIN 51
51
d. BICARAHATI KETIKA KHATAM AL-QURAN 54
54
15. ZIKIR
a. DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
BERZIKIR
16. SEDEQAH, INFAQ, ZAKAT
a. DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
BERSEDEKAH
17. ZIARAH ORANG SAKIT, FAKIR MISKIN DAN ANAK YATIM
18. PANDUAN PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA DI SYAWAL
2
PENGENALAN
RAMADHAN adalah Pakej Tawaran Istimewa untuk roh manusia bagi mendekatkan
diri kepada Allah Ya Qoreeb
ROH MU RINDU KEPADA TUHANMU Ingin bersunyian denganNya, maka Allah SWT
yang memahami kerinduan roh hambanya, dikurniakan ibadah2 di waktu2 khusus bagi
mendampingiNya, diberi izin memisah diri dengan makhluq seketika kerana Allah Ya
‘Alim Maha Mengetahui rohmu keletihan, kesibukan, kelalaian, banyak kotoran yang
perlu disucikan dan dibersihkan.
ROHMU TIDAK PUAS BERIBADAH Terlalu banyak gangguan kesibukan pekerjaan,
tuntutan manusia, gangguan syaitan dan sebagainya.
TUHANMU MENUNGGU HADIAH DARIMU UNTUKNYA. Dia belum puas dengan
ibadahmu. Maka, ibadah2 khususiah ini bertujuan untuk puaskan Tuhanmu dengan
ibadahmu, agar rohmu merasa tenang dan puas.
KHABAR GEMBIRA TENTANG HADIAH PUASA BULAN RAMADHAN
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah memberi khabar gembira kepada para
sahabatnya dengan bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan
kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu
neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih
baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak
memperoleh apa-apa." HR. Ahmad dan an-Nasa`i.
3
KEBAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN
Menyuci diri
Mendekatkan diri kepada Allah
Kembali kepada Fitrah Kebaikan dan Kemuliaan
Mendapat pelbagai kurniaan dunia akhirat
Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur
Mendidik keinginan ke arah kebaikan
Mengenang penderitaan orang lain
Menyihatkan rohani & jasmani
Mengejar cinta Allah melalui Malam Lailatul Qadar
ASMAA’UL HUSNA
Firman Allah dalam berdoa dengan Asmaulhusna
Hanya milik Allah Asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan
menyebut Asmaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat
balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Al-A’raaf: 180)
Firman Allah dalam menghayati dan menyeru Allah dengan Asmaulhusna
Terjemahan: Katakanlah: Serulah Nama Allah atau Ar-Rahman, yang mana sahaja
kamu serukan; kerana bagi-Nyalah Asmaulhusna (Nama-Nama yang baik) Dan
janganlah kamu menyaringkan bacaan solatmu, dan janganlah kamu
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu”.
(Al-Isra’ 17:110)
4
MEMPERBANYAK ISTIGHFAR & ZIKRULLAH MEMOHON PENYUCIAN
(Roh ingin dimandikan, dibersihkan oleh Allah Al Quddus Yang Maha Suci agar
dapat mendekatkan diri kepada Allah)
1. Proses Penyucian Jiwa:
Zikir: Ya ‘Afuw - Ya Ghoffar - Ya Tawwab - Ya Quddus - Ya Jalil (7x)
Bicarahati: Ya Allah, Maafkanku, ampunku, terimalah taubatku, bersihkan dan
jernihkan hatiku dari penyakit hati, dosa, berhala dunia, kotoran syirik dan syaitan
yang mengalir dalam darah.
2. Proses Pancaran cahaya
Zikir: Ya Nuur - Ya Haadi - Ya Haq (7x)
Bicarahati: Ya Allah, pancarkan cahaya petunjukMu ke dalam hatiku
3. Proses Membuka Matahati
Zikir: Ya Fattah (7x)
Bicarahati: Ya Allah, bukakan matahatiku agar daku dapat merasakan Engkau
dekat denganku.
4. Proses Melembutkan Hati
Zikir: Ya Latiif (7x)
Bicarahati: Ya Allah, lembutkan hatiku yang keras ini agar gementar hatiku ketika
disebut namaMu.
5. Proses Pagari jiwa
Zikir: Ya Hafiz - Ya Muhaimin (7x)
Bicarahati: Ya Allah, lindungi, pelihara dan pagari hatiku dari bisikan nafsu dan
syaitan.
6. Proses Penyerahan Jiwa
Zikir: Ya Baari’ (7x)
Bicarahati: Ya Allah, daku menyerahkan seluruh jiwa raga untuk agendaMu,
jadikan daku abdiMu yang sejati
7. Proses Kebijaksanaan
Zikir: Ya ‘Aleem - Ya Hakeem - Ya Roshid (7x)
Bicarahati: Ya Allah, kurniakanku ilmu makrifat agar daku dapat mengenalMu.
8. Proses menghidupkan Roh:
Zikir: Ya Muhyi (7x)
Bicarahati: Ya Allah, tiada yang dapat menghidupkan melainkanMu, hidupkan
rohku sekiranya ia mati.
5
9. Proses membangkitkan Roh:
Zikir: Ya Baa’ith (7x)
Bicarahati: Ya Allah, tiada yang dapat membangkitkan melainkanMu, bangkitkan
rohku sekiranya ia tidur.
10.Proses mensejahterakan Roh:
Zikir: Ya Salaam (7x)
Bicarahati: Ya Allah, tiada yang dapat mensejahterakan melainkanMu,
sejahterakan rohku sekiranya ia sakit.
11.Proses memperkasakan Roh:
Zikir: Ya ‘Azeez, Ya Qowiy, Ya Mateen (7x)
Bicarahati: Ya Allah, tiada yang dapat menguatkan melainkanMu, kuatkan rohku
sekiranya ia sangat lemah.
12.Teknik Menghubungkan Roh Dengan Allah (Hablumminallah):
Zikir: Ya Rahman Ya Roheem Ya Jaami’ Ya Baaqi (7x)
Bicarahati:
Ya Allah, hubungkanlah rohku dengan Dikau agar rohku dapat berhubung dengan-
Mu untuk menerima petunjuk2-Mu dan Ilmu2-Mu dan kekalkan perhubungan ini
agar daku sentiasa berada di atas jalan yang benar.
MENYUCI PELBAGAI DOSA
Ya Allah Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab, daku datang kepadaMu sebagai hamba
yang berdosa, yang dhoif lagi hina, memohon kemaafanMu dan keampunanMu.
Walau daku datang membawa dosa setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu Allah
Ya Ghoffar Ya Ghaffur Ya ‘Aliy, sekiranya daku datang membawa dosa seluas langit
dan bumi, luas lagi keampunanMu Ya Allah Ya Ghoffar Ya Ghaffur Ya Wasi’,
Sesungguhnya Engkau mengampun dosa seluas buih dilautan dan sebanyak pasir di
pantai. Ya Allah dan terimalah taubatku, daku bertaubat daripada menghambakan diri
kepada nafsu dan syaitan, kembali kepada menghambakan diri kepadaMu sahaja.
Jadikan daku hamba dan khadamMu yang sejati. Daku menyerahkan seluruh jiwa dan
ragaku kepadaMu untuk Engkau aturkan hidup ini dengan agendaMu Ya Baari’, daku
membuang segala agenda peribadiku dan cita2 peribadiku.
MENYUCI PENYAKIT HATI
Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, yang Maha Suci lagi Maha Jernih, sucikan dan jernihkan
kotoran penyakit hati yang melekat di jiwa ini. Jiwaku seringkali dihinggapi penyakit
6
hasad dan dengki, kata mengata, benci membenci dan dendam mendendam sesama
kami dan berpanjangan.
Ya Allah, kebencian ini menyebabkan hati ini tidak tenteram, dan penuh penderitaan
seumpama barah yang semakin berkembang. Ya Allah, bersihkan, sucikan , jernihkan
dan keluarkan segala kotoran2 penyakit hati ini dari hati kami, dan gantikan ia dengan
kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim, agar kami sentiasa berkasih sayang, tolong
menolong, bimbing membimbing diatas jalan kebenaranMu Ya Allah Ya Haq.
MENYUCI KEMALASAN
Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci lagi Maha Jernih, suci dan jernihkan
penyakit malas yang bertapak dihati ini. Ya Hafiz Ya Muhaimin yang Maha
Melindungi lagi Maha Memelihara, lindungi dan peliharalah jiwaku dari bisikan jahat
nafsu dan syaitan, Ya Nuur Ha Haq, pancariku cahaya kebaikan agar daku dapat
menyebarkan kebaikan dan kebajikan kepada manusia di sekeliling.
MENYUCI BERHALA DUNIA
Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, yang Maha Suci lagi Maha Jernih, suci dan jernihkan
hatiku dari berhala dunia yang bertapak di hati ini, seringkali daku lebih mencintai
dunia ini daripada mencintaiMu Ya Allah, sedangkan daku diciptakan bukan untuk
mengejar dunia, tetapi semata2 mengabdi diri kepadaMu. Ya Mumit yang Maha
Mematikan, matikan kecenderungan hatiku kepada dunia yang hina dan fana’ ini. Daku
pasti akan meninggalkan dunia ini, tetapi ikatan yang sangat kuat dengan dunia ini
membuatku tidak mampu hampir kepadaMu, oleh itu Ya Mumit, putuskan ikatan
dunia dari hatiku, agar daku bebas merdeka untuk datang menjadi abdiMu, bebas
merdeka dari diperhambakan oleh dunia yang menipu ini. Hanya cahaya kebenaranMu
Ya Nuur Ya Haq akan jelas menunjukkan kepadaku akan hakikat sebenar dunia ini.
Letakkan semuanya di genggagamanku untuk menjadi alat bagi mengabdi diri dan
melaksanakan tugas khalifah di dunia ini.
MENYUCI BERHALA MANUSIA
Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, yang Maha Suci lagi Maha Jernih, suci dan jernihkan
hatiku dari berhala manusia yang bertapak di hati ini, seringkali daku lebih mencintai
manusia daripada mencintaiMu Ya Allah, sedangkan daku diciptakan bukan untuk
mencintai dan mengejar manusia, tetapi semata2 mengabdi diri kepadaMu.
Ya Mumit yang Maha Mematikan, matikan kecenderungan hatiku kepada cinta
manusia yang dhaif dan fana’ ini. Daku pasti akan meninggalkan dunia ini, tetapi ikatan
yang sangat kuat dengan manusia ini membuatku tidak mampu hampir kepadaMu.
7
Oleh itu Ya Mumit, putuskan ikatan cinta manusia dari hatiku, agar daku bebas
merdeka untuk datang menjadi abdiMu, bebas merdeka dari diperhambakan dan
digenggam oleh manusia yang juga hambaMu ini. Hanya cahaya kebenaranMu Ya
Nuur Ya Haq akan jelas menunjukkan kepadaku akan hakikat sebenar manusia ini.
Letakkan semuanya dalam genggamanku untuk menjadi alat bimbing membimbing
dan pimpin memimpin bagi mengabdi diri dan melaksanakan tugas khalifah di dunia
ini.
MENYUCI KEPENTINGAN DIRI
Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, yang Maha Suci lagi Maha Jernih, suci dan jernihkan
hatiku dari kepentingan diri yang ada dalam diri ini, seringkali kepentinganku lebih ku
utamakan dari kepentinganMu Ya Allah, sedangkan daku ini dicipta olehMu Ya Kholiq
untuk melaksanakan kepentinganMu sahaja, menjadi abdiMu sahaja.
Oleh itu Ya Allah Ya Mumit, matikan kepentingan diri dalam hati ini, dan Ya Zohir,
nampakkan pada pandangan matahatiku hanya kepentinganMu, perjuangan
agamaMu, kehidupan NabiMu, tuntutan dakwahMu, pengorbanan untukMu,
kehendak2Mu, agendaMu untukku di dunia yang akan ku tinggalkan ini.
Ya Allah, matikanku dalam lidahku sentiasa memujiMu, kakiku sentiasa berjalan
berziarah dan melakukan kebaikan demiMu.
8
HAKIKAT PUASA ANGGOTA TUBUH BADAN
Puasa LIDAH dari perbuatan yang tidak baik, sia-sia dan dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada lidahku agar
lidah ini hanya memperkatakan yang benar, membaca kalam2Mu dalam ayat Al
Quran, Hadis2 NabiMu, zikir menyebut nama2Mu, membaca kitab2 ulama’Mu,
menyampaikan kebenaran dan mencegah kemungkaran demi meneruskan
perjuangan NabiMu
Ya Hafiz Ya Muhaimin, Lindungi lidah ini dari mengumpat mengata, merendah2
orang, menghina orang, memarahi anak2 dan orang sekeliling dan kata2 yang sia2.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan lidah ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini,
dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah lidah ini lakukan.
Puasa FIKIRAN dari memikirkan perkara-perkara yang tidak baik, sia-sia dan
dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada fikiranku agar
fikiran ini hanya memikirkan yang benar dan yang baik-baik sahaja.
Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi fikiran ini dari memikir perkara2 yang haram, yang
sia2, kata2 manusia yang melemahkan, buruk sangka.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan fikiran ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini,
dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah fikiran ini lakukan.
Ya Bathin Ya Zohir, Hilangkan dari fikiran ini wajah2 manusia, makhluq, alam dan
peristiwa. Zahirkan dalam fikiran ini NamaMu Allah di sebalik manusia, makhluq,
alam dan peristiwa.
Puasa MATA dari perbuatan yang tidak baik, sia-sia dan dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada mataku agar
mata ini hanya memandang yang benar
Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi mata ini dari lihat perkara2 yang haram dari TV,
internet, hp, iklan dan pandangan yang sia2.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan mata ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini,
dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah mata ini lakukan.
Puasa TELINGA dari perbuatan yang tidak baik, sia-sia dan dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada telingaku
agar telinga ini hanya mendengar yang benar, mendengar kalam2Mu, zikir2
nama2Mu dan nasihat ulama2Mu.
9
Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi telinga ini dari mendengar umpat keji, kata2
nista dan fitnah, lagu2 yang melalaikan dan haram dari TV, internet, hp, iklan dan
pendengaran yang sia2.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan telinga ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama
ini, dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah telinga ini lakukan.
Puasa TANGAN dari perbuatan yang tidak baik, sia-sia dan dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada tanganku agar
tangan ini sentiasa melakukan yang benar, menghulur bantuan kepada anak yatim,
fakir miskin, orang sakit dan orang yang memerlukan.
Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi tangan ini dari suka memukul anak2 tanpa sebab,
suka mengambil hak orang lain, menaip mesej2 yang tidak baik dan sia-sia dan
melakukan perkara2 haram.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan tangan ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini,
dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah tangan ini lakukan.
Puasa KAKI dari perbuatan yang tidak baik, sia-sia dan dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada kakiku agar
kaki ini sentiasa melangkah ke tempat yang benar, menziarah untuk menghulur
bantuan kepada anak yatim, fakir miskin, orang sakit dan orang yang memerlukan,
melangkah demi menegakkan kebenaran dan mengcegah kemungkaran,
melangkah mencari ilmu2Mu.
Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi kaki ini dari suka berjalan ke tempat2 yang haram,
sia2 dan membuang masa, membeli belah berlebihan dan melakukan perkara2
haram.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan kaki ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini,
dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah kaki ini lakukan.
Puasa HATI dari perbuatan yang tidak baik, sia-sia dan dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq Ya Waduud, Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada
hatiku agar hati ini sentiasa mengingatiMu, merinduiMu dan MencintaiMu.
Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi hati ini dari mencintai Manusia, dunia, harta,
jawatan, wang ringgit, suami dan anak2 melebihi cinta kepadaMu, sesungguhnya
cinta kepada manusia dan dunia itu hanya di genggaman semata2 sebagai
amanahMu kepada kami, lindungi hati ini dari bisikan nafsu dan tipudaya syaitan.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan hati ini dari karat2 dosa2 yang ianya lakukan selama
ini, penyakit2 hati, berhala2 dunia dan manusia dan padamlah catitan2 kejahatan
yang pernah hati ini lakukan.
10
Puasa PERUT dari perbuatan yang tidak baik, sia-sia dan dosa
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, pancarkan cahaya kebenaranMu kepada perutku agar
perut ini hanya dimasuki makanan yang halal dan baik sahaja agar makanan ini
menjadikan tubuh ini kuat untuk beribadah kepadaMu.
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Qohhar, lindungi perut ini dari dimasuki oleh makanan
yang haram, syubhat dan berlebihan. Tundukkan dan berkatilah nafsu makanku
agar ianya tidak mendatangkan kemarahanMu.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan perut ini dari makanan2 yang tidak baik, syubhat
dan haram, Bersihkan perut ini dari penyakit2 dan kotoran2 dan permudahkan
kotoran dan najis keluar dari perut ini.
BICARAHATI HARIAN SEMASA BULAN RAMADHAN
Ketika bersahur
Laailaahaillallah, daku menafikan makanan ini mampu memberi tenaga kepadaku
melainkan tenaga itu hanya dariMu Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, makanan ini
hanyalah alatMu semata-mata. Allahumma Ya ‘Naafi’ jadikanlah makanan sahur ini
sebagai manfaat untukku menjadi abdiMu di siang hari. Alirkanlah kekuatan dan
rahmatMu Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Rahman Ya Rahim kepada sahur ini agar
memberi kekuatan kepadaku untuk berbakti kepada agamaMu dan alirkan kasih
sayangMu Ya Rahman Ya Rahim agar daku dapat menggunakan tenaga kurniaanMu
ini untuk menyayangi ummah.
Ketika menyediakan juadah berbuka puasa
Allahumma Ya Baari’ Ya Rozzaq aturkan rezekiMu buat kami di hari ini. Aturkan
langkahku sepanjang memasak ini agar ianya menjadi ibadah buat diriku. Ya Hafiz Ya
Muhaimin pelihara daku daripada berlebih-lebihan dalam menyediakan juadah
berbuka puasa ini. Ya Muqit masukkan sifat bersederhana dalam diriku.
Ketika membeli juadah berbuka puasa
Allahumma Ya Baari’ Ya Rozzaq aturkan rezekiMu buat kami di hari ini. Aturkan
langkahku sepanjang membeli juadah berbuka puasa ini agar ianya menjadi ibadah
buat diriku. Ya Hafiz Ya Muhaimin pelihara daku daripada berlebih-lebihan dalam
membeli juadah berbuka puasa ini. Ya Muqit masukkan sifat bersederhana dalam
diriku.
11
Selepas berbuka
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rozzaq, Yang Maha Pemurah, Penyayang dan
pemberi rezeki, daku bersyukur atas kurniaanMu dan rezekiMu yang melimpah ruah.
Terimalah ibadah puasaku untuk mencari redhaMu semata-mata, redhailah daku
sebagai abdi dan khadamMu.
Memohon kekuatan beribadah
Allahumma Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin kurniakanku kekuatan jiwa dan jasad untuk
beribadah sepanjang hari ini. Bukanlah makanan yang memberi kekuatan kepadaku
tetapi kekuatan itu datang dariMu Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin. Ya Quddus Ya Jalil
bersihkan sikap malas dan bertangguh dalam hatiku ini.
Memohon kefahaman ayat AlQuran
Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid kurniakanku kefahaman daripada ayat2
AlQuran yang dibaca ini. Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq terangi hati dan fikiranku dengan
cahaya AlQuran agar daku dapat mengambil pengajaran dan panduan daripada ayat2
yang dibaca untuk menjalani kehidupan sebagai abdi dan khalifahMu.
Memohon kekuatan bangun tahajud
Allahumma Ya Ba’ith bangkitkanku di waktu tahajud. Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin
kurniakanku kekuatan untuk melawan nafsu tidur dan kekuatan jasad untuk beribadah
kepadaMu. Ya Qohhar tundukkan nafsu tidurku. Ya Baari’ aturkan jiwa dan jasadku di
malam hari untuk menundukkan diri kepadaMu.
Memohon perlindungan daripada sikap buruk
Allahumma Ya Maani’ Ya Hafiz Ya Muhaimin cegahkan dan lindungi daku daripada
sikap dan tabiat buruk. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim bantu daku untuk
menggunakan semua anggota yang dipinjamkanMu ini untuk tujuan kebaikan di
sisiMu semata-mata. Ya Hafiz Ya Muhaimin lindungi daku daripada tergolong dalam
golongan yang ingkar kepadaMu.
Memohon masa yang bermanfaat sepanjang Ramadhan
Allahumma Ya Baari’ Ya Quddus bantu daku untuk mengatur jadual ibadah dan
kerja2 dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadhan ini dan sepanjang hayatku agar
12
dapat dimanfaatkan usiaku ini Ya Naafi’ untukMu. Ya Maani’ Ya Hafiz Ya Muhaimin
cegahkan dan lindungi daku daripada bermalas-malasan dan lalai.
Memohon perlindungan daripada membazir
Ya Allah Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab, maafkanku, ampuniku dan terimalah
taubatku, Ya Qohhar Yang Maha Menundukkan, tundukkan nafsu makanku, Ya Muqit,
Yang Maha Mencukupkan, cukupkan makan bagiku dan Ya Hafiz Ya Muhaimin, yang
Maha Melindungi dan Maha Memelihara, lindungi dan pelihara jiwaku dari kejahatan
nafsuku.
Memohon rahmat Allah
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud kurniakan rahmat kasih sayangMu
agar dengan rahmat kasih sayangMu dapat kami hidup berkorban untukMu mentaati
perintahMu dan meninggalkan laranganMu.
Memohon kekuatan iman
Allahumma Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Mukmin kurniakanku kekuatan iman agar
daku dapat meyakini kemurahanMu Ya Rahman dan bersandar sepenuhnya kepadaMu
Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad.
Memohon keampunan & kesucian hati
Allahumma Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil maafi daku,
ampuni daku, terimalah taubatku. Sucikan dan jernihkan hatiku daripada penyakit hati,
karat dosa, berhala dunia, kotoran syirik dan syaitan yang mengalir dalam darah. Ya
Baaqi Ya Quddus kekalkan rohku dalam penyucian.
Memohon dibukakan pintu syurga ditutup pintu neraka
Allahumma Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim bukakan pintu syurgaMu buat hambaMu
yang dhoif ini. Bukakan jalan ke syurgaMu agar daku hidup meniti di atas jalan
kebenaranMu Ya Haq. Ya Qobidh Ya Muntaqim tutupkan serapat2nya pintu
nerakaMu dan jalan ke nerakaMu iaitu kehidupan yang sentiasa patuh kepadaMu.
Memohon istiqamah
Allahumma Ya Baaqi Ya Quddus kurniakanku istiqomah dalam menjadi abdi dan
khalifahMu sepanjang Ramadhan dan sehingga akhir hayatku.
13
Memohon kebahagiaan dalam keluarga
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ ikatkan hati kami sekeluarga dengan
kasih dan sayangMu. Agar kami semua saling berkasih sayang keranaMu. Saling ingat
mengingati, saling bantu membantu, saling doa mendoakan untuk kebahagiaan dunia
dan akhirat.
Memohon ditundukkan anak2 untuk mudah beribadah
Allahumma Ya Qohhar Ya Latif Ya Malik sesungguhnya Engkau pemilik hati anak-
anak kami, tundukkan mereka kepadaMu, lembutkan hati mereka untuk patuh
kepadaMu dan bolak-balikkan hati mereka untuk sentiasa beribadah kepadaMu dan
meninggalkan laranganMu.
Memohon ditundukkan nafsu shopping & membazir
Allahumma Ya Qohhar tundukkan nafsu shopping kami ya Maani’ cegahkan kami
daripada berboros dan membazir. Ya Hafiz Ya Muhaimin lindungi kami daripada
tipudaya nafsu dan syaitan.
Memohon kekuatan untuk berzikir
Allahumma Ya Baari’ Ya Hamid aturkan lidah kami untuk sentiasa memuji memujaMu
bertasbih kepadaMu sepertimana seluruh alam bertasbih kepadaMu.
Memohon menjadi hamba yang bersyukur dengan kurniaan Allah
Allahumma Ya Syakur Ya Muqit kurniakan kami jiwa yang sentiasa bersyukur dengan
apa saja kurniaanMu dan kurniakan kami rasa cukup dengan apa yang ada. Ya Hafiz
Ya Muhaimin lindungi kami daripada sikap tamak dan membanding-banding dengan
kurniaanMu pada orang lain. Sesungguhnya Engkau Ya ‘Adl Maha Adil kepada semua
hambaMu.
Memohon kekuatan bersedekah
Allahumma Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Rahman kurniakan kami kekuatan untuk
bersedekah. Ya Fattah Ya Barr Ya Karim bukakan jalan ketakwaan dan kebaikan buat
kami untuk bersedekah harta dan tenaga kami untuk ummah.
14
Memohon petunjuk kepada siapa harus diberi sedekah
Allahumma Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq kurniakan kami petunjuk kepada pihak
manakah harus disalurkan kekayaanMu Ya Ghoniy Ya Mughniy yang ada padaku ini.
Memohon kurniaan Lailatul Qadar
Allahumma Ya Baari’ Ya Waduud jemputlah daku untuk bermunajat kepadaMu di
malam lailatul qadar semata2 ingin memburu cintaMu Ya Waduud yang tulus suci dan
abadi.
BICARAHATI DI PAGI-PAGI HARI RAMADHAN
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami bersyukur kepadaMu atas kurniaan
Ramadhan dan Lailatul Qadar buat hambaMu yang mencari redha dan secebis
cintaMu.
Allahumma Ya Waduud, jadikanlah setiap detik di pagi2 Ramadhan, saat kami
bersunyian denganMu, bertemankanMu dalam ibadah yang diwarisi oleh Para Rasul,
solihin dan siddiqin.
Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, kami sedar bahwa Ramadhan ini adalah saat Engkau
menyucikan roh kami sesuci2nya untuk roh ini mengadapMu nanti di alam akhirat,
agar ia tidak perlu lagi melalui penyucian nerakaMu Ya Muntaqim.
Allahumma Ya Muntaqim, sekiranya hati kami ini masih keras, tidak merasa gementar
ketika disebut azab NerakaMu yang bahan bakarnya dari batu dan manusia,
lembutkanlah hati2 kami ini Ya Latif agar hati2 ini mampu merasa gerun dan gementar
ketika diingatkan api yang menyala2 itu dengan azab yang tersangat pedih. Ya
Rahman Ya Rahim, belas kasihlah kami Ya Allah, kami pasti tidak mampu
menanggung bakaran api nerakaMu, tak mampu kami diberi minum dengan darah
dan nanah yang mendidih, tak mampu kami disuap dengan buah zaqqum yang
berduri, tak mampu kami dipakaikan pakaian api, ditidurkan diatas api, diselimut
dengan api.. Allahu..lindungi kami Ya Muhaimin.
Allahumma Ya Qohhar Ya Quddus, kurniakan kami ketundukan yang sempurna
kepadaMu sepertimana bulan, bintang, matahari tunduk dan bertasbih kepadaMu
setiap detik, tidak pernah engkar kepadaMu.
Allahumma Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, bimbing kami dengan cahaya makrifatMu agar
setiap yang keluar dari lidah ini disertakan dengan Nama2Mu. Aturlah lidah kami Ya
Baari' Ya Hamid untuk sentiasa memujiMu kerana kami dicipta untuk memujiMu Ya
Hamid..Alhamdulillah..
15
BICARAHATI DI SEPULUH HARI TERAKHIR RAMADHAN:
MEMOHON KEKUATAN BERIBADAH & CINTA ALLAH YA WADUUD
Allahumma Ya Kabir Ya Mutakabbir, lidah hambaMu ini tidak pandai
membesar2kanMu sepadan dengan kebesaranMu, maka hanya Engkau yang dapat
mengatur lidah kami untuk membesar2kanMu. Ya ‘Adzim, lidah kami hamba yang
hina ini tidak layak untuk mengungkapkan lafaz2 mengagong2kanMu, maka Engkau
Ya Baari' aturkanlah lidah kami untuk mengagong2kanMu sepadan dengan
keagonganMu. Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid, ilmu, kebijaksanaanMu dan
kepintaranMu dalam mengurus alam dan seluruh isinya ini diluar aqal kami yang cetek
ini untuk memikir dan merenungnya melainkan Engkaulah yang mengajar dan
membimbing pemikiran kami dengan ilmuMu. Ya Syakur, lafaz2 syukur kepadaMu
yang sepadan dengan nikmat kurniaanMu kepada kami Ya Rahman Ya Rahim tidak
mampu kami lafazkan melainkan Engkau yang bimbing hati dan lidah ini untuk
memujiMu Ya Hamid.
Allahumma Ya Qoreeb, Engkau sangat dekat dengan kami lebih dekat dari urat leher
kami sendiri. Engkau Ya Waaliy Ya Wakil mengurus tubuh kami setiap saat tanpa
henti. Setiap sel2 tubuh kami, Engkaulah menghidupkannya, setiap saraf, tulang,
darah, hormon kami, Engkaulah yang menguruskan tanpa bantuan kami. Namun hati
yang gelap dan keras ini tidak mampu merasai wujud dan hadirnyaMu dalam setiap
denyut nadi kami. Maka, dipagi 10 Akhir Ramadhan yang penuh dengan keberkatan
ini, Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, pancarilah hati2 yang gelap ini dengan cahaya
makrifahMu. Ya Latiff, lembutkanlah hati2 yang sgt keras ini. Ya Fattah, bukalah hijab
hati ini agar terbuka matahati kami untuk melihat Nama2Mu pada setiap ciptaanMu,
agar terbuka pendengaran hati kami untuk kami mendengar ilham2 taqwa dariMu
sebagai petunjuk dan bimbingan dariMu Ya Haadi.
Bangkitkan kami Ya Baa'ith setiap pagi untuk sujud, bermunajat dan membaca
kalam2Mu dalam Al Quran, sebelum datangnya hari Kebangkitan Mahsyar dimana
tidak diterima lagi sujud, munajat dan amal2 ibadah. Ya Ghoffar Ya Ghaffur, kami
datang pada pagi ini dengan tangisan keinsafan betapa banyaknya dosa2 kami,
menadah tangan untuk memohon keampunanMu. Kami sedar tangisan keinsafan di
dunia ini membuat Engkau kasih kepada kami, sebelum tiba hari dimana tangisan,
jeritan dan raungan tidak Engkau peduli lagi.
Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, alirkan kekuatan dalam jiwa kami untuk beribadah
sebanyak-banyaknya, sujud sebanyak-banyaknya, zikir sebanyak-banyaknya,
membaca Al Quran sebanyak-banyaknya, sebelum saat hari timbangan amal tiba
dimana tiada amalan lagi diterima ketika itu.
16
BICARAHATI DI PENGHUJUNG RAMADHAN:
MEMOHON ISTIQAMAH & KEKAL DALAM CINTA ALLAH YA WADUUD
Mohon kekal semangat untuk beribadah:
Allahumma Ya Baaqi Ya Baa’ith, kekalkan semangat untuk beribadah dalam jiwa
kami sehingga akhir hayat kami.
Mohon kekal kesihatan untuk beramal ibadah:
Allahumma Ya Baaqi Ya Salaam, kekalkan kesihatan kami untuk kami terus
beribadah kepadaMu sehingga akhir hayat kami.
Mohon kekal kekuatan jiwa dan jasad untuk beribadah:
Allahumma Ya Baaqi Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kekalkan kami dalam kekuatan
roh dan jasad untuk kami terus beribadah kepadaMu sehingga akhir hayat kami.
Mohon dikekalkan perlindungan dari syaitan dan nafsu agar tidak diganggu
ibadah:
Allahumma Ya Baaqi Ya Hafiz Ya Muhaimin, kekalkan kami dalam perlindunganMu
dari gangguan syaitan dan nafsu agar kami dapat terus beribadah walau Ramadhan
dah berlalu.
Mohon dikekalkan hati dan lidah untuk berzikir memuji Allah:
Allahumma Ya Baaqi Ya Baari' Ya Hamid, kekalkan hati ini untuk sentiasa ingat
kepadaMu dan lidah ini untuk sentiasa berzikir sehingga akhir hayat kami.
Mohon dikekalkan jalan kebenaran dan kebaikan;
Allahumma Ya Baaqi Ya Haq Ya Barr, kekalkan kami dalam kebenaran dan kebaikan
sehingga akhir hayat kami.
17
DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
MENGINGAT KEMATIAN
Ya Baari’ Ya Mumit, Agendakan ku untuk sentiasa mencari mengingat kematianku
Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, Perkasakan, perkuatkan dan perteguhkan jiwaku
untuk sentiasa redha dan sabar dalam mengharungi ujian kematianku.
Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid Ya Nuur, Kurniakanku ilmu, kebijaksanaan,
kepintaran dan cahayaMu bagaimana menghadapi saat2 kematianku.
Ya Nuur, Pancarkan Nuur Mu ke dalam jiwaku di saat2 kematianku agar jelas dan
teranglah Mu dalam fikiran dan jiwaku.
Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, Maafiku, ampuniku,
terimalah taubatku, bersihkan dan jernihkan jiwa ini dari dosa2 dan kotoran2.
Ya Baasith Ya Waasi’ Ya Fattah Ya Nuur, Lapangkan dan luaskan kuburku dan
pancarkan cahayaMu dalam kuburku.
DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
MENGINGAT AKHIRAT
Ya Baari Ya Zohir Ya Jaami’, agendakan ku untuk bertemu dengan NabiMu,
nampakkanku kepada baginda dan pertemukanku dengan baginda agar baginda
boleh mensyafaatkanku.
Ya Hafiz Ya Muhaimin, Lindungi kami dari kepanasan matahari yang sangat
dekat ketika di Padang Mahsyar.
Ya Rahman Ya Rahim, Kurniakan belas kasih dan rahmatMu kepada kami di
akhirat nanti.
Ya Baseer Ya Sami’, Pandanglah kami dan dengarlah rayuan kami nanti di akhirat
nanti Ya Allah. Jadilah kami hamba yang mendengar perintahMu di dunia ini dan
sentiasa mengingatiMu di dunia ini.
Ya Nuur, Pancarkan Nuur Mu ke dalam jiwaku agar hati ini sentiasa mengingat
keadaan di Padang Mahsyar, hari perhitungan, timbangan amal, mahkamah dan
hari keadilanMu, syurga dan nerakaMu.
Ya Muhsyi Ya Rahman Ya Rahim, Kurniakan buku catitan amalanku dengan
tangan kananku.
Ya Hasib, Kurniakanku syurga tanpa hisab.
Ya Hakam Ya ‘Adl, Selamatkan dan bantuku di mahkamahMu dan di hari
keadilanMu, bersihkan dosa2 seluruh anggota tubuhku agar ia menjadi saksi
kebaikanku dan bukan kejahatanku.
18
Ya Hafiz Ya Muhaimin, Lindungi kami dari azab api nerakaMu yang bantal, tilam
dan selimut dari api yang membakar.
Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim, Kurniakan belas kasih dan rahmatMu kepada
kami dan kurniakan kami syurgaMu.
Ya Baseer, Kurniakan kami pandangan yang dapat memandangMu di syurga
nanti.
SOLAT
APAKAH SOLAT DI SISI ALLAH?
Solat merupakan ibadah paling istimewa yang dikurniakan oleh Allah kepada
manusia sehinggakan ianya diserahkan sendiri oleh Allah kepada Nabi Muhammad
saw di Sidratul Muntaha, tidak melalui malaikat jibril. Solat merupakan saat2 hamba
bersunyian dengan Allah, saat2 hamba sangat hampir kepada Allah, saat2 hamba
banyak memuji Allah, saat dibuka jalan untuk ditunaikan hajatnya.
Sesungguhnya Allah mengajar manusia cara menghormati dan memuliakan Allah
agar manusia tidak lupa kepada penciptaNya, yang memberi semua anugerah
kepada kita sejak diciptakan sehingga saat ini dan akan datang.
Dalam solat, Allah mengajar hambaNya membesarkanNya (Allahu Akbar),
memujiNya (Alhamdulillah), memohon pertolonganNya, memohon petunjukNya,
mengagungkanNya dan meninggikanNya. Banyak lagi rahsia2 solat yang masih
belum dibongkar oleh manusia, sesungguhnya Allah membuka rahsia solat bagi
hamba pilihanNya.
DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM MENGERJAKAN
SOLAT2 SUNAT
Ya Baari’, Agendakan ku untuk sentiasa rukuk dan sujud jasadku serta jiwaku
kepadaMu demi mencari redhaMu. Sesungguhnya solat itulah ibadah yang sangat
Engkau sukai.
Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Qohhar, Perkasakan, perkuatkan dan perteguhkan
jiwaku, emosiku dan jasadku untuk sentiasa rukuk sujud kepadaMu, tundukkanku
kepadaMu dipagi2 hari
Ya Nuur, Pancarkan Nuur Solat ke dalam jiwaku agar jiwa ini suka melakukan solat
dan cenderung hati untuk sentiasa solat dan kurniakan daku kelazatan beribadah
kepadaMu.
19
SOLAT SUNAT TAHAJUD
TAHAJUD HAMBA
Sujud pertama: Menginsafi diri yang hina di hadapan Allah yang Maha Mulia
Zikir: Ya Karim - Ya Majid - Ya Dzal Jalaali Wal Ikram (7X)
Bicarahati: Sesungguhnya Engkau Maha Mulia, Maha Memiliki segala Kebesaran dan
Kemuliaan. Daku hambaMu datang menginsafi diri yang hina. Kurniakanku rasa hina
agar daku dapat memuliakanMu.
Sujud kedua: Menginsafi diri yang kerdil di hadapan Allah yang Maha Besar
Zikir: Ya Kabir - Ya Mutakabbir (7X)
Bicarahati: Sesungguhnya Engkau Maha Besar lagi layak dibesar2kan. Daku
hambaMu datang menginsafi diri yang kerdil. Kurniakanku rasa kerdil agar daku
dapat membesar2kanMu.
Sujud ketiga: Menginsafi diri yang fakir di hadapan Allah yang Maha Kaya
Zikir: Ya Ghoniy - Ya Mughniy (7X)
Bicarahati: Sesungguhnya Engkau Maha Kaya lagi Maha Memberi Kekayaan. Daku
hambaMu datang menginsafi diri yang fakir. Segala harta yang ada pada diriku itu
adalah milikMu.
Sujud keempat: Menginsafi diri yang jahil di hadapan Allah yang Maha Bijaksana
Zikir: Ya 'Alim - Ya Hakim - Ya Rosyid (7X)
Bicarahati: Sesungguhnya Engkau Maha Berilmu, Maha Bijaksana dan Maha Pintar.
Daku hambaMu datang menginsafi diri yang jahil. Segala ilmu yang ada dalam
otakku ini ilmuMu, kebijaksanaan ini kebijaksanaanMu, kepintaran ini kepintaranMu.
Semuanya milikMu bukan milikku.
TAHAJUD KEKASIH
Sujud pertama: Mohon kasih dan cinta kepada Allah
Zikir: Ya Rahman - Ya Rahim - Ya Wadud (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai kekasihMu ingin menagih secebis kasih dan
cintaMu. Limpahkan hatiku ini dengan kasih dan cintaMu. Masukkan dalam jaringan
urat saraf, salur darah, DNAku.
20
Sujud kedua: Memuja kekasih (7X)
Zikir: Ya Hamid
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai kekasihMu ingin memuji-memujaMu.
Segala pujian kepadaMu atas kurniaan ilmu makrifah yang Kau kurniakan kepadaku.
Sujud ketiga: Kekasih datang ingin bersunyian
Zikir: Ya Qohhar - Ya Qoreeb (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai kekasihMu Ya Qohhar Ya Qoreeb. Daku
tunduk kepadadmu Ya Qohhar daku datang kepadadMu Ya Qoreeb. Daku redha
ditundukkan olehMu untuk bersunyian denganMu.
Sujud keempat: Kekasih rela berkorban
Zikir: Ya Baari’ - Ya Quddus - Ya Karim (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai kekasihMu sedia berkorban untuk
agendaMu buat kami. Daku tiada protes melainkan rela dan redha. Ya Baari’ Ya
Quddus Ya Karim, daku menyerah diri untuk agenda yang suci dan mulia. Hidup
untuk membawa manusia mencintaiMu.
TAHAJUD KHALIFAH
Sujud pertama: redha menjadi alat pemancar cahaya Allah
Zikir: Ya Nuur - Ya Haadi - Ya Haq (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai khalifahMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq. Daku
redha menjadi alatMu memancar cahaya makrifahMu ke dalam hati2 manusia di
seluruh dunia.
Sujud kedua: redha menjadi alat takungan ilmu Allah
Zikir: Ya 'Alim - Ya Hakim - Ya Rosyid (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai khalifahMu Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid.
Daku redha menjadi alatMu menyebarkan ilmu mengenalMu ya Allah.
21
Sujud ketiga: redha menjadi alat Allah menyampaikan kebenaran
Zikir: Ya Haq - Ya Barr - Ya Karim (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai khalifahMu Ya Haq Ya Barr Ya Karim. Daku
redha menjadi alatMu menyebarkan kebenaranMu, kebaikanMu dan kemuliaanMu
kepada seluruh manusia di alam buana ini.
Sujud keempat: Lafaz rela dan redha dengan segala agenda Allah
Zikir: Ya Baari’ (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku datang sebagai khalifahMu Ya Baari’. Daku redha
diperjalankan atas apa jua agenda khalifah untukku demi membawa manusia tunduk
kepadaMu.
Cadangan zikir dan bicarahati untuk diamalkan dalam sujud solat sunat tahajud:
1. Memohon keampunan
Zikir: Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil (7X)
Bicarahati: Ya Allah, maafkan segala kesalahanku, ampunkan segala dosaku,
terimalah taubatku, suci dan jernihkan hatiku dari segala penyakit hati, karat dosa,
berhala dunia dan makhluq, syirik dan syaitan.
2. Memohon cahaya petunjuk
Zikir: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq (7X)
Bicarahati: Ya Allah, pancarilah hatiku dengan cahaya petunjukMu agar daku
dibimbing dijalan kebenaranMu dan cahaya makrifat agar daku dapat
mengenalMu.
3. Memohon kasih dan cinta Allah
Zikir: Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud (7X)
Bicarahati: Ya Allah, alirkan rasa kasih dan cinta kepadaMu agar daku dapat
memujaMu dan berkorban untukMu.
4. Memohon iman yang kuat
Zikir: Ya Qowiy Ya Mukmin (7X)
Bicarahati: Ya Allah, kuatkan imanku kepadaMu agar setiap saat hati ini ingat,
berharap dan takut kepadaMu.
22
5. Memohon tauhid
Zikir: Ya Wahid Ya Ahad Ya Somad (7X)
Bicarahati: Ya Allah, pasakkan pasak tauhid yang kukuh dalam jiwaku agar daku
dapat merasai segala kuasa, anugerah dan mudharat semuanya datang dariMu.
6. Memohon perlindungan yang berkekalan
Zikir: Ya Baaqi Ya Hafiz Ya Muhaimin (7X)
Bicarahati: Ya Allah, kekalkan daku dalam perlindunganMu di dunia, di alam
barzakh dan di akhirat.
7. Memohon kekuatan jiwa
Zikir: Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin (7X)
Bicarahati: Ya Allah, perkasakan, kuatkan dan teguhkan jiwaku untuk taat
kepadaMu, menjauhi laranganMu dan mengharungi ujian2Mu.
8. Memohon ilmu makrifat
Zikir: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid (7X)
Bicarahati: Ya Allah, kurniakanku ilmu makrifat agar daku dapat mengenalMu
yang Maha Berkuasa, dan mengenal diriku sebagai abdi yang dhaif dan dapatlah
daku bersandar hidup kepadaMu.
9. Memohon menjadi hamba Allah yang taat
Zikir: Ya Baari' (7X)
Bicarahati: Ya Allah, daku menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu untuk
Engkau aturkan hidupku sebagai abdi dan khalifahMu.
10. Memohon kesejahteraan jiwa
Zikir: Ya Salaam Ya Mukmin (7X)
Bicarahati: Ya Allah, sejahterakanlah dan amankan jiwa dan jasad ini sebagai
hambaMu yang beriman.
11. Memohon kekuatan amal soleh
Zikir: Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Barr (7X)
Bicarahati: Ya Allah, perkasakan, kuatkan dan teguhkan jiwaku untuk beramal
ibadah dan beramal soleh.
12. Memohon kekuatan aqal roh
Zikir: Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Hakim (7X)
Bicarahati: Ya Allah, kurniakanku kekuatan aqal untuk berfikir dan merenung
kebesaran dan keagonganMu.
13.Memohon kebijaksanaan
Zikir: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid (7X)
Bicarahati: Ya Allah, kurniakan daku ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran untuk
menjadi khalifahMu dalam mengurus alam ini.
23
14.Memohon akhlak terpuji dan mulia
Zikir: Ya Majid Ya Hamid (7X)
Bicarahati: Ya Allah, hiasi jiwaku dengan akhlaq yang mulia dan sifat-sifat terpuji
agar daku dapat menjalankan tugas sebagai khalifahMu.
15.Memohon pertautan kasih sayang
Zikir: Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ (7X)
Bicarahati: Ya Allah, kurniakan kami semua kasih sayangMu dan ikatkan hati2 kami
dengan kekuatan kasih sayang agar kami dapat bersatu dalam kerja2 khalifah ini.
SOLAT SUNAT DHUHA
Setiap rukuk & sujud
Zikir: Ya Nuur (7X)
Bicarahati: Ya Allah Ya Nuur, sebagaimana Engkau memancar cahaya matahariMu ke
alam semesta ini dan membawa vitamin untuk manfaat makhlukMu di bumi ini,
pancarkan cahaya makrifahMu ke dalam jiwa kami bersama 99 energy Asmaul
HusnaMu agar daku dapat menjadi hamba dan khalifahMu.
SOLAT SUNAT TASBIH
Rakaat pertama: Menghayati kalimah SUBHANALLAH
MEMUJI KESEMPURNAAN ALLAH & MENGINSAFI KEDHAIFAN DIRI
Bicarahati: Subhanallah, Maha SuciMu Allah Ya Quddus, Engkau suci dari segala
kesalahan, kecacatan dan kesilapan. Setiap takdirMu yang berlaku dalam hidupku
melambangkan kesempurnaanMu, kerana Engkau Ya Hakim Yang Maha Bijaksana,
dakulah hamba yang jahil yang sentiasa tersalahfaham dan mengeluh kesah, ampuni
daku Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab atas kesalahan dan dosaku yang sentiasa
berburuk sangka terhadapMu, daku redha atas apa pun jua kehendakMu Ya Qodir dan
TakdirMu Ya Muktadir.
(renungkan segala ujian dan musibah yang berlaku dalam hidup kita dan ucapkan
‘daku redha atas setiap takdirMu Ya Qodir Ya Muktadir kerana Engkau maha baik Ya
Rahman Ya Rahim Ya Barr Ya Karim’)
24
Hakikat Sakit : Allah Ya Rahim menguji dengan sedikit kesakitan untuk menghadiahkan
syurga (Sakit merupakan penyucian kotoran yang sedang melekat pada roh, kembali
kepada kesucian & kemuliaan)
Rakaat kedua: Menghayati kalimah ALHAMDULILLAH
MEMUJI ALLAH, MERENUNG NIKMAT YANG DITERIMA SEPANJANG
KEHIDUPAN
Bicarahati: “Ya Allah Ya Hamid yang Maha Terpuji, Engkau layak dipuja dipuji kerana
Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim telah mengurniakan pelbagai
kurniaan buatku sepanjang hidupku.
(renungkan segala nikmat hidup yang dikurniakan oleh Allah selama ini dalam hidup
kita dan ucapkan ‘terima kasih Allah, daku bersyukur atas segala kurniaanmu Ya
Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim’)
Rakaat ketiga: Menghayati kalimah LAAILAHAILLALLAH
MENAFIKAN DAYA MAKHLUQ DAN MENGISBATKAN DAYA ALLAH
Bicarahati: Laailahaillallah, Daku menafikan adanya daya makhluq melainkan yang
wujud hanyalah dayaMu semuanya Ya Allah. Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hatiku dari
kotoran syirik. Ya Zohir, ingatkan sentiasa dalam hati dan fikiranku tentang daya2Mu
dan Ya Baathin, hilangkan daya makhluq dalam hati dan fikiranku. Renungkan
penciptaan diri yang lemah dan tidak berdaya. Semua daya adalah pinjaman daripada
Allah. Ulang2kan kalimah nafi dan isbat seperti berikut:
1. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mencipta diriku
sendiri melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Kholiq yang
menciptakanku dari tanah yang hina.
2. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mendegup jantungku
sendiri melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Muhyi yang maha
menghidupkan yang sebenarnya mendegupkan jantungku setiap saat setiap
ketika.
3. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk melihat melainkan
yang wujud hanyalah kekuasaanMu Ya Baseer yang mencipta daya penglihatan
buatku melihat.
4. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mendengar melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Sami’ yang Maha Mendengar yang
mencipta daya pendengaran buatku mendengar.
5. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk melangkah melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Qowiy Yang Maha Kuat yang mengalirkan
kekuatanMu untuk kakiku melangkah.
25
6. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mengangkat
tanganku melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Qowiy Yang Maha
Kuat yang mengalirkan kekuatanMu pada tangan ini untuk diangkat.
7. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk bercakap melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Baari’ yang maha menggerakkan yang
mengerakkan lidah ini.
8. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk berfikir melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid yang maha
berilmu, bijaksana dan pintar yang sesungguhnya mengalirkan sedikit ilmu,
kebijaksanaan dan kepintaran ke dalam otakku untuk daku berfikir.
Rakaat keempat: Menghayati kalimah ALLAHU AKBAR
MEMBESAR2KAN ALLAH SAMBIL MERENUNG ALAM SEMESTA
Bicarahati: “Ya Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir, Yang Maha Besar lagi Memiliki seluruh
kebesaran di alam buana ini, daku hambaMu yang kercil datang untuk
membesar2kanMu kerana seluruh alam buana ini dicipta olehMu Ya Khaliq”
(renungkan segala ciptaan Allah di langit dan di bumi sambil ucap
‘sesungguhnya Engkau layak dibesar2kan kerana Engkaulah pencipta segala isi langit
dan bumi’)
BICARAHATI SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Engkau
telah memberi kasih limpahan kasih sayangMu di pagi ini dengan memberi izin dan
daya kepada kami untuk mengerjakan solat sunat sambil bertasbih memuji2Mu Ya
Allah. Sesungguhnya tiada yang layak dipuji melainkanMu Ya Rahman Ya Rahim Ya
Hamid. Kami juga bersyukur kepadaMu kerana Engkau mengizinkan kami menyebut2
Nama2Mu yang suci lagi mulia, Ya Quddus Ya Kareem. Kerana sesungguhnya
kemuliaan seorang hamba itu duduknya apabila dia diberi kemampuan olehMu Ya
Allah untuk memuliakanMu Ya Allah Ya Kareem Ya Majid Ya Dzaljalaaliwalikram
Dzat yang Maha Mulia. Dan Engkau jualah yang mengatur lidah kami untuk
memuji2Mu dan bertasbih kepadaMu Ya Allah Ya Baari’ Ya Hamid.
Subhanallah, Maha SuciMu Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil Ya Dzaljalaalilwalikram,
sesungguhnya Engkau Maha Suci lagi sempurna, tidak pernah berbuat kesilapan dan
kesalahan dalam mencipta dan mengurus seluruh alam dan makhluqMu. Sedangkan
kamilah hambaMu yang lemah lagi dhaif yang sentiasa berbuat salah dan silap dan
sering berada dalam kebuntuan dan kejahilan. Di saat ini, Ya Allah, kami datang
26
kepadaMu untuk menyatakan rasa redho kami kepada setiap takdir yang telah Engkau
tentukan buat kami Ya Qodir Ya Muktadir. Kami yakin sesungguhnya setiap takdirMu
buat kami adalah kebaikan yang sempurna disisiMu Ya Barr Ya Quddus Ya Kareem.
Sekiranya selama ini kami banyak mengeluh kesah, maafkan kami dan ampunilah kami
Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, selama ini kami terhijab
denganMu Ya Allah, dan saat ini Engkau telah membuka hijab mata hati kami, dan
dapatlah kami memandang kasih sayangMu disebalik setiap takdirMu buat kami. Kami
redo bahawa kesakitan itu adalah saat Engkau sedang menyucikan dosa2 dan kotoran
hati dan roh kami, kami redho dengan penyucian ini Ya Allah, kerana kesihatan jasad
kami sering membuatkan kami melakukan perkara2 yang tidak Engkau redhoi. Saat
Engkau Ya Qoobidh menyempitkan hidup kami seketika, kami redho kerana dengan
kesempitan inilah, kami akan datang mencariMu dan menghampirkan diri kepadaMu
Ya Allah, kerana kelapangan hidup dunia ini sering membuat kami lalai kepadaMu Ya
Allah. Saat Engkau memiskinkan kami seketika, saat itulah kami merintih2 kepadaMu
sedikit rezekiMu Ya Rozzaq Ya Ghoniy Ya Mughniy kerana kekayaan dunia ini sering
membuat kami lalai kepadaMu Ya Allah. Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana
Engkau sentiasa memandang dan mengawasi kami, saat kami terleka dan terlalai,
Engkau mengejutkan kami dan membawa kami kembali dekat denganMu.
Alhamdulillah, segala puji hanya layak bagiMu Ya Hamid. Saat ini kami datang
kepadaMu untuk memuji2Mu ya Allah. Terima kasih Allah kerana Engkau memilih kami
sebagai seorang Islam dan beriman kepadaMu dan membuka Jalan yang lurus kepada
kami sejak dilahirkan sehingga saat ini. Kekalkan kami dalam kebenaranMu dan
kekalkan kami sebagai golongan yang beriman dan sentiasa mentauhidkanMu dengan
sempurna Ya Baaqi Ya Haq Ya Mukmin Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad. Kami juga
bersyukur kepadaMu ya Muhyi kerana Engkau mendegupkan jantung kami setiap saat
tidak pernah berhenti, walau kami berhenti mengingat dan memujiMu, Engkau tetap
mendegupkan jantung kami dan tidak pernah mengabaikan dan tidak pernah melupai
kami sepanjang hidup kami. Engkau Ya Nuur terus menerus memancarkan cahaya
matahariMu kepada kami di siang hari walaupun Engkau mampu memadamkannya.
Engkau Ya Fattah Ya Muhyi terus menerus memasukkan udara kedalam tubuh kami
walaupun Engkau mampu menyekatnya. Engkau Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’ terus
menerus mengalirkan darah dalam tubuh kami walaupun Engkau mampu
menghentikannya. Engkau Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin terus mengalirkan
kekuatanMu kepada tubuh kami untuk kami bergerak, walaupun gerak kami itu sering
melupaiMu dan lupa menyebut2 Nama2Mu. Engkau Ya Salaam terus meminjamkan
kesihatan dan kesejahteraan buat kami untuk terus kami melaksanakan tugas sebagai
abdi dan khadamMu. Allahumma Ya Rozzaq Ya Ghoniy Ya Mughniy, rezekiMu tidak
putus2 buat kami dan keluarga kami. Ya Muqit, Engkau sentiasa mencukupkan segala
keperluan hidup kami. Engkau Ya Rahman Ya Rahim melimpahkan kasih sayangMu
27
kepada kami sentiasa melalui suami, anak2, ibubapa, sahabat handai, saudaramara dan
orang2 sekelilng kami.
Allahumma Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab, maafi, ampuni dan terimalah taubat
kami kerana kami tidak dapat memujiMu sepadan dengan nikmat2Mu kepada kami.
Lemahnya kami ini Ya Allah, bukan saja sering lupa mensyukuri nikmat2Mu, namun
kadang2 membalas kebaikanMu dengan dosa2 kami kepadaMu. Ampuni kami Ya
Ghoffar Ya Ghaffur.
Ya Allah Ya Hamid Ya Syakur, jadikanlah kami orang2 yang sentiasa memuji2Mu dan
bersyukur kepadaMu. Jadikan kami hambaMu yang menggunakan seluruh
kurniaanMu kepada kami ini untuk mengabdi diri kepadaMu dan menjalankan tugas
khalifah di bumi ini.
Laailahailallah, sesungguhnya tiada Tuhan melainkanMu Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil
Ya Dzaljalaaliwalikram, Dzat yang Maha Sempurna. Tiada daya di alam ini melainkan
semua daya2Mu Ya Allah Ya Malik Ya Malikulmulk. Sesungguhnya tiada yang
memberi segala pemberian kepada kami di dunia ini melainkanMu Ya Rahman, tiada
kasihsayang melainkan dariMu Ya Rahim. Tiada sesuatupun di alam buana ini
melainkan semuanya milikMu Ya Malik. Tiada kekayaan di alam ini melainkan kekayaan
milikMu Ya Ghoniy Ya Mughniy. Tiada ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran di alam
buana ini melainkan semuanya milikMu Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid. Kami
menafikan ada daya2 milik kami atau milik manusia dan makhluq melainkan semua
milik mutlakMu Ya Malik Ya Malikulmulk. Allahumma Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad,
pasakkan tauhid sempurna dalam jiwa kami agar kami benar2 dapat mengesakan dan
mentauhidkanMu dengan sempurna. Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi kami dari
mensyirikkanMu dengan perlindungan yang sempurna Ya Baaqi Ya Quddus. Ya Allah,
alirkanlah kalimah tauhid Laailahailallah ke dalam seluruh roh dan jasad kami, ke
dalam seluruh urat2 saraf kami, saliran darah kami, sel2 darah kami, orangan2 tubuh
kami, anggota tubuh kami, dna tubuh kami dan neuron otak tubuh kami dan seluruh
system tubuh roh dan jasad kami agar pada setiap denyut nadi kami, setiap degupan
jantung kami, pada setiap kelipan mata kami, pada setiap tarikan nafas kami, kami
dapat berjalan di atas landasan tauhid yang sempurna.
Allahuakbar, sesungguhnya Engkaulah yang Maha besar lagi layak dibesar2kan Ya
Kabir Ya Mutakabbir. Sesungguhnya 7 lapisan langit dan bumi adalah tanda2
kebesaranMu dengan itu Engkau layak dibesar2kan, dan kami semua makhluqMu
adalah sangat kerdil dan tiada ada apa2 daya pun, semua makhluqMu hidup di alam
ini bersandarkan kepada daya2 milikMu Ya Malik Ya Malikulmulk. Allahuakbar,
Engkau dibesar2kan Ya Kabir Ya Mutakabbir kerana Engkau mencipta langit yang
dihiasi dengan pelbagai ciptaanMu iaitu matahari, planet2, bulan, bintang dan lain2.
Matahari yang Engkau kurnaiakan daya memberi cahayaMu Ya Nuur dengan suhu
28
yang Engkau tinggikan ya Roofi’ menunjukkan kekuasaanMu mencipta neraka yang
sangat panas itu yang menghancurkan tubuh manusia yang engkar dan kufur. Ya Allah
Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim, masukkan rasa gerun dan gementar dalam jiwa
kami terhadap azab nerakaMu yang tersangat panas itu agar kami menjauhi dari
perkara2 dosa dan maksiat.
Allahuakbar, Engkau dibesar2kan Ya Kabir Ya Mutakabbir kerana Engkau mencipta
pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan untuk kegunaan manusia di dunia ini. Engkau Ya
Muhyi menghidupkan segala kehidupan, Engkau Ya Kholiq Ya Waaliy mencipta dan
menguruskan gunung ganang, bukit bukau, sungai2, daratan, kenderaan, kapal2 dan
bahtera2 di lautan, bangunan2 yang tnggi, rumah2 tempat hamba2Mu berteduh,
Engkau mengurniakan cahaya lampu dimalam hari, Engkau mengurniakan kami tidur
dan istirehat di malam hari. Engkau Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’ menguruskan dan
mentadbir segalanya dengan penuh kesempurnaan, dengan itu Engkau layak
dibesar2kan Ya Kabir Ya Mutakabbir. Ya Fattah Ya Kabir Ya Mutakabbir, bukakanlah
rahsia kebesaranMu pada matahati kami agar kami dapat membesar2kanMu sebagai
tanda kesyukuran dan penghargaan kami kepadaMu di atas segala2 ciptaanMu di
alam buana ini Ya Kholiq Ya Baari’ Ya Musowwir.
Allahumma Ya Syakur Ya Hamid, Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu atas segala
bimbinganMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, ilmuMu Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid,
muhasabahMu terhadap kami Ya Hasib. Ya Baaqi Ya Baseer, tetapkanlah
pandanganMu Ya Allah memandang hamba2Mu, sekiranya hati kami terlalai, tegurlah
kami, tariklah roh kami, dakaplah roh kami dalam kedekatan denganMu, kami
sesungguhnya sangat2 memerlukanMu dalam hidup ini Ya Ahad Ya Wahid Ya
Somad. Engkaulah segala2nya bagi kami. Engkaulah hakikatnya kekasih kami yang
hakiki Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud yang tidak pernah berpisah dengan kami,
Engkaulah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim hakikatnya sahabat kami yang
hakiki dan abadi yang sentiasa sudi menolong kami setiap saat. Kami bermohon
kepadaMu Ya Baaqi Ya Mukmin, kekalkan kami dalam iman yang kuat sehingga akhir
hayat kami. Ya Baaqi Ya Waduud, Kami bermohon kepadaMu agar kekalkan kami
dalam mencintaiMu di dunia hingga di akhirat dan sudikan kiranya Engkau membuka
jalan bagi kami bertemu denganMu sebagai kekasihMu di akhirat nanti bersama
dengan para kekasih2Mu para Rasul, NabiMu dan Aulia’Mu.
29
SOLAT SUNAT TARAWIH
(Penghayatan pada setiap 2 rakaat)
Tarawih pertama:
Menghayati kalimah SUBHANALLAH: Memuji Kesempurnaan Allah &
Menginsafi Kedhaifan Diri
Zikir: Ya Quddus
Bicarahati: Subhanallah, Maha SuciMu Allah Ya Quddus, Engkau suci dari segala
kesalahan, kecacatan dan kesilapan. Setiap takdirMu yang berlaku dalam hidupku
melambangkan kesempurnaanMu, kerana Engkau Ya Hakim Yang Maha Bijaksana,
dakulah hamba yang jahil yang sentiasa tersalahfaham dan mengeluh kesah, ampuni
daku Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab atas kesalahan dan dosaku yang sentiasa
berburuk sangka terhadapMu, daku redha atas apa pun jua kehendakMu Ya Qodir
dan TakdirMu Ya Muqtadir.
(renungkan segala ujian dan musibah yang berlaku dalam hidup kita dan ucapkan
‘daku redha atas setiap takdirMu Ya Qodir Ya Muktadir kerana Engkau maha baik Ya
Rahman Ya Rahim Ya Barr Ya Karim’)
Hakikat Sakit : Allah Ya Rahim menguji dengan sedikit kesakitan untuk menghadiahkan
syurga (Sakit merupakan penyucian kotoran yang sedang melekat pada roh, kembali
kepada kesucian & kemuliaan)
Tarawih kedua:
Menghayati kalimah ALHAMDULILLAH: Memuji Allah, Merenung Nikmat Yang
Diterima Sepanjang Kehidupan
Zikir: Ya Hamid
Bicarahati: “Ya Allah Ya Hamid yang Maha Terpuji, Engkau layak dipuja dipuji kerana
Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim telah mengurniakan pelbagai
kurniaan buatku sepanjang hidupku.
(renungkan segala nikmat hidup yang dikurniakan oleh Allah selama ini dalam hidup
kita dan ucapkan ‘terima kasih Allah, daku bersyukur atas segala kurniaanmu Ya
Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim’)
Tarawih ketiga:
Menghayati kalimah LAAILAHAILLALLAH: Menafikan Daya Makhluq Dan
Mengisbatkan Daya Allah
Zikir: Ya Ahad, Ya Wahid, Ya Somad
Bicarahati: Laailahaillallah, Daku menafikan adanya daya makhluq melainkan yang
wujud hanyalah dayaMu semuanya Ya Allah. Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hatiku dari
kotoran syirik. Ya Zohir, ingatkan sentiasa dalam hati dan fikiranku tentang daya2Mu
dan Ya Baathin, hilangkan daya makhluq dalam hati dan fikiranku. Renungkan
30
penciptaan diri yang lemah dan tidak berdaya. Semua daya adalah pinjaman daripada
Allah. Ulang2kan kalimah nafi dan isbat seperti berikut:
1. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mencipta diriku
sendiri melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Kholiq yang
menciptakanku dari tanah yang hina.
2. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mendegup jantungku
sendiri melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Muhyi yang maha
menghidupkan yang sebenarnya mendegupkan jantungku setiap saat setiap
ketika.
3. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk melihat melainkan
yang wujud hanyalah kekuasaanMu Ya Baseer yang mencipta daya penglihatan
buatku melihat.
4. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mendengar melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Sami’ yang Maha Mendengar yang
mencipta daya pendengaran buatku mendengar.
5. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk melangkah melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Qowiy Yang Maha Kuat yang mengalirkan
kekuatanMu untuk kakiku melangkah.
6. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mengangkat
tanganku melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Qowiy Yang Maha
Kuat yang mengalirkan kekuatanMu pada tangan ini untuk diangkat.
7. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk bercakap melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Baari’ yang maha menggerakkan yang
mengerakkan lidah ini.
8. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk berfikir melainkan
yang wujud hanya kekuasaanMu Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid yang maha
berilmu, bijaksana dan pintar yang sesungguhnya mengalirkan sedikit ilmu,
kebijaksanaan dan kepintaran ke dalam otakku untuk daku berfikir.
Tarawih keempat:
Menghayati kalimah ALLAHU AKBAR: Membesar2kan Allah Sambil Merenung
Alam Semesta
Zikir: Ya Kabir, Ya Mutakabbir
Bicarahati: “Ya Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir, Yang Maha Besar lagi Memiliki seluruh
kebesaran di alam buana ini, daku hambaMu yang kercil datang untuk
membesar2kanMu kerana seluruh alam buana ini dicipta olehMu Ya Kholiq”
(renungkan segala ciptaan Allah di langit dan di bumi sambil ucap
‘sesungguhnya Engkau layak dibesar2kan kerana Engkaulah pencipta segala isi langit
dan bumi’)
31
Tarawih Kelima:
Menghayati Sifat Allah Sebagai Raja Dan Penguasa Seluruh Kerajaan Di Langit
Dan Di Bumi
Zikir: Ya Malik Ya Malikalmulk Ya Baaqi Ya Quddus
Bicarahati: Engkaulah Ya Malik Ya Malikalmulk Ya Baaqi Ya Quddus Raja dan Penguasa
yang hakiki, abadi yang mempunyai kuasa yang mutlak dan sempurna bagi seluruh
Kerajaan di Langit dan di bumi.
Merenung kekuasaan Allah yang dilihat di langit dan di bumi.
Tarawih Keenam:
Menghayati Sifat Allah Sebagai Pengurus, Pentadbir Dan Pengatur Hidup
Manusia
Zikir: Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’ Ya Baaqi Ya Quddus
Bicarahati: Engkaulah Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’ Ya Baaqi Ya Quddus pengurus,
pentadbir dan pengatur agenda hidup kami yang hakiki, abadi dan sempurna.
Merenung pengurusan, pentadbiran dan pengaturan Allah yang dilalui sepanjang
hidup.
Tarawih Ketujuh:
Menghayati Sifat Allah Maha Mendidik Setiap Manusia
Zikir: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid Ya Baaqi Ya Quddus
Bicarahati: Engkaulah Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid Ya Baaqi Ya Quddus Mahaguru
kami yang hakiki, abadi yang mempunyai ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran yang
sempurna.
Merenung segala ilmu yang telah dipelajari yang kesemuanya datang dari Allah.
Merenung didikan Allah yang diterima sepanjang hayat.
Tarawih Kelapan:
Menghayati Sifat Allah Sebagai Pembimbing Manusia
Zikir: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq Ya Baaqi Ya Quddus
Bicarahati: Engkaulah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq Ya Baaqi Ya Quddus pembimbing kami
yang hakiki, abadi dan bimbingan-Mu sempurna buat kami.
Merenung bimbingan Allah yang diterima sepanjang hayat.
Tarawih Kesembilan:
Menghayati Sifat Allah Yang Maha Pencinta Sebagai Kekasih Yang Sentiasa
Mencintai Hambanya
Zikir: Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud Ya Baaqi Ya Quddus
Bicarahati: Engkaulah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud Ya Baaqi Ya Quddus kekasih
kami yang hakiki, abadi dan cinta-Mu sempurna buat kami.
32
Merenung segala peristiwa kasih sayang dan cinta, semuanya dari Allah Ya Waduud.
Tarawih Kesepuluh:
Menghayati Sifat Allah Yang Maha Menolong Hambanya Sebagai Sahabat Yang
Hakiki
Zikir: Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim Ya Baaqi Ya Quddus
Bicarahati: Engkaulah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim Ya Baaqi Ya Quddus
sahabat kami yang hakiki, abadi yang sentiasa bersama kami untuk menolong kami.
Merenung segala pertolongan dan bantuan yang diterima sepanjang hayat.
BICARAHATI SELEPAS SOLAT SUNAT TARAWIH
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Saami’ sesungguhnya Engkau Maha Pengasih
Maha Penyayang lagi Maha Mendengar. Dengarkanlah bicarahati hambaMu yang
dhoif lagi hina ini yang datang mengadapMu yang Maha Agong Ya 'Adzim dan Maha
Mulia Ya Karim.
Daku ingin menyatakan setinggi-tinggi syukurku kepadaMu di atas limpah kurniaMu
Ya Rahman Ya Rahim sepanjang daku berpuasa hari ini. Masih lagi Kau Ya Muhyi
suburkan ingatanku kepadaMu sepanjangku berpuasa. Masih lagi Kau pancarkan
cahaya petunjuk kebenaranMu ke dalam hatiku sehingga daku dapat terus melakukan
amal ibadah dan amal kebajikan kepadaMu. Tanpa cahayaMu ini pastilah daku akan
meraba-raba dalam kegelapan. Daku ingin mensyukuri nikmatMu masih lagi
memberikanku kekuatan Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin untuk melaksanakan segala
perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu malah kekuatan dapat
melaksanakan ibadah2 sunat seperti solat tarawih yang baru sahaja selesai ini.
Ya Allah Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab, daku datang kepadaMu sebagai hamba
yang berdosa, yang dhaif lagi hina, memohon kemaafanMu dan keampunanMu, daku
yakin walau daku datang membawa dosa setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu
Allah Ya Ghoffar Ya Ghaffur Ya ‘Aliy, sekiranya daku datang membawa dosa seluas
langit dan bumi, luas lagi keampunanMu Ya Allah Ya Ghoffar Ya Ghaffur Ya Wasi’,
Sesungguhnya Engkau mengampun dosa seluas buih di lautan dan sebanyak pasir di
pantai. Ya Allah Ya Tawwab terimalah taubatku, daku bertaubat daripada
menghambakan diri kepada nafsu dan syaitan, kembali kepada menghambakan diri
kepadaMu sahaja. Jadikan daku hamba dan khadamMu yang sejati. Daku
menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu untuk Engkau aturkan hidup ini
dengan agendaMu Ya Baari’, daku membuang segala agenda peribadiku dan cita2
peribadiku. Sekiranya ada keculasan dalam daku berpuasa sepanjang hari ini daku
mohon kemaafan dan keampunan dariMu Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab
33
terimalah taubatku hambaMu yang dhoif ini. Sekiranya ada perbuatanku pada hari ini
yang telah mengotori hatiku, daku mohon kepadaMu Ya Quddus Ya Jalil sucikan dan
jernihkan hatiku agar daku dapat terus sentiasa dekat denganMu. Sesungguhnya
hanya hati yang bersih dapat merasa dekat denganMu setiap saat dan ketika.
Sekiranya masih ada lagi penyakit2 hati yang bersarang dalam hatiku ya Allah, daku
mohon ampun dariMu Ya Ghoffar Ya Ghofur, sucikan dan jernihkan hatiku daripada
segala penyakit2 hati Ya Quddus Ya Jalil. Daku ingin menjadi abdiMu yang sebenar2
abdi.
Ya Allah, daku mohon restuMu untuk bermunajat kepadaMu di malam hari,
menggapai cintaMu Ya Waduud. Sudilah kiranya Engkau Ya Baa'ith
membangkitkanku pada malam ini untuk daku sujud dan rukuk kepadaMu
menyatakan kehambaanku kepadaMu Rabb sekalian alam. Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya
Matin kurniakanku kekuatan untuk memuji-memujaMu di malam hari. Ya Baari' Ya
Hamid aturkanlah lidah zahir dan lidah roh ku untuk terus memuji-memujaMu di
malam hari dan di siang hari.
Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kurniakanku kekuatan untuk berpuasa jasmani dan
berpuasa batin setiap hari. Sesungguhnya puasa zahir ini merupakan simbol kepada
puasa batin iaitu menahan mata dari melihat yang mungkar dan sia-sia, menahan
telinga dari mendengar yang mungkar dan sia-sia, menahan kaki dari melangkah ke
tempat2 yang mungkar dan sia-sia, menahan lidah dari berkata2 yang mungkar dan
sia-sia, menahan perut dari memakan makanan yang haram dan shubhah serta
makanan2 mewah, menahan fikiran dari berfikir perkara2 yang mungkar dan sia-sia,
menahan tangan dari melakukan perkara2 yang mungkar dan sia-sia. Maka Ya Allah,
daku hambaMu yang lemah seringkali tdk mampu menahan diriku yang sering
dipengaruhi oleh nafsu. Maka daku mohon kekuatan pencegahan dariMu Ya 'Aziz Ya
Qowiy Ya Matin Ya Maani'. Pancarkan cahaya kebenaranMu Ya Nuur Ya Haadi Ya
Haq kepada setiap anggota tubuhku agar semuanya dibimbing untuk melakukan
kebaikan semata2. Ya Hafiz Ya Muhaimin lindungi daku daripada menggunakan
anggota2 pinjamanMu ini Ya Malik untuk melakukan kemungkaran dan perbuatan
sia2.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami' Ya Somad, Engkaulah tempat daku bersandar untuk
menyatukan tali persaudaraan yang telah putus antara daku dengan saudara-mara /
sahabat2ku / jiran2ku. Ikatkan hati2 kami dengan kasih sayang agar leburlah segala
kebencian, dendam dan hasad dengki sesama kami. Kurniakan kami sifat saling
memaafi dan saling memahami Ya ‘Afuww Ya Syakur. Sesungguhnya tiada yang
dapat mengikat hati manusia melainkanMu Ya Jaami' Ya Waajid.
Allahumma Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq jadikanlah ramadhan kali ini lebih bermakna
daripada ramadhan yang sebelum ini iaitu di mana hati ini mendapat cahaya petunjuk
34
kebenaran yang lebih terang benderang, cahaya makrifah yang lebih jelas agar kami
dapat mengenalMu Rabb yang mencipta kami dengan penuh kasih sayang. Pancari
hati kami dengan cahaya AlQuranMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq agar kami dapat
hidup dalam mengamalkan setiap ayatMu dan meninggalkan segala laranganMu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud, Yang Maha Pemurah, Penyayang dan
Pencinta, daku menagih secebis kasih dan cintaMu agar daku dapat sentiasa
mengingatiMu, merinduiMu, mencintaiMu dan berkorban jiwa raga untukMu.
Sesungguhnya cintaMu itu suci, tulus dan abadi yang dapat menemaniku di dunia,
alam barzah dan alam akhirat, sedangkan cinta manusia itu Sifatnya Fana’ Dan
Sementara.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud, Yang Maha Pemurah, Penyayang dan
Pencinta, daku tidak mengejar lailatul QadarMu, yang daku kejar dan tagih hanyalah
secebis kasih dan cintaMu agar daku dapat sentiasa mengingatiMu, merinduiMu,
mencintaiMu dan berkorban jiwa raga untukMu. Sesungguhnya cintaMu itu suci, tulus
dan abadi yang dapat menemaniku di dunia, alam barzah dan alam akhirat, sedangkan
cinta manusia itu sifatnya fana’ dan sementara. Jadikan setiap malam bagiku umpama
Lailatur Qadar dimana diri ini mampu bangun mengejar cintaMu Ya Waduud.
Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, pancarkan cahayaMu pada hatiku agar mata hati ini tiada
lain yang dipandang melainkanMu setiap saat, agar pendengaran ini tiada lain yang
didengarnya melainkan kalam2Mu, dan agar lidah ini tiada lain yang diperkatakan
melainkan zikir menyebut2 namaMu, agar kaki dan tangan ini tiada lain yang
diperbuatnya melainkan digerakkan untuk mencari redhaMu semata2.
Allahumma Ya Mu’id Yang maha mengembalikan, kembalikan daku kepada fitrahku
yang Engkau Ya Kholiq ciptakan daku sebelum ini iaitu Fitrah yang suci yang dicelup
dengan 99 sifat kemuliaanMu iaitu sedikit AsmaulhusnaMu untuk membolehkan daku
menjadi abdi dan khadamMu sebenar2 abdi dan khadam di mukabumi ini. Alirkan
dalam jiwa ini sifat2 MuliaMu Ya Majid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Sobur, Ya
Syakur, Ya Wahab, Ya Fattah, Ya ‘Afuww iaitu budi pekerti mulia dan sifat terpuji
sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Pancarkanlah Nuur
Muhammad Mu kepada kami agar kami dapat hidup sebagaimana yang ditunjukkan
oleh NabiMu, hidup untuk memberi, hidup untuk berbakti dan berkorban. Ya ‘Aziz Ya
Qowiy Ya Matin, kurniakan kami kekuatan untuk menzakatkan fitrah kemuliaan
Asmaul Husna yang telah Engkau masukkan dalam jiwa ini.
35
SOLAT SUNAT HAJAT
Sujud pertama: Ya Fattah, Ya Salaam, Ya Rozzaq, Ya Karim (7X)
Bicarahati: Ya Allah kurniakan daku kesejahteraan dunia dan akhirat serta bukalah
pintu syurgaMu seluas-luasnya untukku.
Sujud kedua: Ya Baasit, Ya Nuur, Ya Wadud (7X)
Bicarahati: Ya Allah lapangkanlah kuburku, sinarilah kuburku dengan cahayaMu dan
temanilah daku di alam barzakh kelak dengan cintaMu.
Sujud ketiga: Ya ‘Aziz, Ya Qowiy, Ya Matin (7X)
Bicarahati: Ya Allah kurniakan daku kekuatan untuk beramal ibadah dan berjihad
dijalanMu.
Sujud keempat: Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wahhab, Ya Karim (7X)
Bicarahati: Ya Allah hanya kasih sayangMu daku perlukan dan pada saat ini daku
sujud padaMu memohon pertolonganMu. (Kemudian,mengadulah segala masalah
kepada Allah dan minta bantuanNya.)
DOA BICARAHATI ASMAULHUSNA SELEPAS SELESAI SOLAT SUNAT HAJAT
Doa Pelembut Hati Yang Keras
Allahumma Ya Latif, lembutkanlah hati kami, hati anak2 kami, hati suami dan isteri
kami, hati masyarakat kami agar kami dapat sentiasa tunduk dan taat kepada segala
perintahMu. Ya Latif, lembutkanlah hati anak2 kami agar melaksanakan solat
kepadaMu dan melaksanakan segala perintah2Mu dan menjauhi larangan2Mu. Ya
Latif, lembutkanlah hati2 kami sekiranya sangat sukar bagi kami untuk bermaafan dan
berkasih sayang antara kami. Ya Latif, lembutkanlah hati2 kami untuk beribadah di
malam2 hari agar kami mendapat cintaMu Ya Waduud.
Doa Untuk Orang Sakit
Ya Allah Ya Salaam Ya Fattah, hanya Engkau yang dapat membuka jalan
penyembuhan kepada setiap penyakitku ini. Ya Allah Ya Wahhab, bantulah hambaMu
ini dan bukalah jalan penyembuhan kepada setiap penyakit roh dan jasadku. Ya Allah
Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin kurniakanku kekuatan untuk daku terus mengabdi diri
kepadaMu dan menjalankan tugas sebagai khalifahMu dengan sempurna mengikut
kehendakMu. Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir, daku redha dengan ujianMu ini kerana
inilah tanda kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim kepada diriku kerana Engkau
sedang mencuci rohku melalui sedikit kesakitan ini demi kelapangan akhiratku.
36
Sesungguhnya, Engkau Ya Hafiz Ya Muhaimin sedang menyelamatkan rohku saat ini
daripada dicelup dengan api nerakaMu kelak Ya Dhorru Ya Hakam Ya Muntaqim.
Api nerakaMu itu sangat dasyat, kerana seringan-ringan azab adalah memakai selipar
api neraka yang akan menggelegak otak ahli neraka itu.
(*Untuk doa bicarahati khusus kepada penyakit tertentu, sila rujuk kepada buku doa
bicarahati untuk orang sakit.)
Doa Untuk Anak-Anak Yang Merokok Dan Ambil Dadah
Allahumma Ya Maani’, Sesungguhnya hanya Engkau yang dapat mencegah anak2
kami dari merokok dan mengambil dadah. Ya Zohir Ya Haq, nampakkanlah pada
pandangan matahati mereka bahawa rokok dan dadah itu adalah perbuatan dosa dan
maksiat disisiMu dan memberi mudarat kepada tubuh dan kehidupan mereka. Ya
Hafiz Ya Muhaimin, lindungilah mereka dari segala dosa dan maksiat dan perkara2
yang Engkau cegah.
Doa Selamat
Allahumma Ya Salaam Ya Hafiz Ya Muhaimin, selamatkanlah kami di dunia, di alam
barzah dan di alam akhirat. Ya Salaam Ya Hafiz Ya Muhaimin, selamatkanlah dan
sejahterakanlah roh kami di akhirat nanti, lindungi roh kami dari azab nerakaMu dan
masukkanlah roh kami ke dalam syurgaMu. Ya Salaam Ya Hafiz Ya Muhaimin,
selamatkanlah dan sejahterakanlah jasad kami di dunia ini dari segala bencana dan
penyakit. Ya Salaam Ya Hafiz Ya Muhaimin, selamatkanlah kami di dalam kubur nanti
dari segala bencana dan azab. Ya Salaam Ya Hafiz Ya Muhaimin, selamatkanlah kami
dari tipudaya nafsu dan syaitan di dunia ini agar kami tidak melakukan perkara2 dosa
dan maksiat kepadaMu. Ya Mukmin, masukkanlah kami dalam golongan orang2
beriman, bertakwa dan berjihad di Jalan agamaMu.
Doa Mudah Bersalin
Allahumma Ya Fattah Ya Baasith Ya Waasi’, bukalah, lapangkanlah dan luaskanlah
Jalan untuk bayi ini keluar dari rahim ibunya dengan mudah. Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya
Matin, kurniakan kepada ibu ini keperkasaan, kekuatan dan keteguhan pada hati dan
tubuhnya untuk mengharungi saat2 melahirkan anaknya. Ya Salaam, sejahterakan dan
tenangkanlah jiwa dan kurangkanlah rasa sakitnya dalam menghadapi ujian ini. Ya
Awwal Ya Akhir, percepatkanlah proses bersalin ini. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab
Ya Karim, permudahkan lah segala urusan dalam proses bersalin bagi ibu ini. Ya
Salaam, sihatkanlah roh dan jasad ibu dan anak yang akan dilahirkan nanti. Ya
Mukmin, jadikanlah anak yang akan dilahirkan ini sebagai orang beriman, bertakwa
dan mujahid yang memperjuangkan agamaMu.
37
SOLAT SUNAT TAUBAT
Setiap rukuk: Penyerahan diri kepada Allah dan memohon diatur hidup
Zikir: Ya Baarik (7X) (dalam rukuk)
Bicarahati: Ya Allah Ya Baarik daku serahkan diriku kepadaMu. Daku memohon untuk
Engkau aturkan hidupku mengikut keredhaanMu.
Sujud pertama: Memohon keampunan
Zikir: Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil (7X)
Bicarahati: Ya Allah, maafkan segala kesalahanku, ampunkan segala dosaku,
terimalah taubatku, suci dan jernihkan hatiku dari segala penyakit hati, karat dosa,
berhala dunia dan makhluq, syirik dan syaitan. (sambil merenung dosa yang
dilakukan dan menginsaf diri)
Sujud kedua: Memohon cahaya petunjuk
Zikir: Ya Nur Ya Hadi Ya Haq (7X)
Bicarahati: Ya Allah, pancarilah hatiku dengan cahaya petunjukMu agar daku dapat
berjalan atas kebenaranMu dan cahaya makrifat agar daku dapat mengenalMu.
Sujud ketiga: Memohon dibukakan hijab dan dilembuntukan hati
Zikir: Ya Fattah Ya Latif (7X)
Bicarahati: Ya Allah bukakan hijab antaraku dan Dikau agar daku dapat merasai
Engkau sentiasa ada di sisiku. Ya Allah Ya Latif lembuntukan hatiku yang keras ini
agar gementar hatiku ketika disebut Nama2Mu yang Agong.
Sujud keempat: Memohon perlindungan daripada godaan nafsu dan syaitan
Zikir: Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Maani’ (7X)
Bicarahati: Ya Allah lindungi diriku daripada godaan nafsu dan bisikan syaitan.
Cegahkanku daripada mengikut petunjuk nafsu dan syaitan.
BICARAHATI SELEPAS SOLAT SUNAT TAUBAT:
MUNAJAT KEINSAFAN MENCARI JALAN KEMBALI
Allahumma Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafi kami atas
kelalaian kami dalam menyebut2 Nama2Mu, maafkan kami kerana kami tidak mampu
memujiMu Ya Hamid dengan Nama2Mu, bagaimanalah Ya Allah kami ni nak
menyebut2 dan memuji2Mu Ya Allah kerana kami tidak mengetahui tentang
Nama2Mu dan kekuasaanMu dalam menolong kami, maafkan kami ya Allah, selama
ini kami hanya belajar pelajaran2 tentang kehidupan dunia kami sahaja tetapi tidak
pernah belajar tentang mengenal Nama dan Sifat2Mu Ya Allah, hanya Engkau Ya Alim
Ya Hakim Ya Roshid yang dapat mendidik dan mengajar kami mengenalMu Ya Allah,
38
dan dengan mengenal Nama2 dan Sifat2Mu, dapatlah kami berdoa dengan menyeru2
Nama2Mu Ya Allah.
Ya ‘Afuww, maafkan kami Ya Allah kerana menikmati nikmatMu tetapi tidak mampu
mensyukuri nikmatMu selama ini, Ya Syakur, berilah kami daya untuk mensyukuri
nikmat2Mu yang terlalu banyak yang tidak terhitung dan terbilang oleh kami. Ya Allah
Ya Ghoffar Ya Ghaffur, kami hambaMu yang dhaif dan hina ini membawa timbunan
dosa kepadaMu, namun walau setinggi gunung dosa2 kami, tinggi lagi keampunanMu
Ya Allah Ya Ghoffar Ya Ghaffur Ya ‘Aliy, walau seluas langit dan bumi dosa2 kami,
Engkau berkata luas lagi keampunanMu Ya Allah Ya Ghoffar Ya Ghaffur Ya Waasi’.
Sekiranya Engkau mengampunkan kami Ya Allah, pastilah kami akan dapat
mendekatkan diri kepadaMu dan beribadah kepadaMu, bagaimanalah Ya Allah
hambaMu yang kotor ini yang bergelumang dengan dosa2 selama ini akan dapat
datang dekat denganMu tanpa keampunanMu dan penyucian dariMu Ya Quddus Ya
Jalil, bagaimanalah kami dapat sujud kepada Mu dan dapat berzikir kepadaMu kerana
semua amal ibadah itu hanya dapat dilakukan oleh hati2 yang suci ya Allah, maka Ya
Allah Ya Quddus Ya Jalil, kami bermohon kepadaMu sucikan segala dosa2 kami
kepadaMu selama ini, dan kami yakin Engkau mampu menyucikan segala kotoran
dalam hati hamba2Mu ini sebagaimana Engkau menyucikan kotoran kufur dalam hati2
orang kafir yang Engkau memberi hidayahMu Ya Haadi.
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Ya Mukmin Maha Memberi keimanan, memasukkan
iman ke dalam jiwa kami, tariklan kami dekat kepada-Mu Ya Allah Ya Qoreeb Ya
Mukmin dengan kasih sayang dariMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Mukmin, dan kami
yakin Engkau ya Allah ingin memasukkan iman ke dalam jiwa2 kami. Ya Allah Ya Malik
Ya Malikulmulk Ya Qoobidh, penggenggam jiwa manusia yang hanya Engkau dapat
memasukkan iman dan tauhid dalam jiwa2 kami Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad Ya
Mukmin. Engkau juga Ya Allah Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid mahaguru yang hakiki
dan abadi, curahlah ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran kepada kami untuk kami
menjadi abdi dan khalifahMu yang sempurna. Bantulah kami menundukkan hawa
nafsu kami Ya Allah Ya Qohhar, Ya Jabbar, Ya Mukmin, Ya Rahman Ya Rahim, Ya
Latif Ya Halim, sekiranya Engkau tidak membantu kami, siapalah lagi dapat
membantu kami saat ini, dan kami sangat2 mengharapkan pertolonganMu Ya Allah.
Ketikamana Engkau Ya Qohhar menundukkan kami kepada segala perintahMu, kami
pasti akan dapat tunduk kepadaMu dengan ketundukan yang sempurna, tetapi
sekiranya kami dengan daya kami cuba untuk tunduk kepada-Mu, pasti kami tiada
daya Ya Allah. Tentulah nafsu kami tidak lagi dapat memprotes-Mu lagi apabila diberi
daya tunduk olehMu Ya Qohhar. Begitu juga ketika dimasukkan iman olehMu Ya
Mukmin ke dalam jiwa kami, tentulah nafsu kami tidak ada daya untuk mencabut iman
itu, dengan itu dapatlah roh kami menerimanya dengan mudah.
39
Begitu juga ketika Engkau Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq memancarkan cahaya
hidayahMu ke dalam jiwa kami, nafsu ini tiada daya lagi untuk memadamkan cahaya
itu, dan dapatlah roh kami disinari cahayaMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq dan dapatlah
roh dan jasad kami dipimpin olehMu ke jalan yang benar. Ketikamana Engkau Ya
Maani’ mencegah kami dari ketagihan dadah, rokok dan pelbagai dosa dan maksiat,
tentulah nafsu kami tiada daya untuk menagih lagi dan berbuat dosa lagi dan nafsu
ini pasti tidak dapat menghalang pencegahanMu Ya Maani’ dan tarikanMu Ya
Qoreeb kerana daya pencegahan-Mu dan daya tarikanMu terlalu amat kuat dan
dahsyat dan tiada suatu makhluqMu pun dapat menghalang pencegahanMu dan
tarikanMu.
Terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim atas segala nikmat, rahmat dan
pertolonganMu kepada kami dan bantulah juga semua kawan2 kami yang telah
tersasar dan tersilap selama ini dengan bimbinganMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.
AL-QURAN
APA ITU AL QURAN?
Al Quran itu bicara TuhanMu, Allah Al Malik Al Malikul Mulk, Al Dzajalaaliwalikram,
pemilik seluruh langit dan bumi dan isinya.
Allah berbicara denganmu dalam Al Quran, mengajarmu
PerintahNya
LaranganNya
Prinsip2 Hidup
Peraturan2 orang2 beriman
Peringatan tentang balasan terhadap kekafiran
Janji balasan syurga kepada orang beriman
Rohmu rindukan bicara Tuhannya, ia dicipta untuk memikul amanah Allah melalui
Al-Quran. Maka, hayati setiap bicara dan kalamNya, amalkan dan sebarkan, jangan
diabaikan.
DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
MEMBACA AL QURAN
Ya Baari’, Agendakan ku untuk sentiasa membaca dan menghayati ayat2 QuranMu
Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, Perkasakan, perkuatkan dan perteguhkan jiwaku
untuk sentiasa membasahi lidahku dengan ayat2Mu
40
Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid Ya Nuur, Kurniakanku ilmu, kebijaksanaan,
kepintaran dan cahayaMu melalui ayat2 QuranMu agar ianya menjadi penyuluh
jalan dan panduan hidupku
Ya Nuur, Pancarkan Nuur Quran ke dalam jiwaku agar jiwa ini gemarkan quran dan
cenderung hati untuk sentiasa membaca Al Quran dan kurniakan daku kelazatan
beribadah kepadaMu
PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA DALAM MEMBACA AL-QURAN
Sebelum membaca kalam Allah, seeloknya hati dibersihkan daripada segala kekotoran
yang boleh menjadi hijab menghalang untuk hati ini menyerap kefahaman, teguran,
panduan dan larangan yang ada di dalam AlQuran. Sekiranya hati tidak dibersihkan,
maka ayat AlQuran menjadi bacaan di lidah semata-mata, tidak dapat dihayati dan
diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikut panduan amalan penghayatan
Asmaulhusna untuk sebelum, semasa dan selepas membaca AlQuran.
LANGKAH PERTAMA: PENYUCIAN JIWA & PERSEDIAAN ROH
*rujuk zikir penyucian jiwa di m/s 5 hingga 6
LANGKAH KEDUA: PROSES MEMOHON CURAHAN ILMU & KEFAHAMAN DARI
ALLAH UNTUK MEMAHAMI KALAM-KALAM ALLAH DALAM AL QURAN &
ALAM
1. Menafikan ada Mahaguru yang mampu mengajar ayat2 Al Quran yang
merupakan bicara Allah, melainkan Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rosyid.
Bicarahati: Laailaahaillallah Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid, daku
menafikan ada guru di dunia ini yang boleh mengajarku dan memberikanku
kefahaman yang sebenar tentang ayat2Mu melainkanMu Ya ‘Alim Ya Hakim Ya
Rosyid, selain dariMu semuanya bersifat lemah dan jahil.
2. MengEsa dan mengiktiraf Allah Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid sebagai
Mahaguru 7 lapisan langit dan bumi yang akan menyampaikan kuliah melalui
ayat2Nya (Al Quran & Alam) ke dalam hati dan fikiran.
Bicarahati: Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid, Engkaulah Mahaguru dalam
semua bidang ilmu, ilmu akhirat, alam barzah dan alam dunia yang terkandung
dalam ayat2Mu. Engkau pakar dalam seluruh ilmu, tiada pakar melainkan hanya
Engkau yang pakar.
41
3. Meminta izin menghadiri kuliah Membaca dan memahami Al-Quran
Bicarahati: Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid, daku memohon izin untuk
menghadiri kuliah Al-QuranMu. Ya Fattah, bukalah dewan kuliahMu buatku. Ya
Baseer, pandanglah daku yang jahil ini, janganlah Engkau memalingkan wajahMu
dariku, daku ingin belajar denganMu.
LANGKAH KETIGA: KETIKA MEMBACA AYAT AL-QURAN
Bacalah makna atau terjemahan setiap ayat yang dibaca. Kemudian binalah bicarahati
yang bersesuaian dengan ayat tersebut.
Contohnya ayat yang berkaitan dengan ancaman api neraka, maka binalah bicarahati
berkaitan dengan memohon perlindungan Allah daripada azab neraka.
Contoh bicarahati: Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin pelihara diriku daripada azab api
nerakaMu Ya Muntaqim yang pedih itu.
DOA BICARAHATI ASMAULHUSNA SELEPAS MEMBACA SURAH YASIN
Allahumma Ya Sami’ Ya Hamid, dengarkan kami ingin memuji-memujaMu yang maha
terpuji. Segala puji hanya milikMu Ya Hamid, Engkaulah Ya Malikulmulk Tuhan
pentadbir seluruh alam. Engkau Ya Hamid layak dipuja-dipuji kerana Engkau Ya
rahman Ya Rozzaq sentiasa memberikan nikmatMu kepada hambaMu tanpa pernah
berkira-kira dengan kami. Engkau Ya Hamid layak dipuja-dipuji kerana Engkau Ya
Rozzaq Ya Muqit sentiasa mencukupkan rezeki kami dan segala keperluan kami.
Engkau Ya Hamid layak dipuja-dipuji atas kebesaranMu Ya Kabir Ya Mutakabbir
mencipta alam ini Ya Kholiq dan Engkaulah Ya ‘Adzim yang layak diagung-agungkan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud sampaikan selawat dan salam kami kepada
Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Masukkan rasa
kasih dan cintaMu ke dalam hati kami agar kami dapat mengasihi dan mencintaiMu
sepertimana NabiMu mendidik kami hasil didikanMu Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid
bahawa hidup ini adalah untuk mencintaiMu dan berkorban jiwa raga hanya untukMu.
Ya Baarik Ya Barr Ya Karim Ya Quddus aturkan hidup kami untuk menyelusuri jalan
kebaikan, kemuliaan dan jalan suci yang telah ditinggalkan oleh baginda untuk kami
ikuti iaitu cara hidup baginda, perjuangan baginda dan akhlak baginda.
Ya Allah Ya Rahim Ya Maani’ Engkau yang Maha Penyayang dan Maha Mencegah,
sentiasa membimbing kami melalui ayat2 peringatanMu di dalam surah yasin ini agar
tidak tersasar ke jalan nerakaMu Ya Muntaqim. Banyak ayatMu di dalam surah yasin
ini diwahyukan sebagai khabar gembira dan peringatan kepada kami. Ya Allah Ya
Hamid Ya Syakur Ya Mukmin kurniakan kami jiwa yang memuji-memujaMu,
42
mensyukuri nikmatMu dan beriman dengan khabar gembira yang Engkau Ya Zohir
zahirkan dlm surah ini. Dan Ya Allah Ya Hakam Ya Dhorru Ya Muntaqim kurniakan
kami jiwa yang mampu merasai di hati kami yang dalam betapa pedih dan azabnya
siksa nerakaMu agar kami mengambil iktibar dari peringatanMu itu.
Ya Allah Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Mukmin, Engkau menguatkan iman kami
dengan ayatMu yang bermaksud, “apabila aku berkehendak jadi, aku hanya berkata
KUN, maka jadilah sesuatu kejadian itu.” Kurniakan kami haqqul yaqin kepada setiap
kekuasaanMu. Bahawa sesungguhnya Engkaulah Ya Malik Malikul Mulk penguasa
dan Maharaja sekalian alam. Semua yang berlaku di dunia ini berada dlm
pengetahuanMu Ya ‘Alim. Ya Allah Ya Qodir Ya Muqtadir, Engkau Maha
Berkehendak dan Maha Menentukan Takdir. Hanya kehendakMu lah yang berlaku di
alam buana ini.
Ampuni kami Ya ‘Afuww Ya Ghoffar Ya Tawwab sekiranya kami mengeluh kesah
dengan kehendak dan takdirMu kepada kami. Ampuni kami Ya Afuww Ya Ghoffar Ya
Tawwab Sekiranya ada kami merasai tidak redha dengan taqdirMu. TaqdirMu sentiasa
sempurna Ya Qodir Ya Muqtadir Ya Quddus. TaqdirMu penuh dengan kebaikan
dariMu Ya Qodir Ya Muqtadir Ya Barr. TaqdirMu penuh dengan kasih sayang dariMu
Ya Qodir Ya Muqtadir Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud. Engkau tidak pernah
menzalimi hambaMu melainkan ujian yang kami hadapi dalam hidup ini merupakan
tarikanMu buat kami Ya Qoreeb Ya Mu’id agar kami lebih mendekatkan diri
denganMu. Engkau boleh mengakhiri ujian ini dengan semudah KUN FAYAKUN.
Namun, ujian ini bukan kerana Engkau tidak mendengar rintihan, bukan kerana Engkau
ingin melihat kami dalam kesusahan, tetapi ujian ini adalah kerana Engkau ingin
menyuci hati kami daripada kotoran-kotoran, Engkau tidak mahu kami putus ingatan
kepadaMu, dan ujian ini merupakan kelapangan di hari akhirat.
Ya Allah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, kami mohon kepadaMu cahaya petunjuk
kebenaranMu supaya kami sentiasa berada di atas jalan redhaMu melalui petunjuk2
kebenaran dariMu. Ya Allah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, pancarkan cahaya makrifahMu
ke dalam jiwaku agar daku dapat mengenalMu. Ya Salaam Ya Mukmin, masukkan
rasa aman dan sejahtera dalam jiwa kami. Ya Quddus Ya Jalil sucikan hati kami dari
sifat risau, gelisah dan prasangka buruk. Ya Fattah Ya Waasi’ Ya Baasit bukakan,
luaskan dan lapangkan jalan kami menuju redha dan cintaMu. Bukakan, luaskan dan
lapangkan hati kami untuk menerima segala petunjuk, teguran, ilmu dariMu.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ Ya Baaqi Ya Quddus kekalkan hati kami
sentiasa bertaut denganMu agar kami tidak melupaiMu, dan dapat sentiasa
mendengar di hati ini petunjukMu, teguranMu, muhasabah dariMu.
43
BICARAHATI KETIKA KHATAM AL-QURAN
Allahumma Ya Rahman Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami’ , sesungguhnya Engkau
Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar, dengarilah bicarahati kami,
hambaMu yang lemah lagi dhoif ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, redhoilah dan
restuilah segala amalan kami, kehidupan kami dan redhoilah setiap ayat-ayat yang
Engkau izin kami membacanya.
Ya Allah Ya Hamid segala puji bagiMu rabb sekalian alam yang telah menurunkan
AlQuran sebagai wahyu dariMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq untuk menjadi petunjuk
kepada kami untuk menjalani kehidupan di dunia ini dan akhirat. Terkandung di dalam
kalam-kalamMu ini pesanan2, peraturan2, larangan2, nasihat2, ilmu2, petunjuk2 jalan
untuk kami jadikan sebagai rujukan harian kami. Maka Ya Allah Ya Baarik Ya Baaqi Ya
Quddus, izikan kami untuk terus membaca kalam2Mu sehingga ke akhir hayat kami
agar kami sentiasa mendapat petunjuk yang benar dariMu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.
Ya Allah Ya Fattah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq bukakan hati kami, sel2 neuron dalam
otak kami dan masukkan cahaya alquranMu ke dalam hati dan otak kami agar dapat
kami menjalani kehidupan berlandaskan kalam2Mu dan dapat memahami setiap
kalamMu sepertimana yang Engkau ingin kami fahami ia. Ya Allah Ya ‘Alim Ya Hakim
Ya Rosyid, kami ini hambaMu yang jahil memohon kefahaman pada setiap ayat yang
dibaca agar dapat menjadi amalan dalam hidup kami. Ya Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya
Rosyid fahamkanlah kami tentang apa yang telah Kau sampaikan dalam kitabMu buat
kami agar kami dapat berakhlaq dengan akhlaq al quran dan mengamalkan apa yang
telah dibimbing olehMu. Ya Allah Ya Rozzaq Ya Karim rezekikanlah kepada kami
untuk sentiasa membaca kalam-kalamMu dalam AlQuran ini dan dapat kami
menghayatinya dan mengamalkannya dalam kehidupan kami sepanjang hayat kami.
Allahumma Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’ sesungguhnya Engkau lah sebaik2
pengurus kehidupan kami, uruskanlah segala urusan kami di atas dunia ini sebagai
hamba dan khalifahMu, uruskanlah juga urusan kami di akhirat kelak sesungguhnya
hanya lah Engkau sebaik pengurus dan pentadbir urusan hambaMu. Jadikanlah kami
hambaMu yang sentiasa patuh dan tunduk pada perintahMu. Dan kurniakanlah kami
ketundukan yang sempurna di sisiMu Ya Qohhar Ya Quddus.
Ya Allah, jadikanlah pengakhiran hidup kami adalah pengakhiran yang sebaik2nya Ya
Muakhir Ya Barr Ya Kareem, dan kurniakanlah kepada kami sebaik-baik hari adalah
hari berjumpa dengan-Mu Ya Barr Ya Jaami’ Ya Wadud. Sesungguhnya hanyalah
Engkau yang kami cari bukanlah pahala mahupun syurgaMu Ya Allah. Kami mencariMu
untuk mengenalMu untuk mendekatkan diri denganMu. Kami memohon kepada-Mu
kehidupan yang tenteram Ya Mukmin Ya Salaam, kematian yang tenang dan dalam
44
keadaan husnul khotimah Ya Mumit Ya Barr Ya Kareem dan ditempatkan di taman-
taman syurga di alam barzakh kelak.
Ya Allah, hanyalah kepadaMu tempat kami bergantung harap Ya Ahad Ya Wahid Ya
Somad dan kepadaMu lah kami berserah diri Ya Baari’, kepadaMulah kami memohon
doa kerana Engkau Yang Maha mengabulkan Ya Mujib, Engkaulah sebaik2 pemberi
kejayaan Ya Wahhab Ya Kareem Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah pemberi ilmu Ya
‘Alim dan pemilik segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini Ya Malik Ya ‘Alim Ya
Hakim Ya Rasyid. Ya Allah Ya Syakur jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur di
atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami ini. Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya
Matin kurniakanlah kami kekuatan dalam melakukan amal kebajikan kepadaMu dan
juga kepada masyarakat sekeliling kami, janganlah biarkan kami asyik mengejar dunia
tetapi sibukkanlah kami dalam mengejar cintaMu dan meraih keredhoanMu Ya
Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Teguhkanlah pendirian dan keimanan kami kepadaMu
Ya Matin, beratkanlah timbangan kebaikan kami Ya Barr Ya Kareem, tinggikanlah
darjat kami Ya Roofi’ dalam menuju kehadratMu. Terimalah dan redhoilah segala
amalan kami di atas dunia ini dan ampunilah segala dosa2 kami Ya ‘Afuww Ya
Ghoffar Ya Ghoffur.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, rahmatilah dan restuilah kehidupan kami di dunia dan
di akhirat, peliharalah kami daripada melakukan dosa Ya Hafiz Ya Muhaimin, dan
lindungilah kami dari azab nerakaMu Ya Muntaqim. Ya Allah, sesungguhnya kami tidak
sanggup untuk memasuki nerakaMu, maka bantulah kami untuk memperbaiki
kehidupan kami sehingga akhir hayat kami dalam sentiasa melakukan ketaatan dan
berbakti kepadaMu.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim rahmatilah setiap perjalanan yang kami tempuhi
sebagai abdiMu, Ya Qohhar Ya Hafiz Ya Muhaimin kurniakan kami ketakutan dan
ketundukkan kepadaMu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat
kepada-Mu, ketaatan yang dapat membuat kami meraih cintaMu, keyakinan yang
teguh kepada Mu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad. Kurniakanlah kami penglihatan dari
Mu Ya Baseer, dan kekuatan dariMu Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin untuk kami lalui
segala bentuk jalan yang sudah Engkau aturkan buat kami Ya Baari’. Bantulah kami
Ya Wahhab Ya Kareem menghadapi musuh-musuhMu. Janganlah Engkau jadikan
dunia sebagai kehendak kami yang paling besar Ya Hafiz Ya Muhaimin. Ya Allah Ya
Maani' jauhkan kami dari terpedaya dengan tipu daya dan juga kesyirikan hati
kepadaMu. Ya Rahman Ya Rahim Ya Baaqi Ya Jaami’ pertautkan hati kami sentiasa
denganMu agar hati ini tidak putus2 memujiMu Ya Baari Ya Hamid.
Ya Allah, sekiranya masih ada lagi sisa sisa dosa kami kepadaMu, ampunilah kami Ya
Ghoffar Ya Ghoffur dan sekiranya masih lagi hati dan roh kami diselaputi dengan
karat2 dosa dan kotoran syirik, sucikanlah dan bersihkanlah sebersih2nya dengan air
45
penyucian Mu Ya Quddus Ya Jalil. Kami redho sekiranya Engkau membersihkan
dengan sedikit ujian kesempitan dan kesakitan. Dan kami redha dengan penyucian
yang Kau berikan kepada kami ini sekiranya dengan cara ini mendekatkan lagi diri kami
kepada Mu. Sekiranya ada di antara kami ini ada yang mengalami kesusahan maka
permudahkanlah segala urusannya Ya Fattah, sekiranya ada di antara kami yang
sedang didakap kesedihan maka gembirakanlah dia Ya Salaam Ya Mukmin, sekiranya
ada di antara kami masih lagi terikat dengan hutang piutang, bantulah dia untuk
menyelasaikannya Ya Fattah Ya Wahhab Ya Kareem, dan sekiranya ada di antara
kami yang hampir berada di jalan yang Engkau tidak meredhoi maka tariklah dia
kembali kepadaMu Ya Mu’id Ya Qoreeb. Dakaplah kami untuk sentiasa dekat
denganMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Qoreeb. Tetapkanlah kami untuk sentiasa
berada di atas jalanMu ini yaitu jalan Iman Islam dan Ihsan.
Ya Rabb, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat Ya Barr
Ya Kareem, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api nerakaMu Ya Hafiz Ya
Muhaimin Ya Muntaqim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Salaam, limpahkan
selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan
kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda. Allahumma Ya Sami’ Ya
Mujib Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan, dengarilah rintihan
kami kepadaMu, dengarilah bicara kami kepadaMu dan kabulkanlah doa kami Wahai
Dzat Yang Maha Mengabulkan.
46
ZIKIR
APAKAH ITU ZIKRULLAH?
Zikrullah adalah lafaz-lafaz seorang hamba berbicara dengan Tuhannya yang Maha
Mulia Ya Karim, Ya ‘Aliy Yang Maha Tinggi. Rohmu rindu untuk berbicara dengan
Allah melalui zikrullah:
Pujilah Allah dengan Kalimah Alhamdulillah dan NamaNya Ya Hamid
Mohonlah keampunanNya dengan Kalimah Istighfar dan NamaNya Ya Ghoffar
Berikrar dan berazam untuk kembali kepada fitrah dirimu sebagai abdi dengan
kalimah Taubat dan NamaNya Ya Tawwab
Besar-besarkanNya dengan kalimah Allahu Akbar dan NamaNya Ya Kabir Ya
Mutakabbir
Sucikan aqidahmu kepadaNya dengan mengfana’kan daya makhluq dan
menyaksikan daya Allah setiap saat dengan kalimah Tauhid Laailahaillallah dan
Nama2Nya 99 Asmaul HusnaNya
DOA MEMOHON KEKUATAN JIWA, EMOSI DAN JASAD DALAM
BERZIKIR
Ya Baari’, Agendakan lidah dan hatiku untuk sentiasa mengingatiMu melalui zikir2
menyebut nama2Mu.
Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, Perkasakan, perkuatkan dan perteguhkan jiwaku
untuk sentiasa membasahi lidahku dengan zikir2 kepadaMu.
Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid Ya Nuur, Kurniakanku ilmu, kebijaksanaan,
kepintaran dan cahayaMu melalui zikir nama2Mu agar ianya menjadi penyuluh
jalan dan panduan dan energi bagi kehidupanku.
Ya Nuur, Pancarkan Nuur Zikir ke dalam jiwaku agar jiwa ini gemarkan zikir dan
cenderung hati untuk sentiasa berzikir, Kurniakanku ilmu makrifatullah agar kami
dapat mengenalMu Allah dan dengan itu dapat mengenal diri kami dan kurniakan
daku kelazatan beribadah kepadaMu.
47
Bicarahati: Maha SuciMu Allah Ya Quddus, Engkau suci dari segala kesalahan, kecacatan dan
kesilapan. Setiap takdirMu yang berlaku dalam hidupku melambangkan kesempurnaanMu,
kerana Engkau Ya Hakim Yang Maha Bijaksana, dakulah hamba yang jahil yang sentiasa
tersalah faham dan mengeluh kesah. Ampuni daku Ya ‘Afuw Ya Ghoffar Ya Tawwab atas
kesalahan dan dosaku yang sering berburuk sangka terhadapMu, daku redha atas apa pun jua
kehendakMu Ya Qoodir dan takdirMu Ya Muktadir.
Bicarahati: Ya Allah Ya Hamid yang Maha terpuji, segala puja dan puji untukMu, daku
memujiMu kerana daku setiap saat dikurniakan kurniaanMu yang tak mampu daku hitung. Di
saat ini Engkau masih mendegupkan jantungku, mengalirkan darah dalam saliran darahku,
memasukkan udara dalam tubuhku, membuka kelopak mataku, mengurniakan pendengaran
dan penglihatan untuk ku dan memberi kekuatan pada anggota tubuhku untuk bergerak.
Bicarahati: Ya Allah Kabir Ya Mutakabbir, sesungguhnya Engkau Maha Besar dan Memiliki
seluruh kebesaran di alam buana ini, daku hambaMu yang kerdil datang membesarkanMu
atas segala kurniaanMu yang tidak pernah berhenti buat diri ini dan menginsafi diri yang
kerdil ini yang sentiasa memerlukanMu dalam hidup ini.
Ketenangan abadi seorang hamba adalah apabila dia sentiasa mengesakan Allah meluruskan
aqidahnya dan meninggalkan segala kesyirikan. Untuk menghidupkan tauhid dalam diri dan
membuang segala kesyirikan, amalkan lafaz-lafaz nafi isbat dalam setiap aktiviti hidup kita. Di
bawah ini beberapa panduan awal sebagai amalan:
LAFAZ-LAFAZ NAFI ISBAT
1. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mencipta diriku sendiri
melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Khooliq yang menciptakanku dari tanah
yang hina.
2. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mendegup jantungku sendiri
melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Muhyi yang Maha Menghidupkan yang
sebenarnya mendegupkan jantungku setiap saat setiap ketika.
3. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk melihat melainkan yang wujud
hanyalah kekuasaanMu Ya Baseer yang mencipta daya penglihatan buatku melihat.
48
4. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mendengar melainkan yang
wujud hanya kekuasaanMu Ya Sami’ yang Maha Mendengar yang mencipta daya
pendengaran buatku mendengar.
5. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk melangkah melainkan yang
wujud hanya kekuasaanMu Ya Qowiy Yang Maha Kuat yang mengalirkan kekuatanMu untuk
kakiku melangkah.
6. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk mengangkat tanganku
melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Qowiy Yang Maha Kuat yang mengalirkan
kekuatanMu pada tangan ini untuk diangkat.
7. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk bercakap melainkan yang wujud
hanya kekuasaanMu Ya Baari’ yang maha menggerakkan yang mengerakkan lidah ini.
8. Daku menafikan wujudnya daya dan kekuasaanku untuk berfikir melainkan yang wujud
hanya kekuasaanMu Ya ‘Aleem Ya Hakim Ya Roshid yang Maha Berilmu, Bijaksana dan
Pintar yang sesungguhnya mengalirkan sedikit ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran ke dalam
otakku untuk daku berfikir.
9. Daku menafikan wujudnya pemberian manusia, melainkan yang wujud hanya
pemberianMu Ya Rahman Ya Roheem Ya Wahhab Ya Kareem yang Engkau alirkan melalui
mereka.
10. Daku menafikan wujudnya manusia yang memberi rezeki, melainkan yang wujud hanya
rezekiMu Ya Rozzaq Ya Ghoniy Ya Mughniy dan mereka hanya alatMu semata2.
11. Daku menafikan wujudnya doktor dan ubat yang menyembuhkan sakitku, melainkan
yang wujud hanya penyembuhan dariMu Ya Salaam Ya Fattah dan mereka hanya alatMu
semata2.
12. Daku menafikan wujudnya guru yang mengajar kami, melainkan yang wujud hanyalah
ilmuMu Ya ‘Aleem, kebijaksanaanMu Ya Hakeem dan Kepintaran-Mu Ya Roshid yang
Engkau alirkan melalui otak2 mereka.
13. Daku menafikan wujudnya kemudharatan dari manusia, melainkan yang wujud hanyalah
kemudharatan dariMu Ya Dhorru yang Engkau alirkan melalui manusia.
14. Daku menafikan wujudnya manfaat dari manusia, melainkan yang wujud hanyalah
manfaat dariMu Ya Naafi’ yang Engkau alirkan melalui manusia.
15. Daku menafikan wujudnya ancaman dari manusia, melainkan yang wujud hanyalah
ancaman Ya Hakam yang menghukumku atas kesilapanku melalui mereka.
49